The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SABRINA, 2022-05-31 11:05:48

RAFAEL FIRDOUSY BIN MASOUD

SKPP 18(1)

Rafael Firdousy bin
Masoud

1

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1. Muka Depan
2. Isi Kandungan 1
3. Profil Peribadi Murid 2
4. Borang Folio Calon – NILAM 04 3-6
5. Senarai Pencapaian dan Penglibatan Aktiviti Kurikulum dan 7-13

Kokurikulum 14-15
6. Salinan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021 / ujian
16-18
terhampir / PBD
7. Salinan Sijil-sijil Penyertaan / Pencapaian tahap tertinggi 19-24
8. Gambar Penglibatan dalam Aktiviti / Program / Pertandingan
25-29
Kokurikulum
9. Salinan rekod kutipan data NILAM interim calon 30-34
10. Ulasan buku / sinopsis yang dipilih untuk rakaman 35-40

2
2

PROFIL
PERIBADI

MURID

3
3

4
4

KAD PENGENALAN
5

KAD OKU
6

BORANG
FOLIO
CALON –
NILAM 04

7
7

8
8

9
9

10
10

11
11

12
12

13

SENARAI
PENCAPAIAN

DAN
PENGLIBATAN

AKTIVITI
KURIKULUM DAN
KOKURIKULUM

14
14

Pertandingan e-Nilam 2021 (GANGSA) (Peringkat
PUTRAJAYA)
Anugerah Murid Aktif PDPR (JOHAN)
Pertandingan Tadbir Raya (GANGSA)
Anugerah Murid Aktif PdPR 2021 (JOHAN)
Pertandingan Ulat Bahasa (NAIB JOHAN Berkumpulan)
Pertandingan Pantun (GANGSA)
Hari Kerjaya 2019 (NAIB JOHAN Pakaian Terbaik)
Larian Sedekad 8teen One 3.5 Km Disney & Superheroes
2019 – Finisher

15
15

SALINAN
KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN
TAHUN 2021 /
UJIAN
TERHAMPIR /
PBD

16
16

17
17

18
18

SALINAN
SIJIL-SIJIL
PENYERTAAN
/ PENCAPAIAN

TAHAP
TERTINGGI

19
19

20
20

21
21

22
22

23
23

24
24

GAMBAR
PENGLIBATAN
DALAM
AKTIVITI /
PROGRAM /
PERTANDINGAN
KOKURIKULUM

25
25

Rajah 1 dan 2: Program Jom Baca 10 Minit 2022

26

Rajah 3: Anugerah Murid Aktif PdPR 2021 (Juara)

Rajah 4: Pertandingan Ulat Bahasa (Naib Johan Berkumpulan)

27

Rajah 5: Pertandingan Pantun (Pemenang Tempat ke-3)

Rajah 6: Hari Kerjaya 2019 (Tempat Ke-2 Pakaian Terbaik)

28

Rajah 7: Larian Sedekad 8teen One 3.5 Km Disney & Superheroes 2019 –
Finisher

29

SALINAN
REKOD
KUTIPAN
DATA NILAM
INTERIM
CALON

30
30

31
31

32
32

33
33

34
34

ULASAN BUKU
/ SINOPSIS
YANG DIPILIH
UNTUK
RAKAMAN

35
35

TAJUK BUKU : NABI MUHAMMAD – KISAH RASUL UNTUK ADIK-ADIK
PENULIS : OTHMAN RAMLI

PERIHAL BUKU

Kisah Nabi Muhammad ini merupakan salah satu daripada 25 kisah yang
terkandung dalam buku yang bertajuk Kisah Rasul Untuk Adik-adik. Buku ini
disusun oleh Othman Ramli dan diterbitkan oleh Sarjana Media Sdn Bhd pada
tahun 2011. Kisah Nabi Muhammad ini diterbitkan pada mukasurat 131 sehingga
151 daripada keseluruhan buku ini yang mengandungi sebanyak 153 mukasurat.
Kisah ini menceritakan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW bermula kelahiran
Baginda, kehidupan sebelum kenabian, setelah Baginda dilantik menjadi Rasul dan
sehinggalah kewafatan Baginda.

SINOPSIS

Secara ringkasnya, Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun
Gajah, bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib seorang peniaga dari keturunan Quraisy
dari golongan Bani Hasyim dan ibunya pula bernama Aminah binti Wahab. Bapanya
meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya dan dimakamkan di
Madinah. Nabi Muhammad SAW disusukan oleh Halimatus Saadiah. Sepanjang
memelihara Baginda selama 4 tahun, Halimatus Saadiah menyedari binatang
ternakannya banyak membiak, tanaman semakin subur dan keadaan ekonominya
bertambah baik. Pada usia 6 tahun Nabi Muhammad SAW menjadi yatim piatu
setelah ibunya Aminah meninggal dunia di Abwa’ ketika pulang dari menziarahi
pusara ayah Nabi di Madinah. Selepas 2 tahun dipelihara oleh datuknya Abdul
Mutalib, datuknya meninggal dunia. Setelah itu, Nabi Muhammad SAW dipelihara
pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Peribadi Nabi Muhammad SAW telah terserlah semenjak dari kecil hinggalah
meningkat dewasa. Baginda mendapat gelaran Al-Amin yang bermaksud insan yang
amat dipercayai. Dalam satu peristiwa pembaikan Kaabah, Nabi Muhammad SAW

36

berjaya menyelesaikan pertelingkahan ketua-ketua puak di Mekah berkenaan
perletakan Hajarul Aswad di tempat asal.

