The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirazha17, 2020-06-04 09:05:24

MAJLIS SANJUNGAN KASIH SEIKHLAS BUDI HAJI MAHUSIN

PERSARAAN HAJI MAHUSIN PADA 21 MEI 2020

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERSARAAN

PENGERUSI
HAJI ABDULLAH ZAWAWI BIN HAJI YAHYA

KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

TIMBALAN PENGERUSI
EN ROSLI BIN A RAHMAN
TIMBALAN PPD SEKTOR PERANCANGAN

EN ROZAIDI BIN ABDUL MAJID
TIMBALAN PPD SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

BENDAHARI
HAJAH NAZILAN BT MD SALLEH

PN ROSNOZI BT ABDULLAH

PENYELARAS
EN AMIR AZHA BIN YUSOF

AHLI JAWATANKUASA
TEKNIKAL DAN PENYIARAN
EN KHAIRUDDIN BIN MOHAMED
EN MOHD SHUKIMAN BIN MOHAMAD
EN SYAHRUDDIN BIN ABDULLAH@A HALIM

PENGUMPULAN BAHAN
EN AHMAD SATMI BIN SALLEH

HAJI SUHAIMIN BIN YASIN

PENGACARA
EN AHMAD ZAPWAN BIN MOHAMAD ZAKI

SUARA LATAR
PN ROHANI BT MOHAMED

PEMBACA DOA
EN MOHD NOR ZAIMAN BIN CHE MANSOR

VIDEO DAN KAD JEMPUTAN
HAJI SABRI BIN ABDULLAH

EN MOHD AZRUL HAFIZ BIN ABD RAHIM
EN KHAIRUL IKHWAN BIN MOHD DIN





COVID-19 DAN NORMAL BAHARU

“APABILA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak koronavirus (Covid-19)
dilaksanakan pada 18 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehidupan
rakyat di negara ini tidak akan kembali seperti biasa. Katanya, kita akan menjalani kehidupan den-
gan the new normal atau kebiasaan baharu. Apa yang dimaksudkan dengan new normal ialah kebi-
asaan yang kita biasa buat sebelum PKP sudah tidak boleh diteruskan lagi. Kita mengharapkan apa-
bila Covid-19 berjaya diatasi, kita akan kembali hidup normal seperti sebelum ini. Namun kenyataan
pakar menunjukkan suasana tidak normal akan berterusan untuk jangka panjang, berbulan-bulan,
malah mungkin keseluruhan tahun 2020. Mahu atau tidak, kita terpaksa menghadapinya. Sejak wa-
bak maut itu mula dikesan di China pada Disember tahun lalu, jumlah kematian akibat Covid-19 di
seluruh dunia sudah mencecah 203,055 kes. Majoriti masyarakat sudah mula menerima new normal
apabila tidak boleh keluar bebas seperti dahulu, lebih cakna tentang kebersihan diri apabila menga-
malkan pemakaian penutup muka dan kerap membasuh tangan menggunakan hand sanitizer, ber-
mesyuarat dan membeli barang secara dalam talian”.
( SINAR HARIAN 27 APRIL 2020 )
Standard Operating Procedur ( SOP ) atau Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia
semasa tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pengerakan ) dan PKPB ( Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat ) telah
mengubah banyak kaedah dan pelaksanaan sesuatu tindakan atau aktiviti. PKP menetapkan supaya :

Lantaran itu, majlis persaraan Haji Mahusin yang dirancang akan dilaksanakan pada 21 Mei 2020 mesti me-
matuhi Garis Panduan Untuk Pembukaan Semula Perkhidmatan Pasca Perintah Kawalan Pengerakan Covid-19
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MESYUARAT PENYELARASAN KALI PERTAMA

TARIKH : 3 MEI 2020
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : TEMPAT MASING-MASING
KAEDAH : GOOGLE MEET
PENGERUSI : EN ROSLI BIN AB RAHMAN

KEHADIRAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PERANCANGAN
: SEMUA AJK MAJLIS PERSARAAN TERMASUK WAKIL MPSM DAN MGB

EN ROSLI AB RAHMAN, TIMBALAN PPD PEMBANGUNAN MURID SEDANG MEMPENGERUSI MESYUARAT MAJLIS
PERSARAAN KALI PERTAMA MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE MEET.

