The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatisaadiah, 2022-09-11 07:41:37

BUKU PERATURAN SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL-FAIZEEN
KOTA DAMANSARA

PERATURAN AM SEKOLAH DAN DISIPLIN MURID

Adalah menjadi kewajipan para murid untuk mematuhi, mengakuidan menghormati peraturan
sekolah sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

1.0 Perkara 1: Pakaian
1.1 Tatatertib berpakaian:-
1.1.1 Pakaian hendaklah sentiasa kemas semasa di sekolah, menghadiri kelas,
menghadiri perjumpaan-perjumpaan, mengikuti rombongan sekolah,
sukan, ihtifal, sebarang acara rasmi dan sebagainya.

1.1.2 Murid tidak dibenarkan:-
a. Memakai barang kemas
b. Memakai 'make up', menyimpan kuku dan mewarnakannya.

1.2 Pakaian sekolah murid lelaki:
1.2.1 Pakaian seragam murid lelaki

i- Warna kelabu turqouise ke dalam semasa
ii- Baju tidak dimasukkan

memakai pakaian sekolah

Seluar:
i- Warna kelabu
ii- Potongan sederhana, bentuk kembang di bawah(bell-bottom), kaki

kecil(slim-cut) dan ketat tidak dibenarkan. Bentuk jenis poket
banyak juga tidak dibenarkan.

iii- 'Jeans' atau ala 'jeans' tidak dibenarkan.

1.2.2 Tali Pinggang
i- Warna gelap
ii- Lebar tidak melebihi 3 cm
iii- Kepala tali pinggang kosong tidak berlambang

1.2.3 Songkok
i- Murid lelaki memakai songkok hitam sekolah sepanjang masa
persekolahan, majlis rasmi sekolah dan kelas tambahan.

ii- Songkok hitam berlogo sekolah

1.3 Pakaian sekolah murid perempuan.

1.4.1 Pakaian seragam sekolah

Baju : Baju kelabu turqoise

Kain : Kain sarung warna kelabu

Tudung : Mini telekung kelabu (labuh melepasi paras bahu)

Anak : PutihTudung

1.4 Pakaian Sukan Lelaki/Perempuan

Baju : Baju T-shirt sukan sekolah (warrior)

Seluar : Seluar panjang warna hitam (Murid lelaki perlu

memasukkan baju ke dalam seluar)

Tudung : Mini telekung kelabu (labuh melepasi paras bahu)

1.5 Sarung kaki (stokin) berwarna putih/hitam
1.6 Kasut berwarna hitam (kanvas).

1.7 Lencana sekolah
1.7.1 Berlencana sekolah pada pakaian di sebelah kiri.

1.8 Tanda Nama
1.8.1 Memakai tanda nama pada pakaian di sebelah kiri.
1.8.2 Tanda nama dijahit di bawah lencana sekolah.

2.0 Perkara 2: Rambut dan kuku.
2.1 Rambut:
2.1.1 Murid lelaki perlu memastikan sentiasa kemas dan pendek
2.1.2 Panjang rambut tidak menyentuh kolar baju.
2.1.3 Bahagian belakang rambut tidak tebal.
2.1.4 Ekor pipit tidak melebihi cuping telinga.
2.1.5 Bahagian tepi tidak tipis seperti fesyen punk.
2.1.6 Tidak dibenarkan membotakkan kepala.
2.1.7 Murid lelaki dilarang menyimpan ekor (rambutpanjang). Rambut bahagian
depan tidak boleh disimpan hingga menyentuh kening walaupun
disembunyikan di dalam songkok.

2.2 Kuku
2.2.1 Murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakan kuku.
2.2.2 Murid yang mengalami sakit di kuku sahaja yang dibenarkan memakai inai
pada jari yang sakit sahaja.
2.2.3 Tidak dibenarkan mewarnakan/mengecat kuku dengan bahan cat kuku
yang boleh menghalanag air sembahyang sampai ke kuku.

3.0 Perkara 3: Kehadiran

3.1 Waktu persekolahan ialah bermula pada jam 7.45 pagi sehingga 4.00 petang (Tahap 1).
Manakala tahap 2 pula bermula 7.45 pagi sehingga 4.15 petang.