Nabi Muhammad SAW mengahwini Khadijah seorang peniaga jutawan yang
tertarik dengan pekerti Rasulullah SAW. Di samping berniaga, Nabi Muhammad
SAW sering mengasingkan diri di Gua Hira’ untuk beribadat di mana Baginda
menerima wahyu pertama daripada Jibril as. Nabi Muhammad SAW menyampaikan
dakwah secara bersembunyi selama 3 tahun sehinggalah turunnya wahyu
memerintahkan agar dakwah dijalankan secara terbuka. Ujian kepada dakwah Nabi
Muhammad SAW berlaku apabila dua insan kesayangannya iaitu Abu Talib dan
Khadijah meninggal dunia pada tahun yang sama. Setelah 13 tahun berdakwah di
Kota Mekah, Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Nabi Muhammad SAW
berdakwah selama 10 tahun di Madinah.

Antara peperangan yang dilalui Baginda ialah Perang Badar, Uhud, Khandak
dan lain-lain. Dalam menyampaikan dakwahnya, Baginda telah dikurniakan pelbagai
mukjizat dan yang terbesar adalah Al-Quran.

Pada penghujung usia, Baginda telah menunaikan haji yang telah dikenali
sebagai Haji Perpisahan@Wida’ di mana khutbah terakhir iaitu Khutbah Wida’
disampaikan. Tiga bulan setelah sekembalinya ke Madinah, Nabi Muhammad SAW
telah menghidapi sakit demam. Nabi Muhammad SAW wafat ketika usianya 63
tahun iaitu pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

NILAI MURNI

I. PERIBADI MULIA -

Nabi Muhammad SAW merupakan utusan yang membawa rahmat kepada seluruh
alam. Baginda menerima didikan terus daripada Allah SWT. Ini sesuai dengan
peranan Baginda sebagai utusan yang dicontohi keperibadiannya dan yang diikuti
ajarannya. Berikut beberapa contoh sifat mulia diri Baginda:

a) Amanah :
Berkat sifat jujur dan amanah, Baginda menerima gelaran Al-Amin oleh
penduduk Mekah sejak zaman sebelum kenabian lagi.

37

b) Kuat semangat :
Tentangan yang diterima daripada kaumnya sendiri serta kewafatan insan-
insan tersayang Baginda tidak melemahkan semangat Baginda dalam
menyebarkan dakwah Islam.

c) Bijaksana :
Baginda menyelesaikan persengketaan ketua-ketua puak di Mekah yang
bertelagah tentang peletakan semula Hajarul Aswad semasa pembaikan
Kaabah dengan penyelesaian yang diterima baik oleh semua pihak.

d) Penyayang :
Baginda bersikap pemaaf terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mereka
yang menentang Baginda berdakwah dan sikap ini banyak menarik orang
kafir kepada agama Islam. Baginda juga sering memikirkan umatnya malah
meninggalkan pesanan yang sangat berharga melalui Khutbah Wida’
sebelum kewafatannya sebagai panduan hidup umat Islam.

II. KEPIMPINAN -
a) Kepentingan Strategi :

Berdasarkan kisah Baginda kita dapat mempelajari kepentingan menyusun
strategi dalam melaksanakan sesuatu. Contoh kepentingan strategi daripada
kisah ini:

i. Pengalaman mengembala kambing semasa Baginda kecil banyak mendidik
sifat sabar yang menyediakan diri Baginda untuk tugas-tugas kenabian.

ii. Mengambil pengajaran daripada kegagalan penghijrahan ke Taif, selepas
pengalaman itu Baginda lebih berhati-hati dalam menyusun gerak kerja
menyampaikan dakwah kepada penduduk Madinah.

b) Idea Kreatif dalam Kepimpinan :
i. Untuk melepaskan kepungan orang Quraisy ketika malam Baginda ingin

memulakan perjalanan Hijrah ke Madinah, Baginda telah digantikan oleh Ali di
tempat tidur. Ali terpilih kerana keselamatannya yang dianggap terjamin

38

disebabkan kedudukannya sebagai anak kepada Abu Talib yang disegani oleh
orang Quraisy.
ii. Memilih laluan yang berbeza daripada kebiasaan ketika dalam perjalanan ke
Madinah untuk mengelak daripada mudah ditemui musuh

c) Sifat pengasih kepada umat yang dipimpin :
Walau pun kedudukan Baginda telah terjamin di sisi Allah, Baginda masih lagi
memikirkan keselamatan umatnya sehingga di saat kewafatan Baginda. Demi kasih
kepada umat yang akan ditinggalkan, Baginda meninggalkan pesanan penting
dalam Khutbah Wida’.

KAITAN DENGAN ISU SEMASA
I. Isu keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan di kalangan masyarakat.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membentuk akhlak yang baik dalam diri
manusia biarlah dari usia muda. Nabi Muhammad SAW ialah contoh ikutan
berperibadi mulia yang terbaik.

II. Nabi Muhammad SAW tersenarai sebagai nombor satu dalam Senarai Manusia
Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh penulis Barat, Michael H.Hart di dalam
bukunya The 100: A Ranking of The Most Influential Persons in History. Orang
bukan Islam juga mengiktiraf Nabi Muhammad SAW.

III. Terdapat media antarabangsa yang berusaha melabelkan Islam sebagai agama
pengganas. Mereka berusaha menutup kebaikan Islam dengan perkara yang
tidak benar contohnya penaklukan Israel ke atas Palestin. Namun usaha ini
hanya lebih menarik golongan bukan Islam untuk lebih mengenali Islam yang
sebenar melalui ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Bilangan
masyarakat Barat yang memeluk agama Islam semakin lama semakin
bertambah.

39
39

TAMAT

40
40


Click to View FlipBook Version