SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
MODUL
Unit 3
SERVICES DEPARTMENTAL
MANAGEMENT ASSISTANCE
GMD40223
PROGRAM:
DIPLOMA TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK
(MEKANIKAL)
DIPLOMA IN DRAUGHTING DESIGN TECHNOLOGY
(MECHANICAL)
Buku ini sebagai rujukan pengajar dan pelajar IKM dan KKTM sahaja
2018 Hakcipta terpelihara
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA
1|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
3.0 MECHANICAL DRAUGHTING SERVICES MANAGEMENT BUDGET
SUPPORTING DOCUMENTS
Belanjawan dan Perancangan Perniagaan
Apabila perniagaan telah beroperasi, ianya sangat penting untuk merancang dan mengurus
dengan cermat pencapaian kewangan perniagaan. Membuat proses belanjawan adalah cara
yang paling efektif untuk memastikan perniagaan dan kewangan anda sentiasa di jalan yang
betul.
Nota ini menggariskan kelebihan merancang dan membuat belanjawan perniagaan, dan
menerangkan tentang bagaimana hendak menggunakannya. Ia mencadangkan langkah-
langkah penting untuk membantu agar menguruskan posisi kewangan perniagaan dengan
lebih efektif, dan memastikan perancangan agar praktikal.
Merancang untuk kejayaan perniagaan
Kebaikan-kebaikannya
Apa yang perlu dimasukkan dalam perancangan tahunan
Sebuah kitaran perancangan perniagaan
Belanjawan dan perancangan perniagaan
Kelebihan dalam belanjawan perniagaan
Membuat belanjawan
Langkah-langkah dalam membuat belanjawan
Apa yang belanjawan anda perlu rangkumkan
Apa yang diperlukan untuk belanjawan anda
Gunakan belanjawan untuk mengukur prestasi
Semak belanjawan dengan selalu
Merancang untuk Kejayaan Perniagaan
Apabila anda menjalankan sesuatu perniagaan, akan terlibat dengan banyak masalah dari
hari ke hari dan melupakan gambaran yang lebih besar. Tetapi, perniagaan yang berjaya
melabur masa bagi membuat dan mengurus belanjawan, menyediakan dan menyemak
perancangan perniagaan dan selalu memerhati kewangan dan prestasi.
Perancangan yang berstruktur boleh melakukan perubahan kepada perkembangan
perniagaan anda. Ianya akan membolehkan anda untuk lebih menumpukan sumber-sumber
dalam meningkatkan keuntungan, mengurangkan kos dan meningkatkan pengembalian dalam
pelaburan.
Sebenarnya, walaupun tanpa proses yang formal, banyak perniagaan menjalankan aktiviti-
aktiviti yang majoritinya berkait dengan perancangan perniagaan, seperti berfikir mengenai
perkembangan cabang, pesaing-pesaing, peredaran duit dan keuntungan.
Menukar hal ini kepada proses yang kohesif bagi menguruskan perkembangan perniagaan
anda tidak perlu menjadi susah ataupun memakan masa. Perkara yang paling penting ialah
perancangan telah dibuat, dinamik dan dapat difahami oleh semua yang terlibat. Sila lihat di
halaman ini tentang apa yang perlu dimasuki dalam perancangan tahunan anda.
2|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Kebaikan-kebaikannya
Kebaikan yang utama dalam merancang perniagaan adalah ianya membolehkan anda untuk
membina fokus arah bagi perniagaan anda dan menyediakan sasaran yang akan membantu
mengembangkan perniagaan anda. Ianya juga akan memberi peluang kepada anda untuk
bersiap diri dan menyemak prestasi anda dan faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan
anda. Perancangan perniagaan juga akan memberi anda:
Kebolehan yang lebih bagus dalam melakukan penambahbaikan dan mengatasi
masalah
Memahami maklumat kewangan berkaitan dengan keputusan anda
Menambahbaik penjelasan dan fokus
Keyakinan diri yang lebih baik dalam melakukan keputusan
Apa yang Perlu Dimasuki dalam Perancangan Tahunan Anda?
