The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahir5501, 2022-09-14 02:20:14

GMD10014 - UNIT 4 MULTI PROJECTIONS

GMD10014 - UNIT 4 MULTI PROJECTIONS

MODUL

L

PROGRAM: DIPLOMA TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK
( MEKANIKAL )

LUKISAN REKABENTUK
DIPLOMA IN DESIGN DARUGHTING TECHNOLOGY

(MECHANICAL)
Buku ini sebagai rujukan pengajar dan pelajar IKM KL sahaja

PRAKATA

‘Buku rujukan, ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelajar dan tenaga
pengajar dalam aspek pengendalian bagi menghasilkan lukisan kejuruteraan secara
manual.

Tujuan utama buku rujukan ini dihasilkan tentulah untuk membantu para pelajar
memperlajari subjek dan bidang ini dengan lebih mudah.

Ia digunakan sebagai buku rujukan bagi jurusan Teknologi Lukisan Mekanikal &
Rekabentuk di IKM. Ini kerana ia telah di olah mengikut silibus yang telah ditetapkan
oleh pihak kokurikulum BKT, MARA.

Dengan adanya buku ini, diharap dapat digunakan sebagai rujukan untuk
menghasilkan lukisan kejuruteraan berbantu komputer secara bersistematik.

Mohd Shahir Yusof
Mechanical Engineering Technology (Draughting Design)
Institut Kemahiran MARA
019 - 2254641

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS

PENGENALAN

'MULTIVIEW PROJECTIONS'

Dalam bab ini akan diterangkan mengenai kaedah bagaimana untuk memaparkan bentuk
sesuatu komponen atau objek di atas kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan.
Unjuran arah pandangan ini akan memaparkan lukisan kepada satu satah pandangan. Kaedah
untuk menentukan arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah diunjurkan ke satah
paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.

Lukisan orthografik ialah lukisan unjuran tepat kepada satah mendatar atau menegak.
Istilah unjuran tepat dalam lukisan ortografik dimaksudkan sebagai diunjurkan tepat ke permukaan
satah pada sudut 90. Lebih tepat lagi, jika ditakrifkan unjuran ortografik sebagai satu kaedah untuk
menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam satu atau dua atau lebih pandangan pada satah-
satah yang biasanya bersudut tepat di antara satu sama lain

LEARNING OBJECTIVES

4.1 Definition of Orthographic Projection
4.2 First Angle Projection and Third Angle Projection
4.3 Freehand sketching
4.4 Dimensioning

LEARNING OUTCOMES

Setelah tapat pelajaran ini pelajar :
1) Menerangkan konsep dan simbol satah unjuran sudut pertama dan sudut ketiga
2) Menerangkan prinsip sukuan unjuran sudut pertama dan sudut ketiga
3) Membina unjuran orthografik sudut ketiga dan bongkah geometri
4) Menerangkan konsep dan kaedah untuk membuat lakaran bebas ‘Freehand’
5) Menerangkan konsep dan pendimensian dalam unjuran orthografik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 1 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Unjuran Orthografik
Takrif

Unjuran orthorgafik adalah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan bentuk sebenar objek pada
satu satah tertentu. Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk menghasilkan bentuk objek dengan
tepat dalam dua atau lebih pandangan. Ia adalah satu sistem berbagai-bagai pandangan, dimana
keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang
sebenar.

Satah dimana objek diunjurkan dinamakan satah unjuran, sementara kedudukan mata dari mana objek
itu dilihat dinamakan arah pandangan.

Memandangan satu satah unjuran tidak mencukupi untuk menerangkan suatu objek dengan lengkap,
maka beberapa satah unjuran mesti digunakan supaya seluruh bahagian objek dapat ditunjukkan dengan
lengkapnya. Objek tersebut perlu dipandang beberapa arah pandangan yang berlainan.

