The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skSS1, 2023-01-02 02:14:18

Buletin SK Paka Dis 2022

Buletin SK Paka Dis 2022

BULETIN

SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA EDISI 2/2022 (DISEMBER)

SEKILAS DARI LENSA DISEMBER 2022

HARI KELUARGA SK PAKA

Pada 2 – 3 Disember 2022, Kelab Guru dan Staf
2021/2022 telah menganjurkan Hari Keluarga
bertempat di Tanjung Demong Beach Resort,
Besut. Program ini disertai oleh 43 orang guru
dan staf SK Paka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah
sukaneka, mandi kolam, makan malam dan
cabutan bertuah. Bertemakan “Santai Bersama,
Eratkan Ukhuwah”, semoga ikatan
persahabatan yang terjalin di antara guru dan
staf akan terus berkekalan.

TAJUK : HARI KELUARGA SK PAKA
TARIKH : 2 – 3 DISEMBER 2022
TEMPAT : TANJUNG DEMONG BEACH

RESORT, BESUT

ANUGERAH PENDIDIKAN DIGITAL NEGERI TERENGGANU (DUTA) 2022

TAJUK : ANUGERAH PENDIDIKAN DIGITAL
NEGERI TERENGGANU (DUTA) 2022

TARIKH : 5 DISEMBER 2022
TEMPAT : SEKTOR SUMBER DAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN, JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Anugerah DUTA merupakan majlis yang
memberi pengiktirafan kepada murid, guru dan
pemimpin sekolah yang berjaya meningkatkan
Pembudayaan Pemerkasaan Pendidikan Digital
bagi meneruskan anjakan paradigma dalam
sistem Pendidikan.
Sekep TV, TVPSS SK Paka telah berjaya
memenangi 2 kategori dalam pertandingan
pada kali ini, iaitu
Johan TVPSS terbaik dan Johan Video TV PSS
Sekolah Rendah. Semoga anugerah ini akan
menjadi pendorong kepada SEKEP TV untuk
terus cemerlang.

PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA SEMPENA PROGRAM
KESELAMATAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH DUNGUN

TAJUK : PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA
TARIKH : 6 DISEMBER 2022
TEMPAT : ARENA MERDEKA DUNGUN

Sekolah Kebangsaan Paka telah diberi
penghormatan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun (PPD) untuk membuat
persembahan Bicara Berirama sempena
Program Keselamatan Sekolah-sekolah
Daerah Dungun Bersama Hibiscus Oil And Gas
Malaysia dengan kerjasama Pejabat
Pendidikan Daerah Dungun dan Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Kami
menaiki sebuah bas yang dibiayai oleh pihak
penganjur ke program yang diadakan di Arena
Merdeka, Dungun.

HARI APRESIASI KESENIAN 2022

TAJUK : HARI APRESIASI KESENIAN 2022
TARIKH : 7 DISEMBER 2022
TEMPAT : SK PAKA
MASA : 7.45 – 12.00 TENGAHARI

Hari Apresiasi Kesenian telah diadakan buat julung
kalinya pada 7 Disember 2022 di Sekolah
Kebangsaan Paka. Hari Apresiasi Kesenian yang
sepatutnya dirasmikan oleh En. Hazanizam Bin
Hassim , Guru Besar SK Paka ini merupakan anjuran
bersama Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia
Muzik yang bermatlamatkan mencungkil bakat-
bakat murid dan menyemai minat murid-murid
untuk meminati mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan Pendidikan Muzik di samping
menghargai karya-karya seni yang dihasilkan
sendiri. Turut menjayakan program ini ialah Panitia
Sejarah, Panitia RBT dan Panitia Sains sebagai
panitia jemputan untuk mepamerkan bekas tangan
murid-murid.
Antara aktiviti yang menarik pada Hari Apresiasi
Kesenian tersebut ialah, pameran seni visual,
persembahan tarian dan gerakan, nasyid, nyanyian
solo, persembahan rekoder dan tayangan video
pembelajaran. Terdapat juga demonstrasi aktiviti
menghasilkan corak tidak terancang menggunakan
teknik pualaman dan teknik ikatan dan celupan
yang amat menarik perhatian para pengunjung.
Murid-murid juga berpeluang membeli pelbagai
hasil kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid
dengan harga yang berpatutan. Semoga program
ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

TAYANGAN FILEM BERTEMAKAN SAINS SEMPENA “SCIENCE FILM FESTIVAL 2022”

TAJUK : TAYANGAN FILEM BERTEMAKAN SAINS
TARIKH :08 DISEMBER 2022
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK PAKA
MASA : 08.15 PAGI – 09.45 PAGI

Goethe Institut Malaysia selaku penganjur

program “Science Film Festival 2022” di peringkat

Malaysia telah melancarkan program tersebut

pada 16 November 2022 yang lalu di Kuala

Lumpur. Sehubungan dengan itu, Jabatan

Pendidikan Negeri Terengganu yang merupakan

rakan strategik bagi Program bertaraf

antarabangsa ini telah menjemput SK Paka

menyertai program tayangan filem sains kepada

murid-murid. Panitia Sains telah

dipertanggungjawabkan melaksanakan program

ini. Program tayangan ini telah diadakan pada 8

Disember melibatkan murid-murid 6 Keruing.


Click to View FlipBook Version