Penulis : Mahmood Rail
Edited anyflip : @riff
Mereka dua beranak amat gembira dengan
kehadiran Awang Kenit. Walaupun hidup mereka
susah, kehadiran Awang Kenit menggembirakan
mereka, seolah-olah mereka mendapat wang beribu-
ribu ringgit. Malam itu, mereka tidur dengan
lenanya.
Pagi esok, Acun bangkit awal daripada biasa. Dia
menyediakan air untuk Awang Kenit mandi. Dia juga
bersiap diri untuk ke sekolah.
"Awang, ini mak kita! Mari dekat," kata Acun
apabila Awang Kenit sudah mandi.
"Apa khabar, mak? Maafkan saya," kata Awang
Kenit sambil mencium tapak tangan ibu Acun.
Ibu Acun tersenyum gembira. Dia menyambut
tangan Awang Kenik. Lalu diribanya. Ibu Acun
menggosok kepala Awang Kenik dengan hujung jari
telunjuk. Penuh mesra.
1
"Awang tinggal di sini bersama-sama ibu. Anggaplah
ibu sebagai ibu kandung Awang. Acun sebagai adik-
beradik Awang," kata ibu Acun dengan mesra.
"Baiklah, mak! Awang setuju," jawab Awang
Kenit. Suaranya halus sahaja tetapi nyaring dan
jelas.
"Awang duduklah di rumah. Ibu hendak ke kebun.
Acun pula ke sekolah," kata ibu Acun.
"Tidak apa! Awang ikut kakak ke sekolah," jawab
Awang Kenit.
"Awang mampu ikut berjalan kaki ke sekolah
dengan kakak?" tanya ibu Acun.
2
"Awang duduk dalam beg bersama buku," jawab
Awang Kenit.
"Ya, betul! Awang masuk dalam beg kakak.
Tetapi jangan keluar beg. Nanti orang tahu, susah
kita!" jawab Acun.
Acun turun dari rumah. Awang Kenit masuk ke
dalam beg. Ibu Acun juga keluar bersama-sama
menuju kebun.
"Hati-hati, jangan sampai orang tahu kita ada
Awang!" pesan ibunya sebelum pergi.
3
Acun belajar di Sekolah Kebangsaan Puteri Lima
dalam Tahun Empat Cempaka. Dia seorang murid
yang sederhana. Acun tidaklah beberapa cerdas
tetapi termasuk ke dalam murid-murid yang baik.
Sekolah itu mempunyai 295 orang murid. Guru
yang bertugas di sekolah itu seramai 16 orang,
termasuk Guru Besar.
Guru Besar sekolah itu seorang wanita.
Namanya Puan Fatimah. Beliau seorang guru besar
yang aktif dan disayangi semua orang. Dia mengambil
perhatian berat kepada semua murid, termasuk
Acun.
4
Jam 7.45 pagi. Loceng berbunyi. Semua murid
dikehendaki menghadiri perhimpunan. Hari
perhimpunan diwajibkan sekali seminggu. Sekolah itu
memilih hari Ahad.
"Kakak harus hadir ke majlis perhimpunan.
Awang tinggal dalam darjah. Jangan keluar dari
beg!" kata Acun ketika hendak pergi.
"Lamakah? Nanti Awang lemas," jawab Awang.
"Tidak! Tahanlah nafas, jengokkan kepala,"
jawab Acun.
"Awak bercakap dengan siapa Acun?" tanya
ketua darjah yang terdengar suara Acun.
"Tidak ada! Mana saya bercakap? Saya cuma
membaca nota," jawab Acun.
Acun meletakkan begnya di atas kerusi. Dia
keluar ke majlis perhimpunan.
5
Tinggallah Awang Kenit di dalam beg itu seorang
diri. Awang mendengar dengan jelas suara guru-guru
bercakap dari majlis perhimpunan.
Guru bertugas hari itu menasihatkan murid-
murid supaya menghadiri perhimpunan. Jangan ada
sesiapa yang tinggal di dalam kelas. Sesiapa yang
tidak hadir ke perhimpunan akan dihukum. Mereka
juga akan dituduh hendak mencuri apabila berada di
dalam kelas sewaktu perhimpunan berlangsung.
Awang Kenit mendengar pesanan guru itu. Dia
rasa bersalah kerana tidak hadir perhimpunan. Tiba-
tiba seorang murid yang ingkar masuk ke dalam
kelas itu.
Murid itu cuba menyelongkar beg. Dia hendak
mencuri wang. Dua tiga buah beg telah diseluknya
tetapi tidak ada beg duit. Dia cuba mendekati beg
Awang Kenit.
