The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by upipaidklang, 2024-05-30 10:29:28

Peraturan Am & Khas KAMIL SAN JAIS 2024

Peraturan Am & Khas KAMIL SAN JAIS 2024

Keywords: #kamil #jais #san

Disediakan oleh: JAWATANKUASA TEKNIKAL KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR PERATURAN AM DAN KHAS KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TAHUN 2024 Sekolah Rendah Agama Integrasi Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Sekolah Rendah Islam Prasekolah JAIS


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 2 ISI KANDUNGAN Peraturan Am KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 4 Peraturan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor :- ACARA PRASEKOLAH 8 1. Tilawah Al-Quran 9 2. Hafazan Dan Terjemahan 9 3. Azan Dan Iqamah 9 4. Syair 10 5. Bercerita Kisah Nabi 10 6. Tulisan Jawi 10 7. Nasyid 10 8. Koir Patriotik 10 9. Sajak 11 ACARA SRAI / SRA / KAFAI / SRI 12 1. Azan Dan Iqamah (Tahap 1) 13 2. Bercerita Dari Al Quran (Tahap 1) 13 3. Hafazan Dan Terjemahan (Tahap 1) 13 4. Muhawwarah (Tahap 1) 14 5. Tilawah Al-Quran (Tahap 2) 16 6. Hafazan Dan Tafsiran (Tahap 2) 16 7. Khutbah Jumaat (Tahap 2) 17 8. Syarahan Bahasa Melayu (Tahap 2) 17 9. Syarahan Bahasa Arab (Tahap 2) 17 10. Solat Jenazah (Tahap 2) 18 11. Rawi Dan Marhaban (Tahap 2) 18 12. Nasyid (Terbuka) 18 13. Kalam Jamaie (Tahap 2) 20 14. Menulis Khat (Tahap 1 dan Tahap 2) 21


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 3 ACARA SRAI 23 1. Pidato (Tahap 2) 24 2. Bercerita Dari Al-Quran Bahasa Inggeris (Tahap 2) 24 3. Kuiz Akademik (Tahap 2) 24 4. Robotik (Tahap 2) 25 5. Choral Speaking (Tahap 2) 25 6. Melukis Poster (Tahap 2) 26 ACARA IKK 27 1. Tilawah Al-Quran (Terbuka) 28 2. Hafazan (Terbuka) 29 3. Bercerita Kisah Dari Al Quran (Terbuka) 29 4. Khat (Terbuka) 31 5. Nasyid (Terbuka) 32 6. Tulisan Jawi (Terbuka) 32


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 4 PERATURAN AM KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 1. UNDANG-UNDANG Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelaras KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor. 1.1. Kelayakan 1.1.1. Semua murid mestilah taraf Warga Negara dan bersekolah di sekolah-sekolah yang telah berdaftar di bawah JAIS. 1.1.2. Mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga. 1.1.3. Peserta hanya dibenarkan menyertai satu acara sahaja. 1.2. Had Umur Peserta 1.2.1. Murid-murid Prasekolah mestilah berumur antara 5 hingga 6 tahun. 1.2.2. Murid-murid tahap 1 mestilah berumur antara 7 hingga 9 tahun. 1.2.3. Murid-murid tahap 2 mestilah berumur antara 10 hingga 12 tahun. 1.3. Pendaftaran 1.3.1. Senarai pendaftaran peserta hendaklah dihantar kepada urusetia pelaksana selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum program bermula dengan format seperti berikut :- (i) Nama Penuh (ejaan rumi) (ii) Nombor Mykid (iii) Nama sekolah 1.3.2. Sebarang pertukaran peserta pada hari pertandingan di atas sebab-sebab tertentu hendaklah dimaklumkan kepada Biro Pendaftaran dan Pengundian KAMIL melalui Ketua Kontinjen Daerah masing-masing dengan menggunakan Borang Pertukaran Peserta ( KAMIL 03 ). (Rujuk Senarai Tugas Ketua Kontinjen Daerah)


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 5 1.4. Pakaian 1.4.1. Peserta hendaklah memakai pakaian rasmi yang telah ditetapkan oleh JAIS samada pakaian harian atau pengawas (rujuk Buku SPSM JAIS) ( tanpa lencana dan rozek ) :- (i) Pakaian Rasmi SRAI / SRA / KAFAI. (ii) Pakaian Rasmi Hari Jumaat SRAI. (iii) Pakaian SRI = Pakaian Rasmi SRA / KAFAI. 1.4.2. Peserta hanya boleh berpakaian bebas dan menutup aurat bagi acara-acara berikut, namun masih menggunapakai Buku SPSM JAIS sebagi panduan dari sudut jenis/ bentuk pakaian :- (i) Semua acara Prasekolah (ii) Bercerita Dari Al-Quran (SRAI / SRA / KAFAI / SRI) (iii) Muhawwarah (SRAI / SRA / KAFAI / SRI) (iv) Khutbah Jumaat (SRAI / SRA / KAFAI / SRI) (v) Nasyid – Tanpa Aksesori (SRAI / SRA / KAFAI / SRI) (vi) Bercerita Bahasa Inggeris (SRAI) (vii) Semua acara IKK 1.5. Disiplin dan Tingkahlaku 1.5.1. Hendaklah mengikut peraturan khas yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelaras KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor. 1.5.2. Semua kontinjen digalakkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penyebaran COVID-19 seperti :- (i) Sihat tubuh badan. (ii) Tidak bergejala ( batuk/ selsema/ sesak nafas dan sebagainya ). (iii) Digalakkan memakai pelitup hidung dan mulut ( face mask/ face shield ) di sepanjang hari pertandingan. (iv) Mengamalkan penjarakan sosial setiap masa dan ketika. (v) Sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutama tangan dengan menggunakan cecair pencuci tangan atau hand sanitizer. 1.5.3. Pengamalan disiplin ini dibaca bersama dengan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Jabatan Agama Islam Selangor. 1.6. Sistem Pertandingan 1.6.1. Hendaklah mengikut Peraturan Khas yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor. 1.6.2. Acara-acara yang memerlukan teks adalah seperti berikut :- 1.6.2.1. Acara Prasekolah (i) Syair (ii) Bercerita Kisah Nabi (iii) Nasyid (iv) Koir Patriotik (v) Sajak


