The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azilaheyla, 2022-04-20 21:42:04

DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2022

DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN

JALAN AMAN,
77000 JASIN, MELAKA
TEL : 06-5291279 FAX : 06-5294484
EMEL : [email protected]

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat
Pendidikan Daerah Jasin serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini
dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Jasin dalam memberi
khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah
menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah
ditetapkan tanpa krompomi.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan

Malaysia, JabatanPendidikan Negeri Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah
Jasin.

3.0 DASAR
3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana

dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian

Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Pejabat
Pendidikan Daerah Jasin.
3.3. Sebagai salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Integrasi Pendidikan Khas
segala ketetapan oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya pada
sepanjang masa.
3.4. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam
pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum
semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem
pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras
dengan hak mereka sebagai pelanggan.
3.5. Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik hendaklah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut

standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Negeri Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia–4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan

diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 7 hari bekerja dan difailkan ke
dalam fail panitia masing-masing setelah disemak dan disahkan oleh guru
besar.
4.4. Penyediaan maklum balas mesyuarat hendaklah dilaksanakan untuk menyemak
Pematuhan keputusan mesyuarat dan progres tindakan.
4.5. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari
sebelum tarikh mesyuaratdijalankan.
4.6. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan
kebenaran guru besar sahaja.

5.0 SISTEM FAIL
5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci.
5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor

rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail di bucu atas sebelah kanan
dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail
sekolah.
5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran di mana-mana lokasi yang sesuai selaku Setiausaha Kurikulum
Sekolah untuk memudahkan capaian bagi semakan dan pemantauan.
5.4. Semua Fail Panitia asal diletakkan di pejabat, Ketua Panitia hanya
menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”.

5.5. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;-
Fail 1 - Pengurusan :
Isi kandungan fail (Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa, takwim panitia,
kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat
panggilan mesyuarat, minit mesyuarat,instrumen pencerapan guru, instrument
pencerapan hasil kerja murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan
perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program mata pelajaran.-
Fail 2– Dokumen Standard KurikulumPrestasi (DSKP) dan Dokumen Standard
Kurikulum (DSK)Modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN
6.1. Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR

Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan
Jasmani, Muzik dan Bahasa Arab.
6.2. Senarai Mata Pelajaran Tahap 2 KSSR
Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan
Jasmani, Muzik, Bahasa Arab, Sejarah dan Reka Bentuk Teknologi.

7.0 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
7.1. Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar, Tetapi wajib

dicatatkan di dalam Buku Persediaan Mengajar.
7.2. Cukup hanya dengan maklumat tarikh, masa dan catatan pada ruangan Isi

Kandungan / Standard Kandungan “Perhimpunan Rasmi Mingguan”.

7.3. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib dari awal
sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar.Penampilan
guru semasa perhimpunan rasmi adalah dengan penampilan lengkap dan
kemas mematuhi kod etika pakaian penjawat awam dan kod etika pakaian guru
yang berkuatkuasa semasa. Guru digalakkan memakai blazer hitam.

8.0 DSKP, DSK, RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
8.1. Semua guru harus mematuhi SPI Bil 3 1999 dalam Penyediaan

Rancangan Pengajaran.Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksana
kan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh
dan disimpan dalam fail panitia oleh ketua panitia dan setiap setiap
guru perlu membawa bersama DSKP dan DSK semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
8.2. Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah
disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari masa yang ditetapkan oleh
guru besar. DSKP dan DSK tidak boleh dikemukakan sebagai
Rancangan Pengajaran Tahunan.
8.3. DSKP dan DSK hendaklah diolah semula bersesuaian dengan
takwim semasa sekolah dan tahap kebolehan murid untuk dijadikan
sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan.
8.4. Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru
Besar.
8.5. Isi kandungan Rancangan Pelajaran Harian hendaklah
mengandungi perkara asas yang berikut :
a) Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
b) Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
c) Aktiviti PdPc
d) Impak
8.6. Buku Persediaan Mengajar perlu dihantar setiap hari Jumaat pada
setiap minggu.
8.7. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar,
DSKP dan DSK dan Modul Perekodan Perkembangan
Pembelajaran Murid Offline (rekod transit) setiap kali masuk ke
dalam kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
8.8. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru
menghadiri kursus,perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru
yang diarahkan mengganti pada masamata pelajaran tersebut.
8.9. Menghabiskan Sukatan ;Sistem KSSR tidak menekankan kepada untuk
menghabiskan sukatan tetapi adalah berfokuskan untuk penguasaan
kemahiran oleh murrid.
8.10.Kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered/berpusatkan
murid berdasarkan keperluan murid itu sendiri.

9.0 JADUAL WAKTU
9.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang

berkuatkuasa semasa.
9.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah

Dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu
rasmi.
9.3. Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru
opsyen dan kepakaran guru.
9.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak
termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi
tahun semasa.

