KEMERDEKAAN MALAYSIA KUMPULAN 7 Peristiwa Bersejarah • 31 Ogos 1957
NO MATRIC 297294 297315 297325 297327 297413 300132 300777 300814 300910 302779 Nama NUR SAFREENA BINTI HAZRI SITI NURUL SYAFIKAH BINTI MALIK NUR SARA SYAFIA BINTI NOR HASSAN WAN NUR INSYIRAH HAZIRAH BINTI WAN MOHD NUR HATIJA AYUNI BINTI MOHD AZHAR MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD YUSOFF NUR SYIFAA BINTI ALIAS NURAIN NAJIHAH BINTI SHAMSUL HAILMI NUR ZAKIRAH BINTI NORAZMAN NUR WADHIHAH QISTINA BINTI MOHD ANUOR
KRONOLOGI KEMERDEKAAN SUASANA KEMERDEKAAN SIMBOLNEGARA MALAYSIA TOKOHYANG MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA ISI KANDUNGAN PENCAPAIAN MALAYSIASELEPAS KEMERDEKAAN 4-10 11-13 14-18 19-26 27-37 RUJUKAN 38
KRONOLOGI KEMERDEKAAN 1. Pilihan Raya Persekutuan 1955 Pilihan Raya Umum pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955 telah dilaksanakan pada 27 Julai 1955. Pilihan Raya ini berlaku setelah mencapai peresetujuan antara pihak British dan Parti Perikatan yang diwakili oleh Tunku Abdul Rahman. Pilihan raya yang dijalankan adalah bertujuan untuk memilih ahli Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang hanya melibatkan 52 orang ahli sahaja. Bagi mewakili suara rakyat dalam kerajaan, wakil rakyat perlu dipilih berdasarkan undian dan tanggungjawab daripada pengundi yang berdaftar.
2. Kabinet Pertama Ditubuhkan Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan yang pertama dan berkuasa untuk menubuhkan kabinet pertama bagi memastikan kestablian pentadbiran negara dan dapat berjalan dengan lancar. Kabinet ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin utama Parti Perikatan yang melibatkan gabungan tiga partpolitik utama iaitu UMNO (United malays National Organization), MCA (Malayan Chinese Association dan MIC (Malayan Indian Congress). Kabinet pertama ini menghadapi cabaran besar dalam pembangunan negara yang baru merdeka. mereka harus menangani isu-isu seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. mereka juga harus memastikan kestabilan politik dan sosial negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Ahli Kabinet Pertama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tun Abdul Razak Hussein - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan Pembangunan Luar Bandar Tun Dr. Ismail Abdul Rahman - Menteri Kesihatan dan Kebaikan Sosial Leong Yew Koh - Menteri Kehakiman Tun V.T. Sambathan- Menteri Buruh Tun Tan Siew Sin - Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Abdul Razak bin Hussain - Menteri Pelajaran H.S. Lee - Menteri Pengangkutan KRONOLOGI KEMERDEKAAN
3. Rundingan Kemerdekaan di London Pada tahun 1956, satu delegasi dari Tanah Melayu dihantar ke London untuk mengadakan rundingan rasmi dengan kerajaan British yang dikenali sebagai “Rombongan Merdeka”. Rundingan ini diketuai oleh Tunku Abdul Rahman diikuti dengan ahli ahli lain termasuklah Tun Abdul Razak Hussein, Colonel H.S. Lee, Tunku Yaacob dan Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab. Matlamat rundingan adalah bertujuan untuk menetapkan tarikh kemerdekaan, memastikan perlindungan hak dan kepentingan semua kaum di Tanah Melayu dan mengatur perlaihan kuasa dari British kepada kerajaan Tanah Melayu. Rundingan berlangsung selama beberapa minggu di Lancaster House, London. Delegasi Tanah Melayu membentangkan hujah-hujah mereka menganai lkeperluan dan keinginan untuk kemrdekaan serta rancangan untuk p embangunan negara yang merdeka. Perbincangan mereka juga melibatkan soal pembentukan kerajaan yang adil bagi semua kaum, serta penggubalan perlembagaan baru. rundingan kemerdekaan di London adalah detik bersejarah yang menandakan permulaan baru bagi Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Hasil daripada rundignan ini bukan sahaja membebaskan negara dari penjajahan tetapi juga meletakkan asa bagi pembangunan sebuah negara yang moden dan berbilang kaum. KRONOLOGI KEMERDEKAAN
4. Perjanjian Merdeka Perjanjian Merdeka merupakan satu perjanjian penting yang dicapai antara delegasi Tanah Melayu dengan Kerajaan British yang membawa kepada kemerdekaan negara ini dari penjajahan. Rundingan kemerdekaan di London tersebut berjaya mendapat persetujuan daripada pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Perjanjian Rundingan itu mencapai beberapa perkara penting, termasuk menetapkan tarikh akhir untuk kemerdekaan Tanah Melayu, yang mesti berlaku sebelum 31 Ogos 1957, dan menandatangani perjanjian dengan British untuk memastikan kepentingan British di Tanah Melayu. Rundingan ini mencapai persetujuan bahawa Suruhanjaya Perlembagaan akan ditubuhkan untuk merangka perlembagaan negara yang merdeka. Perjanjian Merdeka bukan sahaja merupakan satu perjanjian politik, tetapi juga sebagai lambang kemerdekaan, kedaulatan dan kemandirian bagi negara ini. Perjanjian ini membuka jalan kepada Malaysia untuk membangun sebagai sebuah negara yang maju, berdikari dan berdaulat dalam komuniti antarabangsa. KRONOLOGI KEMERDEKAAN tersebut dikenali sebagai Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu atau Perjanjian London yang telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
5. pengumuman tarikh kemerdekaan Semua penduduk Tanah Melayu menyambut kedatangan rombongan kemerdekaan dengan meriah saat mereka kembali dari London pada tanggal 20 Februari 1956 di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Tunku Abdul Rahman kemudiannya mengisytiharkan bahawa Tanah Melayu akan mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pada tarikh yang dinyatakan dalam Perjanjian Kemerdekaan. Ketika pengumuman itu dibacakan, rakyat yang penuh semangat berkumpul di padang Bandar Hilir, Melaka dan bersorak ‘Merdeka’ dengan suara yang gemuruh. Rombongan kemerdekaan YTM Tunku Abdul Rahman disambut dengan meriah. Sekumpulan remaja menaiki motosikal dan berpuluh-puluh kereta dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka, ke Padang Banda HIlir (Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan – TYT Melaka, 2024). KRONOLOGI KEMERDEKAAN
