NAMA:AHMAD AFIQ FAT’HI BIN KHAIRUL AZHAR
NO MATRIK:PID20034
SUBJEK:SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK KANAK
KOD SUBJEK:AAK 2093
TAJUK:TINGKAH LAKU KANAK KANAK 4-6 TAHUN
PENSYARAH:PUAN FAIZAN BINTI GAYUH
DEFINISI TINGKAH LAKU
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau
diperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu,
tingkah laku juga melibatkan semua tindakan
manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai
dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar.
TINGKAH LAKU POSITIF
Tingkah laku positif adalah satu proses untuk perkembangan kanak-kanak secara
seimbang. Selain itu, kanak-kanak juga akan berasa lebih bersemangat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku positif
juga adalah sikap ingin tahu yang tinggi menyebabkan kreativiti kanak-kanak boleh
dikembangkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. Contoh tingkah laku
positifTingkah laku ingin tahu- sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu
perkara yang dilihat.Tingkah laku cepat belajar- cepat menangkap atau 'catch up'
sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan
cepat. Tingkah laku pintar cerdas- sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan
otak dan berfikir.
TINGKAH LAKU NEGATIF
Tingkah laku bermasalah negatif mempunyai tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan diri,
pergantungan berlebihan, agresif serta kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran,tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana murid mengganggu
perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan berbagai cara melalui tindakan-tindakan ataupun
perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang terdapat
di dalam kelas.Antara perlakuan negatif yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ialah
membuat bising, mengganggu rakan, bergaduh, melawan cakap guru, vandalisme, kerap menangis,
berbohong, mencuri, mengejek dan tidak menunjukkan minat dan perhatian dalam pelajaran.Ada juga
tingkah laku murid yang kurang disedari oleh guru tetapi sebenarnya boleh mejejaskan pembelajaran
dan perhubungan sosial yang normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti seringmengasingkan diri,
selalu sedih, terlalu pemalu, sering ketakutan dan fantasi.
TINGKAH LAKU PASIF
Tingkah laku pasif juga adalah salah satu ciri tingkah laku kanak kanak.Tingkah laku pasif ini berlawanan dengan
sifat kanak kanak aktif.Mereka yang bertingkah laku pasif ini lebih cenderung untuk berdiam diri,berseorangan
dan tidak suka bergaul.Tidak asing lagi,tingkah laku ini bukan lah satu perkara yang aneh untuk kanak kanak,
dengan keadaan dunia yang pesat membangun dan teknologi menjadi makin canggih serta maju
kehadapan.Kanak kanak mula membesar bersama gadjet canggih dan akhirnya hanya menghabiskan masa
bersama gadjet berbanding bermain di luar.Akibatnya,perkembangan sosial mereka terganggu dan
meninggalkan impak yang besar kepada mereka di waktu kelak.Sudah terang lagi bersuluh,bahwasanya tingkah
laku ini adalah salah satu tingkah laku negatif yang terdapat dalam kalangan kanak kanak.
CIRI CIRI KANAK KANAK PASIF
• Kanak kanak yang mempunyai tingkah laku pasif ini,agak sukar untuk dikenal pasti oleh
pendidik.Atas sebab mereka pandai menyorokkan perasaan mereka dari dilihat oleh orang
lain.Hal ini dikatakan kerana,walaupun kanak kanak ini sedang mengalami tekanan
perasaan,sedih atau marah,mereka tidak akan menunjukkan sebarang ekspresi muka yang
menggambarkan perasaan tersebut.Sebaliknya mereka hanya berdiam diri dan tidak melakukan
apa apa.Ini akan membuatkan kanak kanak lain sering menganggu mereka kerana kanak kanak
pasif tidak melawan mahupun membantah.Walaupun kanak kanak pasif ini lebih suka untuk
menjauhi mana mana pertelingkahan dengan tidak melakukan apa apa,tetapi ianya membuatkan
mereka sebagai mangsa sasaran untuk dibuli.