10.0 GURU GANTI / BERKURSUS / TUGAS LUAR DAN CRK
10.1. Mana-mana guru yang mengambil Cuti Sakit/CRK/ berkursus atau menghadiri

tugas rasmi luar perlu memaklumkan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan
Pentadbiran
10.2. Guru juga perlu mengisi permohonan cuti secara mengisi borang cuti manual
dan selepas itu mengisinya ke dalam system HRMIS.
10.3. Guru juga digalakkan supaya menyediakan bahan untuk pengajaran guru
ganti atau menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
10.4. Penyediaan Guru Ganti disediakan oleh GPK Pentadbiran dan slip akan
dikeluarkan dan perlu ditandatangan oleh guru-guru yang berkenaan. Guru
yang diarahkan untuk mengganti kelas diwajibkan mematuhi arahan dengan
berada di dalam kelas berkenaan mengikut penetapan masa yang tercatat di
dalam slip.

11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti
berikut ;

Aliran Perdana :
Isnin hingga Khamis : 07.30 pagi – 12.35 tengahari (Tahap 1)

07.30 pagi – 1.35 petang (Tahap 2)
Jumaat : 07.30 pagi – 12.05 tengahari (semua Tahap 1 & 2)

Pendidikan Khas Integrasi

Pendengaran :

Isnin & Khamis : 07.30 pagi - 12.55 tengahari

Jumaat : 07.30 pagi – 11.55 pagi

Masalah Pembelajaran :

Isnin & Khamis : 07.30 pagi - 12.35 tengahari

Jumaat : 07.30 pagi – 11.55 pagi

Pra Sekolah

Isnin & Khamis : 07.30 pagi - 11.50 pagi

Jumaat : 07.30 pagi – 11.15 pagi

* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan juga akta /
pekeliling ikhtisas yang berubah dan berkuatkuasa semasa.

12.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah/Pentaksiran Bilik Darjah
12.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS/PBD mengikut

tempoh yang ditetapkan.
12.2 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail atau pelaporan

PBS/PBD dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baharu murid
berkenaan.
12.3 Dokumentasi berkaitan PBS/PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan
serta boleh dikemukakan dengan serta merta kepada pencerap dalaman,
Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan atau Jemaah Nazir apabila diminta
berbuat demikian bagi tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal.
12.4 Isi kandungan fail berkaitan PBS/PBD adalah sebagaimana format dan
tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin serta melalui kursus
dalaman anjuran sekolah.
12.5 Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid perlu sentiasa
dikemaskini. Pengisian Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid juga
perlu diisi di dalam template yang telah disediakan oleh Penyelaras PBD bagi
tujuan penyelarasan lokasi data atau untuk tujuan pengumpulan data secara
“One Stop Centre”.

13.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN
Jawatankuasa Pemantauan
13.1 Guru Besar.
13.2 Penolong Kanan Pentadbiran.
13.3 Penolong Kanan HEM.
13.4 Penolong Kanan Ko Kurikulum.
13.5 Penolong Kanan Pendidikan Khas.

14.0 Pengajaran dan Pembelajaran
14.1 Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali
dalam setahunsecara rasmi.
14.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong
Kanan.
14.3 Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.Guru dinasihat
berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
dicerap.
14.4 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita
masing-masing. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh
Guru Besar.

15.0 Pengurusan Panitia
15.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua
Mata pelajaran berkenaan.
15.2 Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.Semua Fail
Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di
pejabat.
15.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan
Taktikal,dan Pelan Operasi.

15.4 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort
tertentu.

15.5 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan
setiap tahun. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
membelanjakan peruntukan PCGsecara berkesan dan mematuhi peraturan
kewangan.

16.0 Bilik-bilik Khas
16.1 Semua bilik khas termasuk bilik darjah mesti diurus dengan sempurna oleh guru

yang bertanggung jawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
Penyeliaan adalah berdasarkan aspek dan criteria seperti berikut ;
i Kebersihan
ii. Keceriaan
iii. Keselesaan
iv. Keselamatan
v. Susun atur perabut
vi. Pengurusan inventori
vii. Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah)

Papan informasi, Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa
mesti disediakan. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu
dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa
berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap
bilik khas itu sendiri.

17.0 Penyeliaan Buku Latihan Murid
17.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konsisten dan konstruktif.
17.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku bagi setiap mata
pelajaran dan kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa.Tugasan
penyeliaan dan pencerapan buku latihan murid selain dari guru besar juga
dipertanggungjawabkan kepada semua penolong-penolong kanan dan ketua-
ketua panitia mata pelajaran.
17.3 Instrumen yang digunakan adalah PK06/1 (Borang Pengesanan Semakan
Buku Latihan / HasilKerja Murid) dan PK06/2 (Laporan Semakan Buku
Latihan / Hasil Kerja Murid)
17.4 Pencerap hendaklah menilai ;
i- Bilangan latihan
ii- Kesesuaian latihan
iii- Ketelitian semakan
iv- Arahan pembetulan
v- Ulasan
vi- Kekemasan tulisan

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1 Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan
pembelajaran dibuat berdasarkan keperluan panitia. Dasar Kurikulum
menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua
Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. Panitia diminta
mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik
panitia berkenaan.
18.3 Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib
bagi penyelarasan Program Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF/ LADAP
19.1 Kursus Dalaman
Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas
kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang
berkursus menggunakan format minit curai.
19.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan
dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu
atau atas arahan penganjur kursus.
19.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan
untuk keperluan sendiri dan guru lain.
19.4 Setiap guru perlu mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun dan
mencapai mata kredit minimum iaitu 42 mata melalui SPLKPM.


Click to View FlipBook Version