The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-11-01 01:05:52

249348_1

249348_1

KOLOKIUM

PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN 2017

DAN MAJLIS GRADUASI KURSUS INDUKSI ASAS GURU BUKAN OPSYEN (KIA GBO)
BAHASA MELAYU KOHORT 3/2017

ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

DENGAN KERJASAMA

GURU AKTIF 1 SELANGOR – GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

TEMPAT
HOTEL MERRIDA KLANG

TARIKH
2 NOVEMBER 2017

Tn. Hj. Salleh bin Kassim SIS PEMBUKAAN RASMI
Pengarah JPN Selangor

PENUTUPAN RASMI
Tn. Hj. Azhar Bin Ayob Koodinator Persekutuan DUN Sementa

TEMA
MELESTARIKAN PENGAJARAN GURU MELALUI PEMERKASAAN

PENDIDIKAN BERKUALITI

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

ISI KANDUNGAN Muka
surat
Bil Kandungan
2
1 Kata Alu-aluan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor 3
2 Kata Alu-aluan Penaung Pegawai Pendidikan Daerah Klang 4
3 Rasional, Tema dan Objektif Kolokium 5
4 Atur cara Seminar 6
5 Jadual Pembentangan Selari 10
6 Abstrak 29
7 Senarai Peserta KIA GBO BM 3/2017 31
8 Jawatankuasa Kolokium (Induk dan Pelaksana) 33
9 Penghargaan 34
10 Autograf

1 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN , JABATAN PENDIDIKAN DAERAH KLANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam Sehati Sejiwa. Segala puji dan syukur yang setulusnya,
dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, lantaran di bawah lembayung rahmat dan
keredhaan-Nya. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat
menjayakan Program Transformasi Daerah : Kolokium Pelestarian Pendidikan
Berkesan & Majlis Graduasi Kursus Induksi Asas Guru Bukan Opsyen (KIA GBO)
Bahasa Melayu 3/2017. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para peserta
yang membentang pada hari ini atas usaha gigih anda menjalankan kajian-kajian
penyelidikan di peringkat sekolah sehingga berjaya dikongsikan bersama rakan-rakan sejawat dalam
pembentangan pada hari ini. Walaupun kajian-kajian ini dijalankan pada skala kecil, ia sebenarnya dapat
membantu sekolah dalam menambahbaik perkhidmatan yang ditawarkan kerana isu yang dibincangkan
berkisar tentang hal ehwal sekolah itu sendiri.

Saya berharap, penyelidikan yang telah anda jalankan tidak berhenti pada takat ini sahaja, malah kajian-kajian
seterusnya yang lebih mendalam, akan menyusul pada masa akan datang. Sememangnya dalam sesebuah
institusi pendidikan, penyelidikan merupakan faktor terpenting dalam menjadikan institusi sebagai satu badan
yang dinamik, progresif dan inovatif, sejajar dengan tema kolokium pada kali ini iaitu ‘Pelestarian Pendidikan
Berkesan’. Justeru, saya berharap agar penyelidikan ini akan menjadi budaya dalam kalangaan warga pendidik.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada jawatan kuasa kerja yang telah
bertungkus-lumus menjayakan program ini dalam masa yang begitu singkat. Usaha dan komitmen yang anda
curahkan bagi menjayakan program ini telah memberikan kebaikan yang banyak kepada semua pihak yang

hadir pada hari ini. Mudah-mudahan usaha anda ini mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

Sekian, Wassalamualaikum wbt.

HAJI MOHD SALLEH BIN MOHD KASSIM, S.I.S

Pengarah Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Selangor.

2 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, julung-julung kali
kita dapat menjayakan Program Transformasi Daerah : Kolokium Pelestarian
Pendidikan Berkesan & Majlis Graduasi Kursus Induksi Asas Guru Bukan Opsyen (KIA
GBO) Bahasa Melayu 3/2017. Kolokium ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada warga pendidik suasana pembentangan ilmiah kertas kerja hasil
daripada kajian dan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh guru-guru dalam
bidang masing-masing, disamping sebagai wadah untuk menyebar luas hasil kajian
tindakan yang telah dilaksanakan. Majlis Graduasi Kursus Induksi Asas Guru Bukan
Opsyen (KIA GBO) 3/2017 bagi meraikan guru-guru yang telah menamatkan empat
siri kursus dengan jayanya. Semoga ilmu yang diperolihi akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan
keyakinan dan komitmen yang lebih tinggi.

Kita sewajarnya bangga dengan usaha memanfaatkan majlis ilmu bagi mempelajari kemahiran dan
pengetahuan dalam bidang pendidikan. Penyelidikan dan inovasi merupakan salah satu kaedah yang perlu
dimanfaatkan oleh semua warga pendidik bagi memastikan pelaksanaan PdP dalam bilik darjah menepati
keperluan sebenar pelajar kita. Sementelahan lagi dalam era Pendidikan Abad Ke-21 yang menuntut kita
melakukan perubahan dalam merangka dan melaksanakan PdP yang berpusatkan pelajar. Melestarikan
pengajaran yang berkesan dan memberi impak positif kepada pencapaian prestasi murid untuk memastikan
pemerkasaan pendidikan berkualiti selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta
kolokium, Ahli Jawatankuasa pelaksana, semua warga PPD Klang yang terlibat menjayakan Kolokium kali ini.
Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada semua dermawan yang sudi menyumbang dana bagi
merealisasikan Kolokium Pelestarian Pendidikan Berkesan ini. Budi, jasa, komitmen dan sumbangan tuan-tuan
semua sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kolokium Pelestarian Pendidikan
Berkesan ini, amat kami hargai.

Sekian, terima kasih dan selamat bersidang.

HJH ADLIYAH BINTI RAMLI.
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

3 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH :
KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

&
MAJLIS GRADUASI KURSUS INDUKSI ASAS GURU BUKAN OPSYEN (KIA GBO) BAHASA MELAYU

3/2017

1. Anjuran : Unit Pengurusan Akademik, PPD Klang
Dengan Kerjasama Guru Aktif 1 Selangor – Guru Pembina Negara Bangsa

2. Rasional
Pembelajaran masa kini menuntut keupayaan guru melaksanakan pengajaran yang kreatif

dan menunjukkan impak positif. Keperluan menguasai kandungan kemahiran pengajaran akan
meningkatkan keyakinan guru untuk merancang dan melaksanakan proses pembelajaran dalam bilik
darjah. Keupayaan guru menggalas tugas untuk mengajar setiap mata pelajaran memang tidak perlu
disangkal lagi. Namun begitu, pengetahuan yang diterima secara formal akan dapat membantu guru
mengoptimumkan tahap keyakinan dalam membentuk karisma guru. Ilmu dan kemahiran yang akan
didedahkan berupaya membantu guru merealisasikan pengajaran dalam mata pelajaran masing-
masing di peringkat sekolah.

Melestarikan pengajaran yang berkesan dan memberi impak positif kepada pencapaian
prestasi murid untuk memastikan pemerkasaan pendidikan berkualiti selaras dengan aspirasi
pendidikan negara. Meningkatkan profesionalisme guru memerlukan kecenderungan untuk mencari,
menyelami, menganalisis maklumat secara menyeluruh. Profesionalisme guru-guru boleh boleh
dipertingkatkan melalui aspek kompentensi seperti penguasaan kandungan, kemahiran, psikologi
pendidikan, pedagogi dan seni mengajar. Warga Pendidik, berupaya mengenal pasti dan
menyelesaikan isu dalam bilik darjah yang tercetus daripada fenomena tertentu. Inovasi pula terhasil
melalui usaha penambahbaikan yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru Melalui
kolokium ini, guru-guru akan diberi peluang menjelaskan hasil dapatan yang diperolih melalui
pemerhatian, penyelidikan dan projek inovasi yang dijalankan. Dalam usaha memperkasakan
kompetensi guru, kolokium ini akan menjadi medan perkongsian dan percambahan ilmu yang sangat
bermakna.

2. Tema : Melestarikan Pengajaran Guru Melalui Pemerkasaan Pendidikan Berkualiti

3. Objektif :
i. Membentangkan kertas seminar yang terhasil melalui penyelidikan, amalan terbaik dan
inovasi dalam bilik darjah.
ii. Menyampaikan dan memperluaskan kemahiran pengajaran melalui usaha penyelidikan
sebagai nilai tambah untuk meningkatkan kompentensi guru.
iii. Menyediakan sekumpulan guru yang menerima ilmu tentang kemahiran penyelidikan secara
formal dan berstruktur.
iv. Memberikan keyakinan tinggi dan merangsang motivasi supaya terus komitmen untuk
membudayakan usaha penyelidikan dan penulisan.
v. Menyediakan asas yang realistik dalam penulisan penyelidikan, penulisan ilmiah dan reka
bentuk inovasi.

4 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Atur cara Kolokium Acara
Masa
 Pendaftaran
7.45-8.30 pagi
Majlis Pembukaan Kolokium Bermula:
8.30-9.30 pagi  Lagu Negaraku.
 Bacaan Doa
SELARI 1
Bilik Seminar 1 & 2 o Al-Fadhil Ustaz Hj.Zohan Bin Ahmad
 Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Klang
10.30-12.00 tgh
Bilik Seminar 3 & 4 o Hajah Adliyah binti Ramli
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Klang
9.40-11.15 pagi
SELARI 2  Ucapan Perasmian Pembukaan
o Tn. Hj. Mohd Salleh Bin Mohd Kassim, S.I.S
Bilik Seminar 1 & 2 Pengarah, Jabatan Pendidikan Selangor
12.15-1.45 tgh
 Taklimat Ringkas
Bilik Seminar 3 & 4 o Danial Heryanto Bin Zainal Abidin
11.30 pagi-1.00 ptg
12.00-2.00 petang  Pembentangan Kertas Seminar
Sesi 1 :
SELARI 3 Bilik Seminar 1 : 5 pembentang
Bilik Seminar 3 & 4 Bilik Seminar 2 : 5 pembentang
Bilik Seminar 3 : 5 pembentang
1.30-2.45 ptg Bilik Seminar 4 : 6 pembentang

3.00-4.30 petang  Pembentangan Kertas Seminar
Sesi 2 :
4.30-5.00 petang Bilik Seminar 1 : 5 pembentang
Bilik Seminar 2 : 5 pembentang
Bilik Seminar 3 : 5 pembentang
Bilik Seminar 4 : 6 pembentang

REHAT/MAKAN/SOLAT

 Pembentangan Kertas Seminar
Sesi 3 :
Bilik Seminar 3 : 6 pembentang
Bilik Seminar 4 : 6 pembentang

Majlis Penutupan Rasmi

 Majlis Penutupan Kolokium
 Lagu Negaraku
 Bacaan Doa Al-Fadhil Ustaz Hj.Zohan Bin Ahmad
 Ucapan alu-aluan

o Tn. Haji Shokhimi bin Saman
Timbalan PPD Klang

 Ucapan Penutupan Rasmi
o Tn. Hj. Azhar bin Ayob
Koodinator Pembangunan Persekutuan
DUN Sementa

 Persembahan Multimedia
 Penyampaian Sijil
 Penyampaian Cenderamata

 Sesi Bergambar
 Jamuan Ringan
 Bersurai

5 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

SENARAI PEMBENTANG DAN TAJUK LAPORAN KAJIAN

SELARI 1 PENGURUS

BILIK SEMINAR 1 EN. MUHAJIR BIN BOHARI

(PENTAS) EN. MAHZIR BIN IBRAHIM
10.30 PAGI-12.00 TGH MODERATOR

CIK NURUL HUSNA BINTI YEM

1 Azrawati binti Arshad Kekemasan Tulisan : Kajian Kes ke Atas Murid Tahun 4

SK Methodist (M)

2 Nuranizatul Akma binti Muhamad Kasim Faktor-Faktor Yqng mempengaruhi Penulisan Karangan

SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 2

3 Rostinah binti Sabal @ Siti Naquiah Menarik Minat Belajar Melalui Kaedah YOU-SSR dengan

Abdullah Menggunakan Alat Permainan Bahasa Roda Perkataan

SK Bukit Naga

4 Zurani bin Asfar Kajian Kes : Keupayaan Murid Tahun 1 Rajin Suku Kata

SK Johan Setia KVKV

5 Intan Baizurah binti Abdul Hamid Kesukaran Menguasai Kemahiran Tolak Mengumpul

SK Taman Klang Jaya Semula di Kalangan Murid Tahun 2

SELARI 1 PENGURUS

BILIK SEMINAR 2 HJH NORAINI BINTIMUSLIM
(TENGAH) EN. MOHD HAFIZUDDIN BIN MUZAYIN

10.30 PAGI-12.00 TGH MODERATOR
PN. P.VANI A/P PERUMAL

6 Siti Zubaidah binti Said Keupayaan Membina Ayat Gramatis Dalam Kalangan

SMK Taman Klang Utama Murid Tingkatan 5 Seni Kreatif 1

di SMK Taman Klang Utama

7 Zaiton binti Abu Bakar Keupayaan Mengeja dalam Kalangan Murid Tingkatan 1K4

SMK Raja Mahadi di SMK Raja Mahadi.

8 Zul Izzamree bin Zolkepli Kekemasan Tulisan : Kajian Kes Ke Atas Murid Tingkatan 1

SMK Tengku Ampuan Rahimah Dalam Program Intervensi Bahasa Melayu

9 Muhamad Zulfadli bin Md Shakkeri Penggunaan ICT Sebagai Alat Bantu Mengajar Dalam

SMK Jalan Kebun Kalangan Guru Bahasa Melayu Abad Ke-21

10 Norlida binti Mat Adam Amalan Kaedah Piktorial Berintegrasikan Pendekatan

SMK Telok Gading Model Stad Bagi Tajuk Pembahagian Pecahan Dalam

Kalangan Murid Tingkatan Satu

SELARI 1 PENGURUS
BILIK SEMINAR 3 CIK FAZRINA BINTI TAHIR
EN. MOHAMMAD ASRI BIN AYOB
(BELAKANG)
9.45-11.15 PAGI MODERATOR

11 Nor Hayati binti Ramlan PN. NORMAIZATUL AZURA BINTI HUSIN
PPD Klang Tahap Kompetensi Khusus Pensyarah Teknologi
Pembinaan, Kejuruteraan Awam Kolej Vokasional,
12 Norisah binti Ahmad Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan Gred
Sazali Mat Abu
PPD Klang Jawatan dan Tahun Pengalaman Mengajar

13 Mohammad Asri bin Ayob Sikap Murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina
PPD Klang Terhadap Bahasa Melayu : Kajian Kes

14 Zuraini binti Zakaria KIA GBO : Pemantapan Kompetensi Guru Bukan Opsyen
Guru Advokasi Emas Bahasa Melayu di Daerah Klang
SK Meru (2)
Perkongsian Amalan Terbaik Vle :Pembugaran Amalan
Pdpc Abad Ke 21 Via Vle Frog

6 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

15 Narima binti Abd Wahab Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Dan

SK Bukit Rimau Menulis Huruf Hijaiyah Menggunakan Teknik Nyanyian

‘Harfi’ Dalam Kalangan Murid 1 Rahmat.

