The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK SEPAK TAKRAW-M. YUSUF ADAM ZULKARNAIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m1373, 2021-08-25 05:18:46

PROJEK SEPAK TAKRAW-M. YUSUF ADAM ZULKARNAIN

PROJEK SEPAK TAKRAW-M. YUSUF ADAM ZULKARNAIN

TOKOH SEPAK TAKRAW NEGARA

ADNAN SAIDIN

SYAHIR ROSDI

MUHAMMAD YUSUF ADAM ZULKARNAIN BIN HAMZAH
2 IBNU RUSYD
SEPAK TAKRAW

KaNDUNGAN

1. BIODATA
2. PENGALAMAN
3. SUMBANGAN
4. RUMUSAN

BIODATA :

MOHAMMAD SYAHIR BIN MOHD ROSDI

Nama penuh beliau ialah Mohammad Syahir bin Mohd Rosdi. Anak kelahiran
Sg. Petani Kedah ini mendapat jolokan “Tekong Emas Negara”. Mendapat
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Hitam, dan seterusnya
menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Mutiara Impian (SSN PULAU
PINANG).

Mula berjinak dalam sepak takraw seawal usia 12 tahun lagi.
Walaupun masih di usia muda, namun beliau sudah pun berjaya mencatat
sejarah negara apabila berjaya menamatkan kemarau emas 24 tahun di Sukan
Asia 2018 Jakarta-Palembang lalu semasa dia baru sahaja menginjak usia 22
tahun. Sekarang beliau bekerja sepenuh masa dengan Majlis Amanah Rakyat
(MARA) Kuala Lumpur.

ADNAN BIN SAIDIN

Nama penuh beliau ialah Adnan bin Saidin . Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada
25 Februari 1956. Mula menceburi bidang sepak takraw seawal usia 10 tahun
lagi.

Beliau sangat terkenal sebagai “lagenda libas dunia” kerana kaya dengan
seni libasnya disertakan kelajuan bola libasnya yang menjadi igauan setiap lawan
sehingga mampu mencederakan pihak lawan yang terkena libasannya.

Kemampuannya bermain dengan penuh bakat memberikan dirinya
peluang untuk melibatkan diri sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau
mendapat peluang untuk mewakili negeri dan negara pada tahun 1976. Pada
tahun ini juga merupakan kemuncak kegemilangannnya dalam sepak takraw.

PENGALAMAN

MOHAMMAD SYAHIR BIN MOHD ROSDI

Mohamad Syahir Rosdi mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang
sepaktakraw. Mula menceburi bidang ini seawal usia 12 tahun. Bukan hanya
sepak takraw, dia bermain segala macam sukan. Bola sepak, lumba lari, sebut
sahaja. Senang kata, Syahir memang seorang yang aktif bersukan. Namun sepak
takraw menjadi pilihan kerana minat dan keserasian.

Di Sekolah Sukan Mutiara Impian (Pulau Pinang) perjalanan sepak
takraw Mohamad Syahir bermula. Dilahirkan dengan bakat dan ketinggian fizikal
yang tinggi menjadikannya sesuai dengan sukan ini. Penglibatannya dalam
bidang ini semakin menyerlah apabila beliau menyertai Kelab Penang Black
Panthers dari tahun 2015 – 2018, manakala pada tahun 2020 pula beliau
menyertai Kelab Kuala Lumpur Thunders.

ADNAN BIN SAIDIN

Adnan bin Saidin pula merupakan tokoh legenda sukan sepak takraw tanah air
yang amat di geruni. Walaupun era kegemilangannya telah pun berlalu, namun
namanya tidak pernah dilupakan dalam dunia sepak takraw dan menjadi idola
bagi peminat sukan ini.

Beliau pernah mewakili negeri dan negara pada tahun 1976. Pada waktu
inilah banyak kejayaan yang beliau telah cipta selain mencapai peringkat dan
tertinggin dan terbaik dalam kariernya. Pada waktu ini juga nama beliau mula
dikenali di seluruh dunia yang terlibat dalam sukan sepak takraw terutama di
Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Beliau pernah beberapa kali secara tidak
sengaja mencederakan pihak lawan sehingga ada yang mengalami kesesakan
nafas akibat beberapa kali terkena bola libasan beliau ketika melakukan

hadangan. Tidak kurang juga ada yang mengalami pendarahan ketika
menghadang bola beliau. Kejayaan demi kejayaan telah dikecapinya ketika
bergelar pemain. Tidak kira sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.

SUMBANGAN :
Pencapaian Muhammad Syahir Rosdi :
1. Sukan Asia Incheon 2014
2. Siri Super Istaf Melaka 2015
3. Sukan Sea Singapura 2015
4. Sukan Sea Kuala Lumpur 2017
5. Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

Anugerah yang di perolehi :
2016 – 1. Most Valuable Player Sepaktakraw

Leaque
2. Best Tekong Sepaktakraw Leaque

2017 – 1. Most Valuable Player Sepaktakraw
Leaque
2. Best Tekong Sepaktakraw Leaque
3. Most Valuable Player STL Champions Cup
4. Best Tekong STL Champions Cup

2018 - 1. Most Valuable Player STL Champions Cup
2. Best Tekong STL Champions Cup

Kejayaan yang dicapai oleh Adnan Bin Saidin

1979 – 1985 – Memenangi Pingat emas sukan Sea

1984 - Mendapat gelaran pemain terbaik Asia ketika bergandingan
bersama Raziman Hassan dan Azman Ismail.

1986 – Mendapat gelaran Raja Sepak Takraw.
(kejayaannya itu adalah sesuatu yang di luar jangkaannya kerana
beliau bukan hanya bermain bagi mengharumkan nama negara
yang ketika itu bertarung dengan musuh tradisi, malah berjaya
mengalahkan Thailand pada peringkat akhir. Anugerah
disampaikan oleh Dato’ Seri Najib yang merupakan menteri belia
dan sukan pada ketika itu).

2016 - Dilantik sebagai jurulatih negeri kelahirannya pada Sukan
Malaysia (SUKMA) 2016.

RUMUSAN :

Rumusan dari cerita 2 orang tersebut dapatlah difahami bahawa sesuatu
kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Ianya perlulah disusuli dengan tekad
dan usaha dan yang gigih serta perlu bermula sedari kecil lagi.

Walaupun telah mencapai kejayaan, namun masih ada masa dan ketika di
mana kita akan ditimpa musibah seperti yang menimpa Syahir Rosdi apabila
digantung dari permainan, tetapi itu tidak sedikit pun melunturkan
semangatnya untuk meneruskan perjuangannya dalam sukan yang
diminatinya ini. Begitu juga dengan Adnan Saidin, walaupun telah bersara
dari bermain sepaktakraw tetapi masih menyumbang tenaga sebagai jurulatih
dalam sukan sepaktakraw ini.

.


Click to View FlipBook Version