MUZIUM KOTA KAYANG Daripada Kumpulan 1 "Jika kamu tidak tahu sejarah maka kamu tidak tahu apa-apa. Kamu adalah daun yang tidak tahu bahwa itu adalah bagian dari pohon." - Michael Crichton
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 Nama Ahli Kumpulan Objektif Kajian Metodologi Kajian Pengenalan Imbasan Sejarah Sejarah Muzium Kota Kayang Objektif Muzium Galeri Pameran Galeri 1 Arkeologi Senjata Galeri 2 Kebudayaan Sajak Muzium Kota Kayang Menteri Besar Galeri 3 Diraja 24 25 26 27-29 Kesimpulan Rumusan Rujukan Lampiran PENGENALAN 7 8-9 10-13 14-18 19 20-21 22-23 GALERI MUZIUM KOTA KAYANG KESIMPULAN 1 2 3 4 5 6 i
ANIS DAYINI BINTI AZMAN 297338 NUR NIHAYATUL ISTIANA BINTI BURHAN 297556 NOOR SYAFIKAH BINTI CHE IBRAHIM 297592 MUHAMMAD ANAS BIN AZHAR 297597 SITI FAZLIANA BINTI HASSAN 297739 ANIS ZAHIRAH BINTI ZAIDI 297626 MUHAMMAD ISHAQ BIN HAJAH ALAVUDIN 297463 NUR ADRIANA BATRISYIA BINTI MD NAZARI 297627 NURUL IZZAH BINTI SHAHARUDDIN 297271 NURUL LIANA BINTI MOHD ARIF 297646 MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 ii
Gegak gempita bunyinya guruh tanda hujan menjengah tiba Ilmu sejarah terpahat kukuh buat pedoman di hari muka Enak sungguh si buah berangan enak dimakan bersama kuah sejarah melayu dilupa jangan agar belia tegak bermaruah Gula melaka dibuat manisan sebagai tanda hati tersemat perpaduan bangsa tongak wawasan jadi pegangan semua umat MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 iii
1 OBJEKTIF KAJIAN 01 Mengkaji asal usul terbentuknya Muzium Kota Kayang 02 Mengkaji warisan yang ditinggalkan oleh penjajah berabad lamanya 04 Meneroka keistimewaan Muzium Kota Kayang 03 Mengenal pasti artifak sejarah yang masih ada di Muzium Kota Kayang MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 1
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 2 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Selain itu, metodologi kajian menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ini ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas dan lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian mengenai Muzium Kota Kayang. Lawatan Melawat Kawasan Kajian (Muzium) KAEDAH KAJIAN : Temu Bual Menemu ramah pegawai Muzium Melayari Internet Mendapatkan maklumat tambahan
Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) mendefinisikan muzium seperti berikut: ‘Institut bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan pekembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya’. Bidang permuziuman merangkumi pelbagai aspek yang saling berinteraksi dalam menggerakkan usaha pembangunan dan pembentukan pusat pengumpulan maklumat dan pendidikan berkenaaan warisan negara. Oleh itu boleh disimpulkan Muzium sebagai wadah yang menjadi perhubung ketamadunan warisan silam dengan masyarakat. Muzium merujuk kepada bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objekobjek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. pelbagai khazanah warisan sejarah dan budaya bangsa sesebuah negara. Perkataan "muzium" adalah pinjaman bahasa Inggeris “museum” berasar daripada istilah bahasa Yunani “Μουσεῖον” (mouseion) yang sebenarnya merujuk kepada nama suatu kuil dibina di Iskandariah untuk tujuan pemujaan sembilan dewi puteri Zeus yang melambangkan ilmu dan kesenian yang diberi gelaran Mousai. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 3
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 4 Imbasan Sejarah Kewujudan awal Negeri Perlis melewati zaman pra-sejarah sehinggalah membawa ke era tiga zaman yang memperlihatkan kejayaan pemerintahannya membangunkan ibu kota kerajaan di jajahan Perlis. Zamanzaman yang diakatakan adalah zaman Kota Sena (1653-1661), zaman Kota Indera Kayangan Pertama (1661-1687) dan zaman Kota Indera Kayangan Kedua (1687-1803). Lokasi “Perlis” merujuk kepada Kota Indera Kayangan yang memberi keistimewaan yang tersendiri untuk beberapa generasi Kesultanan Kedah mendirikan pentadbiran dalam jajahan Perlis sehinggalah terpisahnya Perlis daripada negeri Kedah. Detik bersejarah negeri Perlis muncul apabila ia telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Siam daripada status ‘jajahan’ kepada status sebuha ‘negeri’. Pada saat ini, identiti sebagai sebuah unit politik tersendiri telah membawa Perlis untuk mempunyai gabenor seterusnya seorang raja serta diberi mandat mentadbir negeri sendiri oleh pihak Siam. Setelah melalui pelbagai rentetan sejarah bermula dari zaman Siam, zaman Jepun, zaman British sehinggalah mencapai Kemerdekaan, Perlis kini mampu berdiri sendiri seiring dengan pemodenan yang semakin pesat berkembang. Berkat memiliki para pemerintah yang berdaulat, pemimpin berkarisma serta sokongan rakyat segenap bangsa dan agama, maka tidak hairanlah kini Perlis telah berjaya menongkah arus pembangunan sosial, ekonomi dan politik dengan jayanya.
