INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
(EDUP 3073)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR MUHAMMAD AIMAN BIN ABD MALEK
ANGKA GILIRAN 2020192340128
NO.KAD PENGENALAN 010208-11-0209
KUMPULAN / UNIT F7 PISMP JUN 2020
KOD / NAMA KURSUS EDUP 3073 / BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH PUAN SHARIZAN BT ABD. HAMID
TARIKH HANTAR 12 MEI 2022
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Ketika
Tanah Melayu dijajah suatu ketika dahulu, pendidikan bagi setiap bangsa adalah berbeza-
beza mengikut kemahiran dan kawasan penempatan. Sebagai contoh kaum yang berbangsa
India diberikan pendidikan berkenaan estet dan ladang, kaum Cina melibatkan perlombongan
bijih timah manakala orang Melayu pula diberikan pendidikan melibatkan kemahiran pertanian
dan perikanan. Dengan kemajuan pembangunan dan sosial kini, Malaysia telah ditadbir oleh
rakyatnya sendiri dan berhasil menemukan sistem pendidikan yang bersesuaian dengan
masyarakat majmuknya. Perkara ini telah diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
yang akan menyusun dan sentiasa mengemaskini modul pembelajaran agar sentiasa
mengikuti arus pemodenan. Sistem pendidikan kini adalah bersifat fleksibel kerana modul
pembelajarannya tidak mengehadkan tajuk pembelajaran kepada sesetengah kaum sahaja.
Ini bermaksud bahawa silibus pembelajaran yang telah dirangka dapat digunapakai oleh
mereka yang berlainan kaum. Bagi menyokong perkara ini juga, KPM telah memperkenalkan
Bilik Darjah Mesra Budaya.
2.0 DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Kepelbagaian masyarakat di Malaysia telah memberi kesan yang signifikan kepada
kewujudan kepelbagaian budaya di sekolah. Dalam hal ini, kepelbagaian budaya merupakan
perkara salah satu perkara yang perlu dinilai dalam sesuatu pengurusan bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah bukanlah hanya berfokus kepada kemudahan fasiliti semata-mata,
namun perkara ini merangkumi emosi, fizikal dan sosiolinguistik. Menurut Mok Soon Sang
(2011), pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran
serta usaha untuk mengekalkannya agar objektif yang ditetapkan tercapai. Perkataan mesra
pula merujuk kepada keceriaan dan keselesaan manakala budaya membawa maksud
peradaban atau kemajuan fikiran. Bosch (2013) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah
mesra budaya bermaksud cara guru dan murid menjalani proses PdP atau cara pelaksanaan
proses PdP. Kepelbagaian budaya dalam bilik darjah memerlukan seseorang guru itu untuk
mendalami kecenderungan budaya dalam diri setiap murid-muridnya agar guru dapat
memahami dan merangka strategi pembelajaran yang bersesuaian dan dapat diikuti oleh
semua pelajar walaupun berlainan kaum. Perkara ini menyokong Syed Ismail et al. (2010) di
mana beliau menjelaskan bahawa sebagai pendidik, pengetahuan dan kesedaran terhadap
kepelbagaian latar belakang pelajar bukan hanya sekadar untuk mengenali keunikan
perspektif dan budaya setiap pelajar yang terdapat di dalam bilik darjah, tetapi untuk
memastikan budaya tersebut dapat diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3.0 PERANAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU DALAM
PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Kemahiran pengurusan bilik darjah adalah penting bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang positif dan hubungan guru - pelajar yang baik (Deniz, 2010). Menurut
Fidler (2002), peningkatan pengetahuan dalam pengurusan bilik darjah akan dapat
meningkatkan keberkesanan pendidikan. Oleh itu, berikut merupakan beberapa aspek yang
perlu dilihat dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya :
3.1 ASPEK FIZIKAL
Aspek fizikal dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah melibatkan
pengurusan persekitaran fizikal dengan benda-benda bernyawa seperti guru atau
murid. Perkara tersebut adalah bagi memastikan sesi pembelajaran yang
dilaksanakan adalah berbentuk positif dan produktif. Aspek fizikal yang perlu
diaplikasikan dalam proses PdP adalah melalui susun atur meja dan kerusi. Setiap
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada
sekurang-kurangnya 2 jenis kaum. Susun atur meja dan kerusi yang telah dilakukan,
aktiviti gerak kerja berkumpulan yang akan dilaksanakan dapat menyebabkan
perkongsian budaya berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap kumpulan
terdiri daripada beberapa kaum yang berbeza. Oleh itu, setiap ahli kumpulan dapat
menunjukkan kecenderungan peradaban dalam diri mereka masing-masing. Ini akan
menyebabkan berhasilnya pengurusan bilik darjah mesra budaya.
