The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serimaisarah700, 2022-06-08 10:03:33

E-FOLIO (GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK)

E-FOLIO (GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK)

Pengajian Islam

MPU230123

4.1.1 GEJALA KERUNTUH AKHLAK
ii.Masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan

perempuan di Politeknik Malaysia.

10

PUAN SITI NOOR BINTI HUSSAIN

AHLI KUMPULAN

Nur Khairatul Aisya Seri Maisarah
Binti Moktar Binti Saleh

(14DPR21F1014) (!4DPR21F1034)

11

Nurul Asyikin Norizatul Asyikin
Binti Mohamad Binti Mohd Safiee
(14DPR21F1044) (14DPR21F1020)

ISI KANDUNGAN

NO ISI

1 Penghargaan
2 Objektif Kajian
3 Pengenalan
4 Punca
51 Kesan 2
6 Cara Mengatasi
7 Kesimpulan
8 Rujukan

PERHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus
ini dengan penuh jayanya.kami menjulang sepenuh penghargaan
kepada Ustazah Siti Noor Binti Hussain, Pensyarah Pengajian Islam
(MPU23012),di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada
kami .Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku.Selain itu,tidak lupa juga
penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan
dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasil tugasan
ini.Akhir kata,kami juga mengucapka3n ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan sekumpulan kami yang banyak membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan dengan baik.Pelbagai ilmu yang dapat kami

13

rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama
yang di tunjukkan oleh rakan -rakan sekumpulan ternyata
membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang
diberi ini.Tanpa bantuan dari semua pihak,tidak mungkin kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna.
Sekian terima kasih daripada kami sekumpulan.

OBJEKTIF
KAJIAN

Objetif kajian dalam tajuk ini ialah kita dapat menerangkan
tentang permasalahan yang berlaku di kalangan remaja
hari ini dan mampu memberikan jalan penyelesaian yang
terbaik bagi mengatasi masalah social yang kian
meruncing kini.Selain itu, kita juga dapat mengkaji punca

,kesab derta crata mengatasi masalah yang berlaku dalam
pergaulan bebas ini.Di samping itu, kita dapat memberi
kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar –pelajar
tentang masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki

14

dan perempuan di Politeknik Malaysia.

PENGENALAN

Pergaulan mengikut kamus pelajar edisi kedua ialah hal
bercampur atau bergaul dengan orang lain; percampuran:

Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dalam
sehari-hari. Manakala bebas menurut kamus pelajar edisi
kedua pula ialah tidak dihalang atau tidak disekat-sekat

melakukan sesuatu.

Pergaulan bebas (ikhtilat) menurut hukum islam ialah
merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara
bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi

15

samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka.

PUNCA

1 Kurang Perhatian Daripada Ibu Bapa
Terhadap Anak-anak

Apabila keluarga terlepas pandang tentang perkembangan
hidup anak mereka ,anak mereka akan mencari teman untuk
mencari perhatian dan memahami masalah yang mereka
hadapi.Sebagai contoh,apabila remaja perempuan merasakan
rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi
kehendaknya maka disitulah bermulanya pergaulan bebas di
antara remaja lelaki dan perempua tanpa memikirkan soal
betasan dalam pergaulan mereka.

2 Kurang Didikan Agama
Ibu bapa yang tidak mengajar ilmu agama islam yang
sepatutnya kepada anak akan menyebakan anak terus hanyut
dengan hal duniawi.Walaupun anak dihantar ke sekolah aliran
agama tetapi anak akan berubah dari segi pergaulan sebaik
sahaja melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.Hal ini
kerana,remaja tidak berusaha menerapkan nilai-nilai agama
yang telah1 dipelajari dala6 m kehidupan dan akan berlakunya
pergaulan bebas.

3 Pengaruh Media Massa
Kemunculan media massa yang semakin canggih seperti
telefon pintar turut mendorong kepada pergaulan bebas antara
remaja lelaki dan remaja perempuan.Kelakuan yang tidak
senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan perasaan
ingin mencuba dalam diri mereka.Jadi tidak hairanlah jika ramai
remaja yang kelihatan sering berdua-duaan dengan lawan
jenis.

PUNCA

Dunia Cinta Remaja

4 Di zaman moden ini,pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan telah dilihat sebagai perkara biasa oleh masyarakat
walaupun sudah melanggr hukum Allah SWT.Memang lumrah
perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada
di alam remaja.Tetapi sekiranya perasaa ini tidak
dikawal,sudah tentu akan menimbulkan gejala-gejala sosial
yang buruk seperti berpegangan tangan,berciuman dan zina.

Pengaruh Rakan Sebaya

5 Para remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya
akan mudah dipengaruhi oleh rakannya yang mempunyai
akhlak yang buruk.Jadi tidak mustahil akan berlakunya
pergaulan bebas dan mempunyai akhlak yang buruk
disebabkan tiada pegangan agama yang kukuh dan tidak mahu
dianggap kolot oleh rakan yang lain.
17

KESAN Pergaulan bebas sering diperkatakan dengan sesuatu
yang negatif seperti seks bebas,kehidupan malam dan
lain-lain.Memang istilah ini telah dapat dari budaya
barat di mana orang bebas untuk melakukan hal-hal
seperti itu tanpa ada perasaan malu di khalayak
ramai.Kejadian pergaulan memberi pengaruh yang
besar kepada diri sendiri ,ibu bapa,masyarakat dan juga
negara.

