BUKUPANDUAN & PERATURAN AM POLITEKNIK MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJKOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Pendahuluan Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini disediakan kepada semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di politeknik. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini termasuklah apaapa panduan dan peraturan yang buat dari semasa ke semasa serta apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh politeknik. Atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di politeknik. Sesungguhnya peraturan yang dibuat bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi ia adalah sebahagian daripada pendidikan. Pendidikan yang sempurna baik dari segi fizikal mahupun kerohanian akan menjadi obor kepada pelajar-pelajar untuk mengharungi masa depan yang cerah. Kawalan disiplin yang longgar akan mendatangkan kesan yang negatif di mana pelajar akan menjadikannya sebagai satu kebebasan yang tiada batasnya. Saya amat mengharapkan pelajar dapat mematuhi segala peraturan yang terkandung di dalam buku ini. Kepatuhan terhadap peraturan akan mewujudkan suatu suasana yang aman damai dan harmonis menjadikan politeknik sebagai suatu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Selamat maju jaya. Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh Putra, 02600 Arau Perlis Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ©
Kandungan Mukasurat 1. Panduan Pendaftaran Pelajar Lama 4 1.1 MaklumatAm 4 1.2 Keperluan Pendaftaran 4 1.3 Pakaian Dan Rupadiri Semasa Mendaftar 4 2. Bantuan Kewangan 5 3. Kad Pelajar 5 4. Rupadiri 5 4.1 Rupadiri Pelajar Lelaki 5 4.2 Rupadiri Pelajar Perempuan 6 4.3 Pakaian Untuk Riadah 7 5. Menghadiri Kuliah/Bengkel 7 6. Kebersihan Dan Kemudahan 8 7. Harta Benda 8 8. Penglibat Pelajar Dalam Persatuan /Sadan / Pertubuhan / Kumpulan 8 Dan Parti Politik 9. Bahan-Bahan Lucah, Dadah, Racun, Mabuk Dan Berjudi 8 10. Gangguan Ketenteraman 9 11. Penceramah Luar 9 12. Kesalahan-Kesalahan Yang Boleh Mengakibatkan Penggantungan / 9 Pembuangan Pelajar Dari Politeknik 13. Larangan Merokok 10 14. Hal-Hal Lain 10 15. Peraturan Kamsis/Asrama 11 15.1 Penempatan Pelajar Di Kamsis/Asrama Politeknik 11 15.2 Bayaran 11 15.3 Tatatertib Am Kamsis/Asrama 12 15.4 Peraturan Mengosongkan Bilik Kamsis/Asrama 13 15.5 Peraturan Keluar Masuk Harian, Hujung Minggu dan Cuti 13 Pendek 15.6 Peraturan Menerima Tetamu 14 15.7 Memasak dan Makanan 14 15.8 Peraturan Berpakaian 14 15 9 Larangan Memelihara Binatang 14 15.10 lklan, Notis, Makluman, Risalah dan Lain-Lain 15 Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (D
Kandungan Mukasurat 15.11 Keselamatan Harta Benda 15 15.12 Larangan Berniaga Di Kamsis /Asrama 15 15.13 Keselamatan, Kebakaran dan Bantuan Kecemasan 15 15.14 Lalulintas Di Kawasan Kamsis/Asrama 16 15.15 Tempat-Tempat Kemudahan 16 15.16 Surat/Surat Berdaftar / Bungkusan / Telegram 16 15.17 Berkempen 16 15.18 Bilik Mandi dan Bilik Basuh Pelajar 16 15.19 Aktiviti Sosial, Perhimpunan, Taklimat, Kuliah dan Ceramah 17 15.20 Kawasan Larangan 17 15.21 Solat 18 15.22 Riadah 18 16. Peraturan Pelajar Luar Kamsis/Asrama 17. Peraturan Perpustakaan 17 .1 Arahan Am Perpustakaan 17 .2 Pinjaman Buku Perpustakaan 17 .3 Bilangan Buku Dan Tempoh Pinjaman 17.4 Hal-Hal Lain 18. Panduan Penggunaan Kenderaan Dan Peraturan Lalulintas 18.1 Kenderaan Rasmi Politeknik 18.2 Kenderaan Persendirian 18.3 Hukuman Kesalahan Lalulintas 19. Pelanggaran Peraturan 18 18 18 19 19 20 20 20 20 21 21 20. Undang-Undang Malaysia Akta 17 4 23 20.1 Sahagian IV Kesalahan-Kesalahan 23 20.2 Sahagian 11 Tatatertib Am 25 20.3 Sahagian Ill Tatatertib Kamsis 34 20.4 Sahagian IV Tatatertib Lalulintas Jal an 36 20.5 Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Enakmen Jenayah Dalam 40 Syarak 1991 Negeri Perlis Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ©
PANDUAN DAN PERATURAN AM 1. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR LAMA "Pendaftaran" di sini membawa maksud melapor diri untuk mengikuti pengajian seterusnya di politeknik. Pelajar dikehendaki melapor diri seperti mana yang diarahkan. Kegagalan pelajar mengikuti arahan tersebut adalah merupakan satu kesalahan tatatertib. 1.1 MAKLUMAT AM 1 .1. 1 Syarat Pendaftaran Pelajar Lama Memenuhi satu daripada syarat-syarat berikut: a. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (BK), Kedudukan Bersyarat (KS) atau Mengulang Semester (MS). b. Tamat menjalani Latihan lndustri. c. Mendapat kelulusan penangguhan pengajian bagi semester sebelumnya atau pertukaran kursus. 1.1.2 Makluman Tarikh Pendaftaran Makluman akan dibuat sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula dan surat panggilan pendaftaran akan dihantar kepada pelajar selepas keputusan peperiksaan diumumkan. 1.2 KEPERLUAN PENDAFTARAN Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut semasa mendaftar: 1.2.1 Satu daripada dokumen asal berikut: a. Slip keputusan peperiksaan; b. Surat/Slip pengesahan tamat menjalani Latihan lndustri; c. Surat kelulusan penangguhan pengajian; atau d. Surat kelulusan pertukaran kursus 1.2.2 1.2.3 1.2.4 1.2.5 Kad Pelajar Slip bayaran Yu ran Pengajian Slip bayaran Asrama ( Jika ditawarkan ). Slip bayaran Yu ran Pelbagai ( seperti yang dinyatakan dalam surat Panggilan pendaftaran ). 1.3 PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA MENDAFTAR Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan menutup au rat. Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ©
1.3.1 Berkasut serta berstokin. 1.3.2 Ram but mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi. 1.3.3 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai topi, baju 'T' tan pa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar. PERINGATAN: Pelajar-pelajaryang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupadiri seperti yang dinyatakan di atas TIDAK akan didaftarkan. 2. BANTUAN KEWANGAN 2.1 Politeknik TIDAK menyediakan biasiswa atau sebarang bantuan kewangan. Walaubagaimanapun pelajar boleh memohon biasiswa/bantuan kewangan melalui politeknik atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja. 2.2 Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk Sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain lain. 2.3 Pel ajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing masing sebelum mendaftar diri di politeknik. 2.4 Pelajar yang layak juga boleh memohon dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis. 2.5 Pelajar digalakkan membawa beberapa salinan fotostat dokumen peribadi yang telah disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/pinjaman termasuklah salinan fotostat kad pengenalan dan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. 3. KAD PELAJAR 3.1 Kad Pelajar mestilah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kampus. 3.2 Kad Pelajar mestilah dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya sentiasa boleh dilihat dengan jelas. 3.3 Kad Pelajar mestilah dipakai dengan mempamerkan bahagian gambarnya di hadapan. 3.4 Kad Pelajar TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau diubahsuai. 3.5 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai Kad Pelajar pelajar lain. 3.6 Pel ajar yang Kad Pelajarnya hilang/rosak/tamat tempoh perlu memohon yang baru kepada pegawai Hal Ehwal Pelajar dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan oleh politeknik. 4. RUPADIRI Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat. 4.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI 4.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ©
Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi 6
4.2.2 Rambut a. Rambut hendaklah kemas.Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan Tidak dibenarkan. b. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung. 4.2.3 Perhiasan Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan. 4.3 PAKAIAN UNTUK RIADAH Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan persekitaran Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki / Pelajar Perempuan. BAJU JEANS T-SHIRT BERK OLAR DAN BERLENGAN PENDEK LELAKI KEMEJA BERLENGAN PANJANG BAJU MELAYU 5. MENGHADIRI KULIAH/BENGKEL BAJU KURUNG PEREMPUAN BAJU KURUNG MODEN PAKAIAN KASUAL Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel atau lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus pengajiannya dan MESTILAH: 5.1 Kehadirannya tidak kurang 80%. 5.2 Berada dalam bilik kuliah/bengkel mengikut jadual yang ditetapkan. 5.3 Mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk tidak hadir ke kelas. 5.4 Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat kelulusan ketidakhadirannya dari pihak politeknik sekiranya perkara diatas tidak diperolehi terlebih dahulu. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi CD
6. KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN 6.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kampus Politeknik. 6.2 Segala kemudahan yang disediakan oleh politeknik hendaklah digunakan dengan pen uh tanggungjawab, cermat, selamat tan pa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan bahan yang digunakan. 6.3 Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di politeknik supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara. 6.4 Pelajar dipertanggungjawab untuk menentukan/memastikan semua suis lampu/kipas/alat hawa dingin/komputer/mesin di 'offkan' sebelum meningalkan kelas/bengkel/makmal/dewan kuliah. 7. HARTA BENDA Perbuatan merosakkan harta benda politeknik seperti perabot,peralatan dalam bilik/makmal/bengkel/, kenderaan rasmi politeknik atau menconteng dinding /notis rasmi/pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam kampus adalah menjadi suatu kesalahan tatatertib. 8. PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN / BADAN / PERTUBUHAN / KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 8.1 Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli man a man a parti politik, kesatuan sekerja atau mana mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada menteri atau wakil kuasanya. 8.2 Pelajar TIDAK dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan, terhadap mana mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan. 8.3 Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah. 8.4 Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun diluar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari pengarah. 9. BAHAN BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI 9.1 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras. 9.2 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau mendengar secara sengaja apaapa Bahan lucah di dalam atau di luar kampus. 9.3 Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar membahagi bahagi atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa bayaran atau apa apa balasan lain. 9.4 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas , alat, radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk atau dengan apa apa jua cara lain apa-apa dad ah atau racun. 9.5 Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ©
