MODUL
L
PROGRAM: DIPLOMA TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK
( MEKANIKAL )
LUKISAN REKABENTUK
DIPLOMA IN DESIGN DARUGHTING TECHNOLOGY
(MECHANICAL)
Buku ini sebagai rujukan pengajar dan pelajar IKM KL sahaja
PRAKATA
‘Buku rujukan, ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelajar dan tenaga
pengajar dalam aspek pengendalian bagi menghasilkan lukisan kejuruteraan secara
manual.
Tujuan utama buku rujukan ini dihasilkan tentulah untuk membantu para pelajar
memperlajari subjek dan bidang ini dengan lebih mudah.
Ia digunakan sebagai buku rujukan bagi jurusan Teknologi Lukisan Mekanikal &
Rekabentuk di IKM. Ini kerana ia telah di olah mengikut silibus yang telah ditetapkan
oleh pihak kokurikulum BKT, MARA.
Dengan adanya buku ini, diharap dapat digunakan sebagai rujukan untuk
menghasilkan lukisan kejuruteraan berbantu komputer secara bersistematik.
Mohd Shahir Yusof
Mechanical Engineering Technology (Draughting Design)
Institut Kemahiran MARA
019 - 2254641
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING
PENGENALAN
'PICTORIAL DRAWING'
Lukisan 'Pictorial' merupakan kaedah melukis lukisan pandangan 3D pada
sesebuah komponen. Lukisan ini ialah lukisan yang dapat memberi bentuk
sebenar sesuatu komponen dengan lebih jelas. Lukisan ini banyak
digunakan dalam ilustrasi yang mana bertujuan sebagai untuk menarik minat
bakal pengguna sesuatu produk dan perkhidmatan yang tawarkan seperti
iklan perumahan, bangunan, perabot, mesin, komponen elektrik dan
barangan plastik
LEARNING OBJECTIVES
6.1 Introduction to Pictorial Drawing
6.2 Axonometric
6.3 Oblique
6.4 Perspective
LEARNING OUTCOMES
Setelah tapat pelajaran ini pelajar :
1) Mengetahui jenis-jenis pictorial drawing
2) Menghasilkan lukisan pictorial mengikut spesifikasi
3) Menerangkan konsep dan ciri-ciri lukisan isometri
4) Membina lukisan isometri bagi objek rata, condong, oblik dan lengkung
5) Menerangkan konsep & jenis lukisan oblik
6) Memilih orientasi terbaik untuk menghasilkan lukisan oblik
7) Membina lukisan oblik
8) Menerangkan konsep unjuran lukisan perspektif
9) Mengenalpasti dan perbezaan lukisan perspektif satu titik, dua titik dan tiga titik
10) Mengaplikasikan lukisan perspektif dalam pelbagai bidang kejuruteraan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 1 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
PICTORIAL DRAWING
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 2 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Di dalam Lukisan Ortografik sesuatu objek di gambarkan di dalam 2 atau lebih pandangan dengan
tepat berdasarkan bentuk dan saiz, tetapi setiap pandangan hanya dapat menerangkan 2 dimensi
sahaja samada tinggi dan lebar, panjang dan lebar atau tinggi dan panjang tanpa
menerangkan kedalaman.
Pembahagian Lukisan Bergambar (Pictorial Drawings)
a) Unjuran Axonometrik
i) Isometrik (Ketiga-tiga sudut paksi adalah sama)
ii) Dimetrik (Dua sudut paksi adalah sama)
iii) Trimetrik (Ketiga-tiga sudut paksi adalah tidak sama)
b) Unjuran Oblik
i) Kavilier
ii) Kabinet
iii) Oblik Am
c) Unjuran Perspektif
i) Perspektif Selari
ii) Perspektif Bersudut
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 3 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Takrif Lukisan Isometrik
Lukisan isometri ialah lukisan TIGA dimensi yang menggunakan garis dasar 30˚ daripada garisan
ufuk.Lukisan Isometrik merupakan salah satu kaedah untuk menunjukkan rupabentuk sesuatu
objek dalam bentuk lukisan. Isometrik berbeza daripada Ortografik kerana ia menunjukkan
lukisan di dalam bentuk 3 dimensi (3D) manakala ortografik di dalam bentuk 2 Dimensi (2D)
sahaja.