• Ciri ciri kanak kanak pasif yang seterusnya ialah mudah merendah diri dan berasa kecewa jika tidak dapat
melakukan sesuatu aktiviti seperti kanak kanak lain.Hal ini dikatakan kerana,kanak kanak pasif juga adalah
kanak kanak normal,mereka juga mahu bergembira seperti kanak kanak lain.Tetapi disebabkan kurangnya
kemahiran berinteraksi mereka sukar untuk mendapatkan kawan seperti mana kanak kanak lain.Akhirnya akan
timbul dalam perasaan mereka “mengapa orang tidak mahu berkawan dengan saya,apa salah saya?”dan
mereka akan berasa amat sedih dengan diri sendiri.Ini akan mengakibatkan jati diri mereka menjadi lemah dan
juga akan melemahkan semangat mereka untuk terus bergaul dengan yang lain.
• Ciri ciri kanak kanak pasif yang terakhir ialah kanak kanak pasif tidak
mempunyai stamina yang banyak.Oleh itu,mereka lebih cenderung
melakukan aktiviti yang kurang menggunakan tenaga.Sebagai contoh
membaca buku,bermain puzzle dan banyak lagi.Walaubagaimanapun,majoriti
kanak kanak pasif mempunyai bakat tersendiri walaupun tidak menyerlah
atas faktor umur mereka.Tetapi seperti yang diperhatikan,mereka mempunyai
bakat dalam menghafal,melukis,merwarna dan banyak
lagi.Kebiasaanya,mereka akan melakukan aktiviti ini dalam keadaan yang
senyap dan jauh dari gangguan kerana mereka hendak menumpukan sepenuh
perhatian terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan pada satu masa.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN TINGKAH
LAKU PASIF
o Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku kanak kanak
menjadi pasif.Diantaranya ialah faktor keadaan sekeliling,kurang
perhatian dari ibu bapa,kurang pendedahan kepada dunia luar dan lebih
cenderung meluangkan masa bersama gadjet.
o Kurang perhatian dari ibu bapa adalah faktor utama tingkah laku mereka
berubah.Hal ini dikatakan kerana,kebanyakkan ibu bapa pada masa kini
bekerja dan jarang meluangkan masa bersama anak anak mereka.Oleh
itu,dengan kesibukkan kerja ,sudah tentu ibu bapa tidak mahu diganggu
oleh bunyi atau perkara yang menjengkelkan.Jadi setiap kali kanak kanak
ingin bermain,mereka akan dipaksa untuk bermain dengan senyap dan
bermain seorang diri sahaja.
o Faktor yang seterusnya adalah gadjet.Umum kita ketahui bahawa gadjet
adalah alat peranti canggih yang mampu menawarkan pelbagai
aplikasi,video dan pelbagai lagi sesuatu yang menarik.Dengan dedahan
gadjet kepada anak anak pada awal usia mereka.Mereka akan
menganggap gadjet adalah teman untuk menghilangkan bosan dan sedikit
demi sedikit tidak mahu untuk cuba berkawan dengan yang lain.
o Faktor yang terakhir adalah keadaan sekeliling.Seperti yang
dinyatakan,kanak kanak belajar dari meniru dan mengikut apa yang dilihat
oleh mereka.Jika mereka berada di situasi yang senyap sunyi makan
mereka akan turut mengikut senyap.Sebagai misalnyam,sewaktu mereka
di rumah berlakunya pergaduhan diantara kedua ibu bapa dan tidak
bertegur diantara satu sama lain.Maka anak anak juga turut kurangkan
interaksi antara mereka.
CADANGAN,KAEDAH DAN TEKNIK DALAM
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU PASIF
• Kaedah dan Teknik dalam menguruskan tingkah laku pasif ini amat penting bagi perkembangan kanak kanak.Untuk
mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kanak kanak mempunyai tingkah laku ini,perlulah
mengendalikan dengan professional.Sebagai contoh,mengendalikan dengan penuh sabar,lemah lembut dan secara
terbuka.