9.6 Pel ajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, atau menjalankan, atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus. 10. GANGGUAN KETENTERAMAN 10.1 Pel ajar TIDAK dibenarkan membuat bising,ketawa dengan kuat, bertempik, Melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah / dewan kuliah bengkel/makmal/ perpustakaan /pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya. 10.2 Pel ajar TIDAK dibenarkan menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara atau menghasut pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa politeknik 10.3 Pel ajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau peti cadangan. 11. PENCERAMAH LUAR Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah/perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar politeknik. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan. 12. KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN / PEMBUANGAN PELAJAR DARI POLITEKNIK Di antaranya-: 12.1 Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di luar kampus politeknik dengan ketakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik. 12.2 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di politeknik. 12.3 Merosak, mencatat (Vandalisme) harta benda milik politeknik, kerajaan, awam atau barang perseorangan. 12.4 Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politeknik daripada menjalankan tugasnya yang sah. 12.5 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster, lam bang dan lain -lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus. 12.6 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan politeknik atau pihak lain. 12. 7 Menjalankan perniagaan /perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tan pa kebenaran bertulis daripada pihak politeknik. 12.8 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai politeknik, kakitangan atau pelajarnya. 12.9 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak politeknik tan pa melalui saluran yang ditetapkan. 12: 10 Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri. 12.11 Meminum, mengedar, menyimpan,menyorok atau membuat mi nu man keras / bahan kimia yang memabukkan/mengkhayalkan. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ©
12.12 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabukkan atau mengkhayalkan. 12.13 Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah. 12.14 Memberi atau menyebar maklumat palsu. 12.15 Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan politeknik yang diberi kuasa. 12.16 Memalsukan tanda tangan atau cap rasmi pihak berkuasa tatatertib atau pihak lain yang terlibat dengan politeknik. 12.17 Melakukan ugutan atau 'ragging' pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kampus. 12.18 Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar politeknik atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan. 12.19 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar kampus. 12.20 Berkelakuan sum bang atau tidak sopan seperti becumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar kampus. 12.21 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang. 12.22 Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan kampus. 12.23 Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik. 12.24 Memiliki, menyorok, menyimpan,mengedar,menjual dan mempamer senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain. 12.25 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah. 12.26 Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual. 12.27 Terlibat dengan pemboikotan/permulaan aktiviti sah politeknik. 12.28 Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan di luar atau di dalam kampus politeknik. 12.29 Menimbul/menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan. 12.30 Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar. 12.31 Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh politeknik atau kerajaan. 13. LARANGAN MEROKOK/VAPE Pelajar DILARANG menghisap rokok/vape di mana-mana kawasan kampus politeknik. 14. HAL-HAL LAIN 14.1 PelajarTIDAK boleh terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separuh masa, yang pada pendapatan Pengarah adalah tidak diingini. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
14.2 Pelajar politeknik dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej politeknik sama ada di dalam atau di luar kampus. 14.3 Pelajar TIDAK boleh menghalang pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan politeknik yang diberi kuasa memasuki manamana bahagian premis kediaman untuk tujuan penguatkuasaan disiplin. 14.4 Pelajar TIDAK boleh menghalang pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan politeknik yang diberi kuasa mengambil sample air kencing untuk ujian dadah. 14.5 Pelajar digalak menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberi cadangan. 14.6 Pelajar yang bukan penghuni asrama TIDAK dibenarkan be rad a di asrama lelaki atau perempuan atau menggunakan segala kemudahan yang terdapat di asrama kecuali kafeteria atau surau/pusat islam. 14. 7 Pelajar jug a tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang Khas Peperiksaan, bengkel, workshop, makmal, perpustakaan, asrama dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh politeknik dari semasa ke semasa. 14.8 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini. 15. PERATURAN KAMSIS/ASRAMA 15.1 PENEMPATAN PELAJAR DI KAMSIS/ASRAMA POLITEKNIK 15.1.1 Politeknik menyediakan kemudahan kamsis/asrama yang terhad kepada pelajarnya. Pelajar yang ditawarkan tempat di kamsis / asrama akan ditempatkan sepertimana yang ditentukan oleh Pengarah atau wakil kuasanya. 15.1.2 Keputusan pemilihan bagi mendiami kamsis/asrama adalah muktamad dan pelajar MESTI patuh pada keputusan itu. 15.1.3 Pengarah mempunyai hak mutlak untuk memilih mana-mana pelajar atau orang perseorangan atau perkumpulan bagi mendiami kamsis/ asrama politeknik. 15.1.4 Proses penempatan pelajar ke kamsis/asrama dibuat setiap semester. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di Pejabat Waden atau Penyelia Kamsis/Asrama. 15.1.5 Pengarah atau wakil kuasanya boleh menarik balik tawaran tempat tinggal di kamsis/asrama atas sebab-sebab kepentingan politeknik pada bila-bila masa. 15.2 BAYARAN 15.2.1 Yu ran kamsis/asrama hendaklah dibayar sepenuhnya untuk sesuatu semester bagi tiap-tiap semester pengajian politeknik sepanjang penginapan di kamsis/asrama. Penghuni yang hendak meninggalkan kamsis/asrama pad a pertengahan semester tidak akan dikembalikan wang yuran yang telah dibayar. 15.2.2 Yuran kamsis/asrama hendaklah dibuat di Bank Islam (81MB) atas nama" Politeknik KPT" sebelum /pada hari pendaftaran atau pada tarikh mula tinggal di kamsis/asrama. 15.2.3 Bayaran untuk kad kamsis/asrama (Jika ada) dibuat semasa pendaftaran kamsis/asrama. Bayaran lain/tambahan akan dikenakan untuk membuat kad kamsis/asrama kali kedua dan seterusnya. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
15.2.4 Harta benda kamsis/asrama yang dirosakkan atau dihilangkan oleh penghuni/sekumpulan penghuni hendaklah diganti oleh penghuni/ sekumpulan penghuni berkenaan dengan segera apabila diarahkan oleh Pengarah atau wakil kuasanya. 15.2.5 Kadar bayaran gantirugi dan sebagainya adalah tertakluk kepada penetapan Pengarah. 15.3 TATATERTIB AM KAMSIS/ASRAMA 15.3.1 Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik. Sebarang kekurangan atau kerosakkan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kamsis/asrama dengan segera. 15.3.2 Penghuni hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah sentiasa memelihara suasana harmoni di kamsis/ asrama. 15.3.3 Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik kamsis/asrama. Penghuni kamsis/asrama tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-mana bilik kamsis / asrama. 15.3.4 Semua peralatan yang terdapat di bilik kamsis/asrama TIDAK boleh diubah kedudukannya atau diubahsuai tanpa kebenaran daripada Pengarah atau wakil kuasanya. 15.3.5 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuninya. Penggunaan cadar dan sarung bantal DIMESTIKAN. 15.3.6 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan. 15.3. 7 Bertukar bilik tan pa kebenaran daripada Pengarah atau wakil kuasanya adalah TIDAK dibenarkan. 15.3.8 Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok mereka secara berkumpulan. 15.3.9 Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang jenis senjata ke dalam kamsis/asrama. 15.3.10 Sebarang bentuk 'ragging' TIDAK dibenarkan. 15.3.11 Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan kamsis/asrama perempuan atau sebaliknya. 15.3.12 Seorang penghuni TIDAK boleh melakukan sesuatu untuk menghalang atau menahan seseorang pegawai, pekerja atau wakil politeknik dari memasuki bilik penghuni menetap itu untuk menjalankan tugas-tugas dan kewajipannya. 15.3.13 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa. 15.3.14 Selepas jam 11.00 malam, hanya penghuni kamsis/asrama sahaja yang boleh berada di dalam kawasan kamsis/asrama. 15.3.15 Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola apa-apa jenis perjumpaan atau perhimpunan di kawasan kamsis/asrama kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah atau wakil kuasanya. 15.3.16 Penghuni hendaklah sentiasa membawa/ada di bawah kawalannya kad kamsis/asrama semasa berada di kawasan kamsis/asrama. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