Kepentingan dan Kegunaan Lukisan Isometrik.
Penting kepada perekabentuk kejuruteraan kerana ia menjelaskan apa yang telah direkabentuk.
Ciri-Ciri Lukisan Isometrik
a) Garisan Isometri
Garisan isometri ialah garisan yang kedudukannya selari dengan paksi isometri.
Garisan menegak dan mendatar dalam unjuran ortografik adalah garisan isometri pada
lukisan isometri
b) Garisan Bukan Isometri
Garisan yang kedudukannya tidak selari dengan paksi isometri dinamai garisan bukan
isometri. Pengunjuran garisan bukan isometri dibuat pada satah mendatar dan menegak
Garisan isometri dan bukan isometri ditunjukkan pada rajah di bawah. Jarak A, B dan C
merupakan jarak pengunjuran bagi garisan bukan isometri.
Garisan isometri dan bukan isometri UNIT 6 - 4 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
c) Sudut Dalam Isometri
Contoh sudut yang dilukis dalam isometri ditunjukkan dalam rajah di bawah. Sudut
pada pandangan ortografik pada rajah ini perlu diunjurkan kepada satah menegak dan
satah mendatar
Sudut dalam isometri
d) Bulatan Dalam Isometri
Bentuk bulatan dalam lukisan isometri ditunjukkan dalam rajah di bawah. Kaedah
empat pusat dan kaedah koordinat boleh digunakan untuk melukis bulatan isometri.
Huruf A mewakili ketinggian bagi sebuah bulatan isometri yang mempunyai pandangan
atas dan pandangan hadapan
Bulatan isometri
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 5 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
e) Lengkungan Dalam Isometri
Lengkung dalam isometri dilukis mengikut kaedah koordinat dapat ditunjukkan dalam
rajah di bawah. Lengkung dalam isometri ini dapat dilihat pada arah pandangan atas dan
pandangan hadapan
Lengkung dalam isometri
f) Arah Pandangan
Arah pandangan dalam lukisan isometri menunjukkan kedudukan mata pada
pandangan objek yang dilihat.
Arah pandangan A
Anak panah pada kedudukan A dari pandangan atas menunjukkan kedudukan sisi sebelah kiri dan sisi
sebelah kanan pemandangan. Pada pandangan hadapan dan pandangan sisi pula menunjukkan kedudukan
objek yang dilihat dari kedudukan pemandangan melalui sebelah atas dan sebelah bawah.
Arah pandangan B UNIT 6 - 6 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Arah pandangan A dan B menunjukkan mata pemandangan lebih tinggi daripada objek. Oleh itu, bentuk
isometri menunjukkan permukaan sebelah atas
Arah pandangan C Arah pandangan D
Arah pandangan C dan D menunjukkan mata memandang lebih rendah daripada objek . Dengan itu bentuk
isometrinya menunjukkan permukaan sebelah bawah objek.
Hubungkait lukisan ortografik dengan bentuk dalam Tiga dimensi
Lukisan ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometrik supaya sesuatu objek
sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih mudah lagi. Dengan bantuan lukisan ortografik yang
terdiri daripada pandangan pelan, hadapan dan sisi. Pandangan isometrik dengan mudah dapat
digambarkan dan dilukiskan.
Dalam rajah di bawah menunjukkan lukisan ortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi
Jenis – Jenis Isometrik UNIT 6 - 7 | P a g e
1) Lukisan Isometrik
2) Unjuran Isometrik
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kenalpasti persamaan dan perbezaan antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik
Didalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrik adalah sangat
memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu, terdapat persamaan dan perbezaan di antara
keduanya.
Ukuran pada Lukisan Isometrik berskala penuh manakala Ukuran pada Unjuran Isometrik dilukis
menggunakan SKALA ISOMETRIK, ia adalah lebih kurang 80% @ 2/3 daripada saiz sebenar. Oleh itu
memadailah sekiranya skala biasa digunakan dalam Unjuran Isometrik.
