The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GMD10014 - UNIT 1 INTRODUCTON TO ENGINEERING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahir5501, 2022-09-14 00:01:42

GMD10014 - UNIT 1 INTRODUCTON TO ENGINEERING

GMD10014 - UNIT 1 INTRODUCTON TO ENGINEERING

MODUL

L

PROGRAM: DIPLOMA TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK
( MEKANIKAL )

LUKISAN REKABENTUK
DIPLOMA IN DESIGN DARUGHTING TECHNOLOGY

(MECHANICAL)
Buku ini sebagai rujukan pengajar dan pelajar IKM KL sahaja

PRAKATA

‘Buku rujukan, ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelajar dan tenaga
pengajar dalam aspek pengendalian bagi menghasilkan lukisan kejuruteraan secara
manual.

Tujuan utama buku rujukan ini dihasilkan tentulah untuk membantu para pelajar
memperlajari subjek dan bidang ini dengan lebih mudah.

Ia digunakan sebagai buku rujukan bagi jurusan Teknologi Lukisan Mekanikal &
Rekabentuk di IKM. Ini kerana ia telah di olah mengikut silibus yang telah ditetapkan
oleh pihak kokurikulum BKT, MARA.

Dengan adanya buku ini, diharap dapat digunakan sebagai rujukan untuk
menghasilkan lukisan kejuruteraan berbantu komputer secara bersistematik.

Mohd Shahir Yusof
Mechanical Engineering Technology (Draughting Design)
Institut Kemahiran MARA
019 - 2254641

UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING

PENGENALAN

'INTRODUCTION TO ENGINEERING'

Sejak zaman dahulu, lukisan merupakan luahan idea untuk berkomunikasi. Manusia
melukis dan mengukir pelbagai simbol di dinding gua dan di atas batu. Simbol-simbol ini diukir
menyerupai bentuk haiwan, burung, manusia dan objek. Ukiran atau lukisan digunakan sebagai
alat perantaraan untuk berkomunikasi sebelum wujudnya tulisan.

Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk
menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni
bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau
bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.

Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi
semua maklumat penting bagi tujuan pembuatanatau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi
satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang
menunjukkan keseluruhan komponen.

LEARNING OBJECTIVES

1.1 'Various Engineering Fields'
1.2 'Knowing on Engineering Standard Codes, etc.'
1.3 'Technical Know-how on Engineering Ethics'
1.4 'Other Relevant Knowledge'

LEARNING OUTCOMES

Setelah tapat pelajaran ini pelajar :

1) Mengetahui evolusi, sistem lukisan dan kepiawaian lukisan
2) Memberi takrifan lukisan kejuruteraan
3) Mengetahui peluang-peluang pekerjaan pada masa akan datang

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 1 - 1 | P a g e

UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Jenis lukisan
1. Lukisan gubahan fikiran perasaan atau emosi pelukis itu sendiri. Ia tidak terikat dan bebas
serta tidak mempunyai peraturan tertentu
Contoh: Lukisan pemadangan, potret dan sebagainya.
2. Lukisan teknik
Lukisan kejuruteraan termasuk golongan yang menggunakan bahasa grafik. Ia digunakan
oleh para jurutera, perekabentuk, pelukis pelan, pekerja-pekerja sektor industri serta
bengkel-bengkel.

Pengkelaskan sistem teknik
Pengekelaskan sistem unjuran terbahagi kepada dua dan dipecahkan kepada beberapa
bahagian.