15.3.17 Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kamsis/asrama hendaklah dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa kamsis/asrama terlebih dahulu. Penggunaan radio, cakera padat dan pemain kaset adalah dibenarkan dengan syarat tidak mengganggu ketenteraman penghuni lain. Penggunaan fan telinga adalah digalakkan. 15.3.18 Pengarah atau wakil kuasanya boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu dan sesuai untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib di dalam kamsis/asrama. 15.3.19 Sebarang bentuk penyambungan/pendawaian eletrik (wiring) di dalam kamsis/asrama adalah DILARANG sama sekali. Mana-mana penghuni yang melakukan penyambungan/pendawaian elektrik adalah dianggap merosakkan harta benda atau bangunan politeknik dan pihak politeknik berhak menuntut gantirugi dan mengenakan tindakan tatatertib. 15.3.20 Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya. 15.4 PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK KAMSIS/ASRAMA 15.4.1 Penghuni hendaklah mengosongkan biliknya apabila diarah, pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. 15.4.2 Sebelum keluar, bilik hendaklah dibersihkan terlebih dahulu oleh penghuninya. Sekiranya berlaku kerosakan, kekotoran, pencemaran atau kehilangan peralatan serta kemudahannya, penghuni akan diminta membayar gantirugi. 15.4.3 Penghuni hendaklah memindahkan kesemua barang miliknya dari bilik. Sebarang peralatan dan barang-barang yang ditinggalkan disifatkan sebagai tidak diperlukan dan pihak kamsis/asrama boleh membuangnya. 15.4.4 Penghuni hendaklah menutup suis lampu, kipas, tingkap dan mengunci pintu sebelum meninggalkan bilik. 15.4.5 Kunci hendaklah diserahkan sendiri ke Pejabat Penyelia Kamsis / Asrama selewat-lewatnya pada hari akhir mengosongkan atau notis pengosongan bilik pada waktu pejabat. 15.5 PERATURAN KELUAR MASUK HARIAN, HUJUNG MINGGU DAN CUTI PENDEK 15.5.1 Semua penghuni kamsis/asrama yang keluar dari kawasan kampus politeknik atas urusan harian dikehendaki masuk semula ke kamsis I asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam pada hari yang sama kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh waden. Setiap penghuni kamsis/asrama hendaklah melapor diri Pondok Pegawal ketika keluar dan masuk ke kamsis/asrama. 15.5.2 Penghuni kamsis/asrama TIDAK dibenarkan bermalam diluar kamsis/asrama kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah atau wakil kuasanya. Penghuni DIMESTIKAN merekod maklumat yang dikehendaki di Pondok Pengawal dan melapor semula apabila kembali ke kamsis/asrama. 15.5.3 Semua penghuni kamsis/asrama yang bermalam di luar kampus pada hujung minggu, cuti umum atau cuti pendek dikehendaki masuk semula ke kampus tidak lewat dari jam 9.00 malam hari terakhir cuti. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
15.6 PERATURAN MENERIMA TETAMU 15.6.1 Tetamu penghuni kamsis/asrama hendaklah dilayan di cafeteria atau di tempat yang disediakan. 15.6.2 Pelawat yang bukan pelajar politeknik dikehendaki mengambil pas pelawat yang boleh diperolehi di Pondok Pegawal Keselamatan semasa memasuki kawasan politeknik. 15.6.3 Masa melawat adalah Seperti berikut: Hari Kuliah - 4.00 ptg hingga jam 7 .00mlm. Cuti Hujung Minggu/Umum - 8.00 pg hingga jam 9.00mlm. 15.7 MEMASAK DAN MAKANAN 15.7.1 Penghuni kamsis/asrama DILARANG memasak. 15. 7 .2 Penghuni DILARANG menggunakan pemanas air (immersion heater). Air panas boleh didapati dengan memasak menggunakan cerek yang disediakan atau dari "water dispenser". 15. 7 .3 Hanya bahan-bahan makanan yang halal di sisi Agama Islam sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke kamsis/asrama. 15. 7.4 Penghuni DILARANG menggunakan bilik kamsis/asrama sebagai tempat makan makanan yang mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik, dan jug a menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penghuni lain 15.8 PERATURAN BERPAKAIAN 15.8.1 Setiap penghuni yang masuk ke kafetaria hendaklah berpakaian kemas dan sesuai. Pakaian sukan (seluar pendek) yang lusuh dan berpeluh, pakaian tidur atau baju singlet TIDAK dibenarkan di dalam kafetaria. 15.8.2 Pelajar lelaki DILARANG berkain pelekat/sarong dalam kafetaria. 15.8.3 Pakaian TIDAK boleh disangkut pada tingkap atau tempat-tempat lain melainkan pada ampaian yang disediakan. 15.8.4 Pakaian hendaklah disimpan dalam almari yang telah disediakan. 15.8.5 Penghuni yang hendak menggosok pakaian mereka hendaklah berbuat demikian di bilik yang telah dikhaskan. 15.8.6 Penghuni adalah dinasihatkan supaya berpakaian kemas dan tidak mencolok mata pada setiap masa di kawasan kamsis/asrama. 15.8. 7 Memakai pakaian yang dianggap kurang so pan seperti seluar pendek, baju yang tidak berlengan atau pakaian yang bertulis katakata yang hina, logo parti politik atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran TIDAK dibenarkan. 15.8.8 Rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut yang beraneka fesyen adalah tidak dibenarkan. 15.8.9 Pelajar perempuan TIDAK digalakkan memakai barangan kemas yang berlebihan. 15.8.1 0 Pel ajar lelaki DILARANG memakai sebarang perhiasan diri. 15.9 LARANGAN MEMELIHARA BINATANG 15.9.1 Penghuni DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di dalam bilk atau kawasan kamsis/asrama. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
15.9.2 Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan kamsis/ asrama hendaklah diserahkan atau dilaporkan kepada waden. 15.10 IKLAN, NOTIS, MAKLUMAN, RISALAH DAN LAIN· LAIN 15.10.1 lklan dan notis hanya boleh ditampal dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya di papan notis yang disediakan sahaja. 15.10.2 Semua iklan dan notis yang ditampal hendaklah ditanggalkan semula setelah tamat tempoh pemberitahuan. 15.10.3 Semua poster atau hiasan dinding bilik TIDAK boleh menggunakan paku kecuali alat penyangkut gambar atau "poster hanger" yang sesuai yang mana gamnya tidak merosakkan dinding. 15.10.4 Penghuni DILARANG mengotorkan dinding atau mana-mana bahagian bangunan kamsis/asrama dengan apa cara sekali pun. 15.11 KESELAMATAN HARTA BENDA 15.11.1 Untuk mengelakkan kecurian, penghuni hendaklah memastikan biliknya sentiasa dikunci. 15.11.2 Penghuni TIDAK digalakkan menyimpan wang yang berlebihan dan peralatan berharga di dalam bilik. 15.11.3 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. 15.11.4 Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada waden. 15.12 LARANGAN BERNIAGA DI KAMSIS/ASRAMA 15.12.1 Penghuni TIDAK dibenarkan berniaga di mana-mana kawasan kamsis/asrama kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya. 15.12.2 Semua penghuni yang membeli makanan atau barangan di kafetaria atau di Kedai Koperasi adalah bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. 15.13 KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN 15.13.1 Penghuni yang nampak punca api hendaklah bertindak dengan bijaksana untuk memadamkannya atau berhubung terus dengan waden atau Jabatan Bomba dan Penyelamat. Penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan pantas dan berkumpul di satu tempat yang selamat. 15.13.2 Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat nyamuk, pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan kebakaran berlaku TIDAK dibenarkan. 15.13.3 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, sila beritahu waden dengan segera. Jika waden tiada, hendaklah menghubungi mana-mana wakil aras, pensyarah atau pengawal keselamatan. 15.13.4 Jika penghuni sakit, rakan sebilik atau searasnya bertanggungjawab melaporkannya kepada waden dengan segera. 15.13.5 Pel ajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pengarah atau wakil kuasanya. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
15.14 LALULINTAS DI KAWASAN KAMSIS/ASRAMA 15.14.1 Pelajar yang dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke kamsis/asrama adalah tertakluk kepada Peraturan Am Lalulintas Politeknik. 15.14.2 Kenderaan hendaklah dipandu TIDAK melebihi had laju yang ditetapkan di dalam kampus. 15.14.3 Penunggang motosikal dan pembonceng dimestikan memakai topi keledar. 15.14.4 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja. 15.15 TEMPAT-TEMPAT KEMUDAHAN 15.15.1 Penghuni hendaklah menggunakan semua tempat kemudahan dengan cermat dan bertanggungjawab. 15.15.2 Penghuni bagi sesuatu aras bagi sesuatu blok itu adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik air, tempat lalu-lalang, bilik membasuh, tangga atau apa-apa sahaja tempat kemudahan bagi aras atau blok tersebut. 15.15.3 Penghuni yang menggunakan tempat kemudahan atau peralatan hendaklah sentiasa bersikap timbang rasa kepada mereka yang ingin menggunakan kemudahan tersebut atau kepada orang lain. 15.16 SURAT/SURAT BERDAFTAR/BUNGKUSAN/TELEGRAM 15.16.1 Surat akan diedarkan melalui peti edaran surat kecuali surat berdaftar. 15.16.2 Surat berdaftar dan bungkusan adalah di bawah urusan Pejabat Am Politeknik. 15.16.3 Telegram yang diterima akan disampaikan terus kepada penerima. 15.16.4 Semua pertanyaan berkenaan dengan surat hendaklah dibuat di Pejabat Pentadbiran Politeknik. 15.17 BERKEMPEN 15.17.1 Sebarang kempen bagi tujuan apa jua sekali pun hendaklah mendapatkan kebenaran dari Pengarah atau wakil kuasanya. 15.17.2 Jika dibenarkan oleh Pengarah atau wakil kuasanya untuk berkempen, Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengenakan had dan syarat. 15.18 BILIK MANDI DAN BILIK BASUH PELAJAR 15.18.1 Penghuni kamsis/asrama adalah bertanggungjawab secara kumpulan ke atas kebersihan bilik mandi dan bilik basuh pelajar serta laluan aras masing-masing dan memastikan kebersihannya dijaga. 15.18.2 Pembaziran adalah ditegah dan penghuni hendaklah mempunyai rasa bertanggungjawab ke atas penggunaan air dan elektrik. Segala kerosakan atau kebocoran hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan kamsis/asrama. 15.18.3 Penghuni kamsis/asrama TIDAK dibenarkan membuang sampah atau sebarang jenis bahan asing ke dalam tandas. Penghuni aras akan dipertanggungjawabkan ke atas kes-kes tersumbat yang disebabkan oleh penghuni aras berkenaan. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