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 5 Kota Indera Kayangan atau Kota Al-Marhum Kayang 1 merupakan kota istana yang terletak di tebing kiri Sungai Perlis. Ia merupakan kota istana semasa pemerintahan Sultan Kedah ke-15 iaitu Sultan Dhiauddin AlMukarram Shah (1661-1687). Kota dan istana yang dibina ini terletak di suatu kawasan yang dikelilingi beberapa buah bukit yang terletak di sebelah selatan tebing Sungai Perlis. Berdasarkan sejarah lisan, kota ini... berkeluasan 6-8 km persegi. Tembok kota diperbuat dari benteng tanah dengan ketinggian 6-7 kaki. Pohon buluh turut ditanam di atas benteng ini manakala kaki tembok di bahagian luar pula digali parit sedalam 5-6 kaki dan lebar 7-8 kaki. Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin. Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.
Memulihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri Perlis. Memupuk kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap pentingnya memulihara warisan sejarah dan budaya khususnya warisan sejarah negeri Perlis Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak. Menjadi pusat rujukan pelajar sekolah, IPTA/IPTS yang ingin mendapat maklumat berkaitan sejarah negeri Perlis Menambahkan bilangan produk pelancongan di negeri Perlis yang sedia ada. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 Objektif Muzium 6
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 7 Terdapat enam galeri di muzium ini iaitu Galeri Sejarah yang menceritakan sejarah negeri Perlis, Galeri Arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang, penemuan arkeologi pada zaman protosejarah dan prasejarah di Perlis, Galeri Senjata yang mempamerkan kepelbagaian koleksi senjata, Galeri Kebudayaan memaparkan aspek berkaitan kebudayaan di sekitar negeri Perlis, pelbagai koleksi yang pernah diterima oleh para Menteri Besar Perlis dipamerkan di Galeri Menteri Besar serta Galeri Diraja yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik. Galeri Fasa 1 Galeri Fasa 2
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 Zaman Pra-sejarah terbahagi kepada dua kategori iaitu Zaman Batu yang merangkumi kebudayaan manusia primitif Hoabinhian serta neolitik dan keduanya adalah Zaman Besi dan Gangsa. i) Zaman Pra Sejarah Zaman selepas berkembangnya penulisanpenulisan sejarah berdasarkan tipologi dan bahan-bahan artifak yang diperolehi. i) Zaman Sejarah Galeri Arkeologi memaparkan fakta-fakta Pra-sejarah dan bukti-bukti penemuan arkeologi sejak 3,000 tahun dahulu. Ia mempunyai asas evolusi kemasyarakatan dan budaya melalui tiga tahap masa iaitu : Zaman kemajuan ilmu dan peradaban Hindu, Buddha serta peradaban Melayu ketika kedatangan Islam ke Semenanjung Malaysia. ii) Zaman Proto Sejarah Galeri 1: Arkeologi 8
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 merupakan antara bahan arkeologi yang terdapat di beberapa kawasan perkuburan di Semenanjung Malaysia. Batu Acheh kebanyakannya digunakan untuk makam-makam diraja dan orang-orang besar. Batu jenis ini mula digunakan di Semenanjung pada abad ke-15 hingga abad ke-19 Masihi. Batu tersebut mempunyai pelbagai bentuk iaitu pipih,empat persegi,enam persegi dan bulat. Bentuknya terdiri daripada bahagian asas,badan,bahu dan kepala. Pada bahagian yang datar terdapat panel yang mengandungi ayat suci Al-Quran. Hiasan yang terdapat pada batu nisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tulisan atau inskripsi dan simbol. Batu Nisan Acheh dan kukup batu yang terbentuk secara semula jadi menjadi tempat persinggahan dan penginapan masyarakat sejak Zaman Pra-sejarah. Hasil penyelidikan para ahli arkeologi mentafsirkan gua batu kapur ini menjadi tapak penginapan manusia sejak 50, 000 tahun lalu. Bukit batu kapur menjadi rujukan dan panduan mengenai fenomena dunia melalui penemuan tapak-tapak atau tinggalantinggalan masyarakat manusia sejak pembentukannya antara 450 juta hingga 250 juta tahun dahulu. Ia menjadi sumbangan penting terhadap penilaian jurang masa dalam perkembangan sejarah pembentukan bumi dan budaya masyarakat silam Gua Batu Kapur 9
MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 Galeri Senjata mengabadikan pelbagai koleksi senjata dan juga menawarkan pengetahuan mendalam tentang kekayaan warisan senjata tradisonal Malaysia. Tujuan utama galeri ini diwujudkan adalah untuk mempromosikan seni senjata tradisional di Malaysia yang penuh dengan keindahan dan keunikan. Galeri ini bertujuan untuk mewujudkan rasa ingin tahu pengunjung terhadap warisan budaya di Malaysia. Kapak kecil Terdapat dua jenis kapak kecil, iaitu Kapak Kelantan dan Kapak Binjai Manis. Kapak ini dijadikan sebagai alat membunuh secara sembunyi ataupun curi sama ada dari belakang atau hadapan untuk membalas dendam dan lain-lain sebab. Ukuran mata Kapak Kelantan dan Kapak Binjai Manis adalah berbeza. Panjang mata Kapak Kelantan berukuran 9cm dan lebarnya ialah 5cm. Manakala, ukuran panjang mata Kapak Binjai Manis pula ialah 10cm dan lebarnya 5cm. Tumbuk Lada Tumbuk lada yang merupakan senjata istimewa yang dipakai oleh golongan pembesar negeri dicayai berasal dari Sumatera. Tumbuk lada merupakan senjata utama dalam majlis adat istiadat dan juga merupakan pelengkap pakaian rasmi Diraja di Negeri Sembilan. Oleh kerana bentuk ulunya yang menyerupai alat mnumbuk lada, ia diberi nama Tumbuk Lada. Tetapi ada juga berpendapat nama ini deprolehi kerama tusukannya yang pedih. Senjata khas untuk menikam ini mempunyai mata yang berkelok tebal, tajam serta runcing. 10
Badik Badik adalah senjata yang wujud sezaman dengan keris. Badik digunakan sebagai pelengkap pakaian dan juga senjata untuk mempertahankan diri. Penggunaan Badik lebih meluas setelah kerajaan Inggeris atau Belanda mengharamkan penggunaan keris. Selain itu, Badik juga digunakan untuk menyembelih dan memotong daging. Badik yang berasal dari negeri-negeri Kepulauan Sumatera dan Jawa merupakan senjata kegemaran masyarakat Melayu. Tambahan pula, mata badik yang ditempa daripada besi terpilih dan ulunya yang diperbuat daripada kayu, gading, tanduk dan juga dihiasai dengan logam, emas dan perak. Selain daripada menggunakan parang sebagai senjata untuk mempertahankan diri, parang juga digunakan dalam kehidupan seharian. Bahagian hujung mata parang agak cembung dan lebar serta berat. Selepas pedang dan sundang, parang mula popular pada akhir kurun ke-18. Di Nusantara, terdapat pelbagai jenis parang yang digunakan bergatung kepada tempat dan kawasan. Conotohnya Parang Rantai, Parang Panjang dan sebagainya. P a ra n g MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 11
Jambia Bentuk mata senjata Jambia adalah bengkok serta dihias dengan salutan perak atau emas dengan ukiran bunga san awan larat. Senjata yang diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai pakaian peribadi ini berasal dari Timur Tengah. Matanya berukuran 20cm hingga 30cm dan cara menggunakannya dengan mencekok dan mengebar mengikut alunan bentuk antara kedua-dua belah matanya. Senjata ini digunakan untuk tujuan mempertahankan diri dan ianya berukuran 15cm hingga 25cm. Ia dikatakan senjata dari Eropah dan Asia Tenggara dan berbeza pada hulu dan sarungnya. Pisau ini dikembarkan dengan senjata panjang seperti pedang dan sebagainya dalam pertarungan. Di Nusantara khususnya Semenanjung, bentuk hulunya lurus berlarikkan seperti hulu