The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEMERDEKAAN MALAYSIA (8.5 x 11 in).pdf 1.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Firdaus, 2024-06-26 12:36:34

KEMERDEKAAN MALAYSIA (8.5 x 11 in).pdf 1.0

KEMERDEKAAN MALAYSIA (8.5 x 11 in).pdf 1.0

31 August 1957


PAGE1 PAGE2 PAGE3 PAGE4 Researchersfind potentialnew sourceof renewable energy Nature-based solutions emergingaskey strategyin addressing climatechange Scientists uncoversecrets oftheuniverse through groundbreaking research Studyshows importanceof biodiversityin maintaining healthy ecosystems ISI KANDUNGAN


KRONOLOGI KEMERDEKAAN 1. Pilihan Raya Persekutuan 1955 Pilihan Raya Umum pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955 telah dilaksanakan pada 27 Julai 1955 setelah persetujuan dicapai antara pihak British dan Parti Perikatan yang diwakili oleh Tunku Abdul Rahman. Pilihan raya yang dijalankan adalah bertujuan untuk memilih ahli Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang perlu dilantik dan hanya melibatkan 52 orang ahli sahaja. Pengundi berdaftar perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang akan menyampaikan suara hati masyarakat dalam kerajaan.


2. Kabinet Pertama Ditubuhkan Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan yang pertama dan berkuasa menubuhkan kabinet pertama bagi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kabinet ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin utama Parti Perikatan yang melibatkan gabungan tiga partpolitik utama iaitu UMNO (United malays National Organization), MCA (Malayan Chinese Association dan MIC (Malayan Indian Congress). Kabinet pertama ini menghadapi cabaran besar dalam pembangunan negara yang baru merdeka. mereka harus menangani isu-isu seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. mereka juga harus memastikan kestabilan politik dan sosial negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Ahli Kabinet Pertama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tun Abdul Razak Hussein - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan Pembangunan Luar Bandar Tun Dr. Ismail Abdul Rahman - Menteri Kesihatan dan Kebaikan Sosial Leong Yew Koh - Menteri Kehakiman Tun V.T. Sambathan- Menteri Buruh Tun Tan Siew Sin - Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Abdul Razak bin Hussain - Menteri Pelajaran H.S. Lee - Menteri Pengangkutan KRONOLOGI KEMERDEKAAN


3. Rundingan Kemerdekaan di London Pada tahun 1956, satu delegasi dari Tanah Melayu dihantar ke London untuk mengadakan rundingan rasmi dengan kerajaan British yang dikenali sebagai “Rombongan Merdeka”. Rundingan ini diketuai oleh Tunku Abdul Rahman diikuti dengan ahli ahli lain termasuklah Tun Abdul Razak Hussein, Colonel H.S. Lee, Tunku Yaacob dan Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab. Matlamat rundingan adalah bertujuan untuk menetapkan tarikh kemerdekaan, memastikan perlindungan hak dan kepentingan semua kaum di Tanah Melayu dan mengatur perlaihan kuasa dari British kepada kerajaan Tanah Melayu. Rundingan berlangsung selama beberapa minggu di Lancaster House, London. Delegasi Tanah Melayu membentangkan hujah-hujah mereka menganai lkeperluan dan keinginan untuk kemrdekaan serta rancangan untuk p embangunan negara yang merdeka. Perbincangan mereka juga melibatkan soal pembentukan kerajaan yang adil bagi semua kaum, serta penggubalan perlembagaan baru. rundingan kemerdekaan di London adalah detik bersejarah yang menandakan permulaan baru bagi Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Hasil daripada rundignan ini bukan sahaja membebaskan negara dari penjajahan tetapi juga meletakkan asa bagi pembangunan sebuah negara yang moden dan berbilang kaum. KRONOLOGI KEMERDEKAAN


4. Perjanjian Merdeka Perjanjian Merdeka merupakan satu perjanjian penting yang dicapai antara delegasi Tanah Melayu dengan Kerajaan British yang membawa kepada kemerdekaan negara ini dari penjajahan. Hasil daripada rundingan kemerdekaan di London berjaya mendapat persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu Antara perkara penting yang dipersetujui dalam rundingan tersebut adalah tarikh kemerdekaan ditetapkan tidak lewat dari 31 Ogos 1957 dan satu perjanjian dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan Tanah Melayu serta menjaga kepentingan British di Tanah Melayu. Dalam rundingan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk membentuk Suruhanjaya Perlembagaan yang berfungsi untuk merangka perlembagaan negara yang merdeka. Perjanjian Merdeka bukan sahaja merupakan satu perjanjian politik, tetapi juga sebagai lambang kemerdekaan, kedaulatan dan kemandirian bagi negara ini. Perjanjian ini membuka jalan kepada Malaysia untuk membangun sebagai sebuah negara yang maju, berdikari dan berdaulat dalam komuniti antarabangsa. KRONOLOGI KEMERDEKAAN melalui perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu atau Perjajian London yang telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.