MESYUARAT PENYELARASAN KALI KEDUA

TARIKH : 13 MEI 2020
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : TEMPAT MASING-MASING
KAEDAH : GOOGLE MEET
PENGERUSI : TUAN HAJI ABDULLAH ZAWAWI BIN HAJI YAHYA

KEHADIRAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
: SEMUA AJK MAJLIS PERSARAAN TERMASUK WAKIL MPSM DAN MGB

GAMBAR SEMASA MESYUARAT SEDANG BERLANGSUNG YANG DIPENGERUSI OLEH TUAN PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH.

SEJARAH HIDUP HAJI MAHUSIN BIN MAMAT
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

SEKTOR PEMBELAJARAN

Dilahirkan pada 24 Mei 1960 di Kampung Tok Has, Jerteh,
Terengganu. Anak kepada pasangan Haji Mamat bin Haji Kadir den-
gan Hajah Khadijah bt Yaacob merupakan anak kedua daripada la-
pan adik beradik.

Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Puteri. Selepas itu beliau
menyambung pendidikan di SM Seri Nering.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Zaharah @ Bidah bt
Embong pada tahun 1982.

Pasangan ini telah dikurniakan lima cahaya mata.
Noorbaiti bt Mahusin, bertugas sebagai Penolong Pengarah di MAMPU,Jabatan Perdana
Menteri.
Dr Noorfadzliana Mahusin, di Klinik Swasta Klinik Ibnu Sinnar Cukai Kemaman.
Mohd Hafizuddin Mahusinm Lulusan Enginering Petroluom dan Cari Gali Universiti Petronas
Tronok Perak .
Noor Amni Shafiza Mahusin, sedang berkursus dalam bidang Kejururawatan di Kota Bharu.
Anak ketiga beliau, Allahyarham Mohd Azammudin telah dijemput Ilahi ketika berusia 13 ta-
hun.
Haji Mahusin bersama isteri telah menunai ibadat haji pada tahun 2008

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Petempatan Di Pejabat Daerah Kuala Terengganu
pada tahun 1980.
Pada tahun 1983, beliau bertukar ke Pejabat Tanah Besut
Pada masa yang sama beliau telah menyambung pelajaran melalui Program Luar Kampus
USM dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi dan Politik
pada tahun 1990

Pada tahun 1993, beliau memperoleh Diploma Pendidikan selepas mengikuti Program KPLI
di Maktab Perguruan Batu Rakit

SMK Sultan Ismail , Kemaman merupakan sekolah pertama beliau sebagai guru

Selepas 6 bulan di sekolah itu, beliau bertukar ke SMK Kerteh pada tahun 1993.

Tahun 1995 beliau balik ke daerah Besut dan mengajar di SM Pelagat. Seterus ke SMK Seri
Besut pada tahun 2005. Tahun 2007 dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bidang Teknik dan
Vokasional di SMK Kuala Besut.

Beliau dilantik sebagai Penolong PPD Teknik & Vokasional di PPD Besut pada tahun 2008.
Ketika mengurus STPM, banyak kejayaan telah dicapai oleh sekolah-sekolah sama ada
diperingkat negeri dan kebangsaan. Antara kejayaan dicapai :

MAJLIS
SANJUNGAN KASIH SEIKHLAS BUDI

SEMPENA PERSARAAN
HAJI MAHUSIN BIN MAMAT

9.30 pagi ATUR CARA MAJLIS
Ucapan Pengerusi Majlis

Ucapan En. Wan Mustafa bin Wan Ibrahim
YDP Majlis Guru Besar

Ucapan En Abdul Rahim bin Abdullah
YDP Majlis Pengetua Sekolah Malaysia

Ucapan Haji Abdullah Zawawi bin Haji Yahya
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

