The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah Digital 2020
EDISI DIGITAL PERTAMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAJALAH DIGITAL SMKSW, 2021-03-23 14:00:14

Majalah Digital 2020 SMKSW

Majalah Digital 2020
EDISI DIGITAL PERTAMA

Keywords: MAJALAH SEWANGSA

KANDUNGAN

1. SIDANG REDAKSI 1

2. INGATAN TULUS IKHLAS 2

3. KATA ALU-ALUAN 3-9

4. MAKLUMAT SEKOLAH 10 - 18

5. TUNGGAK SETIA 19 - 40

KETUA EDITOR 6. TRANSFORMASI SETIA 41 - 75

TUAN HAJI SHAHARIN BIN ABDULLAH 7. KLIK-KLIK 2020 76 - 108
(PENGETUA)
8. VARIASI SETIA 109 - 132
TIMBALAN KETUA EDITOR
9. LENSA KENANGAN 133 - 141
PN. AMILIA AIDA BINTI KAMALUDIN
(GPK KOKURIKULUM) 10. NUKILAN KREATIF 142 – 160

EN. BADRUL HISHAM BIN NOH 11. SEUNTAI KATA SECEBIS
(GPK PENTADBIRAN) KENANGAN 161 - 169

PN. SITI FATIMAH BINTI ABDULLAH DITERBITKAN OLEH
(GPK HAL EHWAL MURID) SMK SETIA WANGSA
(ID Penerbit: 978-967-16736)
EDITOR KANAN KM4, JALAN LIPIS-BENTA
27200 KUALA LIPIS
EN. MOHD ZULHAZMI BIN MD ZAIN PAHANG DARUL MAKMUR
(GKMP BAHASA) TEL: 09-3101221
FAX: 09-3101220
PN. NURUL HAYATI BINTI ROSLI EMEL: [email protected]
(GKMP SAINS DAN MATEMATIK)
HAK CIPTA SMK SETIA WANGSA 2020
EN. AZMIR BIN ROSLEN
(GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL) Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian
PN. NOOR HASMAH BINTI MOHD YUSOFF dalam penerbitan ini tidak boleh di keluar ulang,
disimpan dalam sistem dapat kembali atau
(GKMP KEMANUSIAAN) disiarkan dalam apa-apa jua bentuk dan dengan
apa-apa jua cara, sama ada elektronik, fotokopi,
EDITOR mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK
PN. NORRULHASMAD BINTI MD DAUD Setia Wangsa, Kuala Lipis, Pahang.

TIMBALAN EDITOR

PN. NOOR ASHYRAH BINTI AWANG

SIDANG EDITOR

CIK SYARIFAH BINTI MD NOOR
EN. SHANMUGAM A/L KULATHURAN
EN. ABDUL SHAMIL BIN AHMAD SUKRI
PN. WIDURA BINTI ZAINAL ALI @ ZAINAL ABIDIN

PN. SUZANA BINTI YUSOF

1 SETIA 20

2 SETIA 20

DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera,

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan
menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini
dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta
meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 akan sentiasa menjadi fokus utama
untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu
kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila dipacu dengan pengajaran
yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Justeru,
akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan.
Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen kita
ke arah keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH !

3 4 SSEETTIIAA2200

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekalung tahniah kepada sidang redaksi atas penghasilan Majalah Sekolah, SMK Setia Wangsa
bagi tahun 2020 yang mencerminkan wajah sekolah buat tatapan semua. Terima kasih atas
kesempatan buat saya menyusun bicara untuk renungan para pembaca.

Realitinya, seluruh sistem pendidikan kita sentiasa melalui proses transformasi. Saya
berkeyakinan seluruh warga pendidik sentiasa bersiap siaga dan melengkapkan diri dengan
perkembangan dunia semasa. Hal ini bermakna kita perlu bijak menangani gelombang
perubahan yang pantas berlari. Tegasnya, warga pendidikan perlu komited dalam merealisasikan
aspirasi negara untuk melahirkan pelajar bersahsiah terpuji dan memiliki minda kelas pertama.

Kecemerlangan yang telah dicapai oleh SMK Setia Wangsa dalam semua aspek perlu
diteruskan dan ditingkatkan agar visi yang dijana oleh pihak sekolah direalisasikan. Visi ini akan
terlaksana apabila adanya usaha yang gigih dalam kalangan warga sekolah. Saya melahirkan rasa
bangga dengan pencapaian sekolah ini dan berharap agar sekolah ini akan terus cemerlang pada
masa akan datang.

Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan agenda pembangunan
pendidikan nasional untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti
menjadi kenyataan. Semoga inti pati yang terkandung di dalam Majalah SETIA ini membuktikan
aspirasi pihak sekolah dan kejayaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam melaksanakan
transformasi pendidikan.

Sekian.

4 SETIA 20

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan menerbitkan Majalah SETIA
Edisi ke-21 bagi Tahun 2020. Bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lipis, segala jerih payah dan sumbangan
dalam penerbitan majalah merupakan usaha yang sangat dihargai kerana ini merupakan salah satu usaha murni
dalam merakamkan sejarah bangsa dari segenap sudut.