5. pengumuman tarikh kemerdekaan Pada 20 Februari 1956, kepulangan rombongan dari London disambut dengan meriah seluruh penduduk Tanah Melayu ketika tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Tunku Abdul Rahman kemudiannya telah mengumumkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu yang menurut Perjanjian Kemerdekaan akan diberikan pada 31 Ogos 1957. Serentak dengan pengumuman itu, rakyat yang membanjiri padang Bandar Hilir, Melaka melaungkan ‘Merdeka’ dengan gemuruh dan penuh semangat. Kepulangan Rombongan Kemerdekaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra ini disambut dengan meriah, rombongan ini diarak dengan diiringi oleh sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kereta dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ke Padang Banda Hilir, Melaka (Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan – TYT Melaka, 2024). KRONOLOGI KEMERDEKAAN


Suruhanjaya Reid adalah satu badan yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Suruhanjaya ini dipilih untuk mempersiapkan dokumen penting yang akan meletakkan asas kepada negara yang akan merdeka dari penjajahan British. Suruhanjaya Reid menerima sebanyak 131 memorandum daripada pelbagai pihak dan organisasi, tetapi memorandum yang diserahkan oleh Perikatan (sebuah pakatan politik yang terdiri daripada UMNO, MCA, dan MIC) dianggap sebagai yang terbaik dan paling berpatutan. Memorandum ini digubal dengan teliti oleh pakar undang-undang dan mewakili tiga kaum terbesar di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India. Suruhanjaya Reid juga mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan bagi seluruh negeri sebagai sebuah negara yang berpemerintahan sendiri di dalam lingkungan Komanwel berdasarkan demokrasi berparlimen. Penyata itu telah menunjukkan banyak perkara telah diambil daripada cadangan-cadangan Perikatan dengan beberapa pindaan dan setengah cadangan daripada Majlis Mesyuarat Raja-raja termasuk hasil pertimbangan suruhanjaya itu sendiri (Mohamad et al., 2019). 6. penubuhan suruhanjaya reid KRONOLOGI KEMERDEKAAN Dalam laporan akhirnya, Suruhanjaya Reid mencadangkan formula untuk pemberian kewarganegaraan di Tanah Melayu yang merdeka kepada empat kategori warganegara: Mereka yang sudah memiliki hak kewarganegaraan; 1. Mereka yang lahir di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka; 2. Mereka yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan bermastautin; 3. Mereka yang telah bermastautin untuk tempoh tertentu dan memenuhi syarat-syarat lain. 4.


LAMPU dipasang sejurus jam besar menunjukkan detik 12 tengah malam dan diikuti dengan laungan ‘Merdeka’ oleh orang ramai. Kemudian, Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap ketiga-tiga tiang bendera. Seterusnya, bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu ‘God Save The Queen’ sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu (Foad, 2019). 7. bendera union jack diturunkan KRONOLOGI KEMERDEKAAN 8. pengisytiharan kemerdekaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamutetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA' sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat (Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, n.d.).


Suasana kemerdekaan di Malaysia zaman dahulu, khususnya sekitar tahun 1957, merupakan masa yang penuh dengan semangat patriotisme dan optimisme. Setelah berabad-abad di bawah pemerintahan kolonial, terutama oleh British, penduduk tempatan mengalami ledakan kegembiraan dan kebanggaan nasional pada saat kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957. SUASANA KEMERDEKAAN SEMASA MENCAPAI KEMERDEKAAN Pada malam menjelang hari kemerdekaan, ribuan orang berkumpul di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur. Kegembiraan dan harapan bisa dirasakan di udara saat orang-orang dari pelbagai kaum dan latar belakang etnik berkumpul untuk menyaksikan upacara penurunan bendera Union Jack dan penaikan Jalur Gemilang, bendera baru Persekutuan Tanah Melayu. Menurut “Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia” pengisytiharan itu disambut dengan laungan "merdeka" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah melayu telah dinaikkan dengan iringan, Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh Hassan Azhari sebagai simbolik keberadaan Islam sebagai agama rasmi negara Tanah Melayu baru terlahir, serta tembakan meriam seratus satu das. Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, dalam satu aksi simbolik dan bersejarah, melambaikan tangan sambil mengumandangkan tujuh kali laungan "Merdeka" pada saat tengah malam, yang disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan dari hadirin. Ini menandakan berakhirnya era kolonial dan lahirnya sebuah negara yang baru dan bebas. (Darmas,2019)