Suruhanjaya Reid adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Suruhanjaya ini ditugaskan untuk menghasilkan dokumen penting yang akan menentang penjajahan British sekaligus mencapai kemerdekaan. Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum daripada pelbagai individudan organisasi. Walau bagaimanapun, memorandum yang dihantar oleh Perikatan (gabungan parti UMNO, MCA, dan MIC) dianggap yang paling menyeluruh dan sesuai. Memorandum tersebut disusun dengan teliti oleh pakar undang-undang dan mewakili tiga kaum utama di Malaysia: Melayu, Cina, dan India. Suruhanjaya Reid turut mencadangkan sebuah Perlembagaan Persekutuan untuk semua negeri sebagai sebuah negara yang memerintah sendiri dan berdasarkan demokrasi berparlimen dalam lingkungan Komanwel. Laporan tersebut menunjukkan bahawa banyak cadangan berasal dari memorandum Perikatan, yang telah diubah suai dan ditambah oleh Majlis Mesyuarat Raja-Raja serta hasil pertimbangan suruhanjaya (Mohamad et al., 2019). 6. penubuhan suruhanjaya reid KRONOLOGI KEMERDEKAAN Dalam laporan akhirnya, Suruhanjaya Reid mencadangkan formula pemberian kewarganegaraan di Tanah Melayu yang erdeka kepada empat kategori individu: Individu yang sudah mempunyai hak kewarganegaraan 1. Orang yang dilahirkan di Persekutuan pada hari merdeka atau selepasnya 2. Individu yang telah menetap di Persekutuan sejak sebelum Hari Merdeka dan telah dilahirkan di sana 3. Orang yang tinggal di sana untuk tempoh masa tertentu dan memenuhi syarat lain yang ditetapkan 4.
Sejurus jam besar menunjukkan detik 12 tengah malam, lampu dinyalakan dan orang ramai menyorakkan “Merdeka”. Tunku Abdul Rahman kemudiannya dibawa ke tepi pentas untuk berdiri di hadapan ketiga-tiga tian bendera. Lalu, lagu “God Save The Queen” dimainkan dan Tahir Abdul Majid menurunkan bendera Union Jack untuk menandakan penghujung pemerintahan Britain di Tanah Melayu (Foad, 2019). 7. bendera union jack diturunkan KRONOLOGI KEMERDEKAAN 8. pengisytiharan kemerdekaan Pada jam 9.30 pagi, 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi menjadi negara merdeka. Upaca Pemasyhuran Kemerdekaan di Stadium Merdeka dihadiri oleh lebih 20 ribu orang, termasuk Raja-raja Melayu, tetamu kehormat dari luar negara, anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat biasa. Dalam upacara bersejarah itu, Duchess of Gloucester, wakil Ratu Elizabeth, menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri. Ini menandakan bahawa penguasaan British di Tanah Melayu telah berakhir. YTM Tunku Abdul Rahman membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu. Ribuan orang memenuhi Stadium Merdeka selepas Tunku Abdul Rahaman membaca pengisytiharan dan melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali. Upacara itu kemudiannya diteruskan dengan laungan azan, yang menjadi lambang Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka. Selepas itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan sambil diiringi lagu kebangsaan “Negaraku”. 100 das tembakan meriam dilepaskan untuk menandakan Persekutuan Tanah Melayu kini menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat (Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, n.d.).
Suasana kemerdekaan di Malaysia zaman dahulu, khususnya sekitar tahun 1957, merupakan masa yang penuh dengan semangat patriotisme dan optimisme. Setelah berabad-abad di bawah pemerintahan kolonial, terutama oleh British, penduduk tempatan mengalami ledakan kegembiraan dan kebanggaan nasional pada saat kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957. Pada malam menjelang hari kemerdekaan, ribuan orang berkumpul di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur. Kegembiraan dan harapan bisa dirasakan di udara saat setiap lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang etnik berkumpul untuk menyaksikan upacara penurunan bendera Union Jack dan penaikan Jalur Gemilang, bendera baru Persekutuan Tanah Melayu. Menurut "Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia," pengisytiharan sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama disambut sebanyak 7 kali dengan laungan "merdeka" di hadapan dua puluh ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya, serta perwakilan dari tiga puluh negara Komanwel dan negara asing. Dalam masa yang sama, Lagu Kebangsaan Negaraku telah dipersembahkan buat pertama kalinya, dan bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan. Selepas itu, Hassan Azhari melaungkan azan, yang dianggap sebagai pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu yang baru ditubuhkan, dan tembakan seratus das meriam. Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, dalam satu aksi simbolik dan bersejarah, melambaikan tangan sambil mengumandangkan tujuh kali laungan "Merdeka" pada saat tengah malam, yang disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan dari tetamu yang hadir. Ini menandakan berakhirnya era kolonial maka lahirlah sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. (Darmas,2019)
Perayaan itu tidak hanya berlangsung di Kuala Lumpur tetapi juga perayaan itu berlaku di seluruh negara. Di kota-kota dan desa-desa, pelbagai acara dan aktiviti diadakan seperti perarakan, pertunjukan kebudayaan, sukan, dan bunga api. Sekolah-sekolah dan organisasi masyarakat juga mengadakan acara untuk memperingati momen bersejarah ini. (Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, n.d.) Menurut “Perpustakaan Sultanah Bahiyah” Suasana zaman itu sangat ditandai dengan rasa harapan dan cita-cita untuk membangun negara yang lebih baik. Walaupun terdapat cabaran dan perbedaan pendapat mengenai arah dan pembangunan negara, semangat kemerdekaan tetap kuat meresap dalam jiwa rakyat Malaysia. Kemerdekaan membawa suatu era baru di mana rakyat Malaysia dapat menentukan nasib sendiri dan berganding bahu bekerja untuk mewujudkan negara yang berdaya saing. Kita juga dapat menyaksikan kemeriahan dan peraayaan rakyat di setiap sudut negara, terutama di Kuala Lumpur, suasana penuh dengan perarakan, pertunjukan musik, dan upacara-upacara kemerdekaan yang meriah. Rakyat turut serta merayakan momen bersejarah ini dengan semangat yang membara. Kemerdekaan menyatukan rakyat Malaysia dari berbagai latar belakang etnis dan budaya. Semangat cinta akan tanah air dan kebanggaan atas identiti kebangsaan mencorak suasana pada masa itu.