3.2 Kehadiran adalah wajib, dan murid hendaklah berada di sekolah 15 awal sebelum
pembelajaran dimulakan.

3.3 Kehadiran akan diambil pada masa matapelajaran yang pertama.
3.4 Murid yang datang lewat hendaklah terlebih dahulu melaporkan diri kepada guru

disiplin, guru kelas dan guru yang sedang mengajar dalam kelas berkenaan
sebelum masuk kelas dan memberi alasan lewat.
3.5 Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab- sebab yang tidak dapat
dielakkan hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga
atau surat akuan doktor.
3.6 Murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran latihan jasmani atau sukan
(kokurikulum) hendaklah membuktikan dengan mengemukakan surat akuan
doktor atau surat ibubapa/penjaga.
3.7 Kelas tambahan atau gantian (jika perlu) adalah dianggap sebagai waktu
persekolahan biasa dan wajib dihadiri dengan memakai pakaian seragam sekolah
yang lengkap.
3.8 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu belajar. Murid yang
hendak keluar dari kawasan sekolah sekiranya terpaksa seperti panggilan
kecemasan, pergi ke klinik dan sebagainya hendaklah mendapat kebenaran
bertulis daripada guru disiplin danguru bertugas harian. Murid hendaklah menulis
nama di dalam buku khas dan hendaklah pulang segera ke sekolah setelah selesai
urusan tersebut.
3.9 Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain-lain tempat hendaklah mendapat
kebenaran guru yang mengajar pada masa dan membawa pas kebenaran keluar
kelas.
3.10 Jika seseorang pelajar tidak hadir selama TIGA hari berturut-turut atau tiga hari
tidak berturut-turut dalam sebulan tanpa surat keterangan doktor atau dari
ibubapa/penjaga, maka guru kelas akan memberitahu kepada badan disiplin
sekolah untuk tindakan selanjutnya.

4.0 Perkara 4: Perhimpunan Umum Sekolah
4.1 Kehadiran semua murid dalam perhimpunan sekolah adalah diwajibkan.
4.2 Perhimpunan akan diadakan pada setiap hari Isnin bermula jam 8.00 am hingga
8.40 pagi.
4.3 Perhimpunan akan dikendalikan oleh pengawas (sebagai Pengerusi Majlis).
4.4 Murid dikehendaki segera berbaris dengan lurus, teratur dan tidak bising. Murid
berbaris lurus dalam barisan masing-masing mengikut kelas.
4.5 Setelah perhimpunan selesai, murid-murid mestilah berjalan mengikut barisan
berpandukan arahan pengawas.

4.6 Pengawas akan memastikan setiap murid:-
a) Memakai lencana sekolah,
b) berkuku pendek,
c) Berstokin putih atau hitam,
d) Tidak berambut panjang.
Murid yang tidak mematuhi perkara- perkara tersebut akan ditahan daripada
keluar daritapak perhimpunan dan akan dikenakan tindakan disiplin.

4.7 Aturcara perhimpunan:-

a) Semua guru mengambil tempat.
b) Bacaan : Al-Fatihah/ Asmaul Husna/Lagu Negaraku/Lagu

Selangor / Lagu Sekolah.
c) Bacaan Ikrar.
d) Ucapan guru bertugas.
e) Ucapan Ketua Akademik / Ketua Unit.
f) Pengumuman.
g) Doa
h) Perhimpunan bersurai.

5.0 Perkara 5 : Peraturan Bilik Guru dan Pejabat
5.1 Murid adalah dilarang berada di kawasan pejabat dan bilik guru kecuali jika
dipanggil oleh Ketua Akademik, Ketua Unit, Guru Disiplin atau guru-guruatau jika
mempunyai urusan tertentu sahaja.
5.2 Jika ada urusan atau diarah oleh guru untuk masuk ke bilik guru, murid hendaklah
terlebih dahulu mengetuk pintu serta memberi salam dan meminta kebenaran
masuk daripada guru.
5.3 Murid hendaklah berbudi bahasa terhadap guru dan patuh segala arahan.
5.4 Murid hendaklah menghormati kakitangan pejabat dan guru-guru.