Diantara persamaanya ialah unjuran ortografik mempunyai tiga pandangan iaitu pelan, hadapan
dan sisi.
Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu pandangan pelan, hadapan dan sisi.
Rajah menunjukkan pandangan isometrik yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 8 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Paksi Isometri
Paksi-paksi isometri berkedudukan 120˚ antara satu sama lain. walaubagaimanapun, paksi-paksi ini
boleh diputar kepada sebarang keadaan asalkan jarak antara paksi masih sama seperti rajah di bawah
Garisan dan paksi isometri
Terdapat TIGA jenis paksi isometri :-
1) Paksi Biasa
2) Paksi Panjang
3) Paksi Terbalik
1) Paksi Biasa
Sesuatu objek yang dilukis dalam isometri paksi biasa akan menunjukkan butiran isometri di
sebelah atas permukaan objek dengan lebih jelas. Contoh objek dilukis dalam isometri paksi biasa
ditunjukkan dalam rajah di bawah. Garisan isometri dilukis bersudut 30˚ dengan garisan mengufuk
dan titik x adalah titik rendah.
Isometri paksi biasa UNIT 6 - 9 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
2) Paksi Panjang
Contoh objek yang dilukis dengan isometri paksi panjang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Selain itu, satu daripada paksi isometri adalah selari dengan garisan mengufuk juga ditunjukkan
dalam rajah di bawah. Garisan condong pula dilukis 120˚ daripada garisan mendatar. Lukisan
isometri paksi panjang sesuai dilukis untuk menggambarkan objek berbentuk panjang.
Isometri paksi panjang
3) Paksi Terbalik
Objek yang dilukis dengan isometri paksi terbalik dapat menunjukkan butiran isometri di
sebelah bawah permukaan objek dengan lebih jelas. Garisan isometri dilukis bersudut 30˚ dengan
garisan mengufuk. Contoh objek yang dilukis dalam isometri paksi terbalik ditunjukkan dalam rajah
di bawah
Isometri paksi terbalik UNIT 6 - 10 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Pembinaan Lukisan isometrik
Lukisan isometrik dibina dari penggunaan tiga paksi utama isometrik rujuk rajah di bawah. Garisan
binaan bersudut 30˚perlu dilukiskan sebagai permulaan kepada lukisan isometrik. Kedudukan paksi utama
isometrik dibina pada perbezaan sudut 30˚ dari paksi mendatar.
Setiap ukuran yang dipindahkan pada paksi isometrik ini akan mengambil panjang sebenar sesuatu
objek. Pembinaan paksi isometrik boleh dihasilkan dengan bantuan pembaris bersudut 60˚ dan 30˚
Skala isometrik
Objek isometrik boleh dibina sama ada dengan mengambil ukuran sebenar objek atau berdasarkan 80% dari
panjang sebenar objek. Perbezaan saiz ukuran skala yang diambil ini akan menbezakan antara lukisan
isometrik dengan unjuran isometrik. Rajah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua bentuk objek
isometrik tersebut
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 11 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kaedah pembinaan lukisan isometrik
Kaedah Kotak
Pembinaan lukisan isometri kaedah kotak dilakukan dengan mengaanggapkan objek diletakkan di
dalam satu kotak isometri. Saiz kotak dibina menggunakan dimensi keseluruhan objek, iaitu ukuran
ketinggian, kelebaran dan kedalam objek. Langkah-langkah pembinaan lukisan isometri menggunakan
kaedah kotak ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Kaedah Rangka
Kaedah rangka sesuai digunakan untuk membina lukisan isometri yang mempunyai puncak seperti
piramid dan kon. Pembinaan lukisan isometri mengikut kaedah rangka bagi bentuk piramid ditunjukkan
dalam rajah di bawah.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 12 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Membina Bulatan Isometri - Kaedah Empat Pusat
Bulatan isometri dilukis menggunakan kaedah empat pusat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah. Sisi segiempat isomeri adalah ukuran diameter bulatan
