The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 625-13-nooraisyah, 2022-04-30 22:23:44

KRITIKAN SASTERA

KRITIKAN SASTERA

KRITIKAN
SASTERA

Ahli Kumpulan

Nooraisyah binti
Sulaiman

Aqilah Syazwani Nur Nazwa binti
binti Asmuni Jaafar

APA ITU KRITIKAN ?

Kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara
jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif
yang lain, seperti puisi, novel, cerpen dan drama. Kritikan terhadap sesuatu karya
kesusasteraan dilakukan secara internal dan eksternal.

Fungsi

Menentukan sama ada sesebuah karya kesusasteraan
itu bermutu atau sebaliknya

Mencetuskan pemikiran baharu dan percambahan
minda

Membolehkan para pembaca memahami sesuatu karya
sastera menerusi penerangan yang dibuat

JENIS KRITIKAN

Kritikan Pendekatan
Kritikan Saranan

Kritikan Sanjungan

Kritikan Pendekatan

Kritikan pendekatan merupakan proses dalam mendalami
sesuatu karya dan cara untuk mengetahui tentang makna
terhadap sesuatu kajian atau penelitian. Kritikan
pendekatan dapat dikategorikan kepada beberapa jenis
seperti krtikan intrinsik, ekstrinsik, moral, psikologi,
sosiologi serta arketaip.

NOVEL NAPAS CINTA
PARA AHLI DOA

Novel Napas Cinta Para Ahli doa karya Wahyu Sujani
menceritakan tentang Fikri, seorang jejaka yang amat terkenal

dalam dunia seni kerana kejayaannya dalam penciptaan
kaligrafi berunsurkan islamik. Fikri memiliki kehidupan yang
bahagia lebih-lebih lagi setelah kedatangan Shira, isteri yang
solehah dan cantik serta berketurunan Mesir- Perancis. Namun,
sebalik kehidupan yang menjadi idaman masyarakat, terpalit
ujian dan rintangan yang mereka hadapi. Novel tersebut dapat
dianalisis dengan menggunakan kritikan pendekatan berbentuk
deskriptif moral yang mengetengahkan sifat-sifat mahmudah

dan mazmumah.

Contoh Kritikan

Nilai ketaatan

Jarum jam sudah jatuh di angka setengah dua diri hari. Udara
semakin mencucuk tulang, namun sama sekali tidak ada rasa kantuk
di matanya. “Aku belum solat malam. Kamu mau solat juga As?”
Tanyanya kemudian.

Sifat bohong

“Sebentar Babeh melongok ke arah galeri. Entah apa yang ada
dalam benaknya ia mengganukkan kepada berbohong. “

NOVEL DI SEBALIK
DINARA

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan
sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi

apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia
mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi
gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn
tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan
virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan

oleh Karl iaitu Dinara.

Contoh Kritikan

Nilai kasih sayang

Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya
sehingga sanggup memasang retinal scanner dan interkom yang
bersambung ke rumahnya meskipun tahu bahawa Farisha bukan
berasal dari darah dagingnya.

Sifat tidak
berperikemanusiaan

Karl yang tidak mempunyai sifat belas kasihan sehingga sanggup
menjadikan Farisha sebagai ujikaji terhadap projek Dinara yang
dijalankan serta Shida sebagai pengganti sekiranya terdapat
kegagalan terhadap rancangan yang dijalankan.

KRITIKAN SARANAN

Kritikan saranan adalah bertujuan untuk memberikan
maklumat dan maklum balas kepada penulis untuk
memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam karya
mereka.
Selain itu, kritikan ini juga bertujuan untuk membantu
penulis untuk menerapkan unsur yang positif dan
membina dalam penghasilan karya mereka.
Memastikan karya yang dihasilkan bermutu dan sesuai
untuk semua peringkat umur.

NOVEL TINI

Novel tini ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal bernama
Tini yang mempunyai tanah ladang hasil peninggalan suaminya.
Tini telah mengarahkan dua orang sahabat arwah suaminya
yang bernama Lajim dan Hitam untuk mengendalikan ladang
tersebut. Namun begitu, kedua-dua mereka tidak mengalas
tanggungjawab tersebut dengan baik kerana mereka menindas
pekerja ladang getah yang bekerja di sana. Disebabkan satu
peristiwa, Sawo yang merupakan anak tunggal Tini sanggup
membunuh ibunya sendiri disebabkan oleh ladang pusaka
tersebut. Novel ini telah diterbitkan oleh Azizi Abdullah pada
tahun 1977.

