KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA ATHIRAH NUR ALLYSHA BINTI AZHARUDIN
ISI KANDUNGAN PENGENALAN 01 FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN FAKTOR KEPELBAGAIAN BANGSA FAKTOR STRUKTUR SOSIAL FAKTOR KEPELBAGAIAN BAHASA 02 PENUTUP 11 RUJUKAN 12 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BANGSA IMPLIKASI STRUKTUR SOSIAL IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BAHASA 05 03-04 06 07 08 09 10
PENGENALAN Sosiobudaya didefinisikan sebagai amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat (Rosfazila Abd Rahman, 2019). Kepelbagaian sosiobudaya merupakan salah satu daripada enam aspirasi sistem pendidikan dalam Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Hafzan Omar et al., 2018). Kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia terhasil daripada kepelbagaian bangsa, bahasa, adat resam, jantina, kaum, struktur masyarakat dan kepercayaan (Noraini Omar et al., 2014). Perbezaan yang wujud ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya dan ciri-ciri tersendiri yang menjadi lambang identiti masyarakat Malaysia. Oleh itu, pemahaman mengenai kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar amat penting seperti yang ditegaskan dalam Gagasan 1 Malaysia. Gagasan 1 Malaysia dapat memupuk perpaduan antara kaum dan penerimaan keunikan setiap kaum. Murid haruslah didedahkan kepada kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat supaya nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam diri murid dan dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya, murid dapat menghormati budaya kaum lain, mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi antara satu sama lain. 01
FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN 02
HENRIETTA MITCHELL FAKTORKEPELBAGAIANBANGSATERHADAP KOMUNITISEKOLAHDANPENDIDIKAN Aspek bangsa merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Di Malaysia, terdapat pelajar daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak dan masyarakat orang asli. Tamsilnya, merujuk kepada rajah 1, Kementerian Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat anggaran penduduk semasa di Malaysia pada tahun 2023 yang mengandungi peratusan penduduk warganegara mengikut kumpulan etnik. Rajah 1 Anggaran penduduk semasa di Malaysia Tahun 2023 Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-masing yang merupakan peraturan yang telah diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat. Menurut Idrul Hisham et al., (2024), budaya merupakan satu cara hidup yang dipelajari merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kepelbagaian faktor budaya dalam konteks pendidikan ialah semasa sambutan atau perayaan Aidilfitri yang diadakan di sekolah setiap tahun, kaum lain seperti kaum Cina, India, Dusun, Iban dan Kadazan ingin mencuba untuk memakai baju kurung mengikut kaum Melayu. Secara tidak langsung, mereka dapat menerima perbezaan dan identiti kaum lain tanpa mengambil kira identiti dan asal usul mereka serta menerima identiti kaum Melayu semasa menyambut perayaan Aidil Fitri. Kesannya, perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat dipupuk. Oleh itu, dengan adanya sambutan atau majlis di sekolah, setiap pelajar yang berlainan bangsa dapat mengetahui perbezaan adat dan budaya setiap kaum seperti perayaan berbilang kaum di Malaysia, pakaian tradisi dan makanan tradisi setiap kaum. . Sumber: https://www.permohonan.my/jumlahpenduduk-malaysia-terkini/ 03
FAKTORKEPELBAGAIANBANGSATERHADAP KOMUNITISEKOLAHDANPENDIDIKAN Tamsilnya, berdasarkan rajah 2, murid dapat mempelajari pelajar kaum Melayu merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, kaum Cina merayakan Tahun Baru Cina manakala pelajar kaum India merayakan Deepavali. Melalui rajah 3 pula, murid juga didedahkan dengan pakaian tradisional setiap kaum apabila tibanya hari perayaan. Pakaian tradisional kaum Melayu ialah baju kurung, baju kebaya dan baju melayu manakala pakaian tradisional kaum Cina pula ialah cheongsam dan samfu. Pakaian tradisional kaum India ialah Sari, Dhoti, Kurta dan lain-lain. Melalui rajah 4, murid juga dapat mengetahui pelbagai makanan tradisional pelbagai kaum. Sebagai contoh, ,makanan tradisional kaum Melayu ialah nasi lemak dan pulut inti manakala bagi kaum Cina pula ialah Dim Sum dan Jiao Zi. Makanan tradisi India ialah thosai, roti canai maruku dan sebagainya. Oleh itu, setiap pelajar perlu bergaul dengan rakan pelbagai kaum kerana setiap kaum adalah unik dan berbeza yang mempunyai latar belakang berlainan terbentuk daripada hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Rajah 2 Perayaan berbilang kaum di Malaysia Rajah 3 Pakaian tradisi pelbagai kaum di Malaysia Rajah 4 Makanan tradisional kaum Melayu, Cina dan India04