Majalah sekolah merupakan wadah yang merakamkan pelbagai maklumat dan sejarah sekolah serta
rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun di sekolah. Pelbagai sumber dapat dimuatkan dalam majalah ini
dan dijadikan tatapan murid-murid, ibu bapa dan masyarakat sebagai memori indah untuk kenangan. Tahun
2020 pasti dijadikan kenangan kerana bidang pendidikan menghadapi cabaran mendepani Covid-19. Namun
begitu, pendidikan tetap diteruskan dalam suasana norma baharu. Rakaman sejarah dalam majalah ini juga
boleh dijadikan sumber rujukan pada masa akan datang.

Modal insan yang berkualiti merupakan aset negara kerana mereka yang akan menentukan masa depan
negara dan bangsa. Usaha ini perlu digembleng secara menyeluruh melalui kerjasama semua pihak terutama
guru-guru, ibu bapa dan komuniti. Pendidikan yang cemerlang adalah kunci kepada pembentukan masyarakat
berilmu. Guru merupakan golongan yang berada dalam barisan hadapan dan seterusnya menjadi pemangkin
untuk memastikan hasrat ini menjadi kenyataan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada
pembentukan diri murid secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tahniah dan syabas kepada warga SMK Setia Wangsa dan ibu bapa kerana berjaya memanfaatkan pelbagai
aplikasi dalam talian bagi melancarkan pelaksanaan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid
dengan cekap dan lebih berkesan. Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan
Daerah Lipis ke persada kecemerlangan yang diharapkan.

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah SETIA Edisi ke-21 serta semua
pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Mudah-mudahan, segala
usaha ini dapat membantu dalam menjana modal insan yang berkualiti dan punya jati diri yang mapan. Semoga
SMK Setia Wangsa akan terus maju dan berupaya memperkasakan sekolah sebagai sebuah institusi yang
cemerlang dan unggul.

Selamat Maju Jaya.
“PENDIDKAN ADALAH KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG DAN SALING MENGHORMATI”

5 6 SETIA 20

TN. HAJI SHAHARIN BIN ABDULLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Segala puji-pujian pada Allah Yang Maha Esa. Syukur yang tidak terhingga kerana masih
diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan dalam majalah SETIA edisi ke-21.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi majalah SETIA Edisi Ke-21
yang berusaha gigih untuk merealisasikan penerbitan dalam bentuk digital untuk kali
pertama. Hal ini bertepatan dengan seruan transformasi dalam bidang pendidikan ke arah
yang lebih berkualiti. Majalah Setia diterbitkan dalam bentuk digital supaya tidak
membebankan ibu bapa untuk membayar yuran majalah setiap tahun. Tambahan pula,
majalah digital ini boleh diakses di mana-mana dan pada bila - bila masa sahaja.

Penerbitan majalah ini menterjemahkan visi dan misi pendidikan negara. Segala potensi
pelajar, guru dan warga sekolah diadun untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi melahirkan sumber manusia yang berdaya
saing di peringkat global dengan tidak meminggirkan nilai-nilai etika, agama dan budaya.
Semoga cetusan idea dan informasi yang terkandung di dalam majalah SETIA ini dapat
dimanfaatkan dan dijadikan sumber inspirasi untuk kecemerlangan pada masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua warga SMK Setia Wangsa, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya yang telah
memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun
2020 ini. Semoga kita semua terus diberkati dan sekolah ini akan terus mengecapi kejayaan
pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

6 7 SETIA 20

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, puji-pujian buat yang maha agong, maha besar yang menguasai seluruh alam semesta.
Syabas saya ucapkan atas kejayaan penerbitan Majalah SETIA Edisi ke-21 yang dihasilkan secara digital
buat pertama kalinya. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan penerbitan Majalah SETIA. Terima kasih juga diucapkan kerana memberikan
kesempatan kepada saya untuk melakarkan sepatah dua kata dalam majalah digital ini. Tahniah
diucapkan kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi SMK Setia Wangsa 2020.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini yang memberikan
pengertian penuh makna kepada seluruh warga Setia Wangsa. Menerusi majalah sekolah, kita dapat
merakam peristiwa suka duka dan pahit manis sepanjang perjalanan sesi persekolahan tahun ini. Saya
pasti segala memori yang terpahat dalam naskhah ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Sesungguhnya sekolah merupakan institusi penting dalam usaha melahirkan generasi yang
cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah. Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan
tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat yang diibaratkan aur dengan tebing akan
menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meneruskan perjuangan dengan semangat waja
sebelum berjaya menggapai gunung kejayaan. Komitmen yang jitu ini mampu membuahkan hasil yang
optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam akademik, kokurikulum mahupun
sahsiah diri.

Justeru, saya menyeru agar murid-murid sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan
berpegang teguh pada akur janji yang dilafazkan. Semua murid juga haruslah sentiasa berfikiran kreatif
dan inovatif serta mengamalkan gaya hidup yang sihat demi melalui kehidupan yang lebih mencabar
pada masa akan datang. Kegigihan serta ketabahan murid-murid mampu membentuk kejayaan yang
cemerlang seterusnya boleh menabur bakti terhadap agama, bangsa dan negara tercinta.

