SEKRETARIAT KEPIMPINAN PELAJAR
     SKP
PENGETUA
                CEMERLANG
                                TIMBALAN PENGETUA
                                PEMBANGUNAN BAKAT
PENYELARAS SKP
                TN. HAJI AZMAN
                   BIN MANAP
 PN. SHARINA                       EN. AHMAD
BINTI ADENAN                      SYUKRI BIN
                                AHMAD HARIRI
JAKSA                           PENASIHAT SETIAP SKP                                                               LDP
                                                   BWP
CIK WAN NUR             EN.                    PN. ROFIKOH  EN. IDRIS BIN     CIK NOOR                    PN. SHAFIQA EN. MOHAMMAD PN. SITI JULIA
SHAIRAH BINTI  SHAHRUZAMAN                          BINTI    HAJALUDIN         HIDAYAH                    IZZATI BINTI RONIZAN BIN  BINTI
                                                                           HAFIZAH BINTI                  SHAHROM    SAAD           MUSTAPPA
       ZAIDI         BIN MD                    MOHAMMAD
                   HAMDANI                                                      RAMLI
PEERS                           BADAR                                      EMC                                     PPSP
CIK NORAISYAH  EN. MOHD SHAHID   PN. MONALIZA        EN.                   PN. SARAH      PN. NORBITA     PN. NORUL  PN.HALWAARFAH
  BINTI MOHD        BIN AHMAD   BINTI MOHAMAD  MUHAMMAD                    SHAINA BINTI BINTI ABDUL RANI  SHAMSIRA      BINTI ABDUL
       HASIM                                   IZAHAR BIN                  ABDUL RAHMAN                                    RAHMAN
                                                                                                            JOHARI
                                                   ISHAK
PENASIHAT SETIAP SKP
                                 ALK
PN. SHANIZA     CIK WAN       EN. MOHD       EN. AHMAD PN. SITI NORAINI CIK NAJIHAH        EN. MOHD
BINTI SALIM  ROHANI BINTI  SAIFUDDIN BIN     SYUKRI BIN     BINTI ESA     BINTI ZAKARIA  ROSLAN BIN
                                             AHMAD HARIRI                                MOHD NOOR
                 HARUN        ABDULLAH
                                             PUM
             PN. ILZAM BINTI PN. NUR ILYANI  EN. NIK NAZIM     PN. RAJA   CIK NURUL
              KAMARUDDIN BINTI MARZUKI          BIN MOHD    ZARINA BINTI  HANIS BINTI
                                                 NORDIN     RAJA AHMAD     MAT ZAINI
                                                                KAMAR
CARTA
ORGANISASI
BADAN WAKIL
PELAJAR (BWP)
LED WITH VISION,
FULFILLING THE MISSION.
BADAN WAKIL
PELAJAR (BWP)
Badan Wakil Pelajar atau singkatannya BWP ditubuhkan
sebagai sebuah badan kebajikan dan kerjasama pelajar dalam
menjaga kepentingan pelajar-pelajar dan Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan
wawasan pembangunan bangsa dan negara, disamping
menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk
dan menyuburkan bakat kepimpinan serta nilai-nilai demokrasi
dan kerjasama di kalangan pelajar.
LEMBAGA DISIPLIN
PELAJAR (LDP)
Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah satu daripada cabang
kegiatan kokurikulum pelajar yang membantu pihak maktab
menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab. LDP ini
merupakan badan yang diberi tanggungjawab dalam mengawal
disiplin pelajar Maktab Rendah Sains MARA serta memastikan
semua pelajar menjaga imej dan nama baik maktab agar
matlamat MARA untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin dan
berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dapat dilahirkan. Di
samping itu, budaya kerja yang diperkenalkan mampu
mengiktiraf dan memperkembangkan kepimpinan peribadi para
pelajar.
JAWATANKUASA
ASRAMA (JAKSA)
Jawatankuasa Asrama (JAKSA) ditubuhkan sebagai
sebuah badan kepimpinan dengan kerjasama organisasi
kepemimpinan pelajar yang lain. Tujuan badan ini
ditubuhkan adalah untuk mengawal dan menyelia disiplin
para pelajar sepanjang berada di kawasan asrama. Jaksa
juga turut berperanan dalam menjalankan
tanggungjawabnya menjaga kebajikan, keselamatan dan
kecemerlangan pelajar dalam menguruskan masa dan
disiplin para pelajar khususnya ketika di asrama.
BADAN DAKWAH
KEROHANIAN (BADAR)
Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan badan induk bagi
kerohanian di Maktab Rendah Sains MARA. Badan ini merupakan
wadah kegiatan pelajar yang menjadi pemangkin utama kepada
pengurusan sekolah dalam memastikan semua aktiviti pelajar
sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual (JERI).
PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA (PEERS)
Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) merupakan satu
organisasi kepimpinan pelajar yang diiktiraf di peringkat
Bahagian Penididkan Menengah (BPM) Mara. Falsafah rasmi
PEERS iaitu ‘bantu diri untuk bantu orang lain’ menunjukkan
bahawa setiap ahli PEERS harus dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi aspek menolong,
perhubungan komunikasi, kreativiti dan keimanan. Ahli PEERS
yang terlatih dalam perhubungan menolong ini dapat
meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
maktab.
