Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
PANDUAN PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN JARAK JAUH
( INISIATIF PEMBELAJARAN
DI RUMAH )
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan 1
3
2.0 Pengertian Istilah-istilah Utama 5
3.0 PdP dalam Tempoh PKP sehingga Murid 7
kembali belajar di sekolah
9
4.0 Penyediaan Jadual Waktu Mingguan atau 11
Bulanan 18
5.0 PdP dalam Talian 20
22
6.0 PdP Luar Talian
24
7.0 PdP Campuran Dalam Talian dan Luar
Talian 26
8.0 PdP Murid Kelas Peperiksaan
9.0 Pemantauan Pelaksanaan PdP Jarak
Jauh
10.0 Penyelarasan Pelaksanaan PdP Jarak
Jauh Secara Berpusat
11.0 Penutup
Hiasan Kulit :
Seorang murid sekolah rendah membuat
tugasan sekolah semasa PKP
i
1.0
PENDAHULUAN
1.1 Pada 10 April 2020, sekali lagi YAB Perdana Menteri Malaysia
mengumumkan penyambungan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Tempoh-tempoh PKP adalah seperti berikut:
1.1.1 Tempoh pertama: 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (Cuti
Persekolahan Pertengahan Penggal 1: 14-22 Mac 2020)
1.1.2 Penyambungan pertama: 1 April 2020 hingga 14 April 2020
1.1.3 Penyambungan kedua: 15 April 2020 hingga 28 April 2020
1.2 Pada 17 Mac 2020, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah
mengeluarkan dokumen bertulis INPUT TAMBAHAN: PERBINCANGAN
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
SABAH. Perkara 6 dokumen ini mencatatkan bahawa sepanjang tempoh
PKP, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR DARI RUMAH dengan
kaedah berikut:
a. Murid-murid digalakkan mengulang kaji di rumah menggunakan
kemudahan yang ada di rumah masing-masing seperti buku teks.
Jika mempunyai kemudahan internet, boleh juga menggunakan
google classroom, cikgootube dan EduwebTV. Sekiranya
memerlukan bimbingan, adalah diharapkan guru-guru bersedia
untuk membantu murid melalui aplikasi media sosial atau aplikasi
maya yang sesuai.
b. Sekiranya guru-guru telah memberikan latihan bertulis kepada
murid-murid sebelum cuti, selesaikan latihan tersebut dan guru
perlu menyemaknya sekembali ke sekolah ataupun melalui medium
yang telah dipersetujui oleh guru dan murid sebelum bercuti. (hal.2)
1.3 JPNS telah mengumpul laporan PdP alternatif/jarak jauh yang diterima
daripada sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tempoh
pelaksanaan dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Berdasarkan
rumusan daripada pelaporan yang disediakan melalui inisiatif sekolah dan
page 3
5.0
PdP DALAM TALIAN
5.1 PdP dalam talian boleh dilaksanakan secara interaktif bersemuka
melalui skrin komputer ataupun penghantaran latihan melalui telefon
pintar. Guru perlu memilih kaedah yang dapat melibatkan sebahagian
besar murid di dalam kelasnya.
5.2 Jadual PdP dalam talian perlu dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga
dan murid pada minggu sebelumnya dan sentiasa diberi peringatan
agar murid bersedia untuk duduk di hadapan komputer atau mendapat
giliran menggunakan telefon pintar keluarga.
5.3 Guru-guru digalakkan menggunakan bahan dan kemudahan PdP
dalam talian yang terdapat dalam Pelantar Pembelajaran Digital KPM.
Jika menggunakan bahan dari pelantar luar KPM, hendaklah
menggunakan aplikasi yang selamat dan bahan pembelajaran yang
sesuai dengan sukatan pelajaran yang disediakan oleh KPM. (Rujuk
3.5)
5.4 PGB dan guru-guru hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan
semasa mengenai penggunaan aplikasi yang tidak selamat untuk
mengelakkan kesan penggunaan yang tidak diingini. (Rujuk 3.5)
page 11
PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
7.3 Sama ada PdP dalam talian atau luar talian atau campuran,
guru perlu memberi arahan bertulis yang jelas dan mudah
difahami oleh murid dan ibu bapa. Arahan yang jelas dan
bertatasusila akan meningkatkan kerjasama ibu bapa/penjaga
murid untuk memantau pembelajaran anaknya di rumah.
7.4 Berikut adalah contoh arahan ringkas dan bertatasusila
daripada guru kepada murid-muridnya. (Penggunaan dengan
izin Puan Shamsuria Ibni, SKK St. Anne, WP Labuan).
19
8.0
PdP MURID KELAS
PEPERIKSAAN
8.1 Murid kelas peperiksaan adalah murid-murid yang telah
mendaftar untuk menduduki peperiksaan awam bagi tahun
2020. Mereka terdiri daripada murid yang berada di Tahun 6
(UPSR), Tingkatan 3 (PT3), Tingkatan 5 (SPM) dan Tingkatan 6
(STPM dan STAM).
8.2 Dalam tempoh PKP, panitia mata pelajaran dengan bimbingan
PGB digalakkan untuk memilih tajuk-tajuk dalam sukatan
pelajaran yang sesuai diajar secara jarak jauh. Tajuk-tajuk yang
berbentuk ujikaji atau tunjuk cara secara hands-on diajar
apabila kembali ke sekolah.
