40 | D C A 4 0 2 3 c. Rekahan & Kerosakan • Tiada kerosakan/kecacatan ketara pada dinding seperti rekahan, serpihan atau terkupas Rajah 3.4 : Rekahan pada dinding d. Lekang dan hollowness • Tiada bunyi lompong apabila diketuk dengan objek keras/tamping rod. • Tiada kesan lekang contohnya kertas dinding terkupas. e. Sambungan • Ruang antara jubin dinding harus konsisten, kemas dan sejajar. • Tepian dinding harus lurus, sejajar dan konsisten. • Tiada lubang, terlebih atau kurang plaster dan tiada kotoran pada sambungan. • Ketinggian (lippage) antara 2 jubin tidak lebih daripada 1mm. 3.6.3 Siling a. Kemasan • Tiada kesan kotoran, tona warna siling harus konsisten. • Hasil kerja mengecat yang baik tahap kelegapan, tanpa kesan berus dan mestilah rata. b. Jajaran & Keserataan • Permukaan siling harus licin, serata, tidak beralun dan tidak melendut.
41 | D C A 4 0 2 3 • Tepian siling harus lurus dan serata. • Lurang siling harus serata. c. Rekahan & Kerosakan • Tiada kerosakan/kecacatan ketara seperti serpihan, pengelupasan, tanda leleh, rekah dan seumpamanya • Tee siling tidak kemik atau herot Rajah 3.5: Watermark Pada Siling d. Lekang dan hollowness • Permukaan harus licin tanpa bercapuk-capuk atau terkopek akibat kerja kemasan. e. Sambungan • Sambungan harus konsisten, serata dan kemas. • Sambungan keliling lurang siling harus kemas dan konsisten. • Jurang antara siling dan dinding harus konsisten dan tidak ketara. 3.6.4 Pintu a. Sambungan & Jurang • Tiada jurang ketara antara pintu dan dinding. • Jurang konsisten antara daun pintu dan jenang tidak melebihi 5mm. • Jurang konsisten dan tidak ketara bagi sambungan engsel pada daun pintu serta jenang.
42 | D C A 4 0 2 3 b. Jajaran & Keserataan • Sejajar dan serata dengan dinding. • Pintu harus serata antara satu sama lain dengan jenang pintu. • Daun pintu dan sudut jenang harus dipastikan pada sudut tegak. • Tiada bunyi berdetaran apabila pintu ditutup. c. Peralatan & Kerosakan • Tiada kesan kotoran dan sebarang kerosakan ketara termasuk lelehan cat, kesan berus dan seumpamanya. • Tidak lendut, meleding dan tiada tanda karat pada daun pintu dan jenang. • Engsel pintu dan lubang paku ditampal rapi dan dicat dengan kemas. • Cat yang kemas termasuk atas dan bawah daun pintu. • Tona warna konsisten. d. Kefungsian • Mudah buka, tutup dan boleh dikunci. • Tiada bunyi terseret ketika buka dan tutup pintu. • Set kunci harus berfungsi. e. Kecacatan Aksesori • Aksesori muat padan dipasang dengan baik dan tiada kotoran. • Tiada tanda karat atau aksesori hilang atau rosak. • Skru dipasang betul • Bagi jenang kayu, tiada jaluran kayu tambahan dikesan untuk pelarasan tapak. Rajah 3.6: Pintu Tidak Berfungsi
43 | D C A 4 0 2 3 3.6.5 Tingkap a. Sambungan & Jurang • Tiada jurang ketara antara jenang tingkap dan dinding • Sambungan engsel kemas antara jenang tingkap dan daun tingkap. • Jurang konsisten dan tiada jurang ketara pada sabungan engsel antara daun tingkap dan jenang. b. Jajaran & Keserataan • Sejajar dan serata dengan bukaan dinding. • Daun tingkap dan sudut jenang dipasang pada sudut tegak. c. Kerosakan • Tiada kesan kotoran dan kerosakan/kecacatan ketara pada jenang tingkap atau sepihan • Cat/salutan yang baik tanpa tompokan ketika kerja kemasan. • Tiada tanda karat terutama pada engsel. d. Kefungsian • Mudah buka, tutup dan boleh dikunci. • Tiada bunyi terseret ketika tutup dan buka tingkap. • Tiada tanda titisan air hujan atau air hujan masuk ke dalam bangunan. • Tiada percikan simen keras pada jenang yang menyukarkan buka dan tutup tingkap. Rajah 3.7 : Kesan Air Masuk