PENGAWAS PUSAT SUMBER
PEMBELAJARAN (PPSP)
Badan Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran merupakan
sebuah badan yang ditubuhkan bukan hanya untuk memperoleh
ilmu pengetahuan malahan untuk menerapkan semangat cinta
akan ilmu pengetahuan. Di samping itu matlamat Badan
Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran juga adalah untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan
emosi. Dengan itu semua aktiviti yang dianjurkan adalah
menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni seperti
kepentingan hidup bermasyarakat serta menilai penggunaan
masa lapang yang optima yang dapat memberikan keseronokan
khusunya dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
ENGLISH MOTIVATIONAL
COMMITEE (EMC)
English Motivational Committee atau singkatannya EMC
ditubuhan sebagai sebuah organisasi yang mewujudkan
persekitaran yang terbeza yang mana para pelajar mempunyai
peluang bagi menguasai bahasa antarabangsa iaitu Bahasa
Inggeris. Di samping itu, melalui program yang dianjurkan pelajar
dapat meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan Bahasa
Inggeris dalam karier dalam kehidupan harian.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
(ALK)
Ahli Lembaga Koperasi Pelajar (ALK) berperanan sebagai ahli
yang bertanggungjawab dalam pembangunan koperasi melalui
pendidikan di sekolah. ALK dilatih untuk menjalankan tugas
dengan amanah, rajin, bertanggungjawab, berdisiplin serta
bekerjasama antara satu sama lain. Di samping memupuk
keusahawanan dalam diri, pelajar dapat mengembangkan potensi
diri secara holistik dalam usaha melahirkan generasi bumiputera
yang kompetitif di pasaran global.
PROGRAM USAHAWAN
MUDA (PUM)
Program Usahawan Muda memainkan peranan untuk mendidik
serta mendedahkan pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan
keusahawanan. Melalui program yang dirancang, program ini
mampu menarik minat pelajar untuk berkecimpung dalam
bidang keusahawanan serta mampu melahirkan lebih ramai
usahawan muda.
BADAN WAKIL PELAJAR
              (BWP)
PRESIDEN
      Mempengerusikan mesyuarat jawatakuasa kerja BWP.
      Memimpin dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran am BWP.
      Menjadi penasihat program kerohanian dan dakwah bagi
      memartabatkan agama Islam di MRSM.
      Bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti atau tindakan yang
      dilaksanakan atau diambil oleh BWP.
      Mendapatkan khidmat nasihat atau pandangan dan memaklumkan
      kepada guru penasihat tentang pentadbiran dan aktiviti BWP.
      Bersama presiden Lembaga Disiplin Pelajar mengatasi masalah
      disiplin pelajar di maktab.
                                        BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
TIMBALAN PRESIDEN
     Menggantikan atau menjalankan tugas-tugas Presiden ketika Presiden
     tidak dapat menjalankan tugasnya atau berlakunya kekosongan jawatan
     Presiden.
     Bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dalam urusan pentadbiran
     am BWP.
     Menyelia Exco Kebajikan dan Perkhidmatan, Exco Makanan dan Exco
     Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan.
     Mempengerusikan mesyuarat jawatakuasa kerja BWP.
     Memimpin dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran am BWP.
     Bersama Presiden Lembaga Disiplin Pelajar mengatasi masalah disiplin
     pelajar di maktab.
     Bertindak dan menjalankan tugas sebagai Exco Puteri dalam
     menguruskan hal berkaitan dengan kebajikan dan aktiviti mingguan
     pelajar puteri.
                                        BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
NAIB PRESIDEN I
      Bertindak sebagai Presiden Lembaga Disiplin Pelajar.
      Menyelia Exco Pengurusan Asrama (JAKSA).
      Menyelia Exco Badan Dakwah & Rohani (BADAR).
      Membantu Presiden dalam menjalankan tugasnya.
                                           BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
NAIB PRESIDEN II
   Membantu Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Maktab.
   Mengumpul dan menyediakan laporan homeroom untuk Unit
   Homeroom maktab.
   Membantu Unit Homeroom Maktab dalam menjalankan tugas dan aktiviti
   mingguan homeroom.
   Menyelia Exco Sukan dan Rekreasi, Presiden Kelas dan Presiden
   Homeroom.
                                         BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
SETIAUSAHA AGONG
Menyedia, mencatat, mengedar dan menyimpan setiap rekod peribadi ahli
serta minit mesyuarat BWP.
Bertanggungjawab kepada Presiden atas urusan surat menyurat dan
pentadbiran pejabat BWP.
Menyediakan kertas kerja untuk program yang dirancang sepanjang
tahun.
Mengetuai Majlis Setiausaha SKP untuk memudahkan proses mengumpul
dan menyediakan laporan tahunan lengkap setiap SKP bagi tujuan
dokumentasi.
Menjemput dan menentukan tempat dan masa mesyuarat bulanan BWP.
                                                                                          BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
BENDAHARI KEHORMAT
Mengurus dan menjaga pentadbiran kewangan BWP yang terkini.