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 6 1.6.2.2. Acara SRAI / SRA / KAFAI / SRI (i) Bercerita Dari Al-Quran (ii) Muhawwarah (iii) Hafazan dan Tafsiran (iv) Khutbah Jumaat (v) Syarahan Bahasa Melayu (vi) Syarahan Bahasa Arab (vii) Nasyid (Terbuka) (viii) Kalam Jamaie (Terbuka) 1.6.2.3. Acara SRAI (i) Pidato (ii) Bercerita Bahasa Inggeris (iii) Choral Speaking (Terbuka) 1.6.2.4. Acara IKK (i) Bercerita Dari Kisah Al Quran (ii) Nasyid PERHATIAN : Teks acara hendaklah disampaikan kepada urusetia dua (2) minggu sebelum pertandingan dijalankan. Teks yang telah dihantar dianggap sebagai teks rasmi pertandingan dan tidak boleh ditukarganti. 1.6.3. Guru tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan atau bahasa badan semasa peserta membuat persembahan. 1.6.4. Markah hanya akan dikira bagi persembahan yang mengikut syaratsyarat am dan khas pertandingan. 1.7. Penentuan Pemenang 1.7.1. Keputusan akan dikeluarkan oleh Jemaah Hakim/Juri/ Panel Juri. 1.7.2. Penentuan Johan Keseluruhan berdasarkan pengiraan mata yang tertinggi dari jumlah pencapaian yang diperolehi. Sekiranya berlaku jumlah mata yang sama, maka penentuan kedudukan keseluruhan akan ditentukan berdasarkan pencapaian tertinggi yang terbanyak. Pencapaian Jumlah Mata Johan 5 Naib Johan 3 Ketiga 1 1.7.3. Keputusan hakim adalah muktamad. 1.8. Menarik Diri dan Menyerah Kalah 1.8.1. Semua pertandingan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika nombor undian peserta disebut sebanyak tiga (3) kali dan gagal menghadirkan diri sewaktu pertandingan berjalan, peserta tersebut dianggap menarik diri dan digugurkan dari menyertai pertandingan (Setelah dirujuk kepada Penyelaras Dewan).


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 7 1.9. BANTAHAN 1.9.1. Bantahan hanya boleh dibuat oleh Ketua Kontinjen sahaja. 1.9.2. Ketua Kontijen perlu mengisi borang yang disediakan (Borang KAMIL05) dan mengembalikan kepada Panel Kehakiman dalam tempoh 1 jam setelah tamat acara. 1.9.3. Borang bantahan perlu ditandatangan dan dicop oleh Ketua Kontinjen beserta bayaran seperti berikut:- ACARA KADAR BAYARAN INDIVIDU RM 100 KUMPULAN RM 200 1.9.4. Ketua Kontinjen dan saksi perlu hadir semasa perbincangan dengan panel kehakiman. 1.9.5. Sebarang keputusan yang dibuat hasil perbincangan tersebut adalah muktamad, wang tersebut tidak akan dikembalikan. 1.9.6. Bantahan yang dibenarkan hanya melibatkan kepada kesalahan peraturan am sahaja.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 8 PERATURAN KHAS ACARA KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ACARA PRASEKOLAH :- 1. TILAWAH AL-QURAN 2. HAFAZAN DAN TERJEMAHAN 3. AZAN DAN IQAMAH 4. SYAIR 5. BERCERITA KISAH NABI 6. TULISAN JAWI 7. NASYID 8. KOIR PATRIOTIK 9. SAJAK


