The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiisarashazwanie, 2019-09-15 23:15:23

adik punya 2

adik punya 2

Disediakan oleh

PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN
Guru Cemerlang Sejarah

SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala LUmpur

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3)

FORMAT SEJARAH SPM KERTAS 3 PANDUAN & TIP

Bentuk Soalan Tugasan (Esei) 1. Soalan Umum akan diberikan kepada
Jumlah Soalan pelajar 6 minggu lebih awal daripada
Tajuk Umum : akan tarikh peperiksaan. Gunakan peluang
Wajib Jawab diberikan 6 minggu ini untuk mencari maklumat
No. soalan dan sebelum tarikh tambahan khususkan soalan
Markah peperiksaan. bahagian KBKK.
1 soalan khusus dengan 8
Jenis/Pecahan pecahan soalan. 2. Berbincang dengan guru dan rakan-
Soalan rakan.
Cakupan Semua soalan
Sukatan 3. Susun nota-nota yang diperoleh
Markah Soalan 1 hingga 8. Markah dalam fail.
ditunjukkan dalam [ ] bagi
Wajaran setiap soalan. 4. Gunakan sticky note sebagai
Markah penanda untuk memudahkan anda
1-3 (Rujukan Buku Teks) mencari jawapan ketika menulis.
4-8 (Soalan KBKK)
5. Lakukan latihan menulis jawapan
Tingkatan 4 dan 5 seperti format menjawab sebenar.

60% Buku Teks 6. Jadikan markah sebagai panduan
40% Soalan KBKK untuk anda kemukakan jawapan
=100 markah khususkan bagi soalan 1 hingga 3.

20 % 7. Jangan lupa bawa buku teks
(Sejarah Tingkatn 4 @ 5), fail nota
dan contoh jawapan yang telah
dirangka semasa hari peperiksaan.

8. Semasa hari peperiksaan,
kenalpasti kehendak soalan dan
gariskannya supaya lebih jelas.

9. Sila tuliskan jawapan dalam format
esei.

10. Pastikan anda menulis nombor
soalan yang dijawab yang betul
dengan jawapan yang diberi.

11. Mesti tulis pengenalan jawapan.
12. Tulislah dengan tulisan yang cantik

dan kemas.

NORHAYATI MAT ZAIN GC SEJARAH 2013 2
SMK SERI BINTANG SELATAN SKK

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3)

UJI MINDA

(diberikan kepada pelajar 6 minggu awal sebelum peperiksaan)
Tema Umum:
TEMA UMUM: Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi
Negara

Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

(Contoh soalan pada hari peperiksaan)
Colan hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah:

Format Perincian Markah
Pengenalan 5 markah
1. Jelaskan secara ringkas tentang Revolusi Pertanian. 30 markah
Isi dan 25 markah
huraian 2. Terangkan perkembangan Revolusi Pertanian di 10 markah
Britain. 10 markah

3. Apakah kesan Revolusi Pertanian kepada 10 markah
masyarakat Britain?

4. Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan
sektor pertanian di negara kita.

5. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan
kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam
sektor pertanian.

6. (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia

bagi menjamin kelangsungan bekalan sumber

makanan yang mencukupi. [5 markah]

(ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi

cabaran tersebut. [5 markah]

7. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada Revolusi 5 markah
Pertanian.

Kesimpulan 8. Rumusan 5 markah
 Pengetahuan yang diperoleh.
 Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
 Harapan untuk masa depan Malaysia yang
lebih cemerlang.

NORHAYATI MAT ZAIN GC SEJARAH 2013 3
SMK SERI BINTANG SELATAN SKK

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3)

(1) Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak
dan menyeluruh. Revolusi Pertanaian telah membawa perubahan besar kepada
masyarakat Eropah khususnya di Britain. Kemajuan pesat dalam bidang pertanian
telah membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi negara. Pengeluaran makanan
secara besar-besaran semasa Revousi pertanian berlaku kerana terdapat perubahan
dalam sistem penggunan tanah, teknik penanaman yang lebih efisien dan kaedah
pemasaran produk pertanian yang lebih berkesan. Revolusi Pertanian bolehlah
dianggap sebagai satu revolusi yang telah menyediakan asas bagi Revolusi
Perindustrian.

(2) Perkembangan Revolusi Pertanian berlaku kerana kemampuan masyarakat
mengeluarkan makanan secara besar-besaran. Faktor ini didorong oleh perubahan
dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah, penggunaan kaedah atau teknik
saintifik serta pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

Sebelum Revolusi Pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem
pemilikian tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah milik
persendirian ini umumnya dimiliki oleh golongan kaya. Tanah awam pula sebenarnya
dimiliki oleh orang perseorangan. Namun begitu, mengikut kebiasaannya rakyat biasa
di Britain diizinkan menggunakan tanah awam ini. Tanah tersebut digunakan oleh
bercucuk tanam secara kecil-kecilan.

