Tugasan MPU3182
Penghayatan Etika dan Peradaban
Semester September 2022
Tajuk : Adat dan Budaya Cina:
Kesannya terhadap penghayatan Etika
dan Peradaban di Malaysia
MAKLUMAT PELAJAR
Ahli-ahli Kumpulan
1
BORANG PENILAIAN
2
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN M/S
4
1. PENDAHULUAN 5-6
6-8
2. ASAL USUL ORANG CINA MALAYSIA
9-10
3. KONSEP ETIKA DAN PERADABAN 11-16
17-18
4. KONSEP ADAT DAN BUDAYA
19-21
5. CIRI-CIRI ADAT DAN BUDAYA CINA DI MALAYSIA
22
6. KESAN-KESAN ADAPTASI KEBUDAYAAN CINA DENGAN 23
MASYARAKAT MELAYU
7. KESAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DI
MALAYSIA
8. KESIMPULAN
9. RUJUKAN
3
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri
daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India manakala Malaysia Timur sendiri
terdiri daripada beratus-ratus etnik peribumi. Seterusnya, Malaysia dijadikan sebagai sebuah
negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza kerana kepelbagaian kaum dan
sejarah yang panjang. Perbezaan agama, budaya dan adat setiap kaum dan etnik dihormati
bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Adat budaya yang merangkumi
seluruh aspek kehidupan masyarakat telah berkembang melalui tradisi pewarisan daripada
satu generasi ke generasi dan diamalkan sejak turun temurun ini telah mempengaruhi
sebahagian besar gaya hidup masyarakat Malaysia dan menjadi identiti setiap kaum yang
berterusan. Kepentingan adat dan budaya di dalam hidup masyarakat di Malaysia tidak kira
apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Selain itu, terdapat pelbagai adat dan budaya
yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian
di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Jadi kita dapat simpulkan bahawa adat
budaya merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang
dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Di samping itu, pengetahuan
terhadap kebudayaan adalah sangat penting bagi rakyat Malaysia kerana banyak
kesalahfahaman dan prasangka timbul daripada gagasan-gagasan untuk mewujudkan
kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan peribumi. Ini kerana
kebudayaan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan masyarakat kerana tidak akan
ada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat.
4
ASAL USUL ORANG CINA MALAYSIA
Asal usul orang cina Malaysia adalah bermula dari penghijrahan orang Cina luar
negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kemasukan
masyarakat Cina ke Tanah Melayu dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan
Melaka. Kebanyakan mereka adalah dari keturunan pendatang dari China yang tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Seterusnya, sebilangan besar
kaum cina di Malaysia berasal dari dua wilayah di negeri China iaitu Hokkien dan
Kwangtung. Namun demikian, kemasukan yang agak jelas adalah bermula pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik oleh
komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada
abad ke-18. Selain itu, di Malaysia, kaum ini biasanya dirujuk sebagai "orang Cina" dalam
semua bahasa.Seawal tahun 1404 lagi hubungan baik antara Melaka dengan China telah
berlaku melalui lawatan dari Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho
pada tahun 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China. Parameswara dan bakal
penggantinya dan selepas itu pula telah mengadakan kunjungan hormat mengadap
Maharaja China di Nangking pada tahun 1411. Justeru, kesan daripada hubungan baik ini
juga, Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak China sudi mendapatkan
keselamatan Melaka khususnya dari ancaman Siam dimana ketika itu kaum Cina datang ke
tanah melayu untuk berdagang seperti orang India dan juga kebanyakan komuniti lain ke
tanah melayu pada zaman Melayu Melaka. Di samping itu, Melaka sebagai negara yang
kecil pada masa itu mempunyai kedudukan yang strategik dan terletak di antara laluan
China dan India membolehkan setiap pedagang Cina datang dan singgah ke pelabuhan
Melaka. Selain itu, orang China datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan
buah-buahan,bijih timah, gincu, lada hitam,candu dan ubat akar kayu. Mereka juga
memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera,kain benang emas, tembikar,
pinggan mangkuk dan sebagainya. Kesimpulannya, kehadiran mereka ini membawa
5
bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi juga adat resam, budaya
dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana
tempatan.Hubungan perniagaan yang luas dan mewah‟ ini membuatkan kehadiran kaum
Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan berterusan pada masa itu.
