MPU21032-PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
KEBUDAYAAN DAN
PERPADUAN
PENSYARAH: DR. NOR HAYATI
FATMI BT TALIB
NAMA MATRIK
SITI MAZIAH 23DRM21F2020
SYAZWIN AMIRAH 23DRM21F2001
PUTRI 23DRM21F2021
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 2
TAJUK OBKEJTIF 3
PENGENALAN 4
KONSEP ETNIK 5-6
• KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA 7-9
DEFINISI
• KEBUDAYAAN
• PERPADUAN
• KOMPENAN KEBUDAYAAN
KAUM MELAYU 10-17
KAUM CINA 18-26
KAUM INDIA 27-34
RUMUSAN
PENGEJARAN 35
36
1
PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan bersyukur kepada hidrat ilahi kerana dengan
limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan satu kumpulan
bersama-sama menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang separuh penghargaan kepada dr nor
hayati fatmi binti talib, iaitu pensyarah matapelajaran penghayatan
etika dan peradaban kami dia atas kesudian beliau memberi tugas
ini kepada kami satu kumpulan. Beliau juga banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang proses pembentukan
tugasan ini berlaku. Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses untuk
menyeleseaikan tugasan ini dengan lancar. Sikap kerjasama yang
ditunjukkan oleh ahli kumpulan kami ternyata membuahkan hasil
dengan kejayaan bersama untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan kepada pensyarah. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak
mungkin kami akan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini
dengan sempurna.
2
TAJUK OBJEKTIF
Tugasan e-folio bertujun untuk menilai pelajar dalam mencari dan
mengumpul maklumat mengenai kebudayaan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat di malaysia.Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menilai keupayaan pelajar dalam mengelas, menganalisis dan
merumuskan maklumat secara rasiaonal mengenai budaya dan
perpaduan di malaysia.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan supaya para pelajar lebih
mengenali tentang maksud budaya dan perpaduan , masalah awal
perpaduan kaum-kaum di malaysia dan faktor-faktor yang
mempengaruhi kebudayaan dan perpaduan serta dapat
menyimpulkan keseluruhan maklumat yang telah dibuat.
Melalui kajian ini juga, membolehkan pelajar lebih mengenali
mengenai adat budaya yang ada serta dapat mengetahui cara-cara
untuk menerapkan semangat perpaduan antara kaum yang beradadi
malaysia ini. Semangat berkerjasama antara ahli pasukan juga dapat
diterapkan dalam diri setiap pelajar dan dapat melaksankan tugasan
ini dengan baik dan dapat dihantar pada masa yang telah ditetapkan.
3
PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan
aman dan damai. Malaysia mempunyai pelbagai etnik.Tiga kaum yang utama
di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar
dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu
kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya
Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik
di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal
di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina
beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien,
Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi.
India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama
Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum
Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah
bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang.
Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang
dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat
daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia.
Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-
randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan
moden Malaysia.
4
KONSEP ETNIK
• Mengikut istilah barat, etnik berasal daripada perkataan
Yunani iaitu ethos yang bermaksud manusia dan negara.
Satu kumpulan etinik ditafsirkan secra sosial atas dasar ciri-
ciri budayanya dan warisan. Etnisiti ialah rasa kekitaan
sesuatau kumpulan etinik tertentu. Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau satu budaya yang jelas di mana
anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah. Oleh itu,
3 etnik terbesar di Malaysia ialah terdiri daripada Melayu,
Cina, dan India. Selebihnya, etnik minoriti iaitu Sabah dan
Sarawak serta orang asli.
• Dari segi istilah etnik ialah sebagai kaum atau negara.
• Dari segi istilah etnik pula ialah sebagai kelompak manusian
yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian Bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.
5
KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA
Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi
91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.
67.4% merupakan kaum bumiputera, dimana 56.4% terdiri
daripada Bumiputera Melayu dan 11% dari Bumiputera Lain.
Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani,
Baba dan Nyonya (Peranakan), dan lain-lain minoriti bumiputera di
Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera
Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur.Kira kira 24.6%
daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Masyarakat Cina
Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua,
Hokkien, Kantonis,Hakka, Teochew dan lain-lain. Masyarakat
Orang India Malaysia pula merangkumi 7.3% daripada penduduk
Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang
India terbesar di Malaysia, orang Malayali, Sikh, Telugu dan lain-
lain. Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.7 % adalah orang
yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain
yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat
tertentu.Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan
hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di
Semenanjung Malaysia.