16 Maliswairy Appalanaidu Gaya Pembelajaran Koperatif Melalui Elemen Power

SMJK Kwang Hua Teaching Bagi Pengawalan Kelas Dan Mengekalkan

Perhatian Pelajar Dalam Subjek Sains Tingkatan Satu

SELARI 1 PENGURUS

BILIK 4 EN. MOHD FATHMAIN BIN HAMID
(CAFETERIA) EN. SAZALI BIN MAT ABU
9.45-11.15 PAGI MODERATOR

EN. ASRULNIZAN BIN MOHAMAD

17 Anuar bin Md. Amin Peranan Unit Pendidikan Khas Dalam Pengurusan Latihan

PPD Klang Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Khas Daerah Klang.

: Satu Kajian Kes

18 Mohd Ridzuan bin Azit Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di

SK Taman Gembira Kalangan Murid Tahun Dua Melalui

Kaedah Stesen

19 Sharifah binti Amri Penguasaan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka

SK (2), Jalan Batu Tiga Melalui Teknik Nyanyian Dalam Kalangan Murid

Pemulihan Linus: Satu Kajian Kes

20 Yong Dick Ung Mengaplikasikan Teknik Latih Tubi Bersama Kad Imbasan

SJK (C) Keng Chee Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca

21 Santha A/P Ahchuthan Kajian Kes Tentang Konsentrasi Murid Linus

SJK(T) Ladang Batu Ampat Literasi Semasa PDPC

22 Sangetha A/P Kuppusamy Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Pecahan

SK Telok Gong Menggunakan Teknik ‘Model Bar’ Dalam Kalangan Murid

Tahun 5

SELARI 2 PENGURUS

BILIK SEMINAR 1 EN. MUHAJIR BIN BOHARI
(PENTAS) EN. MAHZIR BIN IBRAHIM

12.15-1.45 TGH MODERATOR

HJH NORISAH BINTI AHMAD

23 Farlliaty binti Mat Rimpin Kemahiran Mengingat Unsur Gaya Bahasa Dalam
SMK Shahbandaraya Pembelajaran Komsas : Kajian Kes Terhadap Murid

24 Nor Hazilah binti Ghazali Tingkatan 3
SMK(P) Bukit Kuda Mengatasi Masalah Penggunaan Imbuhan Dalam Kalangan

25 Norzalinda binti Md Lazim Murid-Murid Tahun Tiga
SMK Convent Kompetensi Guru Bahasa Melayu Di Empat Buah Sekolah

26 Salsabila binti Kamal Daerah Klang Membina Kuiz
SMK (P) Kapar Menggunakan Vlefrog

27 Rafizah binti Hamzah Penguasaan Dalam Bertutur Bahasa Melayu Dalam
SAM Hishamudin Kalangan Murid Tingkatan Satu. Kajian Kes
dI SMK (P) Kapar.
SELARI 2
BILIK SEMINAR 2 Mempertingkatkan Kefahaman Pelajar Tingkatan Tiga
Menggunakan Teknik Hafalan
(TENGAH)
12.45-1.45 PETANG PENGURUS
HJH NORAINI BINTI MUSLIM
28 Loh Kha Liang EN. MOHD HAFIZUDDIN BIN MUZAYIN
SJKC Pandamaran A
MODERATOR
PN. NOR HAYATI BINTI RAMLAN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Bahasa
Melayu Dalam Kalangan Murid Sekorah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina Pandamaran A

7 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

29 Yusnita binti Ismail Kemahiran Membaca: Kajian Kes Terhadap Murid Pelat
SK Convent 1
Mempertingkatkan keupayaan murid LINUS mengeja dan
30 Muhammad Saifullah bin Salleh membaca suku kata KVKV
SK Pelabuhan Klang
Keupayaan Menyebut Perkataan Dengan Betul. Kajian Kes
31 Siti Raihana binti Ab. Rahman Terhadap Murid-Murid Tingkatan Satu
SMK Batu Unjur Di SMK Tengku Idris Shah.
Kajian Kes: Keupayaan Menguasai Kemahiran
32 Rohayati binti Rostam
SAM Nurul Iman Menulis Dalam Kalangan Murid Yang Lemah Membaca

SELARI 2 PENGURUS
BILIK SEMINAR 3 CIK FAZRINA BINTI TAHIR
EN. MOHAMMAD ASRI BIN AYOB
(BELAKANG)
11.30 PAGI-1.30 PETANG MODERATOR
EN. AMAT TAROP BIN SUMO

33 Hj. Mohd Noh bin Murli Kajian PAK 21 Terhadap Penglibatan Murid Dan
Hj. Shahrul Iza bin Ismail Keberkesanan Pembelajaran
PPD Klang
Keberkesanan Penggunaan Modul Akhbar Utusan Melayu
34 Sanisah binti Abdul Aziz Selama 10 Minit Dalam PdPc : Suatu Kajian Kes

SMK Jalan Kebun

35 Hanizan Husin Bimbingan Pemantapan Kemahiran Proses Sains Dan
Noor Anita Jaafar Kemahiran Manipulatif Amali Sains Tulen Daerah Klang:

Majlis GKMP Sains dan Matematik Suatu Kajian Kes
PPD Klang

36 Hazlan Atan Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi di Selangor dari
Syafiqah Jalal Perspektif Guru j-QAF: Satu Kajian Tinjauan

Fakulti Pendidikan, UKM Penggunaan Aplikasi Whatsapp Dalam Kaedah Flipped
37 Danial Heryanto bin Zainal Abidin Classroom Untuk Peningkatan Akademik
Bahasa Melayu Tahun Lima
SK Pandamaran Jaya
Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Pembelajaran Dan
38 Suriani Binti Sayuti Pengajaran Dalam Masalah Miskonsepsi Dalam Kalangan
Guru Sains, SMK Dato’ Hamzah Murid Tingkatan 4 Bagi Topik Mitosis. Satu Kajian Kes Di

SMK Dato’ Hamah

SELARI 2 PENGURUS
BILIK SEMINAR 4 EN. MOHD FATHMAIN BIN HAMID

(CAFETERIA) EN. SAZALI BIN MAT ABU
11.30 PAGI-1.00 PETANG MODERATOR

39 Chia Lee Shan NORIDA BINTI MAT ADAM
SJK(C) Hwa Lien
Kajian Kes Ke Atas Kemahiran Menulis Perkataan KV+KVK
40 Juraidah binti Jallani Dalam Kalangan Murid Pemulihan
SK Pulau Indah 2 Tahap Penguasaan Membaca Murid Tahun 2

41 Nur Liyana binti Noor Rashidi Pintar Menggunakan Kaedah Stesyen
SK (2) Jalan Meru Keberkesanan Teknik Nyanyian Ke Atas Minat Dan

42 Farah Wahida binti Mohd Abd Rahman Kefahaman Murid Dalam Kemahiran Membaca
Nurfazlin binti Salim Penggunaan Kad Ganjaran Dalam Proses Pengajaran Dan

SK Kampong Raja Uda Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun Empat.
43 Narendran A/L V.Angappah
Penggunaan Papan Putih Pintar( Smart Board)Untuk
SJK (T) Simpang Lima Menangani Murid Yang Bermasalah
Dalam Pertuturan Vokal Berganding.

8 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

SELARI 3 PENGURUS

BILIK SEMINAR 3 CIK FAZRINA BINTI TAHIR

(BELAKANG) EN. MOHAMMAD ASRI BIN AYOB

1.15-2.45 PETANG MODERATOR

PN. NORMAIZATUL AZURA BINTI HUSIN

44 Hartini binti Hussin Ada Apa Dengan Virtual Learning Environment (Vle Frog):

Guru Advokasi Emas Amalan Terbaik Penggunaan Pelantar Pembelajaran Maya

SK Bukit Kemuning 2 (Vle Frog) Dalam Pdpc Abad 21 Di Sk Bukit Kemuning 2

45 Hj. Shahrul Iza bin Ismail Modul GROWTH: Lanjutan dari Program Coaching Eksekutif

Hj. Mohd Noh bin Murli Dalam Organisasi (CEDO) bagi Sekolah-sekolah Pejabat

PPD Klang Pendidikan Daerah Klang

46 Amir Hamzah bin Aman Meningkatkan Keupayaan Mengenal Huruf Kecil “b, d, p,

Luqman Hakim bin Harun m, w, n, dan u” Dalam Kalangan Murid Pemulihan Tahun

Unit Kokurikulum Dua Dengan Menggunakan Teknik Perlambangan Gambar

IPG Kampus Ilmu Khas Melalui Buku Abjad “Blink-Blink”

47 Shamsiah binti Md Nasir Meningkatkan Kelancaran Menulis Murid Bermasalah

Zaiton binti Sharif Pembelajaran Menggunakan SARI

IPG Kampus Pendidikan Teknik

48 Luqman Hakim bin Harun Komitmen Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Zon Tengah

Amir Hamzah bin Aman Terhadap Pengurusan Kokurikulum Semasa Menjalani

IPG Kampus Ilmu Khas Praktikum Di Sekolah

SELARI 3 PENGURUS

BILIK SEMINAR 4 EN. MOHD FATHMAIN BIN HAMID
(CAFETERIA) EN. SAZALI BIN MAT ABU
MODERATOR
1.15-2.45 PETANG
EN. ASRULNIZAN BIN MOHAMAD

49 Adi Imran bin Kamaludin Medial Sounds Recognition Difficulty In Vocabulary

SK Pulau Indah Reading Of Year 3 Pupils

50 Deebamalar A/P Pandi 3D Model House To Learn Preposition

SMK Telok Gadong

51 Ruslizawati binti Ahmad Bimbingan Pemantapan Kemahiran Proses Sains Dan

Mohammad Izwan bin Baidawi Kemahiran Manipulatif Amali Sains Teras Daerah Klang:

Majlis GKMP Sains dan Matematik Suatu Kajian Kes

PPD Klang

52 Vanita Jeyaseelan Game Based Activities In Improving Linus Students’ English

SK Klang Language Performance

53 Mohd Izamri bin Mohd Zin Kajian Kes: Keberkesanan Pdp Guru Bahasa Melayu Tahun

SMK Dato Hamzah Empat Sekolah Rendah Dalam Merancang dan

Melaksanakan PAK 21

54 Fazrina binti Tahir Leap Of Faith : Empowering Students With

PPD Klang Technology

9 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

ABSTRAK

Kekemasan Tulisan : Kajian Kes Ke Atas Murid Tahun 4

Azrawati binti Arshad Ayu Fatiha binti Sulaiman

SK Methodist (M)

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian kes ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji masalah kekemasan tulisan oleh seorang murid tahun

empat bernama Adam. Kekemasan tulisannya merujuk kepada bentuk huruf , saiz huruf dan keserasian ruang

yang digunakan oleh Adam semasa menulis. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian terdahulu oleh Noraini

(2009) dan Levine (1987) serta Pressey dan Pressey (1926). Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat

tentang masalah kekemasan tulisan Adam yang berpunca daripada cara memegang pensel, postur badan dan

kedudukan kertas semasa menulis. Bagi memperbaiki kekemasan tulisan Adam, kaedah memegang pensel dan

postur badan yang betul di ajarkan oleh guru. Selain itu kaedah empat garisan dan latihan menulis secara klini

juga diberikan kepada Adam. Tempoh masa yang digunakan adalah 4 minggu. Kajian ini menggunakan kaedah

pemerhatian dan semakan dokumen seperti buku latihan, buku kerja dan lembaran kerja.

Kata kunci : kekemasan tulisan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penulisan Karangan Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 2

Chu Lee Ming Nuranizatul Akma binti Muhamad Kasim Siti Nor Asmidar binti Zakaryansor

SJK (C) Pin Hwa 2 SMK B.B Sultan Suleiman SK 1 Simpang Lima

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dan minat murid

dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan dalam kalangan murid-murid Tahun 2. Kelas ini merupakan kelas murid

sederhana dalam pencapaian akademik termasuk subjek Bahasa Melayu Penulisan. Seramai 25 orang murid

dalam kelas ini telah dijadikan sebagai responden kajian. Tinjauan awal telah dibuat dengan melihat keputusan

ujian diagnostik, buku latihan murid, soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan Ujian Pra. Data kuantitatif

dianalisis dengan menggunakan Statistival Package for Social Science (SPSS). Hasil tinjauan ini didapati murid-

murid tidak dapat menulis ayat majmuk dengan baik dan tidak tahu menulis ayat huraian dengan betul. Teknik

MATE (Manusia, Aktiviti, Tempat) ini dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis ayat majmuk dengan

menjalankan Aktiviti Intervensi 1-“Mari Kenali MATE”, Intervensi 2-‘Mari Fahami MATE’, dan Intervensi 3-‘Mari

Guna MATE’ selama 4 minggu dengan 4 kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang digunakan

dalam kajian ini adalah gambar tunggal. Pengkaji menggunakan Model Kemmis dan Metaggart iaitu mereflek,

merancang, bertindak dan memerhati. Dapatan Kajian telah membuktikan teknik MATE adalah satu cara untuk

meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menulis ayat majmuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Penulisan. Hasil kajian menunjukkan kuantiti ayat majmuk berdasarkan gambar yang dibina murid semakin

meningkat selepas kajian ini dijalankan.