KONSEP ETIKA
Perkataan etika merujuk kepada istilah Yunani iaitu ethos dan etikos yang membawa
maksud sifat, watak, kelaziman, tempat yang selalu terbiasa, cara hidup atau budaya
manakala etikos pula bermaksud tatasusila, adab, tingkah laku atau perbuatan yang baik.
Dalam bahasa Inggris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala
ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic
bermaksud “system of moral and principal rules of conduct” yang bermaksud sistem akhlak
iaitu peraturan-peraturan perilaku dari seseorang. Manakala ethics pula bermaksud sains
yang menumpukan perhatian kepada akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud
kepercayaan, keyakinan ataupun telahan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar,
salah, baik atau buruk. Dapatlah diringkaskan bahawa etika bermaksud ilmu berkaitan
prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan.
Seterusnya , etika adalah merujuk kepada falsafah moral yang merupakan satu
cabang dalam bidang falsafah yang melibatkan menyusun, memperkemaskan,
mengemukakan dan mencadangkan kelakuan yang betul dan salah. Justeru , ia merujuk
kepada tingkah laku moral seseorang insan dalam melakukan sesuatu tindakan dalam
keadaan tertentu dan pada waktu tertentu. Di samping itu, ia juga merupakan ukuran
kepada sesuatu tindakan dan perbuatan seseorang berasaskan betul dan salah ketika
melaksanakan tanggungjawab insani dalam mengharungi kehidupan dan ia berkait rapat
dengan nilai-nilai moral yang menjadi ikutan dan sandaran bagi seseorang individu ataupun
6
masyarakat dalam menentukan perbuatan, tindakan dan tingkah laku masing- masing.
Justeru, orang yang meletakkan kehidupannya beretika sudah pasti memastikan dirinya
bertanggungjawab dalam kehidupan harian yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri
sendiri, keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh seseorang dikatakan beretika apabila
jujur dan disiplin melaksanakan tugas hariannya tanpa melihat kepada agenda peribadi yang
boleh mencemarkan nama baik suatu organisasi atau tempat kerjanya.
KONSEP PERADABAN
Istilah peradaban (civilization) atau tamadun berasal dari kata maddana yang bererti
peradaban dan perbaikan dalam budaya sosial. Selain itu, ia juga merujuk kepada
kehalusan tatasusila dan keluhuran kebudayaan sesuatu masyarakat (Ibn Manzur, 1988).
Jadi, kata peradaban memberi pengertian adab, kesopanan, kesantunan serta kehalusan.
Istilah peradaban juga adalah keadaan serta tingkatan kemajuan pada kehidupan jasmani
dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat, mahupun keadaan masyarakat manusia yang
dicirikan dan didasarkan pada taraf kemajuan pembangunan serta perkembangan pemikiran
dalam bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain pada negara dan penduduknya yang telah
mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik
dan lain-lain), budaya atau cara hidup orang- orang dalam negara, kawasan atau sesuatu
zaman. Seterusnya, kalau kita melihat kepada istilah peradaban atau civilization pada awal
kemunculannya dikaitkan dengan proses pembuatan undang-undang, kehakiman,
keteraturan, institusi polis atau peradaban secara am yang menjadi ciri-ciri masyarakat yang
beradab. Justeru, ianya sama sekali berlawanan dengan keadaan masyarakat yang ganas
dan liar.
Taylor (1958) pula merumuskan definisi civilization merujuk kepada suatu kajian
etnografi (kaedah kajian digunakan oleh ahli antropologi untuk terangkan adat dan tradisi
kumpulan manusia) sebagai suatu penjelasan yang luas mengenai sesuatu budaya tentang
7
adat, kepercayaan, pengetahuan, tingkah laku, adat dan apa pun jua kebolehan dan
kebiasaan yang didapatkan oleh manusia sebagai salah seorang anggota masyarakat.