44 | D C A 4 0 2 3 e. Kecacatan Aksesori • Aksesori padan muat, tiada kesan kotoran. • Tiada kesan karat atau aksesori hilang atau cacat. • Skru dipasang betul. 3.6.6 Lekapan (fittings) a. Sambungan & Jurang • Sambungan yang kemas dan konsisten keliling lekapan. • Sambungan yang menggunakan kimpalan harus serata dan tiada percikan arka. b. Kerosakan • Tiada tanda kotoran dan kerosakan/kecacatan ketara pada lekapan. • Warna harus konsisten dan sekata untuk semua jenis lekapan. Tiada tampalan plaster berlebihan yang melekat pada lekapan. d. Kefungsian • Harus dipasang ketat, berfungsi dan selamat. e. Kecacatan Aksesori • Aksesori padan pasang, tiada kotoran dan tiada kecacatan ketara. • Tiada tanda karat atau aksesori hilang atau cacat. Rajah 3.8 : Pemeriksaan Lekapan
45 | D C A 4 0 2 3 3.6.7 Kelengkapan Asas Mekanikal & Elektrikal (M&E) a. Sambungan & Jurang • Sambungan yang kemas dan konsisten keliling kelengkapan M&E. • Tiada jurang ketara. • Sambungan dikedap kemas dan tiada kesan pecahan dinding yang nyata. b. Jajaran & Keserataan • Sejajar, serata dan lurus. c. Kerosakan • Tiada kesan kotoran dan kerosakan/kecacatan ketara yang dikesan pada kelengkapan M&E. • Warna harus konsisten dan sekata. • Tiada serpihan atau rekahan atau kotoran cat atau titisan mortar yang ketara. Rajah 3.9 : Memastikan Kelengkapan Elektrik Berfungsi d. Kefungsian • Harus dipasang ketat, berfungsi dan selamat. • Suis mestilah berfungsi dan menghidupkan lampu/kipas di kawasan yang betul. e. Kecacatan Aksesori • Aksesori muat padan, tiada kotoran dan tiada kerosakan ketara. • Tiada tanda aksesori hilang atau cacat.
46 | D C A 4 0 2 3 3.6.8 Kerja Luaran • Periksa jika ada kecacatan pada cat luar. Pastikan warna cat betul dan permukaan dilitupi sekata. • Periksa bahagian dasar. Teliti jika ada kesan air, rekahan atau pengelupasan. • Pastikan semua gutter dan saluran air hujan ke bawah telah dipasang. Pastikan tiada bahagian longgar atau karat atau cat yang menggelupas. • Pastikan tiada rekahan pada lantai garaj, lorong masuk (driveway) atau halaman. • Periksa anjung dan beranda dan pastikan tidak terdedah kepada paku dan skru. Perhatikan jika ada kerja plaster dan cat yang baik serta tidak menggelupas atau merekah. • Pastikan dinding luar tiada rekahan, terpecah atau permukaan tidak sekata. . • Perhatikan bumbung. Pastikan rabung bumbung lurus dan rata. Lihat jika ada kepingan atap yang rosak atau hilang. • Jika terdapat garaj, sila pastikan pintu dapat ditutup dan buka sepenuhnya. Jika mengguna pintu garaj automatik, uji komponen itu dengan menekan suis dinding dan alat kawalan jauh jika ada. Rajah 3.10 : Lippage Pada Jubin
47 | D C A 4 0 2 3 3.7 Impak Pelaksanaan Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan i. Meningkatkan prestasi dan kualiti projek. ii. Memastikan projek pembinaan kurang kerosakan dan kerja pembaikan semula. iii. Meningkatkan tahap kebolehpasaran projek pembinaan yang berkualiti. iv. Meningkatkan imej syarikat dan reputasi korporat. v. Meningkatkan kesedaran kualiti dalam kalangan pekerja. vi. Mengurangkan kos tambahan kerana pembaikan semula kerosakan. vii. Pertumbuhan positif industri pembinaan. 3.8 Kesimpulan Kualiti kemahiran kerja adalah penting dalam industri pembinaan. Kualiti tinggi yang dicapai dalam projek pembinaan dapat memastikan kebolehpasaran masa hadapan dan meningkatkan kayakinan pelanggan terhadap pemaju. Pelaksanaan ini membawa banyak impak positif kepada imej organisasi khususnya dapat meningkat budaya kerja yang mementingkan kualiti.