Contoh saranan

1.Menambahbaik pemilihan kosa kata dan perkataan.

Melalui novel Tini ini penulis telah mengetengahkan pemilihan bahasa dan

kosa kata yang kurang menyenangkan. Sebagai contoh, menggunakan

perkataan seperti bermain daun terup dan membunuh ibu sendiri. Berikut

adalah antara petikan ayat daripada halaman novel tini:

'''Kau tau berjudi di kelab dengan orang-orang berpangkat bukanlah bererti judi

tetapi itu sebagai hobi anak-anak besar".

Ayat ini dapat dilihat pada halaman 37 dalam novel Tini.

Novel ini merupakan bahan bacaan tambahan bagi pelajar dan semestinya

ianya akan mendedahkan pelajar kepada perkara yang tidak elok.

Contoh saranan

2. Menerapkan unsur penulisan yang mempunyai
nilai-nilai baik dan dapat memberikan impak yang positif


kepada pelajar.

Sesebuah karya yang diterbitkan mestilah mempunyai nilai yang baik dan
positif untuk disampaikan kepada pelajar. Bagi bacaan untuk pelajar, novel
Tini banyak mengambarkan nilai-nilai yang agak bertentang dengan nilai
yang sepatutnya.

Sebagai contoh, novel ini memberikan gambaran bahawa tiada nilai kasih
sayang antara anak dengan seorang ibu. Sedangkan di dalam kehidupan
sebenar, setiap agama amat memuliakan hubungan kasih sayang antara
anak-anak dengan ibu bapa.

3. Penulis menulis novel mengikut cerminan falsafah yang
diinginkan.

Novel Tini merupakan bahan bacaan tambahan kepada pelajar. Namun
falsafah yang cuba diterapkan oleh penulis bertentangan dengan nilai-nilai
islam dan juga kebenaran.
Seharusnya untuk bacaan bagi pelajar, penulis perlu mengetengahkan
falsafah yang dapat membentuk diri insan untuk mempunyai pegangan akhlak
yang baik serta mampu berbakti demi masyarakat dan negara.
Penulis tidak seharusnya membuat penulisan yang menggunakan kata-kata
yang berbaur lucah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Sebagai contoh, memasukkan unsur penjudian yang semestinya akan
memberikan kesan yang tidak sihat kepada pelajar itu sendiri.

Contoh saranan

4. Karya perlu menenekankan tentang Falsafah
Pendidikan Negara kerana bacaan tersebut untuk

pelajar.

Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pengisian yang dibuat perlulah
menepati ciri dan aspek yang dapat merealisasikan hasrat ini.
Bagi memastikan novel yang dicipta sesuai untuk pelajar, penulis itu
sendiri perlu mengkaji maksud harfiah dan tersirat dalam novel ciptaan
mereka.
Novel yang dicipta perlulah bebas dan bersih daripada unsur yang tidak
menyihatkan kerana ianya untuk bahan bacaan pelajar.

Kritikan Sanjungan

Sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum dan senang terhadap orang
lain.
Kritikan ini memuji karya dan pengarangnya yang mampu menghasilkan
permikiran bernas serta dapat menampilkan elemen karya yang menarik.
Kritikan sanjungan ditujukan kepada pengarang kerana kehebatan
intelektual, ketajaman dan kebernasan fikiran.

SINOPSIS: RUANG

PERJALANAN- S. OTHMAN

Cerita ini berkisarkan kepada masalah "aku" iaitu abah yang
mempunyai seorang anak lelaki dan dan dua anak perempuan.
Anak lelakinya berjaya dalam pelajaran dan berkahwin dengan
seorang wanita yang tidak dapat diketahui status bangsanya.
Anak lelakinya itu mempunyai seorang anak perempuan hasil
daripada perkahwinan itu. Kemudian "aku" memiliki anak dan cucu
yang sangat hanyut dalam kemajuan dunia sains teknologi
sehingga hilang nilai kemanusiaan. Sebagai datuk, "aku" mencuba
untuk mengembalikan kemanusiaan dalam diri anak dan cucu
melalui perdebatan-perdebatan. Akhirnya, cucu "aku" dapat
menerima nilai kemanusiaan itu dan menerima kembali nilai
agama dalam kehidupannya.