Kata kunci : ayat majmuk, Teknik MATE

Menarik Minat Belajar Melalui Kaedah YOU-SSR Dengan Penggunaan Roda Perkataan
Rostinah binti Sabal @ Siti Naquiah Abdullah
Che Rohaida binti Che Ismail
SK Bukit Naga
KIA GBO 3/2017
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cara yang sesuai untuk menarik minat murid yang kurang berminat
dengan PdP semasa di bilik darjah. Salah satu cara yang dapat menarik minat murid dalam pembelajaran ialah
dengan cara bermain sambil belajar. Kajian ini meninjau sejauh mana keberkesanan pelaksanaan kaedah YOU-
SSR dengan menggunakan alat permainan bahasa roda perkataan. Kaedah ini dilaksanakan terhadap 30 orang
murid kelas 1 Yakin, SK Bukit Naga. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian, analisis ujian dan
temubual. Diharapkan kaedah ini dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran menyebut, membaca
dan menulis perkataan seterusnya berupaya membina ayat melallui kaedah yang menyeronokkan.
Kata kunci : YOU-SSR, roda perkataan

10 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Kajian Kes : Keupayaan Murid Tahun 1 Rajin Murid LINUS Menguasai Suku Kata KVKV

Dalam Kelas Bahasa Melayu

Zurani bin Asfar Maizatul Afiza binti Kamarudin Noor Syakirah binti Elias

SK Kg.Johan Setia SK Kg.Johan Setia SMK Pandamaran Jaya

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kemahiran mendengar, membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid

sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa

hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan dan kelancaran

murid dalam menguasai suku kata KVKV Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 5 orang murid

Tahun 1 Rajin Murid Linus di Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Klang. Kajian ini adalah berbentuk

pemerhatian dan soal jawab antara guru dan murid. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan kepada 5

orang murid ini, saya telah mendapati murid-murid ini tidak lancar dan mudah lupa dalam mengeja dan

menyebut suku kata KVKV. Saya telah mengambil tindakan agar murid-murid ini lebih memahami, mengingati

dan dapat menguasai suku kata KVKV. Saya telah melaksanakan beberapa tindakan iaitu mengajar

menggunakan teknik didik hibur – nyanyian, murid menyanyi, murid mengeja, menyebut contoh, murid

menulis suku kata KVKV dan murid menjawab latihan. Setelah menjalankan selama 5 kali bimbingan, saya

mendapati, murid-murid dapat menguasai suku kata KVKV untuk 1 huruf vokal. Berdasarkan hasil kajian ini,

saya mendapati bahawa pengajaran menggunakan teknik didik hibur dapat meningkatkan penguasaan dan

keupayaan murid dalam mengingati dan menguasai suku kata KVKV Bahasa Melayu.

Kata kunci: kemahiran mendengar; kemahiran membaca; kemahiran menulis

Kesukaran Menguasai Kemahiran Operasi Tolak Mengumpul Semula Dalam Kalangan Murid Tahun 2

Norhisalmim binti Mohamad

Intan Baizurah binti Abdul Hamid Zakiah binti Othman

SK Taman Klang Jaya

Abstrak

Kajian tindakan dijalankan berdasarkan kepada keputusan tidak menguasai numerasi bagi saringan 2 tahun

2016. Pelaksanaan saringan numerasi melibatkan saringan lisan dan saringan bertulis di mana murid perlu

menguasai konstruk 1 hingga komstruk 12. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor

masalah pembelajaran untuk menguasai tolak dengan mengumpul semula. Sampel kajian melibatkan seorang

murid dikalangan murid tahun 2. Kajian bermula dengan pemilihan sampel kajian. Kajian ini melibatkan temu

bual, pemerhatian dan semakan buku tulis murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penekanan mengenai

konsep asas tolak amat penting. Keseluruhannya, di samping penekanan dalam penguasaan konsep asas,

motivasi diri dalam pembelajaran juga perlu diberi penekanan. Dorongan dari pihak keluarga dan pihak

sekolah akan memberikan impak positif dalam proses pembelajaran murid.

Kata Kunci : Numerasi, Konstruk

Keupayaan Membina Ayat Gramatis Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Tingkatan 5 Seni Kreatif 1

di SMK Taman Klang Utama

Wan Norhasmaliza binti Wan Kamarudin Siti Asmah binti Abdullah

SMK Bukit Tinggi SMK Pulau Indah

Siti Zubaidah binti Said Salina binti Mohd Shariff

SMK Taman Klang Utama SMK Sri Andalas

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian kes ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah keupayaan membina ayat yang gramatis bagi

penulisan karangan Tingkatan 5. Kajian dijalankan terhadap murid Tingkatan 5 Seni Kreatif di SMK Taman Klang

Utama. Selain itu , tujuan kajian ialah untuk meningkatkan pemahaman murid tersebut dalam aspek membina

ayat yang betul dan lengkap . Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan

latihan di dalam buku latihan. Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi

morfologi dan sintaksis. Kajian mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan kosa kata, ejaan,

pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat. Susunan ayat yang tidak betul menyebabkan mereka

tidak mendapat markah yang baik dalam penulisan karangan.

Kata Kunci: ayat gramatis, morfologi, sintaksis

11 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Keupayaan Murid Mengenal pasti Ejaan dalam Kalangan Murid Tingkatan 1K4 di SMK Raja Mahadi.

Zaiton binti Abu Bakar Siti Ashiah binti Abd Hamid Norliana binti Zulkurnain

SMK Raja Mahadi SMK Tinggi Klang SMK Sungai Kapar Indah

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini bertujuan melihat keupayaan murid tingkatan 1K4 di SMK Raja Mahadi dalam mengenal pasti ejaan

yang tepat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Seramai lima orang pelajar tingkatan 1K4 di SMK Raja Mahadi

telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan memandangkan ramai murid berhadapan dengan masalah

dalam mengenal pasti ejaan yang tepat disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi

masalah ini ialah sebutan bagi sesetengah perkataan yang berbeza dengan ejaan atau dialek. Bentuk kajian

yang digunakan ialah secara kualitatif. Kaedah kajian dijalankan melalui pemerhatian terhadap penguasaan

murid untuk mengenal pasti ketepatan ejaan bahasa Melayu. Kajian ini dibuat untuk membantu meningkatkan

kemahiran murid dalam menulis ejaan yang betul dalam penulisan karangan. Hasil kajian mendapati tahap

penguasaan murid adalah pada aras sederhana.

Kata kunci : ejaan, dialek

Kekemasan Tulisan : Kajian Kes dalam Kalangan Murid Tingkatan 1 Melalui Program Intervensi
Bahasa Melayu

Zul Izzamree bin Zolkepli
SMK Tengku Ampuan Rahimah

KIA GBO 3/2017
Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji punca masalah tulisan yang tidak kemas oleh seorang murid intervensi
yang bernama Kavines. Beliau merupakan seorang murid tingkatan satu yang dimasukkan ke dalam program
intervensi yang di jalankan oleh pihak sekolah. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian terdahulu oleh Pressey
dan Pressey (1926). Saya telah dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki bacaan dan penulisan Kavines
sepanjang program intervensi berjalan. Berdasarkan pemerhatian yang saya buat, pelajar ini bukannya tidak
tahu menulis atau tidak pandai menulis. Hanya beberapan huruf yang tidak ditulis dengan cantik dan kemas.
Saya menggunakan Kaedah Ansur Maju bagi memperkemaskan tulisan beliau. setelah menjalankan bimbingan
hampir 9 minggu, saya dapati Kavines telah berjaya memperbaiki tulisannya. Lembaran kerja diberi secara
ansur maju bermula dengan latihan melengkapkan ayat dan diikuti dengan latihan menjawab soalan
pemahaman. Data kajian ini dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen; dan kemudian
dianalisis menggunakan analisis kandungan dan analisis pola. Triangulasi sumber, masa dan kaedah digunakan
untuk menyemak data yang telah ditafsir. Berdasarkan hasil kajian ini, saya dapati tulisan murid dapat
diperkemaskan dengan kaedah ansur maju dan turut menambah baik amalan kendiri saya.
Kata kunci: Soalan pemahaman, kaedah ansur maju, lembaran kerja

Penggunaan ICT Sebagai Alat Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Abad Ke-21.

Muhamad Zulfadli bin Md. Shakkeri Mohd Hafizudin bin Mohd Salleh

SMK Jalan Kebun SK Sungai Binjai

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan penggunaan teknologi ICT (information and communication

technology) atau pun teknologi komunikasi maklumat sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan guru

bahasa Melayu menerusi kaedah pembelajaran abad ke-21. Kajian ini melibatkan guru-guru bahasa Melayu di

sebuah sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah tahap

penggunaan alatan teknologi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas abad ke-21. Amalan ICT

dalam pembelajaran abad ke-21 merupakan salah satu ciri-ciri yang terdapat dalam 4 ciri-ciri pembelajaran

abad ke-21 iaitu komunikasi, pemikiran kritis, kolaborasi dan kreativiti. Kajian ini dijalankan bertempat di SMK

Jalan Kebun Shah Alam Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah secara kualitatif yang menggunakan kaedah

pemerhatian dan temu bual dan senarai semak. Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data ialah

merangkumi senarai alat bantu mengajar, aplikasi komputer dan bahan bantu mengajar yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Implikasi daripada kajian ini penting ke arah usaha pembangunan kualiti

penggunaan teknologi ICT dalam kalangan guru sejajar dangan Pendidikan Abad ke-21.

Kata Kunci: teknologi ICT, komunikasi, pemikiran kritis, kolaborasi dan kreativiti.

12 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Amalan Kaedah Piktorial Berintegrasikan Pendekatan Model Stad Bagi Tajuk Pembahagian
Pecahan Dalam Kalangan Murid Tingkatan Satu
Norlida binti Mat Adam
SMK Telok Gadong

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah memahami makna disebalik operasi pembahagian pecahan yang
dihadapi oleh murid Tingkatan Satu. Hasil tinjauan melalui pengesanan awal pencapaian murid menunjukkan
murid lemah dalam menguasai konsep asas pembahagian pecahan menyebabkan murid tidak dapat
menyiapkan latihan yang diberi dengan sempurna. Sampel kajian terdiri daripada 35 orang murid Tingkatan
Satu. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kaedah Piktorial sebagai amalan berkesan untuk menarik minat
murid mempelajari topik Pembahagian Pecahan dalam kalangan murid Tingkatan Satu dan menentukan ciri-ciri
pembelajaran koperatif (PK) model Student Teams-Achievement Division (STAD) melalui pelaksanaan kaedah
Piktorial. Amalan kaedah Piktorial dilihat melalui tiga fasa pembelajaran iaitu perwakilan konkrit, perwakilan
piktorial dan perwakilan abstrak manakala ciri-ciri PK yang dilaksanakan melalui kaedah Piktorial adalah
berdasarkan empat kriteria yang digariskan iaitu dari segi kreativiti, kerja berpasukan, penglibatan murid dan
kesedaran ilmu. Data dianalisis berdasarkan pemerhatian, temu bual dan semakan dokumen. Hasil daripada
analisis dapatan kajian menunjukkan pendekatan kaedah Piktorial memberi kesan yang positif dimana murid
dapat menyelesaikan masalah melibatkan Pembahagian Pecahan melalui tiga fasa perwakilan dalam kaedah
Piktorial dengan cemerlang. Dapatan bagi ciri-ciri PK berdasarkan kriteria yang ditetapkan melalui kaedah
Piktorial juga menunjukkan pencapaian tahap penguasaan yang positif. Murid juga memberi reaksi yang positif
terhadap pelaksanaan kaedah Piktorial di dalam bilik darjah. Kesimpulannya, dengan menggunakan
pendekatan kaedah Piktorial, amalan pengajaran dan pembelajaran bagi topik Pembahagian Pecahan dapat
meningkatkan kemahiran memahami, mengaplikasi dan menilai murid khususnya. Implikasi kajian
menunjukkan penggunaan modul kaedah Piktorial Pembahagian Pecahan dapat meningkatkan amalan
pengajaran dan pembelajaran pembahagian pecahan.
Kata kunci : kaedah Piktorial, pembahagian pecahan, kperatif.

Tahap Kompetensi Khusus Pensyarah Teknologi Pembinaan, Kejuruteraan Awam Kolej Vokasional,
Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan Gred Jawatan dan Tahun Pengalaman Mengajar
Nor Hayati binti Ramlan
PPD Klang
Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi fungsional Pensyarah PLTV (Teknologi
Pembinaan, Kejuruteraan Awam), Kolej Vokasional berdasarkan domain keperluan Model Standard Kompetensi
menurut gred pensyarah dan tahun pengalaman mengajar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
versi 20.0 yang melibatkan kaedah statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Kutipan data untuk fasa
penilaian melibatkan responden yang telah di kenalpasti iaitu pensyarah kursus Teknologi Binaan di 45 buah
Kolej Vokasional di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Responden kajian yang terlibat adalah seramai 304
orang Pensyarah yang mengajar kursus Teknologi Pembinaan, Kejuruteraan Awam di Kolej Vokasional dari 14
buah negeri iaitu Johor, Melaka,Negeri Sembilan ,Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau
Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Labuan). Dapatan kajian yang
diperolehi akan dapat membantu Kementerian Pendidikan khususnya, IPGM dan Awam atau Institusi
Pengajian Tinggi Swasta dalam menyediakan pensyarah PLTV khususnya kepada kursus Teknologi Pembinaan,
Kejuruteraan Awam yang berkelayakan khusus, berkemahiran tinggi, berdaya saing dan cekap bagi
memperkasakan profesion perguruan khususnya Pendidikan Teknikal dan Vokasional sejajar dengan aspirasi
Pendidikan Abad ke-21.
Kunci Kata : Kompetensi Khusus

Sikap Murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Bahasa Melayu : Satu Kajian Kes
Norisah binti Ahmad
Sazali bin Mat Abu
PPD Klang
Abstrak

Murid sekolah menengah merupakan golongan yang berperanan penting dalam pembangunan negara
terutama dalam menegakkan agama, memelihara dan penerus budaya, menjaga kestabilan politik dan

13 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

ekonomi seterusnya meningkatkannya. Tanpa pelajar sekolah menengah ini, maka tidak akan wujud
kesinambungan daripada aspek-aspek ini terutama budaya. Bahasa sebagai sebahagian daripada budaya
adalah elemen utama dalam budaya serta kehidupan manusia. Bahasa diperlukan dalam segala bentuk
komunikasi. Dalam konteks Negara Malaysia, BM adalah bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan ini digunakan
dalam semua konteks. Dalam konteks pendidikan, Bahasa Melayu (BM )digunakan bersama-sama bahasa
Inggeris. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa bahasa lain seperti bahasa Inggeris,cina dan tamil secara
tidak langsung memberi kesan kepada BM. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meneliti sikap murid
terhadap BM dengan melihat perspektif mereka terhadap fungsi atau peranan BM dalam segala konteks
negara serta penggunaan BM dalam komunikasi seharian. Bagi mengetahui sikap murid sekolah menengah
terhadap BM, seramai 30 pelajar dari sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina di Klang, Selangor telah
dijadikan responden. Borang kaji selidik telah diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut bagi mendapatkan data
yang dikehendaki. Jika penemuan menunjukkan sikap yang positif terhadap BM, maka masa depan BM akan
terjamin dan perpaduan akan terhasil.
Kata kunci: murid sekolah menengah, sikap bahasa, bahasa Melayu,murid cina,

KIA GBO : Pemantapan Kompetensi Guru Bukan Opsyen Bahasa Melayu Di Daerah Klang

Mohammad Asri bin Ayob Anuar bin Md. Amin Rashidi bin Abd. Rahman

PPD Klang

Abstrak

Perkongsian amalan terbaik ini bertujuan untuk melaporkan satu program peningkatan profesional bagi

memantapkan kompetensi guru-guru bukan opsyen Bahasa Melayu di daerah Klang. Melalui Kursus Induksi

Asas Guru Bukan Opsyen (KIA GBO) Bahasa Melayu ini, guru-guru diberikan pendedahan tentang aspek

pengajaran Bahasa Melayu secara formal dan sistematik. Seramai 170 orang guru telah menyertai program

antara 2015-2017 atau tiga kohot . Empat siri latihan atau 48 jam diperuntukkan untuk menjayakan program

ini dengan penyediaan struktur kursus secara formal. Dalam usaha memperkasakan kompetensi Bahasa

Melayu, penganjuran kolokium juga direncanakan supaya menjadi medan perkongsian dan percambahan ilmu.