Dalam lukisan kejuruteraan, biasanya tiga jenis unjuran yang akan dibuat untuk sesuatu objek iaitu :-
1) Pandangan Hadapan
2) Pandangan Sisi
3) Pandangan Pelan (atas)

Unjuran Pelbagai Pandangan

Pengenalan
Lukisan banyak pandangan menjelaskan keterangan sesuatu objek dengan cara melukiskan bentuk

objek itu dari dua atau lebih arah pandangan. Bentuk objek yang dapat dilihat di anggapkan berada di atas
satah yang rata. Dengan kata lain bentuk objek tidak rata dan bersudut jika dilihat dari arah tertentu,
misalnya jika dilihat dari hadapan, akan kelihatan seperti satu rataan sahaja.

Bagi memudahkan seseorang membaca dan memahami lukisan ini setiap arah pandangan yang
digunakan akan disusun mengikut sesuatu sudut pandangan yang tertentu

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 2 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Pengkelasan Sistem Unjuran

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 3 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Lakaran
Takrif lukisan

Lukisan lakaran adalah satu kaedah melukis bentuk sesuatu objek dalam dua atau tiga dimensi dengan
hanya menggunakan alat asas lukisan sahaja seperti pensil, pemadam dan kertas lukisan.

Kepentingan dan Kegunaan Lukisan Lakaran
Dalam bidang kejuruteraan, daya pemikiran yang kreatif adalah penting bagi seseorang jurutera untuk

menghasilkan idea-idea rebentuk yang baik dan baru. Selalunya idea-idea tersebut tidak terus dilahirkan
dengan lukisan-lukisan orthorgrafik atau isometrik yang kemas, sebaliknya ia dihasilkan secara kasar dalam
bentuk lakaran.

Idea-idea yang telah dilakarkan itu hanya akan dilukis semula dalam bentuk orthorgrafik dan isometrik
setelah rekabentuknya kelihatan siap dan hampir sempurna. Dengan cara ini, pereka bentuk dapat
menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melukis dalam bentuk orthorgrafik dan isometrik yang memakan
masa yang panjang untuk menyiapkannya.

Ini penting pereka bentuk sentiasa membuat kesilapan dan pembetulan dalam lukisan awal mereka.
Begitu juga kaedah yang sama digunakan daklam bengkel kejuruteraan, makmal dan kerja luar untuk
membuat sesuatu rekabentuk.

Antara kegunaan lakaran ialah :-
1) Memindahkan maklumat yang didapati dari bengkel ke pejabat lukisan
2) Menyampaikan idea-idea seorang pereka bentuk kepada seorang pelukis pelan
3) Digunakan sebagai lukisan bengkel untuk pengeluaran
4) Menyediakan asas komunikasi antara jurutera, pereka bentuk, juruteknik dan selainnya
5) Merupakan asas bagi mempelajari mata pelajaran reka bentuk komponen kejuruteraan

Kaedah Asas Lukisan Lakaran
Kaedah asas bagi lukisanlakaran sama seperti lukisan orthorgrafik dan lukisan isometrik. Ini bermakna

lukisan lakaran sentiasa dilukis dalam bentuk orthorgrafik dan isometrik. Faktor yang membezakan lukisan
lakaran daripada lukisan orthorhgrafik dan isometrik ialah dari segi penggunaan alat melukis

Konsep Unjuran

Konsep unjuran berdasarkan tiga faktor utama, iaitu :

i. Arah pandangan
ii. Satah unjuran
iii. Objek

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 4 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Simbol Unjuran

Simbol Sudut Pertama Simbol Sudut Ketiga
Sistem Unjuran Sukuan

Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara
satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan
Dua daripada empat sukuan tersebut ialah sukuan pertama dan sukuan ketiga
Sistem lukisan yang menggunakan sukuan pertama dinamakan unjuran ortografik sudut pertama dan sistem
lukisan yang menggunakan sukuan ketiga dinamakan unjuran ortografik sudut ketiga. Sistem sudut ketiga
kerap digunakan dalam bidang kejuruteraan

