kurangnya lima belas jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapak bina. Penyelia Keselamatan Kontraktor Tiap-tiap kontraktor selain daripada kontraktor utama yang bertanggungjawab ke atas tapak bina kerja yang menggaji lebih dari dua puluh orang pekerja untuk bekerja di tapak bina kerja hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan kontraktor separuh masa, yang hendaklah menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya oleh pekerjanya. 4.3.6 PENGATURAN DENGAN PIHAK SUB-KONTRAKTOR • Salinan polisi keselamatan daripada pihak kontraktor utama hendaklah diberikan kepada semua Penyelia / Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di pihak sub-kontraktor. • Kesemua sub-kontraktor hendaklah memberikan kepada kontraktor utama salinan polisi mereka dan nama Penyelia / Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. • Kod dan piawaian yang relevan untuk diguna pakai sebagai terma rujukan hendaklah dikenalpasti dan dipersetujui. • Keperluan untuk wakil sub-kontraktor dalam Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan projek perlu dibincangkan dan pengaturan yang sesuai perlu dibuat • Prosedur dan pengaturan untuk sebarang latihan wajib dan induksi khusus tapak serta latihan lain yang diperlukan sepanjang tempoh kontrak hendaklah dikenalpasti dan dipersetujui. • Mewujudkan prosedur persetujuan untuk melaporkan kecederaan, penyakit dan kejadian berbahaya kepada pihak pengurusan tapak dan pihak berkuasa yang berkaitan. • Pengaturan kemudahan kebajikan dan pertolongan cemas hendaklah dipersetujui dan sebarang kemudahan yang dikongsi hendaklah disahkan. • Pengaturan pertolongan cemas haruslah termasuk pelantikan pembantu pertolongan cemas dan prosedur untuk bertindak dengan balas dengan segera
terhadap kemalangan serta prosedur untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan. • Keperluan dan penyediaan item yang sesuai untuk dipersetujui, bersama-sama dengan pengaturan penyimpanan, pemeriksaan dan sebarang latihan yang diperlukan. • Bersetuju dengan sebarang proses atau operasi yang memerlukan masuk / permit kerja. Tentukan sub-kontraktor mana yang terjejas dan wujudkan prosedur formal. • Tanggungjawab dan prosedur untuk menangani masalah akses yang biasa kepada semua sub-kontraktor (seperti perancah, bukaan lantai, dll) dan pertikaian mengenai perkara keselamatan. • Bersetuju menyediakan peralatan pemadam kebakaran yang sesuai untuk proses kerja, stor, penginapan dan pejabat. • Prosedur persetujuan sekiranya berlaku kebakaran, menyelamat dari ruang terkurung dan sebarang kecemasan lain yang berlaku di tempat kerja. • Bersetuju mengatur penyimpanan bahan dan pembersihan sisa secara berkala. Peruntukan hendaklah dibuat bagi kontraktor utama untuk kontra-caj sub-kontraktor sekiranya pengaturan ini tidak dipatuhi. • Menentukan peraturan tapak dan memasukkan peraturan pelanggan (jika sesuai). Salinan peraturan tapak perlu diberikan kepada semua sub-kontraktor. • Pengaturan untuk pemasangan awal telefon atau apa-apa cara komunikasi lain yang sesuai adalah penting bagi tujuan kerja dan keselamatan. • Nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan hendaklah dipaparkan • Peraturan khusus / umum tapak yang menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan (do and don’t) perlulah diwujudkan. 4.3.7 PENGURUSAN LALU LINTAS SEMENTARA • Seperti potensi bahaya lain yang mungkin timbul semasa kerja pembinaan dijalankan, pengurusan trafik sementara juga mesti dibangunkan sebelum kerja dimulakan.
• Tujuannya adalah untuk melindungi bukan sahaja pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan tetapi juga orang awam yang mungkin terjejas oleh aktiviti kerja. • Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membangunkan pengurusan trafik sementara ialah: i. Lebar jalan – adakah terdapat ruang yang cukup untuk lalu lintas dan kenderaan bergerak dengan selamat? ii. Bolehkah bahu jalan digunakan sebagai lorong trafik tambahan. iii. Kepadatan lalu lintas – apakah kesan yang mungkin berlaku pada keselamatan dan kesihatan, kelewatan pergerakan lalu lintas dan pilihan alternatif terhadap tempoh masa pembinaan. iv. Peratusan kenderaan berat – pertimbangkan operasi bermusim v. Muka bumi – adakah muka bumi memberikan bahaya tambahan seperti lengkung, paya, dll. vi. Faktor alam sekitar – mengambil kira julat keadaan persekitaran seperti keadaan basah, jarak penglihatan yang lemah dan kegelapan. Perlindungan Orang Awam • Lencongan pejalan kaki ditentukan dengan jelas dan pejalan kaki dilindungi daripada bahaya lalu lintas jalan apabila menggunakan sebarang lencongan • Laluan kenderaan merentasi laluan pejalan kaki perlu diawasi, untuk menghilangkan bahaya kepada orang ramai. • Penanda bendera, penghadang, papan tanda atau lampu isyarat digunakan untuk menghentikan orang ramai yang lalu lalang di bawah beban yang digantung (melainkan) jika terdapat gantry (pelindung) • Kerja-kerja pengorekan dipagar dan jika mereka ingin menakung air, pastikan ditutup dan dipagar dengan selamat untuk menghalang akses kepada kanakkanak. Jika di tempat awam, perlu letak tanda amaran dan lampu amaran pada waktu malam. • Peralatan pneumatic hendaklah mempunyai penyenyap dan patung cerucuk hendaklah daripada kayu atau neoprene supaya bunyi bising dapat dikawal pada tahap yang boleh diterima.