Tujuan yang utama bagi perancangan tahunan anda adalah untuk menetapkan strategi dan
langkah-langkah perancangan bagi perniagaan anda. Hal ini merangkumi gambaran
kewangan tentang posisi perniagaan anda yang lebih jelas – dan di mana posisi itu harus
berada – sepanjang tahun. Perancangan perniagaan tahunan anda sepatutnya merangkumi:
Garisan tentang perubahan yang sepatutnya dilakukan oleh anda dalam perniagaan
Potensi dalam perubahan kepada perniagaan anda, pelanggan-pelanggan dan
persaingan
Objektif dan matlamat untuk tahunan
Kunci penanda aras prestasi anda
Sebarang isu atau masalah
Sebarang perubahan dalam operasi
Maklumat berkaitan pengurusan dan pekerja anda
Prestasi dan ramalan kewangan anda
Maklumat berkaitan pelaburan dalam perniagaan
Perancangan perniagaan adalah paling efektif apabila ianya sedang berjalan. Ia
membolehkan anda untuk bertindak lebih cepat apabila diperlukan, daripada bertindak
apabila telah berlaku seasuatu kejadian.
Kitaran Perancangan Perniagaan
1. Semak prestasi semasa anda berbanding dengan sasaran tahun lepas/ tahun ini.
2. Gunakan segala peluang dan ancaman anda.
3. Analisis kejayaan dan kegagalan anda pada tahun yang sebelum ini.
4. Lihat pada kunci objektif anda untuk tahun hadapan dan mengubah atau membina
semula perancangan jangka panjang anda.
5. Kenal pasti dan sempurnakan implikasi-implikasi sumber semakan anda dan buat
belanjawan.
6. Tafsirkan untung-dan-rugi tahunan kewangan baru dan seimbangkan sasaran.
7. Buat kesimpulan terhadap perancangan.
8. Semak ia dengan selalu – sebagai contoh, pada setiap bulan – dengan memerhati
prestasi, menyemak progres dan mencapai objektif.
9. Sila pergi semula ke nombor 1.
3|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Belanjawan dan Perancangan Perniagaan
Pemilik perniagaan kecil yang baru berkemungkinan akan menjalankan perniagaan mereka
dengan cara yang lebih selesa dan berkemungkinan merasakan tiada keperluan terhadap
belanjawan. Tetapi, jika anda merancang untuk perniagaan masa hadapan, anda perlu untuk
membiayai perancangan anda. Belanjawan adalah cara yang paling efektif untuk mengawal
peredaran duit anda, membolehkan anda untuk melabur dalam peluang yang baru pada masa
yang sesuai.
Jika perniagaan anda sedang berkembang, anda mungkin tidak akan dapat sentiasa terlibat
dalam setiap bahagian. Anda akan perlu untuk membahagikan belanjawan anda kepada
beberapa bahagian seperti jualan, penghasilan, pemasaran dan lain-lain. Anda akan
mendapati duit bergerak dalam arah yang berlainan dalam organisasi anda – belanjawan
merupakan alat yang penting bagi memastikan anda dapat mengawal segala perbelanjaan.
Belanjawan dirancang untuk:
Mengawal kewangan anda
Memastikan anda dapat untuk terus sambung membiayai komitmen semasa anda
Membolehkan anda untuk melakukan keputusan berkaitan kewangan dengan lebih
yakin dan mencapai objektif anda
Memastikan anda mempunyai cukup duit untuk projek masa hadapan
Ia menggariskan apa yang anda akan belanjakan dan bagaimana perbelanjaan itu
dapat dibiayai. Tetapi, ianya bukanlah suatu ramalan. Ramalan ialah anggaran masa
hadapan tentang, manakala belanjawan pula ialah hasil masa hadapan yang telah
dirancang – ditafsirkan oleh perancangan anda berdasarkan apa yang perniagaan
anda ingin capaikan.
Kelebihan Belanjawan Perniagaan
Ada beberapa kelebihan melakukan belanjawan perniagaan, termasuk penambahbaikan
dalam:
Menguruskan duit anda dengan lebih efektif
Memperuntukan sumber yang sesuai untuk projek
Memerhati prestasi
Mencapai objektif anda
Menambahbaik kemahiran melakukan keputusan
Mengenal pasti masalah sebelum ia berlaku – seperti keperluan untuk meningkatkan
kewangan atau kesukaran dalam peredaran duit
Merancang untuk masa hadapan
Meningkatkan motivasi staf
Membuat Belanjawan
Membuat, memerhati dan mengurus belanjawan merupakan kunci kepada kejayaan
perniagaan. Ianya akan membantu anda untuk memperuntukan sumber-sumber di mana
mereka diperlukan, agar perniagaan anda dapat mengekalkan keuntungan dan kejayaan.
