The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 625-13-nooraisyah, 2024-03-02 10:42:51

BUKU LOG PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM)

BUKU LOG PANDU PUTERI

PENTAKSIRANBERTERUSANSEMESTER II TAHUN 2023/2024 (TUGASAN1)NAMA PELAJAR: NOORAISYAH BINTI SULAIMAN ANGKA GILIRAN: 2021142340307 NOMBOR KAD PENGENALAN: 030119-01-1370 KUMPULAN/UNIT: BAHASA MELAYU 5 AMBILAN JUN 2021 (B) KOD DAN NAMA KURSUS: MPU3441A KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORMPANDUPUTERI KADET I NAMA PENSYARAH: DR. HJH. SHOLEHAH BINTI ISMAIL TARIKH HANTAR: 29 FEBRUARI 2024 Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Balas Daripada Pensyarah Medium:- Tanda Tangan Tarikh Individu Kuliah Kumpulan Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja NO. TUGASAN MARKAH Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 1 2 3 4 JUMLAH Markah Selepas Moderasi Markah dalam 100 %IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA


BUKU LOG PANDU PUTERI


BIODATA DIRI NAMA : NOORAISYAH BINTI SULAIMAN UNIT : BAHASA MELAYU 5 ANGKA GILIRAN : 2021142340307 UNIT BERUNIFORM : PANDU PUTERI KADET TEMPAT LAHIR : KOTA TINGGI, JOHOR TEMPAT BELAJAR : IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA


ISI KANDUNGAN Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Malaysia Cogan Kata dan Lambang Pandu Puteri Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia] Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu-lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia dan Maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysi dan Maksudnya Bendera Dunia dan Maksudnya Istiadat Pantu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA 12 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGKPM Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGPM Sejarah Perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girls Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform 3 PERANCANGAN TAHUNAN PANDU PUTERI TUNAS SEKOLAH RENDAH Perancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas


PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaya ditubuhkan secara rasmi dan pusat pentadbirannya terletak di Singapura. Persatuan Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan dan kerajaan negeri Selat telah memberikan pengiktirafan rasmi kepada Persatuan Pandu Puteri. 1928 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan ketua Olave, Laden Baden Powell telah mengadakan lawatan maya ke Malaya.


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri telah menjadi penganjur dan tuan rumah untuk Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur. 1962


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro dunia memberikan pengiktirafan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Oersekutuan Tanah Melayu (MALAYA) hasil pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. 1967 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 tahun telah disambut dengan aktiviti-aktiviti perkhemahan Jubli Emas.


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat serta Wisma Pandu Puteri. Majlis Kebangsaan menukarkan BROWNIE kepada Tunas Puteri dan pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri serta pemimpin mula digunakan. PPPM menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori Kebangsaan. Penubuhan Kadet Pandu Puteri Institut Perguruan. 1977 - 1986 1987 - 1996


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 1997 Sambutan 80 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan Semangat Keamanan dan Keharmonian bermula. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mengadakan Perkhemahan Komanwel ‘98 bersempena SUKOM ‘98 di Malaysia. 1998 2000 Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 telah di adakan di UITM Shah Alam Selangor.


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 2001 Kem Integrasi telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor disertai peserta dari Maldives, Korea dan Pakistan. Sambutan 85 tahun Pandu Puteri ditubuhkan di Malaysia. 2002 2003 Pelancaran Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 2004 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP). 2005 Malaysia menjadi tuan rumah untuk Perhimpunan Agung Sahabat Asia Pasifik WAGGGS yang diadakan di Kuantan Pahang. Majlis pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah binti Al-Mutawakkil sebagai Penaung Di Raja Sahabat Asia Pasifik WAGGGS.


1 sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri di malaysia 2006 Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Tunas Puteri - Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri - Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri - Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri - Pandu Puteri Kadet Persatuan Pandu Puteri Malaya semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman. 2021


perlembagaan pandu puteri malaysia MAKLAMAT OBJEKTIF Melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara.


Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 192 (Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik ataumana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. perlembagaan pandu puteri malaysia


PERKARA 2: KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan undang-undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi undang-undang Kepanduan. Undang-undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. PERKARA 1: NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI. Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.


2.1 Kaedah. Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i) Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-Undang. ii) Perkembangan kendiri yang progresif. iii) Pembelajaran melalui perbuatan. iv) Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab. . v) Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa. vii) Aktiviti luar. vi) Simbolisme. 2.2 Keanggotaan. Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. - Ahli Aktif. Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. - Ahli tidak aktif. Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.


Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 ( tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan alam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. - Ahli kehormat. Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk PesuruhjayaPesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. - Peletakkan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan. Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurangkurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour”adalah muktamad.