• Jika perancah diletakkan pada laluan pejalan kaki, ia hendaklah ditanda dengan jelas dan berlapik jika terdapat sebarang risiko yang boleh menyebabkan kecederaan • Keselamatan tapak yang mencukupi hendaklah disediakan semasa tempoh tidak bekerja Perlindungan Pekerja • Tentukan had laju kelajuan • Meminimumkan jumlah bunyi yang terdedah kepada pekerja melalui kawalan pentadbiran atau kejuruteraan • Perlindungan cerun / sisi pengorekan 4.3.8 ALAT PELINDUNG DIRI (PPE) • Alat Pelindung Diri (APD) atau Personal Protective Equipment (PPE) secara umumnya perlu digunakan oleh setiap pekerja sebagai alat keselamatan kerja dan alat pelindung diri. • Antara alat pelindung diri yang biasa digunakan adalah seperti berikut: - Sarung tangan (hand gloves) - Kasut keselamatan (safety shoes/boots) - Topi keselamatan (safety helmet) - Pelindung pernafasan (dust masker) - Penutup telinga (disposable ear plug) - Kaca mata pelindung (goggle / safety glasses) • Apabila memilih peralatan pelindung diri untuk proses kerja atau siri tugas tertentu, pertimbangkan prinsip am berikut: a) Biasakan diri dengan risiko proses kerja – melibatkan penilaian keadaan/sifat risiko, keadaan dan sekatan tugas yang perlu dilakukan b) Sedar tentang tahap risiko yang boleh diterima di mana pekerja mungkin terdedah sebagai panduan untuk memilih peralatan berdasarkan keperluan prestasi
c) Bandingkan keperluan prestasi dengan keupayaan pelbagai jenis peralatan perlindungan diri d) Pastikan peralatan yang dipilih bersesuaian dengan risiko e) Apabila beberapa jenis peralatan perlindungan diri diperlukan untuk mengawal pelbagai risiko dalam satu proses kerja, pastikan peralatan tersebut serasi f) Pastikan peralatan tersebut muat dengan betul/selesa, kerana kesesuaian yang tidak mencukupi boleh mengehadkan keupayaan perlindungan g) Pertimbangkan faktor kesihatan / perubatan pekerja yang boleh mempengaruhi sama ada mereka boleh menggunakan peralatan tersebut atau tidak h) Pertimbangkan keselesaan apabila memilih peralatan i) Pastikan peralatan tersebut dipakai dengan betul j) Berunding dengan pekerja tersebut dan orang lain yang mesti memakai peralatan semasa memilih barang k) Memberi keutamaan kepada item peralatan pelindung diri yang mematuhi piawaian stardard 4.3.9 ARAHAN KESELAMATAN PERALATAN DAN KOD WARNA UNTUK PAPAN TANDA • Peralatan tangan memerlukan penggunaan tenaga manusia secara manual untuk: - menggerak - mengubah bentuk - menyelaras bahan - peralatan berkuasa memerlukan penggunaan sumber kuasa lain untuk menggerak, mengubah bentuk atau menyelaras bahan. • Hazard penggunaan peralatan tangan: - Elektrik (peralatan berkuasa mudah alih) - Terpotong (peralatan berkuasa mudah alih)
- Tersangkut dan tertarik (peralatan berkuasa mudah alih) - Bahan / peralatan terpelanting (serpihan, kepala peralatan) - Tersepit di antara peralatan - Terketuk oleh peralatan - Pendedahan kepada bunyi bising - Getaran – habuk atau wasap daripada aktiviti yang dijalankan • Faktor penyebab kemalangan: - Menggunakan kaedah yang salah - Tidak menyimpan peralatan dengan sempurna - Gagal menyenggara peralatan - Menggunakan peralatan yang rosak - Menggunakan peralatan yang tidak sesuai dengan kerja yang dijalankan • Langkah keselamatan penggunaan peralatan: - Pilih peralatan yang sesuai dengan kerja - Bagi latihan keselamatan kepada pengguna - Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan - Periksa peralatan sebelum digunakan - Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan (manual / SOP) - Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai - Adakan program senggaraan berjadual bagi peralatan Papan Tanda • Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan papan tanda: - Pastikan tahap pandangan untuk papan tanda dalaman perlu jelas untuk seseorang berdiri dan duduk. - Pastikan papan tanda dalaman berdasarkan arah halatuju dan perubahan halatuju serta kedudukan papan tanda ditempatkan di kedudukan yang betul. - Buang papan tanda lama atau yang menghalang penglihatan kerana ia mungkin mengelirukan.
- Fikirkan ayat yang akan digunakan. Penggunaan dwi-bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) adalah digalakkan. Elakkan penggunaan tulisan yang sukar dibaca/difahami dan simbol yang tidak difahami. - Pertimbangkan ukuran tulisan dan simbol yang digunakan agar tidak terlalu besar atau kecil. - Pastikan warna latar belakang, tulisan dan simbol mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. - Perlu diambil perhatian kedudukan pancaran dan pantulan cahaya matahari dan lampu kerana kelemahan pancaran lampu akan mencacatkan dan mengubah warna latarbelakang, tulisan dan simbol. • Lokasi papan tanda - Papan tanda haruslah ditempatkan pada aras penglihatan mata supaya boleh bertindak cepat kepada maklumat diberikan. Ia haruslah ditempatkan dikedudukan yang betul bagi memudahkan mencari lokasi dengan cepat, tepat dan berkesan. Kedudukan papan tanda yang salah akan menyebabkan tersalah tempat yang dituju, hilang arah, membuang masa dan tenaga. • Jarak penglihatan - Kedudukan papan tanda pada purata jarak penglihatan untuk seseorang berdiri atau berjalan adalah pada ketinggian 1500mm dari aras lantai dari jarak penglihatan 1000mm hingga 1800mm. Untuk OKU yang menggunakan kerusi roda jarak penglihatan ialah 1200mm dari aras lantai dari jarak penglihatan 1000mm hingga 1800mm. • Papan tanda - Penggunaan bahan papan tanda hendaklah mengikut kesesuain tempat
• Antara warna papan tanda yang digunapakai: Merah Warna merah dominan pada simbol menandakan tanda bahaya atau larangan dan simbolsimbol kebakaran Biru Warnah biru dominan pada simbol menandakan kewajiban dan harus di taati Hijau Warna hijau dominan pada simbol biasanya hanya memberikan informasi (keadaan selamat) Kuning Warna kuning dominan pada simbol menandakan kewaspadaan Hitam Warna dominan hitam menandakan informasi bersifat umum 4.3.10 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KESELAMATAN Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: i. Membantu dalam pembangunan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan, sistem kerja yang selamat dan kajian semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan. ii. Untuk menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana perkara keselamatan dan kesihatan dan untuk membawanya ke perhatian majikan. iii. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja. iv. Untuk memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. v. Untuk membincangkan pemerhatian semasa pemeriksaan tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihan
yang perlu diambil tentang perkara yang boleh memberi kesan kepada orang di tempat kerja. vi. Melaporkan kepada majikan tentang keadaan atau amalan-amalan yang tidak selamat dan tidak sihat di tempat kerja bersama cadangan-cadangan untuk langkah pemulihan. vii. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan penambahbaikan kepada majikan. viii. Untuk membantu majikan dalam sebarang program berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan, mengadakan ceramah keselamatan dan kesihatan dan kegiatan lain yang diadakan untuk menggalakkan perjalanan kerja yang selamat di tempat kerja. ix. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekiranya perlu setara dengan risiko yang dihadapi di tempat kerja dan ciri-ciri kerja tetapi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. x. Jawatankuasa mestilah mempelawa mana-mana orang yang terlibat atau mempunyai pengetahuan tentang sebarang kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja untuk menghadiri sebarang mesyuarat untuk membincangkannya. 4.4 KESIMPULAN Pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan di tapak bina penting kerana sector pembinaan lebih berisio mengalami kemalangan maut berbanding sectorsektor lain yang hanya membabitkan kehilangan keupayaan sementara atau secara kekal. Setiap projek pembinaan mestilah menepati piawaian perlindungan serta pencegahan kemalangan. Setiap projek yang berskala besar melebihi RM20 juta perlu melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan sepertimana yang telah dinyatakan di dalam AKKP 1994, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997, manakala bagi projek kecil atau kurang dari jumlah RM20 juta, pihak pengurusan syarikat perlu mewujudkan jawatankuasa keselamatan bagi memantau keselamatan kawasan tapak bina.
