The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e-Pustaka cg.@riff, 2020-12-13 12:38:50

Buah-Buahan Berperang

Buah-Buahan Berperang

Penulis : Mahmood Rail

Edited anyflip : @riff

Pada zaman dahulu, pokok buah-buahan tidak
mempunyai jadual untuk berbuah. Pokok-pokok ini
berbuah ikut rasa masing-masing.

Oleh sebab itu, selalu berlaku pertembungan.
Akibatnya, buah-buahan yang kurang lazat tidak
dimakan oleh manusia.

Kadang-kadang buah rambai berbuah, pokok
durian juga berbuah. Apabila mereka berbuah
serentak, buah rambai langsung tidak dipedulikan
oleh manusia. Mereka asyik makan buah durian
sahaja. Buah durian sedap dimakan. Manakala rambai
kurang enak. Oleh sebab itu, buah rambai jarang
dimakan orang. Akhirnya, buah rambai yang masak
ranum gugur begitu sahaja.

1

Buah rambai amat marah apabila durian berbuah
sama musim dengannya.

"Kenapa kamu ikut aku berbuah? tengok, apa
sudah jadi? buah aku tidak dimakan oleh manusia.
Mentang-mentang kamu diminati," kata rambai.

"Aku mana tahu kamu nak berbuah. Kenapa kamu
tak bagi tahu. Kalau kamu bagi tahu aku boleh
berbuah lewat sedikit atau awal dari kamu," jawab
durian.Pada suatu masa lain, pergaduhan besar telah
berlaku di antara puak durian dengan puak rambai
kerana berebut musim berbuah.

Satu peperangan telah berlaku. Banyak puak
rambai terkorban akibat ditikam oleh durian. Buah
rambai melawan dengan berani walaupun mereka
tahu, puaknya tidak bersenjata.

Puak rambutan juga ikut serta. Mereka
menyebelahi puak rambai dan menyerang durian.
Puak manggis juga tidak berdiam diri.

2

Puak manggis marah akan durian kerana durian
angkuh dan sombong.

Akhir sekali, pergaduhan besar berlaku. Semua
buah berperang. Buah nangka, buah cempedak, buah
kelapa, buah salak, buah betik, buah kelubi, buah
mangga, dan berbagai-bagai jenis buah lagi campur
tangan.

Akhirnya, pergaduhan itu terhenti apabila buah
durian mengaku kalah. Buah durian tidak berdaya
lagi melawan kerana semua buah bersatu
menyerangnya.

3

Buah durian boleh melawan, jika hanya dengan
buah rambutan dan rambai. Tetapi apabila buah
kelapa campur tangan, buah durian mengaku kalah.

Buah durian tidak berdaya lagi menikam buah
kelapa kerana durinya habis tumpul. Kelapa yang
bersabut sukar dikalahkan.

Pada suatu hari, buah-buahan itu mengadakan
mesyuarat untuk mengambil giliran berbuah. Semua
buah datang berhimpun di tempat mesyuarat.

Mula-mula, buah-buah itu memilih pengerusi
mesyuarat. Cempedak mencadangkan supaya kelapa
menjadi pengerusinya. Buah rambutan menyokong.
Buah-buah lain bersetuju sebulat suara.

Selain itu, mereka harus memilih setiausaha
juga. Buah salak mencadangkan supaya betik dipilih.
Setelah dipilih sebagai pengerusi mesyuarat, buah
kelapa pun mengambil tempat.

4

Buah kelapa mengucapkan terima kasih kerana majlis
memilihnya sebagai pengerusi mesyuarat.

"Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih atas kepercayaan saudara semua
memilih saya sebagai pengerusi mesyuarat. Ini satu
penghargaan terbesar kepada saya. Ini juga satu
tanggungjawab," buah kelapa memulakan ucapannya
sebelum meneruskan mesyuarat.

5

"Saya akan menjalankan tugas saya sebaik-baiknya.
Saya harap selepas mesyuarat ini, masyarakat buah-
buahan tidak akan bergaduh lagi," tambahnya.

Perbincangan pertama mesyuarat hari itu
diteruskan. Mula-mula, mereka akan menetapkan
musim berbuah bagi setiap pokok supaya tidak
berlaku lagi pertindihan musim.

Pada awalnya, semua pokok hendak berbual awal.
Mesyuarat hangat seketika apabila masing-masing
pokok hendak berbuah awal.

"Saya sepatutnya berbuah awal kerana saya
tidak sedap. Durian bila-bila masa boleh berbuah
kerana isinya lazat," kata rambai memberi alasan.

6

"Tuan pengerusi mesyuarat. Saya bukan
membantah keputusan mesyuarat. Tetapi masa yang
diberikan kepada saya tidak sesuai. Musim banjir.
Musim ini semua manusia kalut dan masing-masing
asyik mencari perlidungan banjir. Jadi kalau saya
berbuah pun, tiada siapa akan pedulikan saya. Tiada
siapa akan mengutip saya kerana apabila buah saya
gugur, terus dihanyutkan air lalu ke laut," jelas
durian.

Alasan durian memang memang munasabah. Jadi,
semua buah mesti elakkan diri daripada berbuah
pada musim banjir. Mereka boleh berbuah, pada
bulan Januari hingga Oktober sahaja.

"Oleh sebab keputusan muktamad sukar diambil,
bagaimana kalau kita serahkan saja jadual berbuah
kepada pengerusi mesyuarat?" cadang buah mangga.

7

"Setuju, setuju!" sokong buah duku yang sejak
tadi berdiam diri.