Mengesahkan perbelanjaan BWP bersama Presiden.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan guru
penasihat BWP.
Menyimpan kira-kira BWP dan menyediakan penyata kewangan bulanan
BWP.
                                                                                            BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO BADAN DAKWAH DAN
KEROHANIAN
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah memajukan
pemikiran dan penghayatan amalan dan nilai-nilai Islam dalam kalangan
pelajar Islam di maktab.
Bertanggungjawab untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti syiar Islam.
Bertanggungjawab menjaga khairat kematian pelajar, keluarga pelajar
dan guru.
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penjanaan taqwa dan
pembangunan nilai dan akhlak murni dalam kalangan pelajar.
                                                                                          BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO PENGURUSAN
ASRAMA
     Melaksanakan tugas menguruskan asrama dengan bantuan dari
     Ketua Warden dan para warden.
     Menyediakan laporan info grafik bagi setiap aktiviti anjuran
     BWP serta laporan aktiviti tahunan biro serta bagi tujuan
     dokumentasi.
     Melaporkan perjalanan program BWP setiap minggu kepada
     guru penasihat BWP atau JAKSA
     Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh presiden dan
     guru penasihat BWP.
                                                                                          BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO KEBAJIKAN DAN
PERKHIDMATAN
     Mendengar dan mengikut arahan daripada Presiden Badan Wakil
     Pelajar dan penasihat Badan Wakil Pelajar.
     Bertanggungjawab mengawasi kebajikan pelajar dari segi
     kemudahan asas, kemudahan rawatan, kemudahan pengangkutan,
     kemudahan telekomunikasi, surat-menyurat dan sebagainya.
     Bertanggungjawab mengumpul dan mengurus data pulang
     bermalam dan keluar ke bandar pada setiap minggu dan
     menyerahkan kepada ketua warden.
     Bertanggungjawab mengawasi bilik sakit maktab serta keperluan
     menghadapi saat kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya.
                                                                                          BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO KECEMERLANGAN
AKADEMIK
  Mengawasi kepentingan dan kebajikan pelajar dalam bidang
  pendidikan.
  Bertanggungjawab menganjurkan aktiviti yang mengalakkan ‘Budaya
  Membaca’ dan ‘Budaya Ilmu’.
  Menjalankan penyelidikan atau kajian terhadap keberkesanan program
  pembelajaran atau sikap pelajar terhadap pelajaran dan sebagainya.
  Merancang program intervention (runding cara akademik) bersama
  pembimbing rakan sebaya untuk membantu pelajar lemah.
  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh presiden dan guru
  penasihat BWP.
                                                                                             BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO SUKAN DAN
REKREASI
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi
untuk kesihatan para pelajar.
Bekerjasama dengan Unit Sukan Maktab dalam menganjurkan
 pertandingan sukan antara rumah atau kumpulan.
Mengawasi keselamatan dan penggunaan alatan sukan maktab oleh
pelajar.
Memastikan para pelajar mendapat kemudahan dan perkhidmatan
sewajarnya daripada pihak maktab.
Menaja dan menganjurkan aktiviti atau program yang sesuai dan
selaras dengan objektif atau tujuan yang ditetapkan oleh pihak maktab.
                                                                                           BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO KEBUDAYAAN,
KESENIAN DAN
KEUSAHAWANAN
  Mendengar dan mengikut arahan daripada Presiden Badan Wakil
  Pelajar dan Penasihat Badan Wakil Pelajar.
  Mengawasi dan membuat laporan mutu perkhidmatan makanan serta
  minuman yang dijual kepada pelajar dalam kawasan maktab.
  Merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan
  pembangunan keusahawanan pelajar.
  Bertanggungjawab ke atas acara dan majlis anjuran pelajar dan
  maktab.
                                                                                          BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO MAKANAN DAN
KESIHATAN
Menjalankan arahan daripada guru penasihat dan presiden Badan
Wakil Pelajar.
Membuat laporan mutu perkhidmatan dan kebersihan makanan
yang disajikan di dewan selera.
Mengawasi tahap kebersihan alatan dan tingkah laku pelajar di
dewan selera.
Merancang aktiviti menggalakkan penjagaan kesihatan, gaya hidup
sihat dan kempen kesihatan.
Mengumpulkan data pelajar yang berpuasa.
                                                                                          BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
EXCO KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA
     Bertanggungjawab membantu maktab dalam menyebarkan dan
     mengumpulkan maklumat tertentu demi kepentingan dan kebaikan
     pelajar keseluruhannya.
     Bertanggungjawab menerbitkan / membantu kerja-kerja penerbitan
     atau pencetakan / berita majalah tahunan, menguruskan media
     sosial rasmi BWP dan sebagainya.
     Bertanggungjawab mempertingkatkan hubungan komunikasi dalam
     kalangan pelajar.
     Menyediakan laporan info grafik bagi setiap aktiviti anjuran BWP
     serta laporan aktiviti tahunan biro serta bagi tujuan dokumentasi.
     Menjalankan tugas yang diarahkan oleh presiden dan guru
     penasihat BWP.
                                                                                          BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022