6
DEFINISI
KEBUDAYAN
Budaya adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat
dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai
konsep utama dalam antropologi, merangkumi pelbagai
fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam
masyarakat manusia. Kesejagatan budaya ditemui di semua
masyarakat manusia; ini termasuk bentuk ekspresif seperti
seni, muzik, tarian, ritual, agama, dan teknologi seperti
penggunaan alat, memasak, tempat berteduh dan pakaian.
Konsep budaya kebendaan meliputi ungkapan fizikal budaya,
seperti teknologi, seni bina dan seni, sedangkan aspek
budaya yang bukan kebendaan seperti prinsip organisasi
sosial (termasuk praktik organisasi politik dan institusi sosial),
mitologi, falsafah, kesusasteraan (baik bertulis dan lisan), dan
sains terdiri daripada warisan budaya tidak ketara masyarakat
7
PERPADUAN
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun
kumpulan dan jiran mereka. Ia perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakat.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam
masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan
hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan
menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula,
terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang
kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
JENIS-JENIS KEBUDAYAAN
Di Malaysia terdapat pelbagai kaum. Antara tiga kaum di
Malaysia ialah
-Melayu
-Cina
-India
8
KOMPONEN KEBUDAYAAN
Simbol-Lambang yang bermakna
Bahasa-Membolehkan ahli masyarakat berkomunikasi
Nilai-Prinsip umum berasakan kepercayaan
Norma-Peratuan
Objek material-Artifak dan kaedah yang digunakan
dalam kehidupan seharian kelompok sosial
9
KAUM MELAYU
PENGENALAN
Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:
Bangsa Melayu, sebuah kaum atau suku yang merupakan orang asal Asia
Tenggara yang berketurunan daripada Tanah Sunda (Bahasa Inggeris: Sunda
Land) yang dimana merupakan tamadun kedua tertua didunia selama 70000
tahun setelah afrika sebelum terjadinya banjir besar yang menenggelamkan
sebahagian tanah Sunda. Bahasa Melayu, bahasa ibunda kepada orang Melayu
di Asia Tenggara. Dan mempunyai loghat yang berbeza mengikut tempat dan
daerah tertentu. Penuturan bahasa melayu dikategorikan sebagai Malayo-
Polynesia yang juga kategorikan sebagai bahasa Austronesia. Bahasa Melayu
yang mudah difahami adalah Bahasa Melayu di Malaysia,Singapura dan Brunei
iaitu Bahasa Malaysia,juga loghat dan dialek Melayu di Malaysia ,Manakala
Bahasa Melayu di Indonesia sudah di campur Bahasa Indonesia ,pun begitu
loghat dan dialek Melayu di Indonesia sudah di campur dengan Bahasa
Indonesia ,keaslian sudah tidak ada , Hanya bahasa melayu di Negara Malaysia
,Singapura dan Brunei menggunakan Bahasa Melayu yang sama merujuk
pada negara Malaysia. Melayu merujuk kepada mereka yang bertuturbahasa
Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Orang Melayu Malaysia,
terdiri daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum
sebagai "bangsaMelayu" berbanding lebih spesifik sebagai"kumpulan etnik
Melayu". Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai
yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera.
10
ADAT
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup
dalam suasana yang penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu
mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia. Di
sebalik keramaian yang penuhwarna warni, upacara ini
melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang
budaya dan adat resam yang berbeza. Adat resam perkahwinan
Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan
dipegang teguh olehkebanyakan orang Melayu, baik di kawasan
luar bandar mahupun di bandar. Masyarakat Melayu begitu
berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai
mempunyai kesan dalamkehidupan. Bagi masyarakat Melayu,
adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara
dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah
dan penuh adat istiadat. Adat perkahwinan Melayu merupakan
adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh
oleh kebanyakan orang Melayu. Adat perkahwinan tradisional
masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses
iaitu merisik ataumeninjau, upacara peminangan, upacara
menghantar tanda, hantaran belanja, menjemput tetamu, upacara
nikah, berinai besar, hari persandingan,dan jemput menantu.
12
11
PERAYAAN
1. HARI RAYA AIDILFITRI
Pada tanggal 1 syawal tahun hijrah seluruh masyarakat islam di
dunia akan menyambut Hari raya aidilfitri. Di Malaysia, sambutan
hari raya ini desebut juga sebagai hari raya puasa. Hari raya ini
akan disambut selepas menghabiskan kewajipan berpuasa di bulan
ramadan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila
anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan
Ramadan. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitriini
disambut secara meriah pada setiap tahun Bermula seawal bulan
Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu
untukmenyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat
Islam di negara ini, menjelang kedatangan1 Syawal ini, adalah
dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias
rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk
dihidangkan kepada para tetamu yang datangberkunjung ke
rumah.
