“GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI” 29 MEI 2024M | 20 ZULKAEDAH 1445H 2024M | 1445H DEWAN JAMUAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Atur Cara Majlis 08.00 pg - Pendaftaran Guru 08.30 pg - Kehadiran VIP 09.00pg - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis En. Muhammad Fitri bin Sobri Cik Nurul Izzahti binti Ayob 09.15pg - Bacaan Asmaul Husna - Nyanyian Lagu - Negaraku - Negeri Selangor - Kami Guru Malaysia - Bacaan Ikrar Guru En. Muhammad Hafiz bin Abd Manaf - Bacaan Doa En. Muhammad Fitri bin Sobri - Ucapan Aluan Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah ( Pendidikan Islam ) Ust. Hainurin bin Samsusah P.P.T - Ucapan Perasmian Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Tn Anas bin Ayob A.I.S - Persembahan Dari Guru-Guru Daerah Klang - Penyampaian Anugerah dan Cenderahati - Kakitangan Sokongan Cemerlang Sekolah - Guru Prasekolah Cemerlang - Guru KAFA Cemerlang Lelaki - Guru KAFA Cemerlang Perempuan - Guru Kontrak Cemerlang - Guru Tetap Cemerlang Lelaki - Guru Tetap Cemerlang Perempuan - Ketua Guru Cemerlang - Guru Besar Cemerlang - Tokoh Guru Lelaki - Tokoh Guru Perempuan - Persembahan Dari Guru-Guru Daerah Klang - Nyanyian Lagu : Kami Guru Malaysia - Jamuan Makan 12.00 tgh - Bersurai
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita semua diberikan kesempatan menjalin silaturrahim dan menyulam ukhuwah di lokasi yang serba indah ini bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Klang, Jabatan Agama Islam Selangor bagi tahun 2024. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengelola kerana berjaya menganjurkan majlis yang bermakna kepada guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sesungguhnya tanpa perancangan yang teliti dan usaha yang gigih, sudah pasti majlis ini tidak dapat dilangsungkan dengan meriah dan jayanya. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengelola kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis yang mengiktiraf jasa dan sumbangan semua guru di daerah Klang tercinta ini. Saya dengan rendah hati ingin menzahirkan ucapan “SELAMAT HARI GURU” buat semua pendidik anak bangsa yang ada di hadapan saya ini. Kita sedar bahawa tanpa guru, siapalah kita pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan merupakan insan bertuah kerana berada dalam lapangan yang cukup mulia dan sentiasa signifikan sepanjang zaman. Oleh sebab itu, Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun amat wajar dirayakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa guru. Martabat warga guru sememangnya begitu mulia, Rasullah SAW bersabda maksudnya ”Barang siapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun” ( HR. Ibn Majah : 236 ) Bertepatan dengan tema hari guru tahun ini ” GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI”. Pembentukan masyarakat Madani memerlukan sumbangan dan pengorbanan dalam bentuk ilmu, tenaga, masa dan tanggungjawab bagi setiap guru dalam memastikan generasi pada masa hadapan memiliki tamadun yang tinggi seiring dengan kemajuan teknologi semasa , maju dalam segala aspek kehidupan dan tanpa mengabaikan perintah Allah S.W.T. Sekapur Sireh