Ianya tidak perlu menjadi rumit. Anda hanya perlu memikirkan tentang apa yang anda akan
perolehi dan belanjakan dalam tempoh belanjawan.
4|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Mulakan dengan bertanya soalan-soalan ini:
Apakah sasaran jualan pada tempoh belanjawan? Jadi realistic – sekiranya anda
terlebih anggar, ianya akan menyebabkan masalah-masalah kepada anda pada masa
hadapan.
Apa kos secara langsung untuk jualan – sebagai contoh kos bahan-bahan, komponen-
komponen atau subkontraktor untuk menghasilkan produk atau membekalkan
perkhidmatan?
Apa kos tetap atau overhed?
Anda perlu mengecilkan skop kos tetap dan overhed kepada beberapa jenis, sebagai
contoh:
Kos premis-premis, termasuk sewa, cukai perbandaran dan caj perkhidmatan
Kos staf – sebagai contoh gaji, keuntungan
Utility – sebagai contoh pemanasan, pencahayaan, telefon
Pencetakan, penghantaran dan peralatan tulis
Perbelanjaan untuk kereta
Pengiklanan dan promosi
Perbelanjaan untuk perjalanan dan sara hidup
Kos guaman dan professional, termasuk insurans
Perniagaan anda mungkin mempunyai jenis perbelanjaan yang berlainan, dan anda
mungkin mahu membahagikan belanjawan kepada jabatan. Jangan lupa untuk
meletakkan jumlah berapa banyak yang anda perlu bayar kepada diri anda sendiri, dan
masukkan sekali ruang untuk cukai.
Perancangan perniagaan anda sepatutnya membantu dalam membina sasaran jualan, kos
jualan, kos tetap dan kos overhed, jadi ianya lebih mudah untuk menyediakan kesemua ini
dulu. Sila lihat halaman dalam panduan ini berkenaan merancang untuk kejayaan perniagaan.
Apabila anda sudah mempunyai gambaran tentang pendapatan dan perbelanjaan, anda boleh
mengira berapa banyak duit yang anda dapat hasilkan. Anda boleh rujuk kepada kos-kos dan
fikirkan cara-cara untuk mengurangkannya. Anda boleh pastikan sama ada anda menghadapi
masalah aliran duit, memberi masa kepada anda untuk melakukan sesuatu tentang hal itu.
Apabila anda sudah membuat belanjawan, anda patut mengikuti belanjawan itu sebanyak
yang mungkin, tetapi semak dan rujuk semula apabila diperlukan. Perniagaan yang berjaya
kebiasaannya mempunyai belanjawan yang berterusan, agar mereka dapat sentiasa
meneruskan belanjawan, sebagai contoh untuk tempoh setahun dari awal.
Langkah-langkah Penting dalam Membuat Belanjawan
Ada beberapa langkah penting yang anda harus ikut untuk memastikan belanjawan dan
perancangan realistik dan berguna.
Luangkan masa untuk membuat belanjawan
Sekiranya anda meluangkan masa dalam merancang belanjawan yang menyeluruh dan
realistik, ianya akan menjadi lebih mudah untuk diurus dengan efektif.
Gunakan gambaran tahun lepas – tetapi hanya sebagai panduan
Kumpulkan maklumat-maklumat tentang sejarah jualan dan kos sekiranya ada – hal ini dapat
memberi anda penandaan aras yang bagus tentang jualan dan kos. Tetapi ianya juga penting
untuk mengambil kira apa perancangan jualan anda, bagaimana sumber-sumber jualan anda
akan digunakan dan sebarang perubahan dalam persekitaran yang penuh persaingan.
5|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Hasilkan belanjawan yang realistic
Guna maklumat tentang sejarah, perancangan perniagaan anda dan sebarang perubahan
dalam operasi atau keutamaan untuk melakukan belanjawan bagi kos overhed dan kos tetap
yang lain.
Ianya lebih berguna untuk menggunakan hubungan di antara kos dan jualan yang boleh
berubah dan selepas itu guna ramalan jualan anda untuk menyasarkan kos yang boleh
diubah.
Sebagai contoh, sekiranya kos unit anda dikurangkan sebanyak 10 per sen untuk setiap
penambahan jualan sebanyak 20 per sen, berapa banyak kos unit anda akan berkurang
sekiranya anda mempunyai kenaikan sebanyak 33 per sen dalam jualan?