Selain itu juga, peranan guru yang lain adalah dengan membuat sudut bacaan
nilam dan meletakkan buku-buku yang berkaitan dengan budaya agar semua murid
daripada pelbagai kaum dapat membacanya. Oleh itu, murid serba sedikit dapat
memahami dan mengaplikasikan ilmu tentang budaya Bersama rakan-rakannya yang
berbeza kaum atau bangsa. Dengan adanya sudut bacaan ini juga dapat menjadikan
suasana bilik darjah adalah ceriadan bersih. Aspek keceriaan kelas adalah sangat
penting kerana sesebuah kelas yangceria mampu meningkat semangat dan motivasi
murid untuk belajar dan seterusnya bolehmeningkatkan prestasi murid (Haliza
Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Antara usaha yang boleh dilakukan oleh
guru untuk menceriakan kelas ialah seperti menghiasbilik kelas, memastikan cahaya
di dalam kelas adalah mencukupi, mengemaskini papankenyataan dan sebagainya.
3.2 ASPEK EMOSI
Berikutnya adalah aspek emosi. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu perasaan
dan gerak hati yang dialami oleh seseorang individu yang akan terpapar melalui tindak
balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan.
Jadi, guru perlu memastikan aspek emosi dapat dikawal melalui pengurusan bilik
darjah mesra budaya. Perkara yang akan dilakukan adalah guru akan melayani
semua murid dengan layanan yang sama rata. Selain itu, guru akan memberikan
pujian terhadap tugasan yang dilaksanakan. Dengan cara ini, guru dapat mengawal
emosi murid-murid untuk terus mengikuti sesi PdP yang dilaksanakan.
Jadi, peranan guru adalah dengan selalu memberikan seseorang guru boleh
memberikan galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan
betul latihanataupun soalan yang diberikan semasa melaksanakan proses aktiviti di
dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi
kepada murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu,seseorang guru
juga perlu mengelakkan dirinya mengeluarkan kata-kata yang negative seperti ‘kamu
ini bodohla’, ‘kamu ini pemalas’ dan sebagainya. Hal ini demikian kerana situasi
sebegini akan memberi impak negatif terhadap emosi murid-murid dan akhirnya
mereka akan berkelakuan pasif serta hilang semangat untuk belajar pada kelas yang
akan datang.
3.3 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Pengurusan bilik darjah mesra budaya yang seterusnya adalah berfokus kepada
aspek sosiolinguistik. Sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-
ciri dan fungsi-fungsi variasi bahasa serta mengkaji pengaruh budaya terhadap
sesuatu bahasa yang digunakan. Perkara ini adalah melibatkan faktor sejarah dan
faktor geografi. Melalui PdP yang dilaksanakan, faktor sejarah diambil kira kerana
sajak yang dihasilkan merupakan penceritaan terhadap sejarah pencapai
kemerdekaan di tanah air kita. Selain itu, melalui teknik ajuk dan sebut yang
diaplikasikan ketika melakukan aktiviti bersajak dapat melatih murid-murid untuk
menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
3.4 ASPEK SOSIAL
Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa
menjalankan aktiviti, interaksi sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan
interaksi antara guru, pelajar dan bahan. Interaksi yang baik antara pelajar dengan
pelajar dan guru dengan pelajar akan menghasilkan suasana bilik darjah yang
harmoni. Oleh itu, peraturan dan prosedur perlu ditetapkan dalam memastikan
suasana bilik berada dalam keadaan yang baik. Peraturan di dalam bilik darjah
merupakan suatu aspek yang sangat penting untukmemastikan tingkah laku murid-
murid di dalam kelas senantiasa terkawal. Menurut MohdHasani dan Mohamad Johdi
(2009), peraturan bilik darjah merupakan satu garis panduanyang disediakan oleh
guru bersesuaian dengan kelompok pelajar dalam sesuatu bilikdarjah dengan
harapan mampu mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang positif.