Sudut Dihidral

Kedudukan pandangan
a) Gambar rajah menunjukkan kedudukan keenam-enam pandangan utama selepas semua satah
unjuran dipusingkan kehadapan. Kedudukan pandangan ini adalah kedudukan yang piawai.
b) Pandangan hadapan dianggap sebagai pandangan rujukan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 5 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Pandangan Utama Orthografik

Nama Pandangan Kedudukan

Pandangan atas Disebelah atas pandangan hadapan
Pandangan Bawah Disebelah bawah pandangan hadapan
Pandangan sisi kanan Disebelah kanan pandangan hadapan
Pandangan sisi kiri Disebelah kiri pandangan hadapan
Pandangan belakang Disebelah kiri pandangan sisi kiri

Rajah menunjukkan satu susunan pertalian dalam unjuran ortografik yang boleh memberi huraian
lengkap mengenai bentuk objek tersebut. Pandangan pelan dan pandangan hadapan disusun secara selari
yang mana kedudukan bulatan san lurah V jika diunjurkan dapat menggambarkan kedudukan serta bentuk
sebenar daripada dua pandangan tersebut.

Begitu juga dengan lukisan pandangan hadapan dan pandangan sisi yang mana kedudukan lurah V dan
bulatan boleh dikaitan secara unjuran pada kedua-dua lukisan tersebut.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 6 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Lukisan Mengikut Susunan Pertalian Unjuran

Pandangan utama orthografik
1) Setiap pandangan orthografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan-garisan unjuran
bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan
2) Tiga pandangan utama
i. Pandangan Hadapan (Front View) Atau Pelan Hadapan
ii. Pandangan Atas (Top View) Atau Pelan
iii. Pandangan Sisi Kanan (Right Side View) Atau Pelan Sisi

a) Pandangan Hadapan (Front View) Atau Pelan Hadapan
 Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan
(Front View)
 Pandangan ini hanya dapat menunjukkan bentuk bahagian hadapan objek sahaja
 Pandangan ini tidak dapat menunjukkan jarak dari hadapan ke belakang. Oleh itu untuk
memberi penghuraian bentuk yang lengkap bagi sesuatu objek, lebih daripada satu
pandangan diperlukan

Pandangan Hadapan UNIT 4 - 7 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

b) Pandangan Atas (Top View) Atau Pelan
 Jika satu ukuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh
diunjurkan pada satah tersebut. pandangan ini dinamakan pandangan atas (Top View).
 Jarak dari hadapan ke belakang yang tidak dapat ditunjukkan pada pandangan dapat
ditunjukkan pada pandangan atas ini

Pandangan Atas

c) Pandangan Sisi Kanan (Right Side View) Atau Pelan Sisi
 Jika satu satah unjuran sisi didirikan di sebelah kanan objek, pandangan sisi kanan (Right
Side View) dapat diunjurkan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah
 Jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam sebuah kotak kaca permukaan kotak boleh
dianggap sebagai satah unjuran
 Sebanyak enam pandangan dapat diunjurkan pada permukaan kotak kaca tersebut
 Keenam-enam pandangan ini dinamakan pandangan orthografik utama dan keenam-enam
permukaan kotak kaca itu dinamakan satah unjuran utama.

\

Pandangan Sisi Kanan UNIT 4 - 8 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Konsep Unjuran Sudut Pertama dan Unjuran Sudut Kedua

a) Unjuran Sudut Pertama
 Unjuran sudut pertama banyak dipraktikkan di negara-negara Eropah untuk menyediakan di sukuan

pertama dan dilihat dari kedudukan yang ditunjukkan rajah

 Bila garis-garis unjuran dipanjangkan ke satah-satah berkenaan, Pelan dan Pelan Tegak Sisi Kiri di
Pelan Tegak Hujung. Apabila Satah Datar dan Satah Tegak Hujung dibuka kedudukannya dengan
Satah Tegak.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 9 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Sifat-sifat Unjuran Sudut Pertama
i. Pelan Tegak Hadapan diletakkan di atas Pelan
ii. Pelan berada di bawah Pelan Tegak Hadapan
iii. Pelan Tegak Sisi berada di kiri atau di kanan Pelan Tegak Hadapan

