08.00 pg - Pendaftaran Guru 08.30 pg - Kehadiran VIP 09.00pg - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis En. Abdul Rahim bin Mohd Azhar Pn. Mazza Lela Munira binti Md Resat 09.15pg - Bacaan Asmaul Husna - Nyanyian Lagu - Negaraku - Negeri Selangor - Kami Guru Malaysia - Bacaan Ikrar Guru En. Muhammad Hafiz bin Abd Manaf - Bacaan Doa En. Abdul Rahim bin Mohd Azhar - Ucapan Aluan Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah ( Pendidikan Islam ) Ust. Hainurin bin Samsusah - Ucapan Perasmian Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang Tn. Mahdi Al-Hilmy bin Arshad - Persembahan Dari Guru-Guru Daerah Klang - Penyampaian Cenderahati Guru Berpindah & Bersara - Penyampaian Anugerah dan Cenderahati - Kakitangan Sokongan Cemerlang UPI PAID Klang - Kakitangan Sokongan Cemerlang Sekolah - Guru Pra Sekolah Cemerlang - Guru KAFA SRA Cemerlang Lelaki - Guru KAFA SRA Cemerlang Perempuan - Guru KAFA KAFAI Cemerlang Lelaki - Guru KAFA KAFAI Cemerlang Perempuan - Guru Kontrak Cemerlang - Guru Tetap Cemerlang - Ketua Guru Cemerlang - Guru Besar Cemerlang - Tokoh Guru Lelaki - Tokoh Guru Perempuan - Persembahan Dari Guru-Guru Daerah Klang - Nyanyian Lagu : Kami Guru Malaysia - Jamuan 11.30pg - Bersurai Atur Cara Majlis
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita semua diberikan kesempatan menjalin silaturrahim dan menyulam ukhuwah di lokasi yang serba indah ini bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Klang, Jabatan Agama Islam Selangor bagi tahun 2023. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengelola kerana berjaya menganjurkan majlis yang bermakna kepada guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sesungguhnya tanpa perancangan yang teliti dan usaha yang gigih, sudah pasti majlis ini tidak dapat dilangsungkan dengan meriah dan jayanya. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengelola kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis yang mengiktiraf jasa dan sumbangan semua guru di daerah Klang tercinta ini. Saya juga dengan rendah hati ingin menzahirkan ucapan “SELAMAT HARI GURU” dan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” buat semua pendidik anak bangsa yang ada di hadapan saya ini. Kita sedar bahawa tanpa guru, siapalah kita pada hari ini. Oleh hal yang demikian, tuan-tuan dan puan-puan merupakan insan bertuah kerana berada dalam lapangan yang cukup mulia dan sentiasa signifikan sepanjang zaman. Oleh sebab itu, Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun amat wajar dirayakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa guru. Martabat warga guru sememangnya begitu mulia sehingga Saidina Ali berkata, barangsiapa yang mengajarkan satu ayat atau kalimat yang tadinya tidak tahu menjadi tahu, maka aku rela untuk dijadikannya sebagai abid (hamba sahaya). Sekapur Sireh
Pembentukan masyarakat Madani memerlukan sumbangan dan pengorbanan dalam bentuk ilmu, tenaga, masa dan tanggungjawab bagi setiap guru dalam memastikan generasi pada masa hadapan memiliki tamadun yang tinggi, maju dalam segala aspek kehidupan dan tidak mengabaikan perintah Allah S.W.T. Secara umumnya, masyarakat Madani ialah sebuah masyarakat yang aman makmur serta berprinsipkan kepada perundangan al-Quran dan al-Sunnah. Besar sungguh peranan seorang pendidik untuk melahirkan satu generasi kepada satu generasi yang lain dalam khidmat bakti kalian secara berterusan. Sesungguhnya Islam sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Allah S.W.T mengangkat tinggi nilai-nilai keilmuan termasuklah orang yang menyampaikan ilmu dan penuntut ilmu. Ini menunjukkan martabat guru sangat tinggi dan mulia. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU dan TAHNIAH kepada semua guru dan warga pendidik di bawah tadbir urus daerah Klang ini. Harapan saya, jadilah pendidik yang dapat memartabatkan profesion keguruan ke tahap yang cukup tinggi dan mulia. Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Semoga para guru sekalian akan terus dilimpahi rahmat dan diberikan keupayaan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah menabur benih-benih ilmu dan membugar keluhuran akhlak insan di ladang pendidikan yang subur ini. Sekian, wassalam TN MAHDI AL-HILMY BIN ARSHAD Pegawai Tadbir Agama Daerah Pejabat Agama Islam Daerah Klang Sekapur Sireh
Bismillahirrahmanirrahim Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA, dapat kita sama-sama berada dalam majlis sambutan Hari guru Peringkat Daerah Klang, Jabatan Agama Islam Selangor tahun 2023 pada hari ini. Pemilihan tema Hari Guru 2023 iaitu “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” sangat bertepatan untuk menghargai peranan guru sebagai khalifah yang memainkan peranan penting dalam ekosistem pendidikan islam untuk menjayakan misi dan visi pembangunan pendidikan. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu semata-mata, malah berusaha memastikan murid mempunyai akhlak yang cemerlang dan berdaya saing tinggi. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan berada di barisan paling hadapan, kita golongan pendidik perlu bertanggungjawab mengemblengkan tenaga dan kepakaran dengan mengasuh dan mendidik generasi muda dengan ilmu, nilai, adab dan kemahiran yang amat diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. Kualiti rakyat dan negara bergantung kepada kualiti pendidikan yang dicurahkan kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Oleh hal yang demikian, kita perlu mendidik generasi muda sesuai dengan zamannya. Memetik kata-kata yang pernah dinukilkan oleh mujadid islam terkenal Imam Al-Ghazali, beliau menulis dalam kitab Ilya Ulumuddin. “…… didiklah anak-anak kamu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau….” Seulas Pinang
Kerjaya sebagai guru merupakan pekerjaan mulia. Mereka bukan sahaja berilmu dan menyampaikan imu, malah mereka juga adalah muallim (yang memberi ilmu, muddaris (yang mengajar), muaddib (yang mendidik adab), murabbi (yang melatih) dan mursyid (yang membimbing) dalam usaha membentuk akhlak dan membina kecemerlangan generasi Madani pada masa hadapan. Sesuai dengan nilai dan visi Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dalam “Melahirkan Khaira al-Ummah”. Maka hari ini peranan guru adalah sangat mencabar dan besar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang ilmu dan adab. Untuk itu guru perlu memberi komitmen yang terbaik, sekaligus merealisasikan hasrat JAIS. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU dan TAHNIAH kepada semua guru dan warga pendidik di bawah tadbir urus daerah Klang ini. Harapan saya, jadilah pendidik yang dapat memartabatkan profesion keguruan ke tahap yang cukup tinggi dan mulia. Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Semoga para guru sekalian akan terus dilimpahi rahmat dan diberikan keupayaan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah menabur benih-benih ilmudan membugar keluhuran akhlak insan di ladang pendidikan yang subur ini. BERSENJATAKAN PENA KERAMAT, BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT, MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT, KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT, DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT, SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT. Sekian, wassalam TN HAINURIN BIN SAMSUSAH Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah ( Penddikan Islam ) Pejabat Agama Islam Daerah Klang Seulas Pinang