15.19AKTIVITI SOSIAL, PERHIMPUNAN , TAKLIMAT, KULIAH DAN CERAMAH 15.19.1 Penghuni kamsis/asrama yang berkenaan adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti dan mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain -lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak berkuasa kamsis/asrama dan politeknik. 15.19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di kamsis/asrama dan persekitaran-nya adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengarah atau wakil kuasanya terlebih dahulu. 15.19.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima (5) orang di kamsis/asrama atau persekitarannya tanpa kebenaran pihak berkuasa kamsis/asrama TIDAK dibenarkan. 15.19.4 Sebarang bentuk cemarah atau apa jua kegiatan yang melibatkan kakitangan politeknik atau orang luar dari kamsis/asrama mestilah mendapat kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya. 15.19.5 Sebarang perlakuan pelajar politeknik yang boleh mencemarkan nama baik politeknik adalah DILARANG. 15.19.6 Penghuni kamsis/asrama TIDAK dibenarkan bergiat, berkecimpung, melibatkan diri atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik atau kumpulan haram. 15.19. 7 Pel ajar yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan mencurigakan dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan kampus politeknik adalah DILARANG. 15.20 KAWASAN LARANGAN 15.20.1 Kawasan blok kediaman pelajar perempuan adalah kawasan larangan kepada pelajar atau pelawat lelaki dan sebaliknya. 15.20.2 Sebarang bentuk perbincangan yang berhubung dengan hal-hal akademik atau aktiviti ko-kurikulurn di antara pelajar lelaki dan perempuan secara berkumpulan perlu dibuat dalam keadaan yang sopan di kafetaria/mana-mana tern pat yang disediakan sahaja sehingga jam 11.00 malam. 15.20.3 Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke bilik waden dan Penyelia kamsis/asrama atas urusan rasmi sahaja. 15.20.4 Pel ajar TIDAK dibenarkan naik ke mana-mana kawasan bum bung kamsis/asrama atau masuk ke dalam mana-mana bilik pengagihan elektrik atau mana-mana bilik di kawasan kamsis / asrama yang diisytiharkan atau ditanda sebagai kawasan larangan kebenaran pihak berkuasa asrama. 15.20.5 Kawasan pentadbiran dan akademik adalah kawasan larangan mulai jam 7.00 malam kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya. 15.20.6 Kawasan kafetaria yang meliputi kaunter pengurusan, dapur, bilikbilik penginapan kakitangan kafetaria adalah kawasan larangan. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
15.21 SOLAT 15.21.1 Pelajar muslim digalakkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah di Pusat Islam Politeknik setiap hari. 15.21.2 Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar muslim digalakkan menunaikan solat Terawih secara berjemaah di Pusat Islam Politeknik. 15.22 RIADAH 15.22.1 Semua kegiatan sukan hendaklah bermula selepas waktu solat Asar dan hendaklah berakhir 15 mi nit sebelum waktu so lat Maghrib. 15.22.2 Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata. 15.22.3 Aktiviti sukan hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan. 16. PERATURAN PELAJAR LUAR KAMSIS / ASRAMA 16.1 Pel ajar mestilah mematuhi semua Peraturan Am Politeknik yang berkuatkuasa sepanjang tempoh pengajian/kursus/latihan di politeknik. 16.2 Pel ajar yang menetap/menyewa di luar kawasan kampus mestilah berkelakuan baik, berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan sekeliling rumahnya. 16.3 Sebarang bunyi-bunyian seperti radio/televisyen/gitar yang dipasang/dimainkan hanya sekadar boleh didengar dalam rumah sahaja dan tidak menggangu jiran-jiran sebelahan sekeliling. 16.4 Kebersihan dan keselamatan harta benda adalah tanggungjawab bersama penghuni rumah tersebut. 16.5 Pelajar lelaki dan pelajar perempuan TIDAK dibenarkan tinggal serumah. 16.6 Pelajar lelaki DILARANG memasuki rumah pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya. 16. 7 Pel ajar TIDAK digalakkan berkumpul di luar kawasan rumah. 16.8 Pel ajar TIDAK dibenarkan mempamerkan simbol atau bend era manamana parti politik di kawasan rumahnya. 16.9 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Politeknik dan Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Penduduk Setempat. 17. PERATURAN PERPUSTAKAAN 17 .1 ARAHAN AM PERPUSTAKAAN 17.1.1 DILARANG bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh mengganggu pengguna perpustakaan. 17.1.2 DILARANG makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan. 17.1.3 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan Perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut. 17.1.4 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan Perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada barang tersebut. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
17 .1.5 DILARANG mengguna telefon mudah alih. 17 .1.6 Pengguna-pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan mengenai bilangan buku-buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 17 .1. 7 Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga semasa sebagai kos gantian bahan tersebut. Dalam kes-kes di mana gantian tidak mungkin, Jawatankuasa Perpustakaan akan menentukan harga gantian kes demi kes. 17 .1.8 Penggantian kad baru akan dikenakan bayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Politeknik. 17 .1.9 DILARANG membawa masuk beg ke dalam perpustakaan. 17 .1.10 Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang termasuk beg tangan, folder dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan. 17 .1.11 Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan kepada pihak perpustakaan. 17 .1.12 Pengguna hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut Peraturan Am Politeknik. 17.2 PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN Pengguna layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman dan koleksi pinjaman terhad. Cara meminjam adalah seperti berikut: 17 .2.1 Koleksi Pinjaman Untuk meminjam buku-buku koleksi ini, pengguna hendaklah menu I is nama dan bahagian (kakitangan), nombor pendaftaran (pelajar) pada kad buku yang terdapat di dalam buku yang hendak dipinjam. Serahkan buku, kad serta kad pinjaman perpustakaan kepada kakitangan di kaunter untuk diuruskan pinjaman tersebut. 17 .2.2 Koleksi Pinjaman Terhad Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti pinjaman biasa cuma tempoh pinjaman lebih singkat. 17.2.3 Tempahan Pengguna boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pengguna lain dengan mengisi borong tempahan. Pengguna akan diberitahu-melalui papan kenyataan di perpustakaan. 17.3 BILANGAN BUKU DAN TEMPOH PINJAMAN KATEGORI BILANGAN BUKU TEMPOH PINJAMAN Koleksi Pinjaman 4 Buah 2 Minggu Koleksi Terhad 1 Hari 1 Buah Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
17.4 HAL-HAL LAIN 17.4.1 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang persendirian yang diletak atau tertinggal di dalam/luar perpustakaan. 17.4 .2 Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Politeknik untuk keluar dari perpustakaan. 17.4.3 Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna memulangkan bahan-bahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya. 17.4.4 Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapat kelulusan Politeknik. 17.4.5 Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada Pengawai Perpustakaan. 17.4.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini. 18. PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS 18.1 KENDERAAN RASMI POLITEKNIK 18.1.1 Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah. 18.1.2 Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku. 18.2 KENDERAAN PERSENDIRIAN 18.12.1 Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus setelah didaftar dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik. 18.2.2 Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh politeknik. 18.2.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tern pat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tern pat yang dikhaskan untuk pensyarah/kakitangan politeknik. 18.2.4 Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus. 18.2.5 Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. 18.2.6 Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut: a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah. b) Mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh politeknik. c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau yang diubahsuai. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal. e) Memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/ membonceng motosikal adalah digalakkan. f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki. g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan. 18.2. 7 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini. 18.3 HUKUMAN KESALAHAN LALU LINTAS Pel ajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas boleh dikenakan hukuman secara pentadbiran. 19. PELANGGARAN PERATURAN Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut: 19.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik. 19.2 Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan [(Kaedah 48, Akta I nstitusi-1 nstitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)]. "Hukuman Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu Tatatertib " Kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau Mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali : i. amaran; "Hukuman" ii. denda tidak lebih daripada lima ratus - ringgit (RMS00.00); iii. penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan lnstitusi selama tempoh yang ditentukan; . iv. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di lnstitusi selama tempoh yang ditentukan; V. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di lnstitusi; vi. penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan; vii. pembuangan daripada lnstitusi oleh pihak berkuasa tatatertib". Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALASIA PANDUAN D AN PERATURAN AM Digunakan dalam buku panduan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain. 1. Pelajar a) Pelajar ialah individu yang mendaftar dengan politeknik untuk mengikuti Program Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan mendaftar kursus. 2. Status Pelajar Politeknik a) Status pelajar politeknik tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i. Mendaftar sebagai pelajar politeknik untuk mengikuti Program Pengajian yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan, ii. Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan,dan iii. Mendaftar kursus seperti yang ditetapkan oleh jabatan akademik untuk semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan. 3. Gugur Status Sebagai Pelajar Politeknik a) Pelajar akan digugurkan status sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal mematuhi Perkara 2(a) Ruj. Kami: KPT.JPP(O).604-1/1/4/1(6) Tarikh : 08 Mac 2017. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