Perayaan kemerdekaan itu tidak hanya berlangsung di Kuala Lumpur tetapi juga di seluruh negara. Di kota-kota dan desa-desa, pelbagai acara dan aktiviti diadakan seperti perarakan, pertunjukan kebudayaan, sukan, dan bunga api. Sekolah-sekolah dan organisasi masyarakat juga mengadakan acara untuk memperingati momen bersejarah ini. (Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, n.d.) Menurut “Perpustakaan Sultanah Bahiyah” Suasana zaman itu sangat ditandai dengan rasa harapan dan cita-cita untuk membangun negara yang lebih baik. Walaupun terdapat cabaran dan perbedaan pendapat mengenai arah dan pembangunan negara, semangat kemerdekaan tetap kuat meresap dalam jiwa rakyat Malaysia. Kemerdekaan membawa dengan nya suatu era baru di mana rakyat Malaysia dapat menentukan nasib sendiri dan bersama-sama bekerja untuk masa depan yang lebih cerah. Kita juga dapat menyaksikan kemeriahan dan peraayaan rakyat di setiap sudut negara, terutama di Kuala Lumpur, suasana penuh dengan perarakan, pertunjukan musik, dan upacara-upacara kemerdekaan yang meriah. Rakyat turut serta merayakan momen bersejarah ini dengan semangat yang membara. Kemerdekaan menyatukan rakyat Malaysia dari berbagai latar belakang etnis dan budaya. Semangat cinta akan tanah air dan kebanggaan atas identiti kebangsaan mencorak suasana pada masa itu.


Sambutan hari kemerdekaan pada masa kini sedikit berbeza jika dibanndingkan dengan masa dulu. Hal ini kerana seiring dengan perkembangan masyarakat dari segi teknologi sememangnya sambutan yang diadakan lebih meriah. Oleh hal demikian, sambutan hari kemerdekaan menjadi satu acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Padasetiap31Ogos,seluruhMalaysiaakanmenyaksikan pelbagaiacara-acaramenarikyangdipertontonkanoleh pelbagai unit beruniform mahupun unit keselamatan dan kesihatan mengikut lokasi sambutan itu sendiri. Contohnya, PDRM telah menyediakan aksi payung terjun yang dikendalikan oleh pegawai PDRM sendiri di dataran Putrajaya pada Ogos lalu. Tambahan itu, terdapat pelbagai aneka pancaragam yang di dipertontonkan kepada rakyat Malaysiaolehwakilsekolahmahupunjabatan. Tidak dilupakan juga, antara acara pembukaan yang menarik perhatian ramai pada sambutan kemerdekaan tahun lalu di Putrajaya adalah aksi pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Daratiaitu Army RedWarrior, antaranya menampilkan lompatan bermotosikal merentasi 66 motosikal model Royal Enfield dilakukan Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin yang menggunakan Kawasaki Scrambler 250cc serta pemilihan 66 motosikal secocok dengan ulang tahun kemerdekaaan ke-66 tahun negara. Akhir sekali terdapat jugaperarakan kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI yang dianggotai 400 peserta daripada pelbagai kaum dan etnik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan memperagakan pakaian pelbagai etnik di negara ini, diterajui Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud. Dari pertunjukan perarakan ini telah membuktikan bahawa Malaysia sangat kaya dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang mampu hidup aman dan damai.


SIMBOL NEGARA MALAYSIA Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan. Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka yang merupakan negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negerinegeri Melayu Bersekutu yang asal. Jata Negara Negara


Seterusnya, dua ekor harimau juga merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri. Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. BBun U ga NKe Gban A gsaan RMA ala Y ysi A a A Sebut sahaja Bunga Raya, kita pasti dapat mengaitkannya sebagai Bunga Kebangsaan negara kita Malaysia. Bunga ini turut dikenali dengan nama bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang dan kembang warawiri (Hibiscus rosa-sinensis). Persoalannya, bagaimanakah bunga ini bole terpilih sebagai Bunga Kebangsaan bagi negara kita?


Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu. Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit-unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.


Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah. Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel. GEMILANG JALUR


Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948 tersebut, seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian dan telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Bendera ini dikenali sebagai bendera Malaysia. Penambahan jalur ini adalah bagi mewakili tiga negeri tersebut. Walaupun Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada bendera Malaysia masih kekal termasuk ciri-ciri yang ada padanya. Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang. Susunan Keutamaan Bendera Susunan keutamaan bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan, Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Selaras dengan perlantikan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016, kedudukan Susunan Kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di- ertua-Yang di-Pertua Negeri, maka susunan keutamaan bendera yang diperuntukan di bawah Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 bagi bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah berubah seperti berikut: Malaysia ,Kedah ,Pahang ,Terengganu ,Perlis ,Selangor ,Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Susunan kekananan DDYMM Raja-Raja dan TTYT Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang terkini adalah berkuat kuasa pada 13 Disember 2016. Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)