Akhirulkalam, saya mendoakan SMK Setia Wangsa sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha akan
diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.

Sekian, terima kasih.

7 SETIA0 20

‘AFI SYAKIR BIN MOHAMAD SUHARLI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat
Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, sidang redaksi
SMKSW telah berjaya menerbitkan Majalah SETIA Edisi ke-21 bagi tahun 2020. Setinggi
penghargaan diucapkan kepada semua guru dan para pelajar yang terlibat dalam proses penghasilan
majalah ini.

Setelah lima tahun menongkah waktu di sekolah ini, telah banyak cabaran yang saya dan rakan
lain harungi. Banyak yang telah kami pelajari bukan sahaja di dalam kelas malah dalam aktiviti
seharian melalui pengalaman sama ada pahit atau manis. Setiap perkara yang berlaku kami anggap
sebagai satu pelajaran dan pengajaran dalam proses mematangkan kehidupan. Cabaran dan dugaan
yang ditempuh telah mengeratkan ukhuwah antara kami. Segala yang baik bolehlah diteladani dan
perkara yang buruk haruslah dijauhi. Kami berharap segalanya akan sentiasa kekal menjadi memori
yang terindah zaman persekolahan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran yang telah mencorak dan merangka
semua aktiviti serta program di sekolah ini dalam memastikan kemenjadian murid di sekolah ini.
Tidak lupa juga jasa guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam mendidik kami ke arah
pembentukan insan berfikiran kelas pertama dan berakhlak terpuji. Terima kasih, Cikgu! Terima
kasih juga kepada badan pengawas yang tidak kurang penting tanggungjawabnya dalam membantu
meringankan beban guru –guru bagi memastikan keadaan pelajar sentiasa berdisipilin dan terkawal.

Pada kesempatan ini juga, saya memohon jutaan kemaafan daripada semua warga sekolah atas
segala kekhilafan dan kekurangan diri saya dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pelajar.
Sesungguhnya yang baik dan sempurna itu hanyalah Allah SWT yang serba kekurangan itu ialah
kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan kepada saya.

Sekian, terima kasih

8 9 SETIA 20

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana
majalah Setia kini dapat direalisasikan dalam bentuk paparan digital untuk
tatapan semua warganya dan rakan maya lainnya. Selain daripada bertujuan
untuk menjadi bahan bacaan informasi dan hiburan online, majalah digital
ini juga merupakan satu catatan maya secara bertulis dan bergambar yang
menyimpan sejuta kenangan sepanjang tahun 2020. Saya yakin semua
warga Setia Wangsa tentu akan berasa bangga dengan kewujudan Majalah
SETIA Digital kerana ini merupakan satu permulaan kita dalam
mengadaptasi kemodenan teknologi dalam merakamkan jutaan kenangan
bersama.

Dengan terbitnya majalah digital ini, maka semua aktiviti yang
berlangsung sepanjang tahun 2020 dapat dicatat dan direkodkan secara
maya untuk pengetahuan dan kenangan kita pada masa akan datang.
Mengambil kesempatan ini juga saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
dan terima kasih kepada semua ahli sidang redaksi majalah khasnya,
pentadbir dan semua warga SMK Setia Wangsa bagi menjayakan dan
merealisasikan majalah digital ini.

Akhir kata, saya berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala agar Majalah
digital ini akan terus menyumbangkan khidmat bakti kepada semua ahli
dan komuniti sekitarnya demi kelangsungan hidup yang sihat dan bahagia.
Sekian, terima kasih.

“WARKAHKAN JUTAAN HARAPAN, WARNAKAN JUTAAN KENANGAN’

NORRULHASMAD BINTI MD DAUD 9 SETIA 20
KETUA EDITOR
MAJALAH SETIA
SMK SETIA WANGSA
Emel: [email protected]

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani dan jasmani berasaskan kepercayaan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Menjadi tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan
melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan berketerampilan,
patuh kepada Tuhan untuk kesejahteraan dan kemajuan diri,
keluarga dan masyarakat. Seterusnya, dapat menyumbang kepada
agama, bangsa dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH
SMK SETIA WANGSA

Bahawasanya setiap pelajar berpotensi dan berkebolehan dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mempunyai hak
yang sama untuk mendapat pendidikan di sekolah ini. Menjadi
tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan melahirkan insan
yang seimbang, harmoni dan berketerampilan, patuh kepada
Tuhan untuk kesejahteraan dan kemajuan diri, keluarga dan
masyarakat seterusnya dapat menyumbang kepada agama,
bangsa dan negara.

10 3 SETIA 20

MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA

SEJAHTERA

11 SETIA 20

GADING GAJAH BUNGA API

KEKUATAN NEGERI KEMAKMURAN
PAHANG NEGERI PAHANG

KAYU HOKI OBOR

KECEMERLANGAN PEMBAKAR
DALAM BIDANG SEMANGAT
MENGEJAR
SUKAN
KECEMERLANGAN

COGAN KATA: BUKU/AL-QURAN
KERJA MULIA
PUNCA ILMU
IKHLAS BEKERJA DAN PENGETAHUAN
BELAJAR UNTUK MENCARI

KEMULIAAN

BENTUK - Bentuk hati melambangkan bulat tekad untuk
mencapai kecemerlangan.