Sambutan hari kemerdekaan pada masa kini sedikit berbeza jika dibanndingkan dengan masa dulu. Hal ini kerana seiring dengan perkembangan masyarakat dari segi teknologi sememangnya sambutan yang diadakan lebih meriah. Oleh hal demikian, sambutan hari kemerdekaan menjadi satu acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Pada setiap 31 Ogos, seluruh Malaysia akan menyaksikan pelbagai acara-acara menarik yang dipertontonkan oleh pelbagai unit beruniform mahupun unit keselamatan dan kesihatan mengikut lokasi sambutan itu sendiri. Contohnya, PDRM telah menyediakan aksi payung terjun yang dikendalikan oleh pegawai PDRM sendiri di dataran Putrajaya pada Ogos lalu. Tambahan itu, terdapat pelbagai aneka pancaragam yang di dipertontonkan kepada rakyat Malaysiaolehwakilsekolahmahupunjabatan. Tidak dilupakan juga, antara acara pembukaan yang menarik perhatian ramai pada sambutan kemerdekaan tahun lalu di Putrajaya adalah aksi pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat iaitu Army Red Warrior, antaranya menampilkan lompatan bermotosikal merentasi 66 motosikal model Royal Enfield dilakukan Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin yang menggunakan Kawasaki Scrambler 250cc serta pemilihan 66 motosikal secocok dengan ulang tahun kemerdekaaan ke-66 tahun negara. Akhir sekali terdapat juga perarakan kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI yang dianggotai 400 peserta daripada pelbagai kaum dan etnik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan memperagakan pakaian pelbagai etnik di negara ini, diterajui Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud. Dari pertunjukan perarakan ini telah membuktikan bahawa Malaysia sangat kaya dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang mampu hidup aman dan damai.
SIMBOL NEGARA MALAYSIA Pada 30 Mei 1952, Raja-Raja Melayu telah mengizinkan dan menyatakan Jata Negara Malaysia sebagai simbol rasmi pemerintahan Malaysia. Jabatan Ukur telah menggunakan enam warna untuk menciptakan Reka Bentuk Jata Negara tersebut. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 yang melambangkan kehadiran 13 negeri dan pusat pemerintahan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang adalah simbol agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia. Di samping itu, terdapat juga lima bilah keris yang melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Perisai yang mengandungi imej pokok pinang di sebelah kiri itu mewakili negeri Pulau Pinang, manakala imej pokok Melaka di sebelah kanan melambangkan negeri Melaka. Pada suatu masa dahulu, keduanya adalah negeri-negeri Selat. Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negerinegeri Melayu Bersekutu yang asal. Jata Negara Negara
Seterusnya, dua ekor harimau itu pula melambangkan keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengahtengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada latar adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. BBun U ga NKe Gban A gsaan RMA ala Y ysi A a A Sebut sahaja Bunga Raya, kita sebagai rakyat Malaysia mesti tahu bahawa Bunga Raya merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Selain itu, kembang Sepatu atau Kembang Uribang juga merupakan nama lain bagi Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis). Genus Hibiscus merupakan keluarga Malvaceae yang memiliki spesies tumbuhan berbunga tropika dengan nama Bunga Raya Bunga Raya ditanam secara meluas di seluruh kawasan tropika dan separa tropika sebagai hiasan. Antara kriteria Bunga Raya ialah besar, berwarna merah, keras dan tidak berbau. Untuk pengetahuan anda, Bunga Raya bukan sahaja wujud dalam warna merah malahan ada pelbagai lagi jenis warna bagi Bunga Raya ini. Akan tetapi, Bunga Raya merah telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Jadi, bagaimanakah Bunga Raya ini boleh terpilih dan diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan negara Malaysia?