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 9 ACARA PRASEKOLAH 1. TILAWAH AL-QURAN 1.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 1.2. Bacaan hanya salah satu surah pilihan berikut :- 1.2.1. Surah Ad-Dhuha (11 ayat ) 1.2.2. Surah Al-Qariah ( 11 ayat ) 1.2.3. Surah Al-A’adyaat ( 11 ayat ) 1.3. Penghakiman dimulai dari bacaan Basmalah, hingga akhir surah sahaja. (Tidak dibenarkan menambah sebarang bacaan surah dan doa sebelum dan selepas tilawah) 2. HAFAZAN DAN TERJEMAHAN 2.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 2.2. Membaca surah wajib dan salah satu surah pilihan berikut :- 2.2.1. Surah Al-Fatihah (wajib) 2.2.2. Surah Al-Falaq (pilihan) 2.2.3. Surah Al-Ikhlas (pilihan) 2.2.4. Surah An-Nas (pilihan) 2.3. Dikehendaki membaca surah terlebih dahulu dan diikuti dengan terjemahannya. 2.4. Tidak dibenarkan melihat teks dan sebagainya. 2.5. Cara persembahan :- 2.5.1. Duduk dengan sopan 2.5.2. Pergerakan tangan sahaja dibenarkan 2.6. Terjemahan yang disampaikan hendaklah menggunakan ‘Tafsir Pimpinan Ar Rahman’ sahaja. 3. AZAN DAN IQAMAH 3.1. Diwakili oleh dua orang (2) murid lelaki. 3.2. Pelaksanaan dilakukan secara tertib mengikut kaedah seperti berikut :- Tasbih Azan Doa Iqamah 3.3. Azan Subuh tidak dibenarkan. 3.4. Doa dibaca bersama-sama. 3.5. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 10 4. SYAIR 4.1. Diwakili oleh seorang (1) peserta perempuan sahaja. 4.2. Tema : “ Ibubapa ” 4.3. Peralatan, alat bantu dan muzik latar dibenarkan. 4.4. Masa penyampaian yang diperuntukkan adalah selama lima (5) minit. 5. BERCERITA KISAH NABI (TERBUKA) 5.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki atau seorang (1) murid perempuan. 5.2. Peserta bebas memilih tajuk yang berkaitan dengan petikan ayat-ayat Al Quran. 5.3. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu. 5.4. Guru pembimbing dibenarkan untuk menyusun bahan bantu. 5.5. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit bermula selepas peserta memberi salam. 6. TULISAN JAWI 6.1. Peserta seorang (1) lelaki dan seorang (1) perempuan. 6.2. Tulisan yang perlu ditulis :- القرءان صحابت سجاتي 6.3. Menggunakan pensel 2B Faber Castell mata biasa yang disediakan oleh pihak urusetia sahaja. 6.4. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam sahaja. 7. NASYID 7.1. Peserta perempuan tidak melebihi sepuluh (10) orang. 7.2. Senikata berunsur “ Selawat Ke Atas Nabi ”. 7.3. Senikata lagu samada dalam Bahasa Melayu, Arab atau Inggeris. 7.4. Teks nasyid hendaklah disediakan. 7.5. .Sebarang intro di awal dan di akhir tidak dibenarkan. 7.6. Menggunakan alat muzik atau Minus-O. 7.7. Loceng peringatan pertama akan dibunyikan pada minit keenam (6). 7.8. Masa yang diberi tujuh (7) minit bermula dari salam. 8. KOIR PATRIOTIK 8.1. Kumpulan terdiri daripada lelaki sahaja/perempuan sahaja/lelaki dan perempuan. 8.2. Bilangan peserta tidak melebihi lapan (8) orang. 8.3. Tema : “ Kemerdekaan ”. 8.4. Hanya Minus-O dibenarkan sebagai bahan bantu. 8.5. Kumpulan hendaklah mendendangkan sebuah lagu sahaja. 8.6. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah tujuh (7) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 11 9. SAJAK 9.1. Peserta seorang (1) lelaki dan seorang (1) perempuan. 9.2. Tema : “ Guru ”. 9.3. Peralatan, alat bantu dan muzik latar dibenarkan. 9.4. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah lima (5) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 12 PERATURAN KHAS ACARA KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ACARA SRAI / SRA / KAFAI / SRI :- TAHAP 1 1. AZAN DAN IQAMAH 2. BERCERITA DARI AL-QURAN 3. HAFAZAN DAN TERJEMAHAN 4. MUHAWARAH


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 13 ACARA SRA / SRAI / KAFAI / SRI (TAHAP 1) 1. AZAN DAN IQAMAH 1.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki. 1.2. Pelaksanaan dilakukan secara tertib mengikut kaedah seperti berikut :- Tasbih Azan Iqamah Doa 1.3. Alunan suara yang kuat, lagu asli dan lahjah Arab. 1.4. Azan Subuh tidak dibenarkan. 1.5. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit. 2. BERCERITA DARI AL QURAN 2.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 2.2. Peserta bebas memilih tajuk yang berkaitan dengan petikan ayat-ayat Al Quran. 2.3. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu. 2.4. Guru pembimbing dibenarkan untuk membantu peserta menyusun bahan bantu. 2.5. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit bermula selepas peserta memberi salam. 3. HAFAZAN DAN TERJEMAHAN 3.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 3.2. Peserta dikehendaki menyampaikan bacaan melalui 3 peringkat: PERINGKAT 1 2 3 ARAHAN Bacaan wajib Membaca salah satu surah berikut secara undian Membaca salah satu surah berikut dari awal hingga akhir secara undian diikuti terjemahan SURAH Al-Fatihah (الفاتحة) Al-Zalzalah (الزلزلة (At-Tiin (التين( Al-Humazah (الهمزة (As-Syams (الشمس( Al-‘Adiyaat (العاديات (Al-Qadr (القدر( 3.3. Terjemahan yang disampaikan hendaklah menggunakan ‘Tafsir Pimpinan Ar Rahman’ sahaja. 3.4. Peserta dikehendaki duduk ketika membaca dan menterjemah surah yang diundi. 3.5. Undian surah dilakukan oleh peserta di dalam dewan pertandingan sebelum menyampaikan persembahan. 3.6. Hanya pergerakan tangan sahaja dibenarkan semasa menyampaikan terjemahan.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 14 4. MUHAWARAH 4.1. Diwakili oleh satu (1) kumpulan murid lelaki dan satu (1) kumpulan murid perempuan. Setiap kumpulan dianggotai oleh dua (2) orang peserta. 4.2. Penyampaian adalah dalam Bahasa Arab. 4.3. Peserta bebas memilih tajuk yang bersesuaian dengan memastikan isi perbualan mengandungi nilai-nilai murni. 4.4. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu. 4.5. Peserta tidak dibenarkan melihat teks semasa pertandingan dijalankan. 4.6. Guru pembimbing dibenarkan untuk membantu peserta menyusun bahan bantu. 4.7. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah tujuh (7) minit bermula selepas peserta memberi salam atau memulakan persembahan.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 15 PERATURAN KHAS ACARA KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ACARA SRA / SRAI / KAFAI / SRI :- TAHAP 2 1. TILAWAH AL-QURAN 2. HAFAZAN DAN TAFSIRAN 3. KHUTBAH JUMAAT 4. SYARAHAN BAHASA MELAYU 5. SYARAHAN BAHASA ARAB 6. SOLAT JENAZAH 7. RAWI DAN MARHABAN 8. NASYID 9. KALAM JAMAIE