parang serta bersalut perak. Ukuran matanya lebih kecik dari pisau belada dan bentuk di tengah-tenah matanya lebih tinggi dan bertulang. Di Utara Semenanjung, pisau belati dimasukkan aring melintangdi pangkal matanya sebagai penyangga senjata musuh Pisau Belati Lawi Ayam Bentuk hulu Lawi Ayam seperti nombor 9 manakala cara menggunakannya adalah sama dengan Jambia. Besi yang digunakan untuk membuat senjata ini adalah dari jenis besi yang terpilih supaya mempunyai hikmah tertentu. Mangsa yang terkena senjata ini akan mengalami kederaan yang parah sehingga terburai isi perutnya. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 12
jenis-jenis keris Keris Semenanjung Keris yang menjadi asas kepada setiap keris di Tanah Melayu yang mudah dikenali hanya dari hulu dan sarungnya. Hulunya yang menyerupai satu lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh serta dihiasi dengan ukiran-ukiran mujarab yang bermotifkan bunga. Sarungnya diperbuat daripada gading yang diukir dan dihiasi dengan batu permata. Keris Pekaka Rupa bentuk hulu keris yang menyerupai kepala burung pekaka membuatkan keris ini mudah dikenali. Selain daripada hulunya yang kelihatan seperti satu watak wayang kulit, mata kerisnya juga lebih panjang berbanding keriskeris yang lain. Keris Madura Lazimnya hulu keris ini dihiasi dengan ukiran motif bunga yang diperbuat daripada gading. Hulunya yang sering dihiasi imej dewa-dewa Hindu adalah disebabkan pengaruh peradaban Hindu yang kuat di Madura. Keris ini tidak memakai pendongkok sebaliknya hanya dilengkapi dengan sebentuk cincin logam yang dihiasi permata. Keris Bugis Keris ini dapat dikenali melalui bentuk hulu, sampir dan buntut sarungnya. Buntutnya yang berbentuk mata kapak yang diperbuat daripada kayu atau gading merupakan identiti yang jelas untuk Keris Bugis ini. Sampirnya menyerupai Keris Semenanjung tetapi ia lebih bulat dan tajam. Hulunya pula diukir dalam bentuk Jawa Demam. Keris Madura Lazimnya hulu keris ini dihiasi dengan ukiran motif bunga yang diperbuat daripada gading. Hulunya yang sering dihiasi imej dewa-dewa Hindu adalah disebabkan pengaruh peradaban Hindu yang kuat di Madura. Keris ini tidak memakai pendongkok sebaliknya hanya dilengkapi dengan sebentuk cincin logam yang dihiasi permata. Keris Panjang Keris jenis ini mempunyai bentuk mata yang panjang, tirus dan lurus atau berlok. Hulunya diperbuat daripada kayu atau tanduk dan berbentuk bengkok. Bahagian hujungnya biasanya diukir motif bunga kembangan. Sampirnya pula berbentuk jalur bulat seperti buah jering dengan kedua-dua hujungnya tinggi dan tajam. Keris Bali Hulu keris diperbuat daripada logam dan dihiasi susunan batu pertama yang berwana-warni serta berunsurkan pengaruh Hindu. Sarungnya deperbuat daripada kayu yang dilapisi dengan kepingan logam yang berukir dan disusun dengan batu pertama. Keris ini tidak mempunyai pendongkok dan berlok sembilan. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 13
Kebudayaan Tembaga Dan Perak merupakan ciptaan seni rupa Melayu yang diwarisi daripada ahli seni bijak pandai sejak turun-temurun. Antara barangan tembaga dan perak yang dihasilkan di Perlis termasuklah pahar, cerek, tepak sirih, ketur, pending dan pendongkok keris. Barangan ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan kegunaan harian selain digunakan sebagai cenderamata. Nilai-nilai kegunaan dan estetika tembaga dan perak bergantung pada bahan, bentuk, pertukangan dan hiasannya. Motif popular yang digunakan adalah awan larat, bentuk geometri, bunga-bungaan, hiasan gelang puyuh, pucuk rebung dan tebukan sulur bayung. Perusahaan kraf tangan ini melibatkan 90% kerja-kerja tangan yang memerlukan kemahiran, terutamanya dalam kerja-kerja mengukir. Pahar Cerek Tepak sirih Ketur Pending Pendongkok keris MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 14