"BAPAKEMERDEKAAN" Lahir:8Februari1903,Alor Star,Kedah. AsalUsul: Putera ke-20SultanAbdulHamidHalimshah. Ibu: Makche Menjalara, berdarah Thai, keturunan Luang NaraBorirak. TempatTinggal : IstanaKota Lama (‘Istana Tiga Tangga’). NamaTimangan: ‘Awang’dan ‘Putra’. Pendidikan Awal: Sekolah MelayudiAlor Star. SekolahGovernment English School. SekolahDebsurin,Bangkok. Penang Free School. PendidikanTinggi: St. Catherine’s College,Universiti Cambridge (1925). Inner Temple, England(gagaldalamundang-undang). Perkahwinan: Meriam, gadis Cina yangmemeluk Islam. Anak-Anak: TunkuKhadijahdan TunkuNerang. Tunku Abdul Rahman Tokoh yang Memperjuangkan Kemerdekaan Malaysia


Pada awal kepimpinannya, TunkuAbdulRahmanmemupuk kerjasama antara kaummelalui "Perikatan"UMNO, MCA, dan MIC, yang akhirnyamencapai kemenanganbesar dalampilihan raya 1955.Beliauberusahamenamatkan ancaman komunisdenganpendekatandamaitetapi gagal, dan kemudiannyamenumpaskan komunismelalui usaha bersama rakyat. Tunkumemimpin rombongan ke London danberjayamerundingkan kemerdekaanpada31Ogos 1957. Selepasmerdeka,beliaumemperkukuhperpaduan, membangunkan ekonomi,danmenubuhkan Malaysiapada 1963,dimanabeliaudikenali sebagai "Bapa Malaysia". KemerdekaanTanahMelayu:Memimpinperjuangan untuk kemerdekaandaripadapenjajahanBritish,berjayamencapai kemerdekaanpada31Ogos 1957. PerpaduanKaum: Mewujudkan kerjasama antara kaummelalui pembentukan PerikatanUMNO-MCA-MIC. MenentangKomunisme: Mengatasi ancaman komunismelalui usahadamaidan ketenteraan. PenubuhanMalaysia:Berjuang untukpembentukan Malaysia pada 1963yangmelibatkanpenggabungan Malaya, Sabah, Sarawak,dan Singapura. PembangunanEkonomi: Menggerakkanpembangunan ekonomi dan sosialpasca-kemerdekaan. PERJUANGAN SUMBANGAN MemupukKerjasamaAntaraKaum: Mengasaskan Perikatan UMNO-MCA-MIC yangberjayamenyatukan kaumMelayu, Cina, dan Indiadalampolitik. MendapatkanKemerdekaan: Memimpin rombongan ke London danmerundingkan kemerdekaan Tanah Melayupada31Ogos 1957. MembangunkanAgamaIslam: MengasaskanpertandinganAlQurandanmengetuai PertubuhanKebajikan IslamMalaysia (PERKIM). MemajukanEkonomidanPendidikan:Menggerakkan pembangunan ekonomidanpendidikanmelaluiRancangan Malaya yangpertama.


Perang TokJanggut Penentangan yang lebih dikenali sebagai Perang Tok Janggut bermula pada tahun 1915 untuk menentang sistem pentadbiran British di Kelantan. Mula-mula, kes tercetus apabila Tok Janggut dan Sarjan Che Wan Sulaiman bergaduh sehingga menyebabkan kematian Sarjan tersebut. Pada masa itu, penentangannya terhadap pihak pentadbiran British di daerah Pasir Putih dipimpin oleh Haji Hassan bin Panglima Mat Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Tindakan ini berpunca daripada ketidakpuasan hati masyarakat tempatan terhadap tindakan British. Kehadiran pihak British di Negeri Kelantan pada awal abad ke-20 telah menghasilkan beberapa perubahan asas dalam sistem pentadbiran negeri tersebut.. Sebab-Sebab Pemberontakan Ketidakadilan dan Penindasan: Penduduk tempatan merasakan penindasan akibat polisi baru British yang mengganggu cara hidup dan ekonomi mereka. Kehilangan Kuasa Tempatan: Pemimpin tempatan seperti Engku Besar kehilangan kuasa mereka dan ini menambahkan lagi ketegangan. Pengenalan Cukai Baru: Encik Latiff memperkenalkan sistem cukai tanah yang tegas. Semua orang, termasuk Sultan dan pembesar negeri, diwajibkan membayar cukai tanah. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama kerana Sultan dan para pembesar memiliki tanah yang luas. Perang Tok Janggut bukan hanya sekadar satu episod dalam sejarah Malaysia, tetapi juga cerminan semangat juang rakyat Kelantan dalam menuntut keadilan dan menentang penindasan. Walaupun pemberontakan ini berakhir dengan kekalahan dan kematian Tok Janggut, semangat dan perjuangannya terus dikenang sebagai inspirasi bagi generasi akan datang.