4.5 PENILAIAN KENDIRI 1) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan pekerja perlu ditubuhkan sekiranya A) Jumlah bilangan pekerja melebihi 10 orang B) Jumlah bilangan pekerja melebihi 20 orang C) Jumlah bilangan pekerja melebihi 30 orang D) Jumlah bilangan pekerja melebihi 40 orang 2) Nyatakan 2 contoh hazard fizikal apabila bekerja di tapak pembinaan. 3) Nyatakan 2 contoh tindakan tidak selamat yang boleh menyebabkan kemalangan di tempat kerja. 4) Nyatakan 3 peralatan perlindungan diri yang diberikan oleh majikan. 5) Nyatakan 4 kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 6) Nyatakan 4 warna yang digunapakai pada papan tanda beserta dengan maksud/tujuan warna tersebut 4.6 JAWAPAN 1) D - Jumlah bilangan pekerja melebihi 40 orang 2) (i) Suhu panas melampau (ii) Bunyi bising melampau (iii) Sinaran UV 3) (i) Tidak memakai sarung tangan ketika memegang bahan kimia (ii) Tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika melakukan kerja di tempat yang tinggi
4) (i) Kasut keselamatan (ii) Topi keselamatan (iii) Cermin mata keselamatan (goggle) 5) (i) Mengurangkan kemalangan di tempat kerja (ii) Mengurangkan penyakit akibat persekitaran kerja yang tidak sihat (iii) Memberi kesedaran kepada pekerja tentang bahaya di tempat kerja (iv) Untuk mematuhi keperluan undang-undang kesihatan dan keselamatan pekerjaan 6) Merah - menandakan tanda bahaya atau larangan dan simbol-simbol kebakaran (stop, prohibition) Kuning - menandakan kewaspadaan (caution, risk of danger) Biru - menandakan kewajiban dan harus di taati (mandatory action) Hijau - memberikan informasi / keadaan selamat (safe condition)
KOMPETENSI 5: KESELAMATAN SEMASA PERINGKAT PEMBINAAN 5.1 PENGENALAN Kompetensi ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan keselamatan yang perlu ada diperingkat pembinaan sesebuah projek. Kepentingan membuat perancangan di dalam sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan amatlah penting. Perancangan yang melibatkan keselamatan dan kesihatan (KKP) perlu bermula seawal peringkat pembinaan lagi. Perkara yang berkaitan dengan KKP perlulah dirancang dengan baik meliputi isu berkaitan dengan keselamatan di tapak pembinaan, kesihatan serta kebajikan pekerja. Peringkat pembinaan melibatkan kerja-kerja penyediaan tapak, kerja pembinaan struktur dan kerja melengkapkan kemudahan. Pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan juga perlu dijalankan bagi memastikan persekitaran tapak pembinaan dalam keadaan selamat. Setiap organisasi yang terlibat dalam pembinaan perlu mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan / Emergency Response and Preparedness (ERP) bagi memudahkan pihak organisasi mengurus situasi kecemasan dengan lebih efektif dan efisien. Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja atau pelajar berada di tempat kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. 5.2 OBJEKTIF Di akhir kompetensi ini, pelajar dapat: a. Menghasilkan senarai semak pemeriksaan keselamatan dan kesihatan yang bersesuaian di dalam sesebuah organisasi b. Menyatakan kelebihan Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) di sesebuah organisasi c. Menyatakan ciri-ciri persekitaran tempat kerja yang selamat.
5.3 PENGURUSAN PEJABAT TAPAK – Keselamatan, kesihatan dan kebajikan serta kekemasan dan kebersihan di tapak pembinaan Pejabat Tapak Pejabat tapak umumnya bersifat sementara, hanya ada selama tempoh kerja pembinaan dijalankan. Pejabat tapak sering dibuat secara pasang siap, atau dibina dari bangunan mudah alih, sering disebut sebagai 'cabins' yang bersaiz standard dan boleh dipasang bersama atau disusun untuk membentuk hampir sama seperti pejabat atau bilik yang diperlukan. Pejabat tapak merangkumi ruang rehat, pejabat, bilik mesyuarat, dapur, tandas, kemudahan penyimpanan barang serta kemudahan asas yang lain yang bersesuaian dengan projek yang dijalankan. Semua ruang dan kemudahan inin dibina sementara sahaja. Perancangan yang teliti perlu dijalankan bagi memastikan susun atur sementara di tapak pembinaan dapat menjamin keselamatan majikan, staf, pekerja dan orang awam selamat dan terhindar dari sebarang kemalangan. Selain itu, peruntukan kesihatan dan kebajikan pekerja perlu disediakan untuk menjamin para pekerja dapat menjalankan kerja dengan lebih terjamin. Ruang kerja yang bersesuaian akan menjamin tahap kesihatan pekerja. Majikan perlu menyediakan inisiatif buat pekerja yang merangkumi aspek kesihatan dan kebajikan seperti contoh pekerja yang tidak sihat diberikan cuti sakit dan bayaran perubatan ditanggung oleh majikan. Majikan juga boleh memberi intensif seperti kenaikan gaji tahunan ataupun cuti tahunan bagi memastikan kebajikan pekerja dijaga. Kekemasan, kebersihan dan susun atur peralatan di tapak pembinaan sesebuah projek harus dititikberatkan sepanjang proses pembinaan dijalankan. Keselamatan pekerja adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Susun atur yang baik memudakan pekerja untuk mencari alatan dan peralatan yang diperlukan serta dapat mengurangkan risiko kemalangan. Dalam industri pembinaan, faktor keselamatan adalah sesuatu perkara yang sentiasa diambil berat. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan samada kepada pekerja di tapak binaan atau orang awam. Sesebuah organisasi perlu
menubuhkan satu jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan melantik seseorang pegawai yang kompeten untuk mengetuai bahagian tersebut. Banyak implikasi yang berlaku sekiranya faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja tidak dititikberatkan dalam industri pembinaan. Langkah yang perlu diambil oleh pihak JKKP adalah dengan memastikan polisi OSHA 1994 itu diguna pakai di dalam organisasi dan memberikan penerangan kepada para majikan mengenai kepentingan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. JKKP perlu membuat pemantauan terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh pekerja dan menyiasat kes yang berlaku. Pihak pengurusan juga perlu membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap mesin-mesin dan peralatan yang digunakan oleh pekerja bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 5.4 KERJA-KERJA PERINGKAT PEMBINAAN Peringkat pembinaan merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak bina termasuklah pembinaan struktur dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek. Kerja-kerja yang dijalankan pada peringkat ini boleh dilihat dalam rajah di bawah:
A. Pembinaan Struktur a) Persediaan untuk membina Setelah mendapat kebenaran memasuki tapak pembinaan, perkara berikut perlu dilakukan, iaitu: i. Membersihkan tapak bina ii. Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina iii. Menyediakan jalan sementara iv. Memyediakan tempat letak kereta sementara v. Menyediakan bangunan sementara seperti pejabat tapak, stor bahan dan alatan, pondok kawalan, tempat kediaman sementara dan kantin. vi. Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang, keluli struktur, cerucuk keping dan bahan lain vii. Menyediakan pagar dan dinding adang viii. Menyediakan papan tanda keselamatan Selain itu, keperluan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, talian telefon, sanitasi dan lain-lain keperluan juga perlu disediakan untuk keselesaan pekerja. Setelah selesai menyediakan keperluan asas, datum akan ditentukan. Seterusnya, kerja ukur tapak akan dilakukan untuk mendapatkan aras formasi yang dikehendaki. Ini juga melibatkan kerja-kerja menentukan aras lantai dan kecerunan parit saliran dengan menggunakan pancang ukur dan pancang aras. b) Kerja Tanah Kerja tanah melibatkan proses menyediakan aras formasi seperti yang dikehendaki dalam lukisan kerja tapak. Berdasarkan aras garisan dasar dan datum yang telah dipancang tanda, kerja pemotongan dan penambakan dilakukan. Bagi kawasan yang mempunyai aras tanah yang lebih tinggi daripada aras formasi tapak, kerja pemotongan tanah dilakukan, manakala kerja penambakan tanah dilakukan bagi kawasan yang mempunyai aras tanah yang lebih rendah daripada aras formasi. Kerja pemotongan dan penambakan dilakukan hingga aras tapak berada tepat pada aras formasi.