Empat faktor penting dalam melukis

a) Ketepatan
Lukisan tidak akan memberi apa makna jika ianya tidak tidak tepat. Perlu diperlajari dari
peringkat awal supaya dapat mengamal ketepatan dalam lukisan kerja

b) Kepantasan
‘Masa Itu Wang’ dalam industri tidak ada tempat bagi mereka melengahkan tugas.
Kepantasan tidak datang dengan sendirinya ia perlu latihan yang secukupnya. Pekerja
yang cekap dan pantas selalunya dalam keadan berwaspada dan bersedia

c) Kefahaman
Lukisan adalah alat perhubungan untuk orang lain dan semestinya lukisan itu terang dan
jelas serta mudah difahami oleh orang lain.

d) Kebersihan
Amalan kebersihan adalah amat penting. Oleh itu anda pelu berhati-hati pada setiap kerja
yang dilakukan. Lukisan yang kotor tidak akan diterima.

Kepiawaian Lukisan

Memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat. Dengan adanya sistem piawaian ini
sistem unjuran, simbol, garisan dan sebagainya dapat difahami oleh pengguna.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 1 - 2 | P a g e

UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Terdapat beberapa agensi menggunakan piawaian ini.

 Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
 Kepiawaian British (BS)
 Institut Kepiawaian Kebangsaan Amerika
 Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO)
 Piawaian Industri German (DIN)

Takrif lukisan kejuruteraan

 Satu bahasa grafik yang digunakan untuk lukisan yang tepat dan ringkas

Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-

1. Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum
dan membuka komponen untuk memenuhi
tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

2. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu
komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran
itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah
Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Menulis angka (Numerals)

 Pentafsiran yang seragam contoh : Konvesyen, simbol, piawaian dan lain-lain
 Memerlukan hasil kerja yang bersih dan tepat perlu dititikberatkan.

Lukisan asas dalam bidang kejuruteraan

 Berfungsi sebagai bahasa PERHUBUNGAN dalam bidang kejuruteraan
 Segala perancangan untuk melukis perlu digabungkan sesama pihak bagi mencapai projek

yang berkualiti dan berjaya.

Peluang pekerjaan

 Mengisi peluang pekerjaan dalam sektor swasta mahupun kerajaan
 Perlu memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi
 Mencapai matlamat negara menjadi sebuah negara maju

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 1 - 3 | P a g e

UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

 Antara pekerjaan yang melibatkan bidang ini adalah :
1. Pelukis pelan
2. Juruteknik
3. Pembantu teknik
4. Jurutera
5. Juruukur
6. Arkitek
7. Ahli Kartografi
8. Pereka Dalaman
9. Pelukis Pelan

Lukisan berkaitan

Lukisan berkaitan dilukis berpandukan pada simbol-simbol piawai sesuatu bidang
kejuruteraan. Simbol-simbol ini dihubungkan antara satu sama lain. Dengan menggunakan
garisan dan kaedah tertentu. Ini akan menghasilkan suatu lukisan yang mengandungi keterangan
dan maklumat teknikal.

Lukisan berkaitan boelh dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan, iaitu lukisan
elektrik, lukisan elektronik, lukisan mekanikal, lukisan bangunan dan lukisan perpaipan.

Lukisan Elektrik
Digunakan untuk menunjukkan cara pendawaian dan penempatan alat tambah elektrik

mengikut peraturan pendawaian tertentu.

Lukisan Elektrik

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 1 - 4 | P a g e

UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Lukisan Elektronik
Lukisan penyambungan simbol-simbol komponen elektronik yang disusun dalam satu litar

lengkap mengikut kepiawaian yang juga dikenali sebagai litar skema.

Lukisan Elektronik

Lukisan Mekanikal
Disediakan untuk memberikan gambaran dengan lebih jelas mengenai rekabentuk

sesebuah bangunan

Lukisan Mekanikal

Lukisan Bangunan
Dilukis bagi memberikan penjelasan serta penghuraian secara terperinci bentuk, saiz dan

kedudukan sesuatu komponen mesin.

Lukisan Bangunan

Lukisan Perpaipan.
Disediakan untuk memperjelaskan sistem perpaipan di dalam sesebuah bangunan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) Lukisan Perpaipan

UNIT 1 - 5 | P a g e


Click to View FlipBook Version