TOK JANGGUT Tok Janggut merupakan seorang tokoh yang sangat dikenal dalam sejarah Malaysia, terutama di daerah Kelantan. Pada awal abad ke20, beliau memiliki keberanian untuk melawan penjajahan British. Di artikel ini, kita akan menjelajahi latar belakang, perjuangan, dan warisan Tok Janggut. Kita juga akan melihat bagaimana kisahnya terus dikenang dan dirayakan sampai sekarang. Fakta Menarik tentang Tok Janggut: Nama Asal: Haji Mat Hassan bin Munas Tempat Lahir: Kampung Jeram, Pasir Putih, Kelantan Tahun Kelahiran: 1853 Tahun Wafat: 1915 Gelaran: Tok Janggut (diberikan kerana janggut panjangnya) Pemberontakan: Menentang cukai tanah yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1915 Kematian: Terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan British di Kampung Pupuh Kelantan telah mendirikan beberapa monumen untuk memperingati Tok Janggut, termasuk tugu di Kota Bharu yang menggambarkan perjuangannya. Nama Tok Janggut juga diabadikan pada beberapa jalan dan bangunan sebagai tanda penghormatan kepada perjuangannya menentang penjajahan.


Tok Gajah PAHANG Nama: Imam Rasu bin Shahrum Gelaran: Khatib Rasu, Imam Perang Rasul dan Orang Besar Raja Pahang Tarikh Lahir: Tahun 1845 Tempat Lahir: Dong, Raub Jawatan: Penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang Meninggal Dunia: Tahun 1901 dan dikuburkan di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang Hulu Terengganu Darul Iman. Isteri-isteri: Cik Jebah, Teh Mahade binti Tok Kaut,Cik Siti dan Tijah. Terkenal kerana kenyataan bahawa beliau ialah bapa kepada Mat Kilau, pahlawan melayu pahang yang dikenali ramai. Dengan kuasa yang diberikan setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang, beliau menggunakan kepercayaan penduduk dengan menjadi ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah British dan Sultan yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh pada tahun 1893/1895 (Pahang, 2019). Tok Gajah merupakan salah seorang pejuang keamanan yang terlibat dalam melemahkan pemberontakan Pahang bersama-sama Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau pada tahun 1891 sehingga tahun 1895.


Selain itu, beliau juga berperanan dalam menyokong perjuangan Dato Bahaman dalam menawan balai polis Lubuk Terua yang berada di bawah penjajahan kuasa British. Operasi menawan semula balai polis ini juga dibantu oleh pembesar lain seperti Imam Rasul dan Mat kilau. Hal ini demikian kerana pembinaan balai polis di atas keputusan pihak British tidak berunding dengan Dato Bahaman yang membuatkan campur tangan dalam kuasa di bawah pengaruh Dato Bahaman (Pahang, 2019). Disamping itu, Tok Gajah juga telah menawan Kuala Tembeling pada akhir 1892 apabila orang melayu di bawah kepimpinan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah diusir keluar ke hulu Kelantan. Setelah itu, Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut untuk menyerang Enggeris di Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di Jeram Ampai pada tarikh 14 Jun 1894 (Ismail et al., 2019).


Sumbangan Tok Gajah Terhadap Kerajaan Pahang Disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dan Bendahara, Bendahara Wan Ahmad telah mengarahkan Tok Gajah dan Wan Lingga untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Tok Gajah juga pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguan sebagai penasihat Sultan Ahmad (Pahang, 2019) Membantu Sultan Ahmad semasa Perang Saudara yang menentang saudara Sultan Ahmad iaitu Wan Mutahir. Tok Gajah yang bijak dalam mengaturkan strategi berjaya mengalahkan Wan Mutahir walaupun Wan Mutahir mendapat pertolongan daripada pihak British (Ismail et al., 2019).


Antanom Nama: Ontoros bin Buyusan Gelaran: Antanum atau Antanom Tarikh Lahir: Tahun 1873 Tempat Kelahiran: Kampung Silar Pinikit di Rundum Keturunan: Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat Jawatan: Ketua Kaum Murut di Rundum Dikenali sebagai: Pahlawan gagah dan berani Tarikh Kematian: 18 April 1915 di Rundum Nama Isteri: Sunuron dan Sunsuyon SABAH Orang Murut telah dijadikan buruk paksa dengan tujuan bagi membina jalan di pendalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum. Suami Isteri kau Murut dikehendaki untuk tinggal berasingan menyebelah tebing sungai. Jika mempunyai dua anak, salah seorang aka diambil untuk dijadikan buruh paksa. SBUB menceroboh hutan untuk pembinaan jalan. Ini menaikkan kemarahan Kaum Murut kerana ia dianggap sebagai menceroboh roh nenek moyang mereka. SBUB melarang penduduk untuk membuka tanah baru kerana kekuranagan beras mengakibatkan mereka berasa hak sebagai penduduk asal telah diceroboh (Aratin & De Silva, 2020). SBUB telah mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti: 1) Cukai kepala 1 dolar kepada setiap orang 2) Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen bagi setiap ekar 3) Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen 4) Cukai tangkapan ikan besar 5) Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor Faktor penentangan (Aratin & De Silva, 2020).


PERISTIWA PENENTANGAN Antanom mengumpul seramai lebih kurang 900 orang pahlawan Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan. Membina beberapa kubu seperti Kubu Menining di hulu sungai Telokosan, Kubu Liohon, Kubu Impal dan Kubu Salang. Pada tahun 1913, kubu induk telah dibina yang dikenali sebagai Kubu Silar Pinikit. Kubu tersebut telah dibina dengan struktur yang mengagumkan yang menempatkan tujuh buah rumah di dalamnya serta dilengkapi dengan terowong bawah tanah. Melancarkan serangan hendap yang pertama terhadap pejabat Pegawai daerah dan pasukan polis di Pensiangan pada awal bulan Februari 1915. Dengan kekuatan 600 orang pahlawan, mereka melancarkan serangan terhadap pejabat-pejabat kerajaan British di Rundum pada awal bulan Mac 1915. Pada akhir bulan April 1915, British telah menghantar seramai 400 tenteranya untuk menyerang dan memusnahkan kubu Antanom di Selangit Rundum dengan bantuan orangorang Dayak dan beberapa orang kaum Murut sendiri yang membelot dan menjadi tali barut British (Aratin & De Silva, 2020).


DEB, atau Dasar Ekonomi Baru, muncul sebagai respons terhadap ketidakseimbangan ekonomi di Malaysia setelah penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada 1970. Selama dua dekad, DEB berperanan sebagai panduan bagi pembangunan ekonomi dan penyatuan negara. Inisiatif ini dipelopori oleh pakar antarabangsa seperti Dr. Rais Saniman, Dr. Just Faaland, dan Dr. Jack R. Parkinson, yang membawa bersama pengalaman dari negara-negara seperti Malaysia, Norway, dan Britain. Matlamat utama DEB adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum, wilayah, dan kawasan dalam negara. Dua strategi utama telah dirangka adalah mengurangkan kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan tanpa mengira kaum, serta mengurangkan pemisahan kaum dalam fungsi ekonomi. Pelaksanaan DEB telah memberikan kesan positif yang ketara, termasuk pelbagai inisiatif seperti Rancangan Buku Hijau penubuhan agensi kerajaan,Pendidikan Tenaga Kerja Mahir dan Penegenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebagai kesannya,inisiatif-inisiatif ini telah meningkatkan pendapatan masyarakat di bandar dan luar bandar, serta mencipta peluang pekerjaan baru yang signifikan. PENCAPAIAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN EKONOMI DASAR EKONOMI NEGARA


DPN, atau Dasar Pembangunan Nasional, muncul sebagai kelanjutan strategi DEB untuk mengatasi ketidakseimbangan sosial dan ekonomi di Malaysia. Dasar ini telah dilaksanakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) dari tahun 1991 hingga 2000.Selain itu,DPN telah diperkenalkan pada 17 Jun 1991 oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia Keempat. Matlamat utama DPN adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020, dengan fokus pada pengagihan kekayaan melalui Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh. Melalui pembentukan DPN, Malaysia bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperkuat kestabilan sosial dan politik serta mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Ini membayangkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan berterusan dalam rangka mencapai kemajuan yang holistik. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, sistem pendidikan negara mengalami transformasi yang signifikan untuk memenuhi keperluan pembangunan dan pertumbuhan negara yang pesat. Pada awalnya, sistem pendidikan masih mengikut corak yang ditetapkan semasa penjajahan British, dengan fokus utama pada pengajaran bahasa Inggeris dan penerapan kurikulum yang berpusatkan kepentingan kolonial. Walau bagaimanapun, sejak 1960-an, kerajaan Malaysia secara beransur-ansur memperkenalkan perubahan dalam sistem pendidikan untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi,sosial, dan budaya yang lebih merangkumi. Antara perubahan penting ialah pengenalan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam kurikulum sekolah, menekankan kesetaraan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kelas,serta penekanan pada pembangunan kemahiran vokasional dan teknikal bagi menyokong keperluan industri dan ekonomi negara. Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan aksesibiliti pendidikan, kerajaan juga memperkenalkan dasar pendidikan percuma dan wajib bagi semua kanak-kanak Malaysia. Transformasi ini terus berlanjut melalui dasar-dasar pendidikan yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia, dengan penekanan yang lebih besar pada pembangunan modal insan yang holistik untuk mencapai matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing global. PENDIDIKAN