Kebudayaan Penanaman Padi Diperbuat daripada daun ibus dan digunakan untuk mengisi biji-bijian. Bujam Digunakan untuk membajak tanah sawah. Biasanya diperbuat daripada kayu Halban kerana kayu ini mudah dibentuk. Perkakas atau alat tenggala mempunyai nama tertentu seperti lawi, sepak (dihujungnya dinamakan “pai” yang diperbuat daripada besi untuk menenggala tanah). Kayu Buak di bahagian bawahnya dinamakan buaya, penghujungnya dinamakan salur remayung, tanduk baung, pulut pais, bentang dan kok (dipasang pada leher kerbau). Cebuk/Gayung Digunakan untuk memandikan kerbau selepas selesai kerjakerja pensawahan. Tenggala Lesung pengisar padi adalah sejenis alat untuk memecahkan kulit padi sebelum ia ditumbuk menjadi beras. Ia boleh dianggap sebagai kilang kecil masyarakat petani zaman silam. Lesung pengisar padi MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 15
Kebudayaan Peralatan Muzik Gong kecil diperbuat daripada perunggu berbentuk periuk dan berbusut di tengah-tengah permukaannya. Gong-gong diatur berbaris melintang di atas parapara panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu. Caklempong Gendang Raya Kak Kung / Ketuk-ketuk Gendang raya diperbuat daripada batang pokok thai dimana batangnya ditebuk agar menjadi kosong. Selepas itu, hujung batang pokok berkenaan akan dibalut dengan kulit lembu atau kulit kerbau. Jenis kayu yang digunakan untuk memukul gendang itu terdiri daripada tiga jenis dan berlainan bunyi. Antaranya Tet-Tet, Derum dan Tingkah. Ketuk-ketuk, juga dikenali sebagai kerantung merupakan sejenis alat yang digunakan bagi menghasilkan muzik dan sebagai alat komunikasi. Ketuk-ketuk biasanya diperbuat daripada batang kayu, biasanya kayu nangka, yang ditebuk lubang ditengahnya. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 16
Kebudayaan Adat dan Budaya Dipakai oleh pemain Awang Batil ketika menceritakan sesuatu watak yang sesuai dengan jalan ceritanya. Topeng ini diperbuat daripada kayu pokok Tui kerana ia mudah untuk diukir dan tahan lama. TOPENG WAK NUJUM DAN HULUBALANG SENTUANG Sentuang amat penting kepada masyarakat kampung suatu ketika dahulu. Ia ditiup ke segenap penjuru kampung sebagai bahasa isyarat kepada penduduk apabila berlaku suatu kematian, kecemasan, darurat atau untuk mengumpulkan orang ramai bagi maksud tertentu. Dibuat daripada pokok besar yang ditebuk. Salah satu hujung dibalut dan dibaji dengan kayu. Manakala satu hujung lagi dililit (disimpal) dengan rotan untuk menguatkan batang kayu tersebut agar tidak mudah pecah apabila dipalu. Gendang ini akan dipalu untuk memaklumkan tibanya waktu solat, ada kematian ataupun berlaku seuatu bencana kepada penduduk setempat. BEDUK / GENDANG RAYA 17 MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1
Kebudayaan Buyung Suatu masa dahulu, buyung merupakan peralatan penting kepada suri rumahtangga. Ia dinamakan Buyung Kechor sempena dengan nama kampung yang mengusahakan buyung ini iaitu di Kampung Kechor. Orang yang bertanggungjawab mempelopori perusahaan buyung ini ialah Tok E Chu dan isterinya, Tok Tinggi. Mereka berasal dari Setol, Selatan Thailand. Mereka mempunyai kepakaran membuat buyung dalam pelbagai bentuk, maka sejak itulah Kampung Kechor menjadi terkenal dengan perusahaan membuat Buyung Kechor. Jenis-jenis Buyung Kechor termasuklah buyung, belanga, periuk pengukus dan gelok. KOLEKSI BUYUNG KECHOR YANG TERDAPAT DI MUZIUM KOTA KAYANG MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 18
