The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lausookhen, 2021-04-28 11:35:13

Budak Penggembala Dengan Serigala

Budak Penggembala Dengan Serigala

Budak Penggembala
Dengan Serigala

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak
penggembala. Dia menjaga sekawan biri-biri.

Pada suatu hari, dia berasa bosan dan mahu
mempermainkan orang kampung.

Dia menjerit, ”Tolong! Tolong! Serigala! Serigala! ‘

Orang kampung terdengar jeritan budak itu, lalu
berlari untuk menolongnya.

Apabila sampai di sana, mereka bertanya,
”Di mana serigala? ‘

Budak penggembala itu ketawa berdekah-dekah.
”Ha, ha, ha! Saya hanya bergurau. ‘

Beberapa hari kemudian,
budak penggembala itu
menjerit lagi.

”Tolong! Tolong! Serigala!
Serigala! ‘

Orang kampung berlari ke bukit untuk menolongnya.

Mereka mendapati budak itu mempermainkan
mereka lagi. Mereka sangat marah.

Pada hari yang lain pula, seekor serigala pergi ke
padang itu. Serigala menangkap biri-biri.

Budak penggembala itu berlari sambil menjerit,
”Tolong! Tolong! Serigala! Serigala! ‘

Orang kampung tidak
mempedulikan jeritan
budak itu.

Akhirnya, semua biri-
biri budak itu mati. Dia
berasa sangat sedih.


Click to View FlipBook Version