WARNA - Biru (kedamaian dan keharmonian warga sekolah)
- Kuning (kejayaan dan kegemilangan yang berterusan)

12 SETIA 20

13 SETIA 20

1 SETIA 20

15 SETIA 20

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

• En. Khir Johari (sekarang Tan Sri) yang kemudiannya
telah menjadi Menteri Pendidikan dating melawat ke
SEJARAH PENUBUHAN daerah Lipis. Beliau menyampaikan sebuah berita
gembira bahawa Jabatan Pendidikan telah memperolehi
SEKOLAH • sebidang tanah untuk membina sebuah sekolah yang
baru.
• SMK SETIA WANGSA telah ditubuhkan pada 02 Berita ini telah disampaikan oleh mendiang Santa Singh.
April 1962 dengan nama pertamanya ialah Sekolah Penghujung tahun 1970-an, sebuah industry seni telah
Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Kuala Lipis. ditawarkan untuk dibina dalam Kawasan sekolah.
Bengkel ini merupakan bangunan bengkel dua tingkat
• Ianya bermula sebagai sebuah sekolah lanjutan • pertama di Malaysia.
yang menempatkan para pelajar yang tidak Bersepakat menamakan sekolah bersempena Bahagian
mendapat tempat ke tingkatan satu disebabkan Pendidikan dan Ketua Kampung Budu dengan
oleh keputusab peperiksaan yang tidak memenuhi gelarannya sebagai Orang Besar Berlapan iaitu Dato’
kehendak jabatan Pendidikan. Setia. Maka lahirlah SMK Setia Wangsa.
Pintu masuk SMK Setia Wangsa telah ditandakan
• Pelajar berdaftar pada masa itu ialah seramai 126 • dengan dua buah batu giling yang diderma oleh lading
orang dengan 8 orang tenaga pengajar sahaja. Selbourne dan batu-batu itu dibawa khas dari England.
Bangunan pertama bertempat di sekolah Batu tersebut digunakan untuk menggiling daun “Gutta
menengah Clifford. Sebelum dipindahkan ke Percha” yang mana hasil gilingan digunakan untuk
bangunan bersebelahan Sekolah Kebangsaan Wan membuat kabel bawah laut.
Ibrahim yang terletak di atas bukit.

16 SETIA 20

17 SETIA 20

18 SETIA 20

Hidup ibarat bermusafir,
perjalanannya adalah

pengalaman dan pengajaran.

19 SETIA 20

NAMA : SHAHARIN BIN ABDULLAH
JAWATAN : PENGETUA, DG54 (KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BAHASA MELAYU

NAMA : BADRUL HISHAM BIN NOH
JAWATAN : GPK PENTADBIRAN, DG48
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : KEJURUTERAAN AWAM

NAMA : SITI FATIMAH BINTI ABDULLAH
JAWATAN : GPK HEM, DG52(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM

NAMA : AMILIA AIDA BINTI KAMALUDIN
JAWATAN : GPK KOKURIKULUM, DG48
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : TESL

20 SETIA 20

NAMA : AZMIR BIN ROSLEN
JAWATAN :GKMP TEKNIK & VOKASIONAL, DG44
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : KEJURUTERAAN ELEKTRIK

NAMA : NOOR HASMAH BINTI MOHD YUSOFF
JAWATAN : GKMP KEMANUSIAAN, DG52(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PENGAJIAN ISLAM

NAMA : NURUL HAYATI BINTI ROSLI
JAWATAN : GKMP SAINS & MATEMATIK, DG44
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : KIMIA/BIOLOGI

NAMA : MOHD ZULHAZMI BIN MD ZAIN
JAWATAN : GKMP BAHASA, DG44
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : SAINS SUKAN

NAMA : MARLESA BINTI ABDUL MALIKARIMALLAH
JAWATAN : KAUNSELOR, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BIMBINGAN & KAUNSELING

NAMA : ZAWAHIR BINTI JUSOH
JAWATAN : GURU CEMERLANG, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : MATEMATIK

21 SETIA 20

NAMA : LIM SUAT LAY
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG52(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : SEJARAH

NAMA : HANITA BINTI ABDULLAH
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PENDIDIKAN JASMANI &

PENDIDIKAN KESIHATAN

NAMA : WAN ABDUL SALAM BIN WAN OMAR
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : wansalam66@gmail
OPSYEN : SOSIOLOGI / EKONOMI

NAMA : ZUHAIDA BINTI YAAKOB
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BAHASA INGGERIS

NAMA : HASMAINI BINTI ABDULLAH
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BAHASA MELAYU / GEOGRAFI

NAMA : WAN ROSNITA BINTI JUNOH
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BAHASA MELAYU / EKONOMI ASAS

22 SETIA 20

NAMA : MASNI YATI BINTI IBRAHIM
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM

NAMA : SITI RAHAYU BINTI KAMIL
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PENGAJIAN ISLAM

NAMA : ROSMAWATI BINTI ABDULLAH
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : MATEMATIK /

MATEMATIK TAMBAHAN

NAMA : NOR MAZNI BINTI MUSA
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG48(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : SAINS / MATEMATIK

NAMA : SHANMUGAM A/L KULATHURAN
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : SAINS KOMPUTER

NAMA : WIDURA BINTI ZAINAL ALI @ ZAINAL ABIDIN
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BAHASA MELAYU

23 SETIA 20

NAMA : RUFAIDAH BINTI IDRIS
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MAIL : [email protected]
OPSYEN : SAINS

NAMA : NURHAFIZAH BINTI ABDUL RASHID
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PENDIDIKAN SENI / SEJARAH

NAMA : AZFALLELA BINTI CHE SHAFIE
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PERAKAUNAN

NAMA : IZANI BIN ISMAIL
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : SEJARAH

NAMA : SUZANA BINTI YUSOF
JAWATAN : GDM/GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BAHASA MELAYU

NAMA : FAKHRULHUZAIMI BIN ALIAS
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : SEJARAH

24 SETIA 20

NAMA : ABDUL SHAMIL BIN AHMAD SUKRI
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT

NAMA : TUMINI BINTI MISTAR
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PERAKAUNAN

NAMA : NOOR ASHYRAH BINTI AWANG
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : REKA BENTUK TEKNOLOGI

NAMA : TENGKU INSANI BIN TENGKU ANERA
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PENDIDIKAN JASMANI

& PENDIDIKAN KESIHATAN

NAMA : ROHANI BINTI HAMAD
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : MATEMATIK / BIOLOGI

NAMA : MOHD ZUHAILI BIN HASSAN
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG44(KUP)
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : KEJURUTERAAN MEKANIKAL

25 SETIA 20

NAMA : NORRULHASMAD BINTI MD DAUD
JAWATAN : BENDAHARI PIBG/GURU AKADEMIK,

DG41
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : GEOGRAFI
NAMA : SYARIFAH BINTI MD NOR
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG41
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : FIZIK / MATEMATIK
NAMA : ASMIZAYATI BINTI ABU BAKAR
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG41
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : PERNIAGAAN

NAMA : NUR'AMALIN AISHAH BINTI ISMAIL
JAWATAN : GURU AKADEMIK, DG41
E - MEL : [email protected]
OPSYEN : BAHASA INGGERIS

26 SETIA 20

NAMA : AMINAH BINTI IDRIS
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR
GRED : N 22 (KUP)
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 01.05.2019

NAMA : NOOR ASIAH BINTI ABDUL JAMAL
JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL
GRED : C 22 (KUP)
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 01.10.2012

NAMA : ROGAYAH BINTI MOHD YUSOF
JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL
GRED : C 22 (KUP)
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 01.04.2014

NAMA : ZAHURIN BINTI MUHAMMAD
JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL
GRED : C 22 (KUP)
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 23.04.2008

27 SETIA 20

NAMA : NAFSIAH BINTI ABDUL MALIK
JAWATAN : PEMBANTU OPERASI
GRED : N 11
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 01.06.2020

NAMA : MUHAMAD KHAIRUL BIN BADRIN
JAWATAN : PEMBANTU OPERASI
GRED : N 11
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 05.01.2009

NAMA : KAMARUN ZAMAN BIN KAMAL
JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL
GRED : C 19
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 16.12.2014

NAMA : FARAH NAJWA BINTI MAT NANYAN
JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL
GRED : C 19
BERTUGAS DI SMKSW BERMULA : 01.04.2016

28 SETIA 20

29 SETIA 20

30 SETIA 20

31 SETIA 20



KELAB WARGA SMK SETIA WANGSA

PEMANGKIN PERPADUAN WARGA SEKOLAH KE ARAH
SMK SETIA WANGSA GEMILANG

____________________________________

MOHD ZULHAZMI BIN MD ZAIN
GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA
SMK SETIA WANGSA, KUALA LIPIS, PAHANG

Kelab guru merupakan sebuah berbeza bagi membina identiti kelab

kelab yang ditubuhkan di sekolah di guru di sekolah masing-masing supaya
bawah pengurusan GPK Pentadbiran
dan Kurikulum dan dipantau semangat kekitaan wujud bukan sahaja
sepenuhnya oleh pengetua atau guru
besar sekolah. Kelab ini merupakan dalam kalangan guru tetapi juga staf
pelengkap kepada pengurusan
kebajikan dari segi keperluan fizikal yang bertugas di sekolah tersebut. Hal
serta emosi guru dan staf di sekolah.
Kelab guru di setiap sekolah mempunyai ini dikatakan demikian kerana staf juga
pendekatan yang berbeza dalam
konteks pengurusan dan perjalanan adalah sebahagian daripada individu
kelab berkenaan. Secara umumnya
bergantung sepenuhnya kepada ahli yang memberi sumbangan besar
jawatankuasa yang telah dilantik
melalui undian atau melalui lantikan kepada pembangunan dan kemenjadian
secara terus daripada pihak pentadbiran
sekolah untuk mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah. Nama lain yang biasa
kelab tersebut. Proses pelantikan ahli
jawatankuasa juga berlaku secara digunakan ialah Kelab Guru dan
bergilir-gilir iaitu bagi tempoh satu
tahun atau dua tahun bergantung Kakitangan, Kelab Guru dan Staf, Kelab
kepada rutin sekolah masing-masing.
Silaturahim dan Kelab Keluarga. SMK
Selain kelab guru, ada juga
sekolah yang menggunakan nama yang Setia Wangsa juga tidak terkecuali