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 16 ACARA SRA / SRAI / KAFAI / SRI (TAHAP 2) 1. TILAWAH AL QURAN 1.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 1.2. Peserta dikehendaki membaca secara bertaranum salah satu surah yang ditetapkan seperti berikut :- Surah Al Baqarah ( ) Bermula Ayat 30 Surah An Nisa’ ( ) Bermula Ayat 36 Surah Al Mulk ( ) Bermula Ayat 01 Surah Yunus ( ) Bermula Ayat 03 Surah Al Qalam ( ) Bermula Ayat 01 1.3. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah lapan (8) minit. 2. HAFAZAN DAN TAFSIRAN 2.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 2.2. Peserta dikehendaki menyampaikan bacaan melalui 2 peringkat: PERINGKAT 1 2 ARAHAN Bacaan wajib Membaca salah satu surah berikut dari awal hingga akhir secara undian diikuti tafsiran SURAH Al-Fatihah (الفاتحة) Al-Buruj (البروج( Al-Insyiqoq (اإلنشقاق( Al-Ghasiah (الغاسية( Al-Fajr (الفجر( (عبس) Abasa‘ # Tafsiran hendaklah disampaikan dalam tempoh dua (2) minit. 2.3. Peserta dikehendaki duduk ketika membaca dan mentafsir surah yang diundi. 2.4. Undian surah akan dilakukan oleh peserta di dalam dewan pertandingan sebelum menyampaikan persembahan. 2.5. Peserta tidak dibenarkan melihat teks semasa pertandingan dijalankan. 2.6. Hanya pergerakan tangan sahaja dibenarkan semasa menyampaikan tafsiran.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 17 3. KHUTBAH JUMAAT 3.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki. 3.2. Peserta bebas memilih salah satu tajuk-tajuk khutbah seperti berikut :- 3.2.1. Adab Di Dalam Media Sosial 3.2.2. Hubungan Silaturahim : Laluan Ke Syurga 3.2.3. Zakat Payung Asnaf 3.2.4. Tanggungjawab Memelihara Agama 3.3. Pelaksanaan dilakukan secara tertib mengikut kaedah seperti berikut :- 1. Ucapan salam 2. Duduk seketika 3. Khutbah pertama 4. Duduk antara dua khutbah 5. Khutbah kedua 3.4. Khutbah yang disampaikan hendaklah memenuhi Rukun Khutbah. 3.5. Teks Khutbah hendaklah menggunakan teks asal yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan boleh diringkaskan mengikut kesesuaian masa pertandingan. 3.6. Peserta dikehendaki memakai jubah yang bersesuaian dengan acara. Tongkat disediakan oleh tuan rumah. 3.7. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah sepuluh (10) minit. 4. SYARAHAN BAHASA MELAYU 4.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 4.2. Peserta bebas memilih salah satu tajuk yang ditetapkan seperti berikut :- 4.2.1. Iman dan Taqwa Pencetus Ummah Gemilang 4.2.2. Keluarga Bahagia Membentuk Peribadi Mulia 4.2.3. Budaya Tular (Viral) Dan Kesannya Kepada Masyarakat 4.3. Syarahan yang disampaikan tidak menyentuh isu-isu sensitif. 4.4. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit. 5. SYARAHAN BAHASA ARAB 5.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 5.2. Peserta bebas memilih salah satu tajuk yang ditetapkan seperti berikut :- 5.2.1 Kepentingan Ilmu Di Dalam Islam 5.2.2 Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati 5.2.3 Kesan Bermain Gajet Terhadap Remaja 5.3. Syarahan yang disampaikan tidak menyentuh isu-isu sensitif. 5.4. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 18 6. SOLAT JENAZAH 6.1. Diwakili oleh satu (1) kumpulan murid lelaki dan satu (1) kumpulan murid perempuan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tujuh (7) orang peserta. 6.2. Pelaksanaan adalah seperti berikut:- 1. Solat jenazah 2. Membaca doa i. Peserta dikehendaki melaksanakan solat jenazah dengan bacaan secara jahar bersama-sama sehinggalah salam. ii. Imam membaca doa. 6.3. Semua bacaan oleh imam dan makmum hendaklah dibaca dengan jahar (lantang/jelas) secara bersama-sama. 6.4. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah tujuh (7) minit. * Nota Tambahan: - Kedudukan Imam bagi Jenazah Lelaki hendaklah bertentangan dengan kepala jenazah, kaki jenazah menghala ke kanan Imam - kedudukan Imam bagi Jenazah Perempuan hendaklah bertentangan dengan pinggang jenazah, kaki jenazah menghala ke kiri Imam 7. RAWI DAN MARHABAN 7.1. Diwakili oleh satu (1) kumpulan murid lelaki dan satu (1) kumpulan murid perempuan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tujuh (7) orang peserta. 7.2. Setiap kumpulan wajib memulakan persembahan dengan membaca rawi DUA َّم ِم ْن َح ْمِل ِه dari bermula angkatan) 2( َّماتَ َول َdan diikuti dengan marhaban. 7.3. Setiap kumpulan bebas memilih mana-mana lagu yang termasyhur sama ada Rakbi, Sikah, Ras atau Hijazi. 7.4. Marhaban yang digubah berbentuk nasyid tidak akan dihakimi dan tidak diambil kira. 7.5. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang alat bantu. 7.6. Guru tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan atau bahasa badan kepada peserta dalam bilik pertandingan. 7.7. Kitab Rawi disediakan oleh tuan rumah. 7.8. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah lima belas (15) minit. 8. NASYID (TERBUKA) 8.1. Diwakili oleh satu (1) kumpulan murid lelaki dan satu (1) kumpulan murid perempuan. Setiap kumpulan dianggotai oleh lapan (8) orang peserta terdiri daripada murid tahap 1 dan tahap 2. 8.2. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan dua (2) buah nasyid: Nasyid Pertama Lirik disampaikan dalam Bahasa Arab. Senikata mengandungi unsur Salawat ke atas Nabi. Nasyid Kedua Berirama bebas, berbentuk kontemporari moden dan lirik lagunya hendaklah berunsur dakwah.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 19 8.3. Vokal dengan ton yang berkualiti, ketepatan nada tinggi dan rendah, frasa, sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni. 8.4. Pergerakan Formasi yang tidak keterlaluan dibenarkan dan bersesuaian dengan lagu disampaikan. 8.5. Peserta boleh menggunakan alat muzik atau Minus-O. Tiada had penggunaan alat muzik daripada senarai di Lampiran A. 8.6. Muzik pembukaan dan penutup dilarang sama sekali dan boleh menjejaskan pemarkahan. 8.7. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah lima belas (15) minit termasuk persiapan peralatan. LAMPIRAN A: Alatan Muzik Yang Dibenarkan Dalam Nasyid Marakas Shaker Tamborin Kompang / Riq Bongo Conga Turki Yenki Darbuka Cajon Djembe Chime