DECLUTTER YOUR HOME AND FIND MORE PEACE HENRIETTA MITCHELL FAKTORSTRUKTURSOSIALTERHADAP KOMUNITISEKOLAHDANPENDIDIKAN Faktor yang seterusnya ialah struktur sosial. Struktur sosial ialah corak perhubungan dan institusi yang teratur dalam membentuk masyarakat atau kumpulan sosial. Struktur sosial juga merujuk kepada cara individu dan kumpulan berinteraksi, cara kuasa dan sumber diagihkan dan cara masyarakat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah. Struktur sosial ini sangat penting kerana ia membantu menjelaskan corak tingkah laku, ketidaksamaan sosial dan fungsi masyarakat. Hal ini boleh dilihat di sekolah melalui pelbagai unsur masyarakat dengan status dan peranan tersendiri. Sebagai contoh, dalam struktur sosial sekolah dapat dilihat dengan jelas kedudukan dan hubungan guru dengan murid serta hubungan guru sesama guru. Sehubungan dengan itu, guru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan murid. Perkara ini disokong oleh Chin et al., (2023) yang menyatakan hubungan positif antara guru dan murid mampu mempengaruhi iklim bilik darjah, pencapaian akademik dan tahap motivasi murid. Selain itu, dari konteks komponen struktur sosial status dan peranan di sekolah, terdapat dua status iaitu murid dan guru. Murid berperanan untuk mempelajari sesuatu ilmu dengan tekun manakala guru berperanan untuk menyampaikan ilmu kepada murid demi meningkatkan kemenjadian murid selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Oleh itu, setiap individu mempunyai status dan peranan yang berbeza dalam menentukan kelas sosial masing-masing. 05
DECLUTTER YOUR HOME AND FIND MORE PEACE HENRIETTA MITCHELL Akhir sekali, aspek bahasa merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Menurut Ainal Akmar et al., (2016), bahasa merupakan medium untuk berkomunikasi atau berhubungan dari segi tulisan, lisan atau gerakan iaitu menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Tambahan pula, setiap sekolah mewajibkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua institusi pendidikan di Malaysia. Kesannya, pendidikan di Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum dapat menguasai Bahasa Melayu dan boleh bertutur dengan jelas dan difahami. Namun, penggunaan bahasa ibunda dan dialek kaum masing-masing masih lagi digunakan dalam kalangan pelajar. Secara tidak langsung, penggunaan bahasa Melayu dapat membina perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, kepelbagaian bahasa dapat dilihat dari sudut penggunaan bahasa badan. Sebagai contoh kaum India lebih suka menggerakkan kepala mereka apabila bercerita tentang sesuatu perkara. Selain itu, terdapat penggunaan kosa kata yang terbatas atau meluas seperti terdapat bahasa yang mempunyai banyak maksud dalam satu perkataan dan juga ada yang sebaliknya. Melalui penulisan standard pula, setiap bahasa dapat dilihat keunikan masing-masing dari sudut penyusunan ayat. Menurut kajian Ngien dan Ching (2016), ibu bapa bebas memilih jenis sekolah dalam mendapatkan pendidikan terhadap anak mereka sama ada menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Hal ini kerana murid yang berlainan bangsa dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai cara menulis, membaca, memahami dan bertutur menggunakan lebih daripada satu jenis bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil apabila bergaul dengan kawan berbeza kaum. Oleh itu, kepelbagaian bahasa dapat diwujudkan di peringkat sekolah kesan daripada pergaulan etnik dalam institusi pendidikan dan penguasaan bahasa yang baik membolehkan perhubungan yang baik dapat dijalinkan dengan lebih mudah. FAKTORKEPELBAGAIANBAHASATERHADAP KOMUNITISEKOLAHDANPENDIDIKAN 06
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN 07