• Pendidik perlulah memberi perhatian yang lebih sedikit kepada kanak kanak ini,buatkan mereka berasa selesa dengan
pendidik supaya mereka boleh menceritakan masalah yang dihadapi.Seperti yang diperkatakan,pendidik perlu
mengendalikan dengan penuh kesabaran kerana kanak kanak pasif ini mempunyai sifat keyakinan diri yang
kurang,malu dan kurang mahir dalam berinteraksi.Disebabkan itu,pendidik perlu bersabar jika kanak kanak ini hanya
diam apabila mereka disoal berkali kali.Sebaliknya pendidik perlulah perlahan lahan menyesuaikan diri dengan
mereka sehingga mereka berasa selesa untuk berkongsi sebarang cerita atau sebagainya.Dalam islam juga
menyatakan sabar adalah separuh dari iman,dan tidak perlu gelojoh dalam melakukan sesuatu perkara."Hai orang-
orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang
sabar." (Q.S Al-Baqarah: 153).
• Kaedah yang setersunya adalah,menguruskan mereka dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.Kita tidak
boleh mencemari dan menguriskan hati suci kanak kanak dengan kekotoran seperti kemarahan,hasad dengki
sebaliknya kita perlulah tanam sifat lemah lembut,sopan santun dalam hati mereka,agar mereka dapat
membesar menjadi orang yang mempunyai budi perketi yang disanjung.Dalam islam juga menuntut untuk
bersifat lemah lembut dan sopan santun. “Wahai Aisyah, sesunguhnya Allah itu Maha lembut dan mencintai
kelembutan. Allah memberi kepada kelembutan hal-hal yang tidak diberikan kepada kekerasan dan sifat-sifat
lainnya” [HR Muslim].Oleh itu,dengan menggunakan kelembutan terhadap kanak kanak pasif.Mereka akan
berasa tidak takut dan gementar untuk bercakap.
• Kaedah yang terakhir ialah dengan memuji perlakuan bagus mereka.Seperti yang sedia maklum,kanak kanak
pasif minat melakukan sesuatu yang melibatkan lukisan pembinaan atau sebagainya.Dengan hasil kerja mereka
yang telah mereka lakukan.Pendidik boleh memuji usaha mereka dan memberi kata kata semangat untuk
mereka.Disebabkan ini,keyakinan dalam diri kanak kanak tersebut akan meningkat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,walaupun sikap pasif ini adalah sikap negatif.Kita sebagai pendidik
yang telah diamanahkan perlulah bertanggungjawab menukarkan kelemahan mereka
ini kepada kekuatan mereka.Hal ini dikatakan kerana,jika kita mengubah persepsi kita
supaya pandang kehadapan dan mengambil perkara positif nescaya semua akan
berjalan lancar dan tiada masalah.Pendidik juga adalah diibaratkan ibu bapa kedua
untuk kanak kanak.Oleh itu,pendidik perlulah ikhlas dalam menyampaikan ilmu
kerana Allah mengangkat darjat orang yang menyampaikan ilmu secara
ikhlas.Sesungguhnya,ilmu dan keberkatan itu semuanya datang dari Allah dan hanya
di pinjamkan kepada manusia,jadi berkongsilah ilmu yang diberikan kerana itu
bukannya milik kita sepenuhnya.
RUJUKAN
• 1.https://www.hmetro.com.my/hati/2019/02/420544/dedah-anak-
kehidupan-aktif
• 2.https://www.researchgate.net/publication/291997651_Kanak-
kanak_Bermasalah_Tingkahlaku
• 3.https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3212-irsyad-al-
hadith-siri-ke-356-tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapa
4.https://ms.wikipedia.org/wiki/Ragam_pasif