Manakala, Melko (1969) pula menegaskan bahawa konsep peradaban adalah merujuk
kepada budaya yang tinggi dan kompleks, kebiasaannya ia sangat berbeza dengan budaya
sederhana dalam hal pengurusan terhadap alam sekitar, termasuk di dalamnya amalan
pertanian dalam skala besar dan penternakan haiwan. Dalam peradaban digunakan
peralatan logam yang sudah maju dan roda untuk pengangkutan. Kemajuan dalam bidang
ekonomi
8
KONSEP ADAT
Adat dalam Bahasa arab ialah ādah ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum,
norma yang dijunjung dan dihasilkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Dalam bahasa
Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi
bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera. Selain itu, menurut kamus
dewan edisi keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun
sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan
yang harus dipatuhi. Menurut M. B Hooker dalam HarunDaud, (1989), mengakui bahawa
istilah adat mempunyai banyak makna dalam masyarakat Melayu iaitu antaranya adalah
adat meliputi budi bahasa atau tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim
dan undang-undang. Manakala, H.M. Sidin, (1964) pula berpendapat bahawa adat
bermaksud satu kebiasaan daripada satu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima
oleh masyarakat sebagai satu peraturan hidup yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota
masyarakat.
KONSEP BUDAYA
Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang
berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Justeru, budaya
didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi
membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula
dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan. Selain itu, istilah budi juga
dimaksudkan sebagai kecergasan akal fikiran seseorang dalam usaha mengatasi masalah
dengan mencari pelbagai jalan penyelesaian manakala istilah daya merujuk kepada
kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana pemikiran bagi
menangani sesuatu permasalahan. Seterusnya, jika penyelesaian yang diambil daripada
hasil pemikiran tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama sekelompok , jadi
ianya diterima sebagai budaya dalam. Manakala, istilah budaya dalam bahasa Inggris pula
9
ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia
bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai
tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya. Dari sudut yang lebih
umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek
pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi
yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’
membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
Pada sudut pandangan Abdul Latiff Abu Bakar (1987) pula bahawa, istilah budaya
merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya mempunyai pengertian yang
luas, jelas menunjukkan terminologi budaya mempunyai pelbagai pengertian dan tafsiran
berbeza dalam kalangan para sarjana.
10
CIRI- CIRI ADAT DAN BUDAYA CINA DI MALAYSIA
CARA PEMAKAIAN
Budaya pemakaian dalam masyarakat Cina di Malaysia dapat dilihat dari sudut tradisional
dan moden. Masyarakat Cina mempunyai pakaian tradisi yang melambangkan ciri bangsa
mereka, antaranya ialah cheongsam. Lazimnya mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Cheongsam diperkenalkan sejak revolusi negara China pada tahun 1911 dan ia membawa
maksud ‘baju labuh’ dalam dialek kantonis. Busana atau pakaian lengkap dalam budaya
Cina dapat dikategorikan mengikut jenis kelamin. Busana baba mengikuti kostum Tiongha,
iaitu baju tuikhim dan celana komprang(longgar) sebagai pakaian sehari-hari. Bagi busana
nyonyanya adalah kebaya. Kebaya dikenali sejak abad ke -15 yang pada zaman itu hanya
dipakai oleh keluarga berkedudukan seperti keluarga kraton atau bangsawan.
PEMAKANAN
Makanan masyarakat Cina banyak dipengaruhi oleh negara China. Bahan utama dalam
menu masakan masyarakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu dan
kicap soya serta lain-lain. Kemudian bahan ini diolah bersama rempah yang lain seperti
kayu manis, daun ketumbar dan sebagainya. Antara makanan tradisional kaum Cina adalah
Char Kuey Teow. Selain itu, kuih bakul atau Nian Gao terkenal semasa Tahun Baru Cina.
Kuih in diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Kuih bakul dipercayai
mebawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya ‘nian gao’ di mana perkataan ‘gao’
bermaksud ‘kuih’ yang sebutannya sama seperti perkataaan ‘gao’ yang bermaksud ‘tinggi’.
Selain kuih bakul, kuih bulan juga merupakan makanan tradisional Cina. Kuih bakul
diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau adunan biji teratai dan
ada timbahkan dengan kuning telur masin.
11
ADAT PERKAHWINAN
Dalam masyarakat Cina, perkahwinan perlu dirancang dan diatur dengan sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa aturan adat dianggap
tidak sah. Terdapat empat adat resam perkahwinan masyarakat Cina iaitu, merisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Dalam peringkat merisik dilakukan bagi
mengetahui latar belakang gadis ini kerana masyarakat Cina sangatlah mementingkan
nama, keturunan, peribadi, dan tingkah laku si gadis. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati
adat meminang dijalankan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.