Simbol yang digunakan untuk menandakan Unjuran Sudut Pertama

Simbol Unjuran Sudut Pertama

b) Unjuran Sudut Kedua Dan Keempat
 Jika objek diletak sama ada di sukuan kedua atau keempat dan Satah Datar dan Satah Hujung

dibuka kedudukannya dengan Satah Tegak, Pelan Tegak Hadapan akan bertindih dengan pelan
 Ini akan mengelirukan pandangan dan penerangan bentuk objek
 Oleh itu, ia tidak digunakan untuk menyediakan Lukisan Kerja

c) Unjuran Sudut Ketiga
 Unjuran ini digunakan oleh Amerika dan Kanada, tetapi kebanyakkan negara telah menukarkan ke

sistem unjuran ini.
 Pada rajah menunjukkan objek ini diletakkan di sukuan ketiga.
 Bila garis-garis unjuran dipanjangkan ke satah-satah berkenaan, Pelan terbentuk di Satah Datar,

Pelan Tegak Hadapan di satah Tegak dan Pelan Tegak Sisi di satah Hujung. Satah Datar dan
Satah Hujung dibuka kedudukan dan pandangan akan terbentuk seperti rajah

Sifat-sifat Unjuran Sudut Ketiga
i. Pelan Tegak Hadapan diletakkan di bawah Pelan
ii. Pelan berada di atas Pelan Tegak Hadapan
iii. Pelan Tegak Sisi berada di kiri atau di kanan Pelan Tegak Hadapan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 10 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Unjuran Sudut Ketiga

Simbol yang digunakan untuk menandakan Unjuran Sudut Ketiga

Unjuran Sudut Ketiga

Perbandingan antara Pandangan Sudut pertama (First Angle) dan Sudut Ketiga (Third Angle)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 11 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Melukis Butiran Tersembunyi
a) Untuk menerangkan sesuatu objek dengan lengkap, lukisan mestilah menunjukkan semua butiran
b) Dalam beberapa hal, ada bucu, persilangan dan permukaan yang tidak kehilangan dari kedudukan
pemerhati
c) Secara amalinya butiran yang terlindung itu ditunjukkan dengan penggunaan garisan tersembunyi
(Hidden Line) seperti rajah.

Keterangan
- Lubang A kelihatan pada Pelan tegak Sisi tetapi tidak kelihatan jika dipandang dari Pelan tegak

Hadapan dan Pelan.
- Garis putus-putus A - A digunakan di Pelan tegak Hadapan dan Pelan. Begitu juga dengan Slot B yang

hanya kelihatan di Pelan tegak Hadapan, slot itu ditunjukkan di Pelan tegak Sisi dan Pelan dengan garis
putus-putus B – B

Bilangan Pandangan yang perlu
 Sesuatu lukisan orthorgrafik boleh memberikan satu, dua, tiga atau lebih pandangan
 Bilangan pandangan yang perlu bergantung pada bentuk objek yang dilukis

Lukisan Satu Pandangan
 Objek seperti shim, gasket dan kepingan logam yang mempunyai ketebalan yang sekata boleh
digambarkan dengan baik bila menggunakan satu pandangan dan diberi nota ketebalan atau garis
pusatnya

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 12 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Lukisan Dua Pandangan
 Untuk kebanyakan objek terutamanya mempunyai bentuk simitrik (Symmetrical Shape) lukisan dua
pandangan amat sesuai
 Pada lazimnya lukisan dua pandangan menunjukkan
a) Pelan Tegak Hadapan dengan Pelan
b) Pelan Tegak Hadapan dengan Pelan Tegak Sisi

Lukisan Tiga Pandangan
 Pada kebanyakkan objek, tiga pandangan asas iaitu Pelan Tegak Sisi dan Pelan ditunjukkan pada
lukisan tiga pandangan
 Ada objek yang tertentu akan memerlukan dua pandangan Pelan Tegak Sisi untuk menunjukkan
butirannya dengan lebih jelas