HENRIETTA MITCHELL IMPLIKASIKEPELBAGAIANBANGSATERHADAP KOMUNITISEKOLAHDANPENDIDIKAN Implikasi kepelbagaian budaya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan ialah murid dapat mengenali antara satu sama lain perbezaan latar belakang, adat dan budaya seperti perayaan berbilang kaum, pakaian tradisi dan makanan tradisi setiap kaum. Hal ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang menggalakkan penglibatan pelajar, guru dan masyarakat setempat pelbagai kaum dalam aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) ialah program sukan dan permainan, program kecemerlangan akademik, program perkhemahan dan program khidmat masyarakat seperti gotong-royong dan melawat rumah orang tua (Hasnul & Mohd Syariefudin, 2018). Pentadbir sekolah boleh bekerjasama mengadakan program kebudayaan seperti bermain permainan tradisional. Dengan ini, peranan pentadbir sekolah penting dalam mewujudkan perpaduan antara komuniti sekolah supaya pengurusan sekolah dalam keadaan yang stabil (Nur Ayuni & Amir, 2019). Selain itu, implikasi kepelbagaian bangsa terhadap guru pula ialah guru perlu bijak dalam merangka dan menjalankan pelbagai aktiviti yang tidak hanya terhad kepada sesuatu kaum sahaja. Hal ini kerana guru perlu memberikan peluang yang sama rata kepada semua muridnya dan memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak berunsurkan pilih kasih terhadap sesuatu kaum sahaja. Sebagai contoh, guru boleh menjalankan pembelajaran koperatif iaitu melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan di mana kumpulan yang dibentuk terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Menurut kajian Rasathi et al., (2021), objektif pembelajaran koperatif ialah murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan serta murid dapat berinteraksi secara aktif dan positif dalam perkongsian idea. Hal ini selari dengan Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C iaitu elemen kolaboratif dan komunikasi. Oleh itu, pembelajaran koperatif dapat melatih murid menerima kepelbagaian budaya dan menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri. Selain itu, guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai budaya murid-muridnya dalam memastikan aktiviti pembelajaran yang dirancang memenuhi setiap budaya di dalam bilik darjah tersebut. Sebagai contoh, guru perlu menerapkan adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia melalui pembelajaran dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kerohanian. Melalui subjek Sejarah pula, guru boleh menerapkan semangat warganegara yang setia kepada negara melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Perkara ini bertepatan dengan kajian Noriati et al., (2011) yang mengatakan guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu tentang kebudayaan kaum lain supaya guru dapat mengenal pasti pendekatan yang paling berkesan untuk memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar. Selain itu, guru juga perlu memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya kaedah pengajaran yang digunakan sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sebuah bilik darjah. Oleh itu, guru perlu menyemai nilai murni dan nilai perpaduan kaum kepada pelajar seperti yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar usaha untuk mewujudkan keharmonian sekaligus perpaduan dalam masyarakat dapat dicapai. 08
HENRIETTA MITCHELL IMPLIKASISTRUKTURSOSIALTERHADAP KOMUNITISEKOLAHDANPENDIDIKAN Seterusnya, kelas sosial wujud melalui hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Implikasi perbezaan kelas sosial terhadap komuniti sekolah dan pendidikan melalui perbezaan latar belakang dari segi tahap pendidikan ialah pelajar yang cemerlang dapat membantu dan membimbing pelajar yang lemah dengan memastikan kawan-kawannya memahami pembelajaran dengan baik. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai tahap prestasi yang berbeza dalam kalangan murid contohnya pelajar lemah, sederhana dan pelajar cemerlang. Secara tidak langsung, amalan kerjasama, berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat menambahkan tahap kefahaman serta menggalakkan interaksi pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, di sekolah, terdapat status ekonomi keluarga yang berbeza, contohnya terdapat murid daripada keluarga B40, T20 dan sebagainya. Murid yang mempunyai tahap sosioekonomi keluarga yang stabil dan tinggi akan mendapat pendidikan tambahan seperti kelas tuisyen, buku rujukan dan kelengkapan yang lengkap untuk belajar. Mereka juga bersedia untuk menerima ilmu kerana segala keperluan sekolah telah disediakan oleh ibu bapa mereka dengan mencukupi. Perkara ini dibuktikan dalam kajian Zuraidah et al., (2019), ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka kepada anak mereka. Kesannya, menurut kajian Ganesan & Noraini (2014), ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang tinggi akan melahirkan anak yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Dengan ini, motivasi instrinsik murid untuk belajar meningkat. Namun, berbeza dengan pelajar yang mempunyai tahap sosioekonomi keluarga yang rendah kebiasaannya mengalami masalah dari segi persediaan dalam menuntut ilmu. Di samping itu, guru yang lebih berpangkat juga mempunyai peranan yang sedikit berbeza dan mempunyai kekuasaan dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, komponen hierarki sosial seperti kekayaan dan kuasa mempengaruhi gaya hidup murid di sekolah. 09
HENRIETTA MITCHELL IMPLIKASIKEPELBAGAIANBAHASATERHADAP KOMUNITISEKOLAHDANPENDIDIKAN Implikasi kepelbagaian bahasa terhadap komuniti sekolah dan pendidikan ialah murid dapat mempelajari dan memahami pelbagai bahasa dalam setiap kaum. Hal ini kerana pelajar berinteraksi dengan semua pelajar tanpa mengira kaum dan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan apabila menceritakan keunikan budaya masing-masing. Secara tidak langsung, pelajar dapat membentuk perpaduan kaum melalui interaksi dalam bilik darjah. Selain itu, guru menekankan laras bahasa yang betul dalam kalangan murid dan guru mengutamakan menggunakan bahasa standard iaitu bahasa Melayu ketika mengajar supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Guru juga perlu menunjukkan keperibadian yang baik seperti berbudi bahasa dan bertutur dengan sopan untuk meningkatkan rasa hormat murid kepada guru. Menurut Yong et al., (2018), guru yang mempelajari budaya kaum lain kurang menghadapi masalah ketika berinteraksi dengan ibu bapa berlainan kaum yang tidak fasih dalam bahasa rasmi. Sebagai contoh, guru yang bekerja di pedalaman Sarawak perlu mempelajari bahasa Iban kerana terdapat ibu bapa yang langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Perkara ini selaras dengan kajian Balqis dan Abdul Latiff (2019) yang menyatakan pengalaman seseorang terhadap kepelbagaian budaya mempengaruhi kebolehannya untuk melakukan adaptasi terhadap isu yang wujud antara budaya. Namun, penggunaan bahasa dan dialek yang pelbagai oleh murid menjadi salah satu cabaran kepada guru semasa mengajar. Hal ini kerana kebiasaan murid lebih suka menggunakan dialek mereka sendiri semasa belajar dan menjawab soalan menyebabkan pelajar atau guru sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Selain itu, murid juga sukar untuk berkomunikasi dengan rakan sekelasnya dan menyebabkan pelajar tersebut ketinggalan dalam pembelajaran. Dengan ini peranan pentadbir sekolah penting dalam mewujudkan perpaduan antara komuniti sekolah supaya pengurusan sekolah dalam keadaan yang stabil. (Nur Ayuni & Amir, 2019). Oleh itu, guru perlu mempelajari dialek kawasan setempat dan menyampaikan pembelajaran secara dwibahasa kepada murid supaya lebih mudah memahami pembelajaran. 10
PENUTUP Kesimpulannya, kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam sesebuah masyarakat dan negara perlu diberi pendedahan awal kepada murid melalui pendidikan. Hal ini kerana sekolah merupakan platform yang tepat dalam memupuk perpaduan dan pemahaman kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Kesannya, murid dapat menerapkan nilai-nilai seperti menghormati kepelbagaian budaya, toleransi dan kerjasama antara kaum. Oleh itu, institusi pendidikan perlu memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keharmonian sekaligus perpaduan dalam masyarakat yang berbeza etnik, suku, bangsa, bahasa, budaya dan agama agar visi pendidikan negara iaitu "Pendidikan berkualiti, insan terdidik, dan negara sejahtera" dapat dicapai. 11
HENRIETTA MITCHELL SUMBERRUJUKAN 12