The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital
Tokoh Pemimpin Johor Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Pasir Gudang 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheq_are, 2021-04-21 00:30:50

“ANJAKAN PARADIGMA TOKOH PEMIMPIN JOHOR YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATO'(DR) HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MUHAMMAD YASSIN DI PERSADA DUNIA”

Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital
Tokoh Pemimpin Johor Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Pasir Gudang 2021

Keywords: Tokoh Pemimpin Johor

“ANJAKAN PARADIGMA TOKOH PEMIMPIN JOHOR
YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATO'(DR)
HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MUHAMMAD YASSIN
DI PERSADA DUNIA”

KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Muka Surat
Maklumat Peserta 1
2
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Biodata Tokoh Pemimpin 4
3.0 Pendidikan Tokoh Pemimpin 5-6
4.0 Kerjaya Tokoh Pemimpin 7-8
5.0 Sumbangan Tokoh 9
6.0 Nilai Kepimpinan 10
7.0 Penutup 11
8.0 Sumber Rujukan

SK TMN JOHOR JAYA 3
JALAN TERATAI 50, TAMAN JOHOR JAYA,

81100 JOHOR BAHRU, JOHOR.

NAMA PESERTA SITI NUR RAUDHAH BINTI MOHD FAERUS RIZAL

KELAS 5 KREATIF

ALAMAT E-MAIL [email protected]

NAMA SEKOLAH SK TMN JOHOR JAYA 3

ALAMAT SEKOLAH JALAN TERATAI 50, TAMAN JOHOR JAYA

81100 JOHOR BAHRU, JOHOR

1.0 Pendahuluan

Anjakan paradigma telah dicetuskan oleh Tokoh Pemimpin Johor, iaitu Yang
Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin, ketika beliau
menjadi Menteri Besar Negeri Johor dari tahun 1986 hingga 1995.

Pertumbuhan ekonomi negeri Johor Darul Ta'zim melebihi kadar 9 peratus, iaitu
selama lima tahun berturut-turut dan menjadi salah satu bukti kebijaksanaan beliau merancang
dan mentadbir negeri ini.

Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan beliau amat dikagumi kerana
negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil
negara di dunia.

Justeru itu, Tokoh Pemimpin Negeri Johor yang dipilih ini merupakan salah satu
permata negara yang sangat berharga untuk rakyat Malaysia.

2.0 Biodata Tokoh Pemimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin

keratan akhbar online, Berita Harian
Nama diberi Muhyiddin bin Haji Muhammad Yaasin. Beliau dilahirkan pada tanggal
15 Mei 1947. Beliau dibesarkan di Bandar Maharani, Bandar Maharani daerah Muar,Johor.
Nama ayah beliau ialah Muhammad Yassin Muhammad, manakala ibunya pula bernama
Khadijah Kassim. Kedua-dua ibu bapa beliau telah meninggal dunia.

Gambar ahli keluarga Tokoh Pemimpin diambil dari google image
Gambar di atas menunjukkan ahli keluarga Tan Sri Muhyiddin. Beliau telah
mendirikan rumahtangga pada 1972 bersama pasangannya yang bernama Puan Seri Noorainee
binti Abdul Rahman. Beliau dianugerahkan empat orang cahaya mata, iaitu dua orang anak
lelaki dan dua orang anak perempuan.

3.0 Pendidikan Tokoh Pemimpin Tan Sri Muhyiddin
Yassin

SK Maharani, Muar Government Universiti Malaya
SK Ismail, Muar English School, ISM

01 02Muar Ekonomi dan
Pengajian Melayu

03

Tan Sri Muhyiddin telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani
kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Ismail di daerah Muar, Johor.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke alam menengah di Government English
School juga di daerah Muar.

Bagi mencapai cita-cita memasuki menara gading, beliau telah melanjutkan pelajaran
ke Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu.

Walaupun beliau bukan seorang yang genius tapi sikap beliau yang suka membaca
menjadikan beliau seorang yang berpengetahuan luas.

4.0 Kerjaya Tokoh Pemimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin

TAHUN KERJAYA TOKOH PEMIMPIN
1970 Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim

(Bahagian Latihan dan Biasiswa)

1986 Menteri Besar Johor ke-13

4 Mei 1995 hingga Menteri Belia dan Sukan

14 Disember 1999

15 Disember 1999 hingga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

26 Mac 2004

27 Mac 2004 hingga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

18 Mac 2008

19 Mac 2008 hingga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

9 April 2009

10 April 2009 hingga Menteri Pelajaran

11 Ogos 2013

10 April 2009 Timbalan Perdana Menteri

2018 Menteri Dalam Negeri

29 Februari 2020 Perdana Menteri Ke-8

Tan Sri Muhyiddin Yassin, memulakan kerjaya beliau sebagai Penolong Setiausaha
Kerajaan Johor Darul Ta’zim Bahagian Latihan dan Biasiswa, pada tahun 1970. Pada tahun
1986, beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke-13.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan
Beliau melebarkan sayapnya dalam bidang politik hingga memegang pelbagai
jawatan menteri seperti Menteri Belia dan Sukan seperti dalam gambar di atas. Selain itu,
beliau juga dapat memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.