Undang-Undang Malaysia Akta 174 Petikan daripadaAkta lnstitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (pindaan) 1997. Jika terdapat sebarang percanggahan antara petikan ini dengan salinan asal, maka salinan asal akan digunapakai. UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN {TATATERTIB) 1976 BAHAGIAN IV KESALAHAN-KESALAHAN Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan boleh daftar dan Perkara-perkara yang berhubung dengan penahanan,dsb. 14 (1) Jika seseorang pelajar suatu institusi dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar - (a) dia boleh, mengikut budi bicara Ketua Eksekutif, digantung daripada menjadi seorang pelajar, dan (b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki kampus lnstitusi itu. (2) Jika seseorang pelajar yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. (3) Jika seseorang pelajar suatu lnstitusi ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan tanahan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. (4) Seseorang pelajar suatu lnstitusi yang ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa jua sebab,boleh, dengan persetujuan Ketua Eksekutif, dibenarkan menduduki peperiksaan lnstitusi itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut kehendak keadaan. (5) Seseorang pelajar suatu lnstitusi yang digantung daripada menjadi pelajar lnstitusi di bawah subseksyen (1) boleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai pelajar mana-mana lnstitusi lain atau mana-mana universiti dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
(6) Seseorang pelajar suatu lnstitusi yang terhenti menjadi seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk sebagai pelajar lnstitusi itu atau mana-mana lnstitusi lain atau mana-mana Universiti dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (7) Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau presiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana presiding jenayah terhadap seseorang pelajar suatu lnstitusi bagi suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada lnstitusi itu atau telah menjalani tempoh pemenjaraan, mengikut mana-mana berkenaan, tidak boleh diam bi I kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya. (8) Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen, rayuan atau presiding lain boleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas seseorang pelajar suatu lnstitusi di bawah mana-mana undangundang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan, pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di lnstitusi itu dan tempoh tahanan dan sekatan yang dia tertakluk kepadanya tidak boleh diam bi I kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
Larangan am AKTA174 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 (PINDAAN) 1997 JADUAL KEDUA BAHAGIAN II TATATERTIB AM 3. Seseorang pelajar tidak boleh - (a} berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar kampus, secara yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik lnstitusi, atau kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik mana- mana pelajar, kakitangan, pegawai, atau pekerja lnstitusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib ; (b} melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-udang bertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus; (c} menggendalakan atau dengan apa-apa cara mengganggu, atau menyebabkan tergendala atau dengan apa-apa cara diganggu, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran lnstitusi, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan penggendalaan atau penggangguan itu; (d} menahan, menghalang atau mengganggu atau menyebabkan ditahan, dihalang atau diganggu, mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja lnstitusi atau seseorang yang bertindak di bawah arahan atau kebenaran kakitangan, pegawai atau pekerja itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau tugasnya, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan penahanan, penghalangan atau penghalangan atau (e} menahan atau menghalang, atau menyebabkan ditahan atau dihalang, mana-mana pelajar daripada menghadiri sesuatu kuliah, tutorial atau kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan penahanan atau penghalangan itu; (f} mengatur, mengapikan atau menyertai pemboikotan sesuatu peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas atau lain -lain aktiviti yang sah dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran lnstitusi; (g} merosakkan dengan apa-apa cara atau menyebab dirosakkan dengan apa-apa cara apa-apa harta lnstitusi, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan kerosakan itu; (h} mengusik, mengganggu,mengalih atau dengan apa-apa cara melakukan sesuatu ke atas apa-apa jua benda, objek, barang atau harta, atau dengan diketahuinya melakuan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam kampus dengan tujuan untuk menyebab atau mungkin menyebabkan apa-apa halangan, kesusahan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada seseorang; Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
(i) melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan atau kehendak pegawai perpustakaan, seseorang kakitangan perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain mengenai penggunaan perpustakaan, bukunya dan kemudahan lain di dalamnya; (j) membawa masuk atau keluar ke dalam atau daripada bilik peperiksaan apa-apa buku, kertas, dokumen atau gambar, kecuali yang dibenarkan oleh pemeriksa atau menerima apa-apa buku, kertas dokumen atau gambar daripada mana-mana orang lain semasa di dalam bilik peperiksaan itu, kecuali bahawa seseorang pelajar boleh , semasa ia di dalam bilik peperiksaan itu, menerima daripada penyelia apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau benda lain yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif lnstitusi; (k) berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaan dengan apa-apa cara jua pun. Kehadiran di kuliah 4. Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri sesuatu kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain berhubung dengan kursus pengajiannya, ia hendaklah menghadirinya melainkan jika ia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan ia untuk mendapatkan kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau alasan yang munasabah kerana tidak hadir, dan dalam hal yang demikian pelajar itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh kemudiannya, memberitahu secara bertulis kepada Ketua Jabatan dengan memuaskan hatinya, sebab ia tidak hadir dan mendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya. Latihan ambil 5. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali atau pengajaran lain berhubungan dengan kursus pengajiannya, pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran itu, melainkan jika ia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan di mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapatkan kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau alasan yang munasabah kerana tidak hadir dan dalam hal yang demikian dia hendaklah dengan seberapa segera yang boleh kemudiannya memberikan secara bertulis kepada Ketua Jabatan itu dengan memuaskan hati Ketua Jabatan itu, sebab dia tidak hadir dan mendapatkan kelulusan bertulis mengenainya. Masuk peperiksaan 7. Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan ia masuk sesuatu peperiksaan dan ianya tidak tersekat daripada masuk peperiksaan itu, ia hendaklah masuk peperiksaan itu melainkan jika ia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Eksekutif dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan ia mendapatkan kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab dan alasan yang munasabah kerana tidak masuk peperiksaan itu, dan dalam hal yang demikian pelajar itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh kemudiannya, memberitahu secara bertulis kepada Ketua Eksekutif dengan memuaskan hatinya sebab ia tidak masuk peperiksaan itu dan mendapatkan secara bertulis kelulusan mengenainya. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
Kelakuan semasa peperiksaan 7 A. Tiada pelajar boleh- (a) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau keluar dari sesuatu bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh pemerksa atau Lembaga Pmeriksa, dan diberi kuasa oleh Naib Caunselor; (b) menulis, atau telah menulisnya ,melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya; (c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa-apa jua cara; atau (d) menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan. Sekatan mengenai penggunaan teks kuliah, dll. 8. (1) Tertakluk kepada sub kaedah (2), seseorang pelajar tidak boleh menggunakan teks sesuatu kuliah atau pengajaran yang disampaikan kepadanya di lnstitusi kecuali bagi maksud mengikuti kursus pengajiannya; khususnya, la tidak boleh menyalin dengan apa-apa cara kesemua atau mana-mana bahagian daripada teks itu bagi maksud penerbitan atau pengedaran sama ada untuk mendapatkan bayaran atau tidak. (2) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menyekat budi bicara Ketua Eksekutif untuk membenarkan seorang pelajar atau sesuatu pertubuhan atau badan atau kumpulan pelajar, membuat salinan teks sesuatu kuliah atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan Ketua Eksekutif atau mana-mana kakitangan lnstitusi sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, dan pada memberi kebenaran itu Ketua Eksekutif boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu atau suai manfaat. Larangan terhadap plagiarisme BA. (1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. (2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah- (a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri; atau (b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea,penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