dalam membawa identitinya sendiri

iaitu melalui nama Kelab Warga SMK

Setia Wangsa. Melalui nama ini, secara

jelas menunjukkan bahawa setiap

individu di dalam sekolah ini dari

peringkat pengurusan tertinggi sehingga

ke pekerja bahagian dan unit tertentu di

bawah pengurusan sekolah ialah warga

sekolah yang bergerak secara sederap

ke arah pembangunan dan kemajuan

SMK Setia Wangsa dalam segenap

bidang. 33 SETIA 20

Bagi sesi 2019/2020, Kelab Warga Setia Wangsa sesi 2019/2020. Peranan
SMK Setia Wangsa telah diterajui oleh utama kelab ini adalah menjadi medium
En. Mohd Zulhazmi bin Md Zain sebagai pengantara antara guru dan staf dengan
pengerusi kelab selama dua tahun dan pihak pentadbir sekolah. Hubungan
merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran antara guru, staf dengan pihak
(GKMP) Bahasa di sekolah berkenaan. pentadbiran sekolah amat penting
Beliau dibantu oleh En. Ade Izzuan bin kepada kemajuan sebuah organisasi
Abu Bakar sebagai naib pengerusi kelab sekolah. Selain itu, kelab ini juga
namun telah diambil alih oleh En. Abdul menjadi medium penyebaran maklumat
Shamil bin Ahmad Sukri setelah En. Ade utama kepada guru dan staf di sekolah.
Izzuan bertukar ke SMK Clifford sebagai Maklumat daripada pihak pentadbiran
kaunselor di sana. Selain itu, Kelab sekolah dan agensi luar yang berkaitan
Warga SMK Setia Wangsa juga kebajikan dan kemenjadian warga
dikuatkan lagi oleh seorang setiausaha sekolah disatukan melalui satu saluran.
iaitu Pn. Nur'amalin Aishah binti Ismail, Sebagai contoh, maklumat berkenaan
seorang bendahari Pn. Asmizayati binti dengan tawaran melanjutkan pelajaran,
Abu Bakar dan empat orang ahli aktiviti luar seperti program dan
jawatankuasa iaitu En. Dahalan bin bengkel, maklumat koperasi dan
Mohamad, YM. Tengku Insani bin kesatuan guru, sebaran maklumat
Tengku Anera, Pn. Rohani binti Hamad berkenaan daftar mengundi dan banci
dan Cik Rogayah binti Mohd Yusof. penduduk, dan yuran Kelab PERPUSPA
Semua ahli jawatankuasa ini telah dan PSKPP. Di samping itu, bagi
dilantik melalui proses undian yang memastikan guru dan staf dapat bekerja
dijalankan dalam kalangan guru dan staf dengan suasana yang lebih kondusif,
SMK Setia Wangsa. bilik guru disusun atur semula dan label
penjarakan sosial dilekatkan pada lantai
Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mematuhi SOP daripada pihak
dan dijalankan oleh Kelab Warga SMK MKN dan KPM.

34 SETIA 20

Semut bersarang di tepi sawah
Busut dibina tegak berdiri

Kelab warga pemangkin ukhuwah
Kegemilangan Setia Wangsa kekal abadi.