Contoh kritikan

1. Sanjungan diberikan kepada penulis yang menggunakan watak sebagai simbolik untuk
menyatakan perbezaan generasi iaitu generasi yang berpegang dengan ajaran agama
dan generasi yang mementingkan pendidikan sekular tanpa mendalami ilmu agama.

Pembaca mampu membuat tanggapan berkaitan watak yang menjadi simbolik kepada
perbezaan generasi. Hal ini dikatakan demikian kerana jangkauan perbezaan umur
yang panjang dalam watak datuk, anak dan cucu.

Datuk mewakili generasi dahulu yang sangat mementingkan ilmu agama dan
berpegang teguh dengan agama dalam kehidupan seharian manakala anak mewakili
generasi baharu yang mendapat pendidikan tinggi sekular sehingga segala fikiran
berkaitan agama tidak diletakkan sama sekali sebagai asas dalam berfikir.

Contoh perdebatan: (ayah dan anak)
Abah selalu terperangkap dengan kebenaran yang ditentukan oleh kuasa lain dan kuasa
itu abah samakan dengan Tuhan. Baiklah, apakah kebenaran itu baru menjadi benar
apabila Tuhan mengatakannya benar?"

Cucu mewakili generasi yang mula kembali kepada ajaran Islam sebagai cara
hidup walaupun mereka mendapat pendiidkan sekular. Generasi ketiga
sekarang cuba untuk kembali mendekatkan diri dalam ajaran Islam sebagai
perkara yang sangat unggul dan mampu membawa manusia kembali ke ruang
perjalanan hidup yang hakiki.

Contoh petikan:
'Ada dua kesilapan di sini daddy." Cucuku akan segera menjawabnya. "Kesilapan
pertama kerana alim ulama yang kolot, yang melihat dunia seperti bangkai. Lalu
mereka menolak dunia. Padahal dunia ini, menurut Islam, adalah pangkalan atau
sebuah pelabuhan untuk mengaut kekayaan itulah modal untuk melakukan kebaikan
kepada manusia. Kewujudan ulama seperti inilah menjadi hujah golongan kita untuk
menolak pengajaran Islam, daddyku." "Kedua bagaimana?" Tanyaku dengan segera.
Sebenarnya, aku juga baru mendengar hujah ini daripada mulut cucuku. Mata cucuku
menyinarkan cahaya keriangan dan kecerdasan yang seolah-olah menerima segala
praktik Islam sebagai segala-galanya. Kesilapan kedua ialah cara pendidikan
yangnakan datang kini, daddyku. Aku diasingkan oleh pendidikan sekular seratus
peratus , sehingga saya tidak tahu kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Kalaulah
datuk tidak mendebatku tentu saja saya akan menjadi semakin jauh daripada moral
dan etika Islam itu."

Contoh kritikan

2. Penulis bijak mengupas mengenai kedudukan dan
ketinggian wanita.

"Sebenarnya cucuku tentang gundik itu ada satu istilah yang
disebutkan al-Quran iaiatu milkul yamin iaiatu wanita yang ditawan
dalam zaman perang. Wanita milkul yamin ini pada zaman
permulaan Islam dipelihara oleh jeneral-jeneral Islam. Waktu itu
tidak ada konsep penjara.

Perkara ini menunjukkan bahawa Islam sangat mengangkat
martabat kaum wanita dan kaum ini dijaga dengan baik.
Novel ini sekaligus mampu menjelaskan isu gundik yang
menjadi persoalan oleh segelintir manusia. Islam sebenarnya
sangat menjaga maruah kaum wanita.

Contoh kritikan

3. Penulis memberikan penjelasan yang utuh berkaitan
masalah aurat, masalah Sains dan agama, masalah

hukum hudud, masalah politik dan aspek-aspek dalam
al-Quran.

Pelbagai generasi perlu mendapatkan penjelasan yang jelas berkaitan isu-isu di
atas seperti hukum Hudud. Hukum Hudud bukanlah suatu hukuman yang kejam,
namun memberikan banyak pengajaran kepada pelaku dan orang ramai agar
tidak melakukan perbuatan mencuri.
Berkaitan masalah Sains dan agama, seseorang yang menelaah agama dan Sains
ini mampu mengenalpasti saling kaitan antara kedua-duanya dan seterusnya
menambahkan keimanan danlam diri.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version