Penulis : Mahmood Rail
Edited anyflip : @riff
Awang Kenit adalah manusia yang paling kecil.
Tingginya hanya kira-kira tiga sentimeter. Manakala
badannya pula sama besar dangan lengan bayi. Oleh
yang demikian, tidak hairanlah jika dia boleh masuk
ke dalam kasut.
Awang Kenit hidup seorang diri. Dia tidak
berayah dan beribu. Dia juga tidak ada adik-beradik.
Awang Kenit tidak ingat dari mana asalnya. Seingat
Awang Kenit, suatu hari dia melayang jauh
diterbangkan angin. Dirinya tiba-tiba tersangkut di
celah pelepah pokok kelapa. Dia tidak berpakaian.
Ketika Awang Kenit berada di atas pokok itu,
angin masih bertiup kencang. Pokok kelapa itu meliuk
seperti hendak patah. Hujan juga datang mencurah-
curah seperti air tumpah dari baldi.
Awang Kenit kesejukan. Tambahan pula, pelepah
kelapa itu dibasahi air hujan. Tiba-tiba seekor lipan
bara muncul menuju Awang Kenit. Awang Kenit
sangat ketakutan. Namun, mujurlah lipan itu tidak
berbuat apa-apa.
1
Ia menghilang di celah pelepah lain.Apabila angin
reda, Awang Kenit merangkak turun dari pokok
kelapa itu. Ketika merangkak turun, Awang Kenit
berselisih dengan seekor biawak yang menghala naik.
Biawak itu hampir melanggar Awang Kenit. Nasib
baik Awang Kenit sempat mengelak. Kalau tidak, dia
mungkin terjatuh.
Awang Kenit berdiri di pangkal pokok. Dua tiga ekor
kerengga hinggap di badannya. Kerengga itu cuba
menggigit Awang Kenit. Awang Kenit menepis
kerengga-kerengga itu. Kerengga itu jatuh. Awang
Kenit segera melarikan diri.
2
Awang Kenit terasa lapar. Dia tidak tahu ke mana
hendak dituju. Dia berjalan di celah-celah rumput
dan lalang.
Tiba-tiba Awang Kenit ternampak sebuah rumah.
Rumah itu kecil sahaja. Berdinding buluh dan
beratap nipah.
Tangga rumah itu diperbuat daripada kayu bulat.
Ada lima anak tangga. Awang Kenit terpinga-pinga
sebentar.
"Rumah siapa ini?" bisiknya.
Awang Kenit pergi ke belakang rumah. Dia
menaiki tangga belakang lalu menyelinap masuk ke
ruang dapur.
3
Awang Kenit memanjat kerusi. Dia terus naik ke
atas meja. Di atas meja ada saji. Awang Kenit
mengintai apa yang ada di dalam saji itu.
"Nasi dan ikan keli goreng. Sedapnya!" bisik Awang
Kenik.
"Mana tuan rumah? Senyap saja," bisiknya.
Awang Kenit cuba mengangkat birai saji. Tetapi
saji itu tidak terangkat. Dia cuba mencari lubang,
kalau-kalau saji itu terkoyak. Tetapi tidak ada
lubang yang tembus.
Awang Kenit berfikir, bagaimana hendak
mengangkat saji itu? Dia meninjau keliling. Dia
ternampak sudu. Dia cepat-cepat turun dari meja
4
itu. Dia mengambil sudu.Awang Kenit menghulurkan
sudu di bawah birai saji. Dia bergantung di bawah
pangkal sudu. Birai saji terangkat. Awang Kenit
menyendal birai saji dangan sudu. Dia cepat-cepat
merangkak dan mengangkat birai saji dengan
bahunya.
Awang Kenit berjaya masuk ke dalam saji. Dia
dapati ada nasi, ikan dan sayur. Awang Kenit masuk
ke dalam pinggan nasi. Dia mengangkat beberapa biji
nasi lalu dimakannya.
Awang Kenit berdiri melihat mangkuk berisi
gulai ikan keli. Awang Kenit cuba panjat birai
mangkuk. Celup! Tiba-tiba Awang Kenit terjatuh ke
dalam mangkuk gulai. Kuah gulai tiba-tiba melimpah
mangkuk. Awang Kenit hampir tenggelam. Dia cepat-
cepat menerpa keluar dari mangkuk.
Badannya berlumuran kuah gulai. Pekat berwarna
kuning. Di luar, Awang Kenit ternampak satu
lembaga hitam sedang mengelilingi saji.
5
"Lembaga apa itu," bisik Awang Kenit.
"Pis! Pis! Kucing ini hendak mencuri lauk," tiba-
tiba Awang Kenit terdengar suatu suara.
Tiba-tiba saji diangkat. Awang Kenit terkejut
besar. Dia juga amat takut.