48 | D C A 4 0 2 3 LATIHAN PENGUKUHAN 1. Nyatakan objektif Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan. 2. Nyatakan tiga (3) skop Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan. 3. Apakah jenis kecacatan yang anda boleh kenalpasti pada permukaan dinding.
49 | D C A 4 0 2 3 JAWAPAN LATIHAN / PENILAIAN 1. Nyatakan objektif Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan. a. Untuk mewujudkan sistem penilaian standard terhadap kualiti kemahiran kerja projek pembinaan. b. Untuk menilai kualiti kemahiran kerja sesebuah projek pembinaan. c. Untuk digunakan sebagai kriteria pentaksiran prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemahiran kerja. d. Untuk menanda aras tahap kualiti kemahiran kerja industri pembinaan di Malaysia. e. Untuk menyusun dan menghimpunkan data bagi analisa statistik. 2. Nyatakan tiga (3) skop Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan. i. Kerja arkitektural / seni bina ii. Kelengkapan asas M&E iii. Kerja luaran 3. Apakah jenis kecacatan yang anda boleh kenalpasti pada permukaan dinding. • Tiada kesan kotoran pada dinding. • Tona warna konsisten dan cat yang baik tanpa kesan lelehan dan kesan berus. • Kelegapan yang baik, tiada permukaan kasar/bertompok akibat kerja perkemasan. (mana-mana jawapan logik boleh diterima)
50 | D C A 4 0 2 3 TOPIK 4.0 STANDARD KUALITI PENGENALAN Berdasarkan ISO 8402-1986 kualiti ditakrifkan sebagai sifat-sifat dan ciriciri keseluruhan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang bergantung kepada keupayaannya bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan. Manakala definisi kualiti dalam pembinaan merujuk kepada produk atau hasil pembinaan yang di bina bergantung kepada kepuasan pelabur atau pembelinya dengan sejauh mana sifat-sifat kualiti memenuhi permintaan pembelinya. Ia merangkumi pelbagai sudut seperti dari segi pandangan pasaran, pandangan teknikal dan teknologi dan ekonomi. Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan ialah kaedah bebas untuk menilai dan menilai terutamanya kualiti mutu kerja projek bangunan berdasarkan piawaian ini. Rujukan normatif berikut amat diperlukan untuk penggunaan piawaian industri pembinaan ini. Edisi terkini rujukan normatif (termasuk sebarang pindaan) hendaklah terpakai. OBJEKTIF Objektif kompetensi ini adalah: i. Menyenaraikan komponen-komponen yang dinilai dalam Standard Kualiti dalam Pembinaan. ii. Mengenalpasti kaedah penilaian standard kualiti bagi setiap komponen yang dinilai.