Kaedah Empat Pusat
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 13 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Membina Lengkung Isometri
Kaedah Empat Koordinat
Lengkung dalam isometri dilukis menggunakan kaedah koordinat. Dalam keadaaan ini titik pada
lengkung diunjurkan kepada satah menegak dan mendatar. Dimensi w, x, y dan z pada pandangan
ortografik dipindahkan ke garisan isometri. Pembinaan lengkung isometri menggunakan kaedah koordinat
ditunjukkan dalam rajah di bawah
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 14 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Membina Lukisan Isometri Bongkah Berpermukaan Rata
Bongkah permukaan rata mempunyai permukaan yang selari dengan satah isometri. Dimensi pada
satah menegak danmendatar adalah sama dengan garisan isometri. Langkah bagi membina lukisan isometri
bongkah berpermukaan rata dapat ditunjukkan dalam rajah di bawah
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 15 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Membina Lukisan Isometri Bongkah Berpermukaan Serong
Pembinaan lukisan isometri bongkah berpermukaan serong ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Dimensi sisi serong perlu diunjurkan ke ssatah menegak dan mendatar.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 16 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Membina Lukisan Isometri Bongkah Bepermukaan Bulat
Kaedah membina lukisan isometri bongkah berpermukaan bulat ditunjukkan dalam rajah di bawah
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 17 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Pembina Lukisan Isometri - Bongkah Berpermukaan Oblik
Pembinaan lukisan isometri bagi bongkah berpermukaan oblik ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Bucu-bucu permukaan oblik diunjurkan ke satah mendatar serta menegak dan dipindahkan ke garisan
isometri
Pembina Lukisan Isometri
Bongkah Bepermukaan Lengkung
Pembinaan lukisan isometri bongkah permukaan lengkung ditunjukkan di dlam rajah di bawah. Titik-
titik lengkung diunjurkan ke satah mendatar dan menegak kemudian dipindahkan ke garisan isometri. Titik-
titik lengkung disambungkan menggunakan lengkung boleh lentur atau lengkung Perancis
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 18 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Pendimensian Lukisan Isometri
Pendimensian lukisan isometri dibuat selari dengansatah paksi isometri. Bagi mendimensikan
garisan condong, garisan tambahan mesti diunjurkan pada satah isometri. Garisan penunjuk bagi dimensi
bulatan mesti menuju ke pusat bulatan atau lengkok.
Aplikasi Lukisan Isometri dalam bidang kejuruteraan
Lukisan isometri tercerai digunakan bagi menunjukkan pemasangan sesuatu komponen mesin. Lazimnya
lukisan ini membantu juruteknik mengetahui cara sesuatu mesin itu dipasangkan. Lukisan isometri ini boleh
didapati dalam katalog mesin, risalah dan manual servis.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 19 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
OBLIK
PENGENALAN :
Lukisan Oblik ini salah satu daripada bahagian Lukisan Unjuran Selari selain daripada
Unjuran Orthografik. Terdapat persamaan dan perbezaan diantara kedua-duanya.
Lukisan Oblik ini lebih mudah untuk difahami berbanding dengan Lukisan Isometrik.
Pengenalan Oblik.
Lukisan oblik ialah kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar TIGA
dimensi
Unjuran Oblik adalah salah satu pandangan garis lurus yang digambarkan dalam bentuk
tiga dimensi.
Paksi Oblik.
Seperti juga lukisan isometrik, lukisan oblik juga mempunyai paksi yang dilukis berpandukan
kepada tiga paksi iaitu Paksi Mengufuk, Paksi Menegak dan Paksi Surut.