Melalui penyelidikan yang dilaksanakan sepanjang tempoh pelaksanaan kursus. Adalah diharapkan agar guru-

guru dapat menimba pengetahuan dan pengalaman untuk menghadapi scenario pembelajaran Abad ke 21.

Kata Kunci : KIA GBO, struktur kursus, kolokium

Perkongsian Amalan Terbaik Vle :Pembugaran Amalan Pdpc Abad Ke 21 Via Vle Frog

Zuraini binti Zakaria Norrazilah binti Azmi

Guru Advokasi Emas

SK Meru (2)

Abstrak

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang menyediakan akses kepada Penyelesaian Pembelajaran

Bersepadu. Penyelesaian bersepadu membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran

dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) berasaskan internet. Sistem pembelajaran

berasaskan laman web menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan

konvensional. Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar, sekaligus

mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Frog juga boleh disepadukan dengan kandungan dan

alat pendidikan lain termasuklah Google Apps untuk pendidikan, Video pembelajaran Youtube atau Vimeo dan

juga aplikasi Web 2.0 untuk pendidikan. Perkongsian amalan terbaik vle ini adalah bertujuan untuk menyatakan

aplikasi VLE Frog dalam pdpc dapat menarik minat murid untuk belajar dan menguasai mata pelajaran yang

diajarkan khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Jawi di peringkat sekolah rendah. Selain itu juga,

penggunaan VLE ini dapat membantu guru dan memudahkan proses pdpc menjelang abad ke 21. Perkara ini

telah diaplikasikan ke atas sekumpulan murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah klang yang agak lemah

dalam penguasaan al-quran dan jawi dan telah praktikkan dan dilaksanakan oleh guru agama di sekolah

tersebut. VLE Frog adalah salah satu penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pembelajaran dan

pengajaran, kolaborasi dan pentadbiran yang dapat dilakukan melalui persekitaran pembelajaran secara maya

berasaskan “cloud” yang dilaksanakan di dalam kelas dan sekaligus menunjukkan betapa ianya sangat

memudahkan seseorang guru merangcang serta melaksanakan pdpc bersama murid. Malah penguasaan murid

terhadap matapelajaran yang diajar semakin meningkat. Bagi mengetahui impak yang terhasil daripada pdpc

ini, eviden dan pengumpulan data akan dibentangkan berdasarkan pemerhatian dan hasil pencapain murid

14 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

dalam mata pelajaran tersebut. Perkongsian ini juga diharapkan dapat diterima pakai oleh semua dan
diaplikasikan di dalam pdpc di kelas.
Kata Kunci: VLE Frog, Pembelajaran maya, minat murid, penguasaan jawi dan Al-quran

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Huruf Hijaiyah Menggunakan Teknik
Nyanyian ‘Harfi’ Dalam Kalangan Murid 1 Rahmat.
Narima binti Abd Wahab
SK Bukit Rimau
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah mengecam,membaca dan menulis huruf hijaiyah yang dihadapi
oleh murid 1 Rahmat dalam matapelajaran Bahasa Arab. Seramai 16 orang murid kelas 1 Rahmat dan seorang
guru Bahasa Arab terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah ujian Sumatif 1,
pemerhatian dan semakan buku aktiviti. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak menguasai kemahiran
membaca dan menulis huruf hijaiyah Arab kerana mereka tidak fokus semasa belajar. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis huruf hijaiyah
menggunakan teknik nyanyian ‘harfi’ dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh tiga bulan. Untuk
pengumpulan data, praujian dan pascaujian telah dilaksanakan kepada semua murid yang terlibat. Hasil kajian
menunjukkan peningkatan prestasi murid di dalam peperiksaan. Keputusan pasca ujian menunjukkan sebanyak
43.75% murid mendapat gred A dan terdapat perubahan tingkahlaku yang positif dalam amalan pembelajaran
murid. Murid dapat mengecam huruf hijaiyah dengan mudah menggunakan teknik nyanyian ‘harfi’ kerana lagu
ini menyebut huruf secara berulang serta menghiburkan. Aktiviti pengayaan yang dilaksanakan membantu
murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan cepat dan berkesan serta memupuk keyakinan
murid untuk mengikuti aktiviti di dalam kelas.
Kata Kunci: huruf hijaiyah, nyanyian harfi

Gaya Pembelajaran Koperatif Melalui Elemen Power Teaching Bagi Pengawalan Kelas Dan Mengekalkan
Perhatian Pelajar Dalam Subjek Sains Tingkatan Satu
Maliswairy Appalanaidu
SMJK Kwang Hua
Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan elemen Power Teaching dalam mengawal kelas hiperaktif serta
keupayaan pelajar mengekalkan perhatian sewaktu PdPc berlangsung. Sampel kajian ini terdiri daripada 35
orang pelajar tingkatan satu dari kelas 1H di SMJK Kwang Hua. Instrumen kajian yang digunakan adalah
berbentuk pemerhatian secara kualitatif. Ujian pra dan ujian pos telah ditadbirkan untuk melihat keberkesanan
kaedah yang diuji.. Analisis dan dapatan kajian menunjukkan fokus atau pemerhatian murid sewaktu PdPc
meningkat dengan cepat dan berkesan. Kaedah ini amat berpotensi dalam memantapkan PdPc serta
pentaksiran di dalam kelas, seiiring dengan matlamat SKPMg2 dan pembelajaran abad ke-21.
Kunci Kata: Power Teaching

Peranan Unit Pendidikan Khas Dalam Pengurusan Latihan Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Khas
Daerah Klang : Satu Kajian Kes
Anuar bin Md. Amin
PPD Klang
Abstrak

Kajian kes ini merupakan suatu kajian untuk melihat peranan Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah
Klang terhadap pengurusan latihan kepada guru-guru pendidikan Khas. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji
peranan Unit Pendidikan Khas untuk menentukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program latihan
yang dijalankanReka bentuk kajian kualitatiti dengan mengamalkan kaedah kajian kes akan dijalankan dengan
pemerhatian, temu bual dan semakan dokumen sebagai instrumen kajian. Semakan dokumen kertas kerja,
minit mesyuarat, laporan program dan fail pengurusan latihan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat
dan data latihan daripada Unit Pendidikan Khas. Kaedah temu bual berstruktur akan dijalankan terhadap Ketua
Unit Pendidikan Khas, Pihak Pengurusan sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas untuk mencungkil pandangan
dan cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak-pihak tertentu. Kaedah Pemerhatian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah digunakan untuk melihat kandungan kursus
yang diamalkan. Disamping itu. pihak pengurusan dan guru-guru Pendidikan Khas daripada sebuah sekolah

15 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

kebangsaan dan sekolah menengah daerah Klang akan turut dijadikan responden. Kajian ini memberi
kepentingan kepada Ketua Unit Pendidikan Khas dan pihak pengurusan sekolah untuk mengoptimum
keupayaan perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengurusan latihan. Guru Pendidikan Khas mendapat
impak positif melalui maklumat yang disalurkan dalam program latihan yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan
Khas. Implikasi dapatan kajian ini penting ke arah pembangunan kualiti pengajaran guru-guru Pendidikan Khas
bagi menghadapi cabaran murid berkeperluan khas sejajar dengan saranan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) ke arah Pendidikan Abad ke 21.
Kata kunci : Unit Pendidikan Khas, Pengurusan Latihan, Guru-Guru Pendidikan Khas

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mohd Ridzuan bin Azit Ng Pei See Norasyikin binti. Abdul Ghani

SK Taman Gembira SJK (C) Soo Jin SK Sungai Serdang

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran

membaca kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf dalam kalangan

murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid tahun 2

berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa mereka di Tahun 1.Tinjauan awal telah menunjukkan

murid-murid ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi KVKVK. Dalam kajian ini kaedah

pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penggunaan teknik latih tubi

dan bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses P & P yang

dijalankan. Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna

mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan

dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan

agak susah. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan

KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai

digunakan di kalangan murid- murid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam

suasana yang menyeronokkan.

Kata Kunci: kadar buta huruf, pembelajaran masteri

Penguasaan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka Melalui Teknik Nyanyian Dalam Kalangan Murid

Pemulihan Linus: Satu Kajian Kes

Hanita Binti Hashim Sharifah Binti Amri

SK (2) Jalan Batu Tiga

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka dalam kalangan

murid pemulihan LINUS di sebuah sekolah di daerah Klang. Matlamat kajian untuk mengkaji keberkesanan

teknik nyanyian dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka murid pemulihan

LINUS. Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah.

Kajian yang dijalankan adalah merupakan satu bentuk tinjauan kualitatif yang menggunakan instrumen

pemerhatian, data dan temubual bagi mendapatkan maklum balas. Responden kajian terdiri daripada dua

orang murid daripada kelas 2 Arif di Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Batu Tiga, Klang yang masih belum

menguasai kemahiran membaca.. Penguasaan kemahiran membaca pada peringkat awal dengan penggunaan

teknik yang sesuai diharapkan dapat memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan

pendidikan di negara kita. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa teknik nyanyian berupaya menarik

minat dan dapat meningkatkan penguasaan membaca suku kata terbuka dalam kalangan murid pemulihan

LINUS.

Kata Kunci :LINUS, Kemahiran Membaca

Mengaplikasikan Teknik Latih Tubi Bersama Kad Imbasan Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca
Yong Dick Ung

SJK (C) Keng Chee
Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid LINUS di
sebuah sekolah di kampung nelayan, Pulau Ketam, yang berdekatan dengan daerah Klang. Matlamat kajian

16 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

untuk mengkaji keberkesanan teknik latih tubi bersama kad imbasan dalam penguasaan kemahiran membaca
murid LINUS. Kemahiran membatangkan suku kata dan membaca dengan lancar merupakan kemahiran yang
paling asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Kajian yang dijalankan
adalah merupakan satu bentuk tinjauan kualitatif yang menggunakan instrumen pemerhatian,data dan
temubual bagi mendapatkan maklum balas. Responden kajian terdiri daripada dua orang murid daripada kelas
3M di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keng Chee, Pulau Ketam, Klang yang masih belum lagi menguasai
kemahiran membaca. Penguasaan kemahiran membaca pada peringkat awal dengan penggunaan teknik latih
tubi bersama dengan kad imbasan supaya dapat mengukuhkan ingatan terhadap bunyi suku kata dan dapat
membatangkan suku kata dalam kalangan murid Linus. Justeru, mereka dapat membaca dengan lebih lancar
dan meningkatkan perminatan mereka dalam membaca buku cerita.
Kata kunci : LINUS, latih tubi, kad imbasan

Kajian Kes Tentang Konsentrasi Murid Linus Literasi Semasa PDPC
Santha A/P Ahchuthan

SJK(T) Ladang Batu Ampat
Abstrak

Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang menyebabkan
kekurangan daya tumpuan murid linus semasa pdpc di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan di SJKT Batu
Ampat di daerah Klang, Selangor. Secara ringkas, kajian ini dibahagikan kepad 5 bahagian . Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data dan melibatkan subjek seramai 4 orang
murid yang bermasalah pembelajaran kategori Linus yang tidak boleh mengikuti pdpc di dalam bilik darjah
kerana daya tumpuan yang singkat .Murid-murid ini mengikuti pembelajaran di dalam kelas pemulihan
khas.bagi matapelajran Bahas Melayu. Dalam kajian ini, dua set instrumen digunakan iaitu soal selidik yang
ringkas dan sessi temu ramah bersama murid. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kekurangan daya tumpuan
murid di dalam kelas seperti latar belakang keluarga, faktor sosio ekonomi murid, kekurangan daya penaakulan
dan sebagainya. Program –program khas juga dijalankan untuk murid-murid tersebut di sekolah seperti kelas
pemulihan dan kelas bacaan, kajian tindakan dan sebagainya. Secara umumnya, pelaksanaan program
pemulihan khas perlu diteruskan di sekolah ini supaya murid-murid bermasalah pembelajaran dapat
meneruskan pembelajaran mereka dengan suasana yang mesra dan kondusif .
Kata kunci : daya tumpuan, kelas pemulihan khas

Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Pecahan Menggunakan
Teknik ‘Model Bar’ Dalam Kalangan Murid Tahun 5
Sangetha A/P Kuppusamy
SK Telok Gong
ABSTRAK

Kajian ini akan dijalankan untuk mengatasi masalah pendaraban pecahan dengan nombor bulat dalam
kalangan murid. Kajian ini akan dijalankan terhadap 30 orang murid-murid Tahun 5 Ibnu Khaldun, SK
Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Satu tinjauan awal telah dibuat dengan kaedah soal selidik,
pra ujian dan permerhatian pembelajaran murid-murid. Perancangan dan penyusunan tindakan telah
dibina dengan harapan murid-murid dapat menyelesaikan pendaraban pecahan dengan nombor bulat
dengan cara yang mudah.
Kata Kunci : Model Bar, pendaraban pecahan

KOMPETENSI GURU BAHASA MELAYU DI EMPAT BUAH SEKOLAH DAERAH KLANG MEMBINA KUIZ

MENGGUNAKAN VLEFROG

Norzalinda binti Md Lazim Nor Shahida binti Md Daud

SMK Convent SMK Meru

Siti Saliha binti Ismail Salwa binti Abd Salam

SK Taman Klang Utama SK Bukit Kapar

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kebolehan atau kemahiran guru bahasa Melayu membina kuiz

menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) . Melalui projek 1BestariNet, sekolah-

sekolah telah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,

kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui VLE Frog yang boleh diakses di sekolah atau dimana jua dengan

17 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

adanya sambungan Internet. Kajian ini juga meninjau sejauh mana guru berkebolehan menggunakan VLE Frog
dalam PdP, kelemahan penggunaan VLE Frog dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru di empat buah
sekolah ini iaitu SMK Meru, SMK Convent, SK Bukit Kapar dan SK Taman Klang Utama. Responden kajian terdiri
daripada 5 orang guru Bahasa Melayu dari 4 buah sekolah ini. Kajian ini meggunakan teknik soal selidik dan
senarai semak. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kuantitatif. .Implikasi dapatan kajian ini
diharapkan dapat menggalakkan guru mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komuniksi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran guru sejajar dengan Pendidikan Abad ke-21.
Kata kunci : VLE Frog, TMK

Kemahiran Mengingat Unsur Gaya Bahasa Dalam Pembelajaran Komsas : Kajian Kes Terhadap

Murid Tingkatan Tiga.