 Perhatikan gambar rajah, dengan tiadanya Pelan Tegak Sisi Kanan mustahil dapat dijelaskan
bentuk objek tersebut.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 13 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Pemilihan Pandangan

1) Pilih pandangan yang akan menerangkan dengan jelas objek atau sesuatu pandangan
2) Beri pertimbangan yang utama kepada Pelan Tegak Hadapan bila memilih pandangan yang akan

menerangkan dengan baik rupa bentuk objek.
3) faktor-faktor berikut sebagai garis panduan pemilihan pandangan

a) Beri pertimbangan yang utama kepada Pelan Tegak Hadapan
 Pilih pandangan yang utama (menunjukkan permukaan luar objek)
 Pertimbangkan kedudukan yang ‘Natural’ dan cara fungsi objek itu.
 Letakkan permukaan asa selari/serenjang dengan satu atau lebih satah unjuran
 Pertimbangkan orientasi obejk itu yang memberi hasil garisan tersembunyi yang
tersedikit

b) Beri pertimbangan ruang keseluruhan lukisan yang digunakan
 Objek yang panjang dan genting sesuai untuk Pelan Tegak Hadapan dan Pelan
 Objek yang pendek dan lebar sesuai untuk Pelan Tegak Hadapan dan Pelan Tegak
Sisi
 Bila blok tajuk atau senarai bahan menyesakkan pandangan sisi kanan,
pertimbangkan kedudukan alternatif atau pilih pandangan sudut lain.

c) Pertimbangkan banyaknya pandangan yang akan dilukis
 Gunakan pandangan yang perlu sahaja untuk memberi pengertian yang jelas
 Satu atau dua pandangan amat sesuai untuk objek yang mudah, tiga atau lebih
untuk objek yang lebih komplek.

Contoh lukisan dua pandangan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 14 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 15 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 16 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Contoh lukisan unjuran orthografik sudut ketiga

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 17 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Melukis Butiran-butiran Khas
Adakalanya bila terdapat butiran-butiran yang harus diberi perhatian kepada penerangan yang tepat.
diantara butiran-butiran yang boleh didapati dalam kerja-kerja amali seperti berikut :-

Pandangan Separuh (Partial View)

Fillet, Rounds dan Runouts
a) Di dalam perindustrian, terdapat banyak butiran yang dibuat Tuangan (Casting) dengan menuangkan
cecair logam ke acuan (mold) yang dibina khas.
b) Dalam kerja tuangan tumpuan diambil untuk mebuang bucu-bucu tajam bila permukaan bertemu.
c) Bucu yang melengkung memberi kekuatan yang lebih dari bucu yang tajam
d) Bila pertemuan yang melengkung terjadi diluar bucu, ia dipanggil ‘Rounds’ dan pertemuan yang
melengkung disudut dalam dipanggil ‘Fillets’

Fillet dan Rounds UNIT 4 - 18 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

e) Fillet dan Rounds lazimnya ditunjukkan dilukis untuk menyatakan bucu tuangan yang tidak dimesin
f) Apabila ‘Fillets’ dan Rounds bertemu, permukaan melengkung yang didapati dipanggil Runouts.

Runouts.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 19 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 20 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Pendimensian
Anak Panah

a) Terletak pada hujung garisan dimensi iaitu pada awal dan akhir garisan hendaklah ditujukan
b) Anak panah digunakan sebagai penunjuk dan tidak boleh bersilang dengan garisan
c) Anak panah perlu dihitamkan agar mudah dilihat
d) Semua saiz anak panah yang dilukis hendaklah sama iaitu dengan kadar nisbah 3:1 (3 unit panjang

bersamann 1 unit lebar)
e) Anak panah dilukis berbentuk SOLID

Bentuk anak panah
Membuat dimensi
Pengkelasan Dimensi
Mendimensi saiz sesuatu objek adalah dibuat bersistematik berdasarkan kepada kedudukan asas bentuk
geometri objek mengikut susunan-susunan yang tertentu seperti jarak antara tengah, jarak antara tapak
kegarisan atau daripada permukaan.

Pengkelasan dimensi adalah seperti berikut :-
a) Dimensi Saiz (Size Dimension)
 Memberi ukuran tentang bentuk saiz geometrinya
b) Dimensi bagi kedudukan /Lokasi (Location/Position Dimension)
 Memberi dimensi berkaitan kedudukan sesuatu elemen antara satu sama lain
c) Dimensi Cantuman (Mating Dimension)
 Ukuran untuk bahan yang bercantum yang memerlukan persamaan antara satu sama yang
lain dengan darjah ketepatan (degreof accuracy) yang tertentu

Pecahannya adalah :-
i. Dimensi berfungsi (functional dimensioning)
 Dimensi untuk mengawal saiz sesuatu bahan, dinyatakan sebagai faktor utama pada
dimensi jenis ini
 Dimana slot (b) hendaklah berdasarkan kepada beberapa ribu dalam satu mm(1/1000 of a
mm) dari lebar slot (c)

ii. Dimensi tidak berfungsi (non-functional dimensioning)
 Dimensi yang tidak mementingkan ketepatan tapi perlu untuk membuat keseluruhan objek

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 21 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

anak panah dilukis dengan
solid iaitu 3mm panjang dan
lebarnya adalah 1 mm.

Garisan dimensi
adalah garisan nipis.

Garisan unjuran 2mm garisan dimensi
ialah garisan dilebihkan.
nipis dan boleh
Angka sekurang-kurangya bersilang dengan 1mm jurang (antara garisan Objek
2.5mm tinggi dalam yang lain apabila dengan garisan dimensi).
penggunaan perisian perlu
AutoCAD. 3mm dalam Anak panah mesti
penggunaan mata pensil menyentuh garisan
unjuran pada dimensi.

Angka biasanya diletakkan Jarak di antara garisan dimensi Anak panah diletakkan di
di atas garisan dimensi dan dengan garisan objek adalah luar garis unjuran untuk
boleh dibaca dari bawah 10mm - 12mm manakala, jarak dimensi yang lebih kecil.
atau sebelah kanan. antara dimensi dengan dimensi
adalah 6mm. Garis dimensi dilukis selari dengan
arah pengukuran dan diletakkan di
luar pandangan jika perlu.

'Correct' 'Incorrect'
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 22 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Cantuman Dimensi

Dimensi Rujukan (Reference Dimensioning)
Bertujuan untuk rujukan dan peperiksaan, dibuat secara bersiri seperti dimensi keseluruhan (overall

dimension). Ia diperbuat tanpa menunjukkan ubah suai (lakaran), digunakan untuk tujuan penerangan
sahaja dan tidak mengawal sebarang operasi memesin atau sebagainya. ia biasanya dicatit dengan tanda
‘REF’

Dimensi Rujukan

Dimensi Berulang (Superfluous Dimensions)
Semua dimensi penting ditunjukkan dengan jelas. Dimensi yang berulang hendaklah dielakkan pada satu

pandangan atau lain pandangan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) Dimensi Berulang
UNIT 4 - 23 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Nota (Notes)
Setiap lukisan yang dilukis hendaklah ditulis nota. Nota yang ditulis mestilah pendek dan tepat untuk

menerangkan mengenai objek yang dilukis.

a) Nota Am (General Notes)
Nota Am (General Notes) hendaklah ditulis di bawah disebelah kanan lukisan atau di atas blok tajuk
disebelah kiri.
Contoh-contoh Nota Am adalah :

FINISH ALL OVER (FAO)
BREAK SHARP EDGES TO R 0.8
G33106 ALLOY STEEL-BRINELL 340-380
ALL DRAFT ANGLES 3° UNLESS OTHERWISE SPECIFIED
DIMENSIONS APPLY AFTER PLATING

b) Local Notes
Ditulis pada dimensi yang mepunyai anak panah (Leader Line) untuk menerangkan berapa jumlah
lubang yang hendak ditebuk dan sebagainya

Sistem Pendimensian
Sistem Searah (Unidirectional System)

