Sekolah Kebangsaan Seri
Bintang Utara
14-17 Jun 2022 Sekolah Kebangsaan Anjuran Panitia
Seri Bintang Utara Matematik
Ucapan Guru Besar
Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih
kepada Panitia Matematik SKSBU yang akan melaksanakan program Minggu
Matematik bermula 14 hingga 17 Jun 2022.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
Tema yang dipilih sempena Minggu Matematik pada kali ini adalah Dunia
Keriangan Matematik. Sering kali Matematik dikaitkan dengan subjek yang
sukar difahami serta membosankan. Sebenarnya tanpa sedar saban hari yang
kita lalui adalah Matematik itu sendiri. Nombor, masa dan waktu, hari dan tarikh,
wang, pecahan, bentuk-bentuk 2D dan 3D. Semuanya berkait dengan dunia
Matematik. Pemikiran serta tanggapan Matematik adalah satu subjek yang
susah untuk dipelajari harus diubah. Pelbagai pendekatan boleh diguna
pakai untuk menjadikan ia sesuatu yang menyeronokkan. Matematik juga boleh
Justeru, Panitia Matematik telah merancang pelbagai pertandingan serta
aktiviti yang menimbulkan keriangan untuk disertai oleh semua murid SKSBU.
Saya berharap murid-murid dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk
menjayakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu ini, dengan
menyertai pertandingan yang diadakan secara bersungguh-sungguh. Moga
kamu akan beroleh sesuatu yang bermanfaat dari
Dunia Keriangan Matematik ini.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, saya
rasmikan Pembukaan Minggu Matematik SKSBU 2022.
Sekian, terima kasih.
PPuann. NNooriraihahBBt tHHj IjsImsmaialil
GGuruuruBBeseasrar
SSKKSSereirBi BinitnatnagngUUtatraara
Rasional
Program Minggu Matematik ini merupakan satu program yang
dijalankan untuk meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap
mata pelajaran Matematik yang sering dianggap subjek yang
membebankan dan susah untuk dikuasai. Program ini dirancang ekoran
keputusan peperiksaan lalu yang kurang memuaskan, khasnya mata
pelajaran Matematik. Berdasarkan analisa dan pemerhatian yang
dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mempunyai asas yang
kukuh dalam penguasaan fakta asas matematik ( tambah, tolak, darab
dan bahagi). Masalah ini, memberi kesan kepada murid untuk
menyelesaikan soalan-soalan matematik. Lantaran itu, Panitia
Matematik merancang untuk menjalankan program ‘ Minggu Matematik’
agar timbul kesedaran dikalangan murid bahawa belajar Matematik
adalah menyeronokkan seterusnya meningkatkan penguasaan murid
dalam mata pelajaran Matematik. Diharap program ini memberi impak
yang positif pada pencapaian murid dalam peperiksaan akan datang.
Objektif Program
Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan
pemahaman dalam Matematik.
Mensasarkan peningkatan peratus dan gred purata bagi mata
pelajaran Matematik pada ujian dan peperiksaan akan datang.
Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan
Matematik dalam kehidupan seharian.
Menguji dan mencungkil kemahiran murid dalam Matematik.
Aturcara Program
7:30 pagi : Murid berkumpul di Laman Bestari
7:35 pagi : Bacaan Doa
7:40 pagi : Ucapan Guru Besar
7:50 pagi Perasmian Minggu Matematik
8:00 pagi : Persembahan murid Tahun 1
: Majlis bersurai
Jawatankuasa Induk
Penasihat
Puan Noriah Binti Hj. Ismail
Pengerusi
Puan Noriyati Binti Pit
Penyelaras
Puan Saira Banu Binti Jinnah
Setiausaha
Puan Hazirah Binti Abdul Seman
Bendahari
Encik Hambali Bin Khalid
Ahli Jawatankuasa
Semua Guru Matematik
Jawatankuasa Pelaksana
Kertas Kerja PRA Sekolah
Puan Saira Banu Binti Jinnah Puan Nur Aisyah Binti Ab Jalel
Perasmian & Penutupan Penyelaras Tahun 1
Cik Nur Aisyah Binti Mior Puan Rupazidah Binti Mohd Zam
Muhammad
Penyelaras Tahun 2
Puan Nurin Sarahah Binti Sofian
Puan Nurin Saharah Binti Sofian
AJK Hadiah
Penyelaras Tahun 3
Puan Wan Nor Amira Fateen
Puan Aniza Binti Mahmod Puan Siti Mariam Binti Daud
Juruacara Penyelaras Tahun 4
Puan Siti Mariam Binti Daud Puan Aminah Binti Jamaluddin
Buku Program Penyelaras Tahun 5
Puan Che Rahani Binti Abdul Puan Hazirah Binti Seman
Rahman
Penyelaras Tahun 6
Dokumentasi
Encik Taufiq Bin Jamal
Puan Hazirah Binti Seman
Kawalan Disiplin
Semua Guru Panitia
Aktiviti Program Minggu Matematik
TARIKH/ MASA AKTIVITI TINDAKAN
HARI
PRA Sekolah: Puan Nur Aishah
Remember Me ? Binti Ab Jalel
Tahun 1 : Puan Rupazidah
Big Book Binti Mohd Zam
Tahun 2: Puan Nurin Sarahah
Binti Sofian
14 -17 Dilaksanakan My Dream
Jun 2022 waktu PDPc Mansion Puan Aminah Binti
Jamaluddin
guru-guru Tahun 3:
panitia Story Telling
Matematik (Numbers)
Tahun 4: Puan Siti Mariam
Shopee Maths Binti Daud
Tahun 5 : Puan Hazirah Binti
Let’s Tangram Seman
Tahun 6 : Encik Taufiq Bin
Think It Fast Jamal
Ahli Panitia Matematik
Sekalung Penghargaan
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Minggu
Matematik SK Seri Bintang Utara dengan tulus
ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan
yang telah diberikan secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan minggu Matematik.
Terima Kasih