The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serimaisarah700, 2022-06-09 02:24:50

efolio majalah masalah pergaulan(1).

efolio majalah masalah pergaulan(1).

Pengajian Islam

MPU230123

4.1.1 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
ii.Masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan

perempuan di Politeknik Malaysia.

10

PUAN SITI NOOR BINTI HUSSAIN

AHLI KUMPULAN

Nur Khairatul Aisya Seri Maisarah
Binti Moktar Binti Saleh

(14DPR21F1014) (!4DPR21F1034)

11

Nurul Asyikin Norizatul Asyikin
Binti Mohamad Binti Mohd Safiee
(14DPR21F1044) (14DPR21F1020)

ISI KANDUNGAN

NO ISI

1 Penghargaan
2 Objektif Kajian
3 Pengenalan
4 Punca
51 Kesan 2
6 Cara Mengatasi
7 Kesimpulan
8 Rujukan

PERHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya.kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Siti
Noor Binti Hussain, Pensyarah Pengajian Islam (MPU23012),di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami .Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.Selain
itu,tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasil
tugasan ini.Akhir kata,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan sekumpulan kami yang banyak membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini
berjalan dengan baik.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan

13

sekumpulan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan
tugasan yang diberi ini.Tanpa bantuan dari semua pihak tidak mungkin kami
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna.
Sekian terima kasih daripada kami sekumpulan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objetif kajian dalam tajuk ini ialah kita dapat menerangkan
tentang permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini
dan mampu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi
mengatasi masalah sosial yang kian meruncing kini.Selain itu,

kita juga dapat mengkaji punca ,kesan serta cara mengatasi
masalah yang berlaku dalam pergaulan bebas ini.Di samping
itu, kita dapat memberi kefahaman yang menyeluruh kepada
pelajar-pelajar tentang masalah pergaulan bebas antara pelajar

lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia.

14

PENGENALAN

Pergaulan mengikut kamus pelajar edisi kedua ialah hal
bercampur atau bergaul dengan orang lain; percampuran:
Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dalam sehari-
hari. Manakala bebas menurut kamus pelajar edisi kedua pula

ialah tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan
sesuatu.

Pergaulan bebas (ikhtilat) menurut hukum islam ialah
merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas
yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di

15

tempat sunyi atau di tempat terbuka.

PUNCA

1 Kurang Perhatian Daripada Ibu Bapa
Terhadap Anak-anak

Apabila keluarga terlepas pandang tentang perkembangan hidup
anak mereka ,anak mereka akan mencari teman untuk mencari
perhatian dan memahami masalah yang mereka hadapi.Sebagai
contoh,apabila remaja perempuan merasakan rakan lelaki lebih
memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka disitulah
bermulanya pergaulan bebas di antara remaja lelaki dan perempuan,
tanpa memikirkan soal betasan dalam pergaulan mereka.

2 Kurang Didikan Agama
Ibu bapa yang tidak mengajar ilmu agama islam yang sepatutnya
kepada anak akan menyebabkan anak terus hanyut dengan hal
duniawi. Walaupun anak dihantar ke sekolah aliran agama tetapi anak
akan berubah dari segi pergaulan sebaik sahaja melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi.Hal ini kerana,remaja tidak
berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang telah dipelajari dalam
kehidupan 1dan akan berlakun6 ya pergaulan bebas.

3 Pengaruh Media Massa
Kemunculan media massa yang semakin canggih seperti telefon
pintar turut mendorong kepada pergaulan bebas antara remaja lelaki
dan remaja perempuan.Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka
saksikan telah menimbulkan perasaan ingin mencuba dalam diri
mereka.Jadi tidak hairanlah jika ramai remaja yang kelihatan sering
berdua-duaan dengan lawan jenis.

PUNCA

Dunia Cinta Remaja
4 Di zaman moden ini,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
telah dilihat sebagai perkara biasa oleh masyarakat walaupun sudah

melanggar hukum Allah SWT.Memang lumrah perasaan ingin

berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja.Tetapi

sekiranya perasaan ini tidak dikawal,sudah tentu akan menimbulkan

gejala-gejala sosial yang buruk seperti berpegangan

tangan,berciuman dan zina.

Pengaruh Rakan Sebaya

5 Para remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan
mudah dipengaruhi oleh rakannya yang mempunyai akhlak yang
buruk.Jadi tidak mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan
mempunyai akhlak yang buruk disebabkan tiada pegangan agama
yang kukuh dan tidak mahu dianggap kolot oleh rakan yang lain.

17

KESAN Pergaulan bebas sering diperkatakan dengan sesuatu yang
negatif seperti seks bebas,kehidupan malam dan lain-
lain.Memang istilah ini telah dapat dari budaya barat di
mana orang bebas untuk melakukan hal-hal seperti itu tanpa
ada perasaan malu di khalayak ramai.Kejadian pergaulan
memberi pengaruh yang besar kepada diri sendiri ,ibu
bapa,masyarakat dan juga negara.

PEMBUANGAN BAYI DAN PENGUGURAN
Pelajar yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di
luar tabiat. Hal ini menyebabkan pelajar perempuan mengandung sebelum
berkahwin.Dalam situasi tersebut,pelajar yang hilang pegangan agama akan

menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru
dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi
longkang.Selain itu,berlakunya penguguran apabila mereka rasa maruah

keluarga akan tercalar.

PENCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
Kebanyakan pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung.
Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak
matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada
pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas
berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah
hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat

pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.

18

KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan
anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan
individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah
kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat
rempit', gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini
berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat
dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu
bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan
memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Dalam
konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan
mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga
mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan

sesuatu.

KESAN

KEMEROSOTAN PELAJARAN
Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa

sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada
perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah
menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka
kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan

berpacaran dengan pasangan.

Tersebarnya penyakit yang membawa maut

Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan
bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun

fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh
membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke

hari ini.

19

CARA MENGATASI

Memperkuat Pendidikan Agama Dalam Diri

Remaja yang mempunyai asas pendidikan agama dan moral yang kukuh

tidak akan mudah jatuh ke dalam pergaulan bebas kerana mereka tahu
dan dapat membezakan antara yang benar atau salah.Pendidikan
agama dapat menguatkan iman seseorang.

Memilih Rakan Sebaya
Pemilihan rakan sebaya yang kurang sesuai akan memudahkan
seseorang itu terjerumus ke dalam pergaulan bebas.Oleh sebab itu
kita disarankan untuk memilih rakan dan mengenali hati budi serta
perlakuan mereka yang sekiranya dapat memberikan pengaruh
1 positif. 10

Mengeratkan Hubungan Dengan Ibu Bapa

Hubungan dekat antara ibu bapa dan anak akan memberi pengawasan
yang lebih baik kepada anak.Sekiranya pelajar rapat dengan ibu bapa
mereka akan dapat terus bertanya tentang pelbagai masalah walaupun
mereka yang dianggap sensitif dan tabu seperti seks bukan mencari

maklumat yang boleh mengelirukan kepada pihak lain.

CARA MENGATASI

Mengisi Masa Lapang

Satu faktor yang juga memberi peluang kepada remaja untuk dicubai
oleh kehidupan bebas adalah ketersediaan banyak masa

lapang.Sekiranya,masa lapang dipenuhi dengan aktiviti positif dan
berguna,maka tidak ada masa untuk berfikir tentang perkara-perkara

yang diputarbelitkan seperti keluar berdua lelaki dan perempuan.

1 11

Menjaga Batas Pergaulan Ketika Di Luar
Rumah

Terlalu banyak waktu yang digunakan untuk melakukan kegiatan di luar rumah
yang berkurang bermanfaat,membuka peluang bagi pengaruh buruk untuk
masuk.Jika boleh,elakkan kegiatan di luar rumah yang kurang penting agar
dapat memfokuskan diri kepada cara hidup yang positif.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan mereka sebaiknya
dalam mengatasi masalah ini kerana jika pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan ini tidak dibendung atau dicegah, kemungkinan masalah yang lagi
besar seperti berleluasanya aktiviti sumbang yang tidak diingini akan menimpa
individu, masyarakat serta mampu memburukkan nama agama Islam atau
negara.

Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang

negatif berbanding daripada positif dalam kehidupan seseorang terutamanya

tertumpu kepada pelajar kerana pergaulan bebas ini boleh menyebabkan

terjerumusnya ke arah zina. Hal ini juga telah memberi impak kepada

masyarakat kerana mereka terpaksa menahan malu melihat remaja yang masih

muda menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi yang tidak

bersalah

1 12

Selanjutannya, bagi mencegah pergaulan bebas ini daripada meningkat
berleluasa, ibu bapa ialah orang yang perlu memainkan peranan penting dalam
menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak ketika mereka masih kecil.

KESIMPULAN

Perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa secara tidak langsung akan
diikuti oleh anak sama ada perbuatan itu yang boleh dicontohi atau
yang negatif. Ibu bapa perlu mementingkan agama Islam kepada anak
mereka agar tidak terpesong jauh dari landasannya .

Di samping itu juga, pihak institusi pengajian tinggi perlulah menekankan

kepada pelajar tentang keburukan-keburukan yang akan berlaku jika pergaulan
bebas ini tidak diatasi dengan baik. Usaha dan pembangunan perlulah dilakukan
oleh pihak atasan antara membanteras gejala ini daripada menjadi isu yang
lebih serius. Pelajar atau remaja perlulah dipantau dan diberi perhatian yang
secukupnya agar mereka mampu membentuk diri menjadi seorang yang
berakhlak mulia.

Akhir sekali, per1gaulan bebas tida13k akan terjadi jika semua pihak membanting
tulang dalam mencegah gejala ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan
diri dalam diri mereka. Kita juga sebagai masyarakat yang prihatin perlulah
mencegah perkara ini daripada ini terus merosakkan akhlak remaja melalui
pergaulan bebas ini.

RUJUKAN

➢https://fliphtml5.com/wmfjn/xdnn/basic
➢https://prezi.com/p/4vg4jygf-h4s/masalah-pergaulan-bebas-antara-

pelajar-lelaki-dan-perempuan-di-politeknik-malaysia/
➢https://pinkeucakeu.blogspot.com/2020/10/settle-copy-paste-boleh-

edit-kalau.html
➢ https://www.yumpu.com/id/document/view/57462879/faktor-

berlakunya-pergaulan-bebas
➢ http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/faktor-

pergaulan-bebas.html?m=1
➢ http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/definisi-

pergaulan-bebas.html

1 14

Terima
Kasih

1 15


Click to View FlipBook Version