Muzium Kota Kayang tertegak indah terbina teguh dan cantik di bumi Indera Kayangan terkumpul khazanah purba bahan sejarah lama pusat kajian yang tidak mengenal keterbatasan masa menggamit siapa saja menziarahi tanpa jamuan selera. Muzium Kota Kayang tertegak indah dikelilingi bukit-bukau yang menghijau wajah kota megah memagari intan permata yang tidak ternilai wang ringgit di mata dunia tersimpan sulit sepeninggalan pedagang-pedagang silam. Muzium Kota Kayang tertegak indah terhimpun segala sejarah budaya nenek moyang dan di sinilah berlakunya peperangan rebutan barang dagangan artifak lama dan ketuk-ketul emas dalam bumi tidak ternilai harganya yang menjadi teka-teki tersimpan di sini. Muzium Kota Kayang tertegak indah terpahat sejarah Makam al-Marhum Kayang pertama bersemadi di tepian bukit-bukit Kayang, Lambung Panah, Nasi Sebungkus, Jagat Hutang, Wai dan menara dalam Mukim Kayang tinggal kenangan dalam lipatan sejarah zaman berzaman. Muzium Kota Kayang tertegak indah terkumpul khazanah purna dan bahan sejarah lama yang tidak ternilai bandingan wang ringgit di mata dunia dan di sinilah berlakunya peperangan rebutan barang dagangan yang tinggal kenangan dalam lipatan sejarah zaman berzaman. Hasil Nukilan : Mokhtar A.K Kesusasteraan Sajak Muzium Kota Kayang MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 19
Menteri Besar M Sejarah Menteri Besar mencakup beberapa tokoh yang telah memegang jabatan tersebut sepanjang sejarah politik negeri Perlis, Malaysia. Berikut adalah beberapa Menteri Besar Perlis sepanjang waktu : enteri Besar Perlis merupakan suatu jawatan pentadbiran di Negeri Perlis, Malaysia. Menteri Besar dilantik oleh Raja Perlis dari kalangan parti yang memiliki kerusi terbanyak di DUN Negeri. Dikatakan, jawatan Menteri Besar merupakan jawatan ketua eksekutif di negeri-negeri kerajaan di Malaysia. 1. Raja Ahmad Raja Endut (1948-1957) Mohamad Razali Mohamed Ali Wasi (1957-1959) 2. Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim (1959-1971) 3. 4. Datuk Jaafar Hassan (1972-1981) 5. Datuk Ali Ahmad (1981-1986) Tan Sri Dr, Abdul Hamed Pawanteh (1986-1995) 6. 7. Dato Sri Shahidan Kassim (1995-2008) 8. Dato Sri Dr. Md Isa Sabu (2008-2013) 9. Dato Seri Azlan Man (2013-2022) 10. Tuan Mohd Shukri Ramli (2022-kini) MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 20
Pelantikan Mengikut perlembagaan Perlis, Raja Perlis hendaklah terlebih dahulu melantik Menteri Besar untuk mempengurusikan Majlis Mesyurat Kerajaan dan Menteri Besar tersebut dikehendaki menjadi ahli Dewan Undangan yang pertimbangannya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan. Calon mestilah seorang etnik Melayu yang menganut agama Islam dan bukanlah warganegara Malaysia melalui penaturalisasian atau pendaftaran. Atas nasihat Raja, Menteri Besar hendaklah melantik tidak lebih daripada sepuluh atau kurang daripada empat orang ahli daripada kalangan Dewan Undangan Negeri. Sebelum Ahli Majlis Eksekutif dibenarkan menjalankan fungsi jawatan, mereka perlu menjalani istiadat angkat sumpah dihadapan Raja Perlis. Ahli Majlis Eksekutif bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan. Setiap Ahli Majlis Eksekutif tidak boleh memegang sebarang jawatan yang mendapat keuntungan dan melibatkan diri dalam sebarang perdagangan, perniagaan atau proffesion yang boleh menyebabkan konflik. Seandainya berlaku perletakan jawatan, kalah dalam pilihan raya atau kematian Menteri Besar, Raja secara amnya akan dilantik sebagai Menteri Besar yang diundi oleh parti pemerintah sebagai pemimpin baharu mereka. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 21