"Hendak mencurikah? Polis! Tangkap pencuri,"
tiba-tiba Awang Kenit menjerit.
6
Murid itu terperanjat apabila mendengar suara
itu. Dia lari lintang-pukang. Dua buah meja
dilanggarnya sebelum keluar dari kelas itu.
Kebetulan pada masa itu dua orang guru
pengawas sedang memeriksa dan meninjau murid
yang tidak hadir perhimpunan. Murid itu ditangkap
oleh guru pengawas.Majlis perhimpunan selesai.
Semua murid masuk kelas. Acun bergegas ke
mejanya lebih cepat daripada murid-murid lain.
"Awang tidak apa-apa?" tanya Acun selamba
sambil merenung ke depan seolah-olah membaca
bahan bacaan di papan hitam.
7
"Tidak! Cuma panas. Kakak, tadi ada orang masuk
kelas hendak mencuri. Tetapi dia lari lintang-
pukang," Awang memberitahu.
"Apa Awang buat?"
"Awang menjerit panggil polis," jawab Awang.
"Patutlah ada murid kena tangkap tadi. Dia
dibawa ke depan perhimpunan. Guru Besar beri
amaran," jelas Acun.
Guru kelas masuk. Pelajaran pertama hari itu
Bahasa Inggeris. Masa pembelajaran Bahasa
Inggeris adalah selama satu jam. Semua murid
8
mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat.
Awang Kenit juga ikut belajar, walaupun berada di
dalam beg.
Apabila waktu rehat tiba, Acun keluar rehat.
Begnya dibawa bersama. Selepas membeli makanan
di kantin, Acun duduk di hujung padang. Tempat itu
tidak ada murid yang datang.
Awang Kenit keluar dari beg itu untuk ambil angin.
Dia berjalan-jalan tepi pagar. Acun berhati-hati
supaya Awang Kenit tidak dilihat orang.
"Berhati-hati, Awang! Nanti jatuh ke dalam
lubang najis," Acun bergurau.
"Ada lubang najis di sini?" tanya Awang.
"Tidak ada. Di sana ada," jawab Acun bergurau.
Apabila habis masa waktu rehat, mereka masuk
kelas. Acun mengikuti pelajaran seterusnya sehingga
9
tiba waktu pulang.
"Macam mana esok? Hendak ikut kakak lagi?"
tanya Acun ketika mereka sedang makan.
"Mestilah, seronok belajar! Cuma agak rimas
kerana kena kurung dalam beg," jawab Awang.
"Tidak apa. Kakak akan ganti beg baru yang lebih
besar. Petang nanti kita ke kedai cari beg."
"Ok, I am agree," jawab Awang Kenit.
"Eh, Awang bercakap bahasa Inggeris?" Acun
terkejut.
10
"Awang pun ikut belajar. My name is Awang Kenit,"
jawab Awang sambil ketawa kecil.
Acun membaling sebiji nasi ke muka Awang
Kenit. Awang mengangakan mulutnya luas-luas. Nasi
itu masuk ke mulutnya.
Mereka ketawa bersama-sama.
Selesai makan, Acun menunaikan sembahyang
Zohor. Awang Kenit mengikut Acun dari belakang.
Selesai sembahyang, Acun mandi. Awang juga
ikut mandi. Dia mandi di dalam besen yang dikhaskan
untuknya.
Acun menghulurkan sedikit sabun kepada Awang.
Acun menghadapi masalah untuk mendapatkan berus
gigi. Tidak ada berus gigi bersaiz kecil.
11
Awang Kenit terpaksa memberus gigi dengan
penggosok pinggan yang dipotong halus.
"Buat sementara, bolehlah guna. Nanti Awang
besar, boleh beli berus," kata Awang Kenit.
"Mudah-mudah Awang akan membesar. Kakak
doakan," jawab Acun sayu.
Sejak Awang Kenit menetap bersama keluarga
Acun, hidup mereka bertambah senang. Tanaman ibu
Acun menjadi.
12
Bayam, lada, terung, dan sayur-sayuran lain yang
ditanam ibu Acun hidup subur dan laris dibeli orang.
Acun jarang keluar rumah. Dia dan Awang banyak
membaca dan belajar. Pelajaran Acun semakin
meningkat. Acun lulus dalam semua pelajaran. Guru
memuji kemajuan Acun. Tetapi tidak seorang pun
tahu, Acun ada adik yang ajaib.
-Tamat-
13