Mereka akan bertunang berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua pasangan tersebut kerana dipercayai jika dilakukan pada masa
yang tidak sesuai akan mengalami kegagalan. Hari perkahwinan dilakukan setelah setahuna
bertunang atau mengikut waktu yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Masyarakat Cina
pada masa lalu memakai pakaian yang diperbuat daripda kain sutera dan disulam beang
emas. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. Mereka dilarang
memakai baju hitam,kelabu dan iru kerana ianya melambangkan kematian.
ADAT KEMATIAN
Dalam adat kematian masyarakat Cina terdapat komunikasi lisan dan bukan lisan. Mayat
dimandikan dan disapukan dengan minyak wangi dan disolek serta dipakaikan dengan
pakaian yang cantik seperti di hari perkahwinan. Ahli keluarga dan tetamu tidak digalakkan
memakai pakaian berwarna-warni sebaliknya hanya berwarna hitam. Terdapat dua pilihan
sama ada dibakar atau dikuburkan mayat tersebut. Dahulunya, masyarakat cina tradisional
akan memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati bagi menunjukkan darjat si mati semasa
di dunia. Namun begitu, ekoran daripada kes kecurian yang berlaku, amalan itu tidak lagi
12
digunakan malahan ianya digantikan pula dengan kertas berbentuk duit yang bercop bagi
mengelakkan kes kecurian. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan tinggi adalah
lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kubur yang beasr dan dihiasi cantik
menjadi lambing kemewahan.
SAMBUTAN DAN PERAYAAN
1. Tahun Baru Cina
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina pada setiap tahun. Perayaan in merupakan
perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum Cina. Ianya di sambut seacra
besar-besaran yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Ahli
keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu
bapa atau orang lebih tua akan memberikan angpao kepada saudara mara dan sahabat
yang belum berumah tangga. Ini bertujuan sebagai tanda agar mereka boleh hidup
deangan lebih sihat dan bahagia. Buah limau mandarin dan kuih bakul menjadi menu
utama semasa merayakan Tahun Baru Cina. Tarian singa akan dimainkan sepanjang
perayaan itu berlangsung dari rumah ke rumah.
2. Hari Chap Goh Mei
Hari Chap Goh Mei ialah Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia jatuh pada hari ke-15 bulan
pertama kalendar Cina. Oleh itu, semua orang Cina menyambutnya dengan gembira dan
gembira untuk makan dan berkumpul bersama keluarga. Wanita yang belum berkahwin
digalakkan menulis nama dan nombor telefon pada buah oren dan membuangnya ke
dalam sungai. Lelaki yang masih bujang boleh mengutip limau yang dibuang demi
mencari pasangan melalui limau mandarin.
13
3. Pesta Chingay
Perayaan Chingay adalah perayaan kemuncak untuk sambutan Chap Goh Meh.
Perayaan in akan diraikan setiap tahun pada hari ke-21 bulan pertama kalendar Lunar
Cina. Ia merupakan perayaan yang menggabungkan unsur agama budaya tradisi
masyarakat Tionghoa. Chingay ialah perarakan yang menonjolkan kehebatan membawa
tiang bendera setinggi kira-kira 15 meter dan mengibarkan bendera tiga segi sepanjang
kira-kira 10 meter. Aspek menarik dalam Perarakan Chingay ialah akan cuba menang
dengan menunjukkan kehebatan masing-masing dengan persembahan akrobatik seperti
membawa tiang bendera menggunakan kaki dan mulut. Selain itu, sambutan Chingay
turut memperlihatkan kenderaan berhias dan diserikan dengan persembahan tarian
singa, tarian kebudayaan, pertunjukkan bunga api dan seni mempertahankan diri.
4. Ching Ming/Cheng Beng (April) atau Pesta Hantu
Perayaan in disambut bagi mengenangkan nenek moyang yang telah meninggal dunia.
