The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUL BAHARIN
SMA DATO' KLANA PETRA MAAMOR
73 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alif.26.aiman.05, 2021-04-01 23:58:55

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI: MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUL BAHARIN

MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUL BAHARIN
SMA DATO' KLANA PETRA MAAMOR
73 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI

MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUL BAHARIN

Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor
Kumpulan 73, Daerah Seremban Timur, Negeri Sembilan

0

NAMA PENUH : MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUL BAHARIN

NO. K/P : 050226-05-0349

TARIKH LAHIR : 26-02-2005

AGAMA : ISLAM

KETURUNAN : MELAYU

JANTINA : LELAKI

NO. H/P : 012-3850278

KEGEMARAN : MAIN PERMAINAN VIDEO

CITA-CITA : ANGKASAWAN

ALAMAT RUMAH : 480 JALAN CORAL 16,TAMAN BUKIT CORAL
HEIGHT, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH : SM AGAMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR

KM 5 JALAN SEREMBAN – KUALA PILAH
: 70400 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN

NO. KUMPULAN : 73

DAERAH : SEREMBAN TIMUR

NEGERI : NEGERI SEMBILAN

1

NAMA PENUH REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI
NO. K/P
TARIKH LAHIR : MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUL BAHARIN
NO. KUMPULAN : 050226-05-0349
DAERAH : 26-02-2005
NEGERI : 73
: SEREMBAN TIMUR
: NEGERI SEMBILAN

BIL. PERKARA TARIKH LULUS TANDATANGAN
PENGUJI

1. FUNGSI PARLIMEN

2. BENDERA NEGERI DALAM MALAYSIA
DAN LAMBANG NEGARA DAN NEGERI

3. FUNGSI SEBUAH AGENSI KERAJAAN

4. PETA KAWASAN PARLIMEN NEGERI
DAN AHLI PARLIMEN

5 BUKU LOG PERIBADI

Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi
segala kehendak dalam Lencana Jayadiri.

Tarikh Pemimpin Pengakap Remaja
(SITI KHAJARU’AIN BINTI OSMAN)

2

SEJARAH INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian
untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.

Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan.

Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan
Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat.

Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri
tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi
Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang
mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat
orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Malaysia.

Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan
tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

3

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan
aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara
terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai
kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen.

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan
untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara
persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam
persidangan penggal akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-
tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam
tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula.

Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-
tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan
diadakan selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu.

Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam
tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat
mestilah diadakan.

Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi
seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

4

FUNGSI PARLIMEN

1. KUASA PERUNDANGAN PARLIMEN
Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara. Parlimen adalah
badan kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan itu membuat undang-undang
yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan.

2. KEWANGAN
Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar Persekutuan
boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam
undang-undang Persekutuan.

Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat dibelanjakan dengan kuat
kuasa Parlimen.

3. KUASA PERBINCANGAN
Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai mengenai
hal-ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak-tanduk kerajaan
bolehlah diselaraskan mengikut pendapat umum.

4. KUASA PENYELENGGARAAN
Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang diletakkan ke
atasnya dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka Perlembagaan memberi
beberapa hak dan perlindungan undang-undang yang dikenali sebagai ‘keistimewaan
Parlimen’.

Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada keseluruhannya dan oleh tiap-tiap
ahli Parlimen.

5. KUASA MENGHUKUM
Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-masing
mempu-nyai pengawasan khas terhadap perjalanan persidangannya sendiri, sah atau
tidak sah perjalanan mesyuaratnya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah;
dan tiap-tiap dewan boleh menghukum ahli-ahlinya kerana melanggar keistimewaan
Parlimen atau ‘mencemar’ dewan.

Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutu-an, tiap-tiap ahli Parlimen
terlindung daripada tindakan undang-undang jenayah atau sivil berhubung dengan
perkara-perkara yang diperkatakan atau undi yang dibuat dalarn Parlimen, dan
perlindungan yang sama juga diberi kepada orang-orang yang bertindak di bawah kuat
kuasa mana-mana dewan.