"Ampuni saya! Jangan bunuh saya," rayu Awang
Kenit kepada orang yang membuka saji.
Saji itu dibuka oleh Acun yang baru pulang dari
sekolah. Dia baru dalam darjah empat.
6
Emak Acun belum pulang. Dia ke kebun menanam
sayur. Sebelum pergi ke kebun, emak Acun
menyiapkan nasi dan meninggalkan bawah saji.
Apabila Acun balik dari sekolah, nasi sudah tersedia.
Acun terkejut dan terpegun apabila melihat Awang
Kenit. Matanya tidak berkelip. Mulutnya terbuka
luas. Dia seolah takut, cemas dan hairan. Dia hairan
melihat Awang Kenit. Bentuknya seperti manusia
tetapi badannya kecil.
Acun menghulur tangan perlahan-lahan. Awang
Kenit memanjat lengan Acun. Dia memeluk lengan
Acun sambil menangis minta maaf.
"Siapakah kamu?" tanya Acun perlahan.
"Saya Awang Kenit. Jangan bunuh saya!"
"Siapa hendak bunuh awak? Saya hanya
bertanya nama," jawab Acun. Acun mengangkat
tangannya lalu melihat lebih dekat badan Awang.
7
Awang Kenit melepaskan pelukannya dari lengan
Acun. Dia berdiri di depan Acun.
"Awak ni lelaki," kata Acun bila melihat Awang
Kenit bertelanjang bulat di depannya.
Awang Kenit terasa malu. Dia menutup muka.
Acun tersenyum.
"Awak lapar. Makanlah. Saya pun lapar," kata
Acun. Acun membuka saji lalu menarik lauk dan nasi
di depannya.
Dia menyediakan nasi untuk Awang Kenit. Lauk
dan kuah dimasukkan ke dalam nasi.
8
"Makanlah! Selepas makan, awak pergi mandi. Saya
akan sediakan tempat tidur dan pakaian untuk
awak," kata Acun.
"Awak suka tinggal dengan saya?" tanya Acun.
"Suka! Awak baik," jawab Awang Kenit.
Dia duduk bersila mengadap pinggan nasi.
Selepas makan, Acun menyediakan bilik tidur
untuk Awang Kenit. Acun menggunakan buaian lama.
Buaian itu kecil sahaja kira-kira enam kaki persegi.
Acun pasang kelambu. Tangga juga disediakan untuk
Awang Kenit supaya mudah turun naik ke atas
buaian.
Acun menjahit sehelai seluar dan sehelai baju
untuk Awang Kenit. Sekarang Awang Kenit sudah
berpakaian.
"Awak mungkin letih. Tidurlah dalam buaian
itu. Saya hendak pergi mandi," kata Acun. Awang
9
Kenit mengikut saja arahan Acun.
Hampir waktu senja, ibu Acun pulang. Acun
menyambut kepulangan ibunya di muka pintu.
"Cun dah makan?" tanya ibunya.
"Sudah! Emak sudah makan?" balas Acun.
"Sudah. Mak bawa bekal ke kebun," jawab
ibunya.
Ibunya terus ke bilik mandi. Setelah mandi, ibu
Acun sembahyang Asar.
10
Acun bercadang hendak memberitahu ibunya
tentang kehadiran Awang Kenit. Ibunya belum tahu.
Walaupun sudah agak lama ibunya berada di rumah
tetapi dia belum terlihat Awang Kenit.
"Emak, tengok dalam buaian! Ada apa?" bisik
Acun setelah ibu selesai sembahyang.
"Mana! Buaian mana?" tanya ibunya.
"Itu, buaian lama yang emak simpan di dalam
bilik," jawab Acun.
Ibu Acun melihat buaian itu. Dia mendekati
buaian lalu menyelak kelambu. Dia terperanjat
melihat Awang Kenit.
11
"Budak kecil. Dari mana kamu bawa balik?"
"Tidak. Dia datang sendiri," bisik Acun.
Acun terus bercerita mengenai kedatangan
Awang Kenit yang berada di atas meja makan.
Ibu Acun kelihatan hairan tetapi gembira.
Sambil memerhati wajah Awang Kenit, ibu Acun
berbisik.
"Bertuah kita dapat anak ini. Biar dia tinggal
bersama-sama kita," bisik ibu Acun.
Awang Kenit tidak sedar. Dia tidur tanpa
bergerak-gerak. Dia memang penat.
"Apa nama budak ini Acun?" tanya ibunya.
"Entah. Tapi dia lelaki. Badannya kecil. Pelik,"
jawab Acun.
12
"Kita namakan dia Awang kerana dia lelaki. Badannya
kenit. Panggil dia Awang Kenit," kata ibunya.
-Bersambung-
13