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 20 9. KALAM JAMA’IE 9.1. Diwakili oleh satu kumpulan yang disertai dua puluh (20) peserta, iaitu sepuluh (10) lelaki dan sepuluh (10) perempuan. 9.2. Peserta bebas memilih tajuk yang disenaraikan di bawah : 9.2.1. Sekolah Kami Kebanggaan Kami 9.2.2. Cintai Negara Kita 9.2.3. Pengorbanan Ibu Bapa 9.3. Tajuk yang dipersembahkan hendaklah bebas dari sebarang unsur yang sensitif berkaitan perkauman, politik dan perkara-perkara lain yang bercanggah dengan budaya timur dan Islam. 9.4. Hanya pergerakan daripada pinggang dan ke atas sahaja dibenarkan. 9.5. Peserta hendaklah memakai pakaian rasmi sekolah dan dibenarkan memakai sarung tangan putih sahaja. 9.6. Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu. 9.7. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah lapan (8) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 21 PERATURAN KHAS ACARA KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ACARA SRA / SRAI / KAFAI / SRI :- TAHAP 1 DAN TAHAP 2 1. MENULIS KHAT


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 22 ACARA SRAI / SRA / KAFAI / SRI (TAHAP 1 & TAHAP 2) 1. MENULIS KHAT 1.1. Diwakili oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada dua (2) orang murid lelaki dan dua (2) orang murid perempuan. 1.2. Peserta tahap satu (1) dikehendaki menggunakan pensel 2B (bukan mekanikal) dan kertas lukisan bersaiz A3. 1.3. Peserta tahap dua (2) dikehendaki menggunakan alat tulis (resam/ pen kaligrafi khat) yang berdakwat hitam serta kertas Art Paper (128gsm) bersaiz A3. 1.4. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang bahan rujukan dan penggunaan ‘blok’. 1.5. Peserta dikehendaki menggunakan kertas yang akan disediakan oleh penganjur dan menulis semula petikan ayat di bawah dengan menggunakan kaedah: 1.5.1. Tahap 1 : Khat Wajib (Nasakh) 1.5.2. Tahap 2 : Khat Pilihan (Nasakh, Thuluth dan Raka'ah) 1.6. Peserta dikehendaki menulis mengikut saiz mata alat tulis tidak kurang 2.0 mm 1.7. Segala reka bentuk tulisan dan corak serta awan larat yang dipaparkan dikira sebagai seni dan kreatif. 1.8. Pemarkahan Khat dibahagikan kepada 4 bahagian :- i. Tulisan : 60 markah ii. Persembahan : 20 markah iii. Hiasan : 10 markah iv. Kebersihan : 10 markah 1.9. Masa yang diperuntukkan selama dua (2) jam. TAHAP 1: TAHAP 2:


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 23 PERATURAN KHAS ACARA KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ACARA SRAI :- 1. PIDATO (TAHAP 2) 2. BERCERITA DARI AL-QURAN BAHASA INGGERIS (TAHAP 2) 3. KUIZ AKADEMIK (TAHAP 2) 4. ROBOTIK (TAHAP 2) 5. CHORAL SPEAKING (TERBUKA) 6. MELUKIS POSTER (TAHAP 2)