Walaubagaimanapun, keadaan ini berubah apabila Britain menghadapi
pertambahan penduduk. Hasil pertanian perlulah dipertingkatkan. Oleh sebab itu, tuan-
tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat
jelata, kini mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran
pertanian secara besar-besaran.

Pada kurun ke-18, harga gandum kian meningkat. Ekoran itu, terdapat usaha
daripada pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut. Tuan-tuan Tanah
telah mendapatkan keluluasan daripada Parlimen bagi menguatkuasakan proses
pemagaran tanah. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500, 000 ekar tanah telah
dipagari melalui AKta Pemagaran Tanah.

Terdapat beberapa implikasi daripada Akta Pemagaran Tanah ini. Pertama,
mewujudkan kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-
besaran. Kawasan pertanian inilah yang dinamakan ladang. Kedua, rakyat biasa yang
dahulunya bergantung kepada tanam awam untuk menampung kehidupan telah

NORHAYATI MAT ZAIN GC SEJARAH 2013 4
SMK SERI BINTANG SELATAN SKK

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3)

kehilangan punca rezeki. Bagi mengatasi masalah tersebut, golongan petani kecil-
kecilan ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang.

Kaedah dan ciptaan peralatan telah membolehkan penanaman dilakukan
secara efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan. Salah satu kaedah baru
yang digunakan ialah penanaman secara bergilir. Mengikut kaedah ini, sesuatu bidang
tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman
yang berbeza mengikut musim. Oleh sebab tanaman yang berbeza itu menggunakan
nutrien tanah yang berbeza, maka semua tanaman dapat tumbuh dengan subur.
Dengan itu, tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong. Selain itu, tanaman
baharu juga turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

Dari segi peralatan pula, terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk
kegunaan menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali
secara serentak. Perkara ini membolehkan penugalan serta penanaman biji benih
dilakukan dengan lebih pantas.

Kuantiti hasil pertanian dapat dipertingkatkan apabila cara menanam telah
direvolusikan. Seterusnya, baja asli mula digunakan secara meluas dan ini telah
menjadikan tanaman lebih subur dan meningkatkan lagi hasil pertanian. Peningkatan
kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan produk. Oleh itu,
lebihan hasil pertanian telah diperdagangkan.

(3) Revolusi Pertanian telah membawa kesan besar kepada masyarakat Eropah
khususnya di Britain sendiri. Kesan pertama, kemajuan yang pesat dalam bidang
pertanian telah membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi negara. Kegiatan
pertanian telah dikomersialkan. Kegiatan utama ekonomi ialah penanaman bijiran
seperti gandum, rye dan jagung. Lebihan produk pertanian telah dieksport. ini
membolehkan para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa. Revolusi
Pertanian telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak
untuk perkembangan perindustrian. Jelaslah, pertanian merupakan punca ekonomi
bagi masyarakat Britain ketika itu.

Kesan kedua, berlakunya peningkatan perdagangan antarabangsa. Lebihan
produk hasil daripada Revolusi Pertanian tidak dapat dipasarkan kesemuanya di dalam
negara. Oleh itu, produk tersebut terpaksalah diperdagangkan pada peringkat
antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan. Britain dapat mengendalikan
aktiviti perdagangan antarabangsa dengan agak mudah kerana Britain merupakan

NORHAYATI MAT ZAIN GC SEJARAH 2013 5
SMK SERI BINTANG SELATAN SKK

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3)

negara penjajah yang utama dan kuasa maritim yang ulung pada abad ke-18 dan ke-
19.

Kesan ketiga, berlakunya kemajuan dalam bidang pengangkutan. Pada
peringkat awal, pengangkutan domestik di Britain bergantung pada kereta kuda dan
baj. Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem jalan raya telah dibaiki. Perubahan
besar dalam sistem pengangkutan domestik berlaku dengan rekaan dan penggunaan
kereta api. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak kereta api boleh dipacu
dengan lebih laju dan enjin boleh menarik lebih banyak gerabak.

Pada mulanya, rel kereta api diperbuat daripada kayu, kemudian daripada
besi dan bertukar kepada keluli. Para pemodal telah melabur dalam sektor
pengangkutan dan akhirnya mendapat keuntungan yang lebih besar. Sistem
pengangkutan laut direvolusikan dengan kemunculan dan penggunaan kapal laut yang
dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

Kesan keempat, kemunculan golongan buruh dan majikan. Setelah
munculnya sistem ekonomi berskala besar dalam bidang pertanian, golongan rakyat
yang bekerja sendiri kian berkurangan. Sebaliknya muncul golongan rakyat tang
bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah.