(3) Tanpa menjejaskan kelulusan sub kaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia- (a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau buku yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain; (b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademiknya, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku itu; (c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidik tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama; (d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagaisebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal; (e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitana atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data; (f) mentranskripsikan idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid,atau dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu; (g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri; atau (h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubah suaian tan pa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun semula idea itu dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea idea itu. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
Mengatur, dsb, perhimpunan 9. (1) Tiada seorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tan pa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Eksekutif atau kebenaran seseorang yang dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Eksekutif untuk memberi kebenaran itu, boleh mengadakan, mengatur, memanggil atau meyebabkan diadakan, diatur, dipanggil atau dengan apa-apa cara terlibat dalam mengadakan, mengatur, memanggil atau dalam menyebabkan diadakan, diatur, dipanggil, atau dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, mengatur, memanggil, sesuatu perhimpunan seramai lebih daripada lima orang di mana-mana bahagian kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau yang ada di bawah milikan atau kawalan lnstitusi atau yang digunakan bagi maksud lnstitusi. (2) Pada memberi kebenaran yang tersebut dalam sub kaedah (1) Ketua Eksekutif atau orang yang diberikuasa olehnya untuk memberi kebenaran itu boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkannya perlu atau suai manfaat berhubung dengan perhimpunan yang dicadangkan itu. (3) Tiada seseorang pelajar boleh dengan diketahuinya menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan bersalahan dengan sub kaedah ( 1) a tau (2). Pemunyaan, milikan dan penggunaan pembesar suara, dsb. 10. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh mempunyai, atau menggunakan, atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya, sesuatu pembesar suara, pelaung suara, penguat suara, atau lain alat yang seumpamanya: Dengan syarat bahawa Ketua Eksekutif, atau seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis, boleh membenarkan secara bertulis, apa-apa alat untuk dipunyai, digunakan atau dimiliki oleh seseorang pelajar atau sesuatu pertubuhan pelajar untuk apa-apa maksud dan tertakluk kepada apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa olehnya sebagaimana tersebut di atas perlu atau suai manfaat dikenakan pada memberi kebenaran itu. Membuat, mengguna, menunjukkan, mempunyai, dsb, panji, pelekat, dsb 11. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh- (a) membuat atau menyebabkan dibuat atau melakukan sesuatu perbuatan untuk membuat atau menyebabkan dibuat atau (b) mengibar, mempamer, menunjukkan atau dengan apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dengan apaapa cara digunakan; atau Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
(c) mempunyai atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya, sesuatu bendera, panji, pelekat, poster, lambang atau alat lain yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap kaedah-kaedah ini. Menerbitkan, dsb, dokumen 12. (1) Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menerbitkan, membahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam atau di luar kampus: Dengan syarat bahawa Ketua Eksekutif, atau seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis, boleh membenarkan secara bertulis sesuatu dokumen tertentu diterbitkan, dibahagikan atau diedarkan untuk apa-apa maksud dan tertakluk kepada apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa olehnya sebagaimana terse but di atas perlu atau suai manfaat dikenakan pada memberi kebenaran itu. (2) Kebenaran yang dikehendaki di bawah kaedah ini adalah tambahan kepada apa-apa lesen, permit atau bentuk kebenaran lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Aktiviti pelajar di luar kampus 13. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh mengatur, menjalankan atau menyertai sesuatu aktiviti di luar kampus, kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis Ketua Eksekutif terlebih dahulu dan dengan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa sekatan, terma atau syarat yang bahadifikirkan oleh Ketua Eksekutif perlu atau suai manfaat dikenakan. Pelajar bertugas dalam pekerjaan, dsb 14. Tiada seseorang pelajar, di dalam atau di luar kampus, boleh bertugas dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separa masa, yang pad a pend a pat Ketua Eksekutif adalah tidak wajar. Representasi berhubung dengan lnstitusi, dsb 15. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Eksekutif membuat , berhubung dengan apa-apa perkara berkaitan dengan lnstitusi atau dengan kakitangan atau pelajar lnstitusi itu, atas sifat mereka sebagai demikian, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang pelajar lnstitusi itu, apa-apa representasi atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara lisan atau secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain, kepada seseorang pegawai awam, atau kepada akhbar, atau kepada orang ramai dalam masa sesuatu arahan, ucapan atau pernyataan awam atau dalam masa sesuatu penyiaran dengan suara atau gambar. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
Bantahan pelajar terhadap kemasukan, ketidakmasukan, dsb, orang daripada kampus 16. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan secara lisan atau secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain terhadap kemasukan seseorang, badan atau kumpulan orang ke dalam kampus, atau terhadap kehadiran orang, badan atau kumpulan itu dalam kampus, atau terhadap ketidakmasukan atau penyingkiran orang, badan atau kumpulan itu dari kampus. Judi dalam kampus 17. Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh mengatur, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengatur, mengurus atau menjalankan, atau menyertai apa-apa judi, pertaruhan atau loteri dalam kampus. Minum atau memiliki minuman keras dan mabuk 18. (1) Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa minuman keras di dalam kampus. (2) Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalam kampus adalah bersalah atas satu kesalahan tatatertib. Bahan lucah 19. (1) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah di dalam kampus. (2) Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membahagikan, mengedar atau mempamerkan, atau menyebab dibahagikan, diedar atau dipamerkan atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam membahagi, mengedar atau mempamer apa-apa bahan lucah di dalam kampus; seseorang pelajar adalah disifatkan sebagai membahagikan, mengedar atau mempamerkan sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pameran itu adalah kepada satu orang sahaja atau lebih daripada satu orang dari tidak kira sama ada atau tidak pembahagian, pengedaran atau pameran itu adalah untuk mendapat bayaran atau apa-apa balasan lain. (3) Tiada seseorang pelajar boleh melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kampus. Dadah dan racun 20. (1) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa dadah atau racun. (2) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang, pada pendapat pihak berkuasa tatatertib, adalah direka bentuk atau dimaksud untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan cara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
(3) Tiada seseorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang. (4) Tiada seseorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap, atau menyedut, atau memasukkan ke dalam badannya dengan cara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun. (5) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan, 1971. (Akta 50) (6) Seseorang pelajar yang didapati menggunakan aau mengambil atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalah atau suatu kesalahan tatatertib. Kebersihan di dalam kampus 21. Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana-mana asrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan mana-mana bahagian kampus lain atau kebersihan atau kekemasan mana-mana bangunan atau binaan lain di dalam kampus. Membuat bunyi yang menggusarkan dan mengganggu 22. Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan diterbitkan apa-apa bising atau bunyi, dengan apa-apa jalan atau dengan apa-apa cara, jika bising atau bunyi itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang lain dalam kampus. Tempat tinggal atau tempat tidur di kampus 23. Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau menyebab digunakan mana-mana bahagian kampus atau mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan di dalam kampus sebagi tern pat tinggal atau tern pat tidur, kecuali tern pat yang disediakan baginya dalam asrama dalam lnstitusi. Memasuki bahagian larangan kampus atau bangunan 24. Seseorang pelajar tidak boleh memasuki mana-mana bahagian kampus atau mana-mana bahagian daripada bangunan di dalam kampus jika pelajar amnya atau pelajar atau golongan pelajar-pelajar yang berkenaan, khususnya, adalah dilarang masuk ke dalamnya. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
Kad pelajar 25. (1) lnstitusi hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap pelajarnya suatu kad pengenalan yang disebut Kad Pel ajar yang mana hendaklah ada padanya foto pelajar itu dan berupa dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar. (2) Tiap-tiap pelajar hendaklah ada Kad Pelajarnya dalam milikannya pada setiap masa di dalam kampus dan hendaklah mengemukakannya apabila dikehendaki berbuat demikian oleh seorang yang berkuasa. (3) Seseorang pelajar hendaklah memakai Kad Pelajarnya dengan apaapa cara, pada bila-bila peristiwa dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan, dari semasa ke semasa, oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Keingkaran 26. Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah diberi atau dibuat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja lnstitusi, yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus, maka pelajar itu adalah bersalah atau suatu kesalahan tatatertib. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