Farlliaty binti Mat Rimpin Nur Adilah binti Mohammad Shafie

SMK Shahbandaraya SMK Kota Kemuning

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kemahiran murid tingkatan 3 iaitu kelas 3 Bumi untuk mengingat unsur

gaya bahasa dalam pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS). Pemerhatian dan temu ramah dijalankan di

mana murid didapati menghadapi masalah dalam memahami konsep gaya bahasa kerana dalam unsur gaya

bahasa itu sendiri terdapat pelbagai istilah yang perlu diingat. Istilah tersebut bukan sahaja sukar diingat,

malahan untuk menyebutnya pun agak sukar apatah lagi untuk mengetahui maksud bagi setiap istilah tersebut.

Hal ini berlaku demikian kerana didapati istilah tersebut dilihat seakan-akan agak jauh dari kehidupan sebenar

murid kerana istilah tersebut merupakan bukan perkataan yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Justeru pendekatan telah dibuat di mana murid telahpun didedahkan dengan kaedah yang boleh membantu

dalam meningkatkan kefahaman terhadap unsur gaya bahasa dalam pembelajaran KOMSAS. Pendekatan

menggunakan kaedah mengingat mnemonik adalah teknik yang sudah lama diamalkan dalam dunia pendidikan

di mana ia boleh membantu memberikan peneguhan ingatan terhadap sesuatu fakta atau maklumat.Oleh yang

demikian, melalui pendekatan mnemonik murid menunjukkan pencapaian yang baik dalam kemahiran

mengingat istilah serta maksud setiap unsur gaya bahasa dalam pembelajaran KOMSAS. Peningkatan terhadap

kemahiran murid mengingat unsur gaya bahasa dalam pembelajaran KOMSAS dengan tepat akan membantu

meningkatkan kemajuan akademik mata pelajaran Bahasa Melayu sekaligus dapat memupuk minat murid

tingkatan tiga (3) untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bahagian

pembelajaran KOMSAS.

Kata kunci : KOMSAS, gaya bahasa, mnemonik

Mengatasi Masalah Penggunaan Imbuhan Dalam Ayat Oleh Murid-Murid Tahun Tiga

Juliani binti Mohd Taib Kama Norakma bin Abu Khalid

SK Bukit Kemuning 2 SK Bukit Rimau

Wan Hasnah binti Wan Ibrahim Nor Hazilah binti Ghazali

SMJK Kwang Hua SMK(P) Bukit Kuda

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian kes merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian ke atas masalah

yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang

dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Nervillia di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2, Seksyen 31, Shah Alam.

Seramai 30 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui

ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan

imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Ini mungkin disebabkan mereka baru

melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 2 yang memerlukan kemahiran yang lebih meluas. Perancangan

tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat

dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan

kajian ini telah selesai dalam tempoh satu bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan

yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan

pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang

dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

Kata Kunci: penggunaan imbuhan

18 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Kompetensi Guru Bahasa Melayu Di Empat Buah Sekolah Daerah Klang Membina Kuiz Menggunakan Vlefrog

Norzalinda binti Md Lazim Nor Shahida binti Md Daud

SMK Convent SMK Meru

Siti Saliha binti Ismail Salwa binti Abdul Salam

SK Taman Klang SK Bukit Kapar

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kebolehan atau kemahiran guru bahasa Melayu membina kuiz

menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) . Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-

sekolah telah dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,

kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui VLE Frog yang boleh diakses di sekolah atau dimana jua dengan

adanya sambungan Internet. Kajian ini juga meninjau sejauh mana guru berkebolehan menggunakan VLE Frog

dalam PdP, kelemahan penggunaan VLE Frog dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru di empat buah

sekolah ini iaitu SMK Meru, SMK Convent, SK Bukit Kapar dan SK Taman Klang Utama. .Responden kajian terdiri

daripada 5 orang guru Bahasa Melayu dari 4 buah sekolah ini. Kajian ini meggunakan teknik soal selidik dan

senarai semak. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kuantitatif. .Implikasi dapatan kajian ini

diharapkan dapat menggalakkan guru mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komuniksi (TMK) dalam

pengajaran dan pembelajaran guru sejajar dengan Pendidikan Abad ke-21.

Kata kunci : VLE Frog, 1BestariNet

Penguasaan Bertutur Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Tingkatan Satu. Kajian Kes

dI SMK (P) Kapar

Norafidah binti Abdullah Salsabila binti Kamal

SMK Rantau Panjang SMK (P) Kapar

Nor Tahirah binti Ab. Ghani Norhasliza binti Abd. Wahab

SMK Raja Lumu SAMT Sultan Hishamuddin

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian kes ini merupakan satu kajian untuk meninjau penguasaan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan

murid tingkatan satu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis data yang diperoleh serta

meningkatkan tahap penguasaan bertutur murid India. Bahasa Melayu sangat penting kerana ia merupakan

bahasa kebangsaan kita. Walaupun bahasa Melayu telah dipelajari sejak dari tahun satu, namun mereka masih

menggunakan bahasa Melayu pasar dan difahami oleh pendengar. Data diperolehi daripada soal selidik

sepuluh orang murid tingkatan satu yang pendidikan asasnya Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT). Data dianalisis tentang jenis-jenis strategi bertutur yang digunakan untuk

menyampaikan mesej. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi berdasarkan bahasa ibunda paling kerap

digunakan dalam pertuturan seharian mereka. Ia dipengaruhi oleh keluarga dan persekitaran murid

berbanding dengan pendidikan asas sekolah rendahnya. Murid India kebiasaannya berfikir dalam bahasa Tamil

dan kemudian menterjemahkan pemikiran itu dalam pertuturan bahasa Melayu. Diharapkan guru bahasa

Melayu dapat membantu murid-murid ini dengan merancang pelajaran yang sesuai dengan keupayaan mereka.

Satu modul yang berkesan dan efektif harus disediakan supaya strategi bertutur yang sesuai dapat digunakan

tanpa kesalahan bahasa Melayu. Kajian lanjutan dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan strategi

bertutur semasa berkomunikasi.

Kata Kunci: bahasa pasar, bahasa ibunda, Modul Kesalahan Bahasa

Mempertingkatkan Kefahaman Pelajar Tingkatan Tiga Dengan Menggunakan Teknik Hafalan

Rafizah binti Hamzah Aqilah binti Aziz

SAM Hishamuddin SMK (P) Raja Zarina

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan mengkaji punca dan penyelesaian bagi masalah pelajar tingkatan tiga

yang gagal menguasai soalan PT3 khususnya soalan peribahasa. Soalan tersebut merupakan soalan wajib

dalam Bahasa Melayu PT3 dan terletak pada nombor 4. Soalan tersebut menawarkan 4 markah bagi dua

jawapan yang betul. Lazimnya soalan peribahasa diberi dalam bentuk gambar sama ada dalam bentuk gambar

tunggal, atau dalam gambar bersiri.Memandangkan murid kurang bermotivasi dalam mengingati dan

menguasai peribahasa secara rela diri , maka guru bercadang untuk melaksanakan satu tindakan yang lebih

19 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

efektif iaitu dengan menggunakan teknik hafalan dalam usaha untuk membantu pelajar tingkatan 3 untuk
mengingati peribahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu .Beberapa langkah untuk
melaksanakan kajian ini telah dilakukan untuk memastikan keberkesanan teknik ini dalam membantu
meningkatkan prestasi murid dalam menguasai peribahasa dan seterusnya meningkatkan prestasi subjek
Bahasa Melayu.
Kata Kunci: PT3, teknik hafalan, buku teks Bahasa Melayu

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Sekorah Rendah

Jenis Kebangsaan Cina Pandamaran A

Loh Kha Liang Ng Ah Luang

SJKC Pandamaran A

Tan Pei Feng Ting Pei Pei

SJKC Taman Rashna SJKC Tshing Nian

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kebanyakan kajian tentang kelemahan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid lebih cenderung

untuk dikaitkan dengan jenis-jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh mereka (David,2003) .Antara sebab

yang dikaitkan dengan kelemahan peguasaan bahasa ialah latar belakang mereka sebagai bukan penutur natif.

Jarang sekali dilihat kajian tentang minat murid bukan penutur jati tersebut dalam pembelajaran Bahasa

Melayu di dalam bilik darjah dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

minat murid-murid dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJKC Pandamaran A. Seramai 70

responden yang terdiri daripada murid Tahun 3A dan 3N terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan

kaedah tinjauan berdasarkan soal selidik yang ditadbir. Selain itu, kajian ini turut mengemukakan cadangan

responden tentang cara-cara yang dapat meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: faktor-faktor, minat, murid-murid sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, Bahasa Melayu

Kemahiran Membaca: Kajian Kes Terhadap Murid Pelat

Nurul Izzati binti Mohd Zain Yusnita binti Ismail Siti Norsidah binti Mohd Dali

SK Klang SK Convent 1 SK Convent 2

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Membaca merupakan satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi memudahkannya

mengikuti proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan baik. Sehubungan itu, satu kajian telah

dilaksanakan untuk melihat sejauhmana tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca serta minat

murid untuk membaca. Kajian ini dilaksanakan terhadap seorang murid pelat tahun dua di sebuah sekolah

daerah Klang. Keputusan Ujian Saringan Linus 2016 dan Saringan Peringkat Dalaman 2017 menunjukkan murid

ini gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis. Pengkaji telah menggunakan kaedah Ujian Lisan serta

Pemerhatian Berstruktur untuk mengumpul data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan

kemahiran membaca murid amatlah lemah serta murid tidak berminat untuk membaca. Melalui kajian ini

pengkaji mengharapkan masalah kemahiran membacanya dapat diatasi.

Kata Kunci: Kemahiran, Membaca, Penguasaan, Minat, Pelat

Mempertingkatkan Keupayaan Murid LINUS Mengeja Dan Membaca Suku Kata KVKV

Muhammad Saifullah bin Salleh Siti Shaheda binti Said Noor Aeisah binti Ismail

SK Pelabuhan Klang SK Pelabuhan Klang SK Taman Klang Jaya

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan

dan penguasaan murid Linus dalam mengeja dan membaca suku kata KVKV dengan lancar. Kajian ini

mensasarkan seorang murid bernama Azzley dari kelas 2 Maju. Dari tinjauan yang dibuat, didapati murid ini

tidak dapat mengeja dan membaca perkataan dengan baik. Murid ini boleh mengecam gambar dan menyebut

gambar yang ditunjukkan tetapi gagal untuk mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis jawapan yang

tepat. Murid ini juga dilihat kurang memberi perhatian ketika belajar didalam kelas. Kajian ini juga dibuat bagi

meninjau sejauh mana kemampuan murid ini menguasai suku kata KVKV setelah menjalankan beberapa aktiviti

yang dirancang.Kajian ini dijalankan secara pemerhatian, semakan buku latihan, latih tubi serta ujian bagi

20 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

melihat kelemahan murid tersebut. Beberapa aktiviti dirangka bagi membantu murid ini lebih fokus ketika
belajar, lebih berinteraksi dan memberi sepenuh perhatian ketika Pdp berlangsung.Bagi mengatasi masalah ini,
saya bersama-sama rakan yang lain telah menjalankan beberapa aktiviti bagi membantu pelajar ini untuk
membaca dengan baik. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengecaman suku kata, bermain kad imbas dan
mengenalpasti perkataan berdasarkan nyanyian. Diharap aktiviti ini dapat membantu murid untuk fasih dalam
ejaan serta dapat membaca dengan lancar tanpa perlu bahan bantu seterusnya dapat menulis dengan baik
tanpa ada kesalahan ejaan.
Kata Kunci: LINUS, KVKV

Keupayaan Menyebut Perkataan Dengan Betul. Kajian Kes Terhadap Murid-Murid Tingkatan Satu

di SMK Tengku Idris Shah.

Siti Raihana binti Ab. Rahman Nurulhuda Hayati binti Ahmad Tulani

SMK Batu Unjur SMK Tengku Idris Shah

KIA GBO 2017

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti masalah murid tidak dapat menyebut perkataan dengan

betul. Kajian ini dijalankan apabila mendapati beberapa orang murid Tingkatan Satu tidak dapat menguasai

kemahiran asas membaca. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, didapati murid-murid ini menghadapi

kesukaran untuk menyebut bunyi perkataan. Oleh itu, terdapat perkataan-perkataan yang disebut tanpa

membunyikan sesetengah suku kata. Tindakan yang diambil bagi membantu murid-murid kelas tersebut untuk

menyebut perkataan dengan betul. Pemerhatian, temu bual secara individu dan bimbingan diberikan dalam

tempoh dua bulan. Hasil temubual secara individu mendapati kebanyakan murid yang mengalami masalah ini

telah banyak ketinggalan dari segi akademik disebabkan gagal mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas

arus perdana sejak prapersekolahan lagi. Dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan hasil yang positif .

Walaubagaimanapun, murid-murid ini masih perlu dibimbing secara berterusan.

Kata kunci : kemahiran asas membaca

Kajian Kes: Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Murid Yang Lemah Membaca

Rohayati binti Rostam Azmilla binti Abdull Manan Siti Noriha binti Ab Rahman

SAM Nurul Iman SMK (P) Methodist SMK Telok Gadong

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat kebolehan menulis terhadap murid

Tingkatan Satu yang mempunyai masalah lemah membaca. Kajian ini dijalankan terhadap murid Tingkatan Satu

di SMK Telok Gadong, Klang, Selangor. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang menggunakan kaedah

pemerhatian, penilaian secara klinikal dan senarai semak. Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data

berfokus kepada pemerhatian, semakan dokumen dan pemerhatian secara klinikal. Responden kajian terdiri

daripada seorang murid dalam satu kelas yang mempunyai tahap keupayaan membaca yang lemah. Implikasi

kajian ini penting untuk membangunkan tahap kebolehan menulis dan mengeja patah perkataan dengan betul

seterusnya membimbing murid menulis dalam ayat yang betul dan lengkap.