(4) Antara langkah untuk memajukan sektor pertanian di negara kita ialah
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian, menjalankan penyelidikan
dan pembangunan (R&D), menggunakan baja dan benih berkualiti, menggunakan
teknologi moden, menawarkan modal dan pinjaman kewangan, dan menggalakkan
pelaburan asing dalam sektor pertanian negara.

Selain itu, memperbaiki dan meningkatkan kecekapan pemasaran,
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang pertanian, membangunkan
projek pembangunan pertanian bersepadu, memulihkan kawasan yang berproduktiviti
rendah, menaik taraf kemudahan pergangkutan dan perhubungan luar bandar, dan
menyediakan perkhidmatan sokongan seperti subsidi, khidmat nasihat serta bantuan
teknikal.

NORHAYATI MAT ZAIN GC SEJARAH 2013 6
SMK SERI BINTANG SELATAN SKK

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3)

(5) Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian
adalah menjadi pengeluar komoditi utama dunia seperti getah, kelapa sawit dan koko,
memperkenalkan kaedah bioteknologi dalam bidang pertanian, memperkenalkan
teknologi pertanian seperti hidroponik dan petigasi, menjadikan pertanian sebagai satu
industri, menjadi pusat pengeluaran herba, dan mempelopori hab halal.

Antara kejayaan lain ialah menubuhkan agensi-agensi penyelidikan seperti
MARDI dan RISDA, menubuhkan agensi yang menguruskan pembangunan sektor
pertanian seperti FELDA dan FELCRA, dan menubuhkan agensi yang dikhaskan untuk
meningkatkan kecekapan pengurusan pemasaran seperti FAMA. Selain itu, kejayaan
negara kita memasarkan produk pertanian ke peringkat antarabangsa, pembukaan
tanah-tanah baharu untuk kegiatan pertanian dan pengenalan program Amalan
Pertanian Baik oleh kerajaan.

(6)(i) Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kelangsungan
bekalan sumber makanan yang mencukupi ialah kekurangan tenaga buruh, bencana
alam seperti banjir, masalah pemasaran hasil pertanian, penggunaan teknologi dan
peralatan yang lama dan ketinggalan, hasil produktiviti rendah dan kualiti tanaman
makanan yang rendah. Cabaran lain ialah kekurangan ilmu pengetahuan dan
kecekapan pengurusan.

(6)(ii) Antara langkah untuk mengatasi cabaran tersebut adalah kempen
menggalakkan rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor pertanian dan melahirkan
jutawan tani. Langkah seterusnya adalah dengan menyediakan sokongan dalam
bidang pertanian dengan memberikan subsidi benih dan peralatan serta kewangan
kepada petani. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden dan peralatan
pertanian yang terkini serta menjalankan R&D bagi meningkatkan kuantiiti dan kualiti
hasil pertanian di negara kita. Kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah, seminar
dan kursus kepada golongan petani bagi meningkatkan mutu sektor pertanian.

NORHAYATI MAT ZAIN GC SEJARAH 2013 7
SMK SERI BINTANG SELATAN SKK

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3)

(7) Iktibar yang diperoleh daripada Revolusi Pertanian adalah penggunaan
kaedah moden, penanaman yang efisien, pembukaan tanah-tanah baharu, pengenalan
tanaman baharu yang menguntungkan, menjadikan pertanian sebagai punca rezeki,
dan mengamalkan nilai-nilai seperti rajin, tabah, bekerjasama, berfikiran kreatif dan
inovatif.

(8) Kesimpulannya, kegiatan pertanian harus dikendalikan secara besar-besaran
untuk memaksimumkan keuntungan. Kita harus bersyukur dan memanfaatkan
kelebihan yang dimiliki oleh negara kita seperti tanah yang subur dengan memajukan
sektor pertanian. Masyarakat Malaysia harus menyedari kepentingan untuk melibatkan
diri dalam usaha memajukan sektor pertanian negara kita demi kelangsungan bekalan
makanan. Justeru itu, negara kita perlu melahirkan golongan petani dan pengusaha
tani yang memiliki pengetahuan dan seterusnya mampu untuk menjadikan sektor
pertanian sebagai sektor industri yang mampu membuka banyak peluang pekerjaan
dan seterusnya mampu meningkatkan ekonomi negara.

PASTIKAN ANDA MEMBACA SOALAN DENGAN BETUL DAN MEMAHAMI
KEHENDAK SOALAN SEBELUM MENGEMUKAKAN JAWAPAN

SELAMAT MENJAWAB

NORHAYATI MAT ZAIN GC SEJARAH 2013 8
SMK SERI BINTANG SELATAN SKK


Click to View FlipBook Version