Paksi Menegak Paksi Surut /
Paksi Mengufuk Sendeng
Kedudukan paksi Mengufuk adalah bersudut tepat dengan paksi menegak 90. Manakala
paksi sendeng pula condong kepada paksi mengufuk. Kecondongan paksi sendeng tidak
ditentukantetapi nilai sudut yang biasa digunakan ialah 30˚, 40˚ dan 60˚
Kecondongan paksi surut / sendeng mempengaruhi gambaran bentuk keseluruhan sesuatu
objek. Pelbagai kedudukan paksi surut ditunjukkan dalam rajah di bawah
Pelbagai kedudukan paksi surut mempengaruhi rupa bentuk objek
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 20 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Setiap kedudukan mempengaruhi bentuk sesuatu kiub. Sudut paksi surut perlu dipilih mengikut
kesesuaian bentuk objek serta kedudukan perincian permukaannya. Bukaan sudut yang besar
digunakan untuk mempamerkan butiran pada permukaan atas dengan lebih jelas dapat dilihat
rajah di bawah.
Sudut paksi sudut besar
Manakala rajah di bawah menunjukkan sudut yang kecil digunakan untuk mempamerkanbentuk
yang lebih jelas pada permukaan tepi.
Sudut paksi sudut kecil
Ciri-Ciri Lukisan Oblik
Terdapat 5 ciri lukisan Oblik :-
a) Garisan Oblik
Iaitu garisan yang selari dengan paksi oblik. Contoh garisan oblik yang terdapat dalam rajah di
bawah ialah Ab, BC dan BH
b) Garisan bukan Oblik
Iaitu garisan yang tidak selari dengan mana-mana dengan paksi oblik. Contoh garisan oblik
yang terdapat dalam rajah di bawah ialah GF dan HI
Lukisan oblik UNIT 6 - 21 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
c) Sudut dalam Oblik
Iaitu pada permukaan objek yang selari dengan satah unjuran hadapan adalah sudut sebenar.
Sudut boleh dilukis secara terus mengikut bukaan sudut.
Sudut selari dengan satah Sudut selari dengan satah
unjuran hadapan surut
Sudut dalam lukisan oblik
d) Bulatan dalam Oblik
Iaitu bulatan yang selari dengan satah unjuran hadapan adalah saiz sebenar, manakala
bulatan yang berada pada satah sendeng/surut akan kelihatan seperti elips.
Bulatan dalam oblik
e) Lengkok dalam Oblik
Iaitu lengkok yang selari dengan satah unjuran adalah saiz sebenar. Lengkok yang tidak selari
dengan satah unjuran dan berada selari dengan paksi surut/sendeng kelihatan separuh atau
suku elips.
Lengkok dalam oblik UNIT 6 - 22 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Perubahan Paksi Sendeng Lukisan Oblik dikelaskan kepada tiga iaitu :-
a) Oblik Kavalia (Cavalier)
b) Oblik Kabinet (Cabinet)
c) Oblik Am (General)
Pandangan ortografik
Oblik Kavalier
- Oblik kavalier ialah satu luksan yang menunjukkan semua garisan pada paksi oblik dilukis
mengikut ukuran sebenar.
Oblik kavalier
Oblik Kabinet
- Ukuran kedalaman (D) Paksi Sendeng dilukis dengan skala 1/2 iaitu di dalam saiz separuh
daripada ukuran sebenar.
Oblik kabinet 1/2(D)
Oblik Am
- Ukuran kedalaman (D) Paksi Sendeng dilukis dengan ¾ daripada saiz ukuran saiz objek
sebenar.
Oblik am (¾ D)
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 23 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Pemilihan Orientasi (Bentuk Oblik)
Sebelum melukis lukisan Oblik, perlulah ditentukan dahulu kedudukan yang sesuai
bagi sesuatu objek.
Orientasi yang sesuai dan terbaik uktuk melukis bulat, lengkok dan lengkung adalah
dipaksi mengufuk dimana bentuk-bentuk ini selari.
Objek yang mempunyai dimensi terpanjang juga sesuai ditempatkan dengan
permukaan satah mengufuk atau hadapan.
Perbezaan dan Persamaan dalam Unjuran Oblik dan Unjuran Pelbagai
Pandangan.
Perbezaan.
- Unjuran berbagai pandangan hanya menghasilkan satu pandangan pada satu
satah.
- Unjuran berbagai pandangan dilihat dalam sudut tepat (90) kepada objek dan
satah.
Persamaan
- Kedua-duanya menunjukkan kedudukan objek adalah selari dengan satah
punggak.