Program yang khusus untuk sambutan hari jadi mengikut bulan

mengeratkan lagi hubungan antara kelahiran masing-masing. Selain itu,

warga sekolah menjadi fokus utama setiap guru dan staf yang mendapat

kelab ini. Program ini dijalankan dengan cahaya mata baharu dan juga anak yang

kerjasama antara unit dan kelab yang mendapat keputusan yang cemerlang

terdapat dalam sekolah ini sendiri. dalam peperiksaan awam juga diberikan

Peranan Kelab Warga dalam cenderamata dan sumbangan sebagai

menjayakan program-program tanda syukur bagi berkongsi

terbahagi kepada dua iaitu sebagai kegembiraan bersama. Pihak kelab juga

penganjur utama dan juga sebagai tidak lupa dalam memberi sumbangan

penganjur bersama. Program-program kepada warga sekolah yang berada

yang telah dijalankan adalah seperti dalam kesusahan dan melalui situasi

Hari Keluarga SMK Setia Wangsa di yang sukar iaitu dengan mengedarkan

De’Ru, Kuantan, Program Berbuka tabung sumbangan bagi meringankan

Puasa, Sambutan Citra Raya Malaysiaku, beban mereka yang terlibat. Kelab juga

Program Bubur Asyura, Sambutan Hari berusaha dengan pihak pengurusan dan

Guru peringkat sekolah dan Jamuan pentadbiran sekolah bagi memberi

Akhir Tahun Kelab. Selain itu, kelab juga anugerah atas pencapaian cemerlang

telah menjalankan beberapa majlis dan guru dalam pelbagai bidang

program bagi meraikan guru yang telah berdasarkan empat subunit utama iaitu

bersara dan bertukar. Antara program pengurusan, kurikulum, hal ehwal

terbesar adalah majlis perpisahan murid dan kokurikulum. Anugerah ini

mantan Pengetua En. Zainal Abidin bin disampaikan semasa jamuan akhir

Che Omar pada tahun 2019, dan Pn. tahun kelab. Penganugerahan anugerah

Zaubedah binti Haji T.A. Kunchi Koya ini adalah sebagai tanda penghargaan

(GPK HEM) dan En. Baharudin bin Che kepada guru yang telah menunjukkan

Derahman (GKMP Sains dan komitmen dan prestasi yang

Matematik) pada tahun 2020. Selain membanggakan sepanjang tahun 2019

daripada guru tetap, guru ganti dan dan 2020. Semoga mereka menjadi

guru praktikal juga dirai bagi inspirasi dan menjadi kayu ukur kepada

mengenangkan jasa dan sumbangan ahli kelab yang lain dalam menjalankan

mereka kepada sekolah. tugas-tugas dan amanah yang telah

Setiap guru juga dirai melalui majlis dipertanggungjawabkan. 35 SETIA 20

Tuntasnya, Kelab Warga kerana hanya dengan kelulusan dan
memainkan peranan besar dalam kebenaran pihak pentadbir terutama
mewujudkan suasana kerja yang tuan pengetua sahaja akan
kondusif melalui pemupukan emosi membolehkan program yang dirancang
positif dalam kalangan warga SMK Setia oleh Kelab Warga ini dapat dijalankan.
Wangsa. Program yang telah dirancang Kelab Warga SMK Setia Wangsa sesi
sepanjang tahun 2019 dan 2020 tidak 2019/2020 telah sedaya upaya
akan dapat dilaksanakan dengan baik memberi perkhidmatan yang terbaik
dan sempurna sekiranya hanya kepada warga SMK Setia Wangsa agar
bergantung kepada kekuatan AJK Kelab ikatan yang terjalin utuh akan
Warga semata. Kerjasama yang telah berkekalan. Seterusnya, dapat
diberikan oleh warga SMK Setia Wangsa meningkatkan kualiti kerja guru dan staf
telah menjadikan program-program ini demi kecemerlangan murid khususnya
satu realiti. Pihak pentadbiran sekolah dan kejayaan serta kegemilangan
juga memainkan peranan yang penting sekolah umumnya.

36 SETIA 20

37 SETIA 20

38 SETIA 20

39 SETIA 20

40 SETIA 20

Permintaan dan harapan yang tergendala itu

bukanlah musibah tetapi adalah suatu ruang masa

untuk kita belajar mengurus hati, akal dan peribadi

serta kemampuan agar lebih bersedia dengan

sesuatu yang mungkin lebih hebat daripada apa

yang kita impikan, kerana kapal dagang yang

besar tidak layak tempatnya di sungai cetek,

namun di lautan yang luas itu harus diingat

tersedianya juga bersama gelora ombak yang

ganas. 41 SETIA 20

Jalinan Sejarah Keagungan
SMK Setia Wangsa

____________________________________
MOHD ZULHAZMI BIN MD ZAIN

GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA
SMK SETIA WANGSA, KUALA LIPIS, PAHANG

Galeri sekolah merupakan antara mercu tanda sekolah yang mempunyai nilai estetika

tersendiri dalam menggambarkan serta memaparkan identiti bertapaknya sesebuah sekolah di
Malaysia. Galeri ini merupakan tempat pengunjung, guru serta murid-murid mendapatkan
informasi dan mengenali kekuatan sesebuah sekolah dalam pelbagai aspek. Selain itu, galeri ini
amat sesuai kepada guru dan murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan
di sekolah. Pembinaan galeri sekolah ini adalah selaras dengan cadangan daripada Datuk Seri Dr
Rais Yatim, mantan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada tahun 2013. Beliau
menyatakan bahawa mewujudkan galeri sekolah adalah sebagai usaha ke arah melahirkan
warganegara yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang kental, patriotik, cinta akan negara dan
menjunjung warisan budaya bangsa. Secara tidak langsung galeri sekolah ini dapat melambangkan
identiti sekolah dan mewujudkan persejarahan di sesebuah sekolah itu sendiri.