5.5 Murid tidak dibenarkan mengambil apa-apa barang dari bilik guru tanpa
kebenaran atau arahan guru.

5.6 Murid mestilah berpakaian seragam sekolah lengkap apabila masuk ke pejabat
guru.

6.0 Perkara 6: Peraturan bilik darjah
6.1 Semasa pembelajaran sedang berjalan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kelas tanpa kebenaran guru. Jika seseorang murid itu terpaksa keluar diamestilah
mendapat kebenaran daripada guru berkenaan.
6.2 Murid yang hendak masuk ke kelas semasa guru sedang mengajar hendaklah
memberi salam terlebih dahulu dan meminta kebenaran masuk.
6.3 Murid yang keluar perlu membawa 'Pas kebenaran keluar kelas'.
6.4 Murid hendaklah mematuhi dan menghormati arahan guru dan ketua kelas.

6.5 Murid hendaklah bangun dan menjawab atau memberisalam ketika guru atau
pelawat rasmi masuk ke kelas.

6.6 Semua murid bertanggungjawab menjaga peralatandalam kelas. Ketua kelas mesti
melaporkan kepada guru kelas dengan segera bila berlaku sebarang
kerosakan/kehilangan.

6.7 Ketua kelas bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselamatan di dalam kelas.

6.8 Semasa ketiadaan guru, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab
memastikan ketenteraman kelas danmengingatkan guru jika guru lewat hadir ke
kelas.

6.9 Murid-murid di larang keras:
i) Menconteng meja, kerusi, dinding, papan putih dansemua barang-barang
milik sekolah.
ii) Bermain, berlari-lari dan membuat bising di dalamkelas.
iii) Duduk atau berdiri di atas meja.
iv) Makan dan minum di dalam kelas.
v) Duduk di kerusi atau meja guru.

6.10 Papan putih hendaklah dibersihkan setiap kali selesai setiap pelajaran.
6.11 Murid hendaklah memastikan bahawa lampu, kipasangin, dan penghawa

dingin ditutup sebelum meninggalkan kelas masing-masing.
6.12 Murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan meja dan kerusi tanpa

kebenaran guru.
6.13 Adalah dilarang keras membawa majalah/ bahan lucah,& majalah/ hiburan

(artis, penyanyi) ke dalam kelas. Sekiranya barang-barang seperti ini
dijumpai, murid berkenaan haruslah bersedia menghadapi sebarang
tindakan disiplin daripada Guru Disiplin.

7.0 Perkara : Ujian dan Peperiksaan

7.1 Kehadiran murid dalam semua peperiksaan adalah wajib. Murid yang tidak hadir
kerana sebab tertentu mestilah membawa surat daripada ibu bapa atau doktor
atau mana-mana pihak yang berkenaan.

7.2 Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam sebarang bentuk
sekalipun akan diambil tindakan. Murid-murid hendaklah menjauhkan diri
daripada sebarang penyelewengan, meniru atau ketidakjujuran dalam
peperiksaan.

7.3 Murid-murid hendaklah menyediakan alat tulis sendiri.
7.4 Murid-murid tidak dibenarkan meminjam alat tulis semasa peperiksaan sedang

dijalankan kecuali melalui pengawas peperiksaan yang bertugas.

7.5 Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang nota ataubahan bacaan ke
dalam dewan peperiksaan.

7.6 Murid-murid yang ditangkap meniru akan diarahkan keluar dari dewan
peperiksaan dan akan dikenakan tindakan disiplin.

7.7 Murid-murid yang mengambil peperiksaan dikehendaki hadir ke tempat
peperiksaan 10 minit lebih awal daripadawaktu yang ditetapkan.

7.8 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan walaupun telah
selesai menjawab kesemua soalan yangdiberi.

8.0 Perkara 8: Peraturan di bilik air dan tandas.
8.1 Murid-murid mestilah menggunakan tandas dan bilik air mengikut jantina.
8.2 Murid-murid dilarang menconteng mana-mana bahagian tandas dan bilik air
sekolah.
8.3 Dilarang membuang sisa makanan, kertas, tuala wanitadan lain-lain sampah sarap
ke dalam mangkuk tandas. Kertas dan sampah sarap hendaklah dimasukkan ke
tong yang telah disediakan.

8.4 Peti simpanan air hendaklah ditarik selepas menggunakan
tandas.

8.5 Murid-murid hendaklah memastikan semua lampu, paip airditutup setelah
digunakan.

8.6 Murid-murid hendaklah bersopan dan jangan membuat bising, menyanyi di bilik
air dan tandas.

8.7 Murid-murid hendaklah mendapat kebenaran daripada daripada guru berkenaan
sebelum ke tandas kecuali waktu rehat atau selepas waktu pembelajaran.

8.8 Murid-murid dilarang menggunakan tandas guru.
8.9 Murid-murid dikehendaki membawa kad kebenaran semasake tandas.
8.10 Murid-murid yang keluar ke tandas tidak melebihi 2 orang dalam satu masa untuk

satu kelas kecuali dengan kebenaran guru.

9.0 Perkara 9: Peraturan ketika waktu rehat.
9.1 Semasa mengambil makanan waktu rehat, Murid-murid dikehendaki beratur
dengan tertib.
9.2 Murid-murid hendaklah sentiasa bersikap amanah dengan tidak mengambil
bahagian makanan/ minuman yang bukan miliknya.
9.3 Murid-murid dikehendaki duduk ketika makan dan minum.
9.4 Murid-murid hendaklah memasukkan segala jenis sisamakanan ke dalam tong
sampah dan meletakkan pinggan/ mangkuk/ cawan/ gelas di tempat yang telah
disediakan secara berasingan.

10.0 Perkara 10: Rak kasut.
10.1 Murid-murid perlu meletakkan kasut di rak kasut yangtelah disediakan
mengikut kelas.
10.2 Kasut murid-murid perlu berada dalam keadaan teratur dan kemas.
10.3 Setiap kasut wajib ditulis nama dengan jelas.

11.0 Perkara 11: Lawatan dan rombongan.
11.1 Perlu/wajib mengikut lawatan yang dianjur pihak sekolah.
11.2 Berpakaian lengkap seperti yang ditetapkan.
11.3 Menjaga akhlak dan disiplin dengan baik.
11.4 Menunjukkan imej pelajar sekolah agama yang baik.

12.0 Perkara 12: Kegiatan Kokurikulum
12.1 Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulumpada hari dan masa
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
12.2 Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut
kegiatan pada hari itu seperti yangtelah ditetapkan oleh guru kokurikulum.
12.3 Kegiatan kokurikulum pada hari Selasa dan Rabu bermula jam 3.00 hingga 4.00
petang bagi tahap 1. Manakala tahap 2 pada 3.00 hingga 4.15 petang.

13.0 Perkara 13: Keselamatan dan Kecemasan

13.1 Kebakaran

13.1.1 Membunyikan loceng kebakaran oleh sesiapasahaja samada guru

atau kakitangan bukan mengajar hendaklah tanpa ragu-ragu

membunyikan isyarat “Fire Alarm” setelah lihat tanda-tanda

kebakaran.

13.1.2 Semua murid dan kakitangan sekolahhendaklah mengosongkan

bangunan denganserta merta.

13.1.3 Murid-murid daripada setiap kelas mestilahmembuat satu barisan

kemudian meninggalkan kelas mengikut laluan yang ditentukan.

13.1.4 Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap , tidak terburu-

buru atau berlari tanpa memotong barisan sehingga sampai ke

tempat yang ditentukan.

13.1.5 Tempat berkumpul hendaklah di tempat yangselamat sebaiknya di

tempat yang lapang seperti padang.

13.2 Keselamatan Jalan Raya

13.2.1 Murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah mencari tempat

yang selamat untuk melintas.

13.2.2 Tunggu dahulu di bahu jalan.

13.2.3 Pandang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanansemula dan apabila
13.2.4 tiada kenderaan melintaslah dengan pantas tetapi janganberlari.
13.2.5 Murid yang berjalan kaki hendaklah berjalandi sebelah kanan jalan
raya menghadap kenderaan yang datang dari arah hadapan.
13.2.6 Murid-murid hendaklah beratur jika menaikivan atau turun dari
van sesudah berhenti.
Jika berlaku kemalangan/kecederaan dalam kawasan sekolah
hendaklah dilaporkan kepada Ketua Akademik/ Ketua Unit/ Guru
Kelas/ Guru bertugas.
Semua kenderaan ibubapa/penjaga/pemandu van yang
menghantar dan mengambil murid- murid hendaklah berhenti
menurunkan/menaikkan murid di tempatyang selamat.

13.3 Kawasan Larangan

13.3.1 Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran.
13.3.2 Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran.
13.3.3 Pusat sumber, bilik sains kecuali ada guruatau dengan kebenaran.
13.3.4 Kawasan luar sekolah.

14.0 Perkara 14: Peralatan Sekolah
14.1 Murid tidak dibenarkan mengambil segala peralatan tanpa kebenaran.
14.2 Peralatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas.
14.3 Setiap pengambilan pengembalian peralatan hendaklahdicatat dalam buku yang
disediakan.
14.4 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan milik sekolah.

15.0 Perkara 15: Pelawat
15.1 Ibubapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan anak semasa sesi persekolahan
perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Akademik/ Ketua Unit.
15.2 Ibubapa.penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masing-
masing.
15.3 Ibubapa/penjaga perlu mendaftar pada pengawal dan mendapat pas pelawat di
pejabat.
15.4 Pelawat/orang awam yang bukan dalam kalangan ibubapa/penjaga tidak
dibenarkan sama sekali menemui murid-murid sepanjang sesi pembelajaran
berjalan.

16.0 Perkara 16: Jenis-jenis kesalahan dan hukuman yang akan dikenakan.

16.1 Kesalahan berat (Kategori A)

16.1.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram atau subversive atau

gangster.

16.1.2 Menyimpan dan membawa senjata yang berbahaya ke sekolah

yang boleh digunakan untuk tujuan jahat.

16.1.3 Memukul guru dan pekerja sekolah.

16.1.4 Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan pada
guru-guru, kakitangan sekolah serta penghuni-penghuni lain.
16.1.5 Mencuri atau sengaja merosakkan hartabenda sekolah, guru-guru
dan pekerja- pekerja.
16.1.6 Mencuri/ menipu/ menipu dalam peperiksaan/ menipu
tandatangan
16.1.7 Mengugut/ bergaduh/ bertumbuk/ pukul Memukul sesama
16.1.8 pelajar yang boleh ditafsirkan sebagai serius dan merbahaya.
16.1.9 Menyimpan, membawa atau mengedardadah.
Menyimpan, meminum atau membawaminuman keras.
16.1.10 Berjudi dalam apa corak pun dan ragging atauMenghina seseorang
16.1.11 dengan perkataan, perbuatan atau tulisan.
Menghidu gam atau apa-apa bahan yangmengkhayalkan.
16.1.12 Menulis dalam akhbar/ majalah kedutaan
asing tanpa kebenaran pihak sekolah.
16.1.13 Mengadakan mogok atau tunjuk perasaan/ bantahan secara
berkumpulan.
Membawa atau menyebar atau menulis gambar/ tulisan/ buku/
kata-kata lucah atau mencarut atau tata laku yang boleh ditafsirkan
sebagai lucah.

16.1.14 Pertemuan antara murid lelaki dan murid perempuan atau antara
murid dengan individu lain yang berlainan jantina di tempat-
tempat yang tersembunyi, gelap atau yang boleh
mendatangkan syak atau tujuan jahat.
Berpegangan tangan atau bercium di antara murid lelaki dan
perempuan.

16.1.15 Dengan sengaja dan dalam keadaan penuh sedar dan

tahu merosakkan harta benda sekolah. Hukuman yang akan

dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

i. Diberi amaran terakhir, dirotan.

ii. Menghubungi ibubapa/ penjaga untuk

mebuat perakuan terakhir.

16.2 Kesalahan sederhana berat (Kategori B)

16.2.1 Menghisap atau membawa rokok atau vapeke sekolah.

16.2.2 Menghendap/mengintai atau tatalaku yangsedemikian.

16.2.3 Buang air secara tidak sopan, dengan tidakmenggunakan tandas

dengan sempurna.

16.2.4 Ponteng kelas, tidak menyiapkan kerja-kerja sekolah, menipu dan

membantah arahan gurudalam kelas/ sekolah.

16.2.5 Menipu atau bercakap bohong atau cuba mengubah markah yang

diperolehi dalam satu-satu peperiksaan atau ujian.

16.2.6 Dengan sengaja membeli barang-barang curi atau menyimpan

barang yang telah dicuri.

