The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 981-15-nabila, 2023-02-05 03:52:08

MPU3112m TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK

MPU3112m TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK

FUNGSI- FUNGSI BAHASA MELAYU DAN PERANANNYA SEBAGAI MEDIUM INTEGRASI NASIONAL TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (ANALISIS FUNGSI BAHASA MELAYU) Disediakan oleh: Nur Nabila Syakirah Binti Amran Siti Syahidah Binti Safie'e Nurin Aisya Binti Mat Yusof


Pengenalan Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu”. Bahasa Melayu telah menjadi medium komunikasi utama dalam kalangan rakyat Malaysia. Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah menjadikan Tanah Melayu sebaga sebuah negara yang berdaulat. Sebuah negara yang berdaulat memerlukan satu Bahasa Kebangsaan untuk melambangkan identiti sesebuah negara. Sebagai rakyat Malaysia, amat penting bagi kita untuk mengenali fungsi-fungsi bahasa Melayu serta peranannya sebagai medium integrasi nasional.


Penyata Razak 1956 dicadangkan oleh jawatankuasa kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kemudiannya diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Antara perkara yang melibatkan penggunaan Bahasa Kebangsaan: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Setiap urusan rasmi negara menggunakan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan. Penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah.


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perantara Bahasa Melayu pernah diiktiraf sebagai lingua franca dari abad ke-7 sehingga abad ke-19. Pada awal abad ke-7, bahasa perantara yang digunakan oleh Empayar Srivijaya di seluruh rantau Asia Tenggara adalah Bahasa Melayu. Pada abad ke-14 sehingga akhir abad ke-18, Bahasa Melayu klasik pula mula digunakan. Bahasa Melayu yang telah diiktirafkan sebagai lingua franca telah menjadi bahasa antarabangsa pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka. Setiap pedagang asing mestilah menggunakan Bahasa Melayu ketika berurusan di Tanah Melayu. Ketika hubungan diplomatik dengan China terjalin, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan untuk menjalinkan hubungan tersebut tetapi melalui perantara jurubahasa.


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perantara Komunikasi diplomatik merupakan salah satu bentuk komunikasi rasmi tidak kira secara lisan mahupun tulisan. Contoh komunikasi diplomatik secara tulisan, penghantaran utusan dan warkah diraja Komunikasi diplomatik yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantara telah menunjukkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai standard dan kualiti pengucapan yang tinggi dalam kepelbagaian rencam dan ragam


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sesuai dalam membentuk perpaduan bangsa. Bahasa Melayu diiktiraf dan diisytihar sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Berdasarkan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan : Laporan Razak 1956 menyatakan bahawa dasar pendidikan negara bertujuan untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan bangsa berlainan. Pihak kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu dicatatkan dalam perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Bahasa lain masih boleh digunakan khususnya dalam sistem pendidikan rasmi


Peranan Bahasa Melayu sebagai Medium Integrasi Nasional Suasana yang aman dan harmoni dapat diwujudkan dalam suatu negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan bangsa melalui satu bahasa yang mudah difahami serta mudah untuk dikuasai oleh semua kaum. Komunikasi bahasa hanya akan berlaku sekiranya satu kumpulan manusia boleh dan mampu menuturkan bahasa yang sama. Antara penutur Bahasa Melayu adalah terdiri daripada orang Melayu, India,Cina, etnik bumiputera dari Sabah dan juga Sarawak dan etnik minoriti yang lain.


Peranan Bahasa Melayu sebagai Medium Integrasi Nasional Bahasa Melayu menjadi medium integrasi nasional yang merentas bahasa, kaum dan perpaduan. Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri dan nilainilai ketimuran berbahasa. Sebagai contoh, bersifat budi bahasa dan beradab. Rakyat menggunakan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka dan mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka merupakan inisiatif untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri rakyat. Rakyat yang berbilang bangsa dan kaum menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ini dapat memupuk hubungan yang baik di antara rakyat .


Kebanyakan rakyat yang mengikuti aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan seperti gotongroyong, majlis kenduri serta rumah terbuka yang diadakan di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium utama komunikasi mereka!


Kesimpulan Bagi mengakhiri wacana ini, dapat kami simpulkan bahawa masyarakat hari ini perlu sedar bahawa nilai bahasa kebangsaan kita setanding dengan bahasa asing dari negara lain. Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan terhadap bahasa asing seperti Bahasa Inggeris adalah vital, namun identiti Bahasa Melayu yang wujud dalam diri masyarakat tidak seharusnya terhakis walaupun telah menguasai bahasa asing (Othman, 2019). Oleh itu, masyarakat hari ini sewajarnya menanam iltizam untuk menguasai bahasa ibunda seterusnya mengangkat darjat Bahasa Melayu sehingga ke peringkat profesional. Jika semua pihak bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam memupuk rasa cinta terhadap bahasa ibunda, tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan nasional antara anak watan dapat dijalin dengan erat. Natijahnya, pelbagai prakarsa perlulah dilakukan bagi memperkasa Bahasa Kebangsaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


Rujukan Sabil, A. M., Othman, S., Razali, A. B., & Omar, R. (2022). Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Menengah Rendah: Kajian Rintis. ANP Journal of Social Science and Humanities, 3(2), 65-71. Esa, M. S., Ationg, R., Othman, I. W., & Jupiter, H. (2021). Isu dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di ambang kemerdekaan Tanah Melayu. Learning, 6(41). Muda, K. (2022). Bahasa Melayu sebagai Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan: Satu Tinjauan menurut Perspektif Pakar. Mohamed, N. A., & Hassan, N. A. (2019). Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), 19-28. Kamil, I. M. M., & Mohamad, M. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(2), 181-191.


Click to View FlipBook Version