c) Pembinaan Substruktur Semua binaan struktur kejuruteraan awam mempunyai beban yang perlu ditanggung oleh tanah. Oleh itu, setiap pembinaan struktur tersebut dimulakan dengan pembinaan substruktur. Substruktur merujuk kepada semua bahagian binaan yang terletak di bawah aras permukaan tanah atau lapisan kalis lembap. Kerja pembinaan substruktur termasuklah kerja cerucuk ( jika perlu ), tapa asas, tunggul tiang, tingkat bawah tanah (lantai dan dinding bawah) dan lapisan asas lantai. Rajah dibawah menunjukkan keratan rentas pembinaan substruktur bangunan. Keratan rentas substruktur bangunan Pembinaan substruktur dimulakan selepas kerja-kerja memasang pancang tanda, pancang ukur dan pancang aras dilakukan. Biasanya, setelah kedudukan asas dan dinding binaan ditentukan, kerja pengorekan lubang asas akan dimulakan. Sekiranya keadaan tanah di kawasan yang digali itu lembut dan gembur, penahan perparitan sementara perlu dibina untuk mengelakkan tanah pada dinding lubang itu runtuh. Bagi binaan yang besar dengan beban yang tinggi, kerja-kerja penanaman cerucuk dilakukan terlebih dahulu sebelum membina tapak asas binaan. Kerja tersebut hendaklah dilakukan mengikut lukisan kerja dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan. Cerucuk yang ditanam akan dipacukan pada titik tertentu dan seterusnya kerja pengorekan tanah untuk pembinaan tukup akan dilakukan di sekeliling cerucuk. Kepala cerucuk kemudiannya akan dipotong hingga ke dasar korekan tukup iaitu
hingga pada garisan yang ditandakan. Sebahagian daripada tetulang cerucuk dibiarkan terkeluar untuk dipadukan dengan tukup konkrit. Gambar di bawah menunjukkan peringkat pembinaan asas cerucuk. Kerja pembinaan asas cerucuk
d) Pembinaan superstruktur Superstruktur bangunan pula meliputi semua anggota struktur yang terletak dia atas substruktur, iaitu di bahagian atas aras bumi. Superstruktur bangunan dibina secara berperingkat dan dimulai dengan pembinaan struktur seperti tiang, rasuk bumi, rasuk tingkat atas, lantai bawah, rasuk tingkat atas, rasuk bumbung dan kerangka bumbung. Ini diikuti seperti dinding, pintu, tingkap, siling, penutup bumbung dan kerja kemasan. B. Melengkapkan Kemudahan Semasa pembinaan struktur dijalankan, kelengkapan kemudahan asas bangunan seperti kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, sistem perpaipan, bekalan air bersih, bekalan elektrik, sistem perhubungan dan telekomunikasi serta multimedia, penyaman udara, sistem bombadan sistem pembersihan perlu disediakan. Selain itu, kemudahan asas di luar bangunan seperti menyediakan papan tanda nama kawasan pembinaan, papan tanda jalan masuk, jalan raya, saliran, landskap dan lain-lain juga perlu disediakan bagi kemudahan semua pihak yang menggunakannya. Di samping itu, kerja-kerja pembersihan kawasan tapak bina dilakukan sebelum projek diserahkan kembali kepada klien. 5.5 PEMERIKSAAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA Pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan merupakan satu prosedur yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja terpelihara dan selamat. Tujuan pemeriksaan keselamatan adalah untuk mencari, melihat, merekod dan menganalisa keadaan yang tidak selamat. Pemeriksaan diperlukan untuk menguji semua faktor (peralatan, proses, bahan, bangunan, prosedur) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan atau penyakit, dan mengenal pasti tindakan yang perlu untuk mengawal bahaya tersebut daripada berulang. Majikan perlu memastikan organisasi mempunyai polisi dan prosedur keselamatan yang sesuai. Fokus utama program ini adalah untuk mencegah kemalangan, penghapusan hazard dan sistem penyelenggaraan yang selamat. Lebihlebih lagi jika terdapat penggunaan peralatan atau bahan yang berpotensi mendatangkan kemudaratan atau kemalangan.
Melalui pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan, kita dapat mengenal pasti dan merekodkan risiko keselamatan dan kesihatan. Tindakan pembetulan dan penambahbaikan dapat dikenalpasti dan dilaksanakan yang mana boleh mengakibatkan kemudaratan dapat dihindari. Semasa melakukan kerja pemeriksaan, pemeriksa perlulah terlebih dahulu menjalani latihan atau menghadiri seminar keselamatan. Pemeriksaan yang berkesan bergantung kepada keupayaan untuk mengenal pasti bahaya. Pemeriksa harus dibekalkan dengan rujukan, panduan atau senarai semak pemeriksaan bagi memastikan pemeriksaan yang konsisten dan menyeluruh dapat dilakukan. Majikan perlu membangunkan senarai semak pemeriksaan berdasarkan kepada keperluan sesebuah projek yang dijalankan. Antara indikator yang boleh dijadikan sebagai standard untuk kerja yang dijalankan ialah: i. susun atur tempat kerja ii. struktur bangunan iii. pelan lantai peralatan dan kelengkapan kerja iv. penyelenggaraan tempoh syif/pengiliran v. bahan-bahan hazard di tempat kerja vi. penyimpanan keluar vii. peraturan syarikat viii. spesifikasi peralatan dan manual ix. Kelengkapan perlindungan personal x. kawalan kejuruteraan xi. prosedur kecemasan xii. perkhidmatan pertolongan cemas. xiii. laporan siasatan kemalangan xiv. aduan pekerja xv. laporan hazard di tempat kerja xvi. cadangan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan xvii. laporan penyelenggaraan
Satu sistem yang merekodkan pemeriksaan, tindakan pembetulan dan pemantauan perlulahdibangunkan oleh organisasi. Setelah pemeriksaan selesai dilakukan, laporannya perludiserahkan kepada pihak pengurusan, jawatankuasa keselamatan dan penyelia. Ini adalahuntuk membolehkantindakan pembetulan dilakukan bagi memperbaiki kekurangan yang telah didikenal pasti. Bagi tempat kerja yang mengamal sistem pengurusan keselamatan, pemeriksaan tempat kerja secara berjadual merupakan bahagian yang penting dalam sistem tersebut. Sebagai kaedah mengukur pencapaikan, pemeriksaan yang dijalankan perlu dirancang secara sistematik, direkodkan dan ditambah baik dari masa ke semasa. Bergantung kepada piawaian sistem yang digunapakai, pemeriksaan tempat kerja dirangka mengikut keperluan yang sedikit berbeza. Sungguhpun dikatakan pemeriksaan keselamatan mampu mencegah kemalangan, tetapi kejadian yang tidak diingini masih terus berlaku seolah-olah menggambarkan kegagalan amalan pemeriksaan di tempat kerja. Oleh itu, majikan perlu lebih peka dan sentiasa melakukan pemeriksaan keselamatan dengan lebih tegas dan mengikut standard yang telah ditetapkan. 5.6 PELAN TINDAKAN KECEMASAN (PTK) EMERGENCY RESPONSE AND PREPAREDNESS (ERP) ataupun Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) merupakan salah satu bentuk dokumen standard yang perlu ada dalam sesebuah organisasi. PTK yang dilaksanakan menghasilkan tindakan/repson yang sewajarnya apabila berlakunya kecemasan. Semasa situasi kecemasan berlaku, masa yang ada amat terhad. Lazimnya, orang sekeliling akan panik dan keadaan akan menjadi huru-hara. Setiap saat atau minit menentukan antara hidup atau mati. Sekiranya, PTK telah dibentuk maka ia dapat memudahkan kita untuk menguruskan situasi kecemasan agar lebih efektif dan efisien. Kesedaran sesebuah organisasi ataupun majikan berkaitan dengan isu keselamatan dan kesihatan pekerja semakin meningkat selepas wujudnya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah organisasi untuk memastikan perancangan dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan / bencana. PTK yang efektif akan memberi faedah berikut kepada sesebuah organisasi: i. Berupaya mengawal keadaan kecemasan /bencana ii. Mengurangkan kadar kerosakan harta benda iii. Mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami kecederaan yang lebih teruk Antara garis panduan membangunkan PTK bagi sesebuah organisasi ialah: a) Mengenalpasti keadaan yang diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana hingga memerlukan tindakan segera seperti pemindahan/pengosongan (evacuation) bangunan. Contoh keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana adalah: - i. Kebakaran ii. Letupan iii. Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya iv. Banjir v. Ancaman bom vi. Gempa bumi vii. Terperangkap dalam lif b) Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Di sini disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan laluan kecemasan iaitu:- i. Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas. Contohnya dengan meletakkan garisan kuning pada lantai; lampu kecemasan; tanda "emergency exit" di pintu laluan kecemasan dan lain-lain. ii. Pelan laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat kerja. Pekerja dan pelawat perlu dimaklumkan berkaitan laluan kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.