Secara umumnya, masyarakat Madani ialah sebuah masyarakat yang aman makmur serta berprinsipkan kepada perundangan al-Quran dan alSunnah. Besar sungguh peranan seorang pendidik untuk melahirkan satu generasi kepada satu generasi yang lain dalam khidmat bakti kalian secara berterusan. Sesungguhnya Islam sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Allah S.W.T mengangkat tinggi nilai-nilai keilmuan termasuklah orang yang menyampaikan ilmu dan penuntut ilmu. Ini menunjukkan martabat guru sangat tinggi dan mulia. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU dan TAHNIAH kepada semua guru dan warga pendidik di bawah tadbir urus daerah Klang ini. Harapan saya, jadilah pendidik yang dapat memartabatkan profesion keguruan ke tahap yang cukup tinggi dan mulia. Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Semoga para guru sekalian akan terus dilimpahi rahmat dan diberikan keupayaan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah menabur benih-benih ilmu dan membugar keluhuran akhlak insan di ladang pendidikan yang subur ini. Sekian, wassalam. TN ANAS BIN AYOB A.I.S Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Sekapur Sireh
Bismillahirrahmanirrahim Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA, dapat kita sama-sama berada dalam majlis sambutan Hari guru Peringkat Daerah Klang, Jabatan Agama Islam Selangor tahun 2024 pada hari ini. Pemilihan tema Hari Guru 2024 iaitu “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” sangat bertepatan untuk menghargai peranan guru sebagai khalifah yang memainkan peranan penting dalam ekosistem pendidikan islam untuk menjayakan misi dan visi pembangunan pendidikan. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu semata-mata, malah berusaha memastikan murid mempunyai akhlak yang cemerlang dan berdaya saing tinggi. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan berada di barisan paling hadapan, kita golongan pendidik perlu bertanggungjawab mengemblengkan tenaga dan kepakaran dengan mengasuh dan mendidik generasi muda dengan ilmu, nilai, adab dan kemahiran yang amat diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. Kualiti rakyat dan negara bergantung kepada kualiti pendidikan yang dicurahkan kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Oleh hal yang demikian, kita perlu mendidik generasi muda sesuai dengan zamannya. Memetik kata-kata yang pernah dinukilkan oleh mujadid islam terkenal Imam Al-Ghazali, beliau menulis dalam kitab Ilya Ulumuddin. “…… didiklah anak-anak kamu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau….” Seulas Pinang
Kerjaya sebagai guru merupakan pekerjaan mulia. Mereka bukan sahaja berilmu dan menyampaikan imu, malah mereka juga adalah muallim (yang memberi ilmu, muddaris (yang mengajar), muaddib (yang mendidik adab), murabbi (yang melatih) dan mursyid (yang membimbing) dalam usaha membentuk akhlak dan membina kecemerlangan generasi Madani pada masa hadapan. Sesuai dengan nilai dan visi Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dalam “Melahirkan Khaira al-Ummah”. Maka hari ini peranan guru adalah sangat mencabar dan besar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang ilmu dan adab. Untuk itu guru perlu memberi komitmen yang terbaik, sekaligus merealisasikan hasrat JAIS. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU dan TAHNIAH kepada semua guru dan warga pendidik di bawah tadbir urus daerah Klang ini. Harapan saya, jadilah pendidik yang dapat memartabatkan profesion keguruan ke tahap yang cukup tinggi dan mulia. Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan bimbingan guru yang mendidikdengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Semoga para guru sekalian akan terus dilimpahi rahmat dan diberikan keupayaan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah menabur benih-benih ilmudan membugar keluhuran akhlak insan di ladang pendidikan yang subur ini. BERSENJATAKAN PENA KERAMAT, BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT, MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT, KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT, DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT, SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT. Sekian, wassalam TN HAINURIN BIN SAMSUSAH P.P.T Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah ( Penddikan Islam ) Pejabat Agama Islam Daerah Klang Seulas Pinang