Mereka akan melakukan upacara sembahyang untuk nenek moyang mereka dan
meluangkan malam untuk berbual-bual dengan ahli keluarga yang telah meninggal
dunia. Mereka percaya bahawa jika tidak menyambut pesta hantu, dikhuatiri roh nenek
moyang akan menjadi tidak aman lalu mengganggu hidup mereka. Anak-anak dan
cucu-cicit akan membawa makanan buah-buahan, kertas-kertas wang ke kubur dan
membersihkan kubur nenek moyang.
14
5. Pesta Duanwu/ Festival Perahu Naga
Perayaan in disambut pada hari kelima bulan kelima mengikut kalendar Cina. Mereka
akan mengadakan pertandingan perahu naga dan diadakan di sungai besar di mana
para peserta yang bertanding akan dating dengan perahu naga yang dihias cantik.
Perahu-perahu naga ini akan berlumba di sungai. Perayaan ini disambut bertujuan untuk
mengeratkan hubungan dan menunjukkan sikap kerjasama serta perpaduan yang amat
penting dalam hidup seharian.
6. Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung
Perayaan in diadakan setiap tahun bagi merayakan kemenangan orang Cina
menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Perayaan ini disambut dengan
meriah pada hari 15 haribulan 8 dalam kalendar Cina. Masyarakat Cina akan
mengadakan perarakan tanglung pada malam perayaan dan hidangan istimewa.
KESINIAN
1. Seni Kaligrafi
Seni kaligrafi sangat terkenal dalam masyarakat Cina. Bagi mereka kaligrafi
bukan sahaja untuk menulis malah digunakan untuk melukis gambar seperti
gambar bunga-bungaan, bukit bakau, kuda, ikan-ikan dan sebagainya.
Peralihan zaman membuatkan seni kaligrafi in juga berubah.
15
2. Seni Bina
Di Malaysia, seni bina Cina terdiri daripda dua jenis iaitu tradisional dan
Baba-Nyonya. Seperti yang kita dapat lihat termasuk yang terdapat pada kuil
Cina di seluruh negara seperti kuil Cheng HooN Teng yang dibina pada 1646.
Selain itu kebanyakan rumah lama terutamnya di Melaka dan Pulau Pinang
adalah daripada warisan Baba-Nyonya, dibina dengan halaman rumah dihiasi
jubin cantik serta warna-warni.
3. Seni Tari
· Tarian Singa Cina
Tarian menjadi upacara penting semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian in
digerakkan oleh dua orang penari iaitu dibahagian kepala dan badan singa. Ia
diiringi dengan paluan gendang yang kuat. Tarian ini biasanya memerlukan
koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi, tarian ini
sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.
· Tarian Naga
Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan,
kesuburan, ketahanan dan maruah dalam budaya Cina. Bagi orang Cina,
naga adalah bertuah. Naga mewakili kuasa yang tiada tandingannya yang
boleh menghapuskan kemalangan dan mencegah jenayah. Oleh itu, sejak
zaman nenek moyang kita, apabila menyambut Tahun Baru Cina atau
menyambut dewa, walaupun berlaku bencana alam atau peribadi, mereka
menari tarian naga untuk berdoa memohon keberkatan dari
syurga.Kebiasaannya, apabila tarian naga dipersembahkan untuk
16
menyambut Tahun Baru Cina, mereka dikatakan membawa tuah dan
keuntungan untuk tahun hadapan.
KESAN-KESAN ADAPTASI KEBUDAYAAN CINA DENGAN MASYARAKAT
MELAYU
Pada abad ke -15, semenanjung Tanah Melayu telah melakukan hubungan perdagangan
dengan negara china. Panglima Cina iaitu Cheng Ho seorang pahlawan cina muslim telah
mempersembahkan Puteri Hang Li Po kepada Sultan Mansur Shah sebagai tanda
penghormatan dan penghargaan. Puteri Hang Li Po dan pengikut-pengikutnya telah
menduduki di Bukit Cina. Maka, di sini lahirlah Cina peranakan.
Kebanyakan pendatang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah dari kaum kelompok
Hokkien. Jadi, kebanyakan Baba Nyonya adalah dari kelompok Hokkien. Oleh sebab itu,
mereka menganggap bahawa mereka adalah orang Hokkein walaupun pada dasarnya
mereka tidak dapat bertutur dalam loghat Hokkien.Namun begitu, terdapat juga kaum Baba
Nyonya yang berasal dari kelompok Kantonis, Hakka dan lain-lain. Mereka masih
mengekalkan kepercayaan dan budaya nenek moyang mereka. Akan tetapi, budaya dan
kepercayaan ini telah dicampur atau diasimilasi dengan budaya melayu.