Dual Language Program (DLP), yang dilancarkan untuk meningkatkan kecekapan pelajar dalam Bahasa Inggeris sambil memelihara kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Matlamat pelaksanaan DLP adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik, membolehkan mereka mengikuti pelbagai bidang pengajian dan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam tenaga kerja.Sebagai contohnya, membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta memperluaskan peluang pendidikan dan pekerjaan di peringkat antarabangsa. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang kesannya terhadap kelestarian Bahasa Melayu dan ketaksamaan peluang pendidikan, DLP terus menjadi satu inisiatif penting dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan daya saing pelajar Malaysia di peringkat global. Dengan perubahan globalisasi dan keperluan ekonomi semasa, penting untuk terus menilai dan menyelaraskan programprogram seperti DLP dengan matlamat jangka panjang pembangunan pendidikan negara. DUAL LANGAUGE PROGRAMME


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 merupakan satu inisiatif besar yang dirangka untuk mmperbaharui dan meningkatkan sistem pendidikan negara. Dilancarkan pada tahun 2013, blueprint ini menandakan kesinambungan usaha kerajaan Malaysia dalam memperbaiki mutu pendidikan dan memenuhi keperluan semasa dalam era globalisasi.Objektif utama Malaysia Education Blueprint 2013-2025 adalah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, memperkukuhkan kecekapan guru, serta meningkatkan kecekapan pengurusan dan kualiti sekolah. Seiring dengan itu, program ini turut memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Pentaksiran Standard Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Standard Sekolah Menengah (PSSM) untuk menilai pencapaian pelajar secara holistik. Selain itu, blueprint ini juga menekankan pembangunan profesionalisme guru melalui pelbagai program latihan dan pembangunan, serta memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersepadu dan berfokuskan kepada pembangunan kemahiran insaniah. Dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang ditingkatkan, Malaysia Education Blueprint 2013-2025 berhasrat untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan relevan untuk memenuhi cabaran masa hadapan. MALAYSIA EDUCATION BLUEPRINT (2013-2025)


Dasar Industry4WRD adalah inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan di Malaysia dari tahun 2018 hingga 2025. Dasar ini memiliki tiga visi utama iaitu menjadikan Malaysia sebagai rakan strategik dalam pembuatan pintar dan perkhidmatan berkaitan di Asia Pasifik, destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi, dan penyedia penyelesaian komprehensif untuk teknologi canggih.Ditangani oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta beberapa kementerian dan pihak berkepentingan, dasar ini bertujuan untuk menarik pelbagai pihak ke arah Industri 4.0, mewujudkan ekosistem sokongan yang menyeluruh, dan mentransformasi sektor pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan kos. Dalam memperkasa pelaksanaan dasar, lima bidang pemboleh utama telah ditetapkan, dan terdapat 13 strategi serta 38 pelan tindakan yang dikenalpasti. Satu program penting di bawah dasar ini adalah Program Industry4WRD Readiness Assessment, yang bertujuan untuk menilai kesediaan organisasi untuk menerapkan Industri 4.0. Dengan sasaran yang diperuntukkan berdasarkan data tahun 2016, pelaksanaan Industri 4.0 dijangka akan meningkatkan produktiviti, sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara, kedudukan Malaysia dalam Global Innovation Index, dan bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan. Melalui penerapan Industri 4.0, dasar ini akan membantu PKS dan sektor pembuatan untuk meningkatkan daya saing mereka di pasaran domestik dan global serta menggalakkan pembangunan inovasi dan keupayaan pembuatan tempatan. TEKNOLOGI DASAR INDUSTRY4WRD


Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 2019-2023 adalah sebuah inisiatif strategik yang dirangka untuk meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar di Malaysia, serta untuk menyediakan akses jalur lebar yang lebih meluas kepada semua lapisan masyarakat. NFCP dilancarkan sebagai tanggapan terhadap keperluan negara dalam menyokong agenda ekonomi digital.Selain itu,NFCP bertujuan untuk membolehkan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada peluang dan teknologi terkini. Selain itu, NFCP bertujuan untuk mengatasi pelbagai halangan yang menghambat ketersediaan sambungan digital berkualiti tinggi dan mampu milik secara meluas. Ia dirancang untuk memenuhi keperluan masa depan negara, serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan penerapan teknologi canggih pada masa hadapan. Dengan matlamat untuk mencapai kesalinghubungan digital yang mampan, komprehensif, berkualiti tinggi, dan mampu milik, NFCP merangkumi tujuh matlamat utama termasuk meningkatkan kelajuan jalur lebar, menyediakan akses jalur lebar yang lebih baik di kawasan luar bandar, dan memperbaiki liputan perkhidmatan mudah alih di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo. NFCP bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna dan perniagaan dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada teknologi, tetapi juga memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan ramalan peningkatan pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 1.38% yang dijangka memberi kesan sebanyak RM17.9 bilion (USD4.3 billion). kesihatan, NFCP diharapkan akan memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ke hadapan. PELAN GANTIAN OPTIK DAN KESALINGHUBUNGAN


CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara ini menghadapi pelbagai cabaran yang signifikan dalam usaha untuk membina negara yang stabil, makmur, dan bersatu. Berikut adalah beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia: Penyatuan Kaum Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, termasuk Melayu, Cina, India, dan etniketnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Salah satu cabaran terbesar adalah memastikan perpaduan antara kaum ini. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah contoh bagaimana ketegangan kaum boleh meletus menjadi rusuhan. Kerajaan kemudian memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula struktur ekonomi bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.


CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Pembangunan Ekonomi Selepas kemerdekaan, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membangunkan ekonominya yang bergantung kepada pertanian dan eksport komoditi seperti getah dan bijih timah. Diversifikasi ekonomi menjadi fokus, dengan penekanan kepada perindustrian dan pembangunan sektor pembuatan serta perkhidmatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada eksport komoditi. Pembangunan Infrastruktur Kerajaan perlu membangunkan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih, dan kemudahan kesihatan di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.


CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Pendidikan Pendidikan adalah penting untuk pembangunan sumber manusia. Cabarannya adalah menyediakan pendidikan yang berkualiti dan mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat. Menyelaraskan sistem pendidikan agar dapat memenuhi keperluan semua kaum tanpa menjejaskan identiti budaya mereka juga merupakan cabaran yang besar. Isu Politik & Pentadbiran Menstabilkan pentadbiran kerajaan dan membentuk sistem politik yang efektif dan adil. Ini termasuk menangani isu-isu berkaitan korupsi, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam kerajaan. Sistem politik Malaysia yang bersifat persekutuan juga memerlukan kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.


CABARAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN Hubungan Antarabangsa Mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dan membina hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara lain, terutama dengan jiran-jiran di ASEAN. Keselamatan & Pertahanan Malaysia menghadapi ancaman komunis pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Pemberontakan komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) memerlukan usaha yang besar dalam memastikan keselamatan negara. Selain itu, isu-isu berkaitan kedaulatan seperti konfrontasi dengan Indonesia dan tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina turut menambah kepada cabaran keselamatan.


NAME NUR SAFREENA BINTI HAZRI SITI NURUL SYAFIKAH BINTI MALIK NUR SARA SYAFIA BINTI NOR HASSAN WAN NUR INSYIRAH HAZIRAH BINTI WAN MOHD NUR HATIJA AYUNI BINTI MOHD AZHAR MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD YUSOFF NUR SYIFAA BINTI ALIAS NURAIN NAJIHAH BINTI SHAMSUL HAILMI NUR ZAKIRAH BINTI NORAZMAN NUR WADHIHAH QISTINA BINTI MOHD ANUOR NO MATRIC 297294 297315 297325 297327 297413 300132 300777 300814 300910 302779 PREPARED BY:


References Bakh. (n.d.). Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/jendela-sejarah/pengisytiharankemerdekaan-tanah-melayu Darmas. (2019, September 6). Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu - Tunku Abdul Rahman. YouTube. https://youtu.be/g4fsys69_Rk?si=_MRfenPyM8fJJNZN Pahang, N. (2019, March 8). Tok Gajah Pahlawan Terbilang Di Negeri Pahang. Negeri Pahang. https://negeripahang.com/tok-gajah-pahlawan-terbilang-di-negeri-pahang Ismail, A. S., Liaw, J. O. H., Mardzuki, K., Loong, W. W., Zahari, H. M., Jalal, B., & Mujani, W. K. (2019). KEPIMPINAN ULAMA DALAM PERISTIWA PEMBERONTAKAN PAHANG (1891-1895): PERANAN TUAN HAJI UTHMAN BIN SENIK: ISLAMIC SCHOLAR LEADERSHIP IN THE PAHANG UPRISING INCIDENT: THE ROLE OF TUAN HAJI UTHMAN BIN SENIK. Zulfaqar Journal of Defence Management, Social Science & Humanities, 2(2). https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh/article/view/31 1915: Kisah Antanom Pahlawan Berkuasa Sakti, Ketuai Kaum Murut Menentang British Dalam “Kebangkitan Rundum” - Lobak Merah. (2020, May 24). Lobakmerah.com. https://lobakmerah.com/1915- kisah-antanom-pahlawan-berkuasa-sakti-ketuai-kaum-murut-menentang-british-dalam-kebangkitanrundum/ Aratin, N. A., & De Silva, M. (2020). PENENTANGAN MASYARAKAT MURUT DALAM PERANG RUNDUM: FAKTOR DAN BENTUK PENENTANGAN (1909-1915). Journal of Borneo Social Transformation Studies, 6(1), 238–257. https://doi.org/10.51200/jobsts.v6i1.2807


Click to View FlipBook Version