Pastikan belanjawan anda mengandungi maklumat yang mencukupi agar lebih mudah untuk
anda memerhati kunci-kunci pemandu bagi perniagaan anda seperti jualan, kos dan modal
kerja. Perisian bagi perakaunan dapat membantu anda menguruskan akaun-akaun anda.
Libatkan diri dengan orang yang betul
Ianya lebih baik untuk bertanyakan kepada staf yang bertanggungjawab dengan hal
kewangan bagi menyediakan anda dengan anggaran gambaran-gambaran untuk belanjawan
anda – sebagai contoh, sasaran jualan, kos penghasilan atau kawalan terhadap projek yang
spesifik.
Sekiranya anda membandingkan anggaran mereka dengan anda punya, anda akan
memperoleh belanjawan yang lebih realistik. Penglibatan ini juga akan memberi mereka
komitmen yang lebih besar bagi memenuhi belanjawan tersebut.
Apa yang Belanjawan Anda Perlu Rangkumkan
Buat keputusan tentang berapa banyak belanjawan yang anda perlukan. Banyak perniagaan
kecil mempunyai satu belanjawan bagi keseluruhan operasi yang mana menetapkan berapa
banyak duit yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan itu dalam sesuatu tempoh masa –
kebiasaannya setahun. Apabila perniagaan anda semakin berkembang, jumlah belanjawan
bagi operasi akan terdiri daripada beberapa belanjawan individual seperti belanjawan anda
bagi pemasaran ataupun jualan.
6|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Apa yang Belanjawan Anda Perlukan
Aliran duit yang dijangka – kewangan anda akan membajet anjaran posisi kewangan anda
pada masa hadapan dalam basis bulan-ke-bulan. Melakukan belanjawan dengan cara ini
sangat penting untuk perniagaan-perniagaan kecil kerana ia boleh mengenalpasti sebarang
kesukaran yang anda akan hadapi. Ia perlu disemak sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Kos – kebiasaannya, perniagaan anda akan mempunyai tiga jenis kos:
Kos tetap – perkara seperti sewa, gaji dan kos kewangan
Kos ubah – termasuk bahan-bahan mentah dan kerja lebih masa
Kos bagi modal – pembelian peralatan computer atau premis, sebagai contoh
Untuk meramal kos-kos anda, ianya dapat membantu untuk merujuk rekod pada tahun lalu
dan menghubungi pembekal-pembekal anda untuk bantuan.
Hasil pendapatan – ramalan jualan atau hasil pendapatan kebiasaannya berdasarkan
kombinasi sejarah jualan-jualan anda dan berapa efektif anda meramal usaha-usaha anda
pada masa hadapan.
Menggunakan ramalan terhadap jualan dan perbelanjaan anda, anda dapat menyediakan
unjuran keuntungan untuk 12 bulan yang akan datang. Hal ini akan membolehkan anda untuk
menganalisis margin dan kunci nisbah anda seperti pengembalian daripada pelaburan anda.
Gunakan Belanjawan Anda untuk Mengukur Prestasi
Sekiranya belanjawan anda berdasarkan perancangan perniagaan, anda akan menghasilkan
suatu perancangan bagi langkah-langkah kewangan. Hal ini boleh menjadi berguna kepada
beberapa fungsi, terutama sekiranya anda selalu menyemak belanjawan anda sebagai
sebahagian dari kitaran perancangan tahunan anda.
Belanjawan anda boleh digunakan sebagai:
Penanda aras terhadap hubungan antara kos dan hasil pendapatan dengan setiap
aktiviti anda
Cara unuk menyediakan maklumat dan sokongan dalam keputusan pengurusan
sepanjang tahun
Cara untuk memerhati dan mengawal perniagaan anda, terutama sekiranya anda
menganalisis perbezaan di antara pendapatan sebenar dan yang telah dianggarkan
Kayu ukur penanda aras bagi prestasi
Membandingkan belanjawan tahunan anda boleh menjadi suatu cara yang bagus dalam
menanda aras prestasi perniagaan anda – anda boleh membandingkan di antara gambaran-
gambaran yang telah dianggar, sebagai contoh, dengan tahun lalu punya bagi mengukur
prestasi anda.
Anda juga boleh membandingkan gambara-gambaran anda bagi margin dan pembesaran
syarikat-syarikat lain yang berada dalam sector yang sama, atau yang berlainan dengan
perniagaan anda.