51 | D C A 4 0 2 3 4.1 KOMPONEN YANG DINILAI Piawaian kualiti untuk kerja pembinaan bangunan dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu:- a) Kerja – kerja Seni Bina (Architectural Works) b) Kerja – kerja M&E (M&E Works) c) Kerja – kerja Luaran (External Works) 4.1.1 Kerja-Kerja Seni Bina (Architectural Works) Kerja-kerja seni bina berurusan terutamanya dengan kemasan. Di sinilah kualiti dan standard mutu kerja paling mudah dilihat. Kerja-kerja seni bina merangkumi lantai, dinding dalaman, siling, pintu, tingkap, lekapan dalaman, bumbung, dinding luar, apron dan longkang perimeter serta tempat letak kereta/beranda kereta. Piawaian kualiti untuk kerja seni bina diberikan dalam Annex A. 4.1.2 Kelengkapan Asas M&E (Basic M&E Fittings) Kualiti kerja M&E adalah penting memandangkan perkadaran kosnya yang semakin tinggi dan kesannya terhadap penyelenggaraan sesebuah bangunan. Penilaian hanya meliputi kelengkapan asas. Piawaian kualiti untuk kelengkapan asas M&E asas diberikan dalam Annex B. 4.1.3 Kerja-Kerja Luaran (External Works) Kerja-kerja luaran merangkumi elemen kerja luaran umum dalam pembinaan bangunan seperti jalan-jalan/tempat perlindungan, longkang luar, kerja jalan (termasuk tempat letak kereta), laluan pejalan kaki dan turfing, pagar dan pintu pagar (di projek pintu masuk utama dan unit individu), taman permainan, gelanggang (sukan) dan kolam renang. Piawaian kualiti untuk kerja luar diberikan dalam Annex C.
52 | D C A 4 0 2 3 1.1 Nota dan isi berkaitan (ringkas mengikut kompetensi) 1.2 Kesimpulan 1.3 Latihan/Penilaian 1.4 Jawapan 5.0 PENILAIAN UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN Rajah 4.1 Peralatan / Kaedah (Alignment and Evenness)
53 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.2 Peralatan / Kaedah (Hollowness)
54 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.3 Peralatan / Kaedah (Alignment and Evenness)
55 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.4 Peralatan / Kaedah (Hollowness)
56 | D C A 4 0 2 3
57 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.5 Peralatan / Kaedah (Joints and Gaps & Alignment and Evenness)
58 | D C A 4 0 2 3
59 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.6 Peralatan / Kaedah (Functionally)
60 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.7 Peralatan / Kaedah (Alignment and Evenness)
61 | D C A 4 0 2 3
62 | D C A 4 0 2 3
63 | D C A 4 0 2 3
64 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.8 Peralatan / Kaedah (Alignment and Evenness & Functionally)
65 | D C A 4 0 2 3 Rajah 4.9 Peralatan / Kaedah (Alignment and Evenness & Functionally and Safety)
66 | D C A 4 0 2 3
67 | D C A 4 0 2 3
68 | D C A 4 0 2 3
69 | D C A 4 0 2 3
70 | D C A 4 0 2 3
71 | D C A 4 0 2 3
72 | D C A 4 0 2 3 4.2 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, standard kualiti terkini dalam Kerja Pembinaan Bangunan yang digunakan ialah CIS 7:2021. Melalui 3 komponen yang dinilai, dapatlah sesuatu projek pembinaan diiktiraf mutu kerjanya. Kaedah penilaian yang seragam memudahkan personel Penilai Qlassic menjalankan penilaian dengan telus.
73 | D C A 4 0 2 3 LATIHAN PENGUKUHAN 1) Nyatakan 3 komponen yang dinilai dalam Standard Kualiti dalam Pembinaan. …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… 2) Senaraikan 4 jenis alatan yang digunakan semasa proses penilaian standard kualiti dijalankan. …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………
74 | D C A 4 0 2 3 JAWAPAN 1) Nyatakan 3 komponen yang dinilai dalam Standard Kualiti dalam Pembinaan. • Kerja – kerja Seni Bina (Architectural Works) • Kerja – kerja M&E (M&E Works) • Kerja – kerja Luaran (External Works) 2) Senaraikan 4 jenis alatan yang digunakan semasa proses penilaian standard kualiti dijalankan. • Measuring tape • L-square • Tapping rod • Spirit Level 1.2m
75 | D C A 4 0 2 3 TOPIK 5.0 PENILAIAN PEMBINAAN BANGUNAN PENGENALAN Kualiti adalah antara parameter paling penting dalam industri pembinaan selain daripada masa dan kos. Namun kualiti bersifat subjektif, dan sukar untuk dihitung. Pada tahun 2005, CIDB dengan kumpulan kerja yang terdiri daripada pemegang amanah harta awam dan swasta telah sepakat menggariskan standard industri pembinaan atau CIS (Construction Industry Standard) berasaskan keperluan kualiti untuk industri berkenaan. Hasilnya terciptalah apa yang dipanggil sebagai Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan atau QLASSIC (Quality Assessment System for Building Construction Works) dengan berpandukan CIS 7:2021. OBJEKTIF Objektif kompetensi ini adalah: 1) Menerangkan tujuan QLASSIC dijalankan. 2) Mengenalpasti skop-skop yAng dinilaikan dalam QLASSIC. 3) Mendapat pemahaman persampelan dalam Penilaian QLASSIC. 4) Menggunakan borang-borang yang digunakan Penilaian QLASSIC. 5) Menganalisis penilaian yang dibuat dan mentaksirkan skor dapatan berdasarkan penilaian QLASSIC yang dilakukan.