Institusi Beraja Negeri Perlis mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pada asalnya, sistem pemerintahan Negeri Perlis dipegang oleh jawatan ‘gabenor’, namun pada pada tahun 1843, raja Siam dalam satu majlis penganugerahan darjat di Istana Bangkok telah menaikkan status ‘gabenor’ kepada ‘raja’. Semenjak tahun tersebut, bermulalah era pemerintahan beraja Negeri Perlis yang diterajui oleh keluarga Jamalullail yang menduduki takhta hingga ke hari ini. Pemerintahan berdaulat ini telah didahului oleh Raja Syed Hussain Jamalullail dan seterusnya Raja Syed Ahmad Jamalullail, Raja Syed Safi Jamalullail, Raja Syed Alwi Jamalullail, Raja Syed Hamzah Jamalullail, Raja Syed Putra Jamalullail dan kemudian Tengku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Pemerintahan beraja ini akan terus kekal di Negeri Perlis mengikut pemilihan yang ditetapkan, iaitu putera sulung daripada keluarga Jamalullail merupakan pemerintah kerajaan yang sah. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 22
Salasilah Diraja MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 23
kesimpulan Setiap kerajaan yang wujud di tanah melayu pasti menghadapi zaman- zaman kegemilangannya di mana ianya menjadi identiti dalam kehangatan sesuatu masyarakat dan penduduk setempat. Hal ini boleh dilihat melalui perbincangan kajian yang dilakukan dalam meneliti kegemilangan serta bukti pembentukan kerajaan negeri Perlis. Pelbagai artikel dan jurnal yang boleh dibaca bagi menambahkan lagi pengetahuan dan ilmu tentang peristiwa yang berlaku kepada kerajaan negeri Perlis pada suatu masa dahulu. Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana bersemyam keluarga diraja Kedah-Perlis. Terdapat pameran tinggalan akhaeologi dan sejarah dari kapak batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan carta keturunan diRaja. Pelancong juga dapat melawat laman muzium di mana terdapat tapak Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat silam. Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat terusan yang pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis, dan Alor Setar. Muzium Kota Kayang merupakan tempat yang mempunyai koleksi unik dan menarik yang membolehkan pengunjung meneroka dan memahami sejarah dan budaya dengan lebih mendalam. Selain itu, Muzium Kota Kayang juga ialah tempat untuk menjana pemikiran dan pengalaman yang menarik. Kesimpulan bagi keseluruhan lawatan kami ke Muzium Kota Kayang ialah bahawa muzum ini adalah tempat yang menyediakan maklumat tentang tinggalan akhaelogi dan sejarah dari kapak batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokumen dan carta keteruna diraja. Muzium Kota Kayang adalah institusi penting dalam mewujudkan pemikiran dan pengalaman yang menarik untuk masyarakat. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 24
rumusan Rumusan kajian merupakan kesimpulan terhadap kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji. Rumusan yang dibuat oleh pengkaji adalah berdasarkan setiap bahagian iaitu dari pengenalan, sejarah Kota Kayang, dan 3 galeri utama muzium Kota Kayang. Dalam pengenalan, pengkaji telah membincangkan berkaitan dengan objektif kajian, metodologi kajian, imbasan sejarah dan juga sejarah muzium Kota Kayang. Dalam bab pertama ini juga, pengkaji turut menerangkan tentang sejarah muzium, imbasan sejarah tentang Perlis iaitu merupakan sebuah Kota Indera Kayangan pada sesuatu ketika dahulu. Seterusnya dalam bahagian kedua pengkaji telah mengkaji 3 galeri utama di muzium Kota Kayang. Iaitu galeri pertama tentang Sejarah, Arkeologi, dan Senjata digunakan pada zaman dahulu. Tentang arkelogi terdapat seperti Batu Nisan Acheh dan Gua Batu Kapur di muzium tersebut. Ia juga menceritakan tentang sejarah Muzium Kota Kayang. Antara