BAHAGIAN Ill TATATERTIB KAMSIS Memasuki atau berada dalam bilik pelajar menetap 27. (1) Tiada seseorang boleh memasuki atau berada dalam bilik yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri: Dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah terpakai bagi seseorang kakitangan, pegawai,pekerja atau ejen lnstitusi yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya, atau bagi seseorang yang memasukinya atau berada di dalamnya mengikut sesuatu kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Warden: Dan selanjutnya dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada memasuki bilik seseorang pelajar menetap daripada jantina yang sama untuk lawatan bagi maksud sosial yang biasa. (2) Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seseorang pelajar menetap mempastikan supaya sekatan dalam sub kaedah (1) dipatuhi dengan semestinya berkenaan dengan bilik yang diduduki olehnya itu. Menghalang, dsb, pegawai, dsb, daripada masuk dan menjalankan tugas 28. Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang, merintang atau menahan seseorang kakitangan, pegawai, pekerja atau ejen lnstitusi daripada memasuki bilik pelajar menetap dan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di bilik itu. Berada di luar asrama pada waktu malam 29. Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar asrama selepas pukul 11.00 malam kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Warden. Berada di dalam premis asrama selepas pukul 11.00 malam 30. Selepas pukul 11.00 malam, kecuali pelajar menetap dalam asrama mereka masing-masing, tiada seseorang pelajar lain boleh berada dalam perm is asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Warden. Cermat pada menggunakan premis asrama dan larangan 31. (1) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengan cermat yang sewajar dan tidak boleh melakukan sesuatu yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain kepada mana-mana bahagian taman atau bangunan atau apa-apa benda atau lengkapan di dalamnya. (2) Dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan di dalamnya seseorang pelajar hendaklah berhemat cermat bagi memastikan supaya ia tidak dengan demikian itu menyebabkan apa-apa kesusahan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang lain. (3) Seseorang pelajar menetap sama sekali dilarang memasak dalam biliknya kecuali dalam bilik yang disediakan. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
(4) Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa jenis binatang di dalam biliknya atau pre mis asrama. Pelajar tidak boleh berpindah bilik tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu 32. Jika seseorang pelajar diuntukkan sebuah bilik untuk tern pat tinggalnya oleh lnstitusi, ia tidak boleh menukar tempat tinggalnya ke mana -mana bilik lain tan pa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu yang diberi oleh atau bagi pihak Warden. Pelajar menetap hendaklah mengosongkan atau berpindah tempat tinggal apabila dihendaki oleh lnstitusi 33. (1) Seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu asrama mengikut budi bicara dan kesukaan mutlak lnstitusi. (2) lnstitusi boleh menghendaki seseorang pelajar menetap mengosongkan tern pat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh lnstitusi pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab. (3)Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki di bawah sub kaedah (2) mengosongkan atau berpindah dari tern pat tinggalnya, ia hendaklah berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan oleh lnstitusi dan hendaklah dalam tempoh itu mengeluarkan semua barang kepunyaannya daripada tern pat tinggal yang ia kehendaki mengosongkan atau dari mana ia kehendaki berpindah itu. Kuasa Warden untuk memberi perintah atau arahan berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib 34. Warden atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya boleh, dari semasa ke semasa memberi, secara lisan atau secara bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam asrama, dan perintah atau arahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau sesuatu golongan atau perihal pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang mengenainya perintah atau arahan itu diberi mematuhi dan melaksanakannya. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
BAHAGIAN IV TATATERTIB LALULINTAS JALAN Kebenaran bertulis bagi pelajar yang menyimpan, memiliki atau mempunyai kenderaan bermotor di dalam kampus 35. (1) Seseorang pelajar yang bercadang hendak menyimpan, memiliki atau mempunyai apa-apa kenderaan bermotor di dalam kampus hendaklah, pertamanya, memohon kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan mendapatkan daripadanya suatu kebenaran bertulis berkenaan dengannya; permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam borang sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar, tertakluk kepada sub kaedah (2). (2) Permohonan untuk kebenaran itu hendaklah dibuat oleh pelajar itu secara bertulis menyatakan perihal kenderaan bermotor itu dan hendaklah disertai dengan lesen keederaan bermotor itu yang berkuat kuasa pada masa itu dan polisi insuran pihak ketiga yang berkuat kuasa pada masa itu berkenaan dengan kenderaan bermotor itu dan suatu lesen memandu yang sah berkenaan dengan permohonan itu; pemohon itu hendaklah juga menyatakan apa-apa kesalahan tatatertib yang ia tel ah didapati bersalah atasnya pada bila-bila masa. (3) Kebenaran bertulis Pegawai Hal Ehwal pelajar itu hendaklah diberi dalam borang sebagaimana yang diarahkannya dan hendaklah sentiasa ditunjukkan dengan mudah dilihat pada kenderaan bermotor itu. (4) Kebenaran bertulis itu hendaklah diperbaharui pada tiap tiap tahun dan peruntukan-peruntukan sub kaedah (1) dan (2) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk memperbaharui kebenaran bertulis itu. (5) Pegawai Hal Ehwal Pelajar boleh enggan memberi kebenaran di bawah kaedah ini atau boleh membatalkan apa-apa kebenaran yang telah diberi di bawah kaedah ini jika ia berpuas hati bahawa adalah berlawanan dengan kepentingan lnstitusi bagi pelajar itu memegang kebenaran itu. Daftar kenderaan bermotor pelajar 36. Pegawai Hal Ehwal Pelajar hendaklah mengarahkan supaya suatu daftar disenggara bagi semua kenderaan bermotor yang disimpan, dimiliki, atau dipunyai oleh pelajar dalam kampus mengikut bentuk yang difikirkan patut oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Had laju 37. Tiada seseorang pelajar boleh memandu sesebuah kenderaan bermotor di dalam kampus selaju lebih daripada yang ditunjukkan oleh sesuatu tanda lalulintas. Kenderaan bermotor hendaklah dipandu atas jalan raya sahaja 38. Tiada seseorang pelajar boleh memandu sesebuah kenderaan bermotor di mana-mana tern pat melainkan di bahagian jalan yang digunakan sebagai jalan raya bagi kenderaan bermotor, khususnya tiada sesebuah kenderaan bermotor boleh dipandu oleh seseorang pelajar di atas laluan jalan kaki berturap, bahu jalan, tepi rum put, lorong jalan kaki atau tern pat lain, sama ada di sisi jalan raya bagi kenderaan bermotor atau selainnya, yang biasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan khas untuk laluan bagi kenderaan motor. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
Memandu kenderaan bermotor di atas koridor, dsb 39. Tiada seseorang pelajar boleh memandu atau menunggang sesuatu kenderan di atas koridor, beranda, kaki lima, halaman berkepung atau dalam manamana bahagian daripada mana-mana bangunan. Meletak kenderaan secara menghalang 40. Tiada seseorang pelajar boleh meletak apa-apa kenderaan di mana-mana tern pat atau dengan apa-apa cara yang menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada mana-mana orang atau kenderaan lain. Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan 41. Jika sesuatu ruang letak kereta diuntukkan bagi sesuatu kenderaan bermotor tertentu, tiada seseorang pelajar boleh meletak sesuatu kenderaan bermotor yang lain dalam ruang letak kereta itu. Membonceng 42. (1) Seseorang pelajar yang memandu sesuatu motorsikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada satu orang di atas motorsikal itu. (2) Tiada seseorang pelajar boleh membawa seseorang di atas sesuatu motorsikal beroda dua melainkan jika orang itu duduk tercelapak di belakang pemandu itu atas suatu tern pat duduk yang direka bentuk dengan sempurna yang dipasang kepada motorsikal itu dengan kukuh. (3) Seseorang pelajar tidak boleh membenarkan dirinya dibawa di atas sesuatu motorsikal beroda dua oleh seseorang, sama ada orang itu pelajar atau bukan, berlanggaran dengan sub kaedah (1) dan (2). Arahan dan tanda lalulintas hendakalah dipatuhi 43 Seseorang pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalulintas dan semua tanda lalulintas. Mengemukakan lesen memandu dan Kad Pelajar apabila diminta 44. Mana-mana pelajar yang memandu atau menjaga atau mengawal sesuatu kenderaan hendaklah membawa bersamanya suatu lesen memandu yang masih sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), dan juga Kad Pelajarnya dan hendaklah mengemukakannya untuk diperiksa oleh seseorang berkuasa apabila jua dikehendaki berbuat demikian. Menghalang perjalanan lalulintas 45. Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara atau melakukan apa-apa perbuatan, yang menghalang atau mengganggu pergerakan lalulintas yang licin dan teratur di dalam kampus. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
