Disediakan untuk : Puan Mazillah bint MatJusoh DISARAWAK Disediakan oleh : Mohammad Danish Mifzal B. Mohammad Rahimi Kelas : 3 ASPIRASI No Kad Pengenalan : 080325-14-0443 SEJARAH -TINGKATAN 3 BAB 5 TOPIK 1 : LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN TEMPATAN TOPIK 2 : PELUASAN KUASA DINASTI BROOKE KBAT 1 : SISTEM PENTADBIRAN TEMPATAN DI SARAWAK BANYAK DIPENGARUHI OLEH KESULTANAN BRUNEI. BAGAIMANAKAH SISTEM PENTADBIRAN DI SARAWAK DI AMALKAN KETIKA ITU? KBAT 2 : JAMES BROOKE MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP MASALAH PEMERINTAHAN DI SARAWAK. APAKAH STRATEGI YANG DIGUNAKAN JAMES BROOKE UNTUK MENDAPATKAN KUASA PEMERINTAHAN? BAB 5
PENGHARGAAN - Sejarah Bab 5
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. saya Mohammad Danish Mifzal bin Mohammad Rahimi telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan Kerja Kursus Sejarah yang telah ditugaskan kepada saya. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Mazillah binti Mat Jusoh kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mohammad Rahimi Bin Aziz dan Puan Mardhiyah Binti Abu Bakar kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya daripada Kelas 3 Aspirasi kerana telah bekerjasama dan membantu menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna. Sekian, terima kasih. P E N G H A R G A A N
OBJEKTIF KAJIAN - Sejarah Bab 5
Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif yang ingin saya capai. Antara objektif tersebut adalah untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang Pentadbiran Barat di Sarawak. Begitu juga, saya dapat memahami tentang latar belakang pemerintahan tempatan di Sarawak. Maklumat yang direkodkan membolehkan saya mengenali sistem kesukuan dan sistem pentadbiran tempatan di negeri tersebut dengan lebih mendalam lagi. Melalui kajian ini juga, saya memperoleh pengetahuan dan pengalaman luas tentang strategi yang digunakan oleh James Brooke untuk mendapatkan kuasa pemerintahan di Sarawak. Saya banyak menggunakan sumber rujukan daripada buku teks, internet dan temubual dengan jiran saya yang berasal dari Sarawak dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Saya akan menganalisis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan Sistem Pentadbiran Barat di Sarawak untuk memastikan dapatan saya tepat dan jelas. Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negeri ini mempunyai pelbagai kaum etnik, budaya dan kepercayaan tradisional yang menjadi warisan dan identiti masyarakat negeri Sarawak. Seterusnya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan pentadbiran negeri Sarawak. Usaha perlu terus digembeling untuk mengekalkannya agar generasi akan datang berpeluang mewarisinya. Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. O B J E K T I F K A J I A N
KAEDAH KAJIAN - Sejarah Bab 5
Saya telah menggunakan 3 kaedah untuk melaksanakan kerja kursus sejarah ini. Kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah: 1. Kaedah rujukan daripada sumber Internet Saya memilih kaedah ini sebagai sumber utama untuk mengumpul maklumat kerana mudah diperolehi, menjimatkan masa, tepat dan terkini. Melalui kaedah ini, saya memperolehi maklumat yang lebih jelas dan fakta yang dikemaskini oleh pakar-pakar sejarah tempatan. Untuk menjalankan kaedah ini, saya juga telah melayari internet untuk merujuk pelbagai sumber yang sahih dan laman sesawang yang berkaitan dengan negeri Sarawak. 2. Kaedah rujukan daripada sumber bacaan Saya juga telah menggunakan buku teks Sejarah Tingkatan 3, buku latihan rujukan Sejarah Tingkatan 3 dan buku rujukan Negeri Sarawak bertajuk; Menelusuri Lembah Sungai Sarawak untuk mendapatkan maklumat berkenaan kajian saya. 3. Kaedah rujukan daripada sumber YouTube. Saya telah melayari beberapa Channel Youtube berkenaan Pentadbiran Barat di Sarawak untuk dijadikan sebagai sumber rujukan berbentuk audio dan visual. Melalui sumber ini, saya lebih memahami berkenaan sistem pemerintahan negeri Sarawak dengan lebih jelas. Ini kerana ianya disampaikan oleh guru dan pakar sejarah yang berpengalaman. Berikut adalah link yang digunakan: Link Youtube 1 : https://youtu.be/abXWnRjGFdI?si=A2tK6FCyKUqMHc1j Link Youtube 2 : https://youtu.be/Lp_EjnSvgzU?si=__xNfdoO2k1vHcba Link Youtube 3 : https://youtu.be/you-2Xg00E4?si=TWaTB-rauoFm0VHx K A E D A H K A J I A N
DAPATAN KAJIAN - Sejarah Bab 5
TOPIK 1 LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN TEMPATAN - Sejarah Bab 5
PENGENALAN ASAL USUL SARAWAK Mengikut cerita penduduk tempatan, nama Sarawak dikatakan berasal daripada dua kisah iaitu: 1. Sempena nama “Serah kepada Awak” Pada abad ke-18, di bahagian hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni oleh penduduk tempatan. Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan. Apabila Brunei ingin menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat mengalu-alukannya. Mereka sering menyebut perkataan “ serah kepada awak”. Lama-kelamaan perkataan tersebut diringkaskan menjadi Sarawak. Nama Sarawak kemudiannya kekal sehingga kini. 2. Nama daripada buah Nanas Di kawasan Batu Kawa terdapat banyak tanaman nanas. Nanas tersebut amat manis dan enak rasanya. Nanas ini dikenali sebagai “ nanas Sarawak”. Oleh sebab kawasan ini banyak nanas Sarawak, maka nama kawasan ini dinamai “Sarawak” sempena nama nanas tersebut. D A P A T A N K A J I A N Bendera lama Sarawak Bendera baru Sarawak
1. Kawasan Pesisiran Pantai berada di bawah Kesultanan Brunei. Pangeran Indera Mahkota dilantik sebagai wakil Sultan untuk mentadbir kawasan ini. Beliau dibantu oleh 3 orang pembesar tempatan iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar 2. Kawasan Pedalaman terdapat banyak rumah panjang di kawasan ini. Setiap rumah panjang ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang. SISTEM PENTADBIRAN Masyarakat tempatan di Sarawak telah mempunyai sistem pemerintahan yang berkesan sebelum kemunculan kuasa Barat. Melalui sistem pemerintahan ini, keharmonian dan kemakmuran telah tercapai di Sarawak dan menjadi panduan dalam perkembangan ekonomi, sosial dan politik masyarakat tempatan. PENTADBIRAN AWAL DI SARAWAK Pentadbiran awal di Sarawak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 1. 1. D A P A T A N K A J I A N
LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN TEMPATAN DI SARAWAK Sarawak telah mempunyai sistem pemerintahan yang berkesan sebelum kedatangan kuasa-kuasa luar dan sistem ini membawa kestabilan, keharmonian dan kemakmuran KAUM DI SARAWAK Penduduk Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang dibahagikan mengikut kawasan seperti pesisiran pantai, pedalaman dan muara sungai. D A P A T A N K A J I A N
Pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat SISTEM PENTADBIRAN TEMPATAN a) Sistem Kesukuan D A P A T A N K A J I A N
Pengaruh Kesultanan Brunei ketara di Sarawak b) Sistem Pentadbiran tempatan D A P A T A N K A J I A N
Sistem Kedatuan di Sarawak b) Sistem Pentadbiran tempatan D A P A T A N K A J I A N
Kemunculan Pemerintahan Tempatan Sarawak a) Kepimpinan Kesukuan 1) Ketua kaum Iban – Tuai Rumah 2) Ketua kaum Kayan – Kelunan Maren/Hipun Uma 3) Ketua kaum Kenyah – Peran Lepo 4) Ketua kaum Kelabit – Laih Rayeh b) Kerajaan – terdapat kerajaan di kawasan lembah sungai, iaitu Sawaku, Samodong, Kalka, Saribas dan Melano c) Wakil Raja – penduduk di kawasan pesisir pantai dipengaruhi oleh kerajaan Srivijaya, Brunei dan Majapahit – kerajaan berpusat i) Sawaku – Santubong ii) Samadong – Sungai Samarahan iii) Kalka – Kuala Sungai Krian – membentuk kerajaan sendiri dengan mengelarkan Raja sebagai Datu, Datu Abang dan Dayang – KMB mengekalkan sistem pemerintahan kerajaan melayu di Sarawak kecuali kaum Dayak diberi gelaran orang kaya. D A P A T A N K A J I A N
SOALAN KBAT 1 sistem pentadbiran tempatan di sarawak banyak dipengaruhi oleh kesultanan brunei. bagaimanakah sistem pentadbiran di sarawak di amalkan ketika itu? - Sejarah Bab 5Sistem pentadbiran tempatan di Sarawak banyak dipengaruhi oleh Sistem Pentadbiran Kesultanan Brunei. Sistem pentadbiran dipecahkan kepada tiga bentuk; iaitu Sungai Kerajaan, Sungai Tulin dan Sungai Kuripan. Pentadbiran Sarawak dijalankan oleh pembesar tempatan yang menjadi wakil Sultan atau pembesar yang memiliki wilayah tersebut. Kawasan sungai di Sarawak di takbir oleh Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung sebagai wakil kepada Sultan Brunei. Kawasan pendalaman pula di tadbir oleh Orang Kaya (O.K) seperti O.K. Beti di Padeh, O.K. Antau di Rimbas, O.K. Jugah di Lundu dan O.K. Gasing di Skrang. Akhir sekali kuasaKesultanan Brunei di Sarawak adalah berasaskan kepada sistem penguasaan tanah.
TOPIK 2 : PELUASAN KUASA DINASTI BROOKE - Sejarah Bab 5
PENGENALAN KEDATANGAN KUASA LUAR KE SARAWAK Sebelum abad ke 19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Namun begitu, James Brooke, seorang rakyat British dan pedagang persendirian telah berjaya menguasai Sarawak selepas membantu Pengiran Muda Raja Hashim, wakil Sultan Brunei menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan. Mengikut perjanjian, Sarawak akan diserahkan kepada Brooke jika beliau berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. Brooke kemudiannya berjaya menewaskan pemberontakan tersebut. Akan tetapi, Pangeran Muda Hashim telah mengingkari janjinya. Akibat tidak berpuas hati, Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei dengan membawa bersama kapal perang dan senjata untuk mempamerkan kekuatannya. Akibat bimbang dengan kekuatan yang dimiliki oleh Brooke, Sultan Brunei akhirnya bersetuju menyerahkan Sarawak kepada James Brooke. James Brooke memakai gelaran Gabenor Sarawak dan memerintah secara dinasti. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama 100 tahun iaitu dari tahun 1841 hingga 1941. D A P A T A N K A J I A N
Peluasan kuasa di lakukan oleh pihak persendirian, James Brooke Tertarik untuk menguasai Sarawak kerana kaya dengan sagu, antimoni dan emas Alasan perpecahan politik dan kegiatan pelanunan digunakan oleh James Brooke untuk kuasai Sarawak daripada Kesultanan Brunei Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang penting. Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota ke kawasan ini sebagai pembesar Brunei untuk menguasai ekonomi. Tahun 1820: Masyarakat Melayu bertumpu di Lidah Tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak. Kawasan ini menjadi pusat perdagangan dan pentadbiran kerana strategik. Mampu mengawal kegiatan prdagangan sungai dan kawasan pedalaman. SARAWAK KETIKA KEHADIRAN JAMES BROOKE PELUASAN KUASA REJIM BROOKE DI SARAWAK SARAWAK KETIKA KEHADIRAN JAMES BROOKE Beberapa individu yang terlibat dalam percaturan politik dan pemerintahan di Sarawak antara 1830-an hingga 1840-an: D A P A T A N K A J I A N
D A P A T A N K A J I A N
D A P A T A N K A J I A N
D A P A T A N K A J I A N a) Rundingan James Brooke berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim apabila diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak Dalam rundingan Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James Brooke dan tawaran ini dilakukan sebanyak 2 kali sebelum James Brooke menerimanya b) Ugutan JAMES BROOKE MENDAPATKAN KUASA PEMERINTAHAN
D A P A T A N K A J I A N c) Perjanjian Dua perjanjian terpenting berlaku pada tahun 1841 dan 1842 JAMES BROOKE MENDAPATKAN KUASA PEMERINTAHAN d) Ketenteraan James Brooke turut menggunakan kekuatan ketenteraan dalam usahanya untuk mendapatkan kuasa di Sarawak Bantuan ketenteraan diperoleh melalui sokongan kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British Kapal ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun ynag mengganggu pedagangan dan ketenteraman Sarawak
D A P A T A N K A J I A N Setelah memperoleh Sarawak, James Brooke berusaha mengukuhkan kuasanya PENGUKUHAN KUASA JAMES BROOKE
D A P A T A N K A J I A N Setelah memperoleh Sarawak, James Brooke berusaha mengukuhkan kuasanya KRONOLOGI PELUASAN KUASA DINASTI JAMES BROOKE
D A P A T A N K A J I A N Setelah memperoleh Sarawak, James Brooke berusaha mengukuhkan kuasanya KRONOLOGI PELUASAN KUASA DINASTI JAMES BROOKE
D A P A T A N K A J I A N Setelah memperoleh Sarawak, James Brooke berusaha mengukuhkan kuasanya KRONOLOGI PELUASAN KUASA DINASTI JAMES BROOKE
SOALAN KBAT 2 james brooke mengambil kesempatan terhadap masalah pemerintahan di sarawak. APAKAH STRATEGI YANG DIGUNAKAN JAMES BROOKE UNTUK MENDAPATKAN KUASA PEMERINTAHAN? - Sejarah Bab 5James Brooke mengambil kesempatan terhadap terhadap masalah pemerintahan di Sarawak dengan menggunakan 4 strategi. Strategi pertama adalah melalui rundingan dimana apabila James Brooke berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim, beliau diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak. Dalam rundingan ini Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James Brooke dan tawaran ini dilakukan sebanyak dua kali sebelum James Brooke menerimanya. Strategi kedua yang digunakan oleh James Brooke adalah melalui ugutan dimana sebanyak dua kali ugutan dilakukan. pertama, terhadap Pengiran Raja Muda Hashim yang cuba berdolak dalik dan tidak bersetuju dengan rundingan yang dilakukan sebelumnya iaitu menyerahkan Sarawak kepadanya dimana bersedia menyerang Pengiran Raja Muda Hashim di Kuching. Ugutan kedua pula dilakukan secara tidak langsung kepada pemerintah Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin apabila James Brooke hadir ke Brunei di iringi tentera laut British. Tindakan tersebut menyebabkan Sultan bersetuju menyerahkan Sarawak kepada James Brooke. Strategi ketiga ialah melalui perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian 1841 antara JAmes Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim dan Perjanjian 1842 antara JAmes Brooke dengan Sultan Brunei. Strategi yang terakhir ialah melalui ketenteraan. James Brooke menggunakan kekuatan ketenteraan dalam usahanya untuk meluaskan kuasa diSarawak, dimana bantuan kapal HMS Dido yang dimiliki oleh tentera laut British telah di perolehi. Kapal ini telah digunakan untuk memerangi ancaman lanun yang menggganggu perdagangan dan ketenteraman Sarawak
RUMUSAN - Sejarah Bab 5
R U M U S A N RUMUSAN Setelah menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa saya memperoleh pengetahuan yang lebih jelas mengenai sistem pemerintahan tempatan dan peluasan kuasa Dinasti Brooke di Sarawak. Saya juga mendapati bahawa setiap sistem pemerintahan perlu mempunyai takbir urus govenan yang lengkap dan sistematik. Kegagalan sebuah pemerintahan mempunyai struktur govenan yang baik boleh menjatuhkan institusi pentadbiran pemerintahan tersebut kerana boleh dirosakkan oleh anasiranasir luar seperti tekanan sosioekonomi dan sosiopolitik daripada negara kuasa besar. Di samping itu juga, saya mendapati kelemahan sistem pemerintahan tempatan di Sarawak telah menyebabkan kejatuhan dimana Dinasti Brooke dengan mudah memberi tekanan kepada pemerintah ketika itu melalui beberapa strategi dan bantuan daripada tentera laut British. Akhir sekali, kestabilan sistem pemerintahan boleh menjamin hubungan baik antara negara dan seterusnya boleh meningkatkan ekonomi dan pembangunan infrastuktur negara.
RUJUKAN - Sejarah Bab 5
R U J U K A N RUJUKAN 1.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 Penulis: Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil Tahun cetakan: 2018 Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Jumlah mukasurat: 230 2.Buku - Judul: Menelusuri Lembah Sungai Sarawak Sebelum 1840an Penulis: Tom McLaughlin, Suriani Sahari Tahun cetakan: 2019 Penerbit: FK Creative Resources Sdn. Bhd. Jumlah mukasurat: 340 3. Internet https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-05-01/KSSM-F3-SJ-07-05-01 https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-08-10-02/KSSM-F2-SJ-06-04-02 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sarawak http://eborneo.dbp.gov.my/sarawak.html http://studentsrepo.um.edu.my/468/2/BAB1.pdf https://mohdharmanmdrodzi.wordpress.com/mata-pelajaran-kajiantempatan/topik-2-sejarah-sarawak/ 4. Youtube https://youtu.be/abXWnRjGFdI?si=A2tK6FCyKUqMHc1j https://youtu.be/Lp_EjnSvgzU?si=__xNfdoO2k1vHcba https://youtu.be/you-2Xg00E4?si=TWaTB-rauoFm0VHx
LAMPIRAN - Sejarah Bab 5
L A M P I R A N
L A M P I R A N
L A M P I R A N
L A M P I R A N
L A M P I R A N
L A M P I R A N
L A M P I R A N