- Garisan-garisan unjuran diunjurkan secara selari.
Membina Lukisan Oblik
Terdapat DUA kaedah untuk membina lukisan oblik iaitu :-
1) Kaedah kotak
2) Kaedah rangka
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 24 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
1) Kaedah kotak
Kaedah ini boeh digunakan untuk membina semua jenis lukisan oblik.
Langkah membina lukisan oblik kaedah kotak .
Pembinaanya berpandukan kepada lukisan ortografik yang diberi
Diberi Lukisan ortografik
2) Kaedah rangka
Kaedah ini sesuai digunakan untuk membina objek yang mengandungi bentuk bulat
dan lengkok. Bentuk ini dibina berpandukan garisan pusat bulatan. Kedudukan objek disesuaikan
supaya permukaan bulat menghadap ke gadapan dan selari dengan satah unjuran.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 25 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Membina Bulatan Pada Paksi Oblik
Bulatan dan lengkok yang ditempatkan selari dengan satah permukaan hadapan akan
menampakkan bentuk sebenar dan boleh dilukis dengan jangka lukis.
Bulatan dan lengkok yang tidak selari dengan satah permukaan hadapan akan kelihatan
seperti elips. Pembinaan bentuk ini pada satah paksi surut biasanya menggunakan Kaedah
Empat Pusat dan Kaedah Koordinat.
a) Kaedah Empat Pusat
Kaedah ini sesuai untuk membina lukisan oblik kavalier sahaja kerana
pembinaannya berpandukan kepada skla penuh rombus pada paksi surut.
Jika paksi surut dibina pada sudut 30˚, bulatan oblik adalah sama dengan bulatan
isometri.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 26 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Langkah Pembinaan Bulatan Oblik
b) Kaedah Koordinat.
Kaedah Koordinat merupakan cara lain untuk melukis bulatan dan lengkok pada
paksi surut.
Apabila saiz paksi surut dikurangkan seperti oblik kabinet, saiz bulatan atau lengkok
juga akan turut dikurangkan. Kaedah empat pusat tidak boleh digunakan, oleh itu kaedah
koordinat adalah paling sesuai digunakan.
Langkah pembinaan elips mengikut kaedah koordinat
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 27 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kaedah membina bulatan dalam lukisan oblik kabinet kavalier bagi kiub
Membina bulatan oblik
Pendimensian Lukisan Oblik
Kaedah mendimensi lukisan oblik adalah sama seperti mendimensikan lukisan isometri.
Prinsip am amalan mendimensi seperti garisan dimensi, garisan petunjuk, anak panah dan garisan
tambahan hendaklah dipatuhi.
Contoh pendimensian lukisan oblik kavalier sistem terjajr ditunjukkan adalam rajah di
bawah.
Mendimensikan lukisan oblik
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 28 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Aplikasi Lukisan Oblik
Lukisan oblik kerap digunakan dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan teknologi bagi
mempamerkan bentuk bergambar suatu bahagian mesin, alat atau komponen.
Lukisan ini sesuai digunakan bagi mempamerkan bahagian objek yang mengandungi
butiran terperinci secara jelas. Beberapa contoh penggunaan lukisan oblik ditunjukkan dalam rajah
di bawah.
Beberapa contoh penggunaan lukisan oblik
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 29 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
PERSPEKTIF
PENGENALAN :
Lukisan perspektif merupakan kaedah melukis objek tiga dimensi pada satu satah yang
rata.
PENERANGAN :
Dalam lukisan perspektif, gambaran objek dapat dilihat seperti mana mata melihat. Objek yang
hampir dengan mata kelihatan lebih besar dan semakin jauh dari mata, objek kelihatan semakin
kecil. Tiang lampu yang hampir dengan pemerhati kelihatan lebih tinggi dan semakin jauh dari
pemerhati tiang lampu semakin rendah. Begitu juga jalan raya yang kelihatan lebar jika hampir
dengan pemerhati tetapi kelihatan semakin kecil jika jauh dari pemerhati.