iii. Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan pekerja / pelawat kepada hazad / bahaya lain di tempat kerja. iv. Memastikan laluan kecemasan; pintu kecemasan tidak dihalang oleh objek-objek lain c) Mengenal pasti agensi yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan/ bencana. Pastikan nombor telefon agensi tersebut dipaparkan ditempat yang mudah dilihat. Antara agensi yang perlu dihubungi ketika berlakunya kecemasan ialah: i. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ii. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) iii. Polis Diraja Malaysia (PDRM) iv. Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) v. Jabatan Alam Sekitar dll d) Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk melaksanakan / mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang perlu diadakan struktur organisasi tersebut adalah:- i. Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team); ii. First Aider Team; iii. Emergency Commander; iv. Liaison Officer; v. HR Officer and etc. e) Mewujudkan prosedur PTK dengan menyenaraikan langkah-langkah yang wajar diambil mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti sebelum ini. f) Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul (assembly area). g) Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya pekerja boleh dilatih menggunakan alat pemadam api. h) Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang untuk
mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal. i) Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun sekali. "Mock drill" yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA dan pihak hospital. Penilaian perlu dilakukan setiap kali latihan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan dapat dilakukan di masa hadapan. 5.7 KESELAMATAN PERSEKITARAN TEMPAT KERJA Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja atau pelajar berada di tempat kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. Persekitaran tempat kerja yang selamat hendaklah meliputi perkara-perkara berikut: i. Tidak membiarkan bahan dan alatan bersepah tanpa dikemaskan dan di susun semula di tempatnya. Ini dapat mengelakkan bahan dan alatan tersebut daripada dilanggar, disepak atau dipijak. ii. Elakkan minyak atau gris tertumpah kerana minyak sangat licin dan boleh menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh. iii. Mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan supaya alatalat tangan disusun dengan kemas dan teratur. iv. Sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik diperlukan dalam sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak selesa dan buruk tidak berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja. Ruangan yang disediakan untuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira aspek pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.
Pemeriksaan pesekitaran dan peralatan perlu dibuat sebelum memulakan sebarang aktiviti bagi memastikan alatan yang digunakan adalah selamat. Pemeriksaan ini hendaklah berpandukan kepada borang pemeriksaan keselamatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Keselamatan sesebuah oeganisasi. Pemeriksaan yang dilakukan adalah meliputi semua aspek keselamatan iaitu persekitaran, peralatan, mesin dan analisis risiko kerja yang hendak dilakukan. Semua perkara berikut hendaklah diisi di dalam borang senarai semak pemeriksaan keselamatan dan diperakui oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan. Senarai semak pemeriksaan tempat kerja boleh digunakan untuk menilai tahap persekitaran tempat kerja yang selamat, kemas dan tersusun. Amalan pemeriksaan yang mengikut standard dapat mencegah dari berlakunya sebarang kecederaan, kemalangan mahupun kematian semasa di tempat kerja. Perlaksanaan melibatkan semua pihak, prosedur yang lengkap dan analisa yang terperinci ke atas hasil pemeriksaan yang telah dijalankan. Pengamal keselamatan dan kesihatan terutamanya Site Safety Supervisor (SSS) dan Safety Health Office (SHO) disarankan menyemak semula hasil pemeriksaan bagi memastikan objektif tercapai dan menilai tahap keberkesanan pemeriksaan dilakukan. Di tempat kerja, majikan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada SSS dan SHO sahaja dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) atau penyelia tapak yang dilantik dalam sesebuah organisasi juga boleh turut membantu melaksankan pemeriksaan dan melaporkan setiap penemuan sebarang isu berkaitan keselamatan dan kesihatan. 5.8 PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN Pengujian adalah proses yang dijalankan bagi memeriksa, mengukur dan menguji sama ada peralatan, mesin ataupun sistem bagi memastikan fungsi sesuatu peralatan, mesin dan sistem dapat beroperasi mengikut reka bentuk asal tercapai dan keputusan pengujian direkodkan. Rekod ini merupakan maklumat yang perlu untuk memantau keupayaan peralatan, mesin atau sistem berkenaan di sepanjang hayatnya.