16.2.7 Bermain terup atau lain-lain permainan yang bertujuan bertaruh
16.2.8 atau seumpamanya.
16.2.9 Percubaan untuk melakukan kesalah berat.
16.2.10 Ponteng perhimpuanan sekolah/ acara rasmi sekolah atau tidak
mematuhi peraturan sekolah.
16.2.11 Masih membantah arahan/ hukuman/keputusan pihak sekolah,
16.2.12 KetuaAkademik, Ketua Unit, Guru Disiplin, warden,guru walaupun
16.2.13 telah diberi amaran beberapa kali.
Menunjukkan sikap bongkak dan menghina guru-guru serta
kakitangan sekolah.
Berutus surat antara lelaki dan perempuansamada dalam
bentuk cinta atau beradik angkat.
Bersubahat dalam kes-kes kesalahan berat atau melakukan
kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-turut walaupun telah
diberi amaran dan membuat pengakuan bertulis. Hukuman yang
akan dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan
tersebut.

Kali Pertama
i) Diberi amaran dan rotan
ii) Membuat pengakuan bertulis.
iii) Laporan kepada ibu bapa/ penjaga.

Kali Kedua
i) Dirotan
ii) Amaran terakhir
iii) Membuat pengakuan bertulis.
iv) Menghubungi ibu bapa/ penjaga untuk membuat perakuan

bertulis di hadapan Ketua Akademik dan Ketua Unit.

Kali Ketiga
i) Dirotan.
ii) Diumumkan di atas pentas semasa perhimpunan.

iii) Digantung sekolah.
iv) Direkodkan sebagai kesalahan berat. Jika ia diulangi

tindakan buang sekolah akan dikenakan.

16.3 Kesalahan-kesalahan ringan (Kategori C)

16.3.1 Datang lewat ke sekolah.

16.3.2 Tidak membayar yuran sekolah.

16.3.3 Tidak memberi perhatian semasa gurusedang mengajar.

16.3.4 Berkelakuan kurang sopan/ membuat bising/ menganggu

ketenteraman umum atau pelajarlain di dalam kelas.

16.3.5 Tidak mematuhi arahan-arahan pengawas.

16.3.6 Tidak menggunakan tanda nama dan lencana sekolah.

16.3.7 Kerap tidak membawa buku teks/ latihan ke sekolah.

16.3.8 Berkeliaran di dalam kelas tanpa tujuan semasa

pengajaran sedang berjalan.

16.3.9 Berpakaian tidak kemas atau tidak sopan dalam erti kata
mengubah atau menukar pakaian supaya menyerupai
16.3.10 bentuk trend fesyen yang tertentu.
16.3.11 Menconteng dinding kelas/ sekolah atauposter/ peraturan yang
16.3.12 ditampal di papan kenyataan/ papan putih bilik kelas/ van sekolah.
16.3.13 Tidak menepati masa.
16.3.14 Membotakkan kepala kerana membantah biladisuruh bergunting
atau digunting.
Meminjam sesuatu barang tanpa kebenaran.
Sengaja tidak membawa balik buku teks ataubuku latihan dan lain-
lain barang keperluan pelajaran.

16.3.15 Sengaja mengotori sekolah/ kelas atau kawasan sekolah.
16.3.16
16.3.17 Mengusik atau menganggu murid lain.
16.3.18 Makan dan minum di dalam kelas.
Menggagal atau menghalang usaha untuk menyiasat murid
16.3.19 yang bersalah.
Menghilangkan harta benda sekolah yangdipinjam daripada murid
16.3.20 atau guru.
Tidak menunjukkan semangat kekitaan atau sayang kepada
16.3.21 sekolah.
16.3.22 Merosakkan harta benda sekolah secara tidak sengaja.
16.3.23 Berambut panjang atau mengubah bentuk rambut yang asal.

Lain-lain kesalahan yang seakan sama dengan kesalahan-kesalahan
yang dinyatakan.
Hukuman yang akan dikenakan ke atasmereka yang melakukan
kesalahan tersebut.

Kali Pertama
i) Dinasihat dan diberi amaran.

Kali Kedua
i) Diberi amaran terakhir.
ii) Direkodkan sebagai melakukankesalahan.

Kali Ketiga

i) Dirotan.

ii) Direkodkan sebagai kesalahan

sederhana. Jika diulangi akan dirotan.

iii) Diberi surat ama

Disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid


Click to View FlipBook Version