76 | D C A 4 0 2 3 5.1 PENGENALAN QLASSIC QLASSIC bermaksud Quality Assessment System for Building Construction Works. QLASSIC ialah skim pensijilan yang dibangunkan oleh CIDB dan penilaian dijalankan berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7) untuk mengukur tahap kualiti yang dicapai dalam projek yang telah siap. QLASSIC merupakan sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7:2021). QLASSIC membolehkan kualiti kemahiran kerja antara projek pembinaan dapat dibandingkan secara objektif menerusi satu sistem penskoran. 5.2 OBJEKTIF QLASSIC Objektif QLASSIC adalah seperti berikut: a) Menanda aras kualiti kemahiran kerja industri pembinaan b) Menentukan satu sistem penilaian terhadap kualiti kemahiran kerja pembinaan c) Mentaksir dan menilai kemahiran kerja sesebuah projek pembinaan berdasarkan standard relevan yang diperakui d) Untuk digunakan sebagai kriteria pentaksiran prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemahiran kerja e) Untuk menyusun dan menghimpun data bagi analisa statistik
77 | D C A 4 0 2 3 5.3 SKOP PENILAIAN QLASSIC Piawaian ini menetapkan kualiti mutu kerja untuk pelbagai aspek elemen pembinaan dan markah diberikan untuk kerja-kerja yang mematuhi piawaian. Tanda-tanda ini kemudian dijumlahkan untuk memberikan skor kualiti keseluruhan (%) untuk projek bangunan. Penilaian terdiri daripada komponen dan sub-komponen berikut: a) Kerja-Kerja Seni Bina. i. Kemasan Dalaman ii. Kemasan Luaran iii. Ujian Bahan Dan Fungsi Di bawah sub-komponen untuk ujian bahan & fungsi, skop meliputi perkara berikut: a) Skim-Coat / Prepacked-Plaster b) Ujian Kedap Air Kawasan Basah Penilaian terhadap ujian bahan dan fungsi membantu melindungi kepentingan penghuni bangunan berhubung dengan keselamatan, keselesaan dan kecacatan estetik yang muncul hanya selepas beberapa waktu. c) Kelengkapan asas M&E d) Kerja luaran. i. Infrastruktur ii. Kemudahan atau kemudahan
78 | D C A 4 0 2 3 Setiap sub-komponen dibahagikan kepada unsur-unsur, unsur-unsur kemudian dibahagikan lagi kepada kecacatan kumpulan untuk tujuan penilaian. Ini terpakai kepada semua sub-komponen di atas kecuali ujian bahan dan kefungsian. Skor pemberat akan prorata sewajarnya jika mana-mana komponen, subkomponen dan elemen tidak boleh digunakan untuk projek. 5.4 PENILAIAN QLASSIC 5.4.1 Komponen Yang Perlu Dinilai Piawaian kualiti untuk kerja pembinaan bangunan dibahagikan kepada tiga komponen utama: - a) Kerja-Kerja Seni Bina Kerja-kerja seni bina berurusan terutamanya dengan kemasan. Di sinilah kualiti dan standard mutu kerja dapat dilihat. Kerja-kerja seni bina merangkumi lantai, dinding dalaman, siling, pintu, tingkap, lekapan dalaman, bumbung, dinding luar, apron dan parit perimeter dan tempat letak kereta. Piawaian kualiti untuk kerja-kerja seni bina telah dibincangkan dalam Kompotensi 4 Standard Kualiti (Annex A). b) Kelengkapan Asas M&E Kualiti kerja M&E adalah penting memandangkan perkadaran kos yang semakin tinggi dan kesannya terhadap pemeliharaan sebuah bangunan. Penilaian hanya merangkumi kelengkapan asas. Piawaian kualiti untuk kelengkapan asas M&E telah dibincangkan dalam Kompotensi 4 Standard Kualiti (Annex B). c) Kerja Luaran Kerja luaran merangkumi elemen kerja luaran umum dalam pembinaan bangunan seperti jalan pautan/tempat perlindungan,