Pada pagihari raya pertama, umat Islam akan mengambil
kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa,
suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu,
dalam tradisikunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan
sahabat handai juga, umat Islam akan mengambilkesempatan
untuk bermaaf- maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.
.
12
2. HARAYA AIDIL ADHAH
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya
Haji merupakan perayaanagama yang disambut oleh seluruh umat Islam
di dunia. Hari raya in menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan
ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf
di Arafah.
Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada
setiap tahun. Malah, bulanini merupakan bulan terakhir dalam kalendar
Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha* berasal daripadabahasa Arab yang
membawa maksud 'hari penyembelihan korban', Ini sempena
memperingati kisahNabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.WT
agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi IsmailA.S. Walaupun dengan hati
yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk
menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan
Nabi Ismail dengan seekorkibas. Sehubungan dengan itu, sebagai
mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang
berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau
lembu sebagai korbanpada hari raya ini. Daging sembelihan in akan
dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin.
13
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
1. BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher
baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher.
Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk
leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari
leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat
dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula
dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni
Sultan Abu Bakar.
14
2. BAJU MELAYU TELUK BELANGA
Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga,
Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas
Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga
dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan
telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun
1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor
Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya
menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga
disebut selengkapnya 'Baju Melayu'
15
3. BAJU KURUNG
Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah
kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau.
Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun
1866. Baju kurung dikenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu. Pada
masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung adalah menjadi pakaian rasmi
bagi wanita. Zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar pada ketika itu dikatakan telah
maju. Oleh sebab itu, pemakaian pakaian rasmi di istana dan pejabat-pejabat
kerajaan diperkenalkan. Hal ini termasuklah acara-acara rasmi dan protokol di
istana. Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang
dipakai oleh kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta.
Baju kurung dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di
Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupun dimana sahaja ber1a7da.
16
MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU
NASI LEMAK Nasi lemak merupakan makanan
REBDANG kegemaran bagi orang Malaysia dan
LEMANG Singapura terutamanya sebagai sarapan
pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang
dimasak dengan menggunakan santan
kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya. Kaum melayu
makan nasi lemak dengan telur
kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.
Rendang adalah masakan yang berasal dari
Padang, Salah satu makanan khas dari budaya
Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-
acara dan upacara untuk menghormati tamu.
Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia
dan Singapura, rendang disiapkan secara
tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-
acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang
digambarkan sebagai seperti kari, dan nama
yang kadang-kadang diterapkan untuk kari
daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak
seperti kari.
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang
disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat
ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai
kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang
telah direkodkan sebagai hidangan istimewa
sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan
bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi
didalam buluh dibakar dengan daun
pisang.Kaedah memasak yang menggunakan
18
buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
17
KAUM CINA
SEJARAH
Orang Cina Malaysia adalah warganegara
Malaysia yang berketurunan Bangsa Han.
Mereka merupakan kumpulan etnik kedua
terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan
kebanyakan mereka adalah keturunan
pendatang berbangsa Han yang datang ke
Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti
Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan
Republik China. Kebanyakan pendatang Cina di
Tanah Melayu berasal dari China selatan,
terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.
Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang
untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui
perjanjian bertulis (indentured labour),
dikenali sebagai kuli (苦力, "kuasa susah-
payah"). Yang selainnya datang secara bebas
untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan
Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah
Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911,
dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.
18
ADAT
SEMASA KEMATIAN
Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang
berkaitan dengan kematian, yang setiap adat itu mempunyai maksud
tersendiri. Apabila berlaku kematian mayat dibersihkan dan
dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati.
Mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek, bertujuan untuk
mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Mayat
dipakaikan dengan pakaian yang cantik yang lazimnya dipakai ketika
hari perkahwinan. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan masyarakat
Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal
dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori lain, terutamanya
wanita. Mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada
kayu dengan ukiran menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan
bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang
semasa hidupnya.
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat
handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.
Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan
di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan untuk
ditanam. Lazimnya tangisan perlu diselitkan dengan kata-kata yang
menunjukkan si mati telah membuat jasa. Kata-kata yang mengungkit
keburukan si mati dilarang sama sekali kerana jika ini berlaku roh
si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Tangisan
ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih
baik dan digalakkan. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang
melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk menenteramkan
si mati agar tidak disoal di alam akhirat.
Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah berwarna hitam,
lengkap dengan topi. Mereka juga memakai baju jejaring yang
diperbuat daripada jut atau sabut dan dipakai di bahagian luar baju
hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas beberapa
kertas bersalut logam dicampak sepanjang perjalanan. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina ini adalah untuk memastikan roh boleh
berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
19
20
PERAYAAN KAUM CINA
1. SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina adalah perayaan yang diraikan oleh kaum Cina di seluruh
dunia mengikut kalendar lunar. Kaum Cina menggunakan kalendar lunar untuk
mengira tarikh perayaan tahunan mereka DAN biasanya akan disambut pada
akhir Januari ke bulan Februari setiap tahun. Sambutan ini telah diraikan
selama berabad-abad lamanya. Tahun Baru Cina akan berlangsung selama
lima belas hari dan berakhir pada tarikh bulan purnama iaitu Pesta Tanglung
atau lebih dikenali sebagai perayaan “Chap Goh Mei” di Malaysia. Aktiviti pada
Tahun Baru Cina ini selalunya meliputi aktiviti ziarah-menziarahi rakan-rakan
dan ahli keluarga serta mempunyai beberapa tradisi istimewa yang bertujuan
untuk membawa nasib baik untuk tahun itu. seperti pemberian Ang Pow, hiasan
berwarna merah, memakai baju baru, memberi limau mandarin, tarian singa
dan banyak juadah tradisional dan kuih-muih istimewa akan dihidangkan. Di
Malaysia, ucapan “Kong Hee Fatt Choy” yang bermaksud “semoga tahun ini
akan membawa kebaikan” akan sering didengari sepanjang musim perayaan
ini. Masyarakat Malaysia akan menziarahi antara satu sama lain dan aktiviti
yang ditunggu-tungu adalah pemberian “Ang Pow”, hamper dan limau
mandarin sebagai tanda membawa tuah buatkaumCina. setiap tahun
perayaan ini disembut dengan meriah oleh mereka yang berbangsa cina. Pada
malam tahun baru cina, semua ahli keluarga akan berkumpul Bersama-sama
ubtuk mengeratkan perhubungan antara sesame mereka.
20
2. PERAYAAN/PESTA KUIH BULAN
Mid-Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari
ke-15 bulan ke-8 pada kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos
hingga akhir bulan September. Pada tahun 2021, Perayaan Kuih
Bulan jatuh pada 21 September. Perayaan Pertengahan Musim
Luruh, selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Perayaan
Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting bagi
masyarakat Cina selain Tahun Baru Cina. Kedua-dua perayaan ini
membawa makna “perjumpaan semula” atau “reunion” kepada
masyarakat Cina. Hari ke-15 bulan ke-8 pada kalendar Cina, bulan
penuh akan muncul di langit, melambangkan keluarga yang lengkap
dan bersatu. Pada malam perayaan, ahli-ahli keluarga akan
berkumpul bersama-sama di bawah bulan mengambang, sambil
menikmati kuih bulan dengan diterangi tanglung-tanglung dan lilin-
lilin, tidak kurang juga perarakan tanglung sambil menceritakan mitos
perayaan ini bersama anak-anak.
21
3. PERAYAAN HANTU LAPAR
Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut
oleh orang Cina di merata dunia. Perayaan ini diadakan jatuh
pada hari ke-13 malam ke-14 bulan ke-7 kalendar Cinayang
turut bergelar Hari Hantu - bulan ketujuh secara amnya
dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), iaitu apabila hantu-
hantu dan roh-roh termasuklah para leluhur yang lama
meninggal dipercayai keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan
Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi
penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari
Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-
13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada
masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan
upacara amal untuk mengubah dan membebaskan
penderitaan orang yang meninggal.
Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan
nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan
disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas
kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini
termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual,
pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi
kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur
yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-
olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan
kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam
keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu
kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan
tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.
22
MAKANAN TRADISI KAUM CINA
TANG YUAN salah satu pencuci mulut tradisional kaum Cina
berbentuk bulat yang diperbuat dari tepung beras
dan kebiasaan intinya diperbuat daripada kacang
tanah, bijan dan gula.
Pada zaman dahulu, Tang Yuan dihidangkan pada
majlis atau keraian yang mengumpulkan ahli
keluarga kerana konsep memakan Tang Yuan adalah
bersama keluarga.
CHANG SHOU MIAN merupakan mi telur Kantonis yang diperbuat dari
tepung gandum, berwarna kuning keemasan, sedikit
kenyal dan sangat nipis – memberi sensasi pada
setiap kunyahan.
