PERALATAN TRADISIONAL PUSAT SUMBER IBNU KHALDUN, SMK PINANG TUNGGAL, SUNGAI PETANI, KEDAH
LEKAR Fungsi : Digunakan sebagai alas atau pelapik periuk dan kuali yang panas Bahan buatan : Dihasilkan daripada anyaman rotan dan lidi Cara penggunaan : Letakkan kuali atau periuk panas di atas lekar bagi mengelakkan kepanasan daripada masakan panas terkena lantai Sila imbas untuk maklumat lanjut :
LABU SAYONG Fungsi : Sebagai bekas menyimpan air Bahan buatan : Diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan dan dibakar Cara penggunaan : Bersihkan dan masukkan air ke dalam labu sayong untuk diminum dan juga dipercayai boleh diamalkan untuk meyihatkan tubuh badan Sila imbas untuk maklumat lanjut :
LESUNG KAKI / HINDIK Fungsi : Digunakan untuk menumbuk padi bagi memisahkan kulit daripada beras Bahan buatan : Diperbuat daripada kayu berukuran 3 meter Cara penggunaan : Hujung batang anak lesung perlu dipijak dan dilepaskan supaya anak lesung dapat menumbuk padi yang berada di dalam lesung Sila imbas untuk maklumat lanjut :
BATU PENGISAR Fungsi : Digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan tepung Bahan buatan : Diperbuat daripada batu granit Cara penggunaan : Bahan yang hendak dikisar dimasukkan sesudu demi sesudu. Kayu pemegang dipusing untuk mengisar bahan tersebut Sila imbas untuk maklumat lanjut :
BATU GILING Fungsi : Digunakan untuk menggiling bahan Bahan buatan : Diperbuat daripada batu granit Cara penggunaan : Digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanan anak batu giling secara sorong tarik agar bahanbahan dapat digiling dengan sekata dan lumat Sila imbas untuk maklumat lanjut :
BUBU Fungsi : Digunakan untuk menangkap ikan Bahan buatan: Diperbuat daripada rotan atau buluh Cara penggunaan : Letakkan bubu di kawasan air yang tidak deras dan mempunyai banyak ikan supaya dapat memerangkap ikan di dalam bubu Sila imbas untuk maklumat lanjut :
SERKAP AYAM Fungsi : Digunakan untuk memerangkap ayam Bahan buatan : Diperbuat daripada rotan atau buluh Cara penggunaan : Sediakan perangkap di bawah serkap ayam dengan keadaan serkap ayam terbuka yang diletakkan padi serta jerat menggunakan tali. Setelah ayam mendekati perangkap,jerut tali dan ayam akan terperangkap Sila imbas untuk maklumat lanjut :
MANGKUK TINGKAT Fungsi : Memastikan makanan boleh diletakkan secara berasingan selain mengelakkan makan menjadi lembab atau bercampur dengan makanan yang lain. Bahan buatan : Diperbuat daripada besi Cara penggunaan : Makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi akan diletakkan pada bahagian yang paling bawah, sementara lauk dan kuih-muih diletakkan di bekas atasnya Sila imbas untuk maklumat lanjut :
MESIN AIS KACANG Fungsi : Mengisar bongkah ais supaya menjadi lebih lembut dan mudah untuk dimakan seperti Air Batu Campur (ABC), Ais Kacang atau Ais Kepal Bahan buatan : Diperbuat daripada besi Cara penggunaan : Laraskan mata pisau pada picu pelaras dan letakkan bongkah ais. Turunkan pemegang bongkah ais supaya bongkah tidak terpelanting semasa mengisar. Pemegang manual juga boleh digunakan untuk mengisar bongkah ais secara manual Sila imbas untuk maklumat lanjut :
NYIRU Fungsi : Digunakan oleh petani untuk menampi padi, iaitu mengasingkan padi daripada hampa Bahan buatan : Diperbuat daripada buluh atau rotan Cara penggunaan : Padi diletakkan di dalam nyiru dan ditampi mengikut arah angin. Dengan cara ini, hampa akan jatuh ke tanah atau terbang ditiup angin. Hasilnya, hanya padi yang tinggal di dalam nyiru Sila imbas untuk maklumat lanjut :
BAKUL BERAS Fungsi : Digunakan untuk menyimpan beras Bahan buatan : Diperbuat daripada rotan, buluh, bemban atau mengkuang Cara penggunaan : Masukkan beras ke dalam bakul beras dan tutup dengan penutup. Selain daripada menyimpan, bakul juga boleh digunakan untuk membawa, menyukat dan sebagainya Sila imbas untuk maklumat lanjut :
KUKUSAN PULUT Fungsi : Digunakan untuk mengukus pulut Bahan buatan : Diperbuat daripada rotan atau buluh Cara penggunaan : Masukkan beras pulut yang telah dibilas bersih ke dalam kukusan pulut. Bekas besi perlulah diisikan dengan air dan letakkan kukusan pulut di atasnya. Kemudian tutup kukusan pulut dengan penutup Sila imbas untuk maklumat lanjut :
LESUNG DAN ALU PADI Fungsi : Digunakan untuk mengasingkan kulit padi agar menjadi beras Bahan buatan : Lesung diperbuat daripada kayu atau batu, manakala alu diperbuat daripada kayu Cara penggunaan : Masukkan padi ke dalam lesung dan tumbuk padi menggunakan alu, beras akan terhasil setelah kulit dapat dipisahkan Sila imbas untuk maklumat lanjut :
KENDI DAN KETUR AIR Fungsi : Digunakan untuk menyimpan air untuk membasuh tangan selepas makan Bahan buatan : Diperbuat daripada besi Cara penggunaan : Masukkan air ke dalam kendi untuk membasuh tangan. Ketur pula dibiarkan kosong bertujuan untuk menadah air dan kotoran selepas basuhan Sila imbas untuk maklumat lanjut :
KACIP PINANG Fungsi : Digunakan sebagai alat pemotong Bahan buatan : Diperbuat daripada logam keras Cara penggunaan : Digunakan untuk memotong atau mengacip kepingan venir mengikut ukuran yang ditetapkan seperti isi buah pinang dan juga ubat-ubatan tradisional yang terdiri dari tumbuhtumbuhan Sila imbas untuk maklumat lanjut :
SEKIAN, TERIMA KASIH PUSAT SUMBER IBNU KHALDUN, SMK PINANG TUNGGAL, SUNGAI PETANI, KEDAH