79 | D C A 4 0 2 3 longkang luaran, kerja jalan (termasuk Tempat letak kereta), laluan pejalan kaki dan turfing, pagar dan pintu gerbang (projek pintu masuk utama dan unit individu), taman permainan, gelanggang (sukan) dan kolam renang. Piawaian kualiti untuk kerja luaran telah dibincangkan dalam Kompotensi 4 Standard Kualiti (Annex C). 5.4.2 Penilaian Penilaian untuk kerja-kerja pembinaan bangunan dijalankan melalui pendekatan persampelan dan statistik. 5.4.2.1 Pemberatan Pemberatan untuk seni bina, kelengkapan asas M&E dan kerja luaran diperuntukkan mengikut empat kategori bangunan (lihat Table 1) Sistem pemberatan bertujuan untuk membuat skor kuantitatif dan mewakili kualiti kerja projek bangunan. Ia telah mengambil kira pengagihan antara kos perkadaran tiga komponen dalam pelbagai bangunan dan pertimbangan estetik mereka.
80 | D C A 4 0 2 3 Keseluruhan skor kualiti projek bangunan adalah jumlah markah yang diberikan kepada tiga komponen dalam setiap kategori bangunan. Setiap kategori bangunan terdiri daripada: a) Bangunan Kediaman i) Kategori A – perumahan tanah) - rumah/ banglo berkembar, rumah berkembar, rumah teres / pautan, rumah kluster, kuarters kerajaan, atau mana-mana bangunan mendarat untuk tujuan kediaman. ii) Kategori B – perumahan berstrata) - flat, pangsapuri, kondominium, pangsapuri perkhidmatan, pejabat rumah pejabat kecil (SOHO), rumah bandar, kuarters kerajaan berstrata, atau mana-mana bangunan berstrata untuk tujuan kediaman. b) Bangunan Bukan Kediaman i) Kategori C (bangunan awam/komersial/perindustrian tanpa sistem penyejukan berpusat) - Bangunan pejabat, sekolah, kilang, gudang, bengkel, hotel, asrama, pejabat pejabat kecil fleksibel (SOFO), pejabat kecil pejabat maya (SOVO), bangunan agama, stadium, dewan komuniti, hospital dan klinik, lapangan terbang, universiti dan kolej, balai polis dan lain-lain bangunan tanpa CCS. ii) Kategori D (bangunan awam / komersial / perindustrian dengan sistem penyejukan berpusat) – Bangunan pejabat, sekolah, kilang, gudang, bengkel, hotel, asrama, pejabat pejabat kecil fleksibel (SOFO), pejabat kecil Pejabat Maya (SOVO), bangunan agama, Stadium, dewan komuniti, hospital dan klinik, lapangan terbang, universiti dan kolej, balai polis dan bangunan awam lain dengan CCS. Nota: Dalam projek pembangunan campuran (kategori pelbagai bangunan), projek / pembangunan masing-masing akan dikategorikan mengikut kategori bangunan
81 | D C A 4 0 2 3 5.4.2.2 Penilai Seorang penilai adalah orang yang mempunyai kelayakan berikut: i. Menghadiri latihan Sistem Penilaian kualiti untuk kerja-kerja pembinaan bangunan (berdasarkan CIS 7), dan ii. Berjaya lulus penilaian yang berkaitan dengan item (i) di atas, dan iii. Disahkan oleh CIDB 5.4.2.3 Penilaian Kerja Senibina Penilaian kerja-kerja seni bina dilakukan setelah selesai projek bangunan dan sebelum penyerahan projek. Pemberatan untuk elemen seni bina diperuntukkan mengikut Table 2.
