MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2024 & PEMBUGARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK BANDAR BARU SENTUL TARIKH : 2 MEI 2024 HARI: KHAMIS TEMPAT: DATARAN ZA’ABA SMKBBS MASA: -7.30-8.30 PAGI (SESI PAGI) -12.50-1.50 PETANG (SESI PETANG)
1.0 Pendahuluan Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan tidak kurang pentingnya dalam kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat membantu pihak sekolah dalam membentuk murid-murid yang berilmu, kreatif dan berdisiplin demi usaha meningkatkan mutu pendidikan sekolah. Kemudahan dan fasiliti yang ditawarkan oleh Pusat Sumber Sekolah boleh dinikmati oleh semua murid hasil daripada gandingan mantap tenaga kerja para guru Pusat Sumber dan juga khidmat bakti pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPS). Oleh itu, PPS perlu mempunyai jati diri yang tinggi, daya ketahanan yang mantap dan ciri kepimpinan yang baik. Namun begitu, tidak semua orang dilahirkan mempunyai bakat kemahiran semula jadi sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan boleh diajar dan dipelajari. Kumpulan ini perlu dibentuk dan dibantu untuk menjadi seorang yang mempunyai bakat kepimpinan yang baik. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu melantik dan memberi pengiktirafan kepada PPS yang mempunyai bakat dan komitmen tinggi dalam pengurusan PSS. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan program Galakan Membaca telah dirancang oleh PSS dan dibugarkan lagi hingga hujung tahun. Secara tidak langsung budaya membaca sentiasa dekat dihati murid-murid dan Program Galakan Membaca terus bergiat aktif. Antaranya ialah Bacalah Akhbar, Ikon Nilam Bulanan,Lucky Reader, Bicara Buku Bulanan serta pelbagai aktiviti pertandingan pada Minggu Sumber Maklumat di penghujung bulan Jun. Melalui pendekatan ini, mereka akan lebih bersemangat untuk meneroka pencarian ilmu dan budaya membaca mekar berputik dalam kalangan warga SMK BBS.
2.0 Matlamat Untuk melahirkan individu yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran diri dari semasa ke semasa. Selain itu, bermatlamat untuk menarik minat murid-murid supaya suka akan Pusat Sumber Sekolah. 4.0 Sasaran 3.0 Objektif Pada akhir majlis ini, diharapkan pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah akan dapat: 3.1 Menjadi individu yang lebih memberi perhatian dan prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab mereka terhadap organisasi yang mereka terajui. 3.2Bekerja secara berkumpulan dengan lebih efektif. 3.3Meningkatkan keyakinan diri dan lebih berupaya untuk merancang, melaksanakan sesuatu projek atau tanggungjawab yang diamanahkan. 3.4Menjadi contoh dan model kepada individu atau murid-murid lain. Semua murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2024.
Butiran Program masa Aktiviti 7.20 – 8.00 pg (Sesi Pagi) 12.50-1.20 ptg (Sesi petang) Majlis Pembugaran Program Galakan Membaca Perhimpunan Harian Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Pengetua Persembahan Gimik Pelancaran Persembahan Murid: Bicara Buku Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas pusat sumber Ucapan Pengerusi Pengawas Pusat Sumber Bacaan Ikrar oleh Pengawas Pusat Sumber 8.00 – 8.30 pg (Sesi Pagi) 1.20-1.50 ptg (Sesi petang)
Ahli Jawatankuasa Penasihat dan Pengerusi : Naib Pengerusi : Penyelaras : Setiausaha : Bendahari : Penyelaras Aktiviti : : Jk persediaan teks ucapan & : pengacara majlis Jk pengurus peserta : Jk peralatan/siaraya/ : persiapan tempat : Jk dokumentasi : Jk sijil dan tanda nama : Jk fotografi, video dan : multimedia Jk buku program & poster : Gimik perasmian & : persembahan murid Cik Suzana Khumariah binti Zainal Abidin Pn Zaiton Binti Mohd Noh Pn. Nathasya Binti Mohd Sari Pn Nazatul Husna Binti Sulaiman En. Siew Weng Keong Pn. Raja Siti Nor Saadah binti Raja Salleh Pn. Nor Salawani binti Mohamad Pn. Nur Nisaq Ilmiah binti Khaidir Pn. Nor Salawani binti Mohamad Pengawas Sekolah Pn. Nor Eliana binti Hamzah Cik Kartika Binti Ab Rahman En. Yusfazlan b Mohd Yunus En Lee Weng Keong Pn. Nathasya Binti Mohd Sari Pn. Raja Siti Nor Saadah Binti Raja Salleh Pn Wahidah Binti Abu Bakar En Siew Weng Keong AJK TVPSS Pn. Nathasya Binti Mohd Sari Pn Nazatul Husna Binti Sulaiman Pn. Nathasya Binti Mohd Sari Pengawas PSS (Pengetua SMKBBS) (PK Tadbir dan Kurikulum ) (Guru Perpustakaan dan Media) (Guru Nilam pagi) (Guru Nilam petang)
Sekalung penghargaan PIHAK PENTADBIR SMKBBS BARISAN GURU SMKBBS AJK PELAKSANA PROGRAM MURID-MURID SMKBBS SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN PEMBUGARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA BAGI TAHUN 2024