Dalam dunia pendidikan pula, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada
10 April 2009 hingga 11 Ogos 2013. Kemuncak kejayaannya mula dicapai pada 10 April 2009
apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Malaysia. Namun kejayaan yang dikecapi
mengalami sedikit perubahan pada tahun 2018, beliau telah menjadi Menteri Dalam Negeri.

Namun, dengan semangat yang tidak luntur, akhirnya beliau berjaya mencipta nama
di persada dunia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

5.0 Sumbangan Tokoh Pemimpin Tan Sri Muhyiddin
Yassin

Keratan akhbar Berita Harian
Berikut merupakan sumbangan tokoh pemimpin iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin:

Mencemerlangkan Syiar Islam.
Membaiki masjid-masjid lama dan membesarkan masjid, masjid baharu dibina.
Menaikkan taraf mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-pegawai.
Merancakkan ekonomi Johor Darul Ta’zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9
peratus.
Ketika pentadbiran beliau Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah mendapat
kembali pengiktirafan dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam Madinah,
Arab Saudi.
Di bawah pentadbiran beliau, negeri Johor Darul Ta’zim mengalami guna tenaga penuh
yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta’zim menjadi simbol kejayaan
konglomerat melayu di seluruh negara.
Tenaga pelajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus
Perguruan Asas Guru Agama Johor Darul Ta’zim.

Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta’zim memberi faedah kepada semua rakyat
kerana semua wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di seluruh
Johor Darul Ta’zim.
Merancakkan ekonomi Johor Darul Ta’zim.
Sumbangan beliau sangat bermanfaat kepada semua rakyat di negeri Johor khususnya.
Kebijaksanaan beliau telah berjaya membantu Johor mengalami pelbagai perubahan positif
dalam pelbagai bidang.

Penyerahan Sijil Siapbina dan Kunci Projek Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan
Gambar di atas menunjukkan salah satu sumbangan beliau bukan sahaja di negeri Johor

malah telah menyebarluaskan sumbangannya ke negeri-negeri lain seperti Kelantan. Beliau
telah menjadi akar umbi untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir besar yang telah
melanda negeri Kelantan dan menyebabkan ramai keluarga kehilangan harta benda dan tempat
tinggal.

6.0 Nilai Kepimpinan

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sikap yang bertimbang rasa dan selalu
mengambil pendekatan dalam pengurusan kebajikan rakyat.

Beliau selalu berkongsi pendapat dengan rakyat dan menyedari kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Beliau juga dikenali sebagai “abah” bagi rakyat Malaysia.

Selain itu, sikap beliau yang sentiasa mahukan kemajuan dalam diri dan rakyatnya
telah mencetuskan pelbagai cara untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.

Beliau sentiasa berfikiran terbuka dan mengalu-alukan nilai-nilai positif rakyatnya.
Beliau sentiasa menerapkan emosi yang seimbang dan pandai berjenaka yang membuatkan
rakyat selesa dengan sikapnya.

7.0 Penutup
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia patut mencontohi sikap Tan Sri

Muhyiddin Yassin. Sikap kepimpinan beliau membuatkan rakyat menyukai cara beliau
memimpin negara Malaysia.

Beliau juga patut menjadi idola negara Malaysia kerana beliau mampu mengurus
pandemik Covid-19 di Malaysia dengan sangat baik.

Selain itu, sikap beliau yang patut kita contohi lagi ialah betapa berdedikasinya beliau
semasa berkhidmat untuk negara Malaysia dan beliau juga sangat adil terhadap semua rakyat
Malaysia. Pelbagai faktor inilah yang menyebabkan beliau layak untuk digelar Tokoh
Pemimpin!

8.0 Sumber Rujukan

 Internet:
i. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin
ii. http://www.tsmcharitygolf.com.my/

iii. https://www.slideshare.net/ChinWei1/sifat-sifat-murni-kepimpinan
iv. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660650/biodata-

tan-sri-muhyiddin-yassin
v. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/02/29/kenali-muhyiddin
vi. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660650/biodata-

tan-sri-muhyiddin-yassin


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Kertas Model Aktual PT3 Super Sejarah [21]
Next Book
Skrapbook Alisha Binti Mohd Rushaimi