The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by monisadharmaraj, 2023-11-22 04:09:28

AKTIVITI LAPANGAN (M10)

AKTIVITI LAPANGAN (M10)

AKTIVITI LAPANGAN AKTIVITI LAPANGAN MINGGU 10


MONISA A/P A DHARMARAJ NURULAIN NASYITAH BINTI ROHAIZAD DHIA QISTINAN BINTI BADRUL HISHAM AL YAAKUBI DURATHUL JUMA ASYIQAH BINTI MOHAMAD AWI AHLI KUMPULAN :


Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 17 Disember 1939 kepakaran dalam bidang tatabahasa dan sosiolinguistik. menggalas jawatan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). pernah menjadi pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. dianugerahi Anugerah Akademik Negara 2012 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. BIODATA NIK SAFIAH KARIM


Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab). Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban). Setelah itu beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun 1959. Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


SUMBANGAN Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh dan cendekiawan tanahair yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Dedikasi beliau yang tidak boleh dinafikan menjadikannya disegani ramai dan menjai idola kepada anak-anak muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan lingustik ini, beliau juga gigih memperjuangan kedudukan serta kebajikan kaum wanita tanahair. Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari jawatan yang beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992.


SUMBANGAN Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sini beliau terus menabur berbakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia. Ini dilihat dari perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu beliau merupakan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).


Antara hasil kajian yang telah dibuat olehNik Safiah Karim adalah beliau (1996) telah mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Selain itu, Nik Safiah turut mendapati semacam kesepakatan dalam memberikan istilah nama (bagi kata nama) dan perbuatan (bagi kata kerja), tetapi terdapat pelbagai istilah bagi merujuk kata sifat. Seterusnya, Nik Safiah Karim turut mentakrifkan nama khas sebagai rujukan khusus bagi nama orang, haiwan, benda, perbadanan, dan seumpamanya, manakala kata nama am ditakrifkan sebagai benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. HASILAN KAJIAN


1978- Bahasa Malaysia Syntax 1981- Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu 1993- Tatabahasa Dewan (karya bersama dengan Farid M.Onn, Hasj=him Musa dan Abdul Hamid Mahmood) 1995- Malay Grammar for Academics and Professionals 1999- Yang Indah itu Bahasa 2007- Liku-Liku Bahasa. PENERBITAN BUKU@ MAJALAH


CONTOH HASIL KARYA


TERIMA KASIH TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version