82 | D C A 4 0 2 3 Penilaian ini berdasarkan garis panduan pengambilan sampel, seperti yang digariskan dalam Table 3. Lokasi untuk penilaian Kemasan Dalaman adalah ruang bangunan berfungsi seperti bilik, dewan, tandas, dapur, koridor atau lobi. Lokasi dikategorikan kepada tiga jenis: a) Lokasi utama adalah kawasan fungsi utama. Contoh untuk lokasi utama adalah tempat tinggal, bilik tidur, makan, dewan, bilik pembantu rumah, bilik belajar, bilik rawatan, bilik menunggu, wad, bilik tetamu, bilik perbincangan, bilik mesyuarat, bilik permainan, kawasan keluarga, dan lain-lain b) Lokasi perkhidmatan adalah kawasan utiliti. Contoh untuk lokasi perkhidmatan adalah balkoni, bilik mandi, dapur, bilik linen, pantri, tandas, halaman, dan lain-lain.
83 | D C A 4 0 2 3 c) Lokasi peredaran adalah laluan dan kawasan lalu lintas manusia. Contoh untuk lokasi peredaran adalah lobi, koridor, tangga, pintu masuk, laluan, teres, dan lain-lain. Jumlah lokasi akan diedarkan mengikut "Utama", "Perkhidmatan" dan "Edaran" berdasarkan peratusan yang dinyatakan dalam empat kategori bangunan dalam Table 4. Item yang dinilai akan dianggap gagal jika ia tidak memenuhi piawaian. Di samping itu, sebarang item yang didapati rosak berfungsi seperti bukti rembesan air di tingkap, papak, siling atau bumbung, dianggap telah gagal penilaian. Begitu juga, untuk kecacatan tertentu yang dijumpai berlebihan dalam item (contohnya, retakan berlebihan pada dinding). 5.4.2.4 Penilaian Kelengkapan Asas M&E Penilaian kerja M&E hanya merangkumi kelengkapan asas seperti suis, kelengkapan kebersihan dan lain-lain.
84 | D C A 4 0 2 3 Pemberatan yang diperuntukkan mengikut empat kategori bangunan dalam Table 5. 5.4.2.5 Penilaian Kerja-kerja Luaran Penilaian kerja luaran dilakukan setelah selesai bangunan dan sebelum penyerahan projek. Kerja luaran merangkumi elemen kerja luaran umum dalam bangunan/ struktur berfungsi dengan lantai kawasan lebih daripada 300m²* setiap projek / pembangunan berasingan dari bangunan utama dan dinilai sebagai penamat dalaman. Standard kualiti yang dinyatakan hendaklah digunakan mengikut mana yang berkenaan. Nota: * Berdasarkan saiz purata Dewan Komuniti (Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
85 | D C A 4 0 2 3 Penilaian ini terdiri daripada lokasi berikut: Contoh Pengiraan 92 unit Rumah Teres 2 Tingkat Total Luas Lantai Kasar (GFA) = 18, 400m². Carikan; a) jumlah lokasi sampel yang akan dinilai untuk kemasan dalaman. b) Kira bilangan lokasi sampel yang perlu dinilai untuk; i. Lokasi utama ii. Lokasi perkhidmatan iii. Lokasi peredaran
86 | D C A 4 0 2 3 Penyelesaian: a) Jumlah sampel yang akan dinilai untuk kemasan dalaman Rumah Teres 2 Tingkat adalah Kategori A (70m² per sampel). Maka, jumlah lokasi sampel = 18400² 70² = 262.86 ≈ 263 sampel b) Bilangan lokasi sampel, rujuk pada Table 4 bagi Kategori A i. Lokasi utama 40 100 x 263 sampel = 105.2 ≈ 105 sampel ii. Lokasi perkhidmatan 40 100 x 263 sampel = 105.2 ≈ 105 sampel iii. Lokasi peredaran 20 100 x 263 sampel = 105.2 ≈ 52.6 ≈ 53 sampel
87 | D C A 4 0 2 3 5.5 BORANG PENILAIAN QLASSIC
88 | D C A 4 0 2 3
89 | D C A 4 0 2 3