Galeri Setia SMK Setia Wangsa telah diilhamkan oleh Allahyarham En. Zainal Abidin bin Che
Omar, mantan Pengetua SMK Setia Wangsa pada tahun 2017. Bagi menjadikan projek ini satu
kenyataan, projek pembinaan Galeri Setia ini telah dipertanggungjawabkan kepada En. Mohd
Zulhazmi bin Md Zain yang merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa (GKMP Bahasa) di
sekolah tersebut. Beliau telah dibantu oleh barisan guru yang terdiri daripada En. Azmer, En. Zuhaili,
En. Zakwan, Pn. Ashyrah, Pn. Alia dan Pn. Nurhafizah. Selain itu, mereka juga dibantu oleh dua
orang staf sekolah iaitu En. Khairul dan En. Kamarun Zaman. Projek pengubahsuaian dan pembinaan
secara berstruktur telah bermula pada tahun 2018. Bagi mendapatkan cetusan idea untuk
mendekorasi serta menyusun atur galeri ini, pihak sekolah telah mengadakan lawatan penanda aras
galeri sekolah ke SMK Padang Tengku dan SMK (Felda) Sungai Koyan. Berbekalkan sumbangan dana
daripada pelbagai pihak, projek pembinaan galeri telah berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan
dalam tempoh setahun.

42 SETIA 20

Galeri Setia ini telah dirasmikan oleh pengetua yang pernah berkhidmat di SMK
Allahyarham Tuan Pengetua En. Zainal Setia Wangsa, senarai ketua murid, koleksi
Abidin bin Che Omar sempena majlis sijil penghargaan dan sijil pencapaian yang
persaraan beliau pada 31 Januari 2019. pernah diperoleh oleh pihak sekolah, piala
Pelbagai bahan boleh dijadikan rujukan dan dan plug kecemerlangan kurikulum dan
tatapan di dalam galeri ini. Bahan-bahan kokurikulum, ruang Kelab Warga, ruang
tersebut telah dikelaskan kepada beberapa jalinan pihak sekolah dan agensi luar,
bahagian dan sudut supaya mudah diakses koleksi majalah sekolah, koleksi buku
oleh pengunjung. Sudut dan bahagian yang pengurusan sekolah, koleksi buku teks
terdapat di dalam galeri ini adalah seperti KBSM yang terdiri daripada pelbagai versi
sudut foto guru yang pernah berkhidmat di dan mata pelajaran serta koleksi alat-alat
SMK Setia Wangsa, senarai nama dan muzik tradisional nasyid dan dikir barat.
gambar

43 SETIA 20

Galeri ini menjadi kenyataan hasil sekolah amat mengalu-alukan sekiranya
sumbangan bahan serta koleksi bersejarah ada pihak seperti PIBG SMK Setia Wangsa,
berkaitan penubuhan sekolah dari mula Alumni SMK Setia Wangsa dan masyarakat
sehingga sekarang. Sumbangan ini di sekitar sekolah serta pihak individu dan
diperoleh daripada pelbagai pihak dan berkumpulan yang memiliki koleksi serta
diserahkan kepada pihak pengurusan Galeri bahan bersejarah berkaitan sekolah dan
Setia untuk dipaparkan dan diabadikan di persekitarannya dalam bentuk gambar,
dalam galeri ini agar dapat ditatap oleh filem slaid, video, artifak atau keratan
semua pihak pada masa akan datang. akhbar bolehlah menyumbangkan bahan-
Proses pengumpulan bahan masih bahan tersebut untuk dipamerkan di dalam
dijalankan sehingga sekarang. Pihak galeri ini

44 SETIA 20

Emas suasa penghias diri,
Disimpan rapi di dalam peti,

Galeri Setia megah berdiri,
Jalinan sejarah keagungan pertiwi.

Tak kenal maka tak cinta, diharap Sekalung penghargaan kepada semua
dengan terbinanya Galeri Setia ini dapat pihak yang terlibat secara langsung dan
menjadi pemangkin kepada wujudnya tidak langsung dalam menyumbangkan
masyarakat yang menyayangi sekolah wang, bahan, keringat dan buah fikiran
kerana sekolah merupakan pencerna ilmu dalam proses pembinaan galeri ini. Hasil
dan pembentuk nilai murni bukan sahaja gabungan ini telah menjadikan Galeri Setia
kepada warga sekolah malah kepada satu realiti. Besar harapan agar mercu tanda
masyarakat yang berada di persekitarannya. SMK Setia Wangsa ini dipelihara, dijaga
Selain itu, secara tidak langsung semangat dan diselenggara dengan baik oleh generasi-
patriotisme dan cinta akan negara juga dapat generasi SMK Setia Wangsa yang akan
dipupuk ke dalam diri murid, guru serta datang kerana nilai yang terdapat galeri ini
masyarakat yang berada di sekitar SMK memberi makna yang besar dalam
Setia Wangsa. mewujudkan modal insan yang akan
memimpin negara pada masa akan datang.

45 SETIA 20

46 SETIA 20 TRANSFORMASI GALERI SETIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETIA WANGSA

Perubahan ruang hadapan Galeri Setia setelah diubah suai.

Pandangan dari sudut pintu masuk Galeri Setia setelah diubah suai.

47 SETIA 20 TRANSFORMASI GALERI SETIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETIA WANGSA

Pandangan pada ruang dalam Galeri Setia setelah diubah suai.

Pandangan pada bahagian kokurikulum setelah diubah suai

Sudut dan ruang di dalam Galeri Setia SMK Setia Wangsa

48 SETIA 20


Click to View FlipBook Version