Walaupun begitu, kerajaan pada akhirnya memilih bunga raya disebabkan ciri-cirinya yang menarik. Tidak hanya itu, Bunga Raya telah menjadi terkenal di seluruh negeri karena keindahan warna dan bentuknya. Selain memiliki nama yang sama diseluruh negara, bunga ini juga mudah ditemui dimanapun anda berada. Namun yang paling penting adalah ia menjadi satu-satunya Bunga Kebangsaan untuk negara pada ketika itu. Pada tahun 1958, Kementerian Pertanian membuat senarai tujuh jenis bunga yang dipilih untuk menjadi Bunga Kebangsaan Malaysia. Beberapa di antaranya adalah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, serta ada juga bunga teratai, bunga mawar dan tanjung. Jabatan Penerangan telah melakukan satu kajian untuk mendapatkan pandangan orang ramai dalam memilih bunga yang akan diangkat sebagai Bunga Kebangsaan. Unit-unit bergerak Jabatan Penerangan telah menjalankan kajian ini di setiap bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Penelitian tersebut menyimpulkan bahwa penduduk di Pantai Timur cenderung memilih bunga mawar sedangkan di Pantai Barat lebih banyak yang memilih bunga melur. Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang merupakan Perdana Menteri kerika itu telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan adalah tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan juga dilambangkan sebagai simbol perpaduan. SEJARAHPEMILIHANBUNGARAYA SEBAGAIBUNGAKEBANGSAAN
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara memiliki bendera unik untuk mengungkapkan rasa kebanggaan terhadap tanah air. Panji atau bendera merupakan selembar kain yang digunakan untuk menunjukkan lambang dan simbol keberadaan suatu entitas. Bendera dalam budaya Melayu sering kali dikaitkan dengan posisi pemerintahan golongan Diraja. Ada 14 jalur yang melintang dengan lebar yang sama, dimulai dari jalur merah di atas dan berakhir dengan jalur putih di bawah. Terdiri daripada 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan, jalur-jalur ini menggambarkan keanggotaan wilayah-wilayah seperti Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor Negeri Sembilan Terengganu Sarawak Pulau Warna merah di jalur melambangkan keberanian dan warna putih menggambarkan kesucian. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang melambangkan Raja-Raja Melayu, sehingga dianggap sebagai warna Diraja. Simbol kombinasi merah, putih, dan biru mewakili kesetiaan antara Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom serta ikatan antara Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel. GEMILANG JALUR
Sejarah Bendera Malaysia Pada tanggal 29 November 1949, Majlis Raja-Raja bekerjasama dengan Majelis Perundangan Federal mengadakan kompetisi nasional untuk memilih desain bendera bagi pemerintahan yang akan dibentuk. Serentak dengan pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948 itu, sebanyak 373 pekerja terlibat dan telah melewati tahap pemilihan serta pertimbangan. Pada 15 November 1949, Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang setelah hanya tiga reka bentuk berjaya dipilih ke peringkat akhir. Namun, beberapa pindaan telah dilakukan terhadap reka bentuk bendera tersebut di mana bulan sabit dan bintang awalnya berwarna putih telah digantikan dengan warna kuning untuk melambangkan kebangsawanan. Pindaian ini dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah mengesahkan usul yang diajukan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Kelulusan untuk reka bentuk bendera itu telah diberikan oleh King George VI pada 19 Mei 1950. Oleh karena itu, untuk pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan di halaman Istana Sultan Selangor pada tanggal 26 Mei 1950 dengan kehadiran DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. Berkibarnya Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor secara rasmi telah disertai oleh lagu Negaraku yang pertama kali diperdengarkan kepada masyarakat. Setelah Sabah, Sarawak, dan Singapura bergabung dengan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelumnya hanya memiliki 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah diperbarui menjadi memiliki total 14 jalur. Bendera ini dipahami sebagai bendera Malaysia. Penambahan jalur ini dilakukan untuk mewakili ketiga negara tersebut. Walaupun Singapura telah dipisahkan daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965, ciri-ciri dan jumlah jalur pada bendera Malaysia masih kekal tidak berubah. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah membuat pengumuman penting dengan mengubah nama bendera Malaysia menjadi Jalur Gemilang setelah berkibar megah sejak tahun 1950 Urutan Keutamaan Bendera Urutan keutamaan bendera Malaysia dan negeri-negeri ditetapkan berdasarkan urutan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri sebagaimana yang tercantum dalam Pasal 70, Konstitusi Federasi, Keutama Berdasarkan penunjukkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016, perlu disusun semula kedudukan Susunan Kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli 3 Tahun 1994 bagi bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah berubah seperti berikut: Malaysia is comprised of Kedah, Pahang, Terengganu, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak Kelantan , Pulau Pinang Melaka Sabah Sarawak and Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Labuan adalah wilayah persekutuan, begitu juga dengan Putrajaya. Susunan terkini para Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri adalah DDYMM dan TTYT, berlaku mulai 13 Desember 2016. Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)
"BAPAKEMERDEKAAN" Lahir:8Februari1903,Alor Star,Kedah. AsalUsul: Putera ke-20SultanAbdulHamidHalimshah. Ibu: Makche Menjalara, berdarah Thai, keturunan Luang NaraBorirak. TempatTinggal : IstanaKota Lama (‘Istana Tiga Tangga’). NamaTimangan: ‘Awang’dan ‘Putra’. Pendidikan Awal: Sekolah MelayudiAlor Star. SekolahGovernment English School. SekolahDebsurin,Bangkok. Penang Free School. PendidikanTinggi: St. Catherine’s College,Universiti Cambridge (1925). Inner Temple, England(gagaldalamundang-undang). Perkahwinan: Meriam, gadis Cina yangmemeluk Islam. Anak-Anak: TunkuKhadijahdan TunkuNerang. Tunku Abdul Rahman Tokoh yang Memperjuangkan Kemerdekaan Malaysia
Pada awal kepimpinannya, TunkuAbdulRahmanmemupuk kerjasama antara kaummelalui "Perikatan"UMNO, MCA, dan MIC, yang akhirnyamencapai kemenanganbesar dalampilihan raya 1955.Beliauberusahamenamatkan ancaman komunisdenganpendekatandamaitetapi gagal, dan kemudiannyamenumpaskan komunismelalui usaha bersama rakyat. Tunkumemimpin rombongan ke London danberjayamerundingkan kemerdekaanpada31Ogos 1957. Selepasmerdeka,beliaumemperkukuhperpaduan, membangunkan ekonomi,danmenubuhkan Malaysiapada 1963,dimanabeliaudikenali sebagai "Bapa Malaysia". KemerdekaanTanahMelayu:Memimpinperjuangan untuk kemerdekaandaripadapenjajahanBritish,berjayamencapai kemerdekaanpada31Ogos 1957. PerpaduanKaum: Mewujudkan kerjasama antara kaummelalui pembentukan PerikatanUMNO-MCA-MIC. MenentangKomunisme: Mengatasi ancaman komunismelalui usahadamaidan ketenteraan. PenubuhanMalaysia:Berjuang untukpembentukan Malaysia pada 1963yangmelibatkanpenggabungan Malaya, Sabah, Sarawak,dan Singapura. PembangunanEkonomi: Menggerakkanpembangunan ekonomi dan sosialpasca-kemerdekaan. PERJUANGAN SUMBANGAN MemupukKerjasamaAntaraKaum: Mengasaskan Perikatan UMNO-MCA-MIC yangberjayamenyatukan kaumMelayu, Cina, dan Indiadalampolitik. MendapatkanKemerdekaan: Memimpin rombongan ke London danmerundingkan kemerdekaan Tanah Melayupada31Ogos 1957. MembangunkanAgamaIslam: MengasaskanpertandinganAlQurandanmengetuai PertubuhanKebajikan IslamMalaysia (PERKIM). MemajukanEkonomidanPendidikan:Menggerakkan pembangunan ekonomidanpendidikanmelaluiRancangan Malaya yangpertama.