Pentauliahan ialah proses membuktikan fungsi peralatan, mesin atau sistem yang digunakan berfungsi dan berkeupayaan mengikut kehendak reka bentuk asal. Ianya merangkumi rekod lengkap prosedur dan keputusan pentauliahan. Pasukan yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan memainkan peranan semasa pengujian dan pentauliahan sepanjang tempoh projek dijalankan. Mereka bertanggungjawab menguruskan semua aspek yang melibatkan keselamatan (tempat dan persekitaran kerja, peralatan, mesin, jentera dan sistem) yang digunakan sepanjang pembinaan dijalankan. Jawantakuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) yang dilantik oleh majikan adalah bertanggungjawab untuk menetapkan semua proses dan prosedur dipatuhi oleh semua pekerja di tapak pembinaan. JKK yang dilantik tidak semuanya mempunyai kepakaran dalam mengendalikan dan mengetahui semua aspek berkaitan keselamatan terutamanya dari segi penggunaan mesin, jentera dan pengujian sesuatu bahan. Oleh itu, JKK akan menyediakan satu senarai semak dan Standard Operation Procedure (SOP) yang berkaitan. Mereka akan mendapatkan sumber dan maklumat daripada kalangan pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan sesebuah mesin, jentera dan alat pengujian. Kontraktor yang bertanggungjawab hendaklah mengambil kira kesemua keperluan pengujian dan pentauliahan sepanjang tempoh pembinaan. Jadual Rekod pengujian dan pentauliahan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setiap pengujian yang dijalankan perlu dipantau, dilihat dan disahkan oleh jurutera yang bertauliah dan disaksikan oleh wakil dari pihak JKK sendiri. Hasil dan pemerhatian yang dilaksanakan perlu direkod di dalam dokumen senarai semak pengujian dan pentauliahan yang telah ditetapkan. Laporan akhir akan diperaku dan disahkan oleh pihak jurutera. Antara standard / piawaian yang menjadi rujukan dalam memastikan proses pengujian dan pentauliahan ialah: i. Construction Industry Standard (CIS 10) – Safety on Construction Work ii. Piawaian Malaysia – Malaysians Standard (MS) iii. Piawaian British – British Standard (BS) iv. American Standard of Testing Materials (ASTM) v. Piawaian Australia – Australian Standard (AS)
vi. International Standard Organization (ISO) vii. Piawaian Jabatan Kerja Raya – JKR Standard 5.9 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kompetensi ini membincangkan amalan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan pada peringkat pembinaan sesebuah projek. Majikan dan pekerja perlu peka terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Semua pihak harus berganding bahu bagi membuat perancangan, pemantauan dan penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatanyang sedia ada dalam organisasi anda. Latihan dan kelengkapan yang khusus berkaitan kecemasan perlu diberikan kepada semua para pekerja. Amalan keselamatan yang baik dapat mencegah dar berlakunya kemalangan, kecederaan atau kematian di tempat kerja. Perlaksanaan yang betul melibatkan semua pihak. Pemantau dan analisa yang terperinci dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan bagi setiap pekerja. 5.10 PENILAIAN KENDIRI 6. Nyatakan TIGA (3) kelebihan Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) di dalam sesebuah projek pembinaan. 7. Terangkan tujuan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan perlu dilaksanakan. 8. Senaraikan tiga (3) agensi yang boleh dihubungi sekiranya berlaku sesuatu kecemasan di tapak pembinaa. 9. Senaraikan lima (5) indicator penting yang perlu dinilai semasa membuat Borang Senarai Semak Pemeriksaan Keselamatan. 10.Nyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh pihak majikan setelah mendapat kebenaran memasuki tapak pembinaan.
5.11 JAWAPAN 6. Kelebihan Pelan Tindakan Kecemasan i. Berupaya mengawal keadaan kecemasan /bencana ii. Mengurangkan kadar kerosakan harta benda iii. Mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami kecederaan yang lebih teruk 7. Tujuan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan adalah untuk mencari, melihat, merekod, menganalisa keadaan yang tidak selamat bagi membolehkan Tindakan pembetulan penambahbaikan bagi mengurangkan kadar kemalangan atau kemudaratan kepada pekerja. 8. Tanggungjawab Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia JKKP ditubuhkan dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan 9. Contoh indicator i. Keselamatan Umum ii. Laluan keluar masuk iii. Keselamatan sekitar iv. Keselamatan kebakaran v. Susun atur peralatan dan bahan dll 10.Perkara yang perlu dilakukan setelah mendapat kebenaran memasuki tapak bina i. Membersihkan tapak bina, menyediakan pagar dan dinding adang ii. Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina (jalan sementara) iv. Memyediakan tempat letak kereta sementara dan papan tanda keselamatan v. Menyediakan bangunan sementara seperti pejabat tapak, stor bahan dan alatan, pondok kawalan, tempat kediaman sementara dan kantin. vi. Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang, keluli struktur, cerucuk keping dan bahan lain.
LAMPIRAN 5.1 Contoh Senarai Semak Pemeriksaan Keselamatan
LAMPIRAN 5.1
LAMPIRAN 5.1
LAMPIRAN 5.2 Contoh Senarai Semak Pemeriksaan Keselamatan
LAMPIRAN 5.3 Contoh Pelan Tindakan Kecemasan
LAMPIRAN 5.4 Contoh Pelan Tindakan Kecemasan
LAMPIRAN 5.5 Contoh SOP Pelan Tindakan Kecemasan
LAMPIRAN 5.6 Contoh Borang Pengujian dan Pentauliahan
LAMPIRAN 5.7 Contoh Borang Pengujian dan Pentauliahan
KOMPETENSI 6: CURRENT CONSTRUCTION OSH BEST PRACTICES 3.6 PENGENALAN Walaupun negara telah menetapkan peraturan dan undang-undang bagi melindungi keselamatan pekerja, ia tidak dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa secara menyeluruh. Masih ramai pekerja yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Contohnya, pekerja tidak memakai topi keselamatan, tidak memakai kasut keselamatan dan tidak memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) seperti abah-abah(safety harness) dengan betul. Prosedur kerja yang tidak betul dan kurangnya pengawasan juga menjadi penyumbang utama isu ini. Keselamatan di tapak pembinaan bukan sahaja penting untuk mengelakkan kemalangan malah ianya dapat memainkan peranan penting dalam usaha melipat-gandakan keuntungan dan menjimatkan kos pembinaan. Sehubungan itu semua pihak yang terlibat dengan setiap projek pembinaan haruslah merancang dan melaksanakan satu program keselamatan yang efektif sebagai langkah untuk mengelakkan dan meminimumkan kemalangan di tapak pembinaan. Justeru,semua pihak haruslah mematuhi setiap peraturan yang disediakan dengan mendapat kerjasama yang menyeluruh daripada pengurusan sehingga pekerja bawahan supaya ianya berjaya mencapai metlamat program serta berjaya menerap nilai-nilai keselamatan di dalam setiap pekerja yang terlibat dengan projek pembinaan. 3.7 OBJEKTIF Di akhir kompetensi ini pelatih dapat: ✓ Menghuraikan aspek-aspek penting dalam kemudahan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. ✓ Menyatakan kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika melakukan pekerjaan. ✓ Mengenalpasti prosedur pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina supaya kecederaan dan kemalangan dapat dihindari.