Akhirnya, buah kelapa membuat keputusan.
Jadual musim dibacakan kepada semua buahan.
Setelah jadual itu dibaca, semua buah bersetuju.

Apabila musim berbuah menjelang, rambutan
dibenarkan berbuah dulu. Diikuti oleh buah manggis,
langsat, dan duku.

Apabila musim itu hampir habis, buah durian
bolehlah mengambil giliran untuk memasakkan
buahnya. Buah-buahan ini boleh berbunga serentak
tetapi terpaksa menunggu giliran untuk masak.

8

Buah-buah asam seperti limau, mangga, asam
jawa, binjai, kuinin, macang, dan salak bebas
berbuah pada bila-bila masa kerana mereka tidak
menjadi saingan.

"Kita asyik menerima jadual kita berbuah.
Tetapi kita telah membelakangkan pengerusi
mesyuarat dan setiausaha. Tuan-tuan berdua pula
bagaimana?" tiba-tiba buah langsat bertanya.

"Saya sebagai pengerusi mesyuarat dan betik
sebagai setiausaha juga tidak menjadi saingan. Oleh
sebab itu, bagaimana kalau saya meminta izin majlis
untuk saya berbuah sepanjang masa?" ujar buah
kelapa.

9

"Setuju! Setuju! Tetapi bagaimana pula dengan
saya? Belum ada jadual," kata rambai. Memang
rambai belum menerima jadual berbuah.

"Ya, buah rambai belum menerima jadual!
Bagaimana kalau kita bebaskan rambai memilih
musim?" tanya kelapa.

"Saya setuju. Saya insaf bahawa saya tidak
sedap. Saya tidak begitu diperlukan oleh manusia.
Bagaimana kalau saya berbuah pada bulan Ogos atau
September, iaitu apabila buah-buah lain habis
musimnya?"

Majlis bersetuju dengan permohonan rambai.
Oleh sebab itulah rambai berbuah pada akhir musim,
iaitu sayup musim. Dengan jadual itu, rambai yang
dulunya tidak laku, sekarang sudah dapat menaikkan
harganya.

10

Buah rambai dulunya tidak digemari kerana
berbuah serentak dengan durian. Buah rambai
biasanya akan masak dan gugur begitu sahaja di
bawah pokok.Setelah perubahan jadual berlaku,
buah rambai sekarang bernilai tinggi. Harganya
hingga RM2 satu kilo.

"Ada lagi hal-hal lain?" tanya buah kelapa
sebelum menangguhkan mesyuarat.

Buah kelapa kemudiannya bertanya satu demi
satu untuk menentukan semua buah-buahan
bercakap.

Durian, rambutan, manggis, duku, langsat,
mangga, limau, gelugor, kandis, binjai, salak, kelubi,
pisang, cempedak, durian belanda, kecupu, dan
beberapa jenis buah lain lagi sudah berpuas hati.
Mereka hanya menggeleng-geleng kepala apabila
ditanya.

11

Tiba-tiba mencelah buah mangga. "Saya ini, orang
Kelantan panggil pauh ringan. Sejenis mangga juga.
Biasanya, saya dijadikan sambal atau dimakan
dengan colek. Saya selalunya tumbuh di tepi rumah.
Oleh yang demikian, bagaimana dengan jadual saya?"

"Oh, sebenarnya tuan ketinggalan! Semua jenis
pokok asam bebas berbuah pada bila-bila masa,"
jawab kelapa.

12

"Terima kasih! Satu soalan lagi. Bagaimana dengan
buah-buahan import seperti epal, anggur, lai atau
buah mata kucing? Mereka mungkin mengganggu
jadual kita," tanya pauh ringan.

"Itu masalah luar negeri. Kita tidak dapat
menentukan jadual mereka. Tetapi saya fikir,
mereka tidak boleh menjadi saingan," jawab kelapa.

"Pertama, buah-buahan import tidak boleh
melawan kelazatan kita. Kedua, buah-buahan import
mahal. Ketiga, mereka tidak mempunyai banyak
khasiat," tambah kelapa.

13

Semua buah bersetuju dengan pandangan buah
kelapa. Mereka juga mengucap terima kasih kepada
pauh ringan kerana menimbulkan perkara itu.

"Baiklah! Kalau tidak ada apa-apa, kita
tangguhkan dulu mesyuarat ini kepada suatu masa
yang akan ditetapkan nanti." ujar buah kelapa.
Sebelum berpisah mereka membaca doa. Selepas
itu, majlis bersurai.

Mesyuarat buah-buahan itupun berakhir.
Selepas mesyuarat itu, buah-buahan itu tidak
pernah bermesyuarat lagi. Kononnya, ketetapan yang
diambil dalam mesyuarat tersebut masih dipakai
hingga sekarang.

Tidak timbul apa masalah. Dan keputusan
mesyuarat itu mungkin akan dipakai sehingga hari
kiamat.

14

Begitulah bijaknya buah-buahan. Tidak perlu
banyak kali mesyuarat untuk menentukan yang
terbaik. Tidak seperti manusia, walaupun sesuatu
keputusan diambil dalam mesyuarat, tetapi masih
berbunyi selepas mesyuarat.

Tetapi mesyuarat amat berguna untuk mencari
kata sepakat yang terbaik. Oleh itu kalau anda
menjadi ahli sesuatu kelab atau sesuatu persatuan,
anda harus menghadiri mesyuarat untuk menyatakan
sesuatu yang anda tidak puas hati.

15


Click to View FlipBook Version