SMK KAMPUNG DATO SERI KAMARUDDIN INOVASI SABUN SERTU
PENGENALAN CETUSAN IDEA SABUN SERTU INI ADALAH KERANA KESUKARAN DALAM MENCARI CAMPURAN BAHAGIAN AIR DAN TANAH DALAM PROSES MENYERTU APABILA BERHADAPAN DENGAN NAJIS MUGHALLAZAH. APABILA PROSES MENYERTU YANG MEMERLUKAN 1 BAHAGIAN TANAH YANG BERSIH INI UNTUK DIBASUH DENGAN 6 BASUHAN AIR MENJADI SUKAR, AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI DARIPADA NAJIS KELIHATAN AMAT BERAT BAGI SEORANG MUSLIM TERUTAMANYA DALAM KALANGAN PELAJAR. KADANG-KADANG, DALAM MENCARI TANAH YANG BERSIH INI MENYEBABKAN MEREKA TERTINGGAL PERKARA FARDHU YANG LEBIH UTAMA.SETELAH BEBERAPA KAJIAN MENGENAI CAMPURAN AIR TANAH DALAM BENTUK MUDAH ALIH (SABUN) INI DIJALANKAN, KEBANYAKAN MAJLIS FATWA AGAMA KEBANGSAAN MEMBENARKAN PROSES PENGHASILAN SABUN CAMPURAN AIR TANAH INI UNTUK MENGANGKAT NAJIS MUGHALLAZAH DARIPADA BAHAN YANG TERKENA NAJIS. 2
OBJEKTIF INOVASI • DAPAT MEMUDAHKAN PROSES SERTU SECARA MUDAH DAN SEGERA (INSTANT) MENGIKUT SYARAK. • MENGAMALKAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI DARIPADA NAJIS DALAM PELAKSANAAN IBADAH. • MENGGALAKKAN MURID UNTUK BERFIKIR SECARA KREATIF DAN INOVATIF BAGI MENGHASILKAN SESUATU PRODUK YANG DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA. • MENGGALAKKAN MASYARAKAT TERUTAMANYA GURUGURU DAN MURID-MURID SMK KDSK MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT, DENGAN MENGUNAKAN PRODUK-PRODUK YANG BERASASKAN BAHAN SEMULAJADI. 3
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI MEMBANGUNKAN INOVASI SABUN SERTU ADALAH UNTUK MEMPELBAGAIKAN PENGHASILAN PRODUK SMK KG DATO SERI KAMARUDDIN YANG TERKENAL DENGAN PRODUK BERASASKAN LIMAU KASTURI. PRODUK BALSAM KESTURI ADALAH PRODUK INOVASI YANG KETUJUH SELEPAS PENGHASILAN SOS PENCICCAH LIMAU KASTURI. PENGHASILAN PELBAGAI PRODUK KASTURI MEMBUKTIKAN BAHAWA LIMAU KASTURI ADALAH BUAH YANG BERKHASIAT DAN PELBAGAI GUNA. DALAM PENANAMAN LIMAT, ADAKALANYA TANAH-TANAH PERTANIAN INI DICAMPUR SEMULA DENGAN TANAH LIAT UNTUK MENEUTRALKAN NILAH ASID DI DALAMNYA AGAR POKOK TERUS TUMBUH SUBUR. PENGGUNAAN TANAH LIAT INILAH YANG MENYEBABKAN TERCETUSNYA PRODUK BAHARU SABUN TANAH LIAT YANG DIKENALI SEBAGAI SABUN SERTU. ANTARA LAIN TUJUAN UNTUK MEMBANGUNKAN INOVASI ADALAH UNTUK MEMBANTU DAN MEMBIMBING MURID-MURID MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN. MURID-MURID INI PERLU DIBIMBING DAN DIDEDAHKAN DENGAN DUNIA KEUSAHAWANAN . MELALUI PENGHASILAN PRODUK , MEREKA INI DIAJAR UNTUK MEMPEROSES BAHAN SEHINGGALAH PRODUK TERSEBUT TERHASIL DAN SAMPAI KE TANGAN PENGGUNA UNTUK DIGUNAKAN. 4
KAEDAH PEMBUATAN SABUN 1. Pengiraan jumlah air dengan tanah menggunakan sukatan proses saponifikasi (pembuatan sabun) menjadikan dalam sabun ada 60:40 bahagian tanah daripada air. 2. Serbuk tanah liat dicampur dengan sukatan air yang telah dijumlahkan tadi ke dalam serbuk “micropearl” untuk membentuk larutan tanah liat yang pekat. Campuran kedua-dua bahan ini akan menghasilkan haba yang tinggi seperti dipanaskan dengan penunu bunsen. 3. Gaul campuran sehingga sebati agar tahap pembekuan sabun akan menjadi sekata 4. Tuang BAHAN ke dalam acuan sabun (mould) dan diratakan 5. Biarkan bahan menyejuk semalaman 6. Keluarkan sabun daripada acuannya dam disimpan selama 2 minggu sebelum ia boleh digunakan 5
BAHAN DAN PROSES PEMBUATAN SABUN 6
HASIL INOVASI SABUN SERTU 7
PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS PRODUK INOVASI DIHASILKAN Sebelum produk inovasi dilakukan Selepas produk inovasi dilakukan 1. Pada awalnya proses pembuatan sabun Sertu agak sukar kerana perlu memastikan jumlah tanah liat yang dicampur mesti melebihi campuran air agar nilainya mencukupi mengikut syara’ dengan nisbah 1/7. 2. Hal ini menjadi proses penambahan bahan sabun menjadi terlalu likat daripada kebiasaan sehingga sukar untuk dikacau dan memastikannya sebati. 3. Tanah liat khas untuk mengangkat najis mughallazah kebanyakannya daripada serbuk putih dan sukar digunakan untuk dituang ke dalam bekas lain bagi dicampur ke dalam air membentuk air tanah. 4. Murid bahagian pemprosesan agak teragakagak untuk mengeluarkan bahan daripada acuan dan membungkusnya untuk dijadikan bahan cenderahati 1. Selepas produk inovasi dilakukan muridmurid dapat mempelajari cara pembuatan sabun melalui rakaman video proses pembuatan guru. 2. Murid mula menunjukkan perubahan yang semakin positif. Mereka mula bermotivasi, mempunyai keyakinan diri dari segi komunikasi, dari segi penyediaan bahan sehinggalah produk tersebut dibungkus. 3. Proses pembelajaran berterusan menjadikan murid rintis lebih yakin untuk membimbing rakan-rakan lain menghasilkan produk dan menerangkan cara penggunaan produk dengan baik. 4. Produk ini dijadikan sebagai cenderahati kepada pelawat surau dan sebahagiannya dijual sebagai bahan sertu yang mudahalih dan mesra pengguna.