3.8 AMALAN TERBAIK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA) SEMASA PEMBINAAN Amalan budaya keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan amatlah penting kerana pekerja boleh mengetahui tentang aspek-aspek keselamatan ketika mereka berada di tapak pembinaan yang mempunyai jentera-jentera berat serta peralatan atau mesin yang berbahaya untuk digunakan dalam membuat pekerjaan. Kekurangan pengetahuan tentang hal tersebut boleh menyebabkan pelbagai masalah yang tidak diingini di tapak pembinaan. 3.8.1 Kemudahan Kesihatan, Keselamatan Dan Kebajikan Pekerja Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja bermaksud: Keselamatan: Isu yang mempunyai kaitan dengan melindungi pekerja daripada kecederaan atau kemalangan semasa bekerja. Kecederaan berkaitan kerja termasuk luka, patah, terseliuh dan pemotongan yang disebabkan oleh kemalangan kerja atau disebabkan oleh pendedahan yang melibatkan sesuatu kejadian di tempat kerja (Bernadin dan Russel,1998). Kesihatan: Keadaan yang memberikan perlindungan kepada pekerja daripada gangguan emosi dan apa-apa jenis penyakit fizikal disebabkan oleh kerja. Penyakit yang disebabkan oleh kerja, seperti pendedahan kepada faktor-faktor sekeliling, boleh mendatangkan semua jenis keadaan luar biasa atau gangguan. Keadaan ini termasuk penyakit akut kronik seperti tekanan, burnout, masalah jantung dan kematian yang mungkin disebabkan dengan bernafas atau terdedah secara terus kepada bahan-bahan beracun dan merbahaya (Bernadin dan Russel, 1998). a) Penjagaan Majikan Persekitaran tempat kerja perlulah sentiasa selamat dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada pekerja. Maka ia perlu menjadi fokus utama majikan bagi memastikan tempat kerja sentiasa dalam keadaan selamat. Namun, kewajipan ini bukanlah tanggungjawap majikan semata-mata, malah pekerja juga perlu memainkan peranan supaya keadaan selamat di tempat kerja sentiasa terjamin. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu Akta 514 adalah untuk menjamin keselamatan, kesihatan dan juga kebajikan
pekerja serta orang sekeliling di tempat kerja dari sebarang risiko yang wujud dari aktiviti kerja terbabit. Selaras dengan Akta ini, ia dalah kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika melakukan pekerjaan. Kewajipan yang telah disebut di atas adalah termasuk penyediaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan; pengurusan untuk menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko terhadap kesihatan dalam penggunaan atau pengendalian, penyimpanan loji dan bahan; penyediaan maklumat, arahan dan penyeliaan; kewujudan cara yang selamat untuk akses masuk dan keluar; dan pengadaan dan penyenggaraan persekitaran kerja yang selamat dengan kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan pekerja di tempat kerja. Adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan (dan menyemak semula apabila perlu) polisi keselamatan dan kesihatan yang wujud dan dasar yang terlibat itu haruslah diwujudkan di dalam organisasi tersebut. Segala dasar dan apa-apa semakan di dalamnya dikehendaki untuk disampaikan oleh majikannya kepada semua perkerjanya. Apabila perkara-perkara yang disebut telah dilanggar,maka pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Oleh itu, pihak majikan perlu menyelenggara peralatan dan melaksanakan sistem kerja yang selamat. Jika pihak majikan hanya mengambil sikap sambal lewa dengan beranggapan bahawa kawasan tapak bina sudah selamat, kurang kefahaman dan kesedaran, komunikasi yang lemah antara pihak pengurusan dan pekerja bawahan akan mengundang kepada kemalangan di tapak pembinaan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawap majikan menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan di dalam organisasi masing-masing.
b) Perlindungan Percuma Hazard pekerjaan terbahagi kepada dua jenis iaitu hazard kesihatan dan hazard fizikal. Hazard kesihatan merupakan kerosakan dalaman pekerja seperti paru-paru, telinga dan otak. Manakala hazard fizikal ialah perhubungan antara alat perlindungan dengan struktur badan. Maka, alat perlindungan memainkan peranan bagi mencegah bahaya pekerjaan. Peralatan perlindungan diri adalah peralatan yang perlu disediakan dan dipakai oleh pekerja untuk melindungi bahaya yang dihadapinya. Peralatan perlindungan diri merupakan benteng terakhir dari bahaya dan ia harus dipilih mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan digunakan dengan betul. keselamatan boleh dimaksimumkan jika peraturan dipatuhi dan penggunaan alat perlindungan diri digunakan. Segala peralatan mestilah mencukupi dan sentiasa diperiksa secara berkala. Terdapat beberapa peruntukan undang-undang berkaitan dengan perlindungan peribadi dan peralatan untuk perlindugan terhadap bahan-bahan berbahaya iaitu Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514) dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000. Kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk gogal, sarung tangan, sarung kaki, topi, dan losyen pelindung telah disentuh di bawah Akta Jentera 1967. Total kos dan caj bagi penyediaan PPE tidak boleh dikenakan ke atas pekerja di mana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah menyatakan bahawa Tiada majikan boleh melevi atau membenarkan untuk dilevi ke atas mana-mana pekerjanya apaapa caj berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau diadakan menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Tanggungjawab pekerja adalah untuk memakai (atau menggunakan) PPE yang disediakan oleh majikan dalam mencegah risiko keselamatan dan kesihatan serta mematuhi arahan berkenaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan pekerja yang disediakan oleh majikan atau mana-mana orang lain di bawah Akta 514. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 mempertimbangkan peruntukan (PPE)kelengkapan pelindung diri yang diluluskan sebagai langkah kawalan (untuk mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan). c) Latihan Selaras dengan (Akta 514), ia adalah tugas am majikan untuk memberikan arahan dan latihan kepada pekerjanya. Selaras dengan Akta Kilang dan Jentera 1967, tiada seorang pun boleh diambil kerja pada mana-mana mesin atau dalam apa-apa proses, yang merupakan mesin atau proses yang boleh menyebabkan kecederaan badan, melainkan jika dia telah diberi arahan sepenuhnya tentang bahaya yang mungkin berbangkit berkaitan dengannya dan langkah-langkah untuk dipatuhi, dan telah menerima arahan yang mencukupi tentang kerja pada mesin atau proses itu; atau di bawah pengawasan yang mencukupi oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang mesin atau proses itu. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 juga mempunyai peruntukan berkaitan latihan dan arahan untuk pekerja dan memerlukan majikan untuk menyediakan maklumat, arahan dan latihan yang perlu untuk membolehkan mereka tahu dan sedar akan risiko kepada kesihatan apabila berlakunya pendedahan sedemikian dan langkah pencegahan yang perlu diambil. Majikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program latihan- (a) sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun; (b) jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan; atau (c) setiap masa yang pekerja diberi tugas baru atau ditugaskan ke kawasan kerja baru di mana
mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan disimpan untuk pemeriksaan oleh mana-mana pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 3.8.2 Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Pembinaan Pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan menjadi keutamaan yang harus dilakukan. Semasa pemeriksaan dan pemantauan dijalankan, secara tidak lansung majikan atau penyelia projek dapat mengenal pasti kerja yang dilakukan berada dalam keadaan selamat atau pun tidak. Penyelia harus memainkan peranan penting untuk menjangkakansebarang kemungkinan dan bahaya yang bakal menimpa. Kondisi perancah, tower crane dansafety harness haruslah diperiksa dahulu sebelum memulakan kerja. Jika terdapat sebarang kerosakan, ketidaksempurnaan atau pun PPE sudah tamat tempoh, ianya mesti dibaiki atau digantikan dengan yang baru. a) Prosedur Pemeriksaan Am Skop Pemeriksaan. Pemeriksaan, sama ada diprogramkan atau tidak diprogramkan, jatuh ke dalam salah satu daripada dua kategori bergantung pada skop pemeriksaan: • Menyeluruh. Pemeriksaan yang lengkap Daripada kawasan bahaya yang berpotensi tinggi penubuhan. Pemeriksaan boleh dianggap menyeluruh walaupun, sebagai hasil daripada latihan penghakiman profesional, tidak semua berpotensi berbahaya syarat, operasi dan amalan dalam bidang tersebut diperiksa. • Sebahagiannya. Pemeriksaan yang fokusnya terhad kepada kawasan yang berpotensi berbahaya, operasi, Syarat atau amalan di pertubuhan itu. Pemeriksaan separa boleh diperluaskan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh CSHO semasa proses pemeriksaan. Selaras dengan peruntukan Seksyen 8 (f) (2) Akta, dan keutamaan Office Area, CSHO akan digunakan pertimbangan profesional untuk menentukan keperluan
pengembangan skop pemeriksaan, berdasarkan maklumat berkumpul semasa rekod atau semakan program dan pemeriksaan kawasan sekitar. b) Langkah Pemeriksaan ➢ Masa Pemeriksaan: Pemeriksaan hendaklah dibuat semasa waktu bekerja biasa di dalam pertubuhan itu kecuali apabila keadaan khas menunjukkan sebaliknya. Pengarah Penolong Kawasan dan CSHO hendaklah memberi mengambil kira kemasukan semasa waktu kerja biasa. ➢ Awal pemeriksaan: Akan mencari wakil pemilik, pengendali atau ejen yang bertanggungjawab di tempat kerja dan sekarang kelayakan. Di tapak pembinaan ini akan dilakukan paling sering menjadi wakil Kontraktor. Apabila tidak orang yang bertanggungjawab atau tidak Pegawai pengurusan hadir, hubungi mungkin dibuat dengan majikan untuk meminta kehadirannya daripada pemilik, pengendali atau pegawai pengurusan. Pemeriksaan itu tidak boleh ditangguhkan secara tidak munasabah untuk menunggu ketibaan majikan majikan. Kelewatan ini biasanya tidak melebihi satu jam. Jika orang yang bertanggungjawab di tempat kerja tidak dapat ditentukan, rekodkan sejauh mana siasatan dalam fail kes dan teruskan dengan Pemeriksaan fizikal. ➢ Penolakan ke Pemeriksaan Permit: Seksyen 8 dari Akta "memperuntukkan bahawa CSHO boleh masuk tanpa lengah dan pada masa yang munasabah mana-mana pertubuhan yang dilindungi di bawah Akta bagi maksud menjalankan suatu Pemeriksaan ". Kecuali keadaan ini merupakan pengecualian yang diiktiraf kepada keperluan waran (Iaitu persetujuan, persetujuan pihak ketiga, pandangan biasa, bidang terbuka, atau keadaan yang sukar) majikan mempunyai hak untuk menghendaki CSHO mendapatkan Waran pemeriksaan sebelum memasuki suatu Penubuhan dan boleh menolak masuk tanpa apa-apa waran. c) Panduan Pemeriksaan Panduan ini dibuat bagi membantu majikan/ pembina mengurus bahayabahaya spesifik projek pembinaan. Panduan pemeriksaan ini merujuk kepada kehendak-kehendak perundangan. Panduan pemeriksaan ini menerangkan
apa yang perlu majikan/ pembina perlu lakukan untuk mematuhi kehendak perundangan berkenaan kerja-kerja pembinaan. Penggunaan panduan pemeriksaan ini membuktikan bahawa lazimnya majikan/ pembina telah membuat secukupnya untuk mematuhi kehendak perundangan. ➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja di Tempat Tinggi Atas Talian: https://goo.gl/forms/9uJIa3nN32Lwna6y2 Rujuk Lampiran 6.1 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja di Tempat Tinggi https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/oshinfo/construction-safety/inspection-guidance/form/1887-1-hazard-inspectionguidance-of-working-at-height ➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit Atas Talian: https://goo.gl/forms/FPc96KihVyBPBqnF3 Rujuk Lampiran 6.2 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/oshinfo/construction-safety/inspection-guidance/form/1888-2-hazard-inspectionguidance-of-concrete-works ➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Perancah Pasang Siap Atas Talian: https://goo.gl/forms/KZcnnngE1bkWXx1x1 Rujuk Lampiran 6.3 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Perancah Pasang Siap https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/oshinfo/construction-safety/inspection-guidance/form/1889-3-hazard-inspectionguidance-of-prefabricated-scaffold ➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Pengorekan Atas Talian: https://goo.gl/forms/y3PEf8TKYDI0mZDJ3 Rujuk Lampiran 6.4 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Pengorekan https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/oshinfo/construction-safety/inspection-guidance/form/1890-4-hazard-inspectionguidance-of-excavation-works
➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Mengangkat Atas Talian: https://goo.gl/forms/zmdk1WMTO6dX2ETs1 Rujuk Lampiran 6.5 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Mengangkat https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/oshinfo/construction-safety/inspection-guidance/form/1891-5-hazard-inspectionguidance-of-lifting-operation 3.9 KESIMPULAN Secara Keseluruhannya, kompetensi ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan. Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan tentang amalan keselamatan semasa bekerja di tapak pembinaan adalah penting dan harus dikuasai oleh pekerja yang terlibat. Pengetahuan ini merangkumi keselamatan diri, keselamatan peralatan dan keselamatan persekitaran. Dengan adanya pengetahuan, pekerja tahu mengenai prosedur yang perlu dipatuhi, cara penggunaan alat perlindungan diri dan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa bekerja di tapak pembinaan. Dalam aspek kesihatan dan keselamatan dalam aspek pekerjaan, komitmen yang tinggi dari majikan adalah sangat penting terutama sekali di dalam penyediaan dasar am mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam melakukan dasar tersebut. Majikan atau pihak pengurusan perlu merancang, menyusun dan menjalankan program atau aktiviti berkaitan seperti peraturan, persekitaran, sikap pekerja, kemahiran mengunakan alatan tangan dan juga dalam mengunakan mesin, latihan pembangunan, pengurusan pampasan dan aspek keselamatan dan kesihatan. 3.10 PENILAIAN KENDIRI 1. Mengapakah kita digalakkan memakai alat keselamatan semasa menjalankan tugas? e. Supaya kerja lebih mudah f. Dapat mengelakkan dari kecederaan g. Dapat meningkatkan pengeluaran h. Supaya kerja dapat di lakukan dengan lebih pantas
2. Apa akan berlaku jika penyampaian kurang jelas atau sukar difahami KECUALI:- a. Hasil yang tidak memuaskan b. Segala arahan tidak akan diikuti c. Boleh merapatkan lagi perhubungan d. Memberi masalah kepada pihak tertentu 3. Apakah punca utama berlakunya kemalangan di tapak pembinaan? a. Kecuaian pekerja b. Kekurangan bahan binaan c. Kerosakan jentera dan mesin d. Ketidaksesuaian alatan tangan 5. Antara berikut, pernyataan manakah yang BENAR a. Menjadi tanggungjawab Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan di dalam organisasi tapak bina. b. Denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika pihak majikan tidak menyediakan polisi keselamatan di tapak bina. c. Kewajipan setiap majikan menyediakan persekitaran yang lengkap dengan kemudahan jalan raya untuk mengelakkan kecederaan kepada pekerja. d. Kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika melakukan pekerjaan. 5. Majikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program Latihan berikut KECUALI: a. Setiap masa yang pekerja diberi tugas baru atau ditugaskan ke kawasan kerja baru di mana mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. b. Orginisasi hendaklah menganjurkan latihan sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun.
c. Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan dihantar kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia . d. Jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan 3.11 JAWAPAN 6. b. Dapat mengelakkan dari kecederaan 7. c. Boleh merapatkan lagi perhubungan 8. a. Kecuaian pekerja 9. d. Kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika melakukan pekerjaan. 10. c. Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan dihantar kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia .