INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
(EDUP3073)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ROSLAN
ANGKA GILIRAN 2020192340133
NO.KAD PENGENALAN 010603040191
KUMPULAN / UNIT F7 PISMP
KOD / NAMA KURSUS
TAJUK TUGASAN EDUP3073 / BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR PENULISAN AKADEMIK
PUAN SHARIZAN BINTI ABD HAMID
12 MEI 2022
1
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 33 3
2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH 3
MESRA BUDAYA FIZIKAL
4
3.0 EMOSI 5
4.0 SOSIAL 6
5.0 SOSIALINGUISTIK
3. 6.0 KESIMPULAN 66
1. PENGENALAN
2
Budaya murid-murid di rumah sangat mempengaruhi pembelajaran mereka di sekolah.
Hal ini demikian, rumah merupakan salah satu item dalam mikrosistem seperti yang telah
dinyatakan Teori Ekologi Bronfenbrenner. Budaya pelajar di rumah akan dibawa ke sekolah
dan membuatkan guru-guru perlu menghubungkan dan menangani budaya yang menjadi
amalan murid-murid di rumah dengan pelbagai cara. Hal ini disebabkan budaya yang berbeza
daripada setiap pelajar lebih-lebih lagi berlainan bangsa dan agama. Guru perlu lebih kreatif
supaya tidak berlaku ‘bias’ dalam layanan guru terhadap murid yang berbeza budaya.
Penulisan ini akan menjelaskan cara yang guru boleh lakukan dalam mengurus budaya dan
suasana bilik darjah bagi menghubungkan apa yang menjadi amalan murid di rumah dengan
apa yang diajar di kelas dan sekolah dan disertakan dengan teori-teori yang berkaitan.
Persoalannya, bagaimanakah guru membuat perancangan bagi mewujudkan persekitaran
bilik darjah mesra budaya berdasarkan aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik?
2. PERANCANGAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA BERDASARKAN ASPEK FIZIKAL.
Persekitaran fizikal bilik darjah merangkumi keadaan fizikal dan saiz bilik darjah, kedudukan
murid-murid, peralatan bilik darjah serta perhiasan dalam bilik darjah. Di samping ianya
bertujuan bagi guru untuk membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan
memberangsangkan (Che Nidzam Che Ahmad, 2010), hal ini turut memberi kesan dalam
interaksi, perhubungan antara dan sesama pelajar dan guru (Aladejana & Aderibigbe, 2007).
Guru boleh merancang kedudukan meja murid-murid dalam kumpulan dengan bilangan kaum
yang seimbang. Sebagai contoh, dalam kumpulan meja seramai lima murid setiap kumpulan,
guru boleh menetapkan maksimum dua murid daripada kaum Melayu atau Cina, dan baki tiga
ahli kumpulan perlulah seorang daripada setiap kaum Melayu atau Cina, India dan Orang Asli.
Hal ini bertujuan menggalakkan lagi kerjasama antara mereka di samping mendidik mereka
untuk menerima pandangan dan pendapat yang berbeza daripada setiap ahli kumpulan bagi
menghasilkan idea yang berkualiti dan menepati objektif Rancangan Pengajaran Harian.
Sebagai contoh, dalam proses menyiapkan tugasan berkumpulan, daripada segi laras
Bahasa, murid kaum Melayu dapat membantu dalam pembinaan ayat yang tepat kerana
mereka lebih mahir dalam Bahasa Malaysia. Hal ini kerana Bahasa Melayu merupakan
bahasa ibunda mereka. Murid kaum cina pula dapat membantu dalam penyusunan idea
secara sistematik dan teratur. Hal ini kerana dalam budaya masayarakat Cina, mereka lebih
3
mementingkan sifat keusahawanan. Keusahawanan adalah sifat seseorang individu yang
suka mengambil inisiatif, mengorganisasikan mekanisme sosial dan ekonomi dan menerima
segala kegagalan (Albert Shapero, 1975). Masyarakat seperti India dan Orang Asli dapat
menyumbang dari segi penghiasan produk atau projek bagi menampakkan unsur-unsur
kreativiti dalam ahli kumpulan. Hal ini kerana dalam budaya mereka terdapat perayaan yang
memupuk kreativiti seperti seni dalam diri seperti melukis corak dan gambar di atas lantai
menggunakan beras berwarna manakala kebanyakan orang asli pandai membuat kraftangan
menggunakan alam semula jadi seperti bakul daripada rebung dan rotan. Dengan ini, mereka
bukan sahaja dapat membuat hasil tugasan yang bermutu malah belajar untuk saling
melengkapi antara satu sama lain bagi meningkatkan pembelajaran kendiri.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti menghias kelas menggunakan perhiasan yang
bertemakan budaya yang ada di Malaysia. Contohnya, menampalkan bungkusan ketupat di
atap kelas iaitu makanan semasa menyambut perayaan Aidilfitiri bagi kaum Melayu, Terabai
dalam bentuk kertas iaitu perisai tradisional orang asli di dinding-dinding kelas, gambar
animasi kaum India sedang memakai Sari iaitu pakaian tradisional kaum India dan gambar
Naga atau Singa ‘Wu Shi’ iaitu binatang suci bagi kaum Cina di sekeliling kelas. Ini bukan
sahaja membuatkan murid berasa guru mengambil kira setiap kaum dengan adil malah
menimbulkan minat untuk ingin tahu tentang budaya-budaya yang ada selain dalam kaum
mereka sekaligus mewujudkan komunikasi antara mereka.
3. PERANCANGAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA BERDASARKAN ASPEK EMOSI.
Manusia memiliki berbagai emosi yang boleh berubah-ubah dan turut dipengaruhi oleh
keadaan persekitaran dan faktor lain. Dalam bilik darjah, emosi murid sering berubah
bergantung kepada layanan guru kepada mereka. Ini bermaksud. dalam membina bilik darjah
mesra budaya, guru perlulah melayani setiap pelajamya dengan adil tanpa memilih kasih atau
ada deskriminasi antara mereka. Dengan ini, murid akan lebih selesa dan gembira ketika sesi
pdp berlangsung.
Layanan adil tersebut juga mampu menjadikan para pelajar lebih aktif dalam pembelajaran
dan bebas memberikan pandangan atau berbincang Sekiranya seseorang guru itu berlaku
sebaliknya atau memberikan perhatian yang lebih kepada seorang atau satu kumpulan murid
sahaja, maka sifat cemburu akan muncul antara mereka dan ini merupakan suatu permulaan
yang negatif dalam membina bilik darjah mesra budaya. Contohnya, dalam pengajaran
beberapa subjek seperti Sains dan Matematik, guru boleh menggunakan ‘Dual Langguage’
iaitu penggabungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
4
semasa guru mengajar. Hal ini kerana, dalam budaya masyarakat Cina dan India, mereka
lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris selain bahasa ibunda ketika berkomunikasi
antara mereka. Ini bukan sahaja memudahkan pemahaman murid selain Kaum Melayu dan
orang asli untuk memahami pengajaran oleh guru malah menambah kemahiran murid untuk
mempraktikkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kedua di negara kita.
Penguasaan Bahasa Inggeris adalah perlu bagi menarik pelaburan dengan nilai tambah yang
lebih tinggi, sekali gus membolehkan negara bergerak pantas ke arah mencapai ekonomi
pengetahuan dengan pendapatan yang lebih baik (Soh Thian Lai, 2019).
Di samping itu, guru perlu mewujudkan suasana yang selamat dan saling mempercayai. Hal
ini melalui kepekaan guru terhadap perubahan keadaan dalam kelas atau diri murid.
Perubahan pada tingkah laku mereka seperti mendiamkan diri selalunya disebabkan oleh
gejala buli misalnya mengejek. Contohnya, berdasarkan pengalaman, ejekan yang selalu
didengari di sekolah adalah daripada murid kaum Melayu yang menghina kaum Cina kerana
memakan daging khinzir yang merupakan binatang haram untuk disentuh atau di makan oleh
warga Islam. Maka dalam hal ini, guru perlu bertindak pantas dengan memberikan hukuman
atau bimbingan kepada murid tersebut supaya dia mendapat pengajaran dan sedar akan
perbuatan salah itu di samping mengelakkan perselisihan faham berlaku.
4. PERANCANGAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA BERDASARKAN ASPEK SOSIAL.
Murid merupakan golongan kanak-kanak di mana mereka akan mengikuti apa yang mereka
lihat dan perhatikan (Albert Bandura, 1977). Dalam bilik darjah, mereka akan memerhatikan
segala tingkah laku guru samaada di dalam atau luar bilik darjah. Maka, guru seharusnya
menjadi teladan yang baik kepada murid. Misalnya, bergaul mesra dengan guru kaum lain,
saling bantu membantu antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas tanpa mengira
kaum dan sebagainya. Dengan ini, guru akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangan murid seperti saling hormat-menghormati dan tidak mendahulukan atau memberi
keutamaan kepada kaum sendiri dalam menghulurkan bantuan. Maka, tiada deskriminasi
yang berlaku di sekolah. Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap
individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu
berkenaan (Sears, Freedman & Peplau, 1999).
5
5. PERANCANGAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA BERDASARKAN ASPEK SOSIOLINGUISTIK.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiolinguistik didefinisikan sebagai kajian bahasa
dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Ianya juga merujuk kepada
bidang ilmu yang mengkaji ciri dan fungsi kepelbagaian bahasa serta pengaruh yang dibawa
oleh budaya dalam sesuatu bahasa (Noriati, 2017). Ini menunjukkan bahawa bahasa
berkembang mengikut penempatan yang didiami oleh penunturnya. Contoh, negara Malaysia
mempunyai pelbagai bahasa berdasarkan kepelbagaian rakyat yang berbilang kaum dan
budaya. Namun, Bahasa Melayu masih dikekalkan sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu,
guru sewajarnya menjalankan aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan murid tidak
mengira kaum dalam kemahiran bertutur bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
Contohnya, aktiviti berpidato, bercerita dan bersajak atau melakukan lakonan serta sketsa
ringkas tentang kaum lain. Ini bukan sahaja dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa murid
malah menambah ilmu pengetahuan mereka tentang budaya kaum yang ada di Malaysia.
6. KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang
terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti PdP. Kita sebagai guru bukan sahaja berperanan sebagai
pendidik, malah kita juga berperanan sebagai pemudah cara, pembimbing dan perancang
untuk memastikan anak didik kita mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam
semua bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu
medium yang terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh
memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk
memastikan konsep bilik darjah mesra budaya dapat dicapai dan seterusnya mampu
melahirkan modal insan minda kelas pertama di sekolah.
6
RUJUKAN
Ahmad, C. N. C., Noh, N. M., Adnan, M., Putih, M., & Ibrahim, M. H. (2013). Pengaruh
persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 6, 0.
Penguasaan Bahasa Inggeris penting untuk ekonomi pengetahuan. Astroawani.com. (2019).
Retrieved April 30, 2022, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penguasaan-
bahasa-inggeris-penting-untuk-ekonomi-pengetahuan-213007
Lovelace, M. K. (2005). Meta-analysis of experimental research based on the Dunn and Dunn
model. The Journal of Educational Research, 98(3), 176-183.
Carian Umum. (2017). Retrieved April 30, 2022, from
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=diskriminasi
Osman, Z. (2016). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan lagu Didi &
Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 49-60.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Tahun 5.(2017). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
7
8