Kata kunci : lemah membaca, klinikal

Kajian PAK 21 Terhadap Penglibatan Murid dan Keberkesanan Pembelajaran

Hj. Mohd Noh bin Murli Hj. Shahrul Iza bin Ismail

PPD Klang

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanaan Pembelajaran Abad Ke 21 di dalam bilik

darjah. Seramai tiga orang guru telah dipilih untuk menjalani pencerapan pra dan post oleh pegawai dari

Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Kajian dijalankan ke atas murid-murid Tingkatan 2 di SMK Meru, Klang.

Pencerapan kepada pengajaran dan pembelajaran guru telah dilakukan untuk melihat kesan penggunaan

kaedah pembelajaran koperatif dari aspek penglibatan murid dan penguasaan pembelajaran murid iaitu

aspek 4.1 dan 4.2 sahaja. Perbandingan skor pencerapan sebelum dan selepas guru diberikan kemahiran

Pembelajaran Abad Ke 21 akan diambil untuk melihat keberkesanan pembelajaran Abad Ke 21 yang

dilaksanakan di dalam bilik darjah. Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) standard 4 versi

2010 telah digunakan dalam pencerapan tersebut . Hasil dapatan dari pencerapan dan soal selidik yang

21 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

dijalankan didapati kaedah pembelajaran koperatif telah memberi kesan positif terhadap penguasaan
pembelajaran dan penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kata kuanci : Kaedah pembelajaran koperatif

Keberkesanan Penggunaan Modul Akhbar Utusan Melayu Selama 10 Minit Dalam PdPc : Suatu Kajian Kes
Sanisah binti Abdul Aziz
SMK Jalan Kebun
Abstrak

Kajian ini adalah untuk memaparkan Keberkesanan Penggunaan Modul Akhbar Utusan Melayu selama 10 minit
dalam Pdp. Sampel kajian adalah sampel bertujuan iaitu 45 orang murid dari kelas 3 Bestari Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam Selangor. Instrumen yang digunakan ialah Modul Akhbar Utusan Melayu
dengan soalan kbat dari pelbagai aras. Mereka telah mengambil bahagian menjawab dalam masa 10 minit.
Kajian menunjukkan bahawa dengan memulakan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Penerang Hati sebelum
memulakan Pdpc dapat memotivasikan dan mengerakkan otak murid secara positif dalam menjawab soalan
secara kolaboratif selama 10 minit. Dapatan Kajian mendapati bahawa memulakan bacaan Surah Al-Fatihah
dan Doa Penerang Hati dan menjawab soalan Akhbar Utusan Melayu secara kolaboratif sangat memanfaatkan
semua murid samada yang lemah mahupun yang pandai. Terbukti bahawa murid dapat menjawab soalan
dalam masa yang singkat setelah dibantu dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Kunci Kata : Modul Akhbar

Bimbingan Pemantapan Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Amali Sains Tulen
di Daerah Klang : Suatu Kajian Kes

Hanizan, Noor Anita Norliza, Farhana, Nor Hayati, Arbi, Mages, Maziyah, Noor Zaini,
Nor ‘Atrah, Zakiah, Masitah

Majlis GKMP Sains dan Matematik PPD Klang

Abstrak
Kajian ini berfokuskan kepada memberi bimbingan kepada guru untuk memantapkan teknik pengajaran dan
pembelajaran menerusi pelaksanaan amali sains. Matlamat utama kajian ini dilakukan adalah untuk melihat
sejauh mana keberkesanan pelaksanaan amali sains dalam meningkatkan kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif murid dalam subjek sains tulen.Amali Sains Tulen adalah satu aktiviti yang dijalankan
untuk mempelajari mata pelajaran Kimia dan ianya penting untuk membantu perkembangan kemahiran
saintifik. Program lawatan bimbingan pemantapan amali sains tulen ini bertujuan menganalisis tahap
penguasaan kemahiran proses sains, kecekapan penggunaan makmal dan tahap kefahaman kemahiran
manipulatif dalam menjalankan eksperimen di makmal dalam kalangan murid tingkatan empat dan lima di
sekolah menengah daerah Klang Selangor. Kajian tinjauan ini melibatkan 12 buah sekolah menengah.
Instrumen Lawatan Bimbingan Pemantapan Pelaksanaan Amali Sains Tulen SPM 2017 digunakan sebagai
instrumen kajian. Data pemerhatian dianalisis secara kualitatif berdasarkan aspek dalam instrumen. Dapatan
kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif adalah baik dan kecekapan penggunaan makmal
adalah baik tetapi dari aspek keselamatan perlu diberi perhatian dan ditambahbaik, manakala penguasaan
kemahiran proses sains adalah di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat sumbangan
yang signifikan bagi aspek tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan tahap penguasaan kemahiran proses
sains. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran proses sains pelajar mempunyai
hubungan yang signifikan dengan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan
makmal. Implikasinya, penggunaan makmal yang efisien dalam aktiviti amali dapat membantu murid
menguasai kemahiran manipulatif dan seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains.
Kunci Kata : Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Manipulatif

Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi di Selangor dari Perspektif Guru j-QAF: Satu Kajian Tinjauan
Hazlan Atan1,Syafiqah Jalal1

Nik Mohd Rahimi Bin Nik Yusof1
1,2,Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kajian ini membincangkan pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) di sekolah rendah daerah Klang dari
perspektif guru. Kem Cemerlang Jawi (KCJ) merupakan satu modul tambahan kepada modul sedia ada dalam

22 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

program j-QAF iaitu Model Kelas Pemulihan Jawi (MKPJ) yang telah dilaksanakan sebelum ini sejak tahun 2005.
Ia merupakan satu modul pemulihan yang baharu diperkenalkan dan dilaksanakan bermula pada tahun 2015
bagi meningkatkan penguasaan membaca dan menulis di kalangan murid dalam mata pelajaran Jawi di sekolah.
Namun, kajian lepas mendapati bahawa pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi masih kurang dilakukan dalam
tempoh yang terdekat. Menurut Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia juga, tahap
penguasaan murid dalam mata pelajaran Jawi sejak dari sistem Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) hingga
ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Pendekatan
kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk menentukan minat
murid, pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta masalah yang dialami. Keputusan menunjukkan
terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi di sekolah.
Tambahan lagi, masalah tersebut boleh membantutkan pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi di sekolah. Oleh yang
demikian, adalah diharapkan kajian ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam khususnya untuk mencari
jalan alternatif bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Kata kunci: Kem Cemerlang Jawi (KCJ), Model Kelas Pemulihan Jawi, sekolah rendah.

Penggunaan Aplikasi Whatsapp Dalam Kaedah Flipped Classroom Untuk Peningkatan Akademik Bahasa
Melayu Tahun Lima

Danial Heryanto bin Zainal Abidin
Guru Cemerlang Bahasa Melayu

SK Pendamaran Jaya
Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan guru di bilik
darjah seterusnya membudayakan corak dan trend pembelajaran abad ke-21 khasnya bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu.Kajian sebelum ini mendapati bahawa kebanyakan guru mempunyai masalah mengaplikasikan
pembelajaran dalam talian disebabkan oleh tiadanya kemudahan internet murid di rumah dan ketidakstabilan
capaian internet di sekolah.Maka kaedah flipped classroom ini diubahsuai dan dijadikan sebagai medium
pengajaran dan pemudahcaraan menerusi penggunaan aplikasi Whatsapp menggunakan ‘smartphone’. Dengan
usaha ini dapat menarik minat murid mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih efisien. Rata-rata ibu-bapa
murid memiliki ‘smartphone’ dan juga data, maka penyampaian video pengajaran guru dapat dihantar dengan
lebih mudah menerusi aplikasi Whatsapp.Kajian ini telah dijalankan ke atas murid tahun 5 Berlian. Objektif
kajian ini adalah untuk mengintegrasikan kemahiran abad ke-21 kepada guru dan murid menerusi
pembelajaran di dalam talian seterusnya memberi galakan dan motivasi kepada murid untuk meningkatkan
pencapaian akademik khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Terdapat 3 jenis instrumen yang telah
digunakan iaitu pemerhatian, soal selidik, dan juga nota lapangan.Ini bagi mendapatkan respon dan tingkah
laku murid sebelum dan selepas pelaksanaan flipped classroom menerusi penggunaan aplikasi Whatsapp.Ibu-
bapa turut memberi reaksi positif serta kerjasama yang baik sepanjang kajian dijalankan. Dapatan
menunjukkan prestasi murid dalam peperiksaan meningkat serta motivasi mereka untuk belajar menerusi
penggunaan aplikasi Whatsapp amat memberangsangkan.Untuk kajian di masa akan datang, beberapa faktor
perlu difikirkan agar pembelajaran flipped classroom dapat diperluaskan kepada murid lain dengan cara dan
kaedah penggunaan teknologi yang lebih berkesan.
Kata Kunci : Whatsapp, Kaedah Flipped Classroom, Peningkatan Akademik

Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Masalah Miskonsepsi Dalam
Kalangan Murid Tingkatan 4 Bagi Topik Mitosis. Satu Kajian Kes Di SMK Dato’ Hamah
Suriani Binti Sayuti
Guru Sains, SMK Dato’ Hamzah
Abstrak

Miskonsepsi boleh diertikan sebagai salah faham, keliru, delusi, salah fikiran, salah perhitungan dan pelbagai
lagi. Dalam kajian ini, kaedah Nyanyian telah digunakan untuk meningkatkan pengetahuan dalam masalah
miskonsepsi bagi topik mitosis dan meningkatkan minat terhadap sains dalam kalangan murid. Kajian ini
dijalankan secara kualitatif terhadap 23 orang murid lelaki Tingkatan 4 Optimis dari SMK Dato’ Hamzah,
Pelabuhan Klang dengan pelbagai kecerdikan. Ujian pra dan pasca merupakan instrumen pengumpulan data
yang digunakan dalam kajian ini. Daripada hasil tinjauan, didapati murid-murid tidak dapat mengingat konsep
semasa proses mitosis. Pada peringkat pertama, ujian pra diberi kepada murid-murid sebelum kelas bermula.
Peringkat seterusnya ialah intervensi melalui aktiviti Nyanyian. Peringkat terakhir ialah ujian pasca untuk
menguji ingatan murid tentang konsep proses mitosis. Keputusan ujian pasca menunjukkan terdapat sedikit

23 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

peningkatan pengetahuan tentang konsep mitosis .Murid-murid dapat menjawab dengan lebih berkeyakinan
dalam masa yang lebih singkat jika dibandingkan dengan ujian pra jika dianalisis secara individu, namun jika
dilihat secara keseluruhan tahap penguasaan dan pemahaman murid dalam topik Mitosis masih lagi ditahap
yang sederhana.
Kunci Kata : Miskonsepsi

Kajian Kes Ke Atas Kemahiran Menulis Perkataan KV+KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan
Chia Lee Shan
SJK(C) Hwa Lien
Abstrak

Kajian kes ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti masalah murid iaitu kemahiran menulis perkataan
KV+KVK. Seramai tiga orang murid pemulihan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Hwa Lien, Pulau Ketam yang
terlibat dalam kajian kes ini. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada pemerhatian
dengan senarai semak, ujian pencapaian dan temu bual. Keputusan yang diperolehi hasil daripada analisis data
ketiga-tiga instrumen ini telah menunjukkan perubahan yang positif. Hal ini bermakna kajian yang
memfokuskan masalah KV+KVK ini telah membantu murid pemulihan dalam kemahiran menulis perkataan
KV+KVK. Saya berharap agar kajian ini dapat disebar secara meluas dalam kalangan para pendidik untuk
membantu murid pemulihan dan mengkaji dengan lebih mendalam lagi.
Kata kunci: KV+KVK, Pemulihan Khas

Tahap Penguasaan Membaca Murid Tahun 2 Pintar Menggunakan Kaedah Stesen
Juraidah binti Jallani
SK Pulau Indah 2
Abstrak

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 bertujuan untuk mengguji keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah stesen . Kajian ini melibatkan dua puluh dua orang murid
Tahun 2 Pintar dari SK Pulau Indah 2 .Tinjauan awal telah menunjukkan murid-murid ini tidak dapat membaca
perkataan yang mengandungi KVKVK. Dalam kajian ini kaedah pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Penggunaan teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan
pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses P & P yang dijalankan. Selain itu, murid
disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini
telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari
ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak susah. Ia bertujuan
mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan KVKVK dengan mudah
tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan
murid -murid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang
menyeronokkan.
Kata kunci : Pembelajaran , kaedah stesen, pemulihan

Keberkesanan Teknik Nyanyian Ke Atas Minat dan Kefahaman Murid Dalam Membaca
Nur Liyana binti Noor Rashidi
SK (2) Jalan Meru
Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti keberkesanan teknik nyanyian ke atas minat dan kefahaman
murid dalam membaca murid tahun 2 di sebuah sekolah di daerah Klang. Kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti sama ada penggunaan muzik dapat meningkatkan minat murid serta prestasi dan kefahaman
murid ketika belajar. Teori Gardner (1983) diaplikasikan untuk pelaksanaan kajian ini, berikutan menurut
Gardner (1983) menyatakan bahawa wujud berbagai-bagai proses dalam fikiran pelajar ketika berlaku
pembelajaran dan proses ini dipengaruhi oleh faktor-faktor luar yang mana salah satunya adalah irama.
Seorang murid sahaja dipilih daripada kelas tahun 2. Pemilihan murid ini adalah berdasarkan kepada keputusan
saringan ke-2 linus 2016. dimana, murid ini adalah merupakan murid linus. Kajian yang dijalankan adalah
merupakan satu bentuk tinjauan kualitatif yang menggunakan instrument pemerhatian, markah pra dan pos
serta analisis kedatangan murid ke sekolah. Setelah pendedahan terhadap teknik nyanyian. Dapatan yang

24 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

diperolehi menunjukkan bahawa teknik nyanyian ini berupaya menarik minat dan dapat meningkatkan
kefahaman murid dalam membaca.
Kata kunci : teknik nyanyian ,Masteri, latih tubi

Penggunaan Kad Ganjaran Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun Empat.

Farah Wahida binti Mohd Abd Rahman Nurfadzlin binti Salim

Sk Kampong Raja Uda

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kad ganjaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia bagi murid-murid tahun empat. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid Tahun

Empat di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Uda, Pelabuhan Klang. Kajian kes penggunaan kad ganjaran

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia tahun empat ini dijalankan bagi mendapatkan

maklumat penggunaan sistem ganjaran dalam kawalan kelas. Tinjauan awal kajian ini dibuat secara

pemerhatian tingkah laku murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tinjauan awal mendapati

subjek kajian iaitu murid kelas 4 Utarid merupakan kelas yang sukar dikawal ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Pelaksanaan kajian ini dengan menjadikan kad ganjaran sebagai satu alat bagi

membantu kawalan kelas. Kajian ini dibuat secara kualitatif. Data-data dikumpul melalui pemerhatian, temu

bual dan soal selidik. Kiraan kuantitatif mudah secara peratusan digunakan untuk menganalisis data kajian.