POTENSI PASARAN 1. Keistimewaan produk sabun Sertu adalah ianya dihasilkan menggunakan bahanbahan yang terjamin kebersihannya daripada sumber asli, tanah liat bukit 2. Sabun ini juga tidak mengandungi sebarang pewarna dan pengawet tiruan semasa proses penghasilannya. Ianya menggabungkan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dari dalam dan luar negara. Selain itu juga Sabun Sertu ini dihasilkan secara “Home Made” dan ianya adalah HALAL digunakan tanpa waswas. 3. Sabun Sertu amat sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur tanpa mengira jantina. Ini adalah kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan pengguna. 4. Sabun Sertu ini juga boleh dijadikan persediaan awal sekiranya berlakunya kecemasan seperti digigit anjing. Selain itu, kandungan antioksidan yang tinggi mampu mencantikan kulit serta mengurangkan jerawat pada kulit terutamanya kaum lelaki. 5. Pasaran utama produk ini adalah kepada warga SMK KDSK. Selain itu juga kami telah memperkenalkan produk ini kepada warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung (PPD) serta rakan- rakan guru dan sahabat handai. 6. Sabun pelbagai kegunaan iaitu untuk menyucikan diri pakaian dan tempat dari najis mughallazah disamping untuk tujuan kecantiakn 9
IMPAK POSITIF 1. Sabun sertu ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan dan ramuan dari sumber alam. Oleh yang demikian produk ini selamat digunakan oleh semua peringkat umur. 2. Produk ini mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi amat bagus untuk kulit terutamanya bagi kaum lelaki kerana ia boleh mengurangkan jerawat pada kulit. 3. Produk ini boleh digunakan untuk menyertu kesan cecair daripada anjing dan babi. 4. Mudah dibawa ke mana-mana kerana ia dibungkus dalam kuantiti yang sedikit. 5. Harga mampu milik rm 5.00 sebiji. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan wang pengguna berbanding serbuk tanah liaht pasaran, rm 10 untuk 500 g. 6. 100% keyakinan untuk menyucikan najis mughallazah 7. Sesuai untuk kegunaan harian dan di perkaya dengan ekstrak limau kasturi 10
IMPAK NEGATIF 1. Tidak sesuai digunakan oleh mereka yang kulit sensitif kerana campuran tanah liat menjadikan sabun ini agak kasar permukaannya. 11 2. Tidak tahan lama kerana produk ini tidak mengandungi pengawet.
CADANGAN PENAMBAH BAIKKAN 1. Mempelbagaikan produk Sabun Sertu dengan mencampurkan herba-herba terpilih yang lain bagi tujuan meningkatkan keberkesanan produk tersebut kepada pengguna. Ini adalah kerana bagi kami “KEPUASAN PENGGUNA ADALAH KEPUASAN KAMI”. 2. Menjadikan sabun sertu produk mampu milik melalui penjenamaan semula produk dari segi pembungkusan di mana kami akan mempelbagaikan produk dari segi saiz dan kandungannya. Ini akan memudahkan pengguna membuat pemilihan berdasarkan kemampuan dan kegunaan mereka. Kami juga akan memastikan pengguna mudah membawa produk ini ke mana sahaja. 3. Meluaskan lagi pengiklanan melalui media massa kini, seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. 4. Mempromosikan produk ini di kedai-kedai runcit dan stesyen minyak sekitar Manjung. Kami juga bersedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti kenduri, doorgift dan lain-lain lagi. 5. Mendapatkan sijil halal JAKIM 12
SEKIAN TERIMA KASIH DISEDIAKAN OLEH : Maryam Jameelah Binti Zainol Abidin DISAMPAIKAN OLEH : Purwani Binti Omar