Permakaian Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam kampus 46. (1) Akta Pengangkutan Jal an 1987 dan semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya hendaklah dipakai bagi pelajar di dalam kampus seolah-olah jalan di dalam kampus adalah jalan awam dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan di bawah Akta tersebut dan di bawah perundingan subsidiari yang dibuat di bawahnya itu adalah kesalahan tatatertib berhubung dengan pelajar dan boleh dikenakan hukuman sebagai kesalahan tatatertib, dan oleh hal yang demikian tiap-tiap pelajar hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan itu di dalam kampus. (2) Tiada apa-apa jug a dalam sub kaedah (1) boleh mengurangkan tanggungan mana-mana pelajar atau mana-mana orang lain di dalam kampus bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya. Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib 47. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh, menurut budi bicara, sebagai ganti mengambil tindakan tatatertib di bawah Sahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus, iaitu amaran atau denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah bahagian ini di hadapan atau dalam penglihatan pihak berkuasa tatatertib itu : Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke atas pelajar itu, pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah memberitahu kepadanya tentang kesalahan tatatertib yang telah dilakukan olehnya dan memberi ia peluang untuk membuat rayuan lisan berkenaan dengannya, di situ juga kepada pihak berkuasa tatatertib itu. (2) Setelah mengenakan hukuman yang tersebut dalam sunkaedah (1 ), pihak berkuasa tatatertib hendaklah dengan serta merta menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis bertulis mengenai hukuman yang dikenakan itu dalam suatu borang mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar, dan jika hukuman yang dikenakan itu adalah denda, kaedah 61 dan 62 hendaklah dipakai. (3) Kaedah ini hendaklah dipakai walau apapun peruntukan lain yang berlawanan dengannya dalam Kaedah-kaedah ini. Hukuman tatetertib 49. Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman itu disatukan sekali: (a) amaran; (b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit; (c) penggantungan daripada mana-mana daripada atau kesemua kemudahan lnstitusi selama tempoh yang ditentukan; (d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di lnstitusi selama tempoh yang ditentukan; (e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di lnstitusi; (f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian lnstitusi selama tempoh yang ditentukan; (g) pembuangan daripada lnstitusi, oleh pihak berkuasa tatatertib. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
Hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 49. Jika pada pend a pat pihak berkuasa tatatertib seseorang pelajar tel ah melakukan sesuatu kesalahan tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah secara bertulis, menghendaki pelajar itu hadir di hadapannya di sesuatu bilik tatatertib, pad a sesuatu tarikh dan pada sesuatu masa sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib itu. Aki bat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 50. Jika seseorang pelajar tidak hadir di had a pan pihak berkuasa tatatertib mengikut sesuatu kehendak di bawah kaedah 49 ia hendaklah selepas sahaja daripada itu digantung daripada menjadi pelajar lnstitusi dan tidak boleh selepas itu berada atau memasuki kampus; penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga pelajar itu bersetuju untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib dan, sebenarnya, hadir di had a pan pihak berkuasa tatatertib pad a tarikh dan masa yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib selepas pelajar itu bersetuju untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib. Fakta kesalahan hendaklah dijelaskan dan pengangkutan hendaklah diambil 51. Dalam presiding tatatertib di dalam bilik tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan kepada pelajar itu fakta mengenai kesalahan tatatertib yang dikata telah dilakukan oleh pelajar itu dan meminta ia membuat pengakuan atas kesalahan itu. Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
BIL SEKSYEN ( 1) 5 (2) 6 (3) 7 (4) 8 (5) 9* (6) 10 (7) 11 (8) 12 (9) 13* (10) 14 ( 11) 15* (12) 16 (13) 17* KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI PERLIS KESALAHAN HUKUMAN Perbuatan tidak so pan Denda RM1,000 @penjara (Perbuatan@berkelakuan tidak sopan Mengikut pandangan syarak di tempat 6 bulan @ kedua-duanya Awam/bercumbuan) Perkataan tidak sopan Denda RM1,000 @penjara (Mengeluar@menyebarkan kata-kata yang Bertentangan dengan Hukum Syarak boleh 6 bulan @ kedua-duanya Memecahkan keamanan) Pondan Denda RMS,000 @ penjara (Berlagak seperti perempuan / lelaki (tasyabuh) di tern pat awam ) 3 tahun @ kedua-duanya Menghasut perempuan Denda RM2,000 @ penjara bersuami/lelaki beristeri 1 tahun @ kedua-duanya bercerai/ingkar kewajipan Khalwat Denda RMS,000 @ penjara (Lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri@bukan mah ram yang didapati 3 tahun @ kedua-duanya bersekediaman@bersekedudukan@ bersunyi-sunyian@linggal bersama di mana-mana tern pat dalam keadaan yang mendatangkan syak) Berkelakuan sumbang Denda RM3,000 @ penjara (Perbuatan yang dianggap bertentangan dengan Hukum Syak antara lelaki dan 2 tahun@ kedua-duanya perempuan yang ditegah berkahwin) Muqaddimah Zina Denda RM3,000 @ penjara (Perbuatan & perkataan antara lelaki dan perempuan yang mendorong kepada 2 tahun@ kedua-duanya penzinaan) Bersubahat melakukan Denda RM3,000 @ penjara kesalahan muqaddimah 2 tahun@ kedua-duanya zina Liwat Denda RMS,000@ penjara (Perhubungan jenis antara lelaki dengan lelaki@lelaki dengan perempuan melalui 3 tahun@ kedua-duanya dubur) Musahaqah Denda RMS,000@ penjara (Perhubungan jenis antara perempuan dengan perempuan) 3 tahun@ kedua-duanya Hamil Luar Nikah Denda RMS,000@ penjara (Termasuk melahirkan anak di luar nikah) 3 tahun@ kedua-duanya Melahirkan isteri orang Denda RMS,000@ penjara dan halang suami isteri 1 tahun@ kedua-duanya duduk bersama Melacur isteri@anak Denda RMS,000@ penjara (Atau membiar/membenarkan isteri@ anak melacur) 3 tahun@ kedua-duanya * Boleh tangkap tan pa waran Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
BIL SEKSYEN (14) 18* (15) 19* (16) 20* (17) 21 * (18) 22 (19) 23* (20) 24(1 )* (21) 25 (22) 26 (23) 27 (24) 28 KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI PERLIS KESALAHAN HUKUMAN Melacurkan diri Denda RMS,000 @ penjara 3 tahun @ kedua-duanya Melarikan perempuan Denda RMS,000 @ penjara 3 tahun @ kedua-duanya Menjual@memberi anak Denda RMS,000 @ penjara (Dibawah jagaan yang bukan Islam ) 3 tahun @ kedua-duanya Menjadi munsyikari Denda RMS,000 @ penjara (Orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi tujuan-tujuan 3 tahun @ kedua-duanya yang menyalahi Hukum Syarak ) Galakan Maksiat Denda RM1,000 @penjara (Menganjur menunjuk@menggalak orang melakukan kerja maksiat) 6 tahun @ kedua-duanya Takfir Denda RMS,000@ penjara 3 tahun@ kedua-duanya Minuman yang memabukkan Denda RMS,000@ penjara (Termasuk orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, 3 tahun @sebat enam menyimpan, membawa@membeli Hukuman sebatan @ mana-mana dua : Denda RM3,000@ Penjara 2 tahun @ kedua-duanya ) daripadanya Memakan dan menjual dalam Denda RM1 ,000@ penjara bulan Ramadhan 6 bulan @ kedua-duanya (Termasuk menghisap tembakau) Kesalahan kedua @ berikutnya: Denda RM2,000 @ penjara 1 tahun @ keduaduanya Anggapan Mengikut seksyen (Jika orang gaji tel ah menjual perkara yang berlawanan dengan sek. 24&25 maka kesalahan berkenaan majikan dianggap bersubahar) Tidak menunaikan Denda RM1 ,000@ penjara solat Jumaat 6 bulan @ kedua-duanya (Tiga kali berturut-turut tan pa uzur syarie) Mengingkar titah Denda RM1 ,000@ penjara perintah Raja Pemerintah 6 bulan @ kedua-duanya (Berkaitan dengan memulakan puasa ramadhan. Hari Raya Fitrah@ Hari Raya Haji) * Boleh tangkap tan pa waran Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
BIL SEKSYEN (25) 29* (26) 30* (27) 31 (28) 32* (29) 33* (30) 34* (32) 35* (33) 36* (34) 37* (35) 38 (36) 39 KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI PERLIS KESALAHAN HUKUMAN Pungutan derma tidak Denda RMS,000 @ penjara mengikut undang-undang 3 tahun @ kedua-duanya Segala wang yang dipungut hendaklah dirampas oleh Mahkamah dan hendaklah dijadikan hasil Baitulmal Tidak menyerahkan wang Denda RMS,000 @ penjara atau harta yang dipungut 3 tahun @ kedua-duanya Tidak menjalankan kewajipan Denda RM3,000 @ penjara mengikut undang-udang 2 tahun @ kedua-duanya Mendirikan masjid berlawanan Denda RMS,000@ penjara dengan undang-undang 3 tahun@ kedua-duanya (Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1963) Mengajar agama Denda RM1,000 @penjara tanpa Kebenaran 6 bulan @ kedua-duanya Mengajar@ menjalankan Denda RMS,000@ penjara sesuatu istiadat yang 3 tahun @ kedua-duanya bertentangan dengan Hukum Syarak yang diamalkan di Negeri Perlis Fatwa rasmi yang berkaitan Denda RMS,000@ penjara dengan Hukum Syarak 3 tahun @ kedua-duanya Mencetak bahan-bahan Denda RMS,000@ penjara yang berlawanan dengan 3 tahun @ kedua-duanya Hukum Syarak Menghina ayat-ayat yang Denda RMS,000@ penjara dipandang suci oleh 3 tahun @ kedua-duanya orang Islam ("membuat hina" termasuklah mencela, mengejek, mencemuh, mencerca@ mempersenda) Menghina kuasa Raja Denda RM3,000 @ penjara Pemerintah dan badan- 1 tahun@ kedua-duanya badan agama Islam lain (Termasuk kuasa Masjid @JAIPs dll) Menghina agama Islam Denda RM3,000 @ penjara atau fatwa 1 tahun@ kedua-duanya * Boleh tangkap tan pa waran Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi @
BIL SEKSYEN (37) 40 (38) 41 (39) 42 (40) 44 (41) 45 (42) 46 KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI PERLIS KESALAHAN HUKUMAN Menghina undang-undang yang Denda RM1,000 @penjara berkuatkuasa di Mahkamah 6 bulan @ kedua-duanya Mengingkari atau membantah Denda RM1 ,000@ penjara Pegawai Masjid.Pendaftar 6 bulan @ kedua-duanya Sekolah Agama, Penyelia Agama@Pegawai Masjid sewaktu menjalankan tugasnya Mengingkari perintah Denda RM1 ,000@ penjara Mahkamah 6 bulan @ kedua-duanya Mendedahkan perkara-perkars Denda RM1 ,000@ penjara yang dibincangkan tanpa 1 tahun@ kedua-duanya mendapat kelulusan Tidak patuh perintah Raja Denda RM2,000 @ penjara Pemerintah selaku ketua 1 tahun @ kedua-duanya Agama Negeri yang mengeluarkan apa-apa perintah dari semasa ke semasa Bersubahat Mengikut seksyen (Cuba melakukan@bersubahat melakukan kesalahan berkenaan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dibawah enakmen uu) Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
PENAUNG ABDUL MALEK BIN HASSAN Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PENASIHAT ROSNIZAM BIN KAMIS Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin EDITOR MAZRUL HISYAM BIN MAT ALI Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PENULIS ZULINA BINTI YUSOFF Pegawai Hal Ehwal Pelajar (KD) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin i i � \ ' � Panduan Dan Peraturan Am Pe/ajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ®
POLITEKNIKTUANKUSYEDSIRAJUDDIN PAUHPUTRA,,ARAU,PERLIS TEL:+¢¡¡FAKS:+¢¡¡