Hasil analisis keputusan menunjukkan bahawa kad ganjaran telah berjaya menarik minat murid-murid tahun

empat dalam pembelajaran Bahasa Malaysia.

Kata kunci: Kad ganjaran, minat, Tahun Empat.

Penggunaan Papan Putih Pintar( Smart Board ) Untuk Menangani Murid Yang Bermasalah

Dalam Pertuturan Vokal Berganding.

Narendran A/L V.Angappah Salini Devi A/P Chandran

SJKT Simpang Lima SJKT Methodist

Heamalatha A/P Palaniandy Guna Valli A/P Marimuthu

SJKT Vallambrosa SJK (T) Simpang Lima

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan papan putih pintar (Smart Board) dapat

menangani masalah murid dalam pertuturan vokal berganding. Seramai 20 orang murid telah dilibatkan dalam

kajian ini. Kajian ini meninjau sejauh mana papan putih pintar (Smart Board) dapat membantu PdPc bahasa

melayu di SJK(T). kajian ini dijalankan secara kuantitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan simulasi.

Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data, berfokus kepada pembelajaran berasaskan aktiviti,

komunikasi, penilaian lisan dan bahan bantu mengajar papan putih pintar (Smart Board). Respondan kajian

terdiri daripada 20 orang murid dari tahun 3 SJK(T) Simpang Lima. Implikasi dapatan kajian ini penting ke arah

usaha pembangunan kualiti PdPc sejajar dengan Pendidikan Abad ke-21.

Kata Kunci: papan putih pintar, penilaian lisan

Ada Apa Dengan Virtual Learning Environment (Vle Frog): Amalan Terbaik Penggunaan

Pelantar Pembelajaran Maya (Vle Frog) Dalam PDPC Abad 21 Di SK Bukit Kemuning 2

Hartini binti Hussin Norfazilah binti Ishak

Guru Advokasi Emas

SK Bukit Kemuning 2

Abstrak
Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang
Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam
melaksanakan dasar agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Justeru itu
untuk memastikan dunia pendidikan tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat, Kementerian
Pendidikan Malaysia memperkenalkan Persekitaran Pembelajaran Maya VLE Frog. Melalui anjakan ke tujuh
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dinyatakan dalam agenda
mentranformasikan sistem dengan menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet di 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia. VLE Frog yang diperkenalkan di sekolah di Malaysia
adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya

25 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis. Sistem ini mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah maya yang mana ia dapat memberi manfaat kepada guru, pelajar,
pentadbir sekolah, dan juga ibu bapa. Dengan VLE Frog, guru mampu memudahkan proses pdpc mereka.
Mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan pendekatan yang lebih menyeronokkan, memberi tugasan
kepada pelajar serta berhubung dengan mereka secara dalam talian. Seperti yang kita sedia maklum VLE Frog
membolehkan pelajar mengakses sumber pembelajaran, menyiapkan tugasan dan berkolaborasi dengan guru
malahan dengan rakan-rakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Sebenarnya VLE mempunyai
variasi yang lebih dari itu, dimana VLE boleh memupuk pelajar mengamalkan pembelajaran kendiri serta
menganalisa kelemahan dan kekuatan mereka di samping keseronokan menjawab tugasan yang diberikan
selaras dengan dasar Pdpc Abad 21 yang berteraskan pembelajaran berpusatkan murid. Justeru itu artikel ini
membincangkan bagaimana amalan terbaik penggunaan VLE Frog digabung dengan Pdpc Abad 21 di SK Bukit
Kemuning 2.
Kata kunci: VLE Frog, 1BestariNet, Pembelajaran Maya, Pdpc Abad 21

Modul GROWTH: Lanjutan dari Program Coaching Eksekutif Dalam Organisasi (CEDO)

bagi Sekolah-Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Klang

Hj Mohd Shahrul Iza bin Ismail Hj Mohd Noh bin Murli

PPD KLANG

Abstrak

Penilaian di bilik darjah adalah satu bentuk penyeliaan bagi memperolehi maklum balas, bertujuan untuk

memperbaiki pengurusan bilik darjah serta mengembangkan teknik-teknik instruksional. Modul ini adalah

bersandarkan kepada penilaian pentadbir sekolah yang menggunakan instrument Standard Kualiti Pendidikan

Malaysia (SKPMg2) terutamanya semasa mereka memantau keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran ( PdP

) guru-guru di bilik darjah menerusi pencerapan Standard 4 SKPMg2. Guru sebagai pemimpin yang membina

perubahan ke atas tingkahlaku murid-murid di bilik darjah perlu juga belajar (relearned) selain menerapkan

elemen pembelajaran 4C iaitu pembelajaran koperatif, kolaboratif, komunikasi serta pembelajaran kreatif

murid-murid bagi menzahirkan pembelajaran abad 21. Modul GROWTH merangkumi penetapan matlamat PdP

(Goal setting), penilaian realiti semasa murid (Reality Checking), pilihan kaedah dan pendekatan PdP untuk

murid (Option), membina kefahaman murid (Wrap up), teknik taktikal guru / panitia mata pelajaran (tactical)

melalui perbincangan Professional Learning Community (PLC) seperti Lesson Study serta Pembudayaan guru di

kelas (Habitual).

Kata kunci : pengurusan bilik darjah, instraksional, Modul GROWTH, Professional Learning Community (PLC)

Meningkatkan Keupayaan Mengenal Huruf Kecil “b, d, p, m, w, n, dan u” Dalam Kalangan Murid Pemulihan

Tahun Dua Dengan Menggunakan Teknik Perlambangan Gambar Melalui Buku Abjad “Blink-Blink”

Amir Hamzah bin Aman Luqman Hakim bin Harun

Unit Kokurikulum, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal bentuk dan menyebut nama huruf “b, d, p, m,

w, n dan u” melalui teknik perlambangan gambar dengan menggunakan buku abjad “blink-blink”. Dua orang

murid pemulihan Tahun Dua dari Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur terlibat dalam kajian

ini. Pengumpulan data awal menunjukkan bahawa kedua-dua murid mempunyai kesukaran dalam mengenal

bentuk dan menyebut nama huruf kecil yang hampir sama seperti “b, d, p, m, w, n dan u”. Teknik

perlambangan gambar digunakan untuk membantu murid mengenal bentuk dan nama huruf kecil “b, d, p, m,

w, n dan u” dengan betul. Data kajian dikumpulkan melalui ujian awal, ujian akhir, ujian pencapaian 1 dan 2,

pemerhatian dan temu bual. Dapatan ujian dianalisis berdasarkan skor pemarkahan analitikal manakala sesi

pemerhatian dianalisis berdasarkan borang senarai semak yang digunakan. Dapatan temu bual pula dianalisis

mengikut tema berdasarkan transkripsi temu bual. Ketiga-tiga dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang

baik dalam mengenal bentuk dan menyebut nama huruf “b, d, p, m, w, n dan u” dengan betul setelah

menggunakan teknik perlambangan gambar. Cadangan kajian seterusnya adalah membantu murid mengenal

kesemua huruf besar dan huruf kecil dengan menggunakan teknik perlambangan gambar.

Kata Kunci: teknik perlambangan gambar, murid pemulihan, buku abjad

26 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Meningkatkan Kelancaran Menulis Murid Bermasalah Pembelajaran Menggunakan SARI

Shamsiah binti Md Nasir Zaiton binti Sharif

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Abstrak

Kelancaran menulis merupakan kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap murid pada peringkat awal

persekolahan lagi supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang lebih luas pada masa akan datang.

Masalah kelancaran menulis akan memberi kesan kepada motivasi dan keyakinan murid dalam pembelajaran.

Kajian tindakan kolaboratif ini bertujuan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran dalam

meningkatkan kelancaran menulis mereka. Responden kajian ialah murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran yang menghadapi masalah dalam menulis. Kajian ini dijalankan berdasarkan refleksi guru di salah

sebuah sekolah bimbingan pengkaji. Intervensi yang telah dilaksanakan adalah menggunakan alat adaptif yang

dinamakan Sarung Jari (SARI). Semua data kajian dikumpul melalui tiga kaedah pengumpulan data iaitu

pemerhatian, analisis dokumen dan juga temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa SARI telah dapat

membantu responden meningkatkan kelancaran menulis, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

Kata kunci: kelancaran, menulis, kajian tindakan kolaboratif

Komitmen Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Zon Tengah Terhadap

Pengurusan Kokurikulum Semasa Menjalani Praktikum di Sekolah

Luqman Hakim bin Harun Amir Hamzah bin Aman

Unit Kokurikulum, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji kaitan antara tahap komitmen Siswa Guru dengan tahap pengetahuan dan tahap

kemahiran pengurusan kokurikulum di Sekolah Rendah. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 400 orang

siswa guru yang menjalani praktikum dan menjadi guru pembimbing kegiatan aktiviti kokurikulum di 15 buah

sekolah rendah di Zon Tengah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan data yang diperolehi

dianalisis menggunakan perisian Stastistical Packages For Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan

tahap komitmen bagi responden adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengetahuan

responden dalam pengurusan kokurikulum berada pada tahap sederhana. Manakala dari aspek kemahiran

pengurusan tahap responden adalah tinggi. Dari dapatan kajian juga, terdapat perkaitan antara komitmen

responden dengan kemahiran melaksana pengurusan kokurikulum.

Kata kunci : komitmen siswa guru, pengurusan kokurikulum dan praktikum

Game Based Activities In Improving Linus Students’ English Language Performance
Vanita Jeyaseelan
SK Klang
Abstract

One such technique is the method that involves the way English Language is taught in schools. For succeeding
in this mission, teachers play the most important roles. This research is about vocabulary being an essential
part of literacy learning in schools because much of learning deals with written literacy tasks. As an
experienced teacher, the researcher finds that there are many strategies and techniques that a teacher can
adopt in teaching English language to 15 Year 3 LINUS students in SK Klang. For that, the researcher has
conducted a research on using games as well as a pre test and post test to help students to improve their
English Language performance. As the result of the research, students had improved by getting better scores
in the Post-Test. The year 3 Linus students significantly had not only increased in scores and improved their
word recognition and spelling abilities but also considerably boosted their learning attitudes towards learning
English Language. As such, it is suggested for English Language teachers to use games as one of their teaching
strategy and techniques in their classroom. From this research, it is hoped that teachers will then be able to see
better performances from their students with this teaching method.
Keyword: Vocabulary, Strategies and techniques, Using games

Medial Sounds Recognition Difficulty In Vocabulary Reading Of Year 3 Pupils
Adi Imran bin Kamaludin
SK Pulau Indah,
Abstract

This research is conducted to undermine the sounds recognition problem revolves around Year 3 pupils of
Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, specifically in reading new vocabulary. Based on their reading assessment
last year, this problem had been identified as they had shown least progress in their reading. Their failure in

27 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

mastering reading skills are caused by lack of practices in pronouncing the sounds learned, lack of focus during
lessons conducted and unable to relate the reasons they need to master reading skills. On the other hand, as
reflections begin to appear, I have come to a realisation that this problem is needed to be tackled as it will
affect their reading skills.
Keywords : new vocabulary, reading skills

3D Model House To Learn Preposition
Deebamalar A/P Pandi
SMK Telok Gadong
Abstract

This research was carried out to increase the profeciency level on preposition among form 2 students. The
purpose and objective of this study is to help students to use correct preposition in constructing sentences. In
addition, this study was also to identify the effectiveness of using the house model made from a box to
increase the proficiency level on prepositions. Observation and analysis of documents were used as the
research instrument. Subject consisted of sixty nine students which include one advance class and one
intermediate class. Data were analyzed using descriptive analysis (percent). Reflective studies have shown that
problems in understanding the use of each preposition. The Hands on Visual and 4Cs have helped the students
to understand preposition and with the implement of the 4Cs the learning process created talented and
creative students which is towards 21st century learning. The implications after using Hand on Visual and 4Cs
the proficiency level on preposition increases and the results taken from the post test.
Keywords : Teaching pepositions, Hands on Visual, 4Cs, 21st century learning.

Bimbingan Pemantapan Kemahiran Proses Sains Dan Kemahiran Manipulatif Amali Sains Teras Daerah
Klang: Suatu Kajian Kes

Ruslizawati, Mohammad Izwan, Nor Hayati, Adibah, Noreen
Majlis GKM Sains dan Matematik PPD Klang
Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran berkenaan kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif guru-guru sains teras dalam melaksanakan PdPc menerusi pelaksanaan amali sains. Hal ini dapat
membantu guru untuk memberikan lebih penumpuan kepada para pelajar, serta sekaligus meningkatkan
kemahiran saintifik pelajar kerana mereka mempunyai lebih ruang dan peluang untuk meneroka sendiri
sesebuah konsep sains berdasarkan eksperimen yang mereka laksanakan. Objektif utama kajian ini dilakukan
adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaan amali sains dalam meningkatkan kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif murid dalam subjek sains teras. Sampel Kajian tinjauan ini melibatkan 8
buah sekolah menengah dalam kalangan murid tingkatan empat dan lima di sekolah menengah daerah Klang
Selangor. Instrumen Lawatan Bimbingan Pemantapan Pelaksanaan Amali Sains Teras SPM 2017 digunakan
sebagai instrumen kajian. Data pemerhatian dianalisis secara kualitatif berdasarkan aspek yang terkandung di
dalam instrumen. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran kemahiran manipulatif adalah
baik namun kecekapan penggunaan alat radas makmal serta aspek keselamatan perlu diberi ditambahbaik,
manakala penguasaan kemahiran proses sains adalah di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan
terdapat sumbangan yang signifikan bagi aspek tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan tahap
penguasaan kemahiran proses sains. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan implikasi penggunaan
makmal yang efisien dalam aktiviti amali dapat membantu murid menguasai kemahiran manipulatif dan
seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains serta memberi lebih ruang dan peluang untuk
meneroka sendiri sesebuah konsep sains berdasarkan eksperimen yang mereka laksanakan.
Kata kunci : Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Manipulatif

28 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Kajian Kes: Keberkesanan PdP Guru Bahasa Melayu Tahun Empat Sekolah Rendah Dalam Merancang dan

Melaksanakan PAK 21

Muhd Ridhwan bin Alias Norfazida binti Mardi

SK Batu Unjur

Mohd Izamri bin Mohd Zin Muhammad Sallehuddin bin Munzi

SMK Dato Hamzah SMK La Salle

KIA GBO 3/2017

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk memerhatikan kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah

Klang yang dikenalpasti. Kajian ini menggunakan kaedah yang berbentuk kualitatif akan melihat dua orang guru

tahun empat yang dipilih secara rawak bertujuan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui kaedah temu

bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis melalui data temu bual yang akan disokong dengan

data pemerhatian dan analisis dokumen melalui buku rekod pengajaran harian. Analisis data kualitatif ini

dirumuskan melalui enam tema utama dalam Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) mereka iaitu persediaan

penulisan rancangan PdPc, menyediakan set induksi PdPc, mengurus bilik darjah ketika PdPc, mengamalkan

pelbagai pedagogi PdPc, membuat penilaian semasa PdPc, membuat kesimpulan PdPc (refleksi) dan

menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Implikasi kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan

pengajaran abad ke 21 (PAK 21).