Sifat-sifat
a) Dibaca dari arah bawah sahaja
b) Kedudukan nisbah angka adalah ditengah-tengah kedudukan garisan dimensi

Sistem Sejajar (Aligned System)
Sifat-sifat

a) Dibaca dari arah bawah dan kanan objek
b) Kedudukan nisbah angka adalah ditengah-tengah garis dimensi

Sistem BS 308
Sifat-sifat

a) Dibaca dari arah bawah dan kanan sahaja

b) Garis Dimensi adalah berterusan dan nisbah angka diletakkan di atas garisan dimensi sahaja

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 24 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Arah Dimensi

Prinsip Cara Meletakkan Dimensi
a) Mendimensi disebelah luar pandangan adalah sesuai sekali, kecuali kalau agak sukar untuk ditarik
balik keluar garisan unjuran dan garisan dimensi maka ia dibolehkan meletaknya di dalam kawasan
objek
b) Mendimensi kawasan keratan rentas. Garisan keratan hendaklah tidak melepasi nisbah angka yang
dituliskan di dalamnya (Break When There is a Value).
c) Dimensi hendaklah pada satu pandangan sahaja begitu juga garisan unjuran hendaklah pada satu
pandangan bukan daripada kedua-dua pandangan (contoh pelan tegak hadapan dan pada
pandangan pelan)
d) Dimensi hendaklah diletakkan pada pandangan yang menunjukkan jarak sebenar (True Lenght)
objek pelan
e) Garisan dimensi yang selari hendaklah dijarakkan lebih kurang 9 mm diantara setiap garisan.
f) Nisbah angka hendaklah ditengah-tengah kedudukan diantara garis anak panah, kecuali sekiranya
garisan tetengah menganggu atau apabila beberapa garisan dimensi yang berselari maka nisbah
angka hendaklah tidak serentak (Staggered)
g) Dimensi yang berterusan atau dimensi tidak serentak boleh dipakai, bergantung kepada kesesuaian
dan mudah dibaca tetapi garisan dimensi amat diperlukan
h) Hendaklah diletakkan garisan dimensi yang panjang disebelah luar sekali daripada garisan dimensi
yang terpendek
i) Dimensi-dimensi hendaklah tidak terlalu sesak supaya mudah dibaca
j) Garisan tetengah boleh juga dipanjangkan digunakan sebagai garisan unjuran
k) Segala nota hendaklah dibaca secara mendatar (Horizontal).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 25 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Contoh pendimensian berperingkat

Contoh keseluruhan (Overall) pendimensian

Kaedah pendimensian bagi Radius , Diameter dan Lengkong (Arc)
.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 26 | P a g e

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kaedah pendimensian bagi sisi bagi 'Hole' atau Silinder

Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Chamfer'

Kaedah untuk membina dimensi ditempat yang sempit atau kecil

Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Square' (Spherical Radii)
Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Spherical Surface'
UNIT 4 - 27 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Holes'

Kedudukan dimensi bagi lubang (holes) yang bersudut
Kedudukan dimensi bagi lubang (holes) yang berkoordinat

Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Countersink' UNIT 4 - 28 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Counterbore'

Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Counterbore'

Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Spotfaces'

Dimensi Ketirusan (Dimensioning Of Tapers)
Untuk membuat dimensi bagi objek yang mempunyai ketirusan, diameter, panjang dan ketirusan objek

hendaklah ditunjukkan. Rujuk rajah

Dimensi Ketirusan UNIT 4 - 29 | P a g e
Contoh menunjukkan dimensi yang tidak lengkap

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)

UNIT 4 : MULTIVIEW PROJECTIONS GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING

Dimensi Sudut (Dimensioning Angles)
Untuk menulis dimensi sudut, pastikan bukaan sudut yang diperlukan. Tulis simbol ‘°’ jika berasingan,

sekiranya kalau terdapat minit dibelakangnya tulis seperti contoh 0° 23’

Dimensi Sudut
Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Threaded'

Kaedah untuk membina dimensi bagi 'Threaded in Holes'

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 4 - 30 | P a g e


Click to View FlipBook Version