JAWATANKUASA INDUK MAJLIS AJK PERSEMBAHAN AJK TEKS UCAPAN Mohd Khairudin bin Rojiken Siti Zarina binti Kamsin Mastura binti Munijat AJK HADIAH & CENDERAHATI AJK BUKU PROGRAM Rafeah binti Siddek Siti Suraya binti Kamat Norzainah binti Samini Nor Haza binti Shamsuri AJK TEKNIKAL AUDIO & JURUFOTO Mohd Zaki bin Sudarman Aznan bin Mustafa Mohd Diah bin Ramli Mohd Suhaini bin Mohammed Ramlan Muhammad Safwan Hadi bin Shaharuddin Penasihat : Mahdi Al-Hilmy bin Arshad Pengerusi 1 : Hainurin bin Samsusah N. Pengerusi 1 : Mohd Sawisi bin Mohd Amin N. Pengerusi 2 : Rosidi bin Hussain N. Pengerusi 3 : Nor Azlinda binti Musiran Penyelaras 1 : Sumardi bin Shuhadi Penyelaras 2 : Ruaina binti Abdullah Setiausaha : Rahmah binti Sulaiman N. Setiausaha : Norhana binti Sarbini Bendahari : Rohaizan binti Jamal FLOOR MANAGER & PROTOKOL AJK PEMILIHAN TEMPAT & JAMUAN Zaidi bin Mohd Nusran Ahmad Hizam bin Sataris Mohamad bin Hapaid Nor Fazilah binti Jamil Salamah binti Ismail AJK PENDAFTARAN AJK PERSIAPAN Nap Siah binti Selamat Nor Azizah binti Aspan Siti Aishah binti Mohamed Noor Aris bin Depungeng PENGACARA MAJLIS Muhammad Fitri bin Sobri Nurul Izzahti binti Ayob
ANUGERAH SAMBUTAN HARI GURU GURU BESAR CEMERLANG SUMARDI BIN SHUHADI SRA PEKAN MERU KETUA GURU CEMERLANG NORUL HUDA BINTI AHMAT KAFAI KG PERIGI NENAS GURU TETAP CEMERLANG LELAKI MOHAMAD AZAM BIN MOHAMAD ZAIDON SRA TAMAN KEM GURU TETAP CEMERLANG PEREMPUAN NOR SHAHRUL HARIAH BINTI SUFYAN SRAI TG AMPUAN FATIMAH BATU BELAH GURU KONTRAK CEMERLANG NORHAIDA BINTI ZAINAL SRAI TG AMPUAN FATIMAH BATU BELAH
ANUGERAH SAMBUTAN HARI GURU GURU KAFA CEMERLANG PEREMPUAN NORUL SOFIE BINTI ZULTAHRIN SRA SG UDANG GURU PRASEKOLAH CEMERLANG ASLIN BINTI TASLIM PRASEKOLAH PEKAN MERU KAKITANGAN SOKONGAN CEMERLANG AHMAD NAJMUDDIN BIN NAZRI SRA PANDAMARAN JAYA GURU KAFA CEMERLANG LELAKI AZIMULLAH BIN RAPINI SRA SEMENTA
ANUGERAH TOKOH GURU TAHUN 2024 ANUGERAH TOKOH GURU LELAKI 2024 TN HJ YAHYA BIN NGAH ANUGERAH TOKOH GURU PEREMPUAN 2024 PN ROSNI BINTI AHMED
Ikrar Guru Bahawasanya Kami Guru-Guru Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Malaysia Dengan Ini Berikrar Mendukung Terus Cita-Cita Kami Terhadap Tugas Kami Dan Menyatakan Keyakinan Kami Pada Cita-Cita Murni Pekerjaan Kami Kami Akan Berbakti Kepada Masyarakat Dan Negara Kami Kami Sentiasa Patuh Perintah Allah Dan Rasul Kami Sentiasa Menjunjung Perlembagaan Negara Kami Mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Pada Setiap Masa
Kami Guru Malaysia Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Kulihat kauberdiridipelupukmataku Menyampaikan pesanwaktu Tatkala tatapanbertemu Aku menangkapsejutacahayadarimu Cahayailmukianmerasukkebenakku Bahkanakuberharapiamenjadi segumpaldaging Kau pelitadihitamlegamnyajiwaku Laksana tetesanairdigersangnyagurunpasir Duhaiguruku Kau tamankehidupan Berjuta ilmukautanamkan Tanpa lelahdanputusasa Berjuangmencerdaskangenerasibangsa Kau mempunyailaut yangterpenuhi dengan mutiara-mutiara ilmu Izinkanakumelayarinya, sehingga matikupenuhketenangan Hidupmupenuhperjuangan Maka,takberdosajikaaku memberimugelaranpahlawan Untukmu Guruku…
Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan Semua A J K Pelaksana Merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan terimakasih yang tidak terhinggakepada Pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung Di atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah S.W.T. In Shaa Allah... Sekian, Terima Kasih
AUTOGRAF