Kaum Baba dan Nyonya yang wujud pada zaman ini telah pun fasih untuk bertutur dalam
bahasa melayu. Cara masakan mereka juga sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh orang
melayu dan telah menjadi kebiasaan untuk mereka makan menggunakan tangan. Cara
mereka berpakaian juga hampir menyerupai masyarakat melayu iaitu dengan memakai baju
kebaya dan juga kain batik bagi perempuan manakala bagi lelaki Samfoo atau baju Lok
Chuan. Mereka juga menggayakan kasut manik yang dimana pada awalnya, manik--manik
ini hanya diperoleh di Eropah kemudiannya dapat diperoleh di Jepun.
17
Antara makanan tradisional Baba Nyonya yang terkenal hingga sekarang ialah cendol.
Cendol merupakan ais kisar yang mengandungi kacang, cendol, santan, dan gula melaka.
Bagi agama mereka pula, kaum Baba dan Nyonya ini masih mengamalkan agama-agama
tradisional cina akan tetapi cuma adat dan budaya mereka sahaja yang telah diasimilasi
dengan budaya masyarakat Melayu. Struktur bangunan kediaman mereka juga masih
dikekalkan dengan pengaruh Cina..
Dalam budaya Baba Nyonya ini juga terdapat pengaruh Portugis, Belanda, British, dan juga
Indonesia. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Baba Nyonya ini di didik oleh
Inggeris. Disebabkan penjajahan luar ke Tanah Melayu, Baba Nyonya telah menyerap
sedikit sebanyak budaya baru.
Disebabkan oleh kaum Baba Nyonya ini di didik oleh Inggeris, mereka telah berpeluang
untuk memenuhi jawatan perkhidmatan. Disebabkan oleh banyak interaksi dengan budaya
luar, kaum Baba Nyonya ini mahir dalam menguasai bahasa Melayu, Cina dan juga Inggeris.
Ini menyebabkan mereka mempunyai kelebihan untuk berhubung dengan pedagang luar.
Jadi, ramai juga di antara mereka bekerja sebagai pedagang dan juga peniaga.
18
KESAN PENGAHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
1. MERAPATKAN HUBUNGAN SESAMA MASYARAKAT
Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, dan juga agama.
Dengan adanya masyarakat Cina di Malaysia, kita dapat mengeratkan lagi hubungan
sesama kaum. Cara ini dapat diaplikasikan apabila kita kunjung mengunjungi rakan-rakan
kita yang berbangsa Cina. Kita sebagai tetamu perlulah menghormati adab ketika
berkunjung ke rumah rakan. Pilihlah waktu yang sesuai supaya kita tidak mengganggu
privasi tuan rumah.adab ketika bersembang perlulah kita menjaga supaya tidak mengguris
hati tuan rumah. Jika hal-hal seperti ini dititik beratkan, kita dapat mengekalkan hubungan
yang harmoni antara kaum yang berlainan bangsa.
2. MENJADI CONTOH KEPADA NEGARA LUAR
Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga apabila negara kita mempunyai kaum yang
berbilang. Hal ini demikian kerana, walaupun kita berbilang kaum, negara kita masih aman
tanpa tidak seperti negara-negara luar yang sering bergolak. Pentadbiran yang adil dan
saksama telah menjadikan semua rakyat hidup di dalam keadaan yang harmoni aman
damai. Hal ini boleh dibuktikan apabila ketika musim perayaan seperti tahun baru cina, kita
diberikan kesempatan untuk bercuti bagi merayakan bersama-sama tanpa mengira kaum.
Kemeriahan pulang ke kampung dapat dirasakan apabila tiba musim perayaan.
19
3. MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERHATI MULIA
Apabila kita sendiri mengamalkan adab yang murni di dalam kehidupan seharian, secara
tidak langsung kita dapat menjadi masyarakat yang berhati mulia. Tolong menolong tanpa
mengira usia, agama, dan bangsa. Hal ini amat penting bagi menjaga hubungan sesama
masyarakat. Perkara-perkara negatif yang dilihat haruslah kita perbaiki. Sebagai contoh, jika
kita melihat orang yang memerlukan bantuan, kita mestilah menolong mereka supaya dapat
meringankan beban. Perkara ini juga dapat menimbulkan rasa syukur di dalam diri kerana
masih berkeupayaan untuk membantu orang lain.