Lukisan perspektif banyak digunakan dalam ilustrasi yang bertujuan untuk menarik minat
bakal pengguna sesuatu produk dan perkhidmatann lebih seperti iklan perumahan,
bangunan, perabot, kenderaan, komponen elektrik dan barangan plastik.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 30 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
DEFINASI DAN ISTILAH DI DALAM LUKISAN PERSPEKTIF
1. OBJEK
- Ialah sesuatu benda yang dilihat oleh pelukis
2. STATION POINT (SP)-Titik stesen (TS)
- Kedudukan mata pemerhati apabila melihat sesuatu objek
3. VISUAL RAYS (PROJECTOR) –Garis Penglihatan (GP)
- Garis unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada objek. Garis ini mewakili garis
penglihatan dari mata pelukis ke objek
4. PICTURE PLANE (PP) – Satah Gambar (SG)
- Satah khayalan yang terletak diantara objek dan titik stesen.Imej objek yang hendak
dilihat dapat dihasilkan pada permukaannya. Imej akan kelihatan lebih besar jika
objek berada hampir pada satah gambar, sebaliknya imej kelihatan semakin kecil
apabila objek berada lebih jauh dari satah tersebut.
5. HORIZONTAL PLANE (HP)-garis ufuk (GU
- Garis ufuk ialah garis khayalan mendatar yang terletak pada satah gambar. Garisan
ini terletak pada aras mata pelukis.
6. VANISHING POINT (VP) – Titik Lenyap (TL)
- Titik lenyap ialah titik pada lukisan perspektif yang tidak dapat menunjukkan
saiz objek pada jarak yang jauh. Apabila jarak objek semakin jauh dari mata
pelukis, objek itu kelihatan semakin kecil.Keadaan ini akan berterusan
sehingga objek itu diwakili oleh satu titik sahaja. Terletak selari dengan Garisan
Ufuk (HP).
7. GROUND LINE (GL) – Garis Bumi(GB)
- Garis bumi ialah garisan yang mewakili pandangan pinggir satah bumi. Garisan ini
digunakan sebagai tapak dan sebagai rujukan dimensi ketinggian dalam lukisan
perspektif. Garis bumi adalah selari dengan garis ufuk.
8. Garis tinggi (GT)
- Garis tegak dari penjuru dari penjuru pandangan atas yang menyentuh satah
gambar hingga ke garis bumi.
- Ketinggian objek diperoleh dari pandangan haapan dan ditandakan pada garis
tinggi.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 31 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
CIRI-CIRI PENYEDIAAN LUKISAN PERSPEKTIF MERANGKUMI 4 ELEMEN :-
i. Pandangan Mata
ii. Imej objek yang tergambar.
iii. Unjuran Satah.
iv. Unjuran daripada pandangan mata ke semua titik objek.
KESAN KEDUDUKAN ELEMEN TERHADAP LUKISAN PERSPEKTIF
Terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi rupa bentuk akhir sesuatu lukisan
perspektif.Berikut adalah beberapa faktor yang perlu diberi perhatian untuk membina
lukisan perspektif yang baik:
i. Orientasi pandangan atas
ii. Kedudukan titik stesen
iii. Kedudukan garis ufuk
iv. Kedudukan objek
KEDUDUKAN GARIS UFUK
i. Garis ufuk (GU) yang hampir dengan satah gambar (SG) akan
memperlihatkan permukaan atas lukisan perspektif yang lebih jelas.
ii. Garis ufuk yang jauh dari satah gambar akan memperlihatkan permukaan
atas lukisan perspektif yang lebih kecil atau permukaan atas tidak kelihatan.
iii. Garis ufuk yang berada di bawah garis bumi (GB) akan memperlihatkan
permukaan bawah lukisan perspektif.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 32 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kesan kedudukan garis ufuk terhadap lukisan perspektif satu titik
Kesan kedudukan garis ufuk terhadap lukisan perspektif dua titik
KEDUDUKAN TITIK STESEN
Perubahan sisian kedudukan titik stesen akan mempengaruhi bentuk pandangan
perspektif objek yang akan dihasilkan. Kedudukan titik stesen sama ada dekat atau jauh
dari dari satah gambar akan mempengaruhi kesan herotan lukisan perspektif.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 33 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
i. Titik stesen yang terletak hampir dengan pandangan atas dan pandangan
hadapan akan menghasilkan lukisan perspektif dengan herotan pada kadar
yang sesuai
ii. Titik stesen yang terletak jauh dari pandangan atas dan pandangan hadapan
akan menghasilkan lukisan perpsektif dengan herotan pada kadar yang
berlebihan dan tidak realistik.