Chang Shou Mian merupakan mi yang
melambangkan umur panjang pada seseorang
kerana ia hanya dihidangkan pada sambutan
ulangtahun kelahiran ataupun sambutan tahun baru.
YEE SANG Yee Sang biasanya dihidangkan setiap kali
menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang
melambangkan kemakmuran, kemewahan dan juga
kekayaan. Terdiri daripada campuran aneka salad
dan juga ikan yang apabila dicampurkan semuanya
menjadikan kombinasi warna-warni yang sangat
menarik.
NASIAYAM CLAYPOT
Nasi yang dimasak menggunakan periuk tanah
liat bersama bahan-bahan yang dicampur seperti
ayam, cendawan, sayur-sayuran, sos soya dan
juga ikan masin ini sangat terkenal sebagai
hidangan makan malam di China Selatan dan
Asia Tenggara.
23
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
CHANGSHAN
Changshan adalah sejenis
pakaian tradisional cina yang
dikatakan berbaju panjang.
Seperti cheongsam juga,
changshan selalunya dipakai
oleh kaum lelaki khususnya. Ia
berasal dari Piyin Changshan
pada zaman dahulu.
Pakaian tradisional cina ini boleh
dipakai untuk menghadiri majlis
rasmi dan beberapa acara yang
sesuai. Ia juga dikatakan pakaian
yang selalu digunakan oleh
golongan kelas atasan.
24
SAMFU
Samfu membawa maksud 'baju dan
seluar' dalam dialek Kantonis.
Samfu merupakan pakaian kaum
Cina. Samfu diperbuat daripada kain
nipis yang tidak bercorak atau
berbunga halus. Samfu dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina tetapi
mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfu yang dipakai oleh
wanita Cina.
Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan
dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini
biasanya diperbuat daripada kain
lembut seperti kain sutera. Pakaian
tradisional ini jarang sekali dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina di
Malaysia.
Istilah “Hanfu” berasal dari kaum
Han yang mula memakai pakaian
ini. “Yifu” bermaksud baju dalam
bahasa mandarin atau bahasa
cina. Lengannya kembang dan
leher mempunyai kolar yang
selesa. Pakaian hanfu ini juga
menjadi pilihan ramai kaum untuk
mencuba kerana ia amat sopan
sekali, malah ia turut direka secara
moden.
25
JENIS TARIAN KAUM CINA
TARIAN KIPAS
Gerak tari tarian ini diambil
daripada gerakan seni
mempertahankan diri Melayu
iaitu pencak silat. Tarian ini
hanya ditarikan oleh wanita.
Keunikan tarian ini adalah pada
penggunaan kipas besar dan
selendang panjang yang
menjadi prop utama
TARIAN SINGA
26
KAUM INDIA
PENGENALAN
Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang
berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke
Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya.
Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa
kaum India tiba di Malaysia sejak zaman keagungan
Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga
terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina
27
SEJARAH
Orang India yang telah datang sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000 tahun
yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih.
Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500
tahun dahulu). menyebut mengenai cengkih (yang berasal dari kepulauan
Indonesia). Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti
Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan
kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.
Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh
pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk
tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan
yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan,
pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India
secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri
terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka
di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka,
bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan
penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah
menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor,
bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk
India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke
Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera
Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang
India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia
(sekitar 1.8 juta). 28
ADAT
PERKAHWINAN
Perkahwinan Hindu secara tradisionalnya dilaksanakan sekurang-
kurang sebahagiannya dalam bahasa Sanskrit, bahasa paling suci
bagi semua upacara Hindu. Bahasa tempatan orang yang terbabit
juga digunakan kerana kebanyakan orang India tidak memahami
bahasa Sanskrit. Ugama Hindu memiliki banyak upacara yang
berubah disebabkan masa tradisi dan perbezaan dalam banyak
cara dari perkahwinan moden barat dan juga perbezaan kawasan,
keluarga, dan kasta. Ugama Hindu mementingkan perkahwinan
dan upacara ini biasanya bewarna-warni dan memakan masa
selama beberapa hari. Rumah peserta juga turut dihiasi dengan
belon dan hiasan yang lain.
Upacara sebelum perkahwinan termasuk pertunangan (termasuk
vagdana atau perjanjian lisan dan lagna-patra pengiiharan
bertulis), dan ketibaan pihak pengantin lelaki ke tempat tinggal
pengantin perempuan, sering kali dalam bentuk perarakan rasmi.