5

DEWAN NEGARA
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua
kategori seperti berikut:

1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap
negeri diwakili oleh dua orang ahli).

2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu
ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:
● Warganegara Malaysia
● Berumur tidak kurang dari 30 tahun
● Sempurna akal
● Bukan seorang muflis

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan
pada peringkat negeri.
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat
yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam
perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan
orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan
tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia
serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

6

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan
raya.

Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima
tahun.

Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir
negara.

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:
● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
● Sempurna akal.
● Bukan seorang muflis.
● Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan
tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia
serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

FUNGSI DEWAN NEGARA

1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.

2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Semua
rang undang-undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh Dewan Negara sebelum
dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangani.

3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang undang-undang dan merujukkannya
semula kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak rang undang-undang tersebut.

4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat penyalah-gunaan kuasa Dewan Rakyat.

5. Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong akan menjadi
Akta Parlimen dan seterusnya undang-undang.

7

FUNGSI DEWAN RAKYAT

1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.

2. Bersidang dari semasa ke semasa.

3. Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar kerajaan.

4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang -undang diperkenalkan di Dewan
Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian akan dijalankan. Jika telah
diterima dan diluluskan, usul ini akan dihantar ke Dewan Negara untuk perbahasan dan
perbincangan.

5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen menyokong pindaan
tersebut.

AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT NEGERI BILANGAN AHLI
3 orang
NEGERI 15 orang
Perlis 13 orang
Kedah 24 orang
Pulau Pinang 22 orang
Perak 11 orang
Selangor 1 orang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 8 orang
Wilayah Persekutuan Putrajaya 6 orang
Negeri Sembilan 26 orang
Melaka 14 orang
Johor 8 orang
Pahang 14 orang
Terengganu 31 orang
Kelantan 25 orang
Sarawak 1 orang
Sabah
Wilayah Persekutuan Labuan

8

BENDERA MALAYSIA

7 Jalur Merah & 7 Jalur Putih Yang Melintang Dan Sama Lebarnya
Adalah tanda keanggotaan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu
dan Kerajaan Persekutuan
Anak Bulan
Melambangkan agama rasmi negara iaitu agama Islam.
Bintang Pecah 14
Menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.
Warna Kuning
Adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna Merah
Melambangkan keberanian.
Warna Putih
Melambangkan kesucian.
Warna Biru Tua
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia

9

PERLIS INDERA KAYANGAN

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja
Biru
Melambangkan rakyat.
Nota Tambahan
Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat
baginda

10

KEDAH DARUL AMAN

Merah
Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan,
Padi
Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan
Bulan Sabit
Melambangkan simbol agama Islam.
Perisai
Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

11

PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)

Biru Muda
Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.
Putih
Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.
Kuning
Melambangkan kemakmuran.
Pohon Pinang
Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

12

PERAK DARUL RIDZUAN

Putih
Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Kuning
Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak
Hitam
Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak
*Nota Tambahan
Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak

13

SELANGOR DARUL EHSAN

Kuning Dan Merah
Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga
kepada negeri ini.
Bulan Bintang
Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri
Putih
Melambangkan kesucian Agama Islam

14

MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)

Merah, Putih, Kuning Dan Biru
Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan
Anak Bulan Dan Bintang
Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

15

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Merah
Melambangkan rakyat.
Hitam
Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri
ini.

16

JOHOR DARUL TA'ZIM

Anak Bulan Dan Bintang Bewarna Putih
Melambangkan Raja yang berdaulat.
Merah
Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.
Biru Tua
Melambangkan Kerajaan Negeri.

17

PAHANG DARUL MAKMUR

Hitam
Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang pada suatu
ketika dahulu
Putih
Melambangkan Raja.
Nota Tambahan
Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.

18

KELANTAN DARUL NAIM

Merah
Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja.
Putih
Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.