Kesan kedudukan titik stesen terhadap lukisan perspektif dua titik
Kesan kedudukan titik stesen terhadap lukisan perspektif dua titik
KESAN ORIENTASI PANDANGAN ATAS
Sekiranya pandangan atas diorientasikan pada kedudukan yang berlainan, objek yang
sama akan kelihatan berlainan saiz.
i. Pandangan atas yang terletak pada satah gambar akan menghasilkan
pandangan hadapan lukisan perspektif yang sama saiz dengan pandangan
hadapan objek.
ii. Pandangan atas yang terletak dibelakang satah gambar akan menghasil
lukisan perspektif yang lebih kecil.
iii. Pandangan atas yang terletak di hadapan satah gambar akan menghasilkan
lukisan perspektif yang lebih besar.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 34 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Kesan kedudukan pandangan atas terhadap lukisan perspektif satu titik
KEDUDUKAN OBJEK
Kebanyakan lukisan perspektif, satah gambar terletak diantara objek dan titik penglihatan.
Kedudukan objek sama ada dekat atau jauh dari satah gambar akan mempengaruhi saiz
perspektif objek yang akan dihasilkan. Objek yang tidak bersentuhan dengan satah
gambar akan kelihatan lebih kecil atau lebih besar daripada objek yang bersentuhan
dengan satah gambar.
JENIS-JENIS LUKISAN PERSPEKTIF
Lukisan perspektif dikelaskan mengikut bilangan titik lenyap yang digunakan untuk
menghasilkan lukisan tersebut. Terdapat tiga jenis lukisan perspektif iaitu:
i. Perspektif satu titik
ii. Perspektif dua titik
iii. Perspektif tiga titik
Perspektif Satu Titik
Adalah lukisan yang mempunyai satu titik lenyap.Bahagian objek yang paling hadapan
dilukis penuh pada satah. Ini membolehkan lukisan tersebut di lukis dalam bentuk dan
saiz yang serupa dengan objek asal. Dalam lukisan ini semua garisan unjuran ke
belakang menuju ke satu titik lenyap.
Lukisan perspektif satu titik banyak digunakan oleh pereka bentuk untuk membuat ilustrasi
dalaman sesebuah ruang, bangunan dan kenderaan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 35 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Lukisan Perspektif satu titik
Lukisan Perspektif Dua Titik
Adalah lukisan yang mempunyai dua titik lenyap. Dalam lukisan perspektif dua titik,
paksi tegak objek selari dengan satah gambar, manakala paksi lain condong ke arah
satah gambar.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 36 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Lukisan Perspektif Tiga Titik.
Adalah lukisan yang mempunyai tiga titik lenyap.
Memperlihatkan paksi objek yang tidak selari dengan satah gambar, dan titik lenyap
ketiga terletak sama ada di atas atau di bawah garis ufuk.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 37 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Lukisan Perspektif tiga titik
Aplikasi lukisan perspektif dalam bidang kejuruteraan
Lukisan perspektif digunakan dengan meluas dalam kenidupan seharian, terutamanya dalam
dunia pengiklanan dan ilustrasi produk. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan lukisan
perspektif dalam bidang kejuruteraan.
a) Lukisan Perspektif Satu Titik bagi Ruang Dalaman Sebuah Bilik
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 38 | P a g e
UNIT 6 : PICTORIAL DRAWING GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
b) Lukisan Perspektif Satu Titik bagi Komputer
c) ukisan Perspektif Dua Titik bagi Rumah Kediaman
d) Lukisan Perspektif Dua Titik bagi Almari Kayu
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 6 - 39 | P a g e