The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MASTURA, 2021-10-09 11:10:36

TUGASAN 2 SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.docx

TUGASAN 2 SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.docx

KAMPUS KENINGAU

KERJA KURSUS

PROGRAM PDPM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR : MASTURA BINTI GANTI

ANGKA GILIRAN : 2020012380014

NO. KAD PENGENALAN : 850505-12-6292

KUMPULAN/UNIT : PDPM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KURSUS : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

KOD KURSUS : PAKK2302D

NAMA PENSYARAH : DR. HANIFAH BINTI SABIN

TARIKH HANTAR : 09 OKTOBER 2021

TAJUK TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK

“SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN”

0

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
DAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3

2.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI 3
DAN TINGKAH LAKU
2.1 Faktor Persekitaran
2.2 Faktor Perbezaan Individu
2.3 Latar Belakang Keluarga

3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU 6
MENGIKUT PERINGKAT UMUR KANAK-KANAK:
3.1 Umur kanak-kanak 0 hingga 2 tahun
3.2 Umur kanak-kanak 3-4 tahun
3.3 Umur kanak-kanak 5 hingga 6 tahun.

4.0 PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKAN SOSIOEMOSI DAN 7
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.
4.1 Role model 9
4.2 Pembentuk Nilai Murni 12
4.3 Perancang Pengajaran dan Pemudahcara 13
4.4 Pentaksir

5.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN.

2

1.0 PENGENALAN

Menurut Pieja Hanhae (2012) sosio-emosi merujuk kepada keupayaan seseorang
menjalinkan hubungan dengan orang lain. Perkembangan Sosio-emosi merupakan
perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan
kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya
dapat menyesuaikandiri dalam kehidupan bermasyarakat (Suhaiza Shuib, 2012).
Perkembangan sosioemosi individu adalah berkait langsung dengan tingkah laku kanak-
kanak. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Umagul (2015) menyatakan tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang
boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara
terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Sekiranya sosioemosi individu berkembang
secara positif, tingkah laku individu tersebut juga akan ikut berkembang menjadi tingkah laku
yang baik.

2.0 FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
2.1 Faktor Persekitaran

Persekitaran sangat mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak. Menurut Azyyati Zainudin (2014) persekitaran adalah keadaan yang
berada di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi
diantara manusia sesama manusia dan alam sekitarnya.Berdasarkan definisi ini dapat
dinyatakan bahawa segala apa yang terdapat di sekeliling kanak-kanak akan dapat
mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut. Aspek-aspek faktor
persekitaran adalah seperti berikut:

2.1.1 Pengaruh Rakan Sebaya.

Rakan sebaya sangat berpotensi untuk mempengaruhi perkembangan sosial, emosi
dan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya,kanak-kanak yang bergaul dengan rakan
sebaya yang rajin belajar dan mempunyai disiplin yang baik di sekolah akan
mendorong perkembangan intelek dan tingkah laku yang baik . Sebaliknya, jika kanak-
kanak bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai tingkah laku negatif, kanak-
kanak tersebut akan terpengaruh untuk bersikap negatif.

2.1.2 Guru dan Sekolah.

Guru berperanan membentuk perkembangan sosioemosi dan tingkah laku yang baik
kepada kanak-kanak. Guru yang berkualiti dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran

3

dan pembelajaran di sekolah akan melahirkan murid yang cemerlang dan berakhlak
mulia. Suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah dan mempunyai kemudahan
pembelajaran yang lengkap sangat membantu perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor kanak-kanak.

2.1.3 Sumber Teknologi dan Pengaruh Media

Sumber teknologi merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan
dan paparan media massa seperti televisyen dan komputer. Kanak-kanak yang
didedahkan dengan bahan sumber teknologi yang sihat akan membentuk
perkembangan minda dan emosi yang sihat. Sebaliknya pendedahan kepada
maklumat berunsur tidak bermoral seperti video pergaduhan akan membentuk sikap
dan personaliti yang negatif. Pendedahan media massa kepada kanak-kanak lebih
kepada bahan ilmiah akan membantu perkembangan intelek dan sosioemosi yang
positif kanak-kanak. Contohnya seperti video pembelajaran yang menerapkan nilai-
nilai murni yang baik seperti kartun animasi Upin Ipin.

2.1.4 Pusat Ibadat

Lokasi kediaman kanak-kanak dengan pusat ibadat boleh mempengaruhi
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak
yang tinggal berhampiran dengan pusat ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat
mampu membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif
berbanding kanak-kanak yang tidak pernah memasuki rumah ibadat.

2.2 Faktor Perbezaan Individu

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan
individu meliputi beberapa aspek ketidaksamarataan dalam diri seseorang dari segi
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (liya Amalina, 2010). Temperemen adalah
aspek bagi faktor perbezaan individu. Temperemen merujuk kepada tret personaliti,
emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa.
Temperamen mempengaruhi tindak balas individu yang memberi kesan terhadap
tingkah laku, hubungan sosial, personaliti kesihatan fizikal, kebolehan berbahasa dan
kejayaan dalam akademik (Zanariah et al., 2016).

Terdapat 3 jenis temperamen. Pertama adalah Easy / Flexible. Kanak-kanak
dengan temperament ini dalam majoriti situasi akan tenang, mempunyai jadual tidur
dan makan yang teratur, fleksibel dengan perubahan keadaan dan tidak mudah
meragam. Ke-2 adalah Active / Feisty. Kanak-kanak biasanya cerewet dengan jenis
makanan, memilih aktiviti apa yang ingin dilakukan sukar tidur mengikut jadual. Kanak-

4

kanak biasanya pemalu dengan orang yang baru dikenali dan sensitif dengan kejutan
yang menyebabkannya bertindak agresif. Seterusnya ke-3 jenis Slow to Warm /
Cautious. Anak dilihat kurang aktif, suka duduk berkepit dengan orang yang dikenali,
kurang bergaul dan berinteraksi dengan orang baru.

Implikasi perbezaan individu menyebabkan kanak-kanak mempunyai perbezaan
personaliti masing-masing. Contohnya ada yang pintar, peramah, berfikiran terbuka,
riang dan ada yang sensitif serta pemalu. Emosi kanak-kanak juga berbeza dari aspek
perasaan jiwa yang kuat seperti sedih gembira takut dan lain-lain.

2.3 Latar belakang keluarga
2.3.1 Status ekonomi keluarga
Ekonomi keluarga yang baik dan stabil akan membantu perkembangan intelek kanak-
kanak ke tahap yang optimum. Contohnya ibubapa yang berkemampuan
menyediakan makanan yang seimbang dan keperluan ilmu pendidikan yang cukup
akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak ke arah lebih baik.
Sebaliknya kanak-kanak yang keperluan makanan dan ilmu Pendidikannya tidak
dipenuhi dengan sempurna akan cenderung untuk menunjukkan sikap tingkah laku
yang negatif seperti memprotes sebagai tanda tidak puas hati.

2.3.2 Cara Asuhan Ibubapa
Asuhan ibubapa akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi anak. Kanak-kanak
yang diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan
tingkah laku dan emosi yang baik. Sebaliknya anak yang dididik dengan cara yang
kasar seperti selalu meninggikan suara dan menggunakan bahasa yang kasar akan
menyebabkan kanak-kanak suka memberontak dan membentuk tingkah laku yang
negatif.

2.3.3 Perapatan

Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal
sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan
seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Perapatan
boleh diwujudkan melalui interaksi dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-
guru, jiran-jiran dan masyarakat. Dari segi sosioemosi, perapatan mempengaruhi
sejauhmana kanak-kanak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan
dengan orang lain. Konsep kendiri yang terbina melalui perapatan akan
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini hingga dewasa. Kanak-kanak yang

5

dilindungi, disayangi dan dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat
membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak
yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi
sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa
dera.

3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
MENGIKUT PERINGKAT UMUR.

3.1 Peringkat umur 0 hingga 2 tahun

Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum boleh berdikari dan masih bergantung dengan
ibubapa. Semasa mereka belajar melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang
dewasa seperti cuba makan dan minum dengan sendiri, ibubapa perlu memberi sokongan
dan peluang untuk kanak-kanak meneroka perlakuan fizikal ini. Dengan adanya sokongan,
kanak-kanak akan mula membina keyakinan diri dan belajar berdikari sedikit demi sedikit
seiring dengan perkembangan usianya.

3.2 Peringkat umur 3 hingga 4 tahun.

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak sudah kanak-kanak mula dapat membezakan
hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi
sebenar kanak-kanak. Oleh itu, perapatan selamat perlu dibentuk dalam diri kanak-kanak
pada ketika ini. Sekiranya anak-anak memperoleh perapatan selamat, mereka akan
mempamerkan sikap-sikap yang positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain.
Implikasinya, mereka gembira untuk berinteraksi, bergaul, boleh mengasihi serta dikasihi oleh
orang lain. Situasi ini seterusnya membawa kepada perkembangan sosioemosi dan tingkah
laku yang positif di dalam diri kanak-kanak.

3.3 Peringkat umur 5 hingga 6 tahun.

Pada peringkat umur ini kanak-kanak menjadi lebih sosial dan suka bermain dengan rakan-
rakan. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya sangat mempengaruhi perkembangan sosioemosi
dan tingkah laku mereka pada peringkat umur ini. Di sekolah, guru perlu bantu kanak-kanak
untuk menyedari emosi, meluahkan perasaan emosi mereka dan mengenali emosi orang lain.
Selain itu, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri setiap kanak-kanak, menegur
dan memperbetulkan tingkah laku kanak-kanak sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku
yang negatif.

6

4.0 PERANAN GURU

4.1 Role model

Guru harus menunjukkan peribadi yang baik kepada kanak-kanak termasuk sentiasa ceria,
penyayang, baik hati, bersikap adil, boleh dipercayai dan ikhlas dalam pengajarannya. Guru
juga perlu menampilkan imej yang mudah bekerjasama, bertimbang rasa dan selalu memberi
galakan atau pujian kepada murid. Guru bukan saja menyuruh muridnya berkelakuan baik,
tetapi turut mempraktikkannya, kerana kanak-kanak jarang sekali memulakan sesuatu tanpa
adanya dorongan atau contoh yang baik diperlihatkan oleh guru sebagai peniruan awal bagi
kanak-kanak itu

4.2 Pembentuk Nilai Murni

Umum mengetahui pengaruh guru di sekolah dalam membentuk nilai murni kanak-kanak
adalah sangat kuat. Kanak-kanak sentiasa memerhati dan meniru sikap serta tingkah laku
guru. Oleh itu, guru perlu menunjukkan tingkah laku yang baik untuk dicontohi oleh kanak-
kanak dan menggunakan tutur bahasa yang sopan semasa berinteraksi dengan kanak-kanak.
Begitu juga keadaanya sekiranya guru mendapati kanak-kanak menunjukkan tingkah laku
yang tidak baik, guru perlu menegur dan membetulkan tingkah laku tersebut. Nilai murni
kanak-kanak juga dapat dibentuk semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Sebagai contoh melalui aktiviti bercerita, guru menyelitkan nilai-nilai
murni dalam pengisian jalan ceritanya.

4.3 Perancang Pengajaran dan Pemudahcara

Membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah adalah
tugas utama guru. Status emosi yang baik akan membantu proses PdPc berjalan dengan
lebih lancar dan sempurna. Perkembangan emosi boleh dipupuk sekiranya proses PdPc yang
dilaksanakan oleh guru menarik dan menyeronokkan (Abdul, M. A et al., 2019). Bagi
membentuk sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak yang positif, guru perlu bijak
merancang aktiviti yang akan dijalankan di dalam kelas berpandukan buku Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan, semakan 2017 (KSPK, 2017) dengan menggunakan
pelbagai pendekatan. Contohnya guru menggunakan kaedah pendekatan belajar sambil
bermain di dalam kelas. Perkembangan sosioemosi melalui aktiviti main dapat dipupuk
semasa mereka saling berinteraksi dan berkomunikasi. Aktiviti yang dilaksanakan perlu lebih
kepada berpusatkan murid dan guru sebagai pembimbing dan pemudahcara sahaja. Dengan
cara ini, kanak-kanak akan lebih berdikari dan berkembang lebih matang.

Bagi membantu merangsang perkembangan tingkah laku kanak-kanak, guru boleh
menyediakan permainan yang boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan bertindak

7

menggunakan cara yang betul dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapinya.
Sebagai contoh, kanak-kanak digalakkan untuk berkongsi mainan bersama rakan-rakannya.
Apabila berlaku pertengkaran kecil seperti berebut mainan, kanak-kanak akan belajar untuk
mengawal emosi dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan bimbingan guru.
Dengan cara ini kanak-kanak dapat dibantu untuk berkembang menjadi lebih matang.
Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan
hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses
sosialisasi dan pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak
belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral
terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku
mereka.
4.4 Pentaksir
Guru berperanan sebagai pentaksir dengan membuat penilaian terhadap perkembangan
sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Pentaksiran ini melibatkan pemerhatian ke atas
aktiviti dan rutin harian kanak-kanak yang melibatkan domain-domain perkembangan seperti
motor halus, motor kasar, kognitif, sosioemosi, dan bahasa (Norshafinaz Abdul Sani dan
Faridah Yunus, 2018). Contohnya selepas melaksanakan aktiviti bermain di dalam kelas, guru
perlu menilai keberkesanan aktiviti yang telah dirancang. Penilaian dibuat melalui hasil yang
diperoleh dari pemerhatian dan temu bual yang dilakukan bersama kanak-kanak. Tujuan
penilaian ini dilakukan adalah untuk memastikan perkembangan diri setiap kanak-kanak
mencapai objektif yang diharapkan. Sekiranya aktiviti PdP yang telah dilaksanakan tidak
dapat membantu mencapai objektif perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak
ke arah yang lebih baik, guru perlu bijak mengubah strategi dan pendekatan PdPc yang
dilaksanakan agar sesuai dengan keperluan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak tersebut.

8

5.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Nama aktiviti adalah mari berlakon mengikut gambar mimik muka. Aktiviti ini menggubakan
konsep belajar sambil bermain. Strategi yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti ini
adalah menggunakan pendekatan bertema. Tema aktiviti adalah diri saya dan sub temanya
jenis-jenis emosi diri. Aktiviti ini dilaksanakan berdasarkan tunjang yang terdapat dalam KSPK
2017.

Tunjang Utama : Tunjang Keterampilan Diri.

Fokus : KD 1.0 Mengenali dan mengurus emosi

Standard Kandungan : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri

Standard Pembelajaran : KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman

emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut, marah

Kesepaduan tunjang dan malu.
: Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia

BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang sesuatu yang

didengar, dilihat atau dialami.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid

i. Dapat menunjukkan contoh perasaan seperti sedih, takut,
marah dan gembira melalui mimik muka

ii. Dapat menyatakan jenis perasaan berdasarkan gambar yang
dilihat.

iii. Dapat mengenali diri sendiri, mengurus emosi dan
mengawal tingkah laku sendiri.

Pengetahuan sedia ada : Murid tahu keadaan emosi marah, gembira dan sedih

dengan keadaan sekelilingnya setiap hari.

Kemahiran berfikir : Membezakan emosi rakan-rakan.

Penyerapan nilai : Berkeyakinan diri dan berani.

Alat bantu mengajar (BBM) : Kotak besar dan gambar-gambar mimik muka, lagu mimik
muka dan komputer.

9

Kaedah pelaksanaan

1. Aktiviti PdP dimulakan dengan melaksanakan set induksi dengan menyanyi lagu
mimik muka yang dimainkan oleh guru. Guru memperkenalkan jenis-jenis emosi dan
menunjukkan kad gambar mimik muka kepada murid. Murid mendengar penerangan
guru dan melihat gambar-gambar emosi yang ditunjukkan oleh guru.

2. Selepas itu, guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar mimik muka yang
ditunjukkan oleh guru satu persatu. Guru memanggil murid secara rawak untuk
menjawab emosi apa yang dilihat pada setiap gambar mimik muka yang ditunjukkan.

3. Seterusnya, murid menjalankan aktiviti melakonkan watak emosi berdasarkan mimik
muka yang ditunjukkan. Langkah pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

i. Guru menyediakan satu kotak besar dan diisi dengan gambar mimik muka.
ii. Guru menerangkan kepada murid cara bermain
iii. Guru memanggil setiap murid tampil ke depan dan mengambil 1 gambar mimik

muka di dalam kotak.
iv. Murid diminta berlakon dengan situasi gambar yang mereka dapat.
v. Rakan-rakan yang lain akan meneka jenis emosi yang dilakonkan oleh murid.
4. Aktiviti berakhir selepas semua murid diberi peluang untuk tampil berlakon di depan

rakan-rakannya dan guru membuat refleksi soal jawap berdasarkan aktiviti yang telah
dilaksanakan bagi membantu mengukuhkan lagi tahap pemahaman murid berkaitan
jenis-jenis emosi diri.

Implikasi aktiviti terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak.