Kata Kunci : PAK 21, rekod pengajaran harian

Leap Of Faith : Empowering Students With Technology
Fazrina binti Mohd Tahir
PPD Klang
Abstract

Frog Virtual Learning Environment (VLE) is an online learning platform introduced by the Ministry of Education
to encourage the integration of technology in Malaysian schools. This study examines an English teacher’s and
30 Form 2 students’ readiness and attitude in using Frog VLE during their English Lessons. A basic training in
using Frog VLE and Kahoot! was given to an English teacher and 2 students at the start of the study . The aim
was to equip the teacher with the skills and knowledge using Frog VLE, particularly building sites, and creating
an opportunity for students to explore and create their own sites and Kahoot! via Frog VLE. This study also
highlights the students’ abilities to not only use Frog VLE but also to coach and teach their peers to use it after
the basic training given by the researcher. This study is intended to suggest a strategy to encourage teachers to
integrate technology in their classroom using Frog VLE by allowing students to be more independent explorers,
learners and mentors for their peers.
Keywords :FROG VLE, Technology, Independent learner, Peer coaching

Senarai Peserta KIA GBO 3/2017

BIL. NAMA SEKOLAH
1 ZAITON BINTI ABU BAKAR SMK RAJA MAHADI
2 NOR TAHIRAH BINTI AB. GHANI SMK RAJA LUMU
3 ZUL IZZAMREE BIN ZOLKEPLI SMK T. AMPUAN RAHIMAH
4 INDRA A/P NADARAJAH SMK T. AMPUAN JEMAAH
5 NURULHUDA HAYATI BT AHMAD TULANI SMK TENGKU IDRIS SHAH
6 MOHAMMAD FAIRUZ BIN IMAM SMK SULTAN ABDUL SAMAD
7 SITI ASMAH BT ABDULLAH SMK PULAU INDAH
8 NORAFIDAH BINTI ABDULLAH SMK RANTAU PANJANG
9 SALSABILA BINTI KAMAL SMK (P) KAPAR
10 NOOR SYAKIRAH BT ELIAS SMK PENDAMARAN JAYA
11 SITI NORIHA BINTI AB RAHMAN SMK TELOK GADONG
12 SALINA BINTI MOHD SHARIF SMK SRI ANDALAS
13 MUHAMAD ZULFADLI BIN MD SHAKERI SMK JALAN KEBUN

29 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

14 NORANIZAH BINTI JUSOH SMK KAMPUNG JAWA
15 SITI ZUBAIDAH BINTI SAID SMK TAMAN KLANG UTAMA
16 NUR ADILAH BT MOHAMMAD SHAFIE SMK KOTA KEMUNING
17 NURANIZATUL AKMA BINTI KASIM SMK B.B. SULTAN SULEIMAN
18 NORLIANA BINTI ZULKARNAIN SMK SUNGAI KAPAR INDAH
19 FARLLIATY BINTI MAT RIMPIN SMK SHAHBANDARAYA
20 RAIHANA BINTI RAHMAN SMK BATU UNJUR
21 WAN NORHASMALIZA BINTI WAN KAMARUDDIN SMK BUKIT TINGGI
22 MUHAMMAD HATA IKWAN B ZAKARIA SMK METHODIST (ACS)
23 SITI NOR AIN BINTI NAWI SMK CHUNG HWA
24 NORZALINDA BINTI MD LAZIM SMK CONVENT
25 SITI ASHIAH BINTI ABD HAMID SMK TINGGI KLANG
26 WAN HASNAH WAN IBRAHIM SMK KWANG HUA
27 MUHAMMAD SALLEHUDDIN BIN MUNZI SMK LA SALLE
28 AZMILLA BINTI ABDULL MANAN SMK (P) METHODIST
29 NOR HAZILAH BT GHAZALI SMK (P) BUKIT KUDA
30 MOHD IZAMRI BIN MOHD ZIN SMK DATO HAMZAH
31 AQILAH BINTI AZIZ SMK (P) RAJA ZARINA
32 NORSHAHIDA BINTI MD DAUD SMK MERU
33 NURULAINI BINTI MAMAT SMK PULAU KETAM
34 NORHASLIZA BINTI ABD WAHAB SAMT SULTAN HISHAMUDDIN
35 RAFIZAH BINTI HAMZAH SAM HISHAMUDDIN
36 ROHAYATI BINTI ROSTAM SAM NURUL IMAN
37 FARIZAHANIM BT RAMLI SMK (P) KAPAR
38 HALIMAH BT AMAN SHAH SMK (P) RAJA ZARINA
39 ZALEHA BINTI MOHD SHARIF SMK B.B. SULTAN SULEIMAN
40 NOR AINI BT LATIF SMK PULAU INDAH
41 KAMA NORAKMA BT. ABU KHALID
42 MUHAMMAD SAIFULLAH SK BUKIT RIMAU
43 SITI SHAHEDA BT. SAID SK PELABUHAN KLANG
44 YUSNITA BT. ISMAIL SK PELABUHAN KLANG
45 MOHD ROSLI B. ARIFIN SK CONVENT 1
46 NOOR AEISAH BT. ISMAIL SK KAPAR
47 NORFAZIDA BT. MARDI SK TMN. KLANG JAYA
48 MUHD. RIDHWAN B. ALIAS SK BATU UNJUR
49 NORASYIKIN BT. ABDUL GHANI SK BATU UNJUR
50 TAN PEI FENG SK SG. SERDANG
51 NG PEI SEE SJK (C) TAMAN RASHNA
52 ROSTINAH BT. SABAL @SITI NAQUIAH ABDULLAH SJK (C ) SOO JIN
53 CHE ROHAIDA BT. CHE ISMAIL SK BUKIT NAGA
54 MOHD HAFIZUDIN B. MOHD SALLEH SK BUKIT NAGA
55 SITI SALIHA BT. ISMAIL SK SUNGAI BINJAI
56 SITI NOR ASMIDAR BT. ZAKARYANSOR SK TMN. KLANG UTAMA
57 NURFADZLIN ABDUL SALIM SK 1 SIMPANG LIMA
SK KG. RAJA UDA

30 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

58 FARAH WAHIDA MOHD ABD RAHMAN SK KG. RAJA UDA
59 ZURANI B. ASFAR SK KG. JOHAN SETIA
60 MAIZATUL AFIZA BT. KAMARUDIN SK KG. JOHAN SETIA
61 NURUL IZZATI BT. MOHD ZAIN SK KLANG
62 AYU FATIHA BT. SULAIMAN SK METHODIST (M)
63 AZRAWATI BT. ARSHAD SK METHODIST (M)
64 JULIANI BT. MOHD TAIB SK BUKIT KEMUNING 2
65 SALWA BT. SALAM SK BUKIT KAPAR
66 TING PEI PEI SJK (C ) TSHING NIAN
67 SALINI DEVI A/P CHANDRAN SJK (T) METHODIST
68 GUNA VALLI A/P MARIMUTHU SJK (T) SIMPANG LIMA
69 NARENDRAN A/L V. ANGGAPAH SJK (T) SIMPANG LIMA
70 SITI NORSIDAH BT. MOHD DALI SK CONVENT 2
71 LOH KHA LIANG SJK (C) PANDAMARAN A
72 NG AH LUANG SJK (C) PANDAMARAN A
73 CHU LEE MING SJK (C ) PIN HWA 2
73 MOHD RIDZUAN B. AZIT SK TAMAN GEMBIRA
74 HEAMALATHA A/P PALANIANDY SJK(T) LDG. VALLAMBROSA

Jawatan Kuasa Induk Kolokium 3/2017

Penaung : Pn. Hjh Adliyah binti Ramli Ketua PPD Klang

Penasihat : Tn. Hj. Shokhimi bin Saman Timbalan. PPD Klang
: Pn. Hjh Siti Hajar binti Ayub KPPPD Pengurusan Akademik

Pengerusi : En. Halil bin Badli PPPD Bahasa Melayu (Men)
PPPD Bahasa Inggeris (Men)
Naib Pengerusi : Pn. Rohana binti Abd. Rahman

Setiausaha : En. Rashidi bin Abd. Rahman PPPD Bahasa Melayu (Ren)
PPPD Sains Matematik (Ren)
Naib Setiausaha : En. Mohd Najib bin Masad

Bendahari : Pn. Marina binti Mohd Idris Gaspar PPPD Bahasa Inggeris (Ren)

JK PELAKSANA

Penyelaras : En. Anuar bin Md. Amin SISC+
PPPD Bahasa Melayu (Ren)
Pen.Penyelaras : En. Rashidi bin Abd. Rahman SK Pandamaran Jaya
SISC+
Pengurus Majlis : En. Daniel Haryanto bin Zainal Abidin
PPPD Sains & Matematik (Ren)
Penolong Pengurus Majlis :En. Mohamad Asri bin Ayob SISC+
Fasilinus Matematik
Urusetia : PPPD Sains & Matematik (Men)
SK Meru
En. Mohd Najib bin Masad

En. Sazali bin Mat Abu

Cik Siti Zuhaidah binti Md. Zubir

Pn. Nor Hayati binti Ramlan

En. Muhajir bin Bohari

Moderator : En. Amat Tarop bin Sumo IPG Kampus Ilmu Khas
Pn. Nor Hayati binti Ramlan PPD Klang
En. Asrulnizan bin Mohamad PPD Klang
Pn. Norisah binti Ahmad PPD Klang
Pn. Normaizatul Azura binti Husin PPD Klang
Cik Nurul Husna binti Yem PPD Klang
Pn. P.Vani A/L Perumal SK Abdul Samat
Pn. Norlida binti Mat Adam SMK Telok Gadong

31 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Taklimat Umum JK Kecil Pelaksana
Pengacara Majlis En. Daniel Haryanto bin Zainal Abidin
Bacaan Doa En. Mahzir bin Ibrahim
Pendaftaran En. Rosli bin Kamari
Tn. Hj. Zohan bin Ahmad
Pelaporan Cik Fazrina binti Mohd Tahir
Buku Program Pn. Nor Fazilah binti Abetah
Persiapan Tempat dan Bilik AJK KIA GBO
Alatan Pn. Salini Devi A/P Chandran
Pn. Azmilla binti Abdul Manan
Teks Ucapan Pn. Nurliza binti Idris
Cenderamata En. Mazlan bin Abd. Kadir

Jamuan En. Mohd Najib bin Masad
En. Anuar bin Md. Amin
Persembahan Dokumentasi En. Muhammad Azmi bin Muda
Jemputan & En. Halil bin Badli
Sambutan En. Rashidi bin Abdul Rahman
En. Mohd Fathmain bin Hamid
Sijil En. Sazali Bin Mat Abu
Tag En. Mohd Ezham bin Mohd Taib
En. Mazlan bin Abd. Kadir
Tajaan En. Mohammad Asri bin Ayob
Promosi Cik Siti Zuhaidah binti Md. Zubir
Pn. Marina binti Mohd Idris Gaspar
AJK KIA GBO
En. Zurani bin Asfar
Pn. Maizatul Afiza binti Kamarudin
Pn. Nor Afsah binti Ishak
Pn. Azilah binti Aman
Pn. Latifah binti Othman
Pn. Nor Fazilah binti Abetah
Cik Monaliza binti Hassan
En. Mohammad Azmi bin Muda
En. Mohd Kashfi bin Md. Zin
En. Asrulnizan bin Mohamad
En. Halil bin Badli
Pn. Rohana binti Abdul Rahman
En. Mohd Hafizuddin bin Muzaiyin
Cik Nurulhusna binti Yem
En. Rashidi bin Abd. Rahman
Pn. Azilah binti Aman
Tn. Hj. Mohd Haidir bin Alias
Utz Asyaful Adli bin Satimin
AJK KIA GBO
Pn. Nuranizatul Akma binti Muhamad Kasim
Pn. Chu Lee Ming
Pn. Farah Wahida binti Mohd Abd. Rahman

En. Mohd Hafizuddin bin Muzaiyin
Cik Nurulhusna binti Yem
En. Halil bin Badli
En. Mohd Najib bin Masad
En. Mohd Hafizuddin bin Muzaiyin
Cik Fazrina binti Tahir
En. Mohd Fathmaian bin Hamid

32 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

Penyelaras Bilik En. Muhajir bin Bohari
Seminar Cik Hjh Noraini binti Muslim
Simulasi pembentangan En. Anuar bin Md. Amin
En. Rashidi bin Abdul Rahman
Pengurus Slaid En. Mohammad Asri bin Ayob
En. Mohd Ezham bin Mohd Taib
Pengurus Penerima Sijil / Cenderamata En. Mohd Fathmain bin Hamid
En. Sazali Bin Mat Abu
En. Muhajir Bin Bohari
Cik Hjh. Noraini Binti Muslim
En. Mohd Ezham Bin Mohd Taib

SEKALUNG PENGHARGAAN

Jawatankuasa Kolokium Pelestarian Pendidikan Berkesan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah memberikan sumbangan
dan bersama-sama menjayakan Kolokium Pelestarian Pendidikan Berkesan.

Tn. Hj. Azhar Bin Ayob
KoodinatorPembangunan Persekutuan DUN

Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim S.I.S
Pengarah JPN Selangor

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Puan Hajjah Adliyah Binti Ramli
Ketua PPD Klang

Tuan Haji Shokimi Bin Saman
Timbalan Ketua PPD Klang

Unit Pengurusan Akademik, PPD Klang

Pembentang Kertas

Ahli Jawatankuasa Kolokium Pelestarian Pendidikan Berkesan
Serta

Individu-individu / pihak-pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kolokium Pelestarian Pendidikan

Berkesan Anjuran PPD Klang dengan kerjasama Guru Akif 1 Selangor

33 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor

2017 DTP: KOLOKIUM PELESTARIAN PENDIDIKAN BERKESAN

AUTOGRAF

34 | Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang bersama Guru Aktif 1 Selangor


Click to View FlipBook Version