Tayangan video

Ucapan Haji Mahusin bin Mamat

Penyampaian Hadiah

Bacaan doa

Rakam Detik Terakhir Perkhidmatan

EN MOHD SHUKIMAN SEBAGAI MODERATOR EN AHMAD ZAPWAN SEBAGAI PENGACARA

KETIBAAN TUAN HAJI MAHUSIN DISAMBUT OLEH KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, YDP
MPSM DAN YDP MGB

EN WAN MUSTAFA BIN WAN IBRAHIM YDP MAJLIS GURU BESAR DAERAH BESUT
SEDANG MEMBERI UCAPAN

EN ABDUL RAHIM ABDULLAH, YDP MPSM DAERAH BESUT MEMBERI UCAPAN ALU-
ALUAN

TEKS UCAPAN
HAJI ABDULLAH ZAWAWI HAJI YAHYA
SEMPENA PERSARAAN HAJI MAHUSIN MAMAT

PADA 21 MEI 2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiae Wal Mursaliin,
Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihi Wa Sahbihie Ajma’iin.

Yang diraikan,
Tn Hj Mahusin b Mamat, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Besut

Yang berusaha Timbalan PPD
Sektor Perancangan
En Rosli b A. Rahman

Yang berusaha Timbalan PPD
Sektor Pengurusan Sekolah
En Rozaidi b Abd Majid

Yang berusaha Timbalan PPD
Sektor Pembangunan Murid
En Silmi b Ali

Pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Besut

Wakil MPSM Daerah Besut

Wakil MGB Daerah Besut

Wakil Majlis Ting 6 Daerah Besut

Guru-guru dan kakitangan Sek Menengah dan Sek Rendah Daerah Besut.

Serta semua penonton yang turut sama dalam Majlis Sanjungan Kasih Seikhlas Budi bagi meraikan Tn
Hj Mahusin b Mamat, Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran yang akan bersara pada 24 Mei 2020 yang

dipancarkan langsung secara maya.

Pertamanya, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersama-sama pada hari yang penuh bermakna ini bagi
meraikan persaraan seorang pegawai di PPD yang telah banyak berjasa kepada kecemerlangan di
PPD khususnya dalam Peperiksaaan STPM dengan pencapaian yang tidak pernah mengecewakan
saban tahun.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat
Itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayaT

Majlis pada hari ini adalah manifestasi sebuah penghargaan serta rasa terima kasih yang tidak
terhingga seluruh warga pendidikan di Daerah Besut atas segala khidmat bakti dan pengorbanan
yang telah dipamerkan oleh Tuan Hj Mahusin Mamat selama ini dengan penuh dedikasi. Namun
begitu, jasa dan bakti tuan selama ini tiadalah boleh disamakan nilainya dengan hanya sebuah majlis
seperti ini sahaja. Dengan keadaan kekangan, kita tidak dapat berkumpul hanya di alam maya dapat
kita raikan beliau.

Jika diimbas kembali perjalanan kerjaya Tuan Haji Mahusin Mamat, beliau memulakan kerjaya beliau
bukan sebagai pendidik. Beliau bertugas di Pejabat Daerah K.Trg sebagai Pegawai Penempatan dan
pernah juga berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Besut. Kemudian selepas melanjutkan
pengajian di USM dan mendapat ikhtisas pendidikan di Maktab Perguruan Batu Rakit, beliau mula
bertugas di sekolah pertama sebagai guru di SMK Sultan Ismail Kemaman. Seterusnya beliau pulang
ke daerah Besut mencurah bakti selama 12 tahun di beberapa buah sekolah antaranya SMK Pelagat,
SMK Seri Bukit Puteri dan akhir sekali di SMK Kuala Besut selaku GKMP Teknik dan Vokasional.

Pada 14 Februari 2008, memulakan tugas di beliau PPD Besut sebagai Penolong PPD Teknik dan
Vokasional dan turut menggalas Pegawai Meja STPM.