Upacara selepas perkahwinan termasuk mengalu-alukan
pengantin perempuan ke rumah barunya.
Sungguhpun Hindu moden kebanyakannya berasaskan bentuk
puja bagi pemujaan dewa seperti ditasbiahkan dalam Purana,
upacara perkahwinan Hindu pada asasnya adalah Vedic yajna
(persembahan api), dari mana dewa Aryan diseru dalam gaya
Indo-Aryan. ia memiliki adal mendalam dalam upacara silam bagi
mengikat ikatan persahabatan/perikatan (malah antara orang
sama jantina atau berlainan spesies dalam konteks mithologi),
sungguhpun hari ini, ia hanya kekal dalam konteks perkahwinan.
Saksi utama perkahwinan Hindu adalah dewa api (atau Api Suci)
Agni. Menurut perundangan dan tradisi tiada perkahwinan Hindu
dianggap sempurna kecuali kehadiran Api Suci tujuh keliling
dilakukan oleh kedua pengantin bersama-sama. (Dalam
kebanyakan perkahwinan Hindu Selatan India ini tidak diperlukan.
29
PERAYAAN
HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan
yang disambut oleh semua penganut
yang beragama Hindu di seluruh
dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa"yang
beerti cahaya dan perkataan "Gavali"
yang beerti barisan. Perayaan
Deepavali ini disambut pada hari ke
14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil
(antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai
pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu
memeras rakyatnya,telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha
Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua
manusia agar mereka merayai hari kemenangan itusebagai
peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu
dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat
baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.
30
HARI THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh
masyarakatberagama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi
menghormati dewaHindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut
pada bulan kesepuluhdalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai
bulan 'Thai’.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari
untukmenghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan
kesalahan yang lepas.Sebelum menyambut Thaipusam, penganut
agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan
membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini,mereka berpuasa
dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua
puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan
berpuasa sepenuhnya ada hari Thaipusam, penganut agama Hindu
akan membawa patung DewaSubramaniam, iaitu anak bongsu Dewa
Siva, di atas pedati perak dan diarakdengan muzik tradisi. Selain itu,
antara ciri utama perayaan Thaipusam ini,penganut agama Hindu juga
akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangkabesi yang dihiasi
dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segaryang
dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau
bertaubat kepada Dewa Subramaniam
31
MAKANAN TRDISI KAUM INDIA
ROTI CANAI Roti canai atau paratha dan puri ini
pada asalnya ialah makanan
ULUNDU VADAI kegemaran kaum India. Buat masa
NASI BERIANI kini roti canai berjaya meletakkan
tarafnya bersama dengan nasi lemak,
diminati oleh sebilangan besar
rakyat Malaysia. Capati yang diolah
dari gandum tulin mempunyai
banyak khasiat dan makanan sesuai
untuk penyakit kencing manis dan
darah tinggi. Roti-roti ini sedap
dimakan bersama dal, kari dan
sambal.
Ulundu Vadai pula merupakan sejenis
kuih yang diperbuat daripada tepung
beras dan berbentuk roda dengan lubang
ditengah. Ia sedap dimakan bersama
chutney atau kuah kari. Vadai perlu
digoreng dengan minyak masak yang
banyak
Satu lagi hidangan berasal dari India
ialah nasi beriani. Terdapat beberapa
jenis nasi beriani tetapi yang menjadi
sebutan dan gilaan ialah nasi beriani
gam. Ia bukan sahaja digemari oleh
kaum India tetapi juga diminati oleh
kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini
dipelopori oleh orang Melayu terutama
di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak
bersama dengan lauknya (ayam dan
daging) dan doh tepung gandum
menjadi bahan penampal atau pelekat.
32
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini
diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan
dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian
tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.
Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna
kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai
oleh golongan ceti.
33
SARI
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan. Sari dipakai pada
musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran
semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima
hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain
sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai
perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit
dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang
sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak
terurai. Sari Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai
berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini
lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan.
Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih
suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka
bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik,
kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis
manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan
dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.
34
RUMUSAN
Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk
yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini,
terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin
utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa
perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat
dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada
semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969
menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu
kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang
mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran
berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan
yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha
memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak
terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap
warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk
memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh
tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.
35
PENGAJARAN
• Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi
masing-masing dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap
kaum haruslah bekerjasama dan meghargai peranan yang
ada pada kaum-kaum lain.
• Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah
menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata
dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah dipelihara dengan baik
untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang
sama menjadi contoh kepada negara luar.
36