PEMBUANGAN BAYI DAN PENGUGURAN
Pelajar yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan
hubungan di luar tabiat. Hal ini menyebabkan pelajar perempuan
mengandung sebelum berkahwin.Dalam situasi tersebut,pelajar yang
hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu
meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti
tandas awam, tong sampah, tepi longkang.Selain itu,berlakunya
penguguran apabila mereka rasa maruah keluarga akan tercalar.

PENCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
Kebanyakan pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung.
Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih
tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah
ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka
selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga
akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil.
Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di

Malaysia.

18

KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada
pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja
berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja
masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik
seperti kumpulan 'mat rempit', gangster dan sebagainya.Hal ini
menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan
mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang
tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka
terutamanya apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan

memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak
dituruti.Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih
lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang
runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan

pahala ketika melakukan sesuatu.

KESAN

KEMEROSOTAN PELAJARAN
Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar
berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini
mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan
akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar
kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok
dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

Tersebarnya penyakit yang membawa maut

Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh
hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah

mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah
AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya

masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

19

CARA
MENGATASI

Memperkuat Pendidikan Agama Dalam
Diri

Remaja yang mempunyai asas pendidikan agama dan moral
yang kukuh tidak akan mudah jatuh ke dalam pergaulan bebas
kerana mereka tahu dan dapat membezakan antara yang benar

atau salah.Pendidikan agama dapat menguatkan iman
seseorang.

Memilih Rakan Sebaya

Pemilihan rakan sebaya yang kurang sesuai akan memudahkan
seseorang itu terjerumus ke dalam pergaulan bebas.Oleh sebab
itu kita disarankan untuk memilih rakan dan mengenali hati budi

serta perlakuan mereka yang sekiranya dapat memberikan
1 pengaruh positif. 10

Mengeratkan Hubungan Dengan Ibu
Bapa

Hubungan dekat antara ibu bapa dan anak akan memberi
pengawasan yang lebih baik kepada anak.Sekiranya pelajar rapat

dengan ibu bapa mereka akan dapat terus bertanya tentang
pelbagai masalah walaupun mereka yang dianggap sensitif dan

tabu seperti seks bukan mencari maklumat yang boleh
mengelirukan kepada pihak lain.

CARA
MENGATASI

Mengisi Masa Lapang

Satu faktor yang juga memberi peluang kepada remaja untuk
dicubai oleh kehidupan bebas adalah ketersediaan banyak masa

lapang.Sekiranya,masa lapang dipenuhi dengan aktiviti positif
dan berguna,maka tidak ada masa untuk berfikir tentang

perkara-perkara yang diputarbelitkan seperti keluar berdua lelaki
dan perempuan.

1 11

Menjaga Batas Pergaulan Ketika Di
Luar Rumah

Terlalu banyak waktu yang digunakan untuk melakukan kegiatan di luar
rumah yang berkurang bermanfaat,membuka peluang bagi pengaruh
buruk untuk masuk.Jika boleh,elakkan kegiatan di luar rumah yang
kurang penting agar dapat memfokuskan diri kepada cara hidup yang
positif.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan mereka
sebaiknya dalam mengatasi masalah ini kerana jika pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan ini tidak dibendung atau dicegah,
kemungkinan masalah yang lagi besar seperti berleluasanya aktiviti
sumbang yang tidak diingini akan menimpa individu, masyarakat serta
mampu memburukkan nama agama Islam atau negara.

Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan hehas ini memberikan
impak yang negatif berbanding daripada positif dalam kehidupan
seseorang terutamanya tertumpu kepada pelajar kerana pergaulan
bebus ini boleh menyebabkan terjerumusaya ke arah zina. Hal ini juga
telah memben impak kepada masyarakat kerana mereka terpaksa
menahan malu melihat remaja yang masih muda menyelesaikan masalah
mereka seperti membuang bayi yang tidak bersalah

1 12

Selanjutannya, hagi mencegah pergaulan bebas ini daripada
meningkat berleluasa, ihu hapa ialah orang yang perlu memainkan
peranan penting dalam menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada
anak ketika mereka masih kecil.

KESIMPULAN

Perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa secara tidak langsung
akan diikuti oleh anak sama ada perbuatan itu yang boleh
dicontohi atau yang negatif. Ibu bapa perlu mementingkan
agama Islam kepada anak mereka agar tidak terpesong jauh dari
landasannya .

Di samping itu juga, pihak insititusi pengajian tinggi perlulah

menekankan kepada pelajar tentang keburukan-keburukan yang akan
berlaku jika pergaulan bebas ini tidak diatasi dengan baik. Usaha dan
pembangunan perlulah dilakukan oleh pihak atasan antak membanteras
gejala ini daripada menjadi isu yang lebih serius. Pelajar atau remaja
perlulah dipantau dan diberi perhatian yang secukupnya agar mereka
mampu membentuk diri menjadi seorang yang berakhlak mulia.

1 13

Akhir sekali, pergaulan bebas tidak akan terjadi jika semua pihak
membanting tulang dalam mencegah gejala ini daripada berleluasa dan
tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita juga sebagai
masyarakat yang prihatin perlulah mencegah perkara ini daripada in
terus merosakkan akhlak remaja melalui pergaulan bebas ini.

RUJUKAN

➢https://fliphtml5.com/wmfjn/xdnn/basic
➢https://prezi.com/p/4vg4jygf-h4s/masalah-pergaulan-bebas-antara-

pelajar-lelaki-dan-perempuan-di-politeknik-malaysia/
➢https://pinkeucakeu.blogspot.com/2020/10/settle-copy-paste-boleh-

edit-kalau.html

1 14

Terima
Kasih

1 15


Click to View FlipBook Version