TOK JANGGUT Tok Janggut merupakan seorang tokoh yang sangat dikenal dalam sejarah Malaysia, terutama di daerah Kelantan. Pada awal abad ke20, beliau memiliki keberanian untuk melawan penjajahan British. Di artikel ini, kita akan menjelajahi latar belakang, perjuangan, dan warisan Tok Janggut. Kita juga akan melihat bagaimana kisahnya terus dikenang dan dirayakan sampai sekarang. Fakta Menarik tentang Tok Janggut: Nama Asal: Haji Mat Hassan bin Munas Tempat Lahir: Kampung Jeram, Pasir Putih, Kelantan Tahun Kelahiran: 1853 Tahun Wafat: 1915 Gelaran: Tok Janggut (diberikan kerana janggut panjangnya) Pemberontakan: Menentang cukai tanah yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1915 Kematian: Terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan British di Kampung Pupuh Kelantan telah mendirikan beberapa monumen untuk memperingati Tok Janggut, termasuk tugu di Kota Bharu yang menggambarkan perjuangannya. Nama Tok Janggut juga diabadikan pada beberapa jalan dan bangunan sebagai tanda penghormatan kepada perjuangannya menentang penjajahan.
Perang TokJanggut Penentangan yang lebih dikenali sebagai Perang Tok Janggut bermula pada tahun 1915 untuk menentang sistem pentadbiran British di Kelantan. Mula-mula, kes tercetus apabila Tok Janggut dan Sarjan Che Wan Sulaiman bergaduh sehingga menyebabkan kematian Sarjan tersebut. Pada masa itu, penentangannya terhadap pihak pentadbiran British di daerah Pasir Putih dipimpin oleh Haji Hassan bin Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Tindakan ini berpunca daripada ketidakpuasan hati masyarakat tempatan terhadap tindakan British. Kehadiran pihak British di Negeri Kelantan pada awal abad ke-20 telah menghasilkan beberapa perubahan asas dalam sistem pentadbiran negeri tersebut.. Sebab-Sebab Pemberontakan Ketidakadilan dan Penindasan: Penduduk tempatan merasakan penindasan akibat polisi baru British yang mengganggu cara hidup dan ekonomi mereka. Kehilangan Kuasa Tempatan: Pemimpin tempatan seperti Engku Besar kehilangan kuasa mereka dan ini menambahkan lagi ketegangan. Pengenalan Cukai Baru: Encik Latiff memperkenalkan sistem cukai tanah yang tegas. Semua orang, termasuk Sultan dan pembesar negeri, diwajibkan membayar cukai tanah. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama kerana Sultan dan para pembesar memiliki tanah yang luas. Perang Tok Janggut bukan hanya sekadar satu episod dalam sejarah Malaysia, tetapi juga cerminan semangat juang rakyat Kelantan dalam menuntut keadilan dan menentang penindasan. Walaupun pemberontakan ini berakhir dengan kekalahan dan kematian Tok Janggut, semangat dan perjuangannya terus dikenang sebagai inspirasi bagi generasi akan datang.
Tok Gajah PAHANG Biodata Tok Gajah Nama: Imam Rasu bin Shahrum Terkenal dengan gelaran: Khatib Rasu dan Imam Perang Rasul Tahun kelahiran: Tahun 1845 di Dong, Raub, Pahang Jawatan: Penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang. Meninggal Dunia: Tahun 1901 dan dikuburkan di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang Hulu Terengganu. Isteri-isteri: Jebah, Teh Mahade, Siti dan Tijah. Fakta menarik Tok Gajah yang dikenali oleh orang ramai ialah kenyataan bahawa beliau merupakan bapa kepada pahlawan melayu Pahang yanng terkenal iaitu Mat Kilau (Bin, 1972). Pada tahun 1893-1895, Tok Gajah diberikan amanah untuk menjadi ketua pasukan pemberontak dalam perjuangan menentang penjajahan British yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh kerana kuasanya yang setanding dengan Orang Besar Empat di Pahang (Pahang, 2019). Selain itu,Tok Gajah juga merupakan salah seorang pejuang keamanan yang terlibat dalam melemahkan pemberontakan di Pahang bersama-sama Mat Kilau, Datuk Lela dan Datuk Bahaman, pada tahun 1891 sehingga tahun 1895 (Pahang, 2019).