4. SEMANGAT PATRIOTIK DAPAT DIPUPUK DALAM KALANGAN
MASYARAKAT.
Semangat patriotik adalah rasa cinta akan negara. Ini boleh dilihat ketika Malaysia
menyambut hari kemerdekaan bersama-sama. Bukan itu sahaja, lagu kebangsaan kita juga
dinyanyikan di luar negara ketika perlawanan atau pertandingan sukan. Semangat yang
dibawa oleh para atlet untuk mengharumkan nama negara di persada dunia. Jalur gemilang
beerkibar megah di negara-negara asing menunjukkan bahawa betapa sayangnya rakyat
terhadap negara mereka.
20
5. MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA.
Ekonomi negara yang stabil amat penting bagi sesebuah negara supaya dapat menanggung
semua kos di alam negara. Apabila setiap rakyat bergabung dan bersatu dalam melakukan
kerja-kerja, hal ini dapat menhasilkan keerja yang berkualiti. Apabila hasil yang berkualiti
dapat dilahirkan, ekonomi negara akan meningkat.
Di Malaysia, setiap pekerjaan yang ada tidaklah hanya didominasi oleh satu kaum sahaja. Di
dalam satu syarikat contohnya mestilah terdapat kaum melayu, cina, india dan sebagainya.
Semakin ramai orang, semakin banyak idea yang dapat kita dapat untuk menaikkan taraf
ekonomi di negara kita. Ekonomi dari segi pelancongan dapat dimajukan jika kita
mengamalkan etika peradaban di kalangan masyarakat tambahan pula Malaysia
mempunyai banyak tempat pelancongan yang terbaik. Sikap rakyat yang ramah terhadap
pelancong luar memberi kita peluang untuk memajukan ekonomi di Malaysia.
21
KESIMPULAN
Masyarakat Cina secara umumnya terbentuk dari hasil perdagangan antara Tanah
Melayu dan juga Negeri China. Terbentuknya masyarakat Cina di negara kita ini telah
meningkatkan lagi populasi rakyat di negara kita. Seperti orang melayu juga, kaum Cina
juga mempunya adat resam dan juga budaya mereka sendiri yang diturunkan secara turun
temurun dari nenek moyang mereka. Kehadiran masyarakat Cina di negara kita juga telah
berjaya dalam meningkatkan ekonomi di negara kita. Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri
dari pelbagai bangsa dan agama. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita mestilah
menghormati setiap adat yang dibawa oleh mereka sebagai tanda hormat-menghormati.
Kaum Baba Nyonya ini dapat membuktikan bahawa percampuran antara dua adat
boleh berlaku selagi mana ia tidak melanggar mana-mana hukum yang ditetapkan oleh
agama masing-masing. Asimilasi ini telah berjaya dalam memajukan fikiran kaum-kaum
yang berada di Malaysia supaya lebih berfikiran terbuka. Asimilasi dapat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di samping dapat mengutuhkankan lagi
kesepaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
22
RUJUKAN
1. Khalid, A. Z. A., Mahmad, M. A., Yassin, K. M., Zain, A. M., Abd Hamid, S., Abd
Rahman, M. N., ... & Mohamed, Z. (2021). Penghayatan Etika dan Peradaban (UUM
Press). UUM Press.
2. Myzaa, I. (2015.) Warisan dan Kebudayaan Kaum Cina di Malaysia.
Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/12037450/Warisan_dan_Kebudayaan_Kaum_Cina_di_M
alaysia
3. Anon(2020)6 Perayaan Kaum Cina Yang Kita Mungkin Tak Tahu. ILabur.
https://ilabur.com/perayaan-kaum-cina/
4. Yahya, S., & Yaacob, N. (2020). Budaya Pemakaian dan Pemakanan Masyarakat
Cina Buddha di Malaysia: Suatu Analisis. RABBANICA - Journal of Revealed
Knowledge, 1(1), 155 - 172. Retrieved from
http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/18
5. Kamus Dewan (2002), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
23