8.3 Untuk sesi ulangkaji, murid-murid boleh diberi latihan bertulis
untuk menjawab soalan-soalan ujian. Contoh pengajaran
melalui YouTube yang berikut dapat memberi ilmu dan
kemahiran kepada murid untuk menjawab rumusan karangan.
(Penggunaan gambar dengan izin Encik Juilis Mokujal, Guru
Cemerlang Bahasa Melayu, SMK Narinang, Kota Belud).
page 22
PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
8.4 Tempoh PKP juga boleh digunakan oleh guru untuk
membimbing murid menyiapkan kerja kursus (yang dinilai
dalam peperiksaan) terutama kerja kursus yang memerlukan
bimbingan minimum.
8.5 Calon UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM digalakkan
(dibekalkan dengan bahan pembelajaran) membuat ulangkaji
topik-topik yang telah dipelajari tahun sebelumnya.
Contohnya calon SPM, dibekalkan dengan soalan-soalan
bagi topik Tingkatan 4 dan dibekalkan dengan skema
jawapan sebagai rujukan ulangkaji.
21
9.0
PEMANTAUAN
PELAKSANAAN PdP
JARAK JAUH
9.1 Pemantauan pelaksanaan PdP jarak jauh adalah bertujuan
untuk mendapatkan status pelaksanaan dalam mencapai
objektif PdP tersebut.
9.2 JPNS menyediakan beberapa instrumen pemantauan seperti
berikut:
Jadual 3 : Fungsi Instrumen Pemantauan Oleh JPNS
page 24
PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
9.3 JPNS juga menggunakan kumpulan telegram berikut untuk
memantau aktiviti PdP guru di peringkat pelaksana:
9.3.1 JPN SABAH-PdP (admin. Sektor Pembelajaran)
9.3.2 Majlis Guru Cemerlang Sabah (admin. Sektor
Pembelajaran)
9.3.3 PBD SABAH (admin. Sektor Pembelajaran)
9.3.4 PORTAL RASMI PK PRA-U (admin. Sektor
Pembelajaran)
9.3.5 Pengurusan Panitia SM Sabah (admin. Sektor
Pembelajaran)
9.4 PPD, sekolah dan guru melaporkan pelaksanaan PdP jarak
jauh secara harian dan mingguan dengan mengisi instrumen
pemantauan (perkara 9.2 no. 1 dan 2 dalam jadual) dan di
kumpulan telegram tersebut. Kumpulan telegram ini juga
digunakan oleh guru sebagai saluran perkongsian bahan
pembelajaran. JPNS menganalisis dan mengambil data untuk
pelaporan mingguan dalam bentuk video.
9.5 PPD dan sekolah boleh meneruskan kaedah pemantauan yang
telah dibangunkan. Bagaimanapun, pengisian instrumen-
instrumen oleh guru hendaklah tidak bertindan dan tidak
membebankan guru. Fungsi instrumen yang sama antara PPD
dan sekolah perlu disatukan (merge) untuk mengelakkan guru
mengisi data berulang.
23
10.0
PENYELARASAN
PELAKSANAAN PdP JARAK
JAUH SECARA BERPUSAT
10.1 JPNS mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara
dalam talian untuk menyelaras tindakan yang perlu diambil.
Peserta mesyuarat dan perbincangan adalah berdasarkan
keperluan.
10.2 Sebarang keputusan mesyuarat akan disampaikan kepada
PPD melalui kaedah berikut (Jadual 4) berdasarkan
kesegeraan penyampaian maklumat. PPD perlulah sentiasa
peka terhadap penyampaian maklumat melalui media rasmi
yang digunakan oleh JPNS.
Jadual 4: Kaedah Penyampaian Maklumat Rasmi Kepada PPD dan
Sekolah
page 26
PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
10.3 Sebarang maklumat berstatus TERHAD, SULIT dan RAHSIA
tidak dibenarkan dihantar melalui media sosial seperti
WhatsApp, telegram dan sebagainya. Maklumat terperingkat
hendaklah disampaikan melalui e-mel atau kaedah lain
dengan mematuhi prosedur pengurusan maklumat
terperingkat.
25
11.0
PENUTUP
11.1 JPNS berharap agar semua warga pendidik menggunakan
masa BEKERJA DARI RUMAH untuk menambah kemahiran
pengajaran jarak jauh. Bahan pembelajaran yang diberikan
kepada murid mampu menarik perhatian untuk menimba ilmu
pengetahuan baharu. Untuk menjayakan PdP jarak jauh,
komitmen tinggi daripada JPN, PPD dan PGB adalah
pemboleh ubah kepada penyertaan penuh guru dan murid.
11.2 Untuk mencapai hasrat tersebut, panduan ini akan disemak
setiap bulan untuk pindaan dan tambahan berdasarkan
dapatan analisis instrumen pemantauan, serta maklumat dan
arahan baharu daripada KPM.
SABAH HEBAT: KATAKAN TIDAK KEPADA NOMBOR 16!
SABAH HEBAT: KATAKAN TIDAK KEPADA 0%!
#STAY AT HOME: KEEP SAFE AND HEALTHY!
Pejabat Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
12 April 2020
Nota kepada pengguna:
1. Pindaan 1 berkuat kuasa dalam pengisian maklumat PdP Jarak Jauh
mulai 23 April 2020.
page 28
PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
27
PANDUAN PELAKSANAAN PDP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya telah minta
Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari
rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan
ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah
dibuka. (hal.4)
© Penerbit Jabatan Pendidikan Negeri Sabah