Oleh itu, seseorang guru perlulah menetapkan peraturan di bilik darjah
danperaturan tersebut perlulah dipersetujui bersama oleh murid-murid sebagai satu
kontrakyang dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang
perludiwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh
murid ketikaguru mengambil kedatangan murid, prosedur menjawab pertanyaan guru
dan jugaperaturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Contoh aktiviti yang
boleh dijalan mengikut aspek sosial ini adalah aktiviti persembahan budaya. Guru
perlu memainkan peranan penting dan menjadi contoh kepada pelajar dalam
mewujudkan situasi atau persekitaran yang mesra budaya di antara murid di dalam
bilik darjah. Dalam hal ini, murid digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan
rakan mereka dari pelbagai bangsa dan mereka membuat persembahan tentang tajuk
yang telah diberikan oleh guru. Sebagai contoh, jika guru mengajar tentang pakaian
tradisional, maka murid-murid perlu membuat persembahan tentang pakaian
tradisional bangsa mereka dengan menamakan pakaian mereka seperti bangsa
Melayu “baju kurung”, bangsa India “sari”, dan bangsa Cina “cheongsam”.
Selain itu, persembahan tarian juga boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Hal
ini dikatakan demikian kerana, guru memberikan tajuk jenis tarian kepada murid dan
murid akan berbincang dalam kumpulan yang berbilang bangsa. Setiap bangsa
mempunyai jenis tarian tradisonal yang tersendiri. Murid boleh
mempersembahkannya di hadapan kelas supaya murid lain dapat mengetahui
tentang tarian budaya lain. Ia bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang mesra
budaya malah ia dapat menarik minat murid untuk menyertai aktiviti Pdp. Justeru itu,
berdasarkan aktiviti yang dijalankan murid-murid akan mengetahui dengan lebih lanjut
tentang sesuatu bangsa dan mereka akan cuba untuk menghormatinya. Guru juga
dapat memberi dorongan kepada murid untuk mengetahui bahawa setiap bangsa
mempunyai kelebihan masing-masing.
4.0 RUMUSAN
Berdasarkan penulisan ini, dapat dirumuskan bahawa pengurusan bilik darjah mesra
budaya merupakan salah satu perkara yang perlu diambil berat dalam diri setiap guru. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan memfokuskan perkara ini dapat memastikan suasana
dalam bilik darjah adalah harmoni dan dapat menyediakan tempat belajar yang selesa kepada
emosi murid-murid dan guru itu sendiri. Suasana bilik darjah yang mesra budaya
sememangnya merupakan suatu medium yangterbaik yang perlu disediakan kepada murid-
murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru
perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai dan
seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama.
5.0 RUJUKAN
Barth R. (1991). Restructuring schools: Some questions for teachers and principals. Phi
Kappan, 73(2), 123-128.
Borg, W. R. (1972). The Minicourse as a Vehicle For Changing Teacher Behavior: A Three
Year Follow-up. Journal of Educational Psychology, 63(6), 572–579
Boyd V, Hord SM. (2012) . Schools as learning communities. Issues…about Change, 4(1), 1-
8.
Carroll, J. M., Rosson, M. B., Dunlap, D., &Isenhour, P. (2005). Frameworks for Sharing
Teaching Practices. Educational Technology & Society, 8 (3), 162- 175. 4.
DuFour. (2008). Revisiting professional learning communities at work. Solution Tree Press.
Fleming GL. (2002). Principal and teachers: Continuous learners. Issues…about Change,
7(2), 1-9.
Fullan M. (2001). Leading in a culture of change. Jossey- Bass, San Francisco.
Institut Bahasa. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mahfud M. (2017). Implementative design Professional Learning Community (PLC) to improve
performance of educators. Journal of Education, 2(1), 16-29.
McLaughlin MW, Talbert JE. (2001). Professional Communities and the Work of High School
Teaching. University of Chigao Press, Chicago.