19

TERENGGANU DARUL IMAN

Putih
Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.
Hitam
Melambangkan rakyat
Anak Bulan Dan Bintang
Melambangkan agama Islam

20

SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)

Biru Zirkon
Melambangkan keamanan dan ketenteraman
Putih
Melambangkan kemurnian dan keadilan,
Merah Cili
Melambangkan keberanian dan keyakinan.
Biru Salji
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
Nilakandi
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Gunung Kinabalu Dan Lima Jenis Warna
Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.

21

SARAWAK (BUMI KENYALANG)

Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha
mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian
maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Kuning
Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti
dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Hitam
Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang
merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan
Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Juga
merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan
selepas merdeka.

22

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN (RASMI)

Bendera Wilayah Persekutuan ialah bendera rasmi Wilayah Persekutuan Malaysia. Ia telah
diterima pakai pada 23 Mei 2006.
Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili Wilayah Persekutuan secara
keseluruhannya.
Tiga bendera asal asal masih digunakan apabila mewakili Wilayah Persekutuan individu.
Kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan dan kehormatan
Merah untuk kekuatan
Biru untuk perpaduan, keikhlasan dan keharmonian.
Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang sama dengan bendera Venezuela.
Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga wilayah, menyokong misi mereka
untuk menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang penting.
Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain pada masa akan datang.

23

LAMBANG NEGARA MALAYSIA

Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan
Kerajaan Persekutuan.
Bintang bersama-sama anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu)
Bahagian sebelah kiri perisai menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan
dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-
negeri Selat dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu; warna-warna hitam
dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna
negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-
negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga Bahagian di sebelah bawah menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di
sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di
sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
• Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya

dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk
semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati
bendera mereka.

24

LAMBANG NEGERI PERLIS

Lingkaran padi
maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
Perisai
tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
Lambang itu keseluruhannya
bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

25

LAMBANG NEGERI KEDAH

Lingkaran
maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini.
Anak bulan
tanda Agama Islam.
Perisai
tanda kekuasaan.

26

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

Pohon pinang tanda asal nama pulau itu.
Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang
mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut.
Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu,
Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna
yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang
terdapat di Pulau Pinang.

27

LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

28

LAMBANG NEGERI SELANGOR

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek
dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-
pahlawan zaman dahulu.

29

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama.
Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu
dengan British.
Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.
Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.
Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam
gabungan lama.
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.
Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang
Di Pertuan Besar

30

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.
Lima bilah keris maksudnya LIMA ORANG pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman
dahulu.
Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu
pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan
untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

31

LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M.
Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal
negeri itu iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.
Bintang dan Anak Bulan di tengah tanda Agama Islam.
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas
yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.
Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada
Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

32

LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran.
Logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil
masyur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya ia membawa maksud tiada kebal yang
boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.
Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah
terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan
yang besar.
Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak
menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

33

LAMBANG NEGERI TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.
Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja.
Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Quran di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.
Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.
Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

34

LAMBANG NEGERI KELANTAN

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan.
Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan.
Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam.
Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk
mempertahankan dirinya.
Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan
Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang
kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap
dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

35

LAMBANG NEGERI SABAH

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan
berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan
lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.
Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.
Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili
dalam bentuk V.
Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berlatarbelakangkan warna biru salji.
Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata
negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.
Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan
kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan
kejayaan.
Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih
melambangkan kemurnian dan keadilan.
Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

36

LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: Terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik
pembangunan".
Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain
di dunia.