senjata yang terdapat di dalam muzium Kota Kayang ialah kapak kecil, tumbuk lada, badik, lawi ayam, pisau belayi, dan juga keris. Galeri kedua di muzium Kota Kayang menceritakan tentang Kebudayaan dan juga Menteri Besar di negeri Perlis. Antara barangan tembaga kebudayaan yang dihasilkan ialah pahar, cerek, pending, dan tapak sirih. Selain itu, kebudayaan peralatan muzik ialah seperti cak lempong, gendang raya, dan Kak Kung. Terdapat juga alatan penanaman padi yang digunakan zaman dahulu seperti gayung, lesung pengisar padi, bujam dan juga tenggala. Galeri kedua juga menceritakan tentang Menteri Besar Perlis iaitu bermula dari Raja Ahmad Raja Endut sehinggalah kini Tuan Mohd Shukri Ramli. Galeri ketiga di muzium Kota Kayang menceritakan tentang salasilah Raja di negeri Perlis bermula dari raja pertama negeri Perlis iaitu Tuanku Syed Ahmad Jamalullail dan sehinggalah raja Perlis harini iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Kesimpulannya, berdasarkan maklumat dan kajian kes yang telah dilakukan iaitu terdapat banyak maklumat dan info yang dapat pengujung peroleh apabila mengujungi Muzium Kota Kayang. Selain itu, pengujung juga boleh menikmati pengalaman memasuki Gua Batu Kapur dan merasai sendiri suasana berada di dalam gua. Disamping itu, muzium Kota Kayang membantu masyarakat setempat menimba ilmu pengetahuan tentang sejarah yang terdapat di negeri Indera Kayangan iaitu negeri Perlis. MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 25
rujukan Bernama. (2023, November 4). Muzium Kota Kayang cerminan sejarah, budaya Perlis - Raja Muda. Astro Awani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/muzium-kota-kayangcerminan-sejarah-budaya-perlis-raja-muda-444695?amp=1 Contributors to Wikimedia projects. (2023, November 10). Raja perlis. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Perlis Contributors to Wikimedia projects. (2023a, February 28). Menteri Besar Perlis. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Menteri_Besar_Perlis Ctshuhada. (n.d.). SENJATA TRADISIONAL. Scribd. https://www.scribd.com/document/61752053/SENJATATRADISIONAL Husaini. (n.d.-b). MISTERI KOTA INDERA KAYANGAN. https://catitansantai.blogspot.com/2012/07/misteri-kota-inderakayangan.html Hussain, S. a. S. (2016). PENYAMPAIAN MAKLUMAT DI DALAM MUZIUM KOTA KAYANG. Unimas. https://www.academia.edu/19995330/PENYAMPAIAN_MAKLUM AT_DI_DALAM_MUZIUM_KOTA_KAYANG Muzium Kota Kayang | Jabatan Muzium Malaysia. (n.d.). http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kayang Permuziuman | Jabatan Muzium Malaysia. (n.d.). http://www.jmm.gov.my/ms/permuziuman MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 26
lampiran MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 27 Gambar 1 : Koleksi keris Sumber : Koleksi Muzium Gambar 2 : Koleksi Parang Sumber : Koleksi Muzium Gambar 3 : Koleksi Pembuatan keris Sumber : Koleksi Muzium Gambar 4 : Koleksi batu nisan acheh Sumber : Koleksi Muzium
lampiran MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 28 Gambar 5 : Koleksi Sentuang Sumber : Koleksi Muzium Gambar 6 : Batu Bersurat Perigi Diraja Sumber : Koleksi Muzium Gambar 7 : Replika Bunga Emas Sumber : Koleksi Muzium Gambar 8 : Koleksi Tengkolok Sumber : Koleksi Muzium
lampiran MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1 29 Gambar 9 : Koleksi Buku-Buku Sumber : Koleksi Muzium Gambar 10: Replika Zaman Paleolitik Sumber : Koleksi Muzium Gambar 11: Koleksi Sangkar Burung Sumber : Koleksi Muzium Gambar 11: Replika Muzium Kota Kayang Sumber : Koleksi Muzium Gambar 10: Muzium Kota Kayang Sumber : Koleksi Muzium
Terima kasih MPU1044 | KENEGARAAN MALAYSIA (AA) | KUMPULAN 1