1. Membina keyakinan diri
Memanggil setiap kanak-kanak untuk datang tampil ke hadapan kelas dan
melakonkan watak emosi dapat membantu mereka untuk bersikap berani dan yakin
diri. Apabila kanak-kanak tampil berdiri di hadapan kelas dan berinteraksi bersama
rakan-rakannya, keyakinan diri mereka dapat dibina. Apabila keyakinan diri kanak-
kanak terbina, secara tidak langsung mereka juga akan bijak mengawal emosi

2. Dapat mengurus emosi dan mengawal tingkah laku sendiri.
Apabila kanak-kanak dapat mengenali jenis-jenis emosi yang ada di dalam diri, secara
langsung mereka akan dapat belajar mengurus emosi diri. Mereka boleh belajar
mengawal tingkah laku sendiri seiring dengan emosi yang dialami dari masa ke
semasa. Belajar sambal bermain dengan melakonkan mimik muka mengikut jenis-

10

jenis emosi banyak membantu memudahkan kanak-kanak untuk mengenali jenis-jenis
emosi dengan lebih jelas.
3. Dapat mengenali emosi rakan sebaya dan orang lain.
Melalui aktiviti lakonan emosi kanak-kanak dapat mengenal pasti emosi rakan
sebayanya berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan. Kesannya, kanak-kanak akan
belajar menjaga tingkah laku dan tutur kata agar tidak menyinggung perasaan rakan-
rakannya di dalam kelas.

KOLEKSI GAMBAR AKTIVITI MENGENAL JENIS-JENIS EMOSI.

Sumber : Facebook Tadika Dunia Dinamik Sumber : Facebook Prasekolah Anggerik

Sumber : Facebook Taska Qaseh Imani Sumber : Facebook Taska Cahaya Hikma

11

6.0 KESIMPULAN.
Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-
kanak. Mohamed, S. (2021) menyatakan penguasaan kemahiran sosioemosi diperingkat awal
usia akan mempengaruhi kejayaan kanak-kanak dalam kehidupan pada masa hadapan
termasuklah kejayaan dalam bidang akademik. Kanak-kanak yang mendapat asuhan yang
baik dalam perkembangan emosinya dapat menguruskan emosi dan tingkah lakunya dengan
baik. Melalui aktiviti PdP yang berkesan di tabika, perkembangan emosi kanak-kanak dapat
dipupuk dan diperkembangkan lagi menjadi lebih baik. Oleh itu secara keseluruhannya, dapat
disimpulkan bahawa peranan guru di sekolah adalah sangat penting dalam membentuk
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku yang positif dalam diri kanak-kanak.

12

7.0 RUJUKAN
Azyyati Zainudin. (2014). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

EMOSI KANAK-KANAK. https://www.slideshare.net/weydwyda/faktorfaktor-yang-
mempengaruhi-perkembangan-sosioemosi-kanakkanak
Abdul, M. A., Ismail, H., Mohamad, I., & Osman, Z. (2019). Perkembangan emosi kanak-
kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 17-23.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.3.2019

Liya Amalina. (2010). Perbezaan individu.
https://www.slideshare.net/liyaamalina/perbezaan-individu

Mohamed, S. (2021). Pembelajaran Sosioemosi Di Prasekolah: Tahap Pengetahuan dan
Amalan Guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 401-408.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/14125

Norshafinaz Abdul Sani dan Faridah Yunus. (2018). Amalan Perancangan, Pelaksanaan
dan Pentaksiran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pranumerasi di Tadika
Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(2), 101-110.
http://journalarticle.ukm.my/13647/1/23740-89735-1-PB.pdf

Pieja Hanhae. (2012). Perkembangan sosio emosi.
https://www.slideshare.net/faezahnoordin/perkembangan-sosio-emosi-11979629

Suhaiza Shuib. (2012). Perkembangan sosio emosi.
https://www.slideshare.net/SuhaizaShuib1/perkembangan-sosio-emosi-14413903

Umagul. (2015). Pengurusan tingkah laku. https://www.slideshare.net/umagul/pengurusan-
tingkah-laku-52740259

Zanariah, Mat Isa, Kamarul Shukri & Mat The. (2016) Apa itu temperamen? temperamen
dalam perkembangan kanak-kanak: Satu tinjauan awal.
https://eprints.unisza.edu.my/891/

13


Click to View FlipBook Version