7|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Penanda aras kunci prestasi
Bagi mengembangkan perniagaan anda, anda perlulah memahami dan memerhatikunci-kunci
pemandu bagi perniagaan anda – kunci pemandu adalah sesuatu yang boleh memberi impak
yang besar terhadap perniagaan anda. Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi prestasi
perniagaan anda, jadi ianya penting untuk fokus dalam hal ini dan sentiasa memerhatikan
mereka.
Antara tiga kunci pemandu untuk kebanyakan perniagaan:
Jualan
Kos
Modal kerja
Sebarang peraliran terhadap masalah aliran duit atau keuntungan yang menjatuhkan nada
dalam gambaran-gambaran ini bila dibandingkan dengan belanjawan dan ramalan anda.
Meraka boleh membantu anda mengenalpasti masalah-masalah lebih awal jika mereka dikira
dengan konsisten.
Menyemak Belanjawan Anda dengan Selalu
Bagi menggunakan belanjawan anda dengan efektif, anda akan perlu untuk menyemak dan
mengaji mereka dengan selalu. Hal ini adalah benar jika perniagaan anda semakin
berkembang dan anda merancang untuk berpindah ke bidang yang baru.
Menggunakan belanjawan yang telah dikemaskini akan membolehkan anda untuk menjadi
lebih fleksibel dan juga membolehkan anda untuk mengurus aliran duit anda dan
mengenalpasti apa yang perlu dicapai dalam tempoh belanjawan yang akan datang.
Dua cabang utama yang perlu diambil kira
Pendapatan sebenar anda – pada setiap bulan, bandingkan pendapatan sebenar anda
dengan belanjawan bagi jualan anda, dengan:
Menganalisis sebab-sebab untuk sebarang penurunan – sebagai contoh saiz jualan
yang mengecil, pasaran yang tidak berubah, produk yang tidak mencapai sasaran
Mengambil kira sebab-sebab untuk perubahan yang mendadak – sebagai contoh,
sama ada sasaran anda terlalu rendah
Membandingkan permasaan dalam pendapatan anda dengan anggaran anda dan
memeriksa samaada mereka sesuai bersama
Menganalisis perubahan-perubahan ini akanmembantu anda untuk menetapkan
belanjawan yang lebih tepat pada masa hadapan dan membenarkan anda mengambil
tindakan apabila diperlukan
Perbelanjaan sebenar anda – sentiasa menyemak perbenlanjaan sebenar anda
dengan belanjawan anda. Hal ini akanmembantu anda untuk meramal kos pada masa
hadapan dengan kebolehan yang lebih baik. Anda patut:
Melihat bagaimana kos tetap anda berbeza dengan belanjawan anda
Memeriksa sama ada kos berubah anda berad segaris dengan belanjawan anda –
kebiasaannya kos berubah akan disesuaikan agar segaris dengan saiz jualan anda
Menganalisis sebarang sebab bagi perubahan dalam hubungan di antara kos dan
perubahan
Menganalisis sebarang perbezaan dalam permasaan untuk perbelanjaan anda,
sebagai contoh dengan memeriksa terma pembayaran daripada pembekal
8|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Membuat Kos untuk Projek
Langkah 1: Merancang projek anda
Perkara yang pertama, kita perlu senaraikan tugasan-tugasan yang diperlukan untuk
menyiapkan projek dan meramal berapa lama masa diperlukan untuk menyiapkan tugasan itu
untuk kedua-dua senario terbaik dan terburuk. Ianya tidak ada masalah untuk berasa ragu-
ragu pada tahap ini. Julat ramalan anda akan membantu untuk mengambilkira sebarang
ketidakpastian yang anda ada dalam perancangan anda.
Contoh projek di bawah telah dipecahkan kepada tiga bahagian bagi menunjukkan jenis kerja
yang akan diperlukan.
Langkah 2: Jemput pasukan anda dan berikan mereka tugasan
Walaupun anda seorang pengurus yang hebat, anda mungkin tidak mahu melakukan projek
hanya dengan seorang diri. Tambahkan ahli kerja ke tempat kerja anda dan berikan mereka
tugasan yang mereka boleh lakukan. Anda juga boleh tambahkan ahli kerja virtual (seperti
yang saya lakukan di bawah) sekiranya anda hanya merancang pada tahap ini.