PERKARA 3 : TUJUAN DAN OBJEKTIF. Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum didalam negara dan seluruh dunia; d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. .


PERKARA 4 : LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang penah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hak cipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untukm enggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Esekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.


PERKARA 5 – PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: - mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; - menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja; - menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 : LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.


6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut; 6 Pesuruhjaya bahagian Kebangsaan. 1) Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2) Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3) Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4) Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5) Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6) Pesuruhjaya Guild Kepanduan 4 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1)Pesuruhjaya Antarabangsa 2) Pesuruhjaya Program Latihan 3) Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan dana) 4) Pesuruhjaya Keahlian 5) Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6) Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan.


USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa. 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung semasa Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua orang penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


6.3 Kekerapan Mesyuarat. Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik menjadi pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum and Kuasa Pengundian. Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi Undang-Undang apabila ada korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah, campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Udang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.


Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.5 Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan. i) bertindak bagi Pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii) bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; iii) menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv) memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugal personel utama, perancangan pewarisan dan program latihan terancang; v) menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi) mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan; vii) mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. viii) USUL 7 : melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


PERKARA 7 : BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan PanduPuteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan. Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. Usul 3: Tiga (3) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18-35 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:


7.2 Tempoh jawatan dan Kriteria Pemilihan. Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat. Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


7.4 Korum and Kuasa Pengundian. Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah, campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Udang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan. Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i)Memajukan tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii) Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii) Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; iv) Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v) Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan; vi) Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii) Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil ini; viii) Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; ix) Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan,dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


PERKARA 8 : KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada; i) kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan; ii) derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan kewangan dan tidak kepada manamana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masingmasing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh !embaga Eksekutif Kebangsaan.


Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat, Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember.


PERKARA 9 : CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i) Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. ii) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii) USUL 9 : Maktab Rendah Sains Mara. iv) Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan kewangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawaipegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 10 : PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL. Perlembagaan dan undang-undang kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6 : Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11 : PEMBUBARAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan seperti mana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 24 September 2005 dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak semula pada 30 Mei 2007.


PERSETIAAN pandu puteri "Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undangundang Pandu Puteri Remaja"


visi pandu puteri Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan. Taking the lead in developing the potential of girls and women for change. misi pandu puteri PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Girl Guides Association is committed to the development of girls and women of calibre through internationalization of Girl Guiding knowledge, skills and values to benefit the society, country and the world


Boleh dipercayai. Sentiasa taat dan setia. Suka menolong orang lain. Bersahabat dengan semua orang dan pandu puteri yang lain. Sentiasa sopan santun. Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Sentiasa menurut perintah. Bersemangat dan bergembira walaupun pada masa kesulitan. sentiasa berjimat cermat. Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. undang-undang pandu puteri Seorang pandu puteri seharusnya memiliki sikap atau tingkahlaku seperti di bawah.


cogan kata “SELALU SEDIA” Cogan ini menunjukkan bahawa Pandu Puteri sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seorang Pandu Puteri Remaja supaya sedar akan tanggungjawab kepada negara khususnya.


lambang dan lencana pandu puteri LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA SIMBOL DAN MAKSUDNYA Cabang Trefoil - Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah 14 - melambangkan 13 negeri dan Wilayah. Bintang pecah ke-14 menghala ke atas - lambang jarum kompas. Cantuman tiga daun - Persatuan Kepanduan. Diperkenalkan pada tahun 1962 dan dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di Ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia.


LENCANA DUNIA SIMBOL DAN MAKSUD Trefoil (cabang tiga) - melambangkan Persetiaan Pandu Puteri. Warna emas - matahari bersinar di langit biru (paying kepada semua Pandu Puteri Dunia). Bintang - Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri. Segitiga ke atas - kompas menunjukkan arah utara. Tapak - perasaan kasih sayang sesama manusia yang sentiasa menyala dalam jiwa Pandu Puteri.


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Hormat ialah tabik Pandu Puteri atau perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli pasukan. Tabik juga akan diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat sewaktu upacara rasmi dan penerimaan hadiah atau pingat.


cara pelaksanaan isyarat dan hormat pandu puteri Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah beredar dari situ.


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA Berjabat tangan adalah tanda persahabatan dalam pandu puteri. Setiap ahli pandu puteri akan berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Berjabat tangan juga sebagai tanda bertegur sapa sesama ahli dan juga pemimpin. Pandu puteri di Malaysia akan menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam.


PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM BAJU PERKHEMAHAN Baju Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah berwarna biru dan dipakai bersama seluar berwarna biru atau hitam. Skaf tidak perlu dipakai semasa bersama baju t-shirt. Memakai kasut dan stokin berwarna hitam. Memakai tudung hitam tanpa sebarang hiasan sekiranya bertudung.


PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM


Click to View FlipBook Version