37

FUNGSI AGENSI KERAJAAN

PENGENALAN
Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun adalah sebuah perbadanan awam dalam struktur
pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen
yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing.
Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan
kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan
pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat
sambutan daripada sektor swasta.
Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana
badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran
kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerajaaan Persekutuan dan kerajaan
Negeri.
Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang terdapat di Negeri Sembilan adalah:
1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
4. Yayasan Negeri Sembilan
5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

38

UDA (Urban Development Authority)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Urban Development Authority) merupakan
syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996.
Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang
berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan.
Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan Bandar.
SEJARAH
UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12 November 1971
di bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan Pembangunan Bandar.
Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA Holdings
Sendirian Berhad.
Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL).
PEMBANGUNAN
UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang dianggapnya sesuai.
Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan semula
"bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi penyenggaraan bangunan-
bangunan bersejarah di kawasan bandar.
Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah Taman Tun Dr
Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor dan juga Bandar Baru
UDA di Johor Bharu.

39

MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI (Malaysian Agricultural
Research and Development Institute).
Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11 tahun 1969) dan mula
beroperasi pada Mac 1971.
Objektif:
Menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri
makanan, pertanian dan industri asas tani.
Visi:
Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang makanan,
pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.
Misi:
Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal
bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri
asas tani kepada sektor yang inovatif, komersil dan berdaya saing.
Fungsi:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:

● Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa
sawit dan koko), ternakan dan makanan

● Perladangan campuran

40

FELDA (Federal Land Development Authority)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA (Federal Land Development Authority)
Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.
Objektif: Menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-
kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Visi: Menjadi pemacu pembangunan penempatan Negara yang progresif
Misi: Menambah nilai untuk kepentingan peneroka
Fungsi: Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk
tanaman kontan.
Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah
beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka
pelbagai kaum seperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak
yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan
besar penduduk Malaysia.
Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9000 kilometer persegi,
kebanyakannya ladang kelapa sawit.
Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar
melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam
sebilangan bank utama Malaysia.

41

MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen
sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi. Badan ini diberi mandat dan kuasa untuk
mengendalikan dan menjalankan berbagai-bagai kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-
wakil kerajaan dan mereka yang dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan rakyat
Bumiputera.
MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum Bumiputera untuk
meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting sekali ialah untuk
menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perusahaan. Sehubungan itu bagi mencapai tujuan tersebut maka MARA menjalankan tugas
seperti yang berikut:
1. Sistem pendidikan dan latihan akademik, profesional atau latihan-latihan lain kepada

kaum Bumiputera. MARA telah menubuhkan beberapa buah sekolah, maktab dan
Universiti Teknologi Mara.
2. Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek keusahawanan kepada kaum
Bumiputera
3. Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat pengurusan dan teknik kepada
peniaga Bumiputera
4. Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan dan pengangkutan yang dimiliki
sepenuhnya oleh MARA ataupun yang memiliki bersama dengan tujuan
menyerahkan projek-perojek yang system kepada kaum Bumiputera.

42

PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah syarikat minyak
dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah syarat-syarat
Akta Pembangunan Petroleum.
Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan
terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan
tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.
Matlamat PETRONAS untuk melindungi kedaulatan negara ke atas rizab minyak dan gas,
untuk merancang keperluan negara masa kini dan masa hadapan bagi minyak dan gas, untuk
mengambil bahagian dalam mengedar dan petroleum pemasaran dan produk petrokimia pada
harga yang berpatutan, untuk menggalakkan penyediaan loji, kelengkapan, dan perkhidmatan
oleh syarikat-syarikat Malaysia, untuk menghasilkan baja bernitrogen dan untuk menyebarkan
manfaat industri petroleum di seluruh negara.