JAWATANKUASA INDUK MAJLIS Penasihat : Tn Mahdi Al-Hilmy bin Arshad Pengerusi 1 : Tn Hainurin bin Samsusah Pengerusi 2 : En Mohd Sawisi bin Mohd Amin Pengerusi 3 : En Abdul Rashid bin Mat Sani Pengerusi 4 : Pn Noraini binti Kasiman Pengerusi 5 : Pn Nor Azlinda binti Musiran Setiausaha : Siti Aminah binti Mohamed Noor PENYELARAS MAJLIS ( FLOOR MANAGER ) JK PEMILIHAN TEMPAT En Rosidi bin Hussain En Mohd Khairuddin bin Rojiken JK PENGACARAAN MAJLIS JK PERSIAPAN DEWAN En Abdul Rahim bin Mohd Azhar Pn Mazza Lela Munira binti Md Resat Pn Nor Fazilah binti Jamil Pn Saedah binti Amean JK PENDAFTARAN JK JAMUAN Pn Norhafizah binti Mohd Khapia Pn Fatimatuzzahraq binti Yeop Pn Norhana binti Sarbini Pn Nap Siah binti Selamat JK PERSEMBAHAN JK TEKNIKAL AUDIO / VIDEO Pn Siti Aminah binti Mohamed Noor Pn Salamah binti Ismail En Mohd Zaidi bin Nusran En Mohd Suhaini bin Mohammed Ramlan En Muhammad Safwan Hadi bin Shaharuddin En Mohd Diah bin Ramli JK TEKS UCAPAN JK KESELAMATAN Pn Norsuziyanti binti Mohd Sazali En Aris bin Depungeng JK HADIAH & CENDERAHATI JK BUKU PROGRAM & JEMPUTAN Pn Siti Zarina binti Kamsin Pn. Norul Arbaayah binti Abd Rahman Pn. Arzunah binti Ahmad @ Tasrip Pn. Harlina binti Hilham En. Aznan bin Mustafa JK PENYAMBUT TETAMU JK JEMPUTAN PENERIMA ANUGERAH & TOKOH En Sumardi bin Shuhadi Pn Nor Azlinda binti Musiran
ANUGERAH SAMBUTAN HARI GURU ANUGERAH KAKITANGAN SOKONGAN CEMERLANG ( UPI PAID KLANG ) ANUGERAH KAKITANGAN SOKONGAN CEMERLANG ( SEKOLAH ) ANUGERAH GURU PRA SEKOLAH JAIS CEMERLANG ANUGERAH GURU KAFA SRA CEMERLANG ( LELAKI ) ANUGERAH GURU KAFA SRA CEMERLANG ( PEREMPUAN ) ANUGERAH GURU KAFA KAFAI CEMERLANG ( LELAKI )
ANUGERAH SAMBUTAN HARI GURU ANUGERAH GURU TETAP CEMERLANG ANUGERAH KETUA GURU CEMERLANG ANUGERAH GURU BESAR CEMERLANG ANUGERAH GURU KONTRAK CEMERLANG ANUGERAH GURU KAFA KAFAI CEMERLANG ( PEREMPUAN )
ANUGERAH TOKOH GURU TOKOH GURU LELAKI 2023 TOKOH GURU PEREMPUAN 2023
Ikrar Guru Bahawasanya Kami Guru-Guru Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Malaysia Dengan Ini Berikrar Mendukung Terus Cita-Cita Kami Terhadap Tugas Kami Dan Menyatakan Keyakinan Kami Pada Cita-Cita Murni Pekerjaan Kami Kami Akan Berbakti Kepada Masyarakat Dan Negara Kami Kami Sentiasa Patuh Perintah Allah Dan Rasul Kami Sentiasa Menjunjung Perlembagaan Negara Kami Mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Pada Setiap Masa
Kami Guru Malaysia Kami Guru Malaysia Berikrar Dan Berjanji Mendidik Dan Memimpin Putra Putri Negara Kita Pada Seri Paduka Kami Tumpahkan Setia Rukun Negara Kita Panduan Hidup Kami Semua Di Bidang Pembangunan Kami Tetap Bersama Membantu, Membina Negara Yang Tercinta Amanah Yang Diberi Kami Tak Persiakan Apa Yang Kami Janji Tunai Tetap Kami Tunaikan
Kulihat kau berdiri di pelupuk mataku Menyampaikan pesan waktu Tatkala tatapan bertemu Aku menangkap sejuta cahaya darimu Cahaya ilmu kian merasuk ke benakku Bahkan aku berharap ia menjadi segumpal daging Kau pelita di hitam legamnya jiwaku Laksana tetesan air di gersangnya gurun pasir Duhai guruku Kau taman kehidupan Berjuta ilmu kau tanamkan Tanpa lelah dan putus asa Berjuang mencerdaskan generasi bangsa Kau mempunyai laut yang terpenuhi dengan mutiara-mutiara ilmu Izinkan aku melayarinya, sehingga matiku penuh ketenangan Hidupmu penuh perjuangan Maka, tak berdosa jika aku memberimu gelaran pahlawan Untukmu Guruku…….
Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan Semua AJK Pelaksana Merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung Di atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah S.W.T. In Shaa Allah... Sekian, Terima Kasih