Selain itu, ketika balai polis Lubuk Terua diletakkan di bawah jajahan kuasa pihak British, Tok Gajah berperanan untuk memberikan sokongan dalam operasi Dato Bahaman dalam menawan semula balai polis tersebut (Pahang, 2019). Operasi menawan semula balai polis ini juga telah dibantu oleh pahlawan lain seperti Mat kilau dan Dato Lela. Hal ini demikian kerana lokasi pembinaan balai polis dibawah perintah pihak British di kawasan pengaruh Dato Bahaman tidak mendapat persetujuan dan perbincangan terlebih dahulu membuatkan Dato Bahaman telah diketepikan dalam proses pembinaan (Pahang, 2019). Mengikut penulisan Bin (1972), pada akhir tahun 1892, Tok Gajah telah merancang strategi untuk menawan Kuala Tembeling apabila orang melayu di bawah kepimpinan Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah telah dihalau keluar ke hulu Kelantan. Setelah itu, mereka telah mendirikan kubu di Jeram Ampai pada 14 Jun 1894 untuk menyerang pihak Enggeris di Kuala Tembeling bersama-sama 100 orang pengikut di bawah kepimpinan Tok Gajah dan Mat Kilau (Ismail et al., 2019). Tok Gajah juga pernah menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia bersama-sama Wan Lingga di bawah arahan Bendahara Wan Ahmad kerana berlakunya perselisihan faham di antara Maharaja Perba dan Bendahara. Sebagai penasihat Sultan Ahmad,Tok Gajah pernah diutuskan untuk menuntut ilmu khidmat guaman di Singapura (Pahang, 2019). Akhir sekali, Tok Gajah juga telah membantu Sultan Ahmad semasa Perang Saudara bagi menentang Wan Mutahir (Pahang, 2019). Tok Gajah yang bijak dalam mengaturkan strategi berjaya mengalahkan Wan Mutahir walaupun Wan Mutahir mendapat pertolongan daripada pihak British (Ismail et al., 2019). Sumbangan Tok Gajah
Antanom Nama: Ontoros bin Buyusan Gelaran: Antanum atau Antanom Tarikh Lahir: Tahun 1873 Tempat Kelahiran: Kampung Silar Pinikit di Rundum Keturunan: Berketurunan Suku Murut Tagol dari golongan martabat Jawatan: Ketua Kaum Murut di Rundum Dikenali sebagai: Pahlawan gagah dan berani Tarikh Kematian: 18 April 1915 di Rundum Nama Isteri: Sunuron dan Sunsuyon SABAH Penduduk telah dipaksa untuk menjadi buruh dengan tujuan pembinaan jalan di kawasan pendalaman dan pemasangan kawat telegraf di antara kawasan Tenom dengan Rundum. Sesiapa yang telah berkahwin akan dipisahkan tinggal berasingan menyebelahi tebing sungai. Bagi yang mempunyai dua orang anak, salah seorang akan dipaksa untuk menjadi buruh di kawasan pembangunan. SBUB menceroboh kawasan hutan untuk pembinaan jalan. Ini menaikkan kemarahan Kaum Murut kerana ia dianggap sebagai menceroboh roh nenek moyang mereka. SBUB melarang penduduk untuk membuka tanah baru kerana kekuranagan beras mengakibatkan mereka berasa hak sebagai penduduk asal telah diceroboh. SBUB telah mengenakan pelbagai cukai yang membebankan kepada penduduk Murut. Faktor penentangan https://lobakmerah.com/1915-kisah-antanom-pahlawan-berkuasa-sakti-ketuai-kaummurut-menentang-british-dalam-kebangkitan-rundum/ Sumber:
PERISTIWA PENENTANGAN Antanom mengumpul seramai lebih kurang 900 orang pahlawan Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan. Membina beberapa kubu seperti Kubu Menining di hulu sungai Telokosan, Kubu Liohon, Kubu Impal dan Kubu Salang. Pada tahun 1913, kubu induk telah dibina yang dikenali sebagai Kubu Silar Pinikit. Kubu tersebut telah dibina dengan struktur yang mengagumkan yang menempatkan tujuh buah rumah di dalamnya serta dilengkapi dengan terowong bawah tanah. Pada awal bulan Februari 1915, Antanom telah melancarkan serangan hendap yang pertama terhadap pejabat Pegawai daerah dan pasukan polis di Pensiangan. Dengan kekuatan 600 orang pahlawan, mereka melancarkan serangan terhadap pejabat-pejabat kerajaan British di Rundum pada awal bulan Mac 1915. Pada akhir bulan April 1915, British telah menghantar seramai 400 tenteranya untuk menyerang dan memusnahkan kubu Antanom di Selangit Rundum dengan bantuan orangorang Dayak dan beberapa orang kaum Murut sendiri yang membelot dan menjadi tali barut British seterusnya meragut nyawa Antanom. Sumber: https://doi.org/10.51200/jobsts.v6i1.2807
DEB, atau Dasar Ekonomi Baru, muncul sebagai respons terhadap ketidakseimbangan ekonomi di Malaysia setelah penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada 1970. Selama dua dekad, DEB berperanan sebagai panduan bagi pembangunan ekonomi dan penyatuan negara. Inisiatif ini dipelopori oleh pakar antarabangsa seperti Dr. Rais Saniman, Dr. Just Faaland, dan Dr. Jack R. Parkinson, yang membawa bersama pengalaman dari negara-negara seperti Malaysia, Norway, dan Britain. Matlamat utama DEB adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum, wilayah, dan kawasan dalam negara. Dua strategi utama telah dirangka adalah mengurangkan kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan tanpa mengira kaum, serta mengurangkan pemisahan kaum dalam fungsi ekonomi. Pelaksanaan DEB telah memberikan kesan positif yang ketara, termasuk pelbagai inisiatif seperti Rancangan Buku Hijau penubuhan agensi kerajaan,Pendidikan Tenaga Kerja Mahir dan Penegenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebagai kesannya,inisiatif-inisiatif ini telah meningkatkan pendapatan masyarakat di bandar dan luar bandar, serta mencipta peluang pekerjaan baru yang signifikan. PENCAPAIAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN EKONOMI DASAR EKONOMI NEGARA
DPN, atau Dasar Pembangunan Nasional, muncul sebagai kelanjutan strategi DEB untuk mengatasi ketidakseimbangan sosial dan ekonomi di Malaysia. Dasar ini telah dilaksanakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) dari tahun 1991 hingga 2000.Selain itu,DPN telah diperkenalkan pada 17 Jun 1991 oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia Keempat. Matlamat utama DPN adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020, dengan fokus pada pengagihan kekayaan melalui Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh. Melalui pembentukan DPN, Malaysia bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperkuat kestabilan sosial dan politik serta mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Ini membayangkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan berterusan dalam rangka mencapai kemajuan yang holistik. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, sistem pendidikan negara mengalami transformasi yang signifikan untuk memenuhi keperluan pembangunan dan pertumbuhan negara yang pesat. Pada awalnya, sistem pendidikan masih mengikut corak yang ditetapkan semasa penjajahan British, dengan fokus utama pada pengajaran bahasa Inggeris dan penerapan kurikulum yang berpusatkan kepentingan kolonial. Walau bagaimanapun, sejak 1960-an, kerajaan Malaysia secara beransur-ansur memperkenalkan perubahan dalam sistem pendidikan untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi,sosial, dan budaya yang lebih merangkumi. Antara perubahan penting ialah pengenalan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam kurikulum sekolah, menekankan kesetaraan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kelas,serta penekanan pada pembangunan kemahiran vokasional dan teknikal bagi menyokong keperluan industri dan ekonomi negara. Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan aksesibiliti pendidikan, kerajaan juga memperkenalkan dasar pendidikan percuma dan wajib bagi semua kanak-kanak Malaysia. Transformasi ini terus berlanjut melalui dasar-dasar pendidikan yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia, dengan penekanan yang lebih besar pada pembangunan modal insan yang holistik untuk mencapai matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing global. PENDIDIKAN