43

PETA NEGERI DAN KAWASAN PARLIMEN

KAWASAN PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P126 JELEBU DATUK JALALUDDIN ALIAS - BN

P127 JEMPOL DATUK SALIM SHARIF - BN

P128 SEREMBAN LOKE SIEW FOOK - PKR

P129 KUALA PILAH EDDIN SYAZLEE SHITH - PKR

P130 RASAH TUAN CHA KEE CHIN - PKR

P131 REMBAU KHAIRY JAMALUDDIN - BN
P132
P133 PORT DICKSON DANYAL BALAGOPAL ABDULLAH -
(TELOK KEMANG) PKR

TAMPIN DR. HASAN BAHAROM - PKR

44

PETA NEGERI DAN KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

N1 CHENNAH YB TUAN LOKE SIEW FOOK-PH

N2 PERTANG YB TUAN NOOR AZMI BIN YUSOF-BN

N3 SUNGAI LUI YB TUAN MOHD. RAZI BIN MOHD. ALI-BN

N4 KLAWANG YB DATO' HAJI BAKRI BIN SAWIR-PH
N5 SERTING
YB DATO’ HJ. SHAMSHULKAHAR BIN HAJI MOHD.
DELI-BN

N6 PALONG YB TUAN HJ. MUSTAPHA BIN NAGOOR-BN

N7 JERAM PADANG YB DATO’ MANICKAM A/L LETCHUMAN-BN

N8 BAHAU YB TUAN TEO KOK SEONG-PH

N9 LENGGENG YB TUAN HJ. SUHAIMI BIN KASSIM-PH

N10 NILAI YB TUAN ARUL KUMAR A/L JAMBUNATHAN-PH

45

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

N11 LOBAK YB TUAN CHEW SEH YONG-PH

N12 TEMIANG YB TUAN NG CHIN TSAI-PH
N13 SIKAMAT YAB DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN BIN HAJI HARUN-PH

N14 AMPANGAN YB DATO' DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK-PH

N15 JUASSEH YB DATO’ HJ. ISMAIL BIN HJ. LASIM-BN

N16 SERI MENANTI YB DATO’ HJ. ABD. SAMAD BIN HJ. IBRAHIM-BN

N17 SENALING YB DATO’ HJ. ADNAN BIN ABU HASSAN-BN

N18 PILAH YB TUAN MOHAMAD NAZARUDDIN BIN SABTU-PH

N19 JOHOL YB TUAN HJ. SAIFUL YAZAN BIN SULAIMAN-BN

N20 LABU YB DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD-PH

N21 BUKIT KEPAYANG YB PUAN NICOLE TAN LEE KOON-PH

N22 RAHANG YB PUAN MARY JOSEPHINE PRITTAM SINGH-PH

N23 MAMBAU YB TUAN YAP YEW WENG-PH

N24 SEREMBAN JAYA YB TUAN GUNASEKAREN A/L PALASAMY-PH
(SENAWANG)

N25 PAROI YB DATO' HAJI MOHAMAD TAUFEK BIN ABD. GHANI-
N26 CHEMBONG PH

YB DATO’ HJ. ZAIFULBAHRI BIN HAJI IDRIS-BN

N27 RANTAU YB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI
N28 KOTA HASAN-BN

YB DATO’ SERI DR. HJ. AWALUDIN BIN SAID-BN

N29 CHUAH YB DATO' YEK DIEW CHING-PH

N30 LUKUT YB TUAN CHOO KEN HWA-PH

N31 BAGAN PINANG YB DATO’ HJ. TUN HAIRUDIN BIN ABU BAKAR-BN

N32 LINGGI YB DATO’ HJ. ABDUL RAHMAN BIN MOHD. REDZA-BN

N33 SRI TANJUNG YB DATO RAVI A/L MUNUSAMY-PH
(PORT DICKSON) YB DATO’ ABD. RAZAK BIN AB. SAID-BN

N34 GEMAS

N35 GEMENCHEH YB DATO' MOHD. ISAM BIN HAJI MOHD. ISA-BN

N36 REPAH YB TUAN VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM-PH

46

KAWASAN PARLIMEN DAN DUN TEMPAT KEDIAMAN

Kawasan Parlimen Tempat Kediaman

Kawasan Parlimen : SEREMBAN

Nama Ahli Parlimen YB TUAN LOKE SIEW FOOK

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempat Kediaman

Kawasan DUN : SIKAMAT

Nama Ahli DUN : YAB DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN BIN HAJI HARUN

47


Click to View FlipBook Version