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 24 ACARA SRAI 1. PIDATO 1.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 1.2. Peserta bebas memilih salah satu tajuk seperti ketetapan berikut :- 1.2.1. Akhlak Terpuji Pencetus Ummah Sejahtera 1.2.2. Kesan Penggunaan Tik Tok Dalam Kalangan Masyarakat 1.2.3. Keberkatan Ilmu Dan Kesannya Dalam Kehidupan 1.3. Isi pidato yang disampaikan tidak menyentuh isu-isu sensitif. 1.4 Masa yang diperuntukan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit 2. BERCERITA DARI AL-QURAN BAHASA INGGERIS 2.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 2.2. Peserta bebas memilih tajuk yang berkaitan dengan petikan ayat-ayat Al Quran. 2.3. Guru Pembimbing tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan atau bahasa badan kepada peserta. 2.4 Guru pembimbing dibenarkan untuk membantu peserta menyusun bahan bantu. 2.5. Peserta dibenarkan berpakaian bebas mengikut syarak. 2.6. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah tujuh (7) minit 3. KUIZ AKADEMIK 3.1. Diwakili oleh empat (4) orang peserta iaitu dua (2) orang peserta lelaki dan dua (2) peserta perempuan. 3.2. Soalan akan disediakan dan disiapkan oleh penyelaras soalan. 3.3. Pertandingan dijalankan sebanyak sebelas (11) pusingan. 3.3.1. Pusingan pertama : Bahasa Melayu 3.3.2. Pusingan kedua : Matematik 3.3.3. Pusingan ketiga : Bahasa Inggeris 3.3.4. Pusingan keempat : Sains 3.3.5. Pusingan kelima : Sejarah 3.3.6. Pusingan keenam : Tajwid 3.3.7. Pusingan ketujuh : Bahasa Arab 3.3.8. Pusingan kelapan : Akhlak 3.3.9. Pusingan kesembilan : Sirah 3.3.10. Pusingan kesepuluh : Tauhid 3.3.11. Pusingan kesebelas : Feqah 3.4. Setiap soalan akan dibaca sebanyak dua (2) kali. 3.5. Jawapan yang diterima hanya sekali sahaja dalam tempoh tiga puluh (30) saat. 3.6. Setiap jawapan yang betul akan diberi tiga (3) markah dan tiada pembantu. 3.7. Soalan adalah berbentuk objektif dan para peserta dikehendaki menjawab A, B, C atau D dengan menggunakan kad jawapan yang disediakan.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 25 3.8. Peserta dilarang sama sekali berbincang atau memberi jawapan kepada peserta lain yang sedang menjawab. 3.9. Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang mendapat markah tertinggi. 3.10. Sekiranya terdapat markah yang sama untuk menentukan tempat pertama, kedua dan ketiga, tiga soalan akan dikemukakan (1-Matematik, 1-Bahasa Inggeris, 1-Tajwid) menggunakan kaedah siapa cepat. Sekiranya ada kumpulan yang dapat menjawab dengan cepat tetapi jawapan yang diberikan salah, maka soalan akan dibuka kepada kumpulan lain. 3.11. Soalan akan diambil daripada sukatan pelajaran KSSR dan KSRA Tahap 2. 3.12. Guru tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan atau bahasa badan kepada peserta dalam bilik pertandingan. 3.13. Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang mendapat markah tertinggi. 3.14. Keputusan juri adalah muktamad. 4. ROBOTIK 4.1. Diwakili oleh dua (2) peserta tahap 2 sama ada lelaki atau perempuan. 4.2. Peserta akan membina robot penjaga air tanaman (Rujuk seperti di dalam Buku Teks RBT Tahun 6) 4.3. Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan dan bahan termasuk laptop/gajet untuk muatnaik coding robot untuk membina robot penjaga air tanaman. 4.4. Guru pembimbing tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan atau bahasa badan kepada peserta dalam bilik pertandingan. 4.5. Peserta dibenarkan membawa bahan terbuang/terpakai sebagai aksesori robot tanaman. 4.6. Keputusan juri adalah muktamad. 4.7. Masa yang diperuntukkan bagi peserta adalah selama sembilan puluh (90) minit. 5. CHORAL SPEAKING 5.1. Diwakili oleh satu kumpulan yang disertai dua puluh (20) peserta, sepuluh (10) peserta lelaki dan sepuluh (10) peserta perempuan. Peserta terdiri daripada sepuluh (10) orang tahap satu (1) dan sepuluh (10) orang tahap dua (2). 5.2. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan seorang ’konduktor’ yang terdiri daripada salah seorang ahli Kumpulan 5.3 Pergerakan formasi yang tidak keterlaluan dibenarkan. 5.3. Peserta bebas memilih tajuk yang bertemakan; 6.3.1. Our School Is Our Pride 6.3.2. Love Our Country 6.3.3. Parents’ Sacrifices 5.4. Tajuk yang dipersembahkan hendaklah bebas dari sebarang unsur yang sensitif berkaitan perkauman, politik dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan budaya timur dan Islam.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 26 5.5. Peserta hendaklah memakai pakaian rasmi sekolah (Isnin – Khamis) dan dibenarkan memakai sarung tangan putih sahaja. 5.6. Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu. 5.7 Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah lapan (8) minit. 6. MELUKIS POSTER 6.1. Diwakili oleh 2 orang peserta Tahap 2, iaitu 1 orang lelaki dan 1 orang perempuan. 6.2. Tema poster adalah ‘Sayangi Bumi Kita’ 6.3. Penggunaan warna krayon/oil pastel sahaja dibenarkan. Kertas lukisan adalah bersaiz A3. Penggunaan pelakar (marker pen/artline/magic) tidak dibenarkan. 6.4. Lukisan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan lukisan tangan sahaja. 6.5. Hasil lukisan hendaklah bebas dari sebarang unsur yang sensitif berkaitan perkauman, politik dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan budaya timur dan Islam. 6.6. Keputusan juri adalah muktamad. 6.7. Masa yang diperuntukkan adalah selama sembilan puluh (90) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 27 PERATURAN KHAS ACARA KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ACARA IKK :- 1. TILAWAH AL-QURAN (TERBUKA) 2. HAFAZAN (TERBUKA) 3. BERCERITA KISAH DARI AL QURAN (TERBUKA) 4. KHAT (TERBUKA) 5. NASYID (TERBUKA) 6. TULISAN JAWI (TERBUKA)


