The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naza2251, 2021-04-16 19:52:44

PBL SEJ T3

PBL SEJ T3 pdf

PROJECT BASED LEARNING(PBL)
SEJARAH TING. 3

KEDATANGAN KUASA BARAT

OLEH : NAZARONI BT REJAB
SMK. SERI KAMPAR



B. KANDUNGAN KURIKULUM

Mata pelajaran : SEJARAH
Tema : KEDATANGAN KUASA BARAT
Tajuk : FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT KE NEGARA KITA
Masalah/Isu : Kemakmuran dan kekayaan hasil bumi negara kita antara faktor penting
yang menjadi matlamat utama penjajahan kuasa Barat . Sebagai warganegara Malaysia yang
merdeka, bagaimanakah peranan anda memastikan kemakmuran dan kekayaan hasil bumi
memanfaatkan rakyat serta kedaulatan negara kekal terpelihara daripada ancaman luar.?

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Standard Kandungan Standard Pembelajaran
7.1 Kedatangan kuasa Barat 7.1.2 Menghuraikan faktor kedatangan kuasa barat ke
negara kita.
K7.1.6 Menghuraikan kepentingan bekerjasama dalam
menjamin kemakmuran negara.

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Instrumen yang digunakan : Penulisan, gambar ,peta ithink
dan buku skrap.

TAHAP PENGUASAAN YANG BOLEH DICAPAI OLEH MURID

STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN MENULIS

TAHAP PERNYATAAN
PENGUASAAN

6 Menjana idea untuk mengekalkan kedaulatan negara
dari ancaman luar.

KEMAHIRAN :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Kemahiran menulis
2. Kemahiran meneroka bukti
3. Kemahiran membuat rasionalisasi
4. Kemahiran membuat buku skrap yang kreatif dan menarik.

OBJEKTIF PROJEK :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya lima faktor-faktor kedatangan kuasa

Barat ke negara kita .
2. Murid dapat menghasilkan buku skrap tentang peranan dan kerjasama generasi muda
hari ini untuk memakmurkan negara serta mengekalkan kedaulatan negara dari ancaman
luar.

C. BAHAN YANG DIPERLUKAN (dalam persekitaran murid ) :
1. Buku Teks
2. Video Youtube
3. Fail/Diari Terbuang
4. kotak terpakai
5. Kertas A4 warna
6. Pensil warna
7. Kad manila

BIL HARI/ JADUAL KERJA
PERKARA
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
1 Perbincangan isu/ masalah

2. Mencari dan mengumpul
maklumat daripada pelbagai
bahan

3 Pemilihan dan Penyediaan bahan
yang sesuai dan tepat untuk
menghasilkan buku skrap

4 Menghasilkan projek

5. Membuat persembahan dan
perbentangan

6 Membuat refleksi

D. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

FASA PENERANGAN
Pengetahuan sedia • Murid mengetahui negara pernah dijajah oleh kuasa Barat.
ada murid
Penerangan projek • Projek dijalankan secara individu dalam tempoh dua minggu.

• Pengenalan tentang tugasan projek dan cara menghasilkan buku skrap yang kreatif dengan

menonton video Youtube.

• Menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan murid untuk mengumpul data, maklumat, dan

gambar

Pelaksanaan • Merujuk pelbagai bahan untuk membina kronologi masa penjajahan kuasa Barat di negara kita.

projek • Meneroka dan mencari maklumat tentang faktor-faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita

daripada pelbagai bahan seperti buku teks, laman sesawang, buku ilmiah atau majalah..

• Menghasilkan buku skrap yang memaparkan amalan bekerjasama yang terjalin dalam kalangan rakyat

Malaysia serta peranan generasi muda kini untuk memelihara kedaulatan negara.

Pelaporan dan • Membentangkan buku skrap yang dihasilkan kepada guru secara bersemuka secara ,atas talian atau
pembentangan
luar talian { rakaman video atau panggilan telefon)

• Bersoal jawab dengan murid dapatan buku skrap yang dihasilkan iau/masalah/ kekuatan/kelemahan

dan penambahbaikan..

Pentaksiran dan • Murid membuat refleksi berdasarkan provokasi guru

Penilaian

CONTOH SOALAN KBAT

 1. Pada pendapat anda, apakah resepi utama negara kita kekal
stabil, aman dan makmur?

 2. Bagaimanakah peranan generasi kini dapat memastikan
negara kita tidak dijajah semula?

 3. Apakah yang dapat anda lakukan untuk memastikan amalan
patriotisme tidak luntur dalam kalangan generasi muda pada
masa kini?

Contoh buku
skrap


Click to View FlipBook Version