Dual Language Program (DLP), yang dilancarkan untuk meningkatkan kecekapan pelajar dalam Bahasa Inggeris sambil memelihara kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Matlamat pelaksanaan DLP adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik, membolehkan mereka mengikuti pelbagai bidang pengajian dan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam tenaga kerja.Sebagai contohnya, membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta memperluaskan peluang pendidikan dan pekerjaan di peringkat antarabangsa. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang kesannya terhadap kelestarian Bahasa Melayu dan ketaksamaan peluang pendidikan, DLP terus menjadi satu inisiatif penting dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan daya saing pelajar Malaysia di peringkat global. Dengan perubahan globalisasi dan keperluan ekonomi semasa, penting untuk terus menilai dan menyelaraskan programprogram seperti DLP dengan matlamat jangka panjang pembangunan pendidikan negara. DUAL LANGAUGE PROGRAMME
Malaysia Education Blueprint 2013-2025 merupakan satu inisiatif besar yang dirangka untuk mmperbaharui dan meningkatkan sistem pendidikan negara. Dilancarkan pada tahun 2013, blueprint ini menandakan kesinambungan usaha kerajaan Malaysia dalam memperbaiki mutu pendidikan dan memenuhi keperluan semasa dalam era globalisasi.Objektif utama Malaysia Education Blueprint 2013-2025 adalah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, memperkukuhkan kecekapan guru, serta meningkatkan kecekapan pengurusan dan kualiti sekolah. Seiring dengan itu, program ini turut memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Pentaksiran Standard Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Standard Sekolah Menengah (PSSM) untuk menilai pencapaian pelajar secara holistik. Selain itu, blueprint ini juga menekankan pembangunan profesionalisme guru melalui pelbagai program latihan dan pembangunan, serta memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersepadu dan berfokuskan kepada pembangunan kemahiran insaniah. Dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang ditingkatkan, Malaysia Education Blueprint 2013-2025 berhasrat untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan relevan untuk memenuhi cabaran masa hadapan. MALAYSIA EDUCATION BLUEPRINT (2013-2025)
Dasar Industry4WRD adalah inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan di Malaysia dari tahun 2018 hingga 2025. Dasar ini memiliki tiga visi utama iaitu menjadikan Malaysia sebagai rakan strategik dalam pembuatan pintar dan perkhidmatan berkaitan di Asia Pasifik, destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi, dan penyedia penyelesaian komprehensif untuk teknologi canggih.Ditangani oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta beberapa kementerian dan pihak berkepentingan, dasar ini bertujuan untuk menarik pelbagai pihak ke arah Industri 4.0, mewujudkan ekosistem sokongan yang menyeluruh, dan mentransformasi sektor pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan kos. Dalam memperkasa pelaksanaan dasar, lima bidang pemboleh utama telah ditetapkan, dan terdapat 13 strategi serta 38 pelan tindakan yang dikenalpasti. Satu program penting di bawah dasar ini adalah Program Industry4WRD Readiness Assessment, yang bertujuan untuk menilai kesediaan organisasi untuk menerapkan Industri 4.0. Dengan sasaran yang diperuntukkan berdasarkan data tahun 2016, pelaksanaan Industri 4.0 dijangka akan meningkatkan produktiviti, sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara, kedudukan Malaysia dalam Global Innovation Index, dan bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan. Melalui penerapan Industri 4.0, dasar ini akan membantu PKS dan sektor pembuatan untuk meningkatkan daya saing mereka di pasaran domestik dan global serta menggalakkan pembangunan inovasi dan keupayaan pembuatan tempatan. TEKNOLOGI DASAR INDUSTRY4WRD
Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 2019-2023 adalah sebuah inisiatif strategik yang dirangka untuk meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar di Malaysia, serta untuk menyediakan akses jalur lebar yang lebih meluas kepada semua lapisan masyarakat. NFCP dilancarkan sebagai tanggapan terhadap keperluan negara dalam menyokong agenda ekonomi digital.Selain itu,NFCP bertujuan untuk membolehkan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada peluang dan teknologi terkini. Selain itu, NFCP bertujuan untuk mengatasi pelbagai halangan yang menghambat ketersediaan sambungan digital berkualiti tinggi dan mampu milik secara meluas. Ia dirancang untuk memenuhi keperluan masa depan negara, serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan penerapan teknologi canggih pada masa hadapan. Dengan matlamat untuk mencapai kesalinghubungan digital yang mampan, komprehensif, berkualiti tinggi, dan mampu milik, NFCP merangkumi tujuh matlamat utama termasuk meningkatkan kelajuan jalur lebar, menyediakan akses jalur lebar yang lebih baik di kawasan luar bandar, dan memperbaiki liputan perkhidmatan mudah alih di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo. NFCP bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna dan perniagaan dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada teknologi, tetapi juga memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan ramalan peningkatan pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 1.38% yang dijangka memberi kesan sebanyak RM17.9 bilion (USD4.3 billion). kesihatan, NFCP diharapkan akan memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ke hadapan. PELAN GANTIAN OPTIK DAN KESALINGHUBUNGAN
CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara ini menghadapi pelbagai cabaran yang signifikan dalam usaha untuk membina negara yang stabil, makmur, dan bersatu. Berikut adalah beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia: Penyatuan Kaum Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, termasuk Melayu, Cina, India, dan etniketnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Salah satu cabaran terbesar adalah memastikan perpaduan antara kaum ini. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah contoh bagaimana ketegangan kaum boleh meletus menjadi rusuhan. Kerajaan kemudian memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula struktur ekonomi bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.
CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Pembangunan Ekonomi Selepas kemerdekaan, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membangunkan ekonominya yang bergantung kepada pertanian dan eksport komoditi seperti getah dan bijih timah. Diversifikasi ekonomi menjadi fokus, dengan penekanan kepada perindustrian dan pembangunan sektor pembuatan serta perkhidmatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada eksport komoditi. Pembangunan Infrastruktur Kerajaan perlu membangunkan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih, dan kemudahan kesihatan di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Pendidikan Pendidikan adalah penting untuk pembangunan sumber manusia. Cabarannya adalah menyediakan pendidikan yang berkualiti dan mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat. Menyelaraskan sistem pendidikan agar dapat memenuhi keperluan semua kaum tanpa menjejaskan identiti budaya mereka juga merupakan cabaran yang besar. Isu Politik & Pentadbiran Menstabilkan pentadbiran kerajaan dan membentuk sistem politik yang efektif dan adil. Ini termasuk menangani isu-isu berkaitan korupsi, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam kerajaan. Sistem politik Malaysia yang bersifat persekutuan juga memerlukan kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Hubungan Antarabangsa Mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dan membina hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara lain, terutama dengan jiran-jiran di ASEAN. Keselamatan & Pertahanan Malaysia menghadapi ancaman komunis pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Pemberontakan komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) memerlukan usaha yang besar dalam memastikan keselamatan negara. Selain itu, isu-isu berkaitan kedaulatan seperti konfrontasi dengan Indonesia dan tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina turut menambah kepada cabaran keselamatan.
Rujukan Aratin, N. A., & De Silva, M. (2020). PENENTANGAN MASYARAKAT MURUT DALAM PERANG RUNDUM: FAKTOR DAN BENTUK PENENTANGAN (1909-1915). Journal of Borneo Social Transformation Studies, 6(1), 238–257. https://doi.org/10.51200/jobsts.v6i1.2807 Affan. (2022, September 20). Bunga Raya: Fakta & Sejarah Bunga Kebangsaan Malaysia. eCentral. https://ecentral.my/bunga-raya-kebangsaan-malaysia/ Bakh. (n.d.). Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/jendela-sejarah/pengisytiharankemerdekaan-tanah-melayu Bin, B. (1972). Sejarah Pahang. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Darmas. (2019, September 6). Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu - Tunku Abdul Rahman. YouTube. https://youtu.be/g4fsys69_Rk?si=_MRfenPyM8fJJNZN Foad, H. M. (2019, August 29). Turunnya bendera Union Jack. WilayahKu. https://www.wilayahku.com.my/turunnya-bendera-union-jack/ Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan – TYT Melaka. (2024, February 26). Pejabat TYT Yang DiPertua Negeri Melaka. https://www.tytmelaka.gov.my/index.php/2024/02/26/hari-pengisytiharantarikh-kemerdekaan/ Idris, S. (2020, May 24). 1915: Kisah Antanom Pahlawan Berkuasa Sakti, Ketuai Kaum Murut Menentang British Dalam “Kebangkitan Rundum” - Lobak Merah. Lobakmerah.com. https://lobakmerah.com/1915-kisah-antanom-pahlawan-berkuasa-sakti-ketuai-kaum-murutmenentang-british-dalam-kebangkitan-rundum/ Ismail, A. S., Liaw, J. O. H., Mardzuki, K., Loong, W. W., Zahari, H. M., Jalal, B., & Mujani, W. K. (2019). KEPIMPINAN ULAMA DALAM PERISTIWA PEMBERONTAKAN PAHANG (1891-1895): PERANAN TUAN HAJI UTHMAN BIN SENIK: ISLAMIC SCHOLAR LEADERSHIP IN THE PAHANG UPRISING INCIDENT: THE ROLE OF TUAN HAJI UTHMAN BIN SENIK. Zulfaqar Journal of Defence Management, Social Science & Humanities, 2(2). https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh/article/view/31 Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia) https://www.malaysia.gov.my/portal/content/138? language=my Mohamad, A. N. A., Haniffa, M. A., & Mohamad, W. N. A. (2019). PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MENGHARMONIKAN IKATAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA: Harmonising the Community in Malaysia Through the Malaysian Federal Constitution. Journal of Muwafaqat, 2(1), 60– 74. https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/42
MyGOV - the government of Malaysia’s official portal. (n.d.). https://www.malaysia.gov.my/portal/content/137?language=my Pahang, N. (2019, March 8). Tok Gajah Pahlawan Terbilang Di Negeri Pahang. Negeri Pahang. https://negeripahang.com/tok-gajah-pahlawan-terbilang-di-negeri-pahang Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu. (n.d.). Pustakailmu.arkib.gov.my. https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/jendela-sejarah/pengisytiharankemerdekaan-tanah-melayu pustakailmu.arkib.gov.my. (n.d.). Perjanjian Kemerdekaan Persekutuaan Tanah Melayu. [online] Available at: https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/jendela-sejarah/perjanjiankemerdekaan-persekutuaan-tanah-melayu. pustakailmu.arkib.gov.my. (n.d.). Kabinet Pertama Malaysia. [online] Available at: https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/imbasan-fakta/kabinet-pertamamalaysia. Sejarah Tokoh. (n.d.). Tok Janggut. Sejarah Tokoh. https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/ Pelajar Politeknik Nilai. (2014, September). Tunku Abdul Rahman. Pelajar Politeknik Nilai. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tunku-abdul-rahman.html?m=1