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 28 ACARA IKK (TERBUKA) 1. TILAWAH AL QURAN 1.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 1.2. Peserta dikehendaki membaca salah satu surah yang ditetapkan seperti berikut :- 1.2.1. Kategori Lelaki : Surah Al Baqarah Bermula Ayat 30 Surah Al Baqarah Bermula Ayat 53 Surah Al Imran Bermula Ayat 102 Surah Imran Bermula Ayat 144 Surah An Nisa’ Bermula Ayat 36 Surah Yunus Bermula Ayat 3 Surah Ar Ra’dh Bermula Ayat 19 Surah Al Qasas Bermula Ayat 76 Surah Ar Rum Bermula Ayat 28 Surah Al Fathir Bermula Ayat 1 Surah Az Zukhruf Bermula Ayat 1 Surah Ar Rahman Bermula Ayat 1 Surah Al Hadid Bermula Ayat 21 Surah Al Mujadalah Bermula Ayat 9 1.2.2. Kategori Perempuan : Surah Al Baqarah Bermula Ayat 10 Surah Al Baqarah Bermula Ayat 26 Surah Al Imran Bermula Ayat 1 Surah Al Imaran Bermula Ayat 109 Surah An Nisa’ Bermula Ayat 58 Surah Al Isyra’ Bermula Ayat 23 Surah Al Anbiya’ Bermula Ayat 1 Surah Al Kahfi Bermula Ayat 1 Surah Maryam Bermula Ayat 1 Surah To’ha Bermula Ayat 1 Surah Luqman Bermula Ayat 12 Surah Yaasin Bermula Ayat 28 Surah Az Zumal Bermula Ayat 53 Surah Fussilat Bermula Ayat 1 1.3. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah lapan (8) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 29 2. HAFAZAN 2.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 2.2. Peserta dikehendaki menyampaikan bacaan melalui 4 peringkat :- PERINGKAT 1 2 3 4 ARAHAN Bacaan wajib Ulang bacaan dan sambung (Tebuk ayat) Menyambung bacaan hakim Bacaan penuh surah undian SURAH Al-Fatihah ( ) Juzuk ‘Amma Juzuk ‘Amma Juzuk ‘Amma 2.3. Peserta memulakan bacaan dengan isti’azah dan basmalah. 2.4. Hakim Fateh dan Munabih akan memberikan arahan tugasan kepada peserta. 2.5. Peserta tidak dibenarkan melihat teks semasa pertandingan dijalankan. 3. BERCERITA KISAH DARI AL QURAN 3.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 3.2. Peserta bebas memilih tajuk yang dinyatakan di bawah :- 3.2.1. Kategori Lelaki : BIL. TAJUK SURAH AYAT 1. Nabi Musa: Menyelamat Ummat Taha 77 2. Kisah Thalut dan Jalut Al-Baqarah 246 - 252 3. Kisah Bani Adam: Perbalahan Pertama Manusia Al-Ma’idah 27 – 32 4. Perang Uhud: Kepatuhan kepada Ketua Al-Imran 152 5. Kisah Uzair: Tidur Yang Panjang Al-Baqarah 259 6. Ababil: Di Utus Melindungi Kaabah Al-Fil 1 - 5 7. Kisah Pengembaraan Nabi Musa dan Khidir Al-Kahfi 60 – 82 8. Kisah Pengembaraan Nabi Ibrahim Mencari Kebenaran Al-An’am 75 – 79 9. Kebinasaan Al-Akhnas bin Syuraikh Al-Humazah 1 – 4 10. Kaum Thamud: Teknologi Mengukir Gunung Al-A’raf 74 11. Fathu Makkah: Pembebasan Kota Suci Al-Fath 1 – 3 12. Kisah Bangsa Romawi Ar-Rum 2 – 4 13. Kisah Perang Hunain dan At-Tabuk Taubah 14. Nabi Musa: Keajaiban yang berlaku di padang pasir Al-Ma’idah Al-Baqarah 20 - 26 57 15. Kisah Tembok Tinggi Al-A’raf 35 – 51


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 30 3.2.1. Kategori Perempuan : BIL. TAJUK SURAH AYAT 1. Kisah Kelahiran Maryam: Kelahiran Zuriat Yang Solehah Al-Imran 32 – 39 2. Isteri Nabi Musa A.S: Solehah Lagi Bijaksana Al-Qasas 26 3. Peristiwa Al-Ifki (Fitnah): Saidatina Aisyah An-Nur 11 4. Islam Mengangkat Martabat Wanita: Pemeliharaan Aurat dengan Sempurna An-Nur Al-Ahzab 31 59 5. Ummu Jamil: Si Pembawa Kayu Api Al-Lahab 4 6. Kaulah binti Tsa’labah: Doa Menembusi Langit Ke Tujuh AlMujaadalah 1 – 4 7. Kisah Ummu Musa: Pengorbanan Seorang Ibu Al-Qasas Toha 1 37 8. Isteri Nabi Zakaria (Isya binti Imran): Keajaiban dalam Berdoa Al-Anbiyaa’ Al-Ghafir Al- A’raf 82 – 90 60 29 9. Kisah Isteri Nabi Luth (Walihah): Penderhakaan Isteri Terhadap Agama Al-A’raf Hud 83 81 10. Kisah Ratu Saba’: Kewibawaan dalam kepimpinan An-Naml 31 – 32 11. Kisah Qorun: Kekayaan Yang Membinasakan Al-Qasas 76 – 83 12. Kisah Harut dan Marut: Sihir dan Khurafat Al-Baqarah 101 – 103 13. Kisah Ashabul Ukhdud: Keimanan Al-Ghulam Al-Buruj 11 21 14. Luqman AL-Hakim: Anak sebagai Amanah Allah SWT Al-Luqman 12 – 19 15. Nabi Isa: Hidangan dari langit Al-Ma’idah 112 – 120 3.3. Setiap tajuk yang disampaikan perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) isi utama. 3.4. Setiap isi kandungan yang disampaikan perlu disokong dengan dalil dari AlQuran dan hujah-hujah yang lain. 3.5. Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu. 3.6. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah lapan (8) minit.