Langkah 3: Hasilkan aktiviti-aktiviti
Aktiviti-aktiviti etlah digunakan untuk membahagikan kerja anda kepada beberapa kategori
tugasan tertentu. Sebagai contoh, tugasan “Code Front-End design” akan mempunyai aktiviti
“Develpoment Work” besertanya. Aktiviti-aktiviti ini boleh digunakan dalam membina model
dan menganggar kos-kos, seperti apa yang kita lakukan sekarang, dan juga digunak untuk
menjejaki masa (jadual masa akan ditetapkan bersama setiap aktiviti). Sebagai contoh, kita
jadikan ianya lebih senang. Aktiviti-aktiviti yang kita tambahkan telah terus ditetapkan kepada
subprojek dalam New Website projek.
Langkah 4: Kemaskini Pay Rules anda
Di sini anda berkemungkinan akan perlu melakukan sedikit kajian. Untuk menentukan kos
bagi setiap masa yang diluangkan untuk projek, anda akan memerlukan untuk memahami kos
beban bagi masa setiap pekerja pada setiap jam. Kos beban patut merangkumi gaji setiap
sejam, tetapi juga memasukkan cukai dan keuntungan, kos fasiliti, dan seumpamanya.
Organisasi anda mungkin sudah ada formula untuk menentukan nombor ini. Apabila anda
mempunyai maklumat yang mencukupi, anda boleh teruskan ke Pay Rules dan masukkan kos
bagi setiap orang, aktiviti dan yang lain-lain.
Kos bebas setiap jam bagi pasukan saya telah disenaraikan di bawah. Saya telah gunakan
Pay Rules untuk maklumat ini. Saya juga telah letakkan kadar bil saya untuk pasukan saya
dalam jadual Rate Rules agar saya boleh membandingkan apa yang telah keluar dan masuk.
Langkah 4.5: Berikan aktiviti kepada tugasan
Ini adalah di mana kita akan menghubungkan kadar yang telah anda letakkan kepada tugasan
dalam projek anda. Kita lakukan hal ini dengan memberi setiap tugasan sebuah aktiviti tetap.
Pilih satu tugasan (atau tugasan yang banyak), buka Detail Edit Pane dengan menekan
butang Enter, pilih aktiviti yang sesuai, dan simpankan maklumat.
9|Page GMD41223
SERVICES DEPARTMENTAL MANAGEMENT ASSISTANCE
Langkah 5: Gunakan Analytics untuk melihat kos projek anda
Sekarang anda telah masukkan tugasan, orang dan kadar dalam projek anda, anda boleh klik
kepada Project Report dalam Analytics untuk melihat jumlah keseluruhan. Barisan “$ Pay
Total” memberitahu saya tentang kos beban untuk setiap kerja dalam projek. “Barisan “$ Total
Billable” memberitahu saya tentang apa yang saya patut peroleh daripada kerja yang sama.
Perbezaan di antara keduanya adalah keuntungan sehingga ke garisan bawah. (Anda
mungkin mahu mengubahsuai barisan-barisan anda bagi menunjukkan data ini)
Dengan menggunakan formula ini, anda boleh mengira kos untuk kesemua projek dalam satu
bahagian, lihat mana yang lebih menguntungkan, dan gunakan maklumat tersebut untuk
menentukan keutamaan projek anda, tugasan bagi setiap sumber, dan sebagainya.
Praktikal:
1. Mengendalikan taklimat operasi
2. Mengedalikan sesi motivasi
3. Memerhatikan objektif pejabat
4. Menentukan status prestasi operasi semasa
5. Memberi penerangan perubahan dalama aktiviti operasi
6. Mengendalikan taklimat operasi pejabat
7. Menyempurnakan lembaran rekod taklimat operasi
8. Menyempurnakan lembaran rekod taklimat operasi
Tugasan:
1. Tafsirkan perancangan aktiviti perniagaan tahunan & pengiraan kos projek yang diberi
2. Hasilkan perancangan kewangan & kawalkan keperluan, operasi, kitaran masa, rekod
kos pekerjaan, kos asal, keperluan belanjawan utama
3. Hasilkan rekod unjuran projek yang diberi
4. Tafsirkan belanjawan utama, peruntukan bagi perbelanjaan modal jabatan &
peruntukan bagi perbelanjaan operasi jabatan
5. Kompilkan dokumen sokongan terhadap belanjawan yang telah dicadangkan
6. Hantarkan dokumen sokongan terhadap belanjawan yang telah dicadangkan
10 | P a g e GMD41223