LDK 1
TAJUK : RAWABITUL HUBBI
MASA : 1 JAM
OBJEKTIF : - Membina ukhwah dengan baik dan beradab.
- Mewujudkan semangat berpasukan.
- Menerapkan sifat kepemimpinan.
- Melatih fokus pada arahan dengan tepat dan
betul.
BINA KUBU
1. Peserta masuk ke dalam kumpulan masing-masing mengikut
senarai nama yang disediakan.
2. Tentukan ketua dan penolong ketua kumpulan.
3. Namakan kumpulan.
4. Cipta sorakan kumpulan dan bom kumpulan lain.
5. Cipta logo dalam kertas mahjong.
6. Pembentangan dari setiap kumpulan.
HAI-HAI KAPTEN
1.Semua peserta dikehendaki berdiri dalam kumpulan masing-
masing.
2. Setiap ahli kecuali ketua kumpulan akan membelakang sesama
mereka sambil dipasangkan tali pada badan mereka, dan tali
tersebut diikat pada sebatang marker pen di belakang badan
mereka. Tujuannya adalah mereka perlu memasukkan batang pen
tersebut pada sebuah botol yang disediakan.
3. Ketua kumpulan akan memimpin ahli kumpulannya dengan
memberi arahan dengan jelas hinggalah ahli kumpulannya berjaya
memasukkan marker pen tersebut ke dalam botol.
LDK 2
TAJUK : SHARING IS CARING
MASA : 2 JAM 30 minit
OBJEKTIF : - Berani memberi pendapat yang bernas.
- Peka pada isu-isu semasa.
- Menerapkan sifat saling mernghormati dan
bertolak ansur.
- Membina pemikiran kreatif dan kritis.
Aktiviti : Fasilitator sebagai pemudahcara kepada para
peserta berkaitan tajuk yang terpilih.
Tajuk
1.Akhlak Pemimpin
2.Alam Sekitar. Penting Sangat Ke ?
3.Saya Pemangkin Ummah Rabbani
4.Medsos Pilihan Saya
5.Murabbi di Hati
6.Rasuah ? Katakan tidak !
7.Adab dijunjung, Ilmu digendong
8.Aku Seorang Khalifah
9.Gaya Hidup Sihat
10.Kebersihan Itu Indah
LDK 4
TAJUK : CEPAT DAN TEPAT
MASA : 1 JAM
OBJEKTIF : - Menguji pengetahuan sedia ada peserta
- Membimbing pemimpin yang bijak menyusun
strategik terbaik.
- Membina sifat bersaing secara sihat.
- Mewujudkan keseronokan dalam menimba ilmu.
STESEN 1 :
1. Setiap kumpulan diberikan 1 laptop untuk menjawab soalan
quizizz.
2. Kumpulan yang berjaya menjawab soalan akan bergerak ke
stesen ke 2 ( 5 orang ) dan 5 orang lagi akan menuggu di stesen
ke-3.
STESEN 2 :
1. Peserta akan menjawab soalan pada papan putih mini.
2. Setelah siap, peserta akan membawa papan putih tersebut ke
stesen 3. Semua ahli bergerak dengan memijak tapak kotak
yang disediakan kemudian menyerahkan papan putih mini
tersebut kepada ahli kumpulan di stesen 3.
STESEN 3.
1. Peserta akan menjawab soalan pada papan putih mini.
2. Setelah siap, peserta akan membawa papan putih tersebut ke
garisan penamat.
3. Kumpulan yang menjawab dengan pantas dan tepat adalah
pemenang. Keputusan hakim adalah muktamad.
HAVE
A GOOD
DAY