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 31 4. KHAT 4.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 4.2. Jenis Khat / Tulisan :- 4.2.1. Khat Wajib (Thuluth) 4.2.2. Khat Pilihan (Nasakh, Raka'ah, Parsi, Diwani dan Kufi) 4.3. Peserta yang menulis selain dari jenis khat yang ditetapkan terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili. 4.4. Sebarang alat tulis khat dan dakwat hendaklah dibawa oleh peserta. 4.5. Kertas akan disediakan oleh urus setia pertandingan. 4.6. Dua (2) helai kertas (Art Paper, Saiz A3) sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta pada permulaan pertandingan. 4.7. Peserta tidak dibenarkan meminjam sebarang peralatan semasa pertandingan. 4.8. Alat tulis yang boleh digunakan adalah pen khat, batang resam, buluh dan rotan. 4.9. Saiz mata alat tulis tidak kurang 2.0 mm. 4.10. Penggunaan blok dan acuan adalah dilarang. 4.11. Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan 2 hasil persembahan, tulisan khat sahaja. 4.12. Persembahan adalah hasil rekaan dan kreativiti peserta sendiri. 4.13. Peserta dilarang meniru sewaktu pertandingan. 4.14. Persembahan tulisan khat tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat. 4.15. Pertandingan akan berakhir sebaik sahaja masa yang telah ditetapkan tamat. 4.16. Pemarkahan Khat dibahagikan kepada 4 bahagian :- i. Tulisan : 60 markah ii. Persembahan : 20 markah iii. Hiasan : 10 markah iv. Kebersihan : 10 markah 4.17. Setiap peserta diberi masa dua (2) jam untuk menulis. KHAT WAJIB : KHAT PILIHAN : اَلْعَقْلُ السَّلِيمُ فِى الْجِسْمِ السَّلِيمُ عقل يغ صيحت تردافت دامل توبوه بادن يغ صيحت ي َ ل ـ َُزي ا ٍب ت َ ث و َ ا ُلِبأ َ َس اجلَم نن َد ِب َ ـِ ا ا َأل ُ َ ِ و ا َل َََجا ُل العِ ْل َ ن اجلَم َّ ِ ا


Peraturan Am Dan Khas KAMIL SAN Jabatan Agama Islam Selangor 32 5. NASYID 5.1. Diwakili oleh satu (1) kumpulan murid lelaki dan satu (1) kumpulan murid perempuan. Setiap kumpulan dianggotai oleh sepuluh (10) orang peserta. 5.2. Tema lagu yang dipersembahkan wajib mengikut tema Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun semasa. 5.3. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan dua (2) buah nasyid: 1. Lagu pertama (Bahasa Arab) hendaklah ciptaan asal, bebas daripada saduran/ ciplak/ plagiat dan belum pernah dirakamkan/ dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran. Walaubagaimanapun ia dibenarkan merujuk kepada lagu-lagu yang sedia ada tidak melebihi 30% sebagai panduan dan rujukan. 2. Lagu kedua (Bahasa Melayu) hendaklah ciptaan asal, bebas daripada saduran/ ciplak/ plagiat dan belum pernah dirakamkan/ dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran. Walaubagaimanapun ia dibenarkan merujuk kepada lagu-lagu yang sedia ada tidak melebihi 30% sebagai panduan dan rujukan. 5.4. Lagu yang disampaikan hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri qasidah adalah digalakan. 5.5. Rentak berunsur hardrock, heavy metal, jazz, rap, hip-hop, R&B dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali. 5.6. Pergerakan formasi yang tidak keterlaluan dibenarkan dan bersesuaian dengan lagu disampaikan. 5.7. Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik seperti kompang, bongo, conga, darbuka, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime. Alatan muzik elektrik, elektronik, bertali, tiupan, gong, gamelan dan Cajon tidak dibenarkan. 5.8. Muzik pembukaan dan penutup dilarang sama sekali dan boleh menjejaskan pemarkahan 5.9. Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah lima belas (15) minit termasuk persiapan peralatan 6. TULISAN JAWI 6.1. Diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan. 6.2. Penulisan jawi yang dikehendaki adalah yang menepati tulisan jawi Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). 6.3. Setiap peserta akan dibekalkan satu helai kertas kajang, dan akan dibekalkan satu helai lagi sekiranya memerlukan pembetulan semula. 6.4. Penulisan mestilah jelas, kemas dan tersusun. 6.5. Pemarkahan dibahagikan kepada 2 bahagian :- i. Ejaan dan tulisan : 60 markah ii. Kekemasan dan kebersihan : 40 markah 6.6. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah satu (1) jam.


Click to View FlipBook Version