Bermula sebagai seorang guru akademik biasa pada 22 Jun 1993 sehinggalah beliau kini bertugas
sebagai Timbalan PPD bergred DG52 yang mulai disandang oleh beliau pada 1 Jun 2019. 27 tahun
perkhidmatannya di bidang pendidikan telah menunjukkan pelbagai kecemerlangan dicipta di
daerah ini. Melalui pengalamannya selaku Ketua Pemeriksa Kertas suatu ketika dahulu, telah
memberi pengalaman kepada beliau untuk mengurus pasukan STPM Daerah Besut dengan
cemerlang. Pelbagai kejayaan dicipta oleh pasukan-pasukan STPM Sek Menengah Daerah Besut sama
ada diperingkat daerah dan negeri, malah turut mengangkat Pendidikan Daerah Besut hingga ke
peringkat kebangsaan.

Sesungguhnya dengan perjalanan sebagai seorang penjawat awam selama hampir 3 dekad, telah
terlalu banyak bunga jasa dan haruman budi yang telah beliau taburi dalam dunia pendidikan
khususnya daerah Besut tercinta ini. Tak terhitung rasanya budi dan bakti beliau. Cukup sekiranya
saya sebutkan kejayaan beliau yang paling cemerlang iaitu kejayaan meletakkan sekolah-sekolah
daerah Besut ini di persada negara dengan pencapaian Anugerah TerbaiK Kebangsaan yang diraih
SMK Renek dan SMK Putra serta Calon Terbaik Kebangsaan.

Kejayaan yang sangat gemilang ini tidak akan mungkin terhasil jika tidak kerana usaha, keazaman
dan ketekunan pasukan-pasukan STPM Daerah Besut yang diketuai oleh Tuan Hj Mahusin Mamat.
Tahniah Tuan Haji Mahusin!! Tahniah pasukan STPM Sekolah-sekolah Menengah Daerah Besut. Ia
pasti akan menjadi kenangan manis yang akan terlipat kemas dalam memori beliau dan pastinya
dunia pendidikan khususnya di Daerah Besut.

Bagi PPD Besut, saya selaku KPPD Besut ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerja keras,
dedikasi dan keutamaan yang telah dilaksanakan dengan penuh komited sepanjang perkhidmatan
beliau di daerah Besut ini.

Yang diraikan dan sidang hadirin sekalian,

Persaraan membawa pelbagai pengertian dan makna bagi setiap penjawat awam. Pastinya Tn Haji
Mahusin ini telah pun membuat perancangan bagi menghadapi alam baharu yakni alam YB (Yang
Bersara). Mungkin beliau ada merancang untuk menceburi bidang pertanian yang saya lihat menjadi
sebahagian dari minat beliau atau mungkin melibatkan diri dalam dunia politik mahupun menyertai
badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebagai sukarelawan. Mungkin juga mereka berhasrat sekadar
untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga tercinta. Walau apa pun jua perancangan itu,
pesara sebenarnya sedang melangkah ke fasa hidup yang baharu dan pastinya akan berhadapan
dengan suasana dan cabaran yang berbeza dari alam pekerjaan.

Namun begitu, adalah menjadi satu kerugian besar kepada Negara khususnya dunia pendidikan
sekiranya bakat, kemahiran dan pengalaman yang telah ditimba selama berkhidmat bertahun-tahun
di dalam perkhidmatan awam dipersia-siakan begitu sahaja. Saya kira Tn Haji Mahusin masih boleh
dijadikan sebagai pakar rujuk dalam bidang kepakaran beliau.Ikutilah naluri hati, mudah-mudahan

Yang Diraikan Tn Haji Mahusin akan mencapai kejayaan di dalam apa jua perancangan selepas ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Selaku Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Tn Hj Mahusin telah banyak membantu saya di PPD
khususnya dalam penyelarasan program dan aktiviti akademik. Beliau turut terlibat dengan
pelaksanaan pemantauan-pemantauan di sekolah bagi mematuhi kepatuhan dan memenuhi kualiti
pendidikan yang ditetapkan. Terima Kasih sekali lagi Tn Hj Mahusin.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga hari-hari persaraan yang kita raikan pada hari ini
dilimpahkan segala rahmat dan keberkatan, di samping berada dalam keadaan sihat lagi sejahtera.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Syabas dan Tahniah juga kepada pihak
urusetia dan jawatankuasa penganjur majlis yang telah menjayakan majlis yang amat bermakna
pada hari ini dan saya kira sangat berjaya walau dalam tempoh PKP menghalang untuk kita
berhimpun. Namun majlis ini masih boleh diadakan dengan baik sekali.

Saya kira ini adalah pengakhiran kepada ucapan saya pada hari ini.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Begitulah roda-roda sebagai penjawat awam. Sampai masa kita ditukarkan, bertukar dan akhirnya
akan bersara.

Saya akhiri ucapan saya dengan beberapa rangkap pantun buat Tuan Haji Mahusin b Mamat

Berjabat tangan kalam bermadah,
Berbicara tentang masa sudah,
Suasana hiba mendatang telah,
Memori bersama tuan semakin terserlah

Angka 60 menjelang tiba,
Tidak diundur biar seketika,
Sampai seru meletak pena,
Tiga dekad begitu lama.

Cahaya liput serata alam,
Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini menjadi sejarah silam.

Kenangan bersama mengusik rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap tiada sendu,
Hati di dalam Allah jua tahu.

Hidup ini perlu disusur,
Biar pedih biar pilu,
Hari ini tuan berundur,
Lain ketika kami menyusul

Maaf dipinta silap bicara,
Dalam masa gurau senda,
Hati terobek dek kaca,
Tutur bicara yang menikam sukma.

Terima Kasih atas semua khidmat dan jasa Tuan!
Tahniah atas kejayaan yang telah dicipta!
Selamat Bersara Tuan!

Sekian, Terima Kasih.
Wabilahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

UCAPAN SALAM PERPISAHAN DARIPADA
TUAN HAJI MAHUSIN BIN MAMAT

BACAAN DOA OLEH USTAZ MD NOR ZAIMAN

PENYAMPAIAN HADIAH

CENDERAHATI DARIPADA
MAJLIS TINGKATAN

ENAM DAERAH BESUT
YANG DISAMPAIKAN
OLEH HAJI FAUZI BIN

MOHAMAD.
TERIMA KASIH TUAN.

CENDERAHATI DARIPADA
MAJLIS GURU BESAR
(MGB) DAERAH BESUT
YANG DISAMPAIKAN

OLEH EN WAN MUSTAFA
BIN WAN IBRAHIM, YDP

MGB .
TERIMA KASIH TUAN.

CENDERAHATI DARIPADA
MAJLIS PENGETUA SEKO-
LAH MALAYSIA (MPSM)

DAERAH BESUT YANG
DISAMPAIKAN OLEH EN
ABDUL RAHIM BIN ADUL-

LAH, YDP MPSM.
TERIMA KASIH TUAN.

PENYAMPAIAN HADIAH

CENDERAHATI DARIPADA
WARGA PPD BESUT
YANG DISAMPAIKAN
OLEH HAJI ABDULLAH

ZAWAWI BIN HAJI YAHYA,
KPPD.

TERIMA KASIH TUAN.

CENDERAHATI PERIBADI
DARIPADA TUAN KPPD
KEPADA YANG DIRAIKAN .
TERIMA KASIH TUAN.

RAKAM DETIK TERAKHIR PERKHIDMATAN

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI MAHUSIN

UNTUK MELAYARI VIDEO MAJLIS
SANJUNGAN KASIH SEIKHLAS BUDI ,
SEMPENA PERSARAAN HAJI MAHUSIN BIN MAMAT,
BOLEH MENGIMBAS QR CODE DI BAWAH

ATAU PAUTAN
https://youtu.be/UBi7MnfoKBc?t=6987

Sekalung perghargaan kepada
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Timbalan-Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

Semua Ahli Jawatankuasa
Semua Warga Pejabat Pendidikan Daerah Besut
Semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Besut
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Besut

Majlis Tingkatan Enam Daerah Besut
dan semua yang memberi kerjasama

untuk menjayakan

MAJLIS SANJUNGAN KASIH SEIKHLAS BUDI

SEMPENA